Jumaat, 6 Julai 2018

Jangan tersalah orang sehingga tanpa sedar orang jahat sedang menasihati kita. 7840.


TS MUHYIDDIN JANGAN DAPAT NASIHAT DARIPADA PENJAHAT.

TSMY, saya tahu bahawa Tan Sri dalam program atau dalam usaha bagi membaik pulih PDRM. Malangnya TSMY, Tan Sri hanya mendapatkan nasihat dari penjahat2 yang masih ada di PDRM. Kesannya? Mereka hanya nasihatkan Tan Sri supaya merombak atau membubarkan pasukan2 'task force' yang sedia ada seperti STAGG, STAFOC, STING dan beberapa unit khas lagi. 

Sedangkan TSMY...Apa yang Tan Sri perlu lakukan adalah menukar segera pucuk pimpinan PDRM termasuk Ketua2 Polis Negeri dan semua OCPD-OCPD. Hampir 90% daripada mereka adalah balaci Najib. Naik pangkat kerana menyokong Najib dan UMNO. Tetapi, Kenapa perlu di bubarkan STAFOC?....Setuju jika STAGG dan STING yang dirombak tetapi Kenapa hanya pembubaran unit tetapi tidak kepada Ketua2 Jabatan PDRM yang bermasalah?.
Sebab itulah...masalah ini tidak akan selesai dan akan terus melanda PDRM serta Politik negara. Apa sebabnya? Sebabnya, balaci2 UMNO dan Najib masih berlegar-legar tanpa takut dan suara mereka di dengar bak Dewa dari kayangan.

TSMY.....Kamu tak perlu dengar sebarang penjelasan, penerangan, cadangan atau permintaan dari mana2 Ketua jabatan di dalam PDRM kerana mereka tidak sesekali akan menyatakan tentang kebenaran. Sepatutnya, anda TSMY mendengar suara2 rakyat di bawah atau mana2 bekas anggota2 atau Pegawai2 Polis yang di aniayai atau teraniaya oleh pimpinan tertinggi PDRM. Mereka di ambil tindakan dalaman atau kehilangan pekerjaan hanya kerana mereka mempertahankan prinsip undang2 dan Rakyat. 

Tan Sri tidak tahu ker?
-Sumber FB.
Sumber:
TS Muhyiddin jangan dapat nasihat daripada penjahat. | SISI BUKIT

Zaman bos-bos GLC bergaji tinggi sudah tamat kata Tun M
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa syarikat pelaburan negara Khazanah Nasional telah menyimpang daripada matlamat asalnya untuk membantu bumiputera.

Dalam wawancara dengan laman web perniagaan Investvine, Mahathir turut berkata mahu memotong gaji tinggi bos syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

Bercakap mengenai Khazanah yang ditubuhkan pada 1993 ketika kali pertama pentadbirannya, Mahathir berkata firma pelaburan itu ditubuhkan untuk memegang saham bumiputera, sehingga mereka mempunyai keupayaan untuk membeli saham tersebut.

"Tetapi dalam proses itu, Khazanah memutuskan ia perlu mengambil semua saham itu untuk syarikat itu dan jika ia suatu saham yang baik mengapa tidak mendapatkan saham berkenaan semasa penyenaraiannya ketika harga saham itu masih sangat rendah dan lantaran itu mereka lupa sepenuhnya tentang memegang saham untuk bumiputera.

Kecenderungan jual saham

"Mereka memutuskan perlu memegang saham berkenaan untuk selama-lamanya menjadi sebahagian daripada syarikat-syarikat kerajaan yang dimiliki oleh kerajaan," katanya.

Ini menurut beliau kerana bumiputera yang mendapat saham berkenaan memiliki kecenderungan untuk menjual saham itu dan memperkayakan diri mereka sendiri.

Beliau berkata Putrajaya kini sedang meneliti pegangan saham Khazanah dalam syarikat-syarikat tersebut dan akan menyusunnya mengikut kategori keuntungan serta mengembalikan tujuan asal penubuhan Khazanah.

"Kami perlu bersetuju untuk beberapa syarikat ini mengurangkan bilangan (saham yang dipegang oleh Khazanah) dan setakat ini kembali ke niat asal untuk memegang saham yang diperuntukkan kepada bumiputera sehingga tiba masa apabila mereka boleh membelinya," katanya.

Era lantikan politik bergaji besar telah tamat

Sementara itu mengulas syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Mahathir berkata zaman pemegang jawatan lantikan politik mengetuai firma tersebut dan meraih gaji besar telah berakhir.

"Gaji orang-orang ini (dilantik politik) sangat tinggi dan mereka menikmati gaji tinggi tanpa ambil peduli sama ada syarikat itu membuat keuntungan atau tidak.

"Di sisi lain, kami mahu meletakkan profesional dan gaji mereka tidaklah terlalu tinggi, ia mungkin sedikit lebih tinggi daripada gaji perkhidmatan awam, tetapi jika prestasi mereka bagus maka kami akan membayar mereka bonus.

"Sekiranya mereka tidak bagus, mereka tidak akan mendapat pendapatan tinggi yang mereka dapatkan sekarang dan kami akan mengubah pengurusan supaya kami dapat melantik golongan profesional (tidak kira) sama ada mereka orang parti atau tidak, itu semua tidak penting, tetapi mereka mestilah profesional yang mahir dalam urusan perniagaan syarikat itu," katanya.
-malaysiakini at 7/06/2018 02:22:00 PTG

Sumber:
KERENGGA: Zaman bos-bos GLC bergaji tinggi sudah tamat kata Tun M

FRIDAY, JULY 06, 2018
Ramkarpal: Jangan beri jaminan, jika tidak Jamal lari lagi
FMT Reporters
Jamal Yunos didakwa melarikan diri dari tahanan polis. 
Ahli Parlimen Bukit Gelugur itu berkata Jamal Yunos menunjukkan beliau 'tidak mengendahkan undang-undang' dan tidak patut diberi jaminan. 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh hari ini, berkata Datuk Seri Jamal Yunos yang ditahan di Indonesia, tidak patut diberi jaminan sekiranya beliau didakwa. 

Dalam mengalu-alukan berita Jamal dibawa pulang ke Malaysia dari Indonesia, Ramkarpal berkata:

“Dalam keadaan yang sangat mungkin Jamal dituduh di mahkamah atas kesalahan yang dilakukan olehnya sebelum ini, diharap pihak pendakwaan benar-benar membantah pemberian jaminan kepadanya kerana ia jelas dari tindakan baru-baru ini yang dia menunjukkan kecenderungan untuk melarikan diri yang mesti dielakkan dalam apa cara sekalipun.” 

Ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu disiasat sekurang-kurangnya 6 kesalahan. Beliau hilang dari wadnya di Hospital Pakar Ampang Puteri di mana beliau sedang mendapatkan rawatan pada 25 Mei. Polis melancarkan pencarian dan kemudian berkata beliau berada di Indonesia. 

Jamal ditahan polis Indonesia ketika sedang menggunting rambut di Jakarta selatan, Isnin lalu. 

Beliau tiba di kompleks mahkamah kira-kira jam 4.00 petang dan dijangka didakwa melarikan diri dari tahanan polis.

Ramkarpal berkata ketika melarikan diri ke Indonesia bagi mengelak daripada ditahan dan berbohong mengenainya dengan mendakwa berada di Malaysia, Jamal menunjukkan beliau “tidak mengendahkan undang-undang dan jelas tidak ada keraguan terhadap penahanannya oleh pihak berkuasa”. 

Beliau berkata dalam satu kenyataan bahawa pemberian jaminan adalah atas budi bicara mahkamah dan ia boleh memilih untuk menahan pasport Jamal sebagai syarat jika ia diberikan jaminan. Bagaimanapun, Ramkarpal menegaskan “kemungkinan dia melarikan diri untuk mengelakkan pendakwaan tidak boleh dikecualikan”. 

Beliau berharap mahkamah akan mengambil perhatian terhadap perkara itu dan menafikan jaminan kepada Jamal. 

Jamal dikawal beberapa anggota polis selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kira-kira pukul 3.15 petang hari ini. ~freemalaysiatoday
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 9:25 am

Sumber:
al- Husseyn: Ramkarpal: Jangan beri jaminan, jika tidak Jamal lari lagi

Perihal Syed Saddiq dan Jamal Yunos
ABDUL JALIL ALI
ADA dua nama yang menjadi sebutan dan ingatan ramai sehari dua ini. Keduanya juga menjadi buruan. Bukan mantan PM, Datuk Seri Najib Razak, tidak juga mantan TPM, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tetapi Syed Saddiq, dan Jamal Yunos.

Nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba-tiba ngetop dan meniti dari bibir ke bibir, dan terus melekat di hati kebanyakan orang, terutama anak dara. Dia kacak, bijak berbicara – almaklumlah pembahas terbaik dunia! – cepat mesra walaupun pertama kali berjumpa. Maka tidak menghairankan, dia menjadi tarikan anak muda ke mana pun dia pergi.

Baru masuk politik, telah dicalonkan untuk parti Bersatu pada PRU14 9 Mei lalu, bertanding pertama kali di Parlimen Muar, dan menang, terus bergelar YB.

Beberapa hari lalu dia mencatat sejarah sebagai anggota Kabinet paling muda – baru 26 tahun – apabila dinamakan sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Tidak suka dipanggil ‘YB’ kerana kedengaran tua dan terlalu rasmi. Katanya: “Panggil saya ‘Bro Saddiq’ lebih sesuai!” Sebab itu dia menjadi buruan remaja, khasnya gadis!

Perihal Datuk Seri Jamal Yunos, sehingga beberapa hari lalu, juga menjadi buruan. Bukan diburu anak dara, tetapi menjadi buruan polis.

Dia popular kerana sikap pemurah dan keprihatinan terhadap masalah rakyat. Contoh, ketika orang ramai mengeluh dan resah akibat kenaikan harga barang, Jamal banyak menderma.

Dia membawa ikan ke tempat-tempat tertentu, menjual ikan pada harga amat murah. Kembung yang di pasar biasa berharga hingga RM12 per kilo, dia menawarkan hanya RM5.

Maka, ke mana sahaja dia membawa ikan, orang ramai akan mengerumuni Jamal untuk membeli ikan. Maka dia digelar ‘Jamal Ikan.’

Tidak sahaja pemurah, dia juga kadangkala dianggap tidak malu. Contoh, satu pagi dia bercukin membawa baldi dan berus gigi, menunjuk perasaan di hadapan pejabat Menteri Besar Selangor, gara-gara masalah air di negeri itu.

Ada juga orang menganggapnya berani. Contoh, pemimpin NGO Baju Merah ini pernah membawa tukul besi gergasi dan memecahkan beberapa botol arak di hadapan bangunan sekretariat Selangor Oktober lalu.

Serpihan kaca bertaburan, tetapi tidak ada siapa yang berani menegur dan menghalang wira Baju Merah itu. Semua orang menganggap dia berani.

Tetapi kemudian terbukti hero Baju Merah itu tidaklah seberani yang disangka. Contoh, apabila polis hendak menangkapnya kerana kesalahan pecah botol arak itu, dia menghilangkan diri.

Seperti dilaporkan media, semasa menjalani rawatan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Jamal melarikan diri ketika didakwa di mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan.

Mahkamah kemudian mengeluarkan waran tangkap ke atasnya, dan hero Baju Merah itu menjadi buruan. Maka, ramai berkata hero kampung itu hanya ‘berani buat, tak berani tanggung.’

Kalau betul berani dan bertanggungjawab dia sepatutnya sedia menghadapi tuduhan tersebut. Tidak ada apa yang hendak ditakutkan sebab jika sabit kesalahan pun tuduhan itu tidak akan membawa hukuman gantung sampai mati.

Selama main sorok-sorok dalam buruan Jamal sempat merakam beberapa video yang diviralkan, mendakwa dia tidak lagi, masih ada di dalam negeri. Nampak sangat dia hendak menunjuk pandai, dan memperlekeh pihak berkuasa.

Ketika YB muda Syed Saddiq masih menjadi buruan peminat, Jamal, wira berusia 43 tahun itu menamatkan pemburuan polis terhadapnya.

Dia ditangkap di sebuah salon di Jakarta, ketika sedang bergunting rambut. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Seperti ‘Bro Saddiq’, sebagai orang politik, Jamal pun bercita-cita tinggi. Sebab itu dia menawarkan diri sebagai calon Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti baru-baru ini.

Walaupun menyedari polis sedang memburunya siang-malam, dia mencalonkan diri untuk merebut jawatan penting parti yang dikosongkan oleh Khairy Jamaluddin. Jamal tewas dalam pertandingan tersebut, hanya mendapat dua undi dari 191 bahagian parti seluruh negara.

Tetapi, dia masih dipilih semula sebagai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar. Meski dalam buruan, dan berucap kepada perwakilan bahagian hanya menerusi video, dia masih dipilih.

Maka, ada yang marah-marah apabila calon dalam buruan pun boleh menang. Apa hal? Mungkin ini membuktikan kematangan pemilihan dalam Umno pasca tsunami 9 Mei.

Apa pun ‘Bro Saddiq’ dan ‘Jamal Ikan’ masing-masing ada kelebihan. Sama-sama menjadi sebutan.
at 7/06/2018 12:50:00 PTG

Sumber:
KERENGGA: Perihal Syed Saddiq dan Jamal Yunos

Friday, 6 July 2018
Patutlah Jamal Yunos Lari Ke Indonesia

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos hari ini memberitahu Mahkamah Majistret bahawa beliau mengalami mimpi ngeri ketika menjadi pelarian di Indonesia selama 2 bulan sebelum ditangkap dan diusir.

Beliau terus dibawa ke mahkamah dari lapangan terbang untuk berdepan tuduhan jenayah lari daripada tahanan polis yang mana beliau mengaku tidak bersalah.

Beliau gagal meyakinkan majistret untuk mendapatkan ikat jamin, dan diperintahkan supaya direman sehingga sebutan semula kesnya pada 30 Julai ini.

Dalam permohonan ikat jamin, Jamal berkata kehidupan yang dilalui di Indonesia selama hampir 2 bulan begitu pahit dan mengerikan.

“Saya tidak akan mengulangi kehidupan itu lagi, dan saya akan berhadapan apa jua pertuduhan untuk bersihkan nama saya,” katanya dari kandang pesalah.

Beliau menggesa mahkamah membenarkannya diikat jamin. “Saya rela pergi ke balai polis setiap hari.”

Beliau kelihatan tenang semasa merayu kepada mahkamah. Beliau tidak menjelaskan secara terperinci mengenai pengalaman pahitnya semasa melarikan diri.

“Saya ingin serah diri pada Kedutaan Malaysia. Sampai di Jakarta, saya ditahan,” katanya.

Jamal yang juga pemimpin gerakan Baju Merah, hilang pada Mei dari wad hospital di mana beliau didakwa dengan satu lagi kesalahan dan dibebaskan dengan jaminan. Beliau diburu oleh polis sejak itu, dan ditangkap pada hari Isnin oleh polis Indonesia.

Beliau memberitahu majistret bahawa beliau fikir proses jaminannya selesai setelah beliau dituduh.

“Saya tandatangan surat pelepasan reman hospital petang itu (25 Mei) dan sebaik sahaja saya selesai menandatangani dokumen, tiada kawalan polis di hospital. Saya fikir saya dibebaskan dari reman,” kata Jamal.

Beliau menambah jika beliau mahu lari, dia akan melakukannya lebih awal.

Sebagai pemimpin politik, Jamal berkata beliau memberi bekerjasama apabila disiasat polis. Bagaimanapun, beliau “takut” dengan beberapa serbuan yang dijalankan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selepas perubahan kerajaan pada bulan Mei.

“Saya takut kerajaan akan menganiaya saya,” katanya.

Majistret, Mohamad Firdaus Sadina Ali, memerintahkan supaya beliau dipenjarakan. - free malaysia today

Sumber:
Addin: Patutlah Jamal Yunos Lari Ke Indonesia

06 July 2018
DBKL - Ahli lembaga lantikkan UMNOOO sila berhenti.
“Mereka perlu berhenti segera,” kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad kepada kesemua wakil Barisan Nasional (BN) yang menduduki Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut Khalid, jika mereka enggan berbuat demikian, beliau akan memberitahu Datuk Bandar, satu lembaga penasihat baru akan dibentuk.

“Tindakan adalah untuk membolehkan wakil yang dipilih oleh rakyat mendapat tempat yang sewajarnya dalam pentadbiran negara,” kata beliau kepada wartawan selepas bertemu dengan semua ahli parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang kebetulan semuanya dari Pakatan Harapan.

Selama ini, walaupun mereka dipilih rakyat dalam pilihan raya, mereka sentiasa diketepikan oleh kerajaan untuk duduk dalam badan kerajaan bagi mentadbir bandaraya.

Ini adalah tindakan Khalid yang pertama bagi mempastikan wakil yang dipilih rakyat mendapat tempat yang sewajarnya.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata ahli lembaga yang dilantik melalui lantikan politik akan digantikan dengan ahli Parlimen Kuala Lumpur.

“Kalau mereka tak letak jawatan, saya akan beritahu Datuk Bandar (Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz) ganti lembaga.

“Ketika ini terdapat lapan ahli BN yang berada dalam lembaga. Mereka perlu meletak jawatan dengan segera,” kata Khalid selepas mesyuarat dengan ahli-ahli Parlimen Kuala Lumpur di Putrajaya lewat petang semalam.

Hampir kesemuanya hadir kecuali Datuk Kamarudin Jaffar, Bandar Tun Razak yang kini menjadi Timbalan Menteri.

Khalid berkata tempoh perkhidmatan wakil BN di Kementerian Wilayah Persekutuan juga akan dikaji semula.

Tentang kedudukan datuk bandar yang ada, Khalid berkata, kedudukan beliau tidak terjejas dengan pembentukan kerajaan yang baru jika beliau sedia bekerja dengan kerajaan yang ada.

“Semua penjawat awam harus bekerja dengan kerajaan yang sedang memerintah. Selagi beliau mempunyai sikap itu, tidak ada sebab kita mahu menukar beliau,” katanya.

Tambah Khalid, satu jawatankuasa akan ditubuhkan supaya DBKL mempunyai wakil ahli parlimen Kuala Lumpur.

“Kita mahu ahli Parlimen Kuala Lumpur mempunyai peranan dalam DBKL di mana mereka mengetengahkan masalah di kawasan mereka berkenaan bajet dan projek.

“Jika perlu, kita akan menyediakan kertas kabinet mengenainya,” kata beliau.

Kesemua 11 kerusi parlimen di Kuala Lumpur kini dimenangi oleh Pakatan Harapan. BN hanya menang di Putrajaya dan Labuan.

Khalid mengangkat sumpah sebagai Menteri Wilayah Isnin lepas dan semalam adalah hari kedua beliau memasuki Kementerian  Wilayah Persekutuan. - malaysiandateline
Who are you calling a 
coward now, Shafee?...
Last week, Sarawak Report (SR) alleged that Najib Abdul Razak had paid RM9.5 million to Umno-Baru linked lawyer, Muhammad Shafee Abdullah, the lead prosecutor in the trial of former Opposition leader, Anwar Ibrahim, in Sodomy II.

The trial sent Najib’s nemesis behind bars for five years. It also ended Anwar’s political career. It served as a warning to others that Najib could do the same to those who got in his way.

So,who is the coward now?

In January 2016,  after the Federal Court verdict against Anwar in the Sodomy II trial, Shafee gave press interviews in which he described Anwar as a “coward”‘.

Shafee usually has plenty to say to people, but when reporters approached him with the SR allegation, his response was a meek, “I will issue a statement, but not today“.  So, who is the coward now?

Why has the cat got his tongue? Why is he acting like a dog with his tail between his legs?

Najib remains silent, because when things go  awry, he prefers others to defend him. He probably knows that he may implicate himself further by opening his mouth. Where are the sycophants to prove their loyalty to Najib?

One political observer said, “They are waiting for their dedak before speaking out.”

Image may contain: 8 people
Ten reasons to be concerned

First. When the government appealed against the High Court acquittal, Najib did not enlist the government’s Public Prosecutors, but engaged Shafee. This is most odd. Why?

Second. Nancy Shukri, Minister in the PM’s Department, told parliament that Shafee’s fee was RM1,000. Did she really think the low fee was because Shafee was preforming a service to the nation? Is the alleged reciept of RM9.5 million, the real fee. Is Nancy in contempt of court?

Third. Both men are keeping quiet about the allegation. Shafee is a rich man and money is not a problem. Why was this RM9.5 million kept secret? Who were the real recipients of this RM9.5 million? What did Shafee do with that money?

Fourth. If Shafee did not receive the RM9.5 million from Najib, then a simple, “No” would have sufficed. He did not. Why?

The more Najib and Shafee dodge the question about the allegation, the more speculation will build, that there was government interference in Anwar’s trial.

Fifth. The allegations are serious. It suggests something sinister at work, behind the scenes. When he won his case against Anwar, no new evidence had been submitted. The High Court acquitted Anwar because the DNA evidence was unreliable, but the Federal Court upheld the conviction. Why?

Image may contain: 6 people, meme and text
Sixth. Shafee’s appointment in 2013, should not have  happened. When Anwar’s accuser, Mohd Saiful Bukhari paid Najib a visit at his Taman Duta home, to report about an alleged sodomy incident,  Shafee was present. Conflict of interest!

Seventh. Having put Anwar behind bars, Shafee and his sidekick, Khairy Jamaluddih, went on a government sponsored roadshow, to justify to the rakyat, Anwar’s conviction. Why the overkill? Perhaps, Najib did not think the rakyat was convinced of Anwar’s guilt.

Eighth. With a poor turn-out, the government ended its sponsorship but both Shafee and Khairy continued the roadshow. The plan to humiliate Anwar had backfired.

Someone who attended the roadshow said, “It was like listening to a porn film narrator. Shafee relished his role, and started to fantasise about many things which had not been said in court, such as the foreplay when Anwar tweaked Saiful’s nipples. Many people walked out.  The lurid details, had been fed by his fertile imagination.”

Ninth. Khairy told the audience at the roadshow, that BN will no longer keep silent on the conspiracy charge, and that Shafee will “bring the truth.”

In the light of the RM9.5 million allegation, what is the truth, Khairy?

Tenth. Shafee gave press conferences and boasted about “delivering justice”. Many lawyers and at least one former High Court judge slammed him for “advertising himself” and for lowering the dignity of his profession.

Akaunnya kena beku dak?
Shafee dismissed their concerns, and said that he took “no pleasure” in the Federal Court’s decision to convict Anwar.

Blaming Anwar, he said, “a young man’s life has been wrecked,” and “I know that justice has finally been done, so I am professionally satisfied with the result today.”

Really  Shafee? 

Lawyers are supposed to uphold the law. The allegation of RM9.5 million does not lend him any credibility and brings his profession into disrepute. What justice?

Perhaps, it was not Shafee’s legal genius, which helped to turn the tables on Anwar.

As for wrecking lives, Shafee has wrecked the hopes and dreams of Malaysians to be rid of corrupt politicians and crooked lawyers. He tarnished his profession, and destroyed a functioning democracy from operating.

With this allegation in mind, Shafee’s past cases should be re-examined. - Mariam Mokhtar

Great to see our politicians doing best to cut costs on official business. DPM Wan Azizah arrived in Mongolia (3/7) 2018 Conference on Disaster Risk Reduction. Its her first official visit abroad as DPM. 

- she opted to fly commercial, transit six hours in Tokyo
- she put up in a normal hotel room at Shangri-La Hotel
- she did not want excessive VVIP treatment 

I sincerely hope Dr Wan Azizah made Malaysia proud as well. There are not many countries in the world which have women as Deputy PM's.

I do have some thoughts for Dr Wan Azizah. Perhaps she may find it useful.

The private jet business took off in the United States (and later Europe)  fueled by the higher and higher salaries that American CEOs and corporate leaders were being paid. When CEOs were beginning to be paid in the hundreds of thousands and in the millions of US Dollars many US corporations realised that it was "cheaper" to hire a private jet to fly their CEOs around than to fly commercial.

If the CEO is paid say US$5 million a year (which is not unusual) the CEO costs over RM3000 per hour (based on 20 work days a month, 8 hours a day plus benefits).  At this type of costs you do not want your CEO waiting in transit at an airport for SIX hours. Or take the slow commercial flight from A to B.

Plus there are subsequent costs. The CEO possibly has to make billion dollar or hundred million dollar decisions at the end of his flight. Every delay has a follow through cost.

At the end of the day it is called the Total Cost Method.  Keep an eye on reducing the Total Cost.  You may need to spend a little extra in between to make sure that more savings are accumulated before the end of the journey. To make sure that the Total Cost is less.

Imagine Tun Dr Mahathir spending SIX hours in transit. Thats enough time for Tun Dr Mahathir to overthrow the BN government, restructure the Cabinet, show a flag at the Palace, go for a ride on his horse and grant three different interviews on TV.  Time is so very precious.

Just some points for Dr Wan Azizah. Wishing her well and a safe journey home. - ostb

Image result for mahathir n china
Image may contain: 2 people, people smiling, text
Story kat SINI SINI dan SINI  
Dr.M -  cabinet meeting...
Image may contain: one or more people, hat and text


Image may contain: 1 person, text


cheers.

Sumber:
tumpang sekole...?: DBKL - Ahli lembaga lantikkan UMNOOO sila berhenti...

Thursday, July 5, 2018
Pusat asuhan kanak-kanak di semua agensi kerajaan menjelang 1 Januari hadapan
Pada 5 Julai 2018
oleh PENTADBIR
Kerajaan mensasarkan untuk mewujudkan pusat penjagaan kanak-kanan di seluruh agensi perkhidmatan awam persekutuan dan negeri menjelang 1 Januari tahun hadapan kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Hannah Yeoh.

Selain sektor awam, pihak swasta juga katanya digalakkan untuk menyediakan kemudahan tersebut  melalui insentif pengecualian cukai 10 peratus selama 10 tahun bagi ubah suai dan penyelenggaraan bangunan untuk pusat asuhan.

“Kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil. 6/1989 di mana Perkhidmatan Persekutuan dan Negeri hendaklah menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja untuk kemudahan ibubapa yang bekerja menghantar anak-anak mereka bagi mendapat pengasuhan yang berkualiti.

“Kementerian ini akan membuat audit di semua agensi kerajaan bagi memastikan semua agensi kerajaan mempunyai pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja terutamanya mereka yang bekerja secara syif,” katanya, dalam sidang media hari ini.

Mengulas tragedi malang kematian adik Adam Rayqal Mohd Sufi yang berusia lima bulan di rumah pengasuhnya semalam, Hannah berkata ia merupakan tragedi  yang sangat mengejutkan dan ia tidak boleh diterima sama sekali.

“Saya sempat bertemu dengan keluarga mangsa di Hospital Kuala Lumpur semalam dan telah menyampaikan salam takziah kepada kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga mereka.
“Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan syabas kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kerana bertindak pantas menyiasat dan menyelesaikan isu ini,” katanya.

Ujarnya, tragedi malang itu menunjukkan terdapat ruang yang boleh ditambahbaik terutamanya kategori taska kanak-kanak yang di bawah Akta 308.

Antara penambahbaikan yang sedang dipertimbangkan oleh kementerian katanya ini adalah mengkaji keperluan penubuhan Suruhanjaya Kanak-Kanak atau badan bebas kanak-kanak yang akan melapor dan membuat cadangan kepada Parlimen.

“Saya akan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai perkara ini,” katanya lagi.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, July 05, 2018

Sumber:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Pusat asuhan kanak-kanak di semua agensi kerajaan menjelang 1 Januari hadapan

BERITA»Nasional
Jumaat, 6 Julai 2018 | 3:06pm
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kepimpinan Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Turut kelihatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu (kanan). - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Senator akan isi jawatan Timbalan Menteri Pertahanan
Oleh Azura Abas; Syed Umar Ariff; Mohd Husni Mohd Noor dan Mohd Iskandar Ibrahim cnews@nstp.com.my

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan jawatan Timbalan Menteri Pertahanan akan diisi oleh Senator.

Perdana Menteri berkata, ketiadaan jawatan itu buat masa ini tidak memberi sebarang masalah kepada Kabinet.

"Jawatan (Timbalan Menteri Pertahanan) itu ada, tetapi tidak dapat dilantik waktu itu kerana beliau bukan terdiri daripada wakil rakyat, beliau akan terdiri daripada bukan wakil rakyat.

"Untuk ini kita kena lantik beliau sebagai Senator dulu, ini tidak memberi masalah kepada Kabinet kerana jika seseorang menteri tidak dapat hadir (mesyuarat Kabinet), beliau boleh meminta seorang ahli Kabinet lain untuk mewakilinya.

"Beliau tidak boleh minta seorang timbalan menteri (hadir mesyuarat Kabinet). Yang menjadi masalah apabila kita ada Persidangan Dewan (Rakyat) dan pada masa itu timbalan menteri berkenaan akan menjawab bagi pihak menteri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Dr Mahathir bagaimanapun tidak mendedahkan siapa yang bakal dilantik mengisi jawatan terbabit.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata beliau masih belum membuat keputusan mengenai siapa tiga individu yang akan dilantik sebagai Senator.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri berhubung pelantikan jawatan timbalannya.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/445823/senator-akan-isi-jawatan-timbalan-menteri-pertahanan

Thursday, July 5, 2018
Sungai Kandis: Pas mahu kerjasama dengan Umno lawan PH
Posted By: Pentadbiron: July 05, 2018 Print Email
Sungai Kandis: Pas mahu kerjasama dengan Umno lawan PH
Pas perlu membentuk kerjasama dengan Umno bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Kandis, kata Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir.

Menurutnya, kerjasama itu antara pilihan terbaik untuk menguatkan suara pembangkang serta mengimbangi kekuatan Pakatan Harapan (PH).

“Secara peribadi saya mengesyorkan supaya Pas dan Umno membentuk kerjasama bagi kerusi Dun Sungai Kandis.

“Saya melihat adalah lebih baik jika berlaku pertandingan satu lawan satu bagi kerusi ini.

“Dalam konteks di Selangor, PH sangat kuat dan bagi memastikan proses demokrasi dapat berjalan dengan baik, adalah penting untuk mempunyai pembangkang yang kuat di Selangor,” katanya dipetik dari NSTP.

Pada PRU-14 lalu, Pas Selangor hanya mendapat satu kerusi Dun manakala BN (4) dan PH berjaya menang di 51 kerusi Dun.

Walau bagaimanapun, Dun Sungai Kandis yang disandang Mat Shuhaimi Shafiei kosong apabila beliau meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.

Mengulas lanjut, Roslan berkata, Pas dan Umno perlu membuang ego masing-masing dengan meletakkan kepentingan Islam sebagai asas untuk menjadikan kerjasama tersebut satu kenyataan.

“Mungkin PRK DUN Sungai Kandis ialah perintis kepada lebih banyak kerjasama antara Pas dan Umno pada masa depan,” ujarnya.

Walaupun begitu, beliau sebagai ahli parti akur dengan semua keputusan Pas Pusat berhubung hal tersebut. 

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, July 05, 2018

Sumber:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: SUNGAI KANDIS: PAS MAHU KERJASAMA DENGAN UMNO LAWAN PH

Thursday, July 5, 2018
BERGAMBAR : JAMAL TIBA DI KL TENGAH HARI INI DAN DI TAHAN DI SUNGAI BULOH
Image may contain: 3 people
Jamal tiba di KL tengah hari ini
Posted By: Pentadbiron: July 05, 2018
Datuk Seri Jamal Md Yunos dihantar pulang ke Kuala Lumpur melalui penerbangan MH710 dari Jakarta pada pukul 11 pagi (waktu Indonesia) tadi, kata peguamnya Imran Tamrin dalam kenyataan.
Image may contain: 4 people, people sitting
“Beliau dijangka tiba pada pukul 2.15 petang,” katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata Jamal akan terus dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang.

Imran berkata, ketika beliau melawat Jamal Selasa lalu anak guamnya dalam keadaan yang baik walau kelihatan letih.
Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting
JAMAL DITAHAN DISUNGAI BULOH DAN TIDAK DIBENARKAN DIJAMIN..

“Polis Indonesia menjaganya dengan baik…Saya diberitahu mereka membekalkan segala keperluan dan ubat-ubatan kepada Jamal,” kata Imran.

Beliau berkata polis Indonesia telah mengambil keterangan Jamal semalam, sebelum dibawa ke Pejabat Imigresen untuk memberi keterangan dengan bantuan peguamnnya di sana, Adherie Zulfikri.

Imran yang juga ADUN Sungai Panjang berkata, Jamal dan keluarganya mengucapkan terima kasih kepada Polis dan Jabatan Imigresen Indonesia, serta polis dan kedutaan Malaysia, kerana mejaganya dengan baik selama ditahan.

Jamal yang melarikan diri sejak Mei lalu ditahan di Tebet, Jakarta Selatan, pada 2 Mac lalu. Beliau ditahan di ibu pejabat polis Jakarta Selatan sebelum dihantar pulang pagi ini.

Beliau pertama kali ditahan polis pada 22 Mei lalu ketika dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri, namun melarikan diri ketika proses ikat jamin.

Bekas ketua kumpulan Baju Merah itu dikehendaki polis atas beberapa kesalahan, antaranya di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana melakukan gangguan awam dan Seksyen 34 Akta Senjata 1960 berkaitan penggunaan senjata api.
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, July 05, 2018

Sumber:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: BERGAMBAR : JAMAL TIBA DI KL TENGAH HARI INI DAN DI TAHAN DI SUNGAI BULOH




















Tiada ulasan: