Sabtu, 21 Julai 2018

Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 KK dan Seksyen 5(1) 7899.


Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 KK dan Seksyen 5(1) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959,"

Entah apa lagi fikir gerombolan sindrom penafian bila membaca sepintas lalu atau sekadar dengar khabar berita di bawah...

BERITA»Wilayah
Jumaat, 20 Julai 2018 | 8:23pm
Dasar rumah kouta Bumiputera akan dikaji semula
Oleh Nur Aqidah Azizi nur@nst.com.my
Menteri Besar, Aminuddin Harun melawat tapak pameran expo perumahan selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX NS 2018) Peringkat Negeri Sembilan anjuran REDHA NS di Tingkat bawah, Seremban Prima. - Foto Hazreen Mohamad
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan mengkaji semula dasar perumahan negeri bagi mengatasi masalah lambakan unit rumah kuota Bumiputera yang tidak terjual.

Menteri Besar, Aminuddin Harun, berkata ini adalah selaras dengan cadangan yang dikemukakan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) untuk kerajaan menyemak semula dasar kuota Bumiputera bagi memberi rangsangan kepada sektor itu.

"Wakil dari REDHA ada mengemukakan pandangan dan permasalahan unit rumah Bumiputera yang tidak terjual. Antara masalah yang dikenal pasti adalah pembinaan unit rumah Bumiputera yang terletak di kawasan ramai penduduk bangsa lain selain tiada pembangunan di sekitarnya.
Menteri Besar, Aminuddin Harun melawat tapak pameran expo perumahan selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX NS 2018) Peringkat Negeri Sembilan anjuran REDHA NS di Tingkat bawah, Seremban Prima. - Foto Hazreen Mohamad
"Walaupun diiklankan dan dipromosikan, unit-unit Bumiputera ini masih gagal dijual. Ini memberi kesan kepada pemaju dan mereka meminta kerajaan negeri mengkaji semula dasar perumahan di negeri ini," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Ekspo Hartanah Malaysia 2018(Mapex NS 2018) peringkat Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden REDHA, Datuk Ir Soam Heng Choon.

Aminuddin berkata, kerajaan akan mengkaji serta melihat permasalahan itu daripada setiap sudut dan mendapatkan pelbagai pandangan sebelum membuat sebarang keputusan kerana masing-masing (pemaju dan pembeli) mempunyai masalah.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan membuat keputusan secara terburu-buru dan akan mengambil kira pandangan semua pihak.

"Perkara paling penting ialah memastikan pembangunan dapat diteruskan dan pada masa sama tidak memberi kesan negatif kepada kedua-dua pihak," katanya.

Dalam pada itu, Aminuddin turut menegaskan kuota perumahan bagi Bumiputera di negeri ini akan dikekalkan pada tahap 50 peratus membabitkan 15 peratus pada harga tidak melebihi RM80,000; 15 peratus lagi tidak melebihi RM250,000 dan 20 peratus lagi pada kadar RM400,000.
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/07/451725/dasar-rumah-kouta-bumiputera-akan-dikaji-semula

Friday, July 20, 2018
CEO Sapura Energy Jelaskan Kenapa Beliau Dibayar RM200,000 Sehari
Sebahagian daripada gaji besar yang diterima Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Energy Bhd., Tan Sri Shahril Shamsudin menimbulkan tanda tanya mengenai perjanjian saham yang dimilikinya dengan institusi kewangan ketika syarikat minyak dan gas itu membiayai semula pinjaman bernilai RM14 bilion.

Bercakap kepada akhbar The Edge Financial Daily, Shahril mengesahkan kewujudan perjanjian berkenaan dan ia menjadi sebab bagi pakej imbuhannya yang tinggi.

“Ya kami telah menerangkan perkara ini dalam mesyuarat agung tahunan (AGM). Memang benar sebahagian daripada pakej imbuhan tersebut adalah bagi perjanjian saham yang te­lah mengunci saham milik saya dalam Sapura Energy.

“Ini bermakna, jika saya menjual pegangan saham milik saya (di bawah 10 pe­ra­tus), pinjaman akan terbatal. Jika saya meletakkan jawatan (sebagai CEO) juga akan menyebabkan pinjaman itu terbatal,” katanya.

Pada AGM Sapura Energy kelmarin, Shahril disoal mengenai bayaran gajinya yang tinggi iaitu sebanyak RM71.92 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2018 dan RM84.24 juta bagi tahun kewangan 2017.

Shahril merupakan pemegang saham terbesar Sapura Energy dengan 15.9 peratus penguasaan. Bagaimanapun perjanjian saham tersebut tidak dijelaskan di dalam laporan tahunan Sapura Energy.

Shahril sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak meminta bayaran gaji yang tinggi.

“Gaji saya ditentukan oleh lembaga pengarah. Lembaga adalah bebas. Saya tidak meminta­nya. Mereka yang memutuskan perkara ini.

“Apabila ada pihak yang menawarkan perkara tersebut kepada saya, sudah tentu saya meneri­manya. Saya hanya pegawai di syarikat berkenaan dan saya sanggup lakukannya.

“Saya boleh saja menjual saham saya pada harga RM4 tapi saya tidak berbuat demikian, saya tidak menjual mana-mana saham, peluang untuk mendapatkan ganjaran (ketika menjual saham) adalah lebih besar daripada pampasan,” katanya.

Harga saham Sapura Energy tidak terlepas dari tekanan jualan di tengah-tengah kemelesetan industri yang berpanjangan yang bermula pada akhir 2014.

Harga sahamnya memuncak pada RM4.84 pada akhir Disember 2013. Saham itu jatuh kepada rekod terendah iaitu sebanyak 41 sen pada pertengahan bulan Mac . Ia ditutup pada 60 sen semalam.

Shahril menegaskan bahawa jawatankuasa imbuhan kumpulan telah membuat cadangan kepada lembaga dan lembaga akan memutuskan cadangan itu.

Jawatankuasa imbuhan lembaga Sapura Energy terdiri daripada pengerusinya Datuk Hamzah Bakar, Pengarah Bebas Mohamed Rashdi Mohamed Ghazalli dan Shahril.

Mengenai perjanjian saham itu, ia bermula pada tahun kewangan 2014, menurut Shahril.

“Dengan pembiayaan semula pinjaman, kami berjaya mendapatkan kadar yang lebih baik de­ngan purata kira-kira lima peratus berbanding dengan yang lain dalam industri yang membayar enam hingga tujuh peratus,” katanya.

Laporan tahunan kumpulan menunjukkan gaji Shahril adalah melebihi RM80 juta untuk tempoh di antara tahun kewangan 2014 dan tahun kewangan 2017.

Bagaimanapun, pakej ganjarannya menyusut sedikit kepada RM71.92 juta pada tahun kewa­ngan 2018 apabila kumpulan itu mengalami kerugian bersih sebanyak RM2.5 bilion, diseret oleh peruntukan kecacatan RM2.13 bilion yang besar.

“Mereka (pemegang saham) berkata, gaji saya terlalu tinggi. Sebagai pemegang saham, saya menghormatinya. Tetapi satu perkara yang tidak dilihat oleh orang adalah usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan untuk pertumbuhan masa depan,” kata Shahril.

“Syarikat itu harus diukur berbanding dengan orang lain yang berkembang di dalam dan luar negara. Pemegang saham juga harus menilai kami dalam istilah bukan kewangan, contohnya kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) yang dimenangi di Mexico dan projek baharu yang kami dapatkan di Brazil yang menyumbang lebih banyak untuk pertumbuhan masa depan,” kata Shahril.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/shahril-perjelas-isu-gaji-rm200-000-sehari-rm84-24-j-setahun-1.712506#ixzz5LmirWBhN © Utusan Melayu (M) Bhd
Posted by Anak Sungai Derhaka at Friday, July 20, 2018
Anak Sungai Derhaka: CEO Sapura Energy Jelaskan Kenapa Beliau Dibayar RM200,000 Sehari

DUNIA»ASEAN
Jumaat, 20 Julai 2018 | 10:19pm
Data peribadi PM Singapura kena ceroboh
Gambar yang disediakan oleh Straits Times Singapura, (dari kiri ke kanan); Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Keselamatan Cyber David Koh, Setiausaha Tetap MCI Gabriel Lim, Menteri Komunikasi dan Maklumat S. Iswaran, Menteri Kesihatan Gan Kim Yong, Kementerian Kesihatan Tetap Setiausaha Chan Heng Kee dan Ketua Pegawai Eksekutif SingHealth Ivy Ng menghadiri sidang akhbar mengenai serangan siber SingHealth di Singapura. - Foto AFP
SINGAPURA: "Pencerobohan terhadap data peribadi paling serius" dalam sejarah Singapura berlaku bulan lepas, yang membabitkan data milik Perdana Menteri Lee Hsien Loong, kata Kementerian Kesihatan dan Kementerian Komunikasi dan Penerangan.

Dalam kenyataan mereka, kedua-dua kementerian itu berkata penyerang menyasarkan 'secara khusus dan berulang kali' butiran serta maklumat peribadi Lee berkaitan ubat-ubatan yang diberi kepada beliau sebagai pesakit luar.

Mereka dilaporkan berkata, 1.5 juta rekod pesakit SingHealth diakses dan disalin, manakala rekod ubat-ubatan yang diberi kepada 160,000 pesakit luar lain juga mengalami perkara sama.

Data peribadi yang diambil daripada 1.5 juta pesakit berkenaan termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat, jantina, bangsa dan tarikh lahir mereka, kata kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan menjelaskan bahawa penggodam bagaimanapun tidak meminda atau memadam rekod berkenaan.

Menurut kenyataan itu, perbuatan tersebut tidak menjejaskan rekod perubatan pesakit, termasuk keputusan diagnosis lampau, nota doktor dan keputusan saringan kesihatan mereka.

"Saya sendiri terjejas, bukan secara tidak sengaja. Penyerang menyasarkan data perubatan peribadi saya, secara khusus dan berulang kali," kata Lee melalui laman Facebook beliau dalam respons segeranya tentang berita itu.

"Saya tidak tahu apa yang ingin dicari penyerang itu. Mungkin mereka mencari beberapa rahsia sulit atau sekurang-kurangnya sesuatu yang boleh mengaibkan saya.

"Kalau itulah tujuannya, mereka tentu kecewa. Data perubatan saya bukanlah suatu yang ingin saya kongsi dengan orang lain, tetapi tiada apa yang membimbangkan tentang perbuatan itu," tulis beliau.

Lee berkata, apabila SingHealth mendigitalkan rekod perubatannya, mereka bertanya sama ada beliau ingin memasukkan juga rekod peribadi beliau ke dalam komputer atau beliau mahu menyimpannya dalam bentuk salinan cetak atas sebab keselamatan.

"Saya minta agar ia dijadikan dalam bentuk digital. Penggunaan kaedah digital akan membolehkan doktor merawat saya dengan lebih bekesan dan cepat.

"Saya yakin SingHealth akan bertindak dengan sebaik mungkin untuk melindungi maklumat peribadi saya sebagai pesakit, sama seperti yang mereka lakukan bagi semua pesakit lain dalam pangkalan data mereka.

"Sememangnya, saya juga tahu pangkalan data itu akan diserang dan terdapat risiko bahawa suatu hari nanti, walaupun kita berusaha dengan sebaik mungkin, ia akan diusik juga. Malangnya, perkara itu sudah berlaku sekarang" katanya.

Lee berkata keselamatan dan kerahsiaan maklumat tentang pesakit merupakan perkara yang paling diberi keutamaan.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan Cyber Security Agency of Singapore (CSA) dan Smart Nation and Digital Government Group (SNDGG) supaya bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Singapura untuk mengetatkan lagi langkah perlindungan dan proses berkenaan secara menyeluruh.

"Kami membentuk sebuah Jawatankuasa Siasatan untuk menyiasat kejadian itu dengan teliti dan menyeluruh. Tanpa sebarang keraguan, jawatankuasa itu akan membuat kesimpulan dan syor berharga yang akan membantu kami untuk berfungsi dengan lebih baik.

"Mereka yang cuba menceroboh sistem data kami itu sememangnya memiliki kemahiran yang amat tinggi serta azam yang cukup kuat. Mereka juga memiliki begitu banyak sumber dan tidak pernah berputus asa untuk mencuba.

"Sistem kerajaan diserang beribu kali sehari. Matlamat kami ialah menghalang agar setiap serangan yang dilakukan, tidak berhasil. Sekiranya kami mendapati berlaku pencerobohan, kami akan segera memulihkannya kembali, menambah baik sistem kami dan memaklumkan kepada mereka yang terjejas oleh perbuatan itu.

"Itulah yang kami lakukan dalam kes ini. Kami tidak boleh kembali menggunakan rekod dalam bentuk kertas dan fail. Kami perlu melangkah ke hadapan untuk membina sebuah negara yang selamat dan pintar," tulis Lee yang diakhiri dengan parap beliau, LHL. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/07/451768/data-peribadi-pm-singapura-kena-ceroboh

Friday, 20 July 2018
BERSATU JANGAN TERLALU GHAIRAH NAK UBAH SISTEM PEMILIHAN ATAU BEREBUT JAWATAN, KUKUHKAN PARTI LEBIH DULU

PPBM atau Bersatu akan mengadakan pemilihan barisan kepimpinan buat kali pertama bagi peringkat cawangan, bahagian serta majlis tertinggi bermula September hingga hujung tahun ini.

Difahamkan tarikh 1 hingga 14 September adalah untuk mesyuarat cawangan-cawangan dan 30 September hingga 10 Oktober pula ditetapkan untuk mesyuarat bahagian-bahagian. 

Perhimpunan agung pula dijangka akan diadakan pada Disember nanti.

Apa yang menarik bagi Bersatu ini ialah pemilihan kali pertamanya diadakan dengan kedudukannya sudah pun menjadi kerajaan di peringkat Pusat hanya setelah kira-kira dua tahun ia ditubuhkan pada 2016 yang lalu.

Ini juga adalah kali pertama sebuah parti yang hanya bertaraf penaja dan kemudian menyertai Pakatan Harapan, lalu terus dapat menumbangkan UMNO dan BN yang sudah bertapak kukuh sejak lebih 61 tahun lamanya.

Lantaran itu, tidak menghairankan pemilihan pucuk pimpinan Bersatu yang akan buat julung kalinya ini mengundang ghairah dan tarikan yang bukan sedikit daripada ahli-ahli parti itu.

Ramai yang dilihat teruja untuk bertanding dan memegang pelbagai jawatan, tentulah ia dengan harapan apabila ada jawatan penting dipegang dalam parti yang sedang menguasai kerajaan, maka pelbagai nikmat dan habuan akan datang bergolek menyusul daripadanya.

Keghairahan kepada jawatan itu bukan saja menyebabkan ada yang mengungkit-ungkit sumbangan dan usaha mereka dalam pilihanraya lalu yang kononnya amat besar dan seolah-olah wajar dibalas dengan pemberian jawatan dalam parti, malah terdapat juga yang terlebih lajak daripada laju dengan mencadangkan sesuatu yang agak drastik bagi sebuah parti baru seperti Bersatu.

Sistem pemilihan yang digariskan dalam perlembagaan Bersatu ialah berasaskan perwakilan. Ia bukan saja sama seperti UMNO, malah kebanyakan parti di negara kita juga mengamalkan sistem yang sama.

Hanya PKR yang memperkenalkan sistem satu ahli satu undi, bahkan untuk pemilihan parti itu pada September nanti, parti itu juga dijangka memperkenalkan sistem pengundian secara elektronik.

Apa yang dilakukan oleh PKR ini lantas membuatkan sesetengah pihak dalam Bersatu turut terpesona dengan amalan keterbukaan itu, lalu mencadangkan agar sistem yang sama diamalkan oleh Bersatu, termasuk ada yang menulis panjang lebar mengenainya.

Hello...dah fikir panjang ke nak tiru PKR tu?

Harus diingat bahawa PKR hanya sedia berbuat demikian setelah 20 tahun kewujudannya.

Apakah Bersatu yang belum sampai usia dua tahun mampu berbuat demikian?

Sudahkah difikirkan dari segi logistik, tenaga manusia dan pelbagai masalah lain jika mahu memperkenalkan sistem satu ahli satu undi itu secara manual?

Jika mahu dilakukan undian secara elektronik pula, sudahkah diambil kira soal peralatan, perisian, pengendali sistem, jangkauan wifi dan kos besar bagi segala-galanya?

Lebih daripada itu, oleh kerana yang tertulis dalam perlembagaan Bersatu ketika ini ialah sistem perwakilan, jika mahu diubah kepada sistem satu ahli satu undi, bermakna satu mesyuarat agung luar biasa bagi meminda perlembagaan hendaklah diadakan terlebih dahulu.

Memandangkan tarikh antara September hingga Disember tahun ini sudah dipilih sebagai tempoh untuk mesyuarat cawangan, bahagian dan perhimpunan agung, apakah perlu diadakan satu lagi perhimpunan agung khas dalam tempoh yang sama semata-mata untuk tujuan meminda perlembagaan parti?

Mampukah parti mengadakan dua perhimpunan - satu untuk meminda perlembagaan dan satu lagi untuk pemilihan - dalam waktu yang hampir serentak?

Kepada yang ghairah dengan sistem pemilihan atau perebutan jawatan, mereka seharusnya perlu beristighfar sejenak dan merenung kembali tujuan Bersatu ditubuhkan.

Bersatu bukan saja ditubuhkan sebagai parti politik, tetapi juga sebagai "vehicle"  untuk menyelamatkan negara daripada kerakusan Najib, UMNO dan BN bersama-sama dengan Pakatan Harapan.

Dengan redha Allah dan sokongan rakyat, perjuangan itu kini sudah pun membuahkan kejayaan. Tetapi, mengisi perjuangan dan memenuhi janji-janji kepada rakyat sebenarnya adalah proses yang baru saja bermula. Masih lagi lagi kerja atau perkara yang hendak dilakukan di laluan mendatang.

Dalam hal ini, ahli dan pimpinan Bersatu tidak wajar terlalu ghairah dengan jawatan atau terpana dengan kerdipan harta rampasan perang yang mahu dibahagi-bahagikan, lantas cepat-cepat mahu mengubah sistem dan ingin menunjukkan keterbukaan.

Semua pihak seharusnya sama-sama menyumbang kepada kekukuhan Bersatu sebagai sebuah parti yang benar-benar stabil, berwibawa dan dipercayai terlebih dahulu. 

Bersatu hari ini lebih kelihatan gah hanyalah kerana adanya Tun Mahathir, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan beberapa pemimpin yang lain dalam barisan kepimpinannya.

Jika tiada pemimpin seperti di atas, apakah Bersatu mampu terus wujud dan mendapat sokongan rakyat?

Makanya, semua pihak dalam Bersatu mesti lebih menumpukan usaha kepada mengukuhkan parti berbanding perkara-perkara lain. Bukan tidak boleh diubah peraturan atau perlembagaannya, tetapi bukanlah sekarang. Bila parti sudah kukuh, apa pun tidak jadi masalah lagi.

Biarlah Bersatu kekal dengan sistem perwakilan buat sementara waktu kerana yang lebih wajib bagi ahli dan pimpinan lakukan sekarang ini ialah membantu Tun Mahathir dan parti dalam memenuhi semua janji serta harapan rakyat dan kemudian sama-sama pula berusaha memastikan keselamatan dan kestabilan negara. (ShahbudinHusin 20/07/2018)
Shahbudin dot com: BERSATU JANGAN TERLALU GHAIRAH NAK UBAH SISTEM PEMILIHAN ATAU BEREBUT JAWATAN, KUKUHKAN PARTI LEBIH DULU

Berita palsu 'kasut hitam' berlegar di media sosial
Maklumat palsu sedang diedarkan di media sosial menggunakan laporan Malaysiakini mengenai pengumuman Menteri Pelajaran, Maszlee Malik bahawa urid-murid tidak lagi perlu berkasut putih mulai tahun depan.
Imej yang memaparkan gambar Maszlee, memuatkan kenyataan “tambahan” yang bukan seperti laporan asal Malaysiakini.

Kenyataan “tambahan” itu mendakwa bahawa kasut hitam mesti dibeli daripada jenama yang disyorkan oleh kerajaan dan 10 peratus daripada setiap pembelian akan ke Tabung Harapan Negara.

Maszlee dalam ciapanya itu turut menulis perkataan "palsu” dan “fake” berserta imej yang diedarkan berkenaan.

“Ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebar poster ini dan saya ingin menegaskan bahawa kenyataan ini adalah fitnah.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegini dan rakyat Malaysia boleh melihat kembali rakaman program Bicara Minda di Sinar Online,” katanya merujuk kepada kenyataan “tambahan”pada imej itu.

Pada forum semalam di Shah Alam, Maszlee berkata keputusan pertukaran warna kasut berkenaan dibuat hasil maklum balas yang diterima kementerian daripada ibu bapa.

Menteri itu tidak menyebut apa-apa mengenai jenama kasut mahupun menyentuh mengenai Tabung Harapan Negara.
-malaysiakini
at 7/20/2018 11:31:00 PTG
KERENGGA: Berita palsu 'kasut hitam' berlegar di media sosial

Dalam pada tidak jelas tentang SST ramai pakar cukai di alam maya... 
BERITA»Nasional
Jumaat, 20 Julai 2018 | 10:48pm
Rakyat perlu penjelasan SST
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@nstp.com.my
Pautan Twitter berkenaan SST dan GST BH di https://twitter.com/bharianmy/status/1019753151841222656
KUALA LUMPUR: Majoriti rakyat kurang faham mengenai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 September depan.

Berdasarkan tinjauan pendapat dalam talian dilakukan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), daripada 11,462 responden yang menyertainya, seramai 9,979 orang atau 87 peratus tidak memahami perbezaan kedua-dua sistem percukaian itu.

Hanya 1,483 atau 13 peratus menyatakan mereka faham, sekali gus membuktikan penjelasan menyeluruh perlu dilakukan bagi membolehkan rakyat memahami sistem cukai yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Tinjauan pendapat dalam talian itu dilakukan di laman Twitter akhbar BH, New Straits Times (NST) dan Harian Metro (HM) serta Facebook HM selama 24 jam yang berakhir hari ini.

Tinjauan bertajuk 'Adakah Anda Faham Perbezaan SST dan GST' dengan pilihan jawapan ya atau tidak, diadakan menerusi Twitter @bharianmy, @NST_Online dan @hmetromy serta Facebook Harian Metro dan NST.

Tinjauan ini turut mendapat komen daripada pengguna Facebook dan seorang daripadanya, Norain Mujib menyatakan pihak berwajib perlu memantau kenaikan harga barang walaupun ketika ini GST sifar dikenakan.

"Saya perasan satu sahaja masa mula-mula GST sifar, harga barang punyalah murah tapi sejak kebelakangan nie syarikat sewenang-wenangnya naikkan harga barang sampai mencecah RM3 dari harga asal. Tiadakah yang hendak tolong pantau...Hari itu kata ada orang nak pantau," katanya.

Pandangan itu disokong Syazwan Wan yang berharap pemantauan dikuatkuasakan terhadap pemborong dan peruncit sebagai orang tengah.

"Ada GST atau SST turun banyak mana pun tetap tidak berguna selagi tidak pantau harga pasaran. Tempiasnya tetap kena pada rakyat bawahan. Kemungkinan jugak cara pelaksanaan SST tidak menampakkan perubahan besar," katanya.

Menurut Fa Ka pula, pihak berwajib termasuk Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu memberikan penjelasan tuntas mengenai kedua-dua sistem cukai itu.

"Terdapat banyak contoh pengiraan GST & SST di laman sosial membuatkan segelintir masyarakat keliru. Harap pihak seperti MOF atau KPDNHEP sendiri dapat beri penerangan yang lebih jelas bagaimana perbezaan cukai ini dilaksanakan dari pihak pengilang/pengeluar hingga ke pengguna akhir. Terima kasih," katanya.

Suut Maribi pula berharap, pengenalan SST akan membawa sinar baharu dalam mengurangi harga barang keperluan harian supaya tidak membebankan rakyat berpendapatan rendah (B40).

"Fahamkah tidak faham, same aje, yang kami nak adalah harga barang keperluan diturunkan supaya tidak membebankan rakyat yang berpendapatan rendah seperti kami," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/451773/rakyat-perlu-penjelasan-sst

BERITA»Nasional
Jumaat, 20 Julai 2018 | 10:52pm
Najib dakwa tak tahu ada surat ke CIA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mendakwa, tidak pernah mengarahkan Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) yang beroperasi di sebalik Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) menulis surat memohon sokongan Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.

Bekas perdana menteri yang mengetuai Barisan Nasional (BN) menempuh kekalahan dalam tempoh 60 tahun mentadbir Malaysia pada PRU-14 itu, mendakwa tidak tahu menahu mengenai surat yang diutuskan agensi terbabit, sambil menegaskan semua surat tidak semestinya melalui beliau.

"Saya terkejut. Saya tidak tahu pun kewujudannya. Bukan semua surat kena lalu saya," katanya seperti dilaporkan portal dalam talian, Malaysiakini, semalam.
Surat yang didakwa daripada Hasanah untuk CIA.
Mengulas lanjut, Najib mendakwa, agensi kerajaan termasuk yang berkaitan dengan hal ehwal risikan, mempunyai kuasa autonomi untuk menjalankan tanggungjawabnya berdasarkan pertimbangan sendiri.

"Sementara saya tidak ada peluang untuk lihat surat itu, apa yang dilaporkan media mencadangkan surat bagi mendapatkan sokongan berterusan AS untuk kerajaan Malaysia jika BN menang dalam pilihan raya bagi tujuan kestabilan selepas pilihan raya.

"Apa yang dilaporkan surat itu tidak dilihat mendapatkan bantuan AS untuk menang pilihan raya, tetapi selepas pilihan raya," katanya.

Najib menyifatkan, surat terbabit mungkin dihantar agensi terbabit dengan niat memelihara kestabilan negara jika kerajaan (BN) memperoleh kemenangan tipis.

"Mungkin media dapat mendedahkan keseluruhan surat itu supaya orang ramai, termasuk saya, lebih faham," katanya.

Surat tiga halaman bertarikh 4 Mei itu, ditandatangani Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan JPM, Datuk Hasanah Ab Hamid, diutuskan kepada Gina Haspel selaku Pengarah CIA (Lantikan) ketika itu.

Menerusi surat terbabit, MEIO meminta AS terus menyokong pentadbiran Najib, jika BN menang mudah atau hanya meraih majoriti satu kerusi dalam PRU-14.

Menerusi surat itu, MIEO menggambarkan Najib sebagai pemimpin progresif dan mesra AS serta akan terus menyokong kehadiran AS di rantau ini.

Tanpa kehadiran Najib sebagai pemimpin negara ini, agensi itu memberi gambaran yang AS bakal kehilangan rakan kongsi yang boleh dipercayai di Asia Tenggara, memandangkan Filipina sudah memutuskan ikatan dengan AS, sementara Singapura dan Brunei terlalu kecil untuk memberi impak, manakala Thailand serta Indonesia pula terlalu sibuk dengan masalah domestik masing-masing.

Tun Dr Mahathir Mohamad, yang ketika itu mengetuai barisan pembangkang pula disifatkan sebagai anti-Barat, anti-Yahudi, autokratik, menutup mulut pengkritik dengan keras, dan mengabaikan sama sekali hak asasi manusia dan pemerintahan berdasarkan undang-undang.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/451775/najib-dakwa-tak-tahu-ada-surat-ke-cia

Ruginya PAS tak bertanding PRK Sungai Kandis
Hak untuk masuk bertanding dalam PRU atau PRK kita tidak nafikan. Kita tidak pernah menafikan hak itu pada parti PAS. Cuma kita tidak berapa 'gembira' dengan beberapa perkara:

1. bila nak bertanding, walau lebih dari 3 penjuru, PAS akan kata demi rakyat, demi Islam. 
2. Bila PRK Kandis, kenapa pula tak bertanding dan guna alasan yang sama di atas?
3. Bila ada yang tak undi, maka ustaz-ustaz keluar fatwa, keluar hukum, keluar hujah. 
4. Sekarang PAS tak bertanding PRK Kandis, penyokong PAS tak mahu mengundi?
5. Kemudian PAS nak sokong siapa? Kalau dalam media, PAS kata tidak akan bekerjasama dengan UMNO, maka PAS nak pilih siapa?

Rasa mesej ni pendek je, tapi jelas kot. Please jangan guna hujah agama pada orang yang tak sehaluan dengan anda. Kalau kena batang hidung, pusing hujah kot lain pulak. Rugilah PAS tak bertanding.
Ruginya PAS tak bertanding PRK Sungai Kandis ~ Menconteng Untuk Perubahan™

BERITA»Nasional
Jumaat, 20 Julai 2018 | 11:16pm
'Kita mahu memerdekakan Malaysia daripada PATI'
Oleh Amin Ridzuan Ishak cnews@nstp.com.my
Sebahagian Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang berjaya ditahan pada operasi khas Imigresen di kawasan pembinaan sekitar Jalan Gambang-Kuantan. - Foto Farizul Hafiz Awang
KUANTAN: Jabatan Imigresen berikrar 'memerdekakan' negara ini daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) mulai 31 Ogos ini iaitu selepas tamatnya tempoh program 3+1 yang dikhususkan bagi golongan itu.

Ketua Pengarah, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata pihaknya tidak akan melanjutkan program itu yang membolehkan PATI tampil menyerah diri secara sukarela untuk dihantar pulang tanpa dikenakan tindakan tegas dan hanya perlu membayar RM400 bagi pas khas serta denda.

Tegasnya, sebaik saja tengah malam 31 Ogos ini pihaknya akan memburu pekerja asing yang bekerja secara haram dan mereka bakal dikenakan tindakan undang-undang yang memperuntukkan hukuman tegas.
Sebahagian Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang berjaya ditahan pada operasi khas Imigresen di kawasan pembinaan sekitar Jalan Gambang-Kuantan. - Foto Farizul Hafiz Awang
"Kita hendak ambil semangat kemerdekaan negara yang dicapai pada 31 Ogos 1957, kita mahu 'memerdekakan' Malaysia daripada pendatang haram mulai 31 Ogos ini.

"Mereka yang tidak mahu menyerah diri, tiada maaf bagimu, ...kita akan tangkap dan dakwa mereka di mahkamah," katanya ditemui selepas Ops Mega 3.0 di penempatan haram PATI di Bukit Gambang, dekat sini, malam ini.

Dalam operasi di dua lokasi berasingan itu, lebih 80 PATI termasuk empat kanak-kanak berusia dua hingga 60 tahun ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan tiada permit kerja.

Mengulas lanjut, Mustafar berkata, majikan yang melindungi PATI juga tidak terkecuali dengan tindakan tegas termasuk pembekuan aset dan akaun.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali pada operasi khas Imigresen di kawasan pembinaan sekitar Jalan Gambang-Kuantan. - Foto Farizul Hafiz Awang
"Adalah menjadi satu kesalahan serius jika mereka menggajikan PATI, kalau hendak bekerja boleh kerana kita mempunyai keperluan tetapi harus ada tadbir urus baik serta permit," katanya.

Mengulas permintaan segelintir pihak yang mahu operasi memburu PATI menerusi Ops Mega 3.0 'diperlahankan', beliau berkata, pihaknya tidak akan memperlahankan operasinya sebaliknya terus giat memburu pendatang haram.

"Kita tidak mahu berkompromi pendatang haram dan saya hendak tegaskan yang Jabatan Imigresen akan meneruskan operasi ini seperti biasa, sejak 1 Julai lalu kira-kira 3,000 PATI sudah ditangkap," katanya.

Dalam pada itu, Mustafar meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) meneliti penempatan PATI di seluruh negara yang dilihat tidak kondusif termasuk dari segi kebersihan dan memberi ancaman kepada penduduk tempatan.

"Seperti dapat kita lihat hari ini penempatan PATI terletak berhampiran taman perumahan penduduk tempatan, kebersihannya boleh dipersoalkan kerana tiada sistem pembuangan sampah, tandas dan pengaliran yang baik.

"PBT harus melihatnya dan kalau boleh robohkannya, majikan pula kena sedia penempatan yang teratur," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/451783/kita-mahu-memerdekakan-malaysia-daripada-pati

BERITA»Politik
Jumaat, 20 Julai 2018 | 11:20pm
PRK: Penerimaan suam terhadap 'calon luar' BN
Oleh Norzamira Che Noh cnews@nstp.com.my
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Othman Mahmood (berdiri tiga, kiri) melihat simulasi Pegawai Pendaftaran Penamaan Calon mendaftarkan nama calon di Pusat Penamaan Calon bagi PRK DUN Sungai Kandis di Dewan Besar Tanjung hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Sungai Kandis dikatakan gagal membangkitkan keterujaan dalam kalangan pengundi tempatan.

Ia berikutan statusnya yang dianggap sebagai 'orang luar' membuatkan ada pengundi yang menyuarakan kekecewaan dengan pilihan kepimpinan UMNO Pusat itu.

Ketua UMNO cawangan Sri Bakti Jalan Kebun, Adi Anuwar Bahhari, berkata pada awalnya beliau agak kecewa kerana mengharapkan calon yang dipilih adalah dalam kalangan orang tempatan.

Namun demikian, katanya, kepimpinan parti pasti mempunyai alasan meletakkan Lokman sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, 4 Ogos ini.

"Bagaimanapun, kita perlu akur dengan kepimpinan tertinggi dan terus melakukan tugas menggerakkan jentera. Beliau diletakkan sebagai calon berkemungkinan kebolehannya membuka minda golongan anak muda. Malah, beliau juga lantang menyuarakan isu semasa," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Adi Anuwar berkata, beliau juga yakin kepimpinan UMNO sedar apa yang mereka lakukan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO.

Sementara itu, seorang pengundi yang tidak mahu dikenali berkata, tindakan UMNO meletakkan calon luar mungkin disebabkan kekurangan calon tempatan yang berkualiti.

"Beliau (Lokman) adalah orang reformasi sebelum menyertai UMNO dan bagi saya rekod berkenaan kurang bagus untuknya terutamanya di Jalan Kebun kerana reformasi di kawasan itu sangat kuat.

"Seorang calon mesti punya rekod yang bagus iaitu mempunyai sahsiah serta pandai menyuarakan suara rakyat," katanya.

BN hari ini mempertaruhkan Lokman Noor Adam sebagai calon bagi PRK DUN Sungai Kandis.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan di pejabat UMNO Bahagian Kota Raja, di sini.

Lokman, 45, yang juga Presiden Pemantau Malaysia Baharu akan berdepan calon dari PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/07/451787/prk-penerimaan-suam-terhadap-calon-luar-bn

'Tak ada wang nak balik'
Reuters
NIGERIA mengatur perjalanan pulang 152 warga negaranya yang terkandas di Russia selepas Piala Dunia melabuhkan tirai, kata jurucakap hal ehwal luar negaranya, hari ini.
Kejohanan yang berlangsung selama sebulan itu, yang menarik jutaan peminat dari seluruh dunia berakhir Ahad lalu dengan kejuaraan menjadi milik Perancis.

Kerajaan Nigeria berkata ramai warga negaranya terkandas berikutan ketiadaan wang.

“Keseluruhan 152 warga Nigeria menaiki kapal terbang dan dalam perjalanan ke Abuja,” kata jurucakap kementerian hal ehwal luar negara Nigeria, Tope Elias-Fatile. 

Katanya, kapal terbang yang membawa semua yang terkandas dijangka tiba di ibu negara Nigeria itu sekitar 1 pagi ini.

Kementerian luar negara Nigeria semalam berkata kesemua yang terbabit akan menaiki penerbangan Ethiopian Airlines.

Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari pada awal minggu ini berkata semua warga negaranya yang terkandas perlu dibawa pulang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Julai 2018 @ 12:57 AM
'Tak ada wang nak balik' | Harian Metro

BERITA»Nasional
Jumaat, 20 Julai 2018 | 8:52pm
Tumpu usaha tarik pelabur China ke Malaysia - PM
Oleh Manirajan Ramasamy; Fahmy Azril Rosli; Nur Lela Zulkipli dan Tasnim Lokman cnews@nstp.com.my
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merangkap Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kepimpinan majlis tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM ) turut bersama Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (duduk kiri) dan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (duduk kanan) di Menara Yayasan Selangor. - Foto Mohd Yusni Ariffin
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad akan menumpukan usaha untuk menarik pelabur China dalam kunjungannya ke negara itu pada Ogos ini.

"Saya akan menjemput syarikat China untuk melabur di Malaysia khusus bagi meningkatkan produktiviti menggunakan tenaga buruh dan sumber kita ," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepemimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata, beliau juga akan mendapatkan perkembangan terkini apa yang sudah dilakukan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin dalam lawatannya ke negara itu.

"Beliau ada membangkitkan beberapa perkara berhubung pemberian kontrak dan kenyataan bahawa Malaysia tidak mempunyai wang," katanya.

Jelas beliau lagi, kerajaan tidak boleh meminjam terlalu banyak wang dan beliau kini cuba untuk mengurangkan jumlah pinjaman yang sudah dilakukan atau negara akan berdepan risiko muflis.

"Itu adalah perkara utama yang kita akan bincangkan semasa di China nanti," katanya.

Tun Daim bersama beberapa pegawai ke Beijing, China awal minggu ini bagi melakukan rundingan semula berhubung pinjaman negara bersama negara itu.

Tun Daim kini berada di China bagi melakukan rundingan semula pinjaman dan kontrak yang kerajaan terdahulu tandatangani dengan syarikat China.

Dr Mahathir Mohamad mengesahkan perkara ini di lobi Parlimen semalam.

"Apa yang dia (Tun Daim) cuba lakukan adalah berunding semula hal dan sebahagian daripada wang itu tidak diperlukan," katanya.

Daim dan beberapa pegawai kini berada di China membawa perutusan Dr Mahathir.

Ditanya sama ada mesyuarat itu produktif, beliau berkata Daim masih belum melaporkan kepadanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir masih belum menerima sebarang maklumat berhubung penahanan ahli perniagaan kontroversi, Jho Low di China.

"Saya anggap berita sebagai berita yang disensasikan. Mungkin 'fake news' (berita palsu)," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/451738/tumpu-usaha-tarik-pelabur-china-ke-malaysia-pm

Lelaki ceroboh Istana Bukit Serene
Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my
Gambar hiasan. 
LELAKI berusia 44 tahun ditahan ketika menceroboh kawasan Istana Bukit Serene, Johor Bahru, dengan memandu pacuan empat roda, malam semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, suspek ditahan pada jam 11.15 malam selepas memandu masuk Toyota Hilux ke kawasan istana.

“Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 KK dan Seksyen 5(1) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, statistik menunjukkan terdapat sembilan kejadian membabitkan pencerobohan kawasan istana di negeri ini sepanjang tahun lalu hingga semalam.

Berikutan itu katanya, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor memandang berat perkara ini.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menceroboh tempat-tempat diisytiharkan sebagai kawasan larangan.

“Ia termaktub dalam Seksyen 8 akta yang sama di mana tiap-tiap kesalahan mengikut akta ini boleh ditahan dan tidak boleh dijamin,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, mengikut Seksyen 9 akta sama, pihak penguat kuasa boleh menahan sesiapa sahaja jika perlu.

Katanya, peruntukan undang-undang ke atas perbuatan menceroboh kawasan larangan adalah kesalahan berat.

“Pihak penguat kuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap individu atau kumpulan yang terbabit dalam kesalahan Akta Kawasan Larangan 1959," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Julai 2018 @ 11:36 PM
Lelaki ceroboh Istana Bukit Serene | Harian Metro

Ini cara perkiraan bayaran royalti minyak pada kerajaan negeri
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa 20 peratus yang diberikan kepada syarikat pengeluar minyak adalah royalti daripada keuntungan yang diperoleh daripada negeri masing-masing.

"Royalti itu adalah berdasarkan keuntungan yang diperoleh oleh setiap negeri. Kita tidak ambil (keuntungan) daripada Terengganu dan beri kepada negeri lain.

"Jika keuntungan mencecah RM100 juta, jadi royalti minyak adalah 20 peratus daripada jumlah itu iaitu RM20 juta," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepemimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), di sini, hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg hari ini meminta Dr Mahathir menjelaskan secara terperinci berhubung isu pembayaran royalti hasil minyak empat negeri pengeluar petroleum di negara ini, khususnya Sarawak.

"Kita tidak pasti kenyataan itu merujuk kepada royalti ataupun keuntungan. Kita masih belum mendapat gambaran jelas mengenainya dan tidak mahu diheret dalam isu berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam temubual khas bersama NSTP dan TV3 di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini pagi tadi sempena Sambutan Hari Sarawak 2018.

Semalam, Dr Mahathir ketika menghadiri Sidang Parlimen memaklumkan Kerajaan Persekutuan di bawah kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) memenuhi janji menyalurkan 20 peratus keuntungan minyak dan hasil petroleum negara kepada empat negeri pengeluar sumber itu.
Ini cara perkiraan bayaran royalti minyak pada kerajaan negeri ~ Menconteng Untuk Perubahan™

Di Sg Kandis, BN dan HARAPAN menukar strategi pilihan raya
Zikri Kamarulzaman
PRK SG KANDIS | Dalam bilik mesyuarat yang pengap di sebuah lot kedai di pinggir Shah Alam, Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan sidang medianya.

Wartawan dan pemimpin politik yang berada di situ dilihat menyeka peluh di dahi masing-masing akibat sistem penyaman udara yang tidak begitu memuaskan.

Lebih merimaskan, bunyi enjin motosikal dari bengkel di sebelah kedai mengganggu ucapan Mohamad.

Keadaan bilik mesyuarat Umno bahagian Kota Raja itu jauh berbeza berbanding lokasi mewah yang biasa digunakan BN untuk mengumumkan calon mereka ketika masih menjadi kerajaan.

Jika sebelum ini pengumuman seumpama itu akan dikuti kempen berskala besar di mana BN akan mengedarkan habuan serta menjanjikan pelbagai peruntukan untuk pembangunan, kini semuanya tiada lagi.

BN kini tidak lagi berupaya untuk membuat janji-janji seperti itu dan lebih memburukkan keadaan, sebahagian besar akaun Umno telah dibekukan akibat siasatan pihak berkuasa terhadap 1MDB.

Ditanya sama ada kekangan kewangan akan menjadi penghalang bagi Umno dalam kempen pilihan raya kecil ini, Mohamad menolak kebimbangan tersebut.

"Kami berkempen dari mulut ke mulut, bukan dengan wang," katanya sambil tersenyum dan disambut ketawa oleh pemimpin BN di situ.

"Kami akan berkempen dengan meyakinkan (pengundi) dengan pergi dari rumah ke rumah," katanya.
Sementara itu, calon BN, Datuk Lokman Noor Adam (Gambar dua dari kanan), berkata pilihan raya kecil itu adalah peluang untuk membantah dasar kerajaan Pakatan Harapan serta memperkuatkan suara pembangkang dalam DUN Selangor.

Mesej seumpama adalah mesej serupa disampaikan PKR, DAP dan PAS pada tahun 2008 apabila mereka menyeru rakyat menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.

Kini segala-galanya berubah. Jika dahulu BN berkuasa di Selangor, pada masa ini, PKR mengetuai kerajaan negeri.

Dalam satu majlis beberapa jam sebelum Mohamad bercakap dalam sidang media itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menyerahkan bantuan bernilai RM713,400 kepada kira-kira 180 orang penduduk Sungai Kandis dan kawasan-kawasan berdekatan seperti Kota Raja.

Bantuan itu termasuk RM376,000 dalam bentuk pinjaman mikro kredit di bawah Skim Hijrah Selangor.

Mungkin menyedari bantuan berkenaan dibuat ketika pilihan raya kecil bakal diadakan, Amirudin berulang kali menegaskan bahawa kerajaan Selangor tidak hanya memberikan bantuan semata-mata.

Beliau juga menyebut mengenai biasiswa, pinjaman mikro, dan bengkel latihan kemahiran yang merupakan antara inisiatif bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Selain itu Amiruddin juga menyampaikan mesej secara halus mengenai peralihan kuasa di Putrajaya apabila memberitahu kira-kira 200 penduduk bahawa Selangor boleh mendapatkan bantuan daripada agensi-agensi kerajaan yang kini berada di bawah kawalan Pakatan Harapan.

Ini berbeza sebelum PRU pada 9 Mei, apabila kempen di Selangor menyaksikan HARAPAN dan BN masing-masing menggunakan sumber daripada kerajaan negeri dan persekutuan.

Bertanding di padang yang rata
Bagaimanapun, Amiruddin dilihat lebih berhati-hati. Sepanjang ucapannya, beliau tidak ada meminta penduduk yang menerima bantuan agar mengundi PKR pada pilihan raya kecil itu.

Calon PKR Sungai Kandis, Zawawi Mughni yang hadir juga tidak berada di pentas untuk menonjolkan dirinya sebagai calon seperti mana dilakukan BN pada masa lalu.

Zawawi hanya berada di sebelah Amirudin ketika sesi bergambar pada akhir acara itu dan pada sidang media selepasnya.

Sama ada Amirudin dan HARAPAN akan menggunakan jentera kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan semasa tempoh berkempen nanti masih belum dapat dipastikan.

Dengan BN tidak lagi dapat menggunakan sumber kerajaan persekutuan, ia memberi peluang kepada HARAPAN menunjukkan kempen yang adil seperti dituntut mereka sejak beberapa dekad lalu.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei awal bulan ini.

Pilihan raya kecil itu ditetapkan pada 4 Ogos dan hari penamaan calon akan diadakan esok.

Pilihan raya kecil itu dijangka menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PKR.
-malaysiakini
at 7/21/2018 12:00:00 PG
KERENGGA: Di Sg Kandis, BN dan HARAPAN menukar strategi pilihan raya

21 July 2018
Sg.Kandis - PAS suruh undi dacing,Hadi dah bagi lesen...
Melalui khabar yang dibawa oleh Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, Pas dilaporkan setuju untuk tidak meletakkan calon pada pilihanraya kecil Sungai Kandis yang ditetapkan 4 Ogos depan.

Persetujuan itu dengan maksud untuk memberi laluan kepada UMNO untuk berhadapan satu lawan satu dengan PKR dalam pilihanraya tersebut.

Perkara itu kemudian disahkan oleh Pas Selangor yang menyatakan pertembungan satu lawan satu antara BN dengan PH akan memberi peluang yang lebih baik kepada pembangkang.

Jarang benar Pas berpendirian tidak meletakkan calon sebagaimana pendiriannya di Sungai Kandis kali ini.

Ketika Pas sama-sama sebagai pembangkang dengan Pakatan Harapan sebelum ini, seperti di Sungai Besar dan Kuala Kangsar misalnya, parti tetap berkeras untuk meletakkan calon atas keyakinan mereka adalah parti Islam yang banyak sokongan, lebih berpeluang mencapai kemenangan, selain dakwaan memperjuangkan kebenaran serta berkewajipan menyertai pilihanraya sebagai satu cara untuk berdakwah dan berjihad.
Image may contain: 2 people, people smiling
Pas juga selama ini tidak kisah dengan pertandingan tiga penjuru atau empat penjuru sekali pun, malah mengatakan kemenangan di akhirat jauh lebih penting berbanding kejayaan di dunia.

Tetapi, sejak Pas dan UMNO sama-sama bergelar pembangkang sekarang ini, perubahan sikap dan pendirian Pas nampak begitu ketara sekali.

Mereka kini setuju tidak bertanding semata-mata untuk memberi laluan kepada UMNO berhadapan satu lawan satu dengan calon PH daripada PKR.

Makanya, dalam kempen pilihanraya nanti, apakah Pas akan turut berkempen untuk UMNO?

Apakah buat pertama kalinya juga kita akan menyaksikan Hadi Awang, Tuan Ibrahim Tuan Man dan lain-lain pemimpin Pas duduk sepentas dengan Zahid Hamidi dan Annuar Musa?

Bagaimana pula dengan ahli dan penyokong Pas di Sungai Kandis?

Sediakah mereka memangkah dacing kali ini? (ShahbudinHusin 19/07/2018).

Niat penyokong Pas semasa mengundi di Sg Kandis..." Sahaja aku undi calon Umno dari parti Penyamun 1Msia kerana arahan Lebai Kluk Klek walaupun tak masuk syurga" - f/bk
Image may contain: 3 people, text
Sikap hipokrit lebai2 PAS...
Ketika lebai bersama Rakan Taawun UMNOOO sebelum PRU14 untuk jatuhkan PH, tiada langsung peruntukan untuk pembangkang malah PAS jadi pasu bunga dalam parlimen untuk merayu BN agar beri peruntukan kepada pembangkang walaupun sedikit, apatah lagi nak mintak sama rata.

Malahan di Kelantan, wakil rakyat pembangkang tidak pernah pun mendapat peruntukan dari kerajaan negeri. Tetapi sejak kerajaan PH bagi peruntukan juga kepada pembangkang, mereka pun berkira-kira nak minta juga.

Di sini bolehlah kita menilai hati perut sebenar puak lebai ni. Penuh hasad dengki dan berpolitik semata-mata tanpa memikirkan rakyat.
Kerusi ni akan kosong 
sehingga Parlimen dibubar...
Tiba2 bila PH menang PRU pegang tampuk pemerintahan alih2 mula merayu mintak sama rata?

Dah bagi peruntukan pada pembangkang dah kira oklah berbanding di era BN memerintah satu sen pon tiada untuk pembangkang ketika itu.

Kenapa bila Umno/Bn kalah.. dedak dah abis ka ??

Nasib baik Kerajaan PH ni tidak ikut perangai puak lebai dan BN yang lepas. 

Dapat jugak puak pembangkang ni rasa keistimewaan jadi pembangkang di zaman kerajaan PH. - f/bk
Letter to CIA to pave way for power grab...
A former ambassador today claimed a letter purportedly written by the top intelligence officer under the previous Najib Razak administration to the Central Intelligence Agency (CIA) hints at plans for an “extra judicial power grab” in the aftermath of the 14th general election (GE14).

“I find it very strange, even bizarre, that our intelligence agency, a government department, would send such a letter to their US counterpart,” Dennis Ignatius told FMT.

“My sense is that there is perhaps more than meets the eye here.”

Dennis was referring to a letter allegedly written on behalf of the Malaysian External Intelligence Organisation (MEIO) and signed by Hasanah Ab Hamid (pix,above), who also led a unit under the Research Division of the Prime Minister’s Department.

The former high commissioner to Canada noted that the letter didn’t ask for US support to win the election.

Rather, it appeared to seek their understanding and support in the period immediately following the election, he said.

Dennis claimed this suggested that in the final days of campaigning, Najib was anticipating losing the election and might have had to use the National Security Council Act to stay in power.

“Under such circumstances, MEIO was attempting to persuade the CIA and the US government to endorse an extra-judicial power grab by BN in the interests of national and regional stability.”

He said the letter attempted to convince the US that such a move would serve Washington’s interests well, given Dr Mahathir Mohamad’s previous anti-Western bias, and that Najib might be more mindful of the US’ interests in relation to China, if it endorsed whatever actions Najib might take.

“It represents, in my view, nothing less than a shocking and shameful appeal to the US to side with Najib against Mahathir in the event of an electoral impasse or a close call.

“It follows a pattern set by other regimes on the verge of losing power.

“Though Najib himself may or may not have known about the letter, it is an indication of the extent his administration was willing to go to hold on to power.”
Najib has distanced himself from the alleged letter, saying he was not aware of it.

Dennis said he doubted that such letters were sent to other countries, including China, especially since China already endorsed the Najib administration and would likely go along with anything he did to retain power.

“All our other neighbours would, of course, have hidden behind the so-called ‘non-interference’ principle and said nothing.”

He said the letter to the CIA would now lend credence to the speculation that at least some in Najib’s camp were making plans for emergency rule in the event BN lost the election.

“While time will tell whether all this is fact or fiction, I believe it warrants a thorough investigation as proposed by the National Patriots Association (Patriot).”

Earlier today, Patriot called on the authorities to investigate the letter which it described as “treacherous” and “treasonous”.

Patriot president Brig-Gen (Rtd) Mohamed Arshad Raji said the purported letter had discussed internal security matters and foreign policy matters that should not have been shared. - fmt

Patriot calls for investigation into CIA letter
4 gomen-related officials who earn more Dr.M... 

Image may contain: 2 people, text

Image may contain: 4 people, people smiling, text
nota: beliau dah delete twit n minta maaf


No automatic alt text available.



cheers.
Posted by ali allah ditta at 12:21:00 AM
tumpang sekole...?: Sg.Kandis - PAS suruh undi dacing,Hadi dah bagi lesen...

Aku tanya bro my tetangga, my sahabat sama-sama asal dari daerah dan kampung berjiran - Bro jawab... 
Kau tau bro orang memang tunggu n nak tengok kita dua gadoh... Bro jawab Aku tahu. Alhamdulillah ...sambil tadah tangan syukur pada Allah Yang Maha Esa. In Syaa Allah terhindar porak peranda sebab masing-masing tahu. Aamiin. 

Sebab ada yang iri dan sama-sama kita kekalkan sentiasa bersangka baik pada Allah Subhanahuwatalla. Aamiin.









---------------------------------------------------=/

Tiada ulasan: