Sabtu, 14 Julai 2018

Umno akan menendang dirinya sendiri sebagai parti politik bawah tanah dan berhaluan kiri. Ramai-ramai kita biarkan. 7868.


Orang Melayu yang tidak memaparkan etika dan tidak takut kepada Allah adalah ancaman sebenar kaum dan agama. Masa Umno dulu semua dijawat oleh Melayu umat Islam... rusuah... menyalahguna wang rakyat.. kenapa kau tak berbunyi? Yang rosakkan Melayu dan Islam bukan Richard Malanjun tapi Melayu yang tidak budiman dan Muslim yang tidak mukmin. Terima kasih."

No automatic alt text available.

Image may contain: text

Image may contain: 2 people
Peguam jelaskan mengapa Malaysia tak usir Dr Zakir Naik
Sejak kebelakangan ini, banyak pihak yang tidak henti-henti menyoal pendirian kerajaan Malaysia berkaitan kehadiran berterusan Dr Zakir Naik di negara ini, dan ketiadaan tindakan pihak berkuasa untuk menghantar beliau kembali ke negara asalnya di India, kononnya ini adalah kewajipan ekstradisi menurut undang-undang antarabangsa.

Kebanyakan pendapat itu adalah kononnya berteraskan dakwaan sesetengah pihak luar, yang diterima bulat-bulat oleh pihak tertentu di Malaysia bahawa Dr Zakir terlibat sama ada dalam kesalahan keganasan terorisme serta jenayah gubahan wang haram, mahupun kekacauan harmoni kemasyarakatan yang melibatkan kutukan terhadap agama selain Islam.

Persoalan yang wajib ditanya oleh rakyat Malaysia yang prihatin adalah: Adakah dakwaan pihak-pihak terbabit yang dilemparkan itu, satu dakwaan yang berasas ataupun cuma tohmahan?

Jawapan sebenar undang-undang:

(a)(i) Pada asasnya, mana-mana negara yang diiktiraf sebagai negara yang sah di sisi antarabangsa, seperti India sememangnya berhak untuk meminta negara lain yang juga diiktiraf secara sah di sisi antarabangsa, seperti Malaysia, untuk menghantar pulang mana-mana individu yang dikehendaki di bawah sistem keadilan jenayah India itu, sekiranya individu itu berada di negara luar itu, seperti Malaysia.

(a)(ii) Kerjasama bagi tujuan pembanterasan jenayah di tahap antarabangsa ini adalah melibatkan kedua-dua negara iaitu India dan Malaysia melalui perjanjian antarabangsa (International Treaty) dan adalah juga tertakluk di bawah seliaan dan kerjasama organisasi Interpol, di bawah mana, mana-mana negara pemohon, India, akan meminta pengeluaran satu "notis merah" (Red Notice) daripada Interpol untuk membolehkan negara luar itu, Malaysia menghalang pergerakan keluar masuk individu itu dari Malaysia sehinggalah permohonan rasmi ekstradisi untuk memohon penghantaran pulang individu itu ke India dapat diproses oleh pihak berkuasa dan mahkamah di Malaysia, juga menurut prosedur dan undang-undang yang sedia.

(a)(iii) Namun, prinsip kerjasama penguatkuasaan jenayah antarabangsa ini adalah tertakluk kepada keperluan untuk mematuhi undang-undang antarabangsa dan tempatan yang mengikat kedua-dua negara itu, iaitu India dan Malaysia.

(a)(iv) Dalam isu Dr Zakir Naik ini, walaupun pihak berkuasa India pernah pohon kepada Interpol untuk pengeluaran "notis merah" terhadap Dr Zakir Naik, yang mana telah dikeluarkan dan didaftar oleh Interpol untuk pengetahuan semua negara terbabit, termasuk Malaysia pada 19 Mei tahun lalu, namun pada hakikatnya Suruhanjaya untuk Kawalan Fail Interpol (Commission for the Control of Interpol's files) telah dalam persidangan Sesi 102 yang diadakan pada 24 hingga 27 Oktober tahun lalu, batalkan akan pengeluaran dan pendaftaran "notis merah yang dipohon oleh India terhadap Dr Zakir Naik.

(a)(v) Justeru, apabila pihak penguatkuasa jenayah antarabangsa seperti Interpol sendiri tidak berpuashati berkaitan prosedur dan sokongan fakta berkaitan permohonan kerjasama pembanterasan jenayah antarabangsa ini, maka sememangnya adalah tidak adil untuk pengkritik secara salah menuding jari terhadap kerajaan berhubung ketiadaan tindakan yang diambil berhubung kehadiran berterusan Dr Zakir Naik di Malaysia.

(b)(i) Yang keduanya, pada 9 Januari lalu pula,satu tribunal rayuan untuk Akta Pencegahan Gubahan Wang Haram di India sendiri, yang diketuai Hakim Manmohan Singh telah mengeluarkan perintah untuk halang Pejabat Pengarah Pelaksanaan (Enforcement Directorate) di sana dari mengambil alih hak ke atas harta-harta Dr Zakir Naik yang telah awalnya dirampas atas siasata alegasi jenayah gubahan wang haram, atas alasan:

"When the lawyer spoke about “incitement of violence in youth through Naik’s speeches”, Justice Singh said that the ED did not produce any prima facie evidence or statements from “such misguided youths” as to how these speeches pushed them to commit illegal acts.",

“Have you recorded anybody’s statement as to how they were influenced by these speeches? Your chargesheet does not even mention how these speeches played any role in a terror attack in Dhaka in 2015,” he said.

“Have you read the speeches which form part of your chargesheet? I have heard many of these speeches and I can tell you that so far I haven’t come across anything objectionable,” the judge told the ED’s lawyer.

"The Tribunal also ordered a “status quo” stopping the ED from taking possession of a Chennai school and a commercial property in Mumbai" dan

"The ED had attached three properties of Naik, however, the judge said the agency cannot now proceed with the physical possession."

(b)(ii) Justeru, bagaimanakah kerajaan Malaysia boleh bertindak terhadap Dr Zakir Naik berhubung dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sedangkan pihak berkuasa kehakiman India yang berkenaan sekalipun tidak puas hati dengan tahap bukti yang ditampilkan oleh pihak siasatan India terhadap Dr Zakir Naik itu?

(c) Yang ketiganya, Dr Zakir 

Rujukan: 
KERENGGA: Peguam jelaskan mengapa Malaysia tak usir Dr Zakir Naik

14 July 2018
UMNOOO terus main sentimen kaum, agama...
Related image
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Noor Adam (atas) hari ini ditempelak ekoran dakwaan melulu menuduh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad kononnya diperkudakan oleh DAP.

Lebih menyedihkan, Lokman terus mengulang skrip lapuk UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lalu yang mendakwa Pakatan Harapan dikuasai oleh DAP.

Menurut Ahli Dewan Negeri (Adun) Bandar Utama Jalmaliah Jamaluddin, dakwaan jahat sedemikian semata-mata bersifat perkauman dan dapat memecah belahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum negara ini.

“Hanya dengan memetik nama saudara Lim Guan Eng dan saudara Gobind Singh Deo, sudah cukup untuk Lokman Adam melemparkan tohmahan bahawa DAP ini memperalatkan Tun Dr Mahathir.

“Dalam negara Malaysia yang asasnya dari pelbagai kaum, agama dan memperaktik pelbagai budaya, adakah terlalu melampau sekiranya kepelbagaian ini diraikan dan ditonjolkan dalam struktur pemerintahan?

“Apakah kita perlu duduk di takuk lama sebagaimana kepimpinan UMNO BN dahulu yang majoriti menteri dan timbalan menterinya Melayu dan bermain api dengan sentimen perkauman? Yang menimbulkan kebencian antara kaum melalui himpunan parti-parti komponen?” soal Jamaliah dalam kenyataan hari ini.
Image result for Adun) Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin
Image result for Adun Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin

Tohmahan sedemikian kata Jamaliah hanya menyebabkan rakyat semakin jemu dengan taktik lapuk UMNO-BN yang telah dimainkan sejak lebih 60 tahun.

“Selama 60 tahun UMNO-BN bermain dengan isu perkauman sehingga akhirnya PRU-14 rakyat menjadi penat dengan kebencian yang ditanam ini.

“Rakyat menjadi lelah dengan rasa tidak selamat antara kaum ini. Rakyat sedar, betapa isu perkauman ini boleh diselesaikan dengan semangat muhibah dan persefahaman,” kata beliau.

Di sebalik serangan melulu Lokman terhadap kerajaan Pakatan Harapan, Jamalian mempersoal di mana suara pemimpin UMNO itu berhubung urus tadbir dan dasar-dasar baru kerajaan.

Beliau turut menyindir sikap membisu Lokman ketika tercetusnya krisis pelantikan Menteri Besar Perlis yang telah mengheret institusi Raja ke gelanggang politik.

“Sekiranya betul perhatian Lokman Adam ini adalah terhadap Melayu dan Islam, mana pergi Lokman Adam semasa krisis perlantikan MB Perlis?


“Mana suara Lokman Adam ketika Shahidan Kassim enggan mendengar titah Sultan Perlis dan berdegil mahukan adiknya menjadi Menteri Besar Perlis? Mana pergi Lokman Adam ketika institusi keramat Raja-Raja Melayu ini dicemar dan dirobek oleh orang dalam UMNO-BN sendiri?” soalnya lagi. – Roketkini.com

UEC tu apa...
Manifesto BN
 
Manifesto Pakatan Harapan
Manifesto PH dan BN semasa PRU14, dua-dua menjanjikan pengiktirafan sijil UEC. Jadi siapa jadi Kerajaan pun,UEC akan diiktiraf. Yang malaun2 UMNO dok kalut buat apa...

Image result for say no to religious hypocrites in malaysia
Rude and religious hypocrites are the real threat to race and religion...
Seorang ADUN Johor dari Pakatan Harapan (PPBM) hantar WhatsApp berikut kepada saya: 
"Richard Malanjum: Perlantikan Ketua Hakim Negara Yang Baru
Perlantikan Richard Malanjum, cabaran besar buat umat islam menanti.
Apa jawapan kita?"
Berikut jawapan saya kepada beliau:
"Kita kena jadi orang Islam yang baik. Supaya tak diseret ke mahkamah dan diadili oleh orang bukan Islam. Bawa Najib depan hakim Islam rupa-rupanya dia adik ADUN Umno. Sepatutnya hal itu dimaklumkan kepada mahkamah. Apa guna Muslim kalau bukan mukmin YB? Please open up our intellectual vista as is enjoined by our religion. Jawapan kita YB, Melayu mesti budiman. Berbudi dan beriman. Muslim mesti mukmin. Yang rosakkan Melayu dan Islam bukan Richard Malanjun tapi Melayu yang tidak budiman dan Muslim yang tidak mukmin. Terima kasih."

Wallahuaklam.
Melayu tak hilang di Malaysia Baru...
Malays who do not display etiquette and are not God-fearing are the real threat to race and religion, says veteran newsman Datuk A. Kadir Jasin. 

In a Facebook post on Friday, Kadir said he had received a text message from a Johor state assemblyman, which claimed that the appointment of Tan Sri Richard Malanjum as Chief Justice of Malaysia was a "big challenge" to Muslims. 

"He asked how he should respond to this challenge. I said we need to be good Muslims, so that we will not be dragged to court and judged by a non-Muslim," he said. 


Tan Sri Richard Malanjum receives his letter of appointment as the new Chief Justice from the Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V at Istana Negara July 11, 2018. — Bernama pic

Malanjum's appointment had raised eyebrows among some groups which claimed that while it was not against the Federal Constitution, it was uncommon to have a Chief Justice who was not a Malay or a Muslim. 

Kadir also pointed out that the judge in former prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak's court case had been Muslim, but it was later discovered that he was the brother of an Umno assemblyman. 

"The court should have been told about this. What good is a Muslim if he is not a believer? "Please open up our intellectual vista as is enjoined by our religion," he said. 

He also said a Malay person should be of good character, polite and faithful in the practice of his faith. 


"Those destroying Malays and Islam are not people like Richard Malanjum, but Malays with no etiquette and Muslims who are not believers," he said. - a.kadir jasin
Sultan Brunei pun lantik org bukan Islam tak dak masalah. Jgn fikiran sempit. - Razali Ibrahim

Pasai apa tak dak bantahan, pasai UMNOOO dan PAS tiada di Brunei. Ketua Hakim Negara bukan Islam tak ada track record mcm Ketua Hakim lama zaman Najib. PM Najib pun boleh ditafsir bukan Penjawat Awam tak boleh disaman sivil. - t/sekole

Berubahlah minda org Melayu. Jgn salahkan bangsa lain dpt jawatan yg bagus2. Salahkam diri sendiri dan bangsa Melayu kita jugak.Siapa yg menikam bangsa Melayu....bukankah orang Melayu jugak. Ambillah pelajaran @ iktibar semua kita. - Arbaah Mohamad 

Jadi lah melayu yg cemerlang kalau nak jawatan yg tinggi . Jgn harap jawatan sebab melayu atau Islam, sebab tugasnya bukan untuk jadi ustad atau ketua kampung melayu. Jawatan ialah sebagai hakim negara. Kalau kau yg layak, kau akan di lantik. Kalau nak ramai melayu islam yg memegang amanah, kerja keras dan cemerlangkan diri anda. Automatic kau akan di lantik. - Fariny Shamsudin 

How I need to memorize this phrase "Melayu mesti budiman. Berbudi dan beriman. Muslim mesti mukmin. Yang rosakkan Melayu dan Islam bukan Richard Malanjun tapi Melayu yang tidak budiman dan Muslim yang tidak mukmin" - Aravind Yeoh Tze 

Siapa menang pandailah pilih siapa yang terbaik....kalau Bn menang mereka juga pilih yang terbaik menepati kepentingan Bn x kan PH pulak yang pilih. - Shamsul Kamal Baharuddin 
Image result for mca n kleptocrat
Image result for mca n kleptocrat
MCA associating with thieves...

1. The MCA President has expressed his disgust at what he calls the lack of principle on the part of DAP.

2. He seems to think that DAP’s working together with me is all wrong.

3. But MCA’s working together with a known kleptocrat who has stolen billions of Ringgit is the worst example of a lack of principle. Or is the MCA unaware of what Najib has done to UMNO, BN and the nation. If he is not, I would like to tell him that under Najib Malaysia has been classified as one of the ten most corrupt country in the world.

4. The American Dept. of Justice has reported that Najib, who is Malaysian Official 1 (as confirmed by Cabinet Minister Abdul Rahman Dahlan), has stolen billions of Ringgit of the Malaysian people’s money, and 2.6 billion Ringgit of this is in Najib’s personal bank account. Of course the MCA thinks this is okay. That is the MCA’s principle which it must cling to. It must be proud that it is supporting Najib who is involved in the world’s biggest fund case as alleged by the Department of Justice.

5. Now Najib considers the contest is between UMNO and DAP. This means Najib believes in racism because to him Malaysian politics is about Malays versus Chinese. Towards that end he has redrawn constitutional boundaries to separate Malays from Chinese.

6. Perhaps this accords with MCA as an ethnic Chinese Party. DAP is a multi-racial party which supports all the provisions of the Malaysian Constitution, namely...
I. The monarchical system
II. Malay Special rights
III. Malay is the national language
IV. Islam is the official religion of the country.

7. Accordingly the DAP celebration of its 50th anniversary was conducted completely in the national language.

8. The DAP Secretary General categorically stated in his speech that DAP had never asked to have a Chinese Prime Minister in answer to Najib’s claim that if the DAP wins the next election Kit Siang would be P.M. DAP’s choice is Anwar Ibrahim, a non-Chinese.

9. MCA obviously supports Najib’s racist play by saying that if UMNO loses to DAP, there would be a Chinese as PM., or maybe MCA just wants to bodek Najib, principle be damned.

10. MCA should not talk about principle as it is just opportunistic. It is not the MCA of Tun Tan Cheng Lock. It is just an appendage of Najib’s racist UMNO now.

11. I am with DAP and the other opposition parties because I don’t want to be associated with Najib and his kleptocratic government. Until he can prove beyond reasonable doubt he did not steal 1MDB money, I will still say he has stolen money from the people of Malaysia.

12. For MCA everything that Najib has done is okay. So stay with him. And that means MCA has no principle. DAP has upheld its principle to have clean election, to have democracy and to fight for a clean Government. MCA is as kleptocratic as Najib.

13. Shame on you MCA. - chedet


Pegawai khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor umur 44 tahun disiasat utk projek pasang panel tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak yg bernilai RM1.25 bilion, pelaksanaan projek tanpa tender terbuka Kementerian Pendidikan
Image may contain: 2 people, text

Sekarang kat oberseas
Image may contain: 1 person, text

Image may contain: one or more people and text

Image may contain: 2 people

Image may contain: 3 people, people smiling

No automatic alt text available.

cheers.

Posted by ali allah ditta at 1:11:00 AM
Rujukan: 
tumpang sekole...?: UMNOOO terus main sentimen kaum, agama...

Friday, July 13, 2018
DAP cadang wujudkan pelan pembangunan masyarakat selesai masalah Orang Asli
Pada 13 Julai 2018 oleh PENTADBIR
Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dicadangkan agar mewujudkan Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli sebagai mekanisme penyelesaian masalah pasti melibatkan aspek sosio-budaya dan psikologi, ekonomi, politik dan juga alam sekitar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanah Rata, Chiong Yoke Kong berkata, langkah tersebut perlu diberi keutamaan kerana masyarakat Orang Asli masih jauh ketinggalan daripada nikmat kemajuan yang telah dikecapi negara sejak lebih 60 tahun lalu.

“Sebahagian besar masyarakat Orang Asli masih jauh ketinggalan dalam banyak hal berbanding kaum-kaum lain.

“Keadaan sedemikian bukan semata-mata hanya disebabkan oleh kelemahan atau kekurangan pada masyarakat Orang Asli itu sendiri, akan tetapi ia juga berpunca daripada tindakan dan strategi yang tidak telus yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang memegang kuasa selama 61 tahun sebelum ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikan setelah mengadakan tinjauan bersama Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang dan Adun Bilut Lee Chin Chen ke Kampung Angkek, Gua Musang Kelantan dan Kampung Ulu Tual, Kuala Lipis Pahang.

Turut serta dalam tinjauan itu ialah bekas calon Parlimen Cameron Highlands, M Manogaran dan Setiausaha Biro Organisasi DAP Kebangsaan, Vincent Wu.

Dalam tinjauan itu, Yoke Kong berkata terdapat banyak masalah yang masih dihadapi masyarakat Orang Asli tempatan termasuk hak yang telah diabaikan selama ini.

Empat masalah utama yang perlu diberi tumpuan segera kata beliau ialah melibatkan isu Hak Tanah Adat – pencerobohan dan pengambilan tanah, kekurangan kemudahan asas, keciciran dalam pendidikan dan kesihatan, serta kelemahan pentadbiran JAKOA.

“Untuk memberi jalan penyelesaian lestari kepada masyarakat Orang Asli, saya mencadangkan bahawa kuasa JAKOA harus disemak semula dan satu Suruhanjaya Orang Asli seperti mana yang disyorkan oleh SUHAKAM perlu ditubuhkan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh Orang Asli khususnya isu tanah adat,” ujarnya.

Merujuk kepada Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) Mengenai Orang Asli katanya, ia telah menggalakkan setiap pemerintah melibatkan Orang Asli di dalam projek pembangunan negara dan telah menyediakan panduan mengenai perlindungan Orang Asli.

Justeru beliau amat berharap kerajaan akan mewujudkan Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli bagi menyelesaikan segala masalah yang diabaikan selama ini oleh kerajaan terdahulu.


Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, July 13, 2018
Rujukan: 
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: DAP cadang wujudkan pelan pembangunan masyarakat selesai masalah Orang Asli

Friday, July 13, 2018
Najib cukup! Jangan putar belit isu GST – Saifuddin Nasution
Posted By: Pentadbiron: July 13, 2018
Najib cukup! Jangan putar belit isu GST - Saifuddin Nasution
Menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna hari ini menasihatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak jangan memutar belitkan kenyataan kementerian tentang GST bukanlah satu-satunya sebab kenaikan kos sara hidup.

Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata para pegawai kementerian aktif memantau harga barangan dan melayani aduan pengguna sejak kadar GST dijadikan sifar pada 1 Jun.

“Kami dapati berlaku peningkatan jumlah aduan, hampir 3 kali meningkat, dan lebih separuh daripadanya tentang harga harga barang tak diturunkan di premis makanan dan kafeteria.

“Najib tak perlu “spin” isu itu. Ia mengenai etika perniagaan,” katanya pada sidang media di satu majlis rumah terbuka Aidilfitri hari ini.

Saifuddin berkata kementerian mengambil berat isu etika perniagaan dan akan meningkatkan lagi langkah-langkah pantauan harga.

“Pantauan ini akan membawa kepada barangan dirampas, kompaun dikenakan dan dibawa ke mahkamah kerana menyalahi akta. Itu sedang berlaku,” katanya.

Semalam, Najib mendakwa Saifuddin mengakui GST bukan sebab utama kenaikan harga barangan pengguna.

Cukai itu diperkenalkan Najib pada April 2015, dan pengkritik menyalahkannya sebagai penyebab inflasi dan kenaikan harga.

Najib bagaimanapun berkata harga barangan nampaknya tidak turun selepas kadar GST dijadikan sifar.

Menghapuskan GST merupakan janji utama dalam manifesto Pakatan Harapan menuju pilihan raya 9 Mei lepas.

Kerajaan PH mahu memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk menggantikan GST.

Saifuddin berkata Najib menyebabkan kerosakan besar pada negara sepanjang menjadi perdana menteri, dan langkah membetulkan masalah itu akan mengambil masa.

Beliau mengingatkan Najib ada banyak isu yang menyebabkan kenaikan kos sara hidup, bukan sahaja kos makanan dan minuman.

Beliau berkata kos perumahan, kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan utiliti juga menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup.

“Sekurang-kurangnya 6 aspek menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup. Kita harus terima hakikat itu.

“Dia mesti tahu dasar-dasarnya membawa kepada kenaikan kos sara hidup. Dia tidak boleh pilih satu sisi sahaja,” katanya.

Saifuddin juga menggesa Najib supaya hadir ke Parlimen dan mengambil bahagian secara aktif.
“Jangan ponteng seperti dulu. Dia boleh tanya apa sahaja,” katanya. 


Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, July 13, 2018
Rujukan: 
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: NAJIB CUKUP! JANGAN PUTAR BELIT ISU GST – SAIFUDDIN NASUTION

Friday, July 13, 2018
Barang kemas Rosmah boleh dirampas tanpa isytihar kastam
Posted By: Pentadbiron: July 13, 2018
Barang kemas Rosmah boleh dirampas tanpa isytihar kastam
Barangan kemas dari firma Lubnan yang dihantar kepada isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mungkin tertakluk kepada rampasan jika ia belum diisytiharkan kepada Jabatan Kastam.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk T Subromaniam berkata demikian ketika ditanya mengenai hantaran 44 unit barangan kemas berkenaan, yang kini ditahan oleh polis.

“Polis belum menghubungi kami. Apa-apa barang yang belum atau tidak diisytiharkan juga boleh dirampas,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Subromaniam mengulas kenyataan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer, yang menimbulkan persoalan tentang bagaimana barangan kemas itu dibawa masuk tanpa melalui pemeriksaan kastam.

“Adakah konsainan ini diisytiharkan kepada Jabatan Kastam apabila dibawa masuk ke Malaysia?

“Siapakah yang menerima barangan ini? Adakah duti kastam dibayar? Bagaimana penghantaran barang-barang ini sampai kepada Rosmah dengan selamat sedangkan nilai barangan kemas ini sangat besar ini?” soal Rayer dalam satu kenyataan hari ini.

Selasa lalu, Malaysiakini melaporkan Global Royalty, sebuah syarikat pemborong barang kemas di Lubnan memfailkan saman terhadap Rosmah bagi menuntut isteri bekas perdana menteri itu memulangkan kembali 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya pada Februari lalu. –


Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, July 13, 2018
Rujukan: 
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: BARANG KEMAS ROSMAH BOLEH DIRAMPAS TANPA ISYTIHAR KASTAM

Friday, July 13, 2018
Najib Terus Dengan Sindrom Penafiannya
KEMELUT dan masalah Najib dan kerajaannya bukanlah satu perkara baharu tetapi telah lama menjadi bahan persoalan kepada rakyat jelata.

Semasa beliau menguasai tampok pemerintahan, semua ini telah dibendung dan dikawal rapi daripada disiasati dan tindakan undang-undang. Hanya selepas beliau hilang kuasa ekoran dari kekalahan BN dan Umno didalam PRU 14 baru-baru ini, barulah masalah-masalah tersebut dapat diselongkar untuk pengetahuan umum dan disusuli dengan tindakan undang-undang.

Ketika Najib mula-mula dinobatkan sebagai PM ke-6, sudah ada pihak-pihak tertentu yang mengenali beliau secara dekat dan rapat yang telah menyuarakan keraguan dan kesangsian mereka tentang kebolehan dan kesesuaiannya untuk memegang jawatan tersebut. 

Sebagai peneraju utama iaitu "numero uno" kepada sebuah negara yang mempunyai cita-cita besar dengan warisan pencapaian tinggi yang telah ditinggalkan oleh Tun M sebagai tanda aras ukurannya. Persoalan dan pertikaian telah ditimbulkan tentang wawasannya yang kabur untuk Negara Malaysia, ketokohannya sebagai seorang pemimpin, keperibadiannya yang dikatakan cenderung kepada kemewahan dan keseronokan, kelayakan akademiknya dan sebagainya.

Namun pada ketika itu banyak pihak berpendapat dan percaya bahawa sesiapa sahaja dari barisan pemimpin tertinggi Umno adalah jauh lebih baik daripada Pak Lah yang dianggap begitu lemah kepimpinannya. 

Najib dengan latar belakangnya dari keluarga aristokrat dan anak kepada bekas Perdana Menteri, penampilan luarannya yang halus serta budi bahasanya yang baik dengan persiapan dan latihan semasa bekerja bertahun-tahun untuk jawatan tinggi adalah difikirkan calon yang terbaik untuk menggalaskan tugas itu. 

Malah Tun M juga turut memperagakannya sebagai pengganti yang sesuai. Dan bagi sebuah negara yang sudah biasa dengan skandal-skandal besar , orang ramai juga bersedia untuk mengenepikan persoalan dan keraguan yang masih terpahat diminda mereka tentang kes Altantuya yang mati dalam keadaan penuh misteri dan menggerunkan. Juga persoalan tentang fi khidmat yang besar sebanyak RM500 juta yang dibayar oleh kerajaan kepada sebuah syarikat kepunyaan pembantu rapat Najib, iaitu Razak Baginda di dalam kes Scorpene. Kesemua ini telah diketepikan tetapi kekal tanpa jawapan yang memuaskan sehingga ke hari ini.

Kiranya pada masa itu rakyat mahu mara ke depan untuk melakar sejarah baru yang lebih gemilang daripada era Pak Lah. Maka mereka meletakkan harapan dan impian kepada Najib untuk memimpin mereka dengan baik dan berwibawa. Tidaklah sampai mengharapkan beliau dapat menurut jejak langkah Tun M kerana ramai yang menganggap pencapaian Tun M cukup sukar untuk ditiru atau diulangi. 

Bagi kebanyakan orang, sudah mengcukupi dan memadai jika Najib dapat bertindak sebagai PM yang menegak dan mempertahankan keluhuran undang-undang, menjamin ketenteraman awam, memperlihatkan sifat integriti yang tinggi dalam sistem pemerintahannya serta mendorong negara melalui contoh teladan yang baik. Pokoknya rakyat hanya mengharap Najib bertindak jujur, bekerja keras dan tekun sebagai PM untuk memimpin negara dan rakyat. Malang sekali jalan ceritanya tidak begitu jadinya. Jauh daripada mempergunakan peluang dan kuasa yang ada padanya untuk membaiki keadaan dan dirinya, Najib kelihatan semakin berani di dalam tindakan-tindakannya sehingga mencetuskan lebih banyak lagi skandal-skandal berskala besar. Sama ada dengan dirinya sebagai dalang utama atau bersekongkol dengan rakan-rakan dan kroni politiknya. Selain daripada skandal 1MDB, skandal-skandal besar lain termasuklah kes Felda/FGV, TRX, Pembinaan PFI, HSR, ECRL dan sebagainya. 

Sampai satu tahap dan ketika, Najib sudah tiada jalan pulang lagi. Beliau telah terlajak jauh dengan kes dan skandal-skandal tersebut. Alhasilnya beliau terpaksa menutup keterlanjurannya dengan berbagai helah dan hujah. Lama kelamaan ianya menjadi satu pola dan ciri kepemimpinannya.

Walaupun begitu, beliau mungkin berpendapat bahawa beliau memiliki cukup kuasa, wibawa dan wang ("cash is king") untuk membeli dan meraih sokongan daripada penyokong dan psikopant untuk mengawal keadaan dan membendung masaalah. Apatah lagi beliau telah mengumpulkan segerombolan penasihat tempatan dan antarabangsa yang mahal bagi menasihati dan merangka strateji umtuknya.

Modus operandi yang sering mereka gunakan, antara lainnya, termasuklah serangan terhadap kredibiliti pengkritiknya dan pembidasnya, menyuap gula-gula kepada mereka yang sanggup menjual maruah dan menodai parti atau institusi yang lemah dari segi moral dan nilai.


Rakyat menyaksikan perkembangan ini dengan penuh gerun dan rasa bimbang. Sistem politik, keunggulan nilai dan idealisma demokrasi terus merosot dan terhakis. Semakin ramai orang mula mempersoalkan dan mempertikaikan tindakan beliau dan kerajaannya. 

Namun semua ini dipandang remeh oleh Najib. Soalan yang diketengahkan sama ada diketepikan begitu sahaja atau dianggap tidak relevan. Teori konspirasi turut dilaung dan dicanang sebagai benteng pertahanan terhadap pelbagai tuduhan keatas Najib. Alasan pembelaan utama Najib ialah beliau telah difitnah dengan pembohongan, kenyataan tidak benar, putar belit, dan propaganda yang direka-ciptakan oleh pengkritik dan pembidasnya. Mereka dikatakan mencemburuinya, terkilan dan terpinggir daripada agendanya untuk menyusun semula dan mentransformasikan negara ini selaras dengan visi 1Malaysianya.

Ramai pengkritiknya didakwa dan ditindas. Rafizi, Tony Pua, Claire Rewcastle merupakan antara segelintir nama yang dicerca habis-habisan oleh Najib dan konco-konconya. Malah Tun M juga tidak terlepas daripada penghinaan dan kata-kata aib daripada Najib dan pengikutnya.

Maka tidaklah menghairankan PRU14 menjadi satu referendum terhadap diri dan kredibiliti Najib sebagai pemimpin dan Perdana Menteri serta pencapaian kerajaannya sepanjang pemerintahannya.

Keputusan PRU 14 jelas, nyata, terang lagi bersuluh . ‘Res ipso loquitor’. Kenyataan dan hakikat membuktikan segala-galanya. PRU 14 ini akan dikenang sebagai peristiwa paling bermakna dalam sejarah negara kita. Banyak yang telah diperkatakan tentang PRU14 ini. Tiada apa-apa lagi yang perlu diulang di sini tentang perkara ini.

Apabila kerajaan baharu di bawah PH mula mengaudit buku-buku dan menyiasati kes-kes ini, mereka mendapati masalah berkenaan adalah lebih besar daripada yang dijangkakan. Sebagai contoh, liabiliti negara berada pada tahap melebihi RM1 trilion dan bukannya RM600j seperti yang dilaporkan dan diisytiharkan oleh Najib dan kerajaannya. 

Kerugian dan keterdedahan 1MDB pula adalah dua kali ganda daripada angka RM42b seperti yang dianggarkan sebelumnya. Malah jumlah implikasi kewangan bagi skandal besar dan projek besar lain adalah jauh melebihi daripada yang dilaporkan terdahulu secara rasmi.

Sekali lagi Najib dan barisan penyokongnya mengulangi mantera pertahanannya. Bahawa dia adalah mangsa fitnah dan pembohongan oleh pengkritik-pengkritiknya. Dan apabila kerajaan baharu bertindak lambat untuk memulakan tindakan undang-undang, mereka mempertingkatkan serangan dengan cemuhan bahawa kerajaan baharu hanya berani bercakap tapi takut untuk bertindak. Kononya tiada bukti kukuh untuk mendakwa Najib di mahkamah. 

Apabila agensi penguatkuasaan undang-undang mula memburu bukti, termasuklah serbuan demi serbuan pada beberapa lubuk kediaman dengan berjuta-juta wang tunai ditemui, berserta barang kemas turut dijumpai, maka Najib mula memberi gambaran bahawa beliau adalah mangsa dendam politik oleh Tun M dan konco-konconya. 

Setelah Peguam Negara membuat empat pertuduhan terhadap Najib, merangkumi satu pertuduhan melibatkan penyalahgunaan kuasa di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah di bawah Kanun Jenayah berkaitan dengan RM42j daripada SRC, timbul lagi kekecohan daripada Najib dan penyokongnya. Mereka mengatakan itu semua adalah penganiayaan politik, bukan pendakwaan undang-undang yang saheh. Semuanya untuk memenuhi dendam politik. 

Pada masa yang sama, Najib terus mencanangkan ceritanya bahawa beliau sebenarnya mangsa dan bukannya pelaku jenayah. Anak-anaknya juga turut merayu simpati dengan kisah sedih mereka. Namun orang ramai nampak tidak termakan dengan semua itu. Malah orang ramai mahu tuduhan berkaitan dengan kes 1MDB yang lebih besar segera dibawa ke mahkamah. Pihak berkuasa memberi jaminan bahawa penyiasatan akan segera diselesaikan dan tindakan mahkamah akan menyusul.

Untuk berlaku adil kepada Najib dan kerajaannya, perlu diakui bahawa tidak kesemua tuduhan yang dilemparkan keatasnya berasas dan bersandar kepada fakta dan kebenaran. Banyak juga benda-benda yang sengaja diada-adakan atau ditokok tambah oleh musuh-musuh politiknya. Hakikatnya politik negara sudah dicemari dengan budaya fitnah dan berbagai taktik kotor dan jijik. Yang diamali oleh berbagai pihak untuk mengcapai matlamat masing-masing.

Walaupun kerajaan baharu telah mengambil sedikit masa untuk menyusun semula keadaan seperti pembentukan barisan jemaah menteri, penyusunan semula pentadbiran, kajian semula projek mega, kes-kes mahkamah dan sebagainya, namun tidak dapat dinafikan bahawa urusan negara sedang bergerak lancar ke arah yang betul di bawah kerajaan baharu ini.

Rakyat perlulah bersabar sedikit dengan kerajaan sekarang didalam usaha mereka memenuhi manifesto dan janji pilihan raya. Dan member peluang kepada kerajaan PH untuk membawa sistem pemerintahan yang baik kepada negara.

Rakyat perlulah bersifat realistik dan tidak mengharapkan hasilan yang cepat tetapi memberikan sedikit masa dan ruang untuk kerajaan baharu mengatur tindakan seterusnya. Pada masa yang sama, kerajaan juga mestilah menunjukkan sikap kesegeraannya, komitmen yang tidak berbelah bagi dan hendaklah menunaikan janji-janji mereka. Mereka tidak boleh dipesongkan oleh perselisihan dalaman atau kerenah politik antara parti dan pemimpin-pemimpin mereka.

Pada masa yang sama, kerajaan juga mestilah menangani ruang dan saluran bebas yang diberikan kepada orang awam untuk mengemukakan pandangan dan kritikan mereka. Walaupun kebebasan bersuara yang baharu ini merupakan fenomena sejagat dan menjadi tren yang tidak dapat disekat lagi, namun ianya perlu diseimbangkan dengan tanggungjawab kepada undang-undang dan kepentingan negara atau umum.

Kerajaan perlulah bertindak dengan bijaksana untuk menggariskan sempadan dan meletakkan parameter yang dapat diterima umum. Agar kebebasan ini tidak menjadi lesen kepada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan kekacauan dan anarki didalam masyarakat kita yang berbilang bangsa dan agama. Kita perlu pastikan visi kita untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang makmur, bertenaga dan aman tidak tergugat olehnya.

Sekarang dengan kes terhadap Najib sudahpun berada di mahkamah, sewajarnya kita membiarkan perkara ini diselesaikan melalui proses undang-undang. Najib dan penyokongnya mungkin akan terus mendesak dan mencetus kontroversi serta mempolitikkan perkara ini dalam usaha meraih simpati orang ramai, mengalih pandangan dan mengelirukan rakyat. 

Pihak berkuasa dan juga pengulas sosial yang bertanggungjawab mungkin perlu memberikan respons dari masa ke masa untuk menerangkan atau menjelaskan isu-isu berkenaan kepada orang ramai supaya mereka tidak terpedaya dengan perkara propaganda dan putar belit politik. Biarlah ini semua dilakukan secara profesional tanpa dorongan atau politik sempit.

Samada penjelasan yang diberi memihak kepada Najib atau kerajaan sewajarnya tidak menjadai persoalan. Yang pentingnya kerajaan PH mengambil tindakan-tindakan yang dapat menyakinkan rakyat bahawa proses undang-undang telah dijalankan dengan adil dan telus.

Yang lebih penting dan utama dari semua ini ialah kerajaan PH terus mengorak langkah dengan agenda r pembaharuan dan transformasi untuk menjadikan Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaya maju, makmur, aman dan damai.

WAN HARON WAN HASSAN

Posted by Anak Sungai Derhaka at Friday, July 13, 2018
Rujukan: 
Anak Sungai Derhaka: Najib Terus Dengan Sindrom Penafiannya

Pelantikan ketua hakim tidak ganggu penghayatan Islam
ZIKRI ABDULLAH
Pelantikan Ketua Hakim Negara bukan beragama Islam tidak menjejaskan aktiviti penghayatan Islam di negara ini.

Naib Presiden AMANAH Husam Musa berkata dalam sistem perundangan di negara ini, seorang Ketua Hakim Negara tiada hak mencampuri hal ehwal agama Islam.

“Ada ketua hakim boleh campur hal solat kita, zakat kita, ibadah kita atau sebarang amalan yang kita nak buat,?” soalnya ketika mengambil bahagian di Program kKuliah mingguan AMANAH Kelantan pagi ini.

Kontroversi yang ditimbulkan berkaitan pelantikan Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum katanya adalah rekaan pihak tertentu yang cuba mengelirukan orang ramai.

Menyentuh pentadbiran Persekutuan di Kelantan yang ditadbir oleh pembangkang, beliau memberi jaminan tidak akan mengulangi ketidakadilan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).

“Agensi-agensi persekutuan akan bergerak memajukan semua sektor untuk membangunkan rakyat.

” Agensi seperti Kada mempunyai aset yang begitu besar bagi meningkatkan sumber makanan dan aktiviti pelancongan, katanya.

Menurutnya selain meningkatkan pengeluaran padi, tanah dan saliran di kawasan Kada perlu dinaiktaraf.

“Tali air kita perlu diperkemaskan semula sebagai tapak penternakan ikan secara modern.

“Batas-batas tali air pula perlu ditanam bunga-bunga indah.

“Dengan wujudnya suasana menarik dan ikan-ikan segar dalam tali air barulah kita mampu menarik pelancong dari seluruh dunia, katanya.

Beliau turut menyebut rancangan penternakan lembu berteknologi tinggi yang akan dibawa dari negara Jepun.

“Dalam satu lawatan saya ke Jepun, didapati mereka memajukan sistem penternakan yang amat baik dan sama seperti yang disebut dalam Al Quran.

” Mereka menyembelih lembu ketika masih muda dan dagingnya lembut manakala cara memasaknya menggunakan batu yang dipanaskan, katanya.

Kuliah mingguan AMANAH yang sebelum ini diadakan di Wisma Tok Guru dipindahkan ke masjid RTC Tunjong bermula hari ini.


at 7/13/2018 08:15:00 PTG
Rujukan: 
KERENGGA: Pelantikan ketua hakim tidak ganggu penghayatan Islam

Husam Musa tidak mahu fikir kemungkinan lantikan sebagai Senator
  12:01 PTG      Pejuang Perubahan
Husam tidak mahu fikir kemungkinan lantikan sebagai Senator
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa menegaskan beliau belum memikirkan persoalan sama ada akan dilantik sebagai Senator dan diberi jawatan dalam kabinet Kerajaan Persekutuan pada masa ini.

Beliau dipetik berkata, ketika ini tumpuannya bersama rakan dalam PH adalah untuk membantu mengukuhkan kedudukan kerajaan menyelesaikan beberapa masalah dalam negara.

“Apa-apa pun, mengenai kedudukan peribadi saya termasuk pelantikan itu (sebagai Senator) boleh dikemudiankan buat sementara ini.

“Sebaliknya mari kita sama-sama memberi fokus menyokong kerajaan PH yang mempunyai agenda besar bagi membangunkan negara ke arah Malaysia baharu,” katanya seprti dilaporkan BHonline hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian pejabat operasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Antara Kaum dan penyerahan borang keahlian serta penubuhan cawangan Kawasan Tanah Merah, malam tadi.

Majlis berkenaan disempurnakan Pengerusi AMANAH Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Turut hadir Tokoh Agama AMANAH Negeri, Nik Omar Nik Abdul Aziz serta Ahli Jawatankuasa Pilihanraya PH Kelantan, Tan Ah Wang.

Husam yang juga Naib Presiden AMANAH, berkata persoalan seorang wakil PH dari Kelantan dilantik menjadi Senator dan diberi jawatan Menteri atau Timbalan Menteri adalah keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

“Kita percaya perdana menteri bersama-sama rakan dalam kabinet akan mengumumkan perkara itu bukan hanya di Kelantan saja malah di negeri lain yang dikuasai pembangkang selepas penyusunan kerajaan berjalan lancar,” katanya.

mdl
Rujukan: 
Husam Musa tidak mahu fikir kemungkinan lantikan sebagai Senator ~ AGEN PERUBAHAN ®

13 JULY 2018
Seorang Lagi Bekas Pegawai Najib Ditahan SPRM
Seorang bekas pegawai di Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya.

Video di Twitter Malaysia Gazette memaparkan dia dengan pakaian lokap SPRM dibawa ke mahkamah.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bekas pegawai perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, direman empat hari sejak Selasa lalu bagi membantu siasatan kes dakwaan penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Simi Abdul Ghani mengesahkan mengenai penahanan individu berusia 44 tahun itu.

Menurut Simi, individu itu ditahan pada Isnin lalu selepas dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan.

Sebelum ini, laporan media menyebut bekas pemimpin tertinggi negara menandatangani projek bernilai RM1.25 bilion untuk pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak.

Pelaksanaan projek itu dikatakan melangkaui proses biasa ditetapkan kementerian pendidikan supaya tender projek berkenaan tidak diberikan secara terbuka, sebaliknya diserahkan terus kepada syarikat sewaan kereta di Bintulu.

SPRM sebelum ini sudah menahan tiga individu termasuk seorang pengarah syarikat bagi membantu siasatan berkaitan projek berkenaan.



Dicatat Oleh Jeebond BLM
Rujukan: 
Bloglist Malaysia: Seorang Lagi Bekas Pegawai Najib Ditahan SPRM

KETUA HAKIM NEGARA DIPERKENAN OLEH DYMM AGONG.
Ketua Hakim Negara adalah jawatan tertinggi dalam Kehakiman. Untuk menjadi Ketua Hakim Negara, dia mestilah terlebih dahulu menjadi seorang Hakim Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan pula ialah Mahkamah yang tertinggi di Malaysia selepas Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah (Magistret dan Sesyen). 

Selepas Mahkamah Tinggi, kesemua kes yang didengar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mesti didengar oleh sekurang-kurangnya 3 orang hakim. 

Kalau kita kalah kes di Mahkamah Tinggi, umumnya, kita berhak untuk merayu di Mahkamah Rayuan. Tetapi kalau kita kalah kes di Mahkamah Rayuan, kita belum tentu mempunyai hak untuk merayu di Mahkamah Persekutuan. 

Sebelum dapat merayu di Mahkamah Persekutuan, ada satu “stage” yang kita perlu lepas terlebih dahulu iaitu peringkat Kebenaran atau “leave stage”. Nak lepas “leave stage”, kita perlu lepas “threshold” atau “test” untuk “leave stage” dulu. “Leave stage” akan didengar oleh 3 orang hakim Mahkamah Persekutuan. Jadi kita perlu yakinkan 3 hakim tersebut bahawa kita telah memenuhi “test” dan “threshold” tersebut. Kalau 3 hakim tersebut putuskan kita gagal memenuhi “test” untuk “leave stage”, kita habis di situ saja. Balik angkat beg. Maknanya, kita tidak dapat “green light” untuk kes kita didengar lebih lanjut di Mahkamah Persekutuan. 

Sehingga kita melepasi “leave stage” barulah kes kita akan didengar oleh para hakim di Mahkamah Persekutuan. Maksudnya, nak masuk Mahkamah Persekutuan bukan mudah. Bukan semua kes layak didengar di Mahkamah Persekutuan. Hanya kes yang betul-betul ada merit sahaja yang layak untuk didengar di Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan adalah sangat eksklusif. Di Mahkamah Persekutuan, kes kita akan didengar oleh 3 ke 5 orang Hakim. Kadang-kadang boleh lebih sampai ke 7 orang Hakim, bergantung kepada kes. 

Para Hakim tidak membuat keputusan berdasarkan emosi, logik, andaian dan prasangka. Mereka adalah “the servant of the law” atau “the protector of the law”. Sebab itu kalau mereka mempunyai apa-apa hubungan kekeluargaan, perniagaan etc terhadap satu-satu kes yang mereka akan dengar, mereka sewajarnya mengundur diri (“recuse himself”) atau diminta untuk mengundur diri kerana dibimbangi keputusan yang bakal dibuat akan dipengaruhi oleh emosi etc. Hakim mesti membuat keputusan berdasarkan kepada fakta dan keterangan yang dibentangkan di depan mereka sahaja. Fakta dan keterangan tersebut pula akan dinilai dan ditafsirkan mengikut prinsip undang-undang ataupun “rules of law”.   Apa-apa pandangan para Hakim diluar dari neraca undang-undang atau “rules of law” hanya akan dianggap sebagai “Obiter Dicta” yang tidak mempunyai kesan mengikat ataupun “binding effect” kepada undang-undang. 

Mana-mana keputusan yang dibuat tidak mengikut “rules of law”, keputusan tersebut boleh dirayu (“appeal”) atau dikaji semula (“review”). Hatta Mahkamah Persekutuan sekalipun, keputusan mereka boleh dikaji semula juga.  

Ketua Hakim Negara yang disandang oleh Yang Amat Arif Tan Sri Richard Malanjum hanyalah sebuah penjawatan. Namun beliau tidak mempunyai kuasa Veto ke atas Hakim-hakim yang lain. Setiap orang Hakim bebas di dalam membuat keputusan. Beliau tidak boleh mencampuri mana-mana kes yang tidak beliau dengar. Hanya Hakim yang mendengar kes tersebut saja yang berhak membuat keputusan terhadap kes itu. Hatta di dalam kes yang beliau sendiri dengar bersama hakim-hakim yang lain, beliau tidak mempunyai kuasa untuk memaksa hakim-hakim itu mengikut keputusan beliau. Jadi, kadang-kadang kita tengok keputusan boleh jadi “unanimous” atau sebulat suara. Tetapi kadang-kadang ada juga keputusan jadi 3-2 atau 4-1. Kalau keputusannya 5-0, biasanya Alasan Penghakiman akan disediakan oleh seorang hakim saja dan yang lain “conquer”. Tetapi kalau jadi 3-2 atau 4-1, yang tidak bersetuju dengan keputusan majoriti akan/boleh mengemukakan “ratio decidendi” mereka melalui “dissenting judgment”.

Jadi jangan bimbanglah YAA Tan Sri Richard Malanjum jadi Ketua Hakim Negara. 


Congratulation to Tan Sri Richard Malanjum for Your Lordship appointment as Chief Justice of Malaya.

Rujukan: 
KETUA HAKIM NEGARA diperkenan oleh DYMM Agong. | SISI BUKIT

Definisi 'martabatkan Islam' PAS tidak jelas, kata Hanipa
Anggota Parlimen Sepang, Hanipa Maidin mempersoalkan sikap PAS kerana mempertikai beberapa siri pelantikan dalam sektor undang-undang dan badan kehakiman.

Hanipa mempersoalkan apakah definisi sebenar 'memartabatkan Islam' oleh PAS yang didakwanya tidak jelas dan tidak selari dengan 'sejarah kecemerlangan Islam'.

"Apabila saya membaca beberapa kenyataan pemimpin parti tersebut, saya dapati hujah mereka lebih diwarnai emosi serta budaya sloganistik dari nilai intelektualisme yang tinggi.

"Bagi saya, sikap sebegitu amat tidak selari dengan sejarah kecemerlangan Islam yang ditonjolkan oleh para alim ulamanya di sepanjang zaman.

"Yang jelas tidak jelas dari kenyataan mereka bagaimana mereka mendefinisi martabat Islam yang dikatakan semakin samar itu di era PH (Pakatan Harapan).

"Saya juga tidak pasti bagaimana mereka mengukur usaha keras HARAPAN misalnya mempamerkan dasar ketelusan, menentang pembaziran, rasuah dan salah guna kuasa dari kacamata Islam," jelasnya dalam satu kenyataan.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan semalam mendakwa beberapa siri pelantikan dalam sektor undang-undang dan kehakiman oleh kerajaan HARAPAN baru-baru ini sangat meresahkan umat Islam.

Beliau merujuk pelantikan hakim kanan Tan Sri Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara, Datuk Liew Vui Keong sebagai menteri di jabatan perdana menteri yang menjaga ehwal undang-undang serta Tommy Thomas sebagai peguam negara.

“Melihat tiga posisi penting ini telah diisi oleh sosok yang sangat meresahkan umat Islam, maka apakah masih ada harapan rakyat khasnya umat Islam untuk melihat masa depan Islam terus terbela di bumi Malaysia ini khasnya dalam hal yang melibatkan undang-undang,” soal Nasrudin.

Pemimpin PAS itu juga mendakwa rekod Malanjum membuktikan penghakimannya jelas tidak menyebelahi Islam dalam beberapa kes penting seperti kes murtad membabitkan Lina Joy atau nama sebenarnya Azlina Jailani pada 2006.

Malanjum juga merupakan salah seorang daripada tiga hakim yang mengundi untuk membenarkan kalimah Allah merujuk kepada Jesus oleh akhbar The Herald.

Ambil masa baca perlembagaan

Hanipa yang juga timbalan menteri undang-undang berkata beliau secara tidak langsung terkait apabila pelantikan Liew Vui Keong turut dipersoalkan.

"Saya berani menegaskan yang ketua saya iaitu YB Menteri, dari hari pertama lagi, secara jelas meminta segala isu yang berkaitan agama Islam dan syariah misalnya ditangani oleh saya.

"Lihatlah betapa beliau amat berhati hati dan berjaga jaga dengan sensiviti agama," katanya.

Menurut Hanipa, beliau sendiri telah mengambil inisiatif untuk berjumpa dan berbincang dengan pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung dengan isu pentadbiran agama Islam dan syariah di negara ini.

"Mengenai Peguam Negara , mereka yang gusar dan bimbang tak menentu itu hanya perlu ambil masa sedikit membaca Perlembagaan Persekutuan yang secara jelas menggaris sempadan wilayah peguam negara dalam isu berkaitan syariah.

"Begitu juga dengan peranan, kuasa dan jurisdiksi Ketua Hakim Negara.

"Memetik keputusan/penghakiman menentang ( dissenting judgement ) Ketua Hakim Negara dalam kes tertentu dan terus dengan laju menyimpulkan kononnya Islam digugat adalah, maaf, satu sikap dan adab yang paling tidak bertanggungjawab.

"Sikap sebegitu, bagi saya, hakikatnya yang meremehkan martabat dan kecermerlangan Islam," jelasnya.

at 7/13/2018 04:08:00 PTG

Rujukan: 
KERENGGA: Definisi 'martabatkan Islam' PAS tidak jelas, kata Hanipa

Serangan siber, Malaysia boleh rugi hingga AS$12.2 bilion
Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia berkemungkinan mengalami kerugian sehingga AS$12.2 bilion (AS$1=RM4.04), iaitu 4% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak AS$296 bilion, disebabkan insiden keselamatan siber.

Berdasarkan kajian Microsoft dan firma perunding Amerika Syarikat, Frost & Sullivan, organisasi besar di negara ini boleh menanggung kerugian AS$22.8 juta, 630 kali lebih tinggi berbanding syarikat biasa.

“Serangan keselamatan siber mengakibatkan kehilangan pekerjaan merentas pelbagai fungsi dalam 3 daripada 5 organisasi yang mengalami serangan siber sejak 12 bulan terakhir,” kata Saigo Agarwal, Naib Presiden Pemasaran Asia Pasifik Frost & Sullivan, pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata kerugian itu dikira berasaskan model data makroekonomi dan maklumat yang dikongsi oleh responden dalam kaji selidik.

Kerugian tersebut mungkin dalam bentuk kerugian kewangan langsung manakala kerugian tidak langsung mungkin dalam bentuk kehilangan reputasi akibat daripada kos peluang kepada organisasi dan kos teraruh (induce) disebabkan kesan pelanggaran siber dalam keseluruhan ekosistem dan ekonomi.

“Walaupun kerugian langsung akibat pelanggaran keselamatan siber paling ketara, ia hanya sebahagian kecil daripada yang sebenarnya,” katanya.

Pegawai Teknologi Kebangsaan Microsoft Malaysia Dr Dzaharudin Mansur, pula berkata serangan keselamatan siber akan menjejaskan kemampuan organisasi untuk memperoleh peluang masa depan dalam era digital.

“Dunia ekonomi digital bergerak dengan pantas. Ancaman ini adalah yang sebenar dan ia semakin menjadi lebih berbahaya.

“Mereka yang bergantung kepada sambungan Internet, seperti bandar pintar, kenderaan autonomi dan industri tenaga, boleh terjejas sekiranya langkah yang betul tidak diambil,” katanya.

Pautan paling lemah yang boleh menyebabkan ancaman siber terhadap alam sekitar ialah manusia sendiri, kata Dzaharudin.

“Kita mendapat e-mel setiap masa yang meminta kita supaya klik pada pautan untuk mendapatkan sesuatu secara percuma – wang, sebagai contoh. Separuh daripada kita klik pada jam pertama. Ini sendiri telah membuka pintu kepada penggodam untuk menyusup sistem, sekali gus menyebabkan masalah yang lebih besar,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Amirudin Abdul Wahab berkata sebagai negara yang menuju kepada era digital, risiko akan meningkat.

“Lebih luas sambungan internet dan digitalisasi, semakin mudah bagi setiap orang untuk dijadikan sasaran. Kita perlu bersedia untuk menghadapinya dan mencari cara untuk mengurangkan risiko,” katanya.

at 7/13/2018 10:30:00 PG

Rujukan: 
KERENGGA: Serangan siber, Malaysia boleh rugi hingga AS$12.2 bilion

13 July 2018
Bila 3 posisi kehakiman diisi, pak lebai mula meroyan...
Keputusan melantik individu bukan Islam dalam sektor perundangan dan kehakiman negara dilihat sebagai langkah meresahkan kepada umat Islam, kata PAS.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hasan berkata, harapan melihat agama Islam lebih terbela di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) semakin berkecai.

“Melihat 3 posisi penting diisi individu, meresahkan umat Islam, maka apakah masih ada harapan rakyat khasnya umat Islam melihat masa depan Islam terbela di Malaysia.

“Terutamanya dalam hal melibatkan undang-undang. Paling meresahkan melihat rekod penghakiman ketua hakim negara yang baharu ini.

“Agak jelas kelihatan corak penghakiman yang tidak menyebelahi Islam dalam beberapa kes penting,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ostad dah meroyan...

Terdahulu, Tan Sri Richard Malanjum mengangkat sumpah sebagai ketua hakim negara yang baharu berkuat kuasa serta merta selepas menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Malanjum, bekas hakim besar Sabah dan Sarawak menggantikan Tun Md Raus Sharif yang mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai ketua hakim negara pada 31 Julai.

Manakala, Datuk Liew Vui Keong dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (bahagian hal ehwal Undang-Undang) disusuli perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara pada awal Jun lalu.

Nasrudin berkata, kerajaan PH hanya “memekakkan telinga” dari mendengar keluhan dan teguran umat Islam serta “membutakan mata” untuk melihat reaksi bimbang umat Islam.

“Episod apa lagi bakal disaksikan umat Islam selepas ini. Sudahlah Islam terumbang-ambing di zaman kerajan BN, ternyata perubahan dilaungkan rupanya ke arah lebih teruk dan buruk.

“Apakah situasi ini meletakkan umat Islam terlepas dari mulut harimau lalu dilibas ekor buaya?” soalnya.


Beliau berkata keputusan melantik ketua hakim baharu turut dilihat sebagai tindakan tergopoh-gopah memandangkan peletakan jawatan Tun Md Raus Sharif berkuatkuasa 31 Julai.

“Perlantikan Richard menjadikan Malaysia mempunyai 2 orang ketua hakim negara sebelum berakhir 31 Julai ini. Mungkin Md Raus dipaksa membuat surat peletakan jawatan berkuatkuasa serta merta?

“Jika masih kekal, peletakkan jawatannya efektif pada 31 Julai, maka apakah ini suatu langkah yang berpelembagaan. Apakah ia juga bermakna sudah ada campurtangan kerajaan dalam sistem judisiari,” katanya. - fmt
Tapi ostad terlupa bahawa...
Pendek kata memang sah perlantikan Ketua Hakim yg baru ini akan mengundang malapetaka kepada para lebai yg bersetongkol dan bersubahat dgn penyangak dan penyamun. Kerana apa? Kerana hakim ini memiliki integriti yg tinggi dan tidak makan dedak seperti para lebai.

Nasrudin kata, "Agak jelas kelihatan corak penghakiman yang tidak menyebelahi Islam dalam beberapa kes penting." Adakah dengan lantikan orang yang anda suka, kemudiannya keputusan berpihak pada anda, anda namakan ia sebagai adil dan Islam? Tolong jangan babitkan Muslim lain dalam kepercayaan macam tu. Janganlah buat malu Islam. Adil bukan macam tu. Adil itu betul, sama ada enko suka atau enko tak suka. Barulah adil namanya. Islam takdak kena mengena dengan apa yang enko cakap. Itu kepercayaan enko dan parti enko saja. - Mohd Faizal

Masa dulu semua dijawat oleh umat Islam... rusuah... menyalahguna wang rakyat.. kenapa kau tak bersuara? - Thi Anh Bui

Benda belum berlaku dan anggap mengundang malapetaka,sebelum ni hakim di kalangan orang Islam bukan mengundang malapetaka malah berusaha mempertahankan kerajaan korup. - Muhd Zam

Buaya itu masih lagi orang2 PAS TANPA EKOR, TAPI MELIBAS KAKI KEBAS ITU ORANG UMNO - Abu As Siddiq

Ya bagus. 60 tahun lebih bagi orang Islam jaga, berkecamuk habis rasuah sini dedak sana, sampai lebai-lebai pun orang tuduh mengkedarah dedak. Kali ini kita nak tengok orang bukan Islam pulak buat.. mana tahu lebai-lebai PAS boleh belajar supaya tak jadi bodoh sampai ke kubang kubur. - Johari Zainol

Our judges should not be from those who obtained their Law Degrees via reading "Cartoon Books"??? - Nawi Abdullah


Anda cari makan dgn tunggang agama. Islam tak akan terkesan dgn perlantikan Ketua Hakim bukan Islam. Anda patut duduk lama di Sarawak dan melihat bagaimana Islam tetap berdiri megah meskipun Muslim minoriti.- Amir Hj Abd Hamid 
Ucapan AG dalam BM...
1MDB Scandal - Najib Razak and Jho Low Praying - Mahathir Smiling
I’m Fat But I’m Cute – A Billionaire Fugitive Jho Low Fled To China, Planning To Meet PM Mahathir...

Jho Low, probably as fat as Rocket Man Kim Jong-un, has again humiliated the Royal Malaysia Police after Macau Secretary for Security Wong Sio Chak confirmed that he had left the gambling city. Low (fullname: Low Taek Jho) might be fat but like Mr. Kim, he’s absolutely cunning. He is always one step ahead because he is obviously smarter than police chief Mr. Fuzi.

It’s amazing that Mohamad Fuzi Harun, Malaysian Inspector-General of Police (IGP), and Home Minister Muhyiddin Yassin for that matter, still haven’t figured out how incompetence and corrupt the entire police force is. Obviously, some police officers are under either ex-PM Najib Razak or Jho Low’s payroll. Adding insult to injury, Muhyiddin appears to be sleeping on the job.

The fact that the Malaysian police could let a small time mobster like Jamal Md Yunos fled from police custody speaks volumes about their lack of professionalism and competency. Had not Jamal went for his haircut at a salon located in South Jakarta, the fugitive could still be walking freely in Indonesia today. Like it or not, the Royal Malaysia Police is royally pathetic.
Image result for Jho Low - Macau - Interpol Red Notice
However, being on the run isn’t something that the cute and chubby Jho Low desires. The fat boy realizes that he is not Thaksin Shinawatra. The former prime minister of Thailand can live in self-imposed exile quite peacefully, flying freely from Dubai to UK to Singapore, because he is not an international wanted man. As long as Thaksin doesn’t step his foot on Thai soil, he’s safe.

Thai public prosecutors had made requests for Thaksin’s extradition with about 10 European and Asian countries since he fled the country in 2008. However, the Thai authorities failed to get him because Thaksin had often left those countries before their extradition requests were served. Additionally, Interpol would ask for additional evidence from Thai authorities before they can act.

Thaksin was overthrown due to a 2006 coup d’état by Thai military. In actuality, the European Union has warned the military junta ruling Thailand that the country must return to “free and fair elections” or risk the future of all EU-Thailand relations. What this means is the EU has the “social obligation” to protect Thaksin rather than turn him over to be slaughtered.

Fugitive Jho Low, on the other hand, is not only wanted by his own country’s authorities, he is also wanted by Singapore and the United States for using their financial systems to launder stolen money. Yes, unlike Thaksin who was free to travel to many countries because they were aware court cases against him were politically motivated, Jho Low’s case is a clear cut thievery.
Image result for Thaksin Shinawatra and Yingluck Shinawatra
Thaksin Shinawatra and Yingluck Shinawatra
When a crook offends Uncle Sam, the future normally isn’t good. For now, the U.S. authorities are leaving the new government of Malaysia to handle the naughty Jho Low. The impounding of the US$250 million yacht, the Equanimity, by Indonesian authorities early of the year demonstrates the influence of the U.S. when the FBI and Department of Justice make their moves.

As a graduate from Wharton Business School, of course Jho Low is smart enough to know that. Unlike Thaksin, there aren’t that many countries for the fat boy to hide himself. According to South China Morning Post (SCMP), Low was free to leave Hong Kong for Macau recently because neither Malaysia nor Singapore had formally requested his arrest.

Embarrassed, the Royal Malaysia Police has since issued a formal request to Macau authorities to arrest Jho Low. But it’s too late as the billionaire fugitive has fled again – reportedly to mainland China. The burning question is – why was Mr. Low seeking refuge within China territories, instead of Dubai or Taiwan?

Again, Jho Low is a genius. Had he not raped the American financial system, he could easily make a fool out of Malaysian authorities for years. There’re only two countries in the world he can seek protection, even asylum, namely Russia and China. Both superpowers are the only nations strong enough to give its middle finger to the United States.
If it’s true that Jho Low is currently in mainland China enjoying “xiao long bao”, his next move may be to seek a private meeting with Mahathir Mohamad. The Malaysian prime minister is reportedly planning to visit Beijing next month. That would provide the best opportunity and cover for both individuals to meet – secretly – and make some deals.

Earlier, Jho Low and his lawyers said they were willing to meet MACC (Malaysian Anti-Corruption Commission) in Dubai. However, the meeting didn’t take place for obvious reason. One has to remember that the Malaysian authorities are seeking him primarily for assistance and as an important witness. He can identify where other assets, including expensive jewellery, have been hidden.
Former Sabah chief minister Datuk Seri Musa Aman is on the police's wanted list. — Bernama pic
Musa Aman on Bukit Aman’s wanted list..
Bukit Aman has put former Sabah chief minister Tan Sri Musa Aman on its wanted list, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun confirmed today.

But the Inspector-General of Police said he won’t be sending a police team abroad to search for the fugitive Umno leader who has issued statements through a lawyer indicating he is in the United Kingdom seeking medical treatment.

“Yes [he is a wanted man],” Fuzi told reporters here.

“We have alerted the respective authorities including our friends in the United Kingdom. We are waiting for him to come home. We are confident of him returning soon.

“There’s no need to send a team to take his statement where he is right now,” he added.

The Sabah Barisan Nasional (BN) state chairman is the subject of a police report by Sabah governor Tun Juhar Mahiruddin, who alleged criminal intimidation by Musa after the coalition was soundly defeated in the 14th general election last May 9.

Musa had been sworn in as chief minister, but was later replaced by Parti Warisan Sabah president Datuk Seri Shafie Apdal when he won the majority support of state lawmakers.

Musa left the country soon after, but still insists he is the rightful chief minister of Sabah.

The police requested Interpol to issue a Red Notice against Musa in June. - sg.news

Image may contain: 9 people, people smiling, text

Image may contain: text

No automatic alt text available.

Image may contain: text

cheers.
Posted by ali allah ditta at 12:21:00 AM
Rujukan: 
tumpang sekole...?: Bila 3 posisi kehakiman diisi, pak lebai mula meroyan...

Dituduh tak fasih bahasa Melayu, Peguam Negara bukti kemampuan (video)
FMT Reporters
PETALING JAYA: Peguam Negara Tommy Thomas tampil memberikan ucapan dalam bahasa kebangsaan selepas dikritik tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Ucapan yang tular di media sosial itu dipercayai dibuat ketika majlis Sambutan Hari Raya Aidilfiri di Jabatan Peguam Negara baru-baru ini.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas usaha menganjurkan majlis hari raya.

“Saya berharap hubungan erat di antara pegawai dapat dikuatkan dengan semangat setia kawan akan memberi manfaat kepada semua,” kata Tommy.

Terdahulu, Tommy berjanji memperbaiki penguasaan bahasa Melayunya, selepas mengakui tidak kerap menggunakan bahasa kebangsaan sewaktu berkhidmat di sektor swasta.

“Saya perlu menguasainya… Saya benar-benar mesti menguasainya. Saya berjanji untuk menguasainya,” katanya sebelum ini.

Minggu lalu, Tommy yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes Datuk Seri Najib Razak, meminta perbicaraan di Mahkamah Tinggi dilakukan dalam bahasa Inggeris.

Kefasihan Tommy dalam bahasa Melayu antara isu yang dibangkitkan pengkritiknya ketika beliau dinamakan sebagai pengganti Tan Sri Mohamed Apandi Ali, awal bulan lalu.
at 7/13/2018 02:03:00 PG

Rujukan:
KERENGGA: Dituduh tak fasih bahasa Melayu, Peguam Negara bukti kemampuan (video)

Khairy kecewa dengan Umno: Walau kena pukulan maut tapi Umno masih 'pekak'
Khairy Jamaluddin yang tewas dalam pemilihan merebut kerusi presiden Umno bulan lalu menyatakan keresahannya terhadap hala tuju yang diambil parti itu kini.

Beliau melihat Umno kini semakin ke arah perkauman selepas tewas pada PRU ke-14 dan baginya itu hanyalah jalan menuju 'kehancuran'.

"Sejak selesai pemilihan Umno, apa yang parti saya buat? Main sentimen kaum dan kutip tabung untuk bekas presiden (Datuk Seri Najib Razak) ...Takkan itu saja 'Umno baru'?

"Sudah kena pukulan maut semasa PRU ke-14 (tetapi) masih pekak terhadap suara rakyat.

"Jika modal untuk PRU ke-15 hanyalah momokkan orang Melayu dengan isu seperti pelantikan bukan Melayu sebagai peguam negara dan ketua hakim, lupakan saja impian menawan semula Putrajaya," katanya di Twitter hari ini.

Beliau merujuk kepada bantahan Umno terhadap pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara pada bulan lalu dan Tan Sri Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara semalam.

Dengan nada yang jelas kecewa, bekas ketua pemuda Umno itu berkata parti itu kini perlu memilih sama ada mahu kekal dengan cara itu atau mengambil "jalan tengah" 

"Ke kanan (Umno) mungkin menang sorak sementara, tetapi pasti lingkup 10-15 tahun lagi. Haluan tengah bukan mudah dan sukar difahami akar umbi, tetapi itulah jalan yang ada untuk survive," katanya yang kini tidak lagi memegang apa-apa jawatan pusat parti itu.

Sebaik kekalahan pada PRU lalu, Khairy berkata ada keperluan untuk melakukan pembaharuan terhadap Umno termasuk membuka keahlian kepada bukan Melayu.

Antara kempennya sebagai presiden Umno pula adalah untuk menjadikan Umno sebagai pembangkang berwibawa terutama bagi menuntut janji 100 hari Pakatan Harapan (HARAPAN).

Khairy bagaimanapun berkata akan kekal bersama Umno kerana percaya parti itu masih "khemah besar" untuk orang Melayu dengan prinsip sederhana, haluan tengah dan meraikan kepelbagaian.

"Sebab itu saya masih bersama Umno... Cuma saya nak perbetulkan rumah saya ini agar tidak kekal dengan haluan kanan yang eksrem dan rasis selama-lamanya," katanya lagi.
-malaysiakini

at 7/13/2018 12:23:00 PG

KERENGGA: Khairy kecewa dengan Umno: Walau kena pukulan maut tapi Umno masih 'pekak'


Rosmah, Dari gala mewah ke mahkamah: Pertikaian dengan tukang emas Lubnan
KINIGUIDE | Pada Oktober 2011, isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di London untuk menghadiri satu majlis amal anjuran peniaga berlian Samer Halimeh, di hotel lima bintang Mandarin Oriental.

Ia sebuah acara yang mewah, dengan hadirin di kalangan pereka fesyen, orang kenamaan serta golongan diraja, termasuk Sultanah Pahang Sultanah Kalsom Abdullah.

Hampir tujuh tahun kemudian, Rosmah dan Samer kini di berada di pihak bertentangan di kamar mahkamah. Samer yang merupakan warga Lubnan turut serta dalam saman RM60 juta terhadapnya.

Malaysiakini menjelaskan perincian saman tersebut dan siapa yang terlibat dalam syarikat Lubnan yang memfailkannya.

Tentang saman

Saman yang difailkan firma borong emas Lubnan Global Royalty Trading SAL pada 26 Jun lalu melibatkan 44 barang kemas yang dihantar kepada Rosmah pada Februari lalu dan dirampas polis pada Mei.

Dokumen mahkamah menyatakan ia dihantar oleh Samer, yang dinamakan sebagai ejen dan penjual, selain seorang lagi individu bernama Maen Shakhshir.

Syarikat itu dijelaskan sebagai "pemborong barang kemas ternama di dunia" dengan rangkaian pelanggan termasuk golongan diraja dan kaya-raya seluruh dunia. Rosmah juga disifatkan sebagai pelanggan lama syarikat itu.

Global Royalty mendakwa ia menghantar barang kemas atas permintaan Rosmah untuk dinilainya. Barangan terpilih kemudian akan dibayar olehnya atau pihak ketiga. Barang kemas yang tak terpilih pula akan dipulangkan semula, kata syarikat itu.

Dalam saman itu, Global Royalty mendakwa ia sebagai pemilik berhak ke atas 44 barang kemas yang dirampas polis dan mahu mendapatkan arahan mandatori agar ia dipulangkan semua, atau untuk Rosmah membayar berdasarkan nilainya.

Tentang Global Royalty

Pada masa ini tak banyak yang diketahui tentang Global Royalty, walaupun syarikat itu menyifatkannya sebagai "terkenal seluruh dunia" 

Tidak banyak maklumat tentangnya di internet, walaupun Malaysiakini berjaya mengesan nama syarikat itu dalam daftar komersial kerajaan Lubnan.

Alamat syarikat pada daftar itu sama seperti yang terdapat dalam dokumen mahkamah.

Menurut daftar itu, Global Royalty didaftarkan pada 1 November 2017.

Syarikat itu, antara lain, disebut sebagai "menjalankan operasi komersial di Lubnan dan luar negara" serta "menjalankan perniagaan hartanah daripada pembelian dan sewaan apartmen dan kedai" 

Perniagaan barang kemas tidak disebut secara khusus.

Pemegang saham terbesar dan ketua pengarah syarikat bernama "Lina Hassib Halimeh" 

Tidak banyak maklumat lain yang ditemui tentang syarikat misteri ini serta individu bernama Maen Shakhshir.

Bagaimana dengan Samer? Siapakah dia?

Tidak seperti Global Royalty, maklumat tentang Samer dapat ditemui di internet. Dia memiliki akaun Facebook, Twitter dan Instagram serta laman web sendiri.

Semakan di akaun instagramnya juga menunjukkan dia bukan saja bertemu Rosmah dan Sultanah Pahang, malah Yang di-Pertua Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di Monaco pada Mei 2014.
Lahir di Beirut, Lubnan, ketika kemuncak perang saudara negara itu, laman web Samer menyifatkan dirinya "tergoda dengan tarikan industri berlian seawal usia kanak-kanak" dan berjaya menjual berlian pertamanya pada usia 12 tahun.
Dia kini berpangkalan di New York dan memiliki perdagangan berlian sendiri.

Siapa pelanggannya dan apa jenis berlian yang dijual?

Samer mempunyai senarai pelanggan eksklusif di kalangan selebriti seperti Oprah Winfrey, model Naomi Campbell, Angelina Jolie dan Paris Hilton, serta beberapa anggota keluarga diraja.

Antara berlian yang dijualnya adalah emerald 65-carat "Vivo Per Lei" yang pernah menjadi milik bangsawan Eropah, serta berlian 75-carat berbentuk hati "The Beating Heart".

Laman web Samer menjelaskan keunikan "The Beating Heart" - dia sendiri akan "menilai permintaan yang dihantar untuk memilikinya, dan akan memilih pembeli yang mempunyai 'niat hati yang bersih'".
Di mana dan bagaimana untuk membelinya?

Menurut laman webnya lagi, Samer keberatan untuk "melambakkan pasaran dengan ciptaannya"

"Samer menghargai privacy dan ironinya, di sebalik kejayaannya, dia sengaja kekal elusif.

"...Setiap urus niaga dikendalikannya satu demi satu, tanpa penglibatan pihak ketiga dan dia menegaskan aspek ini tak akan berubah.

"Maka Samer menawarkan tontonan secara tertutup atas permintaan," kata laman itu lagi.
Cubaan Malaysiakini untuk memasuki bahagian "tontonan tertutup" di laman itu gagal kerana ia dilindungi kata laluan.

Bagaimanapun Samer tetap memiliki kedai di lima lokasi, iaitu New York, London, Cannes, Riyadh dan Kuala Lumpur di Starhill Gallery.
Tentang Lina Hassib Halimeh, pemegang saham terbesar Global Royalty

Terdapat satu laman web untuk perniagaan berlian bernama "Lina Halimeh Diamonds"

Menurut laman itu, Lina Halimeh Diamonds berpangkalan di New York, Los Angeles, London, Abu Dhabi, Dubai dan Beirut.

Di bahagian "Berita", terdapat satu seksyen bertajuk "Samer Halimeh New York", dengan penerangan tentang perniagaan butik utama Samer di sana.

Sama seperti laman web Samer, bahagian "Katalog" dan "Inventori" laman Lina Halimeh juga memerlukan kata laluan.
Apakah wujud hubungan antara Samer Halimeh dan Lina Halimeh?

Pada masa ini, tidak jelas sama ada wujud hubungan antara "dua Halimeh" ini. Malaysiakini tidak dapat menemui sebarang bukti sah berhubung hubungan mereka selain daripada saman terhadap Rosmah.

Apa lagi yang boleh diketahui?

Pada masa ini hanya ini saja yang dapat ditemui Malaysiakini berhubung syarikat di sebalik saman terhadap Rosmah.

Maklumat lain tentang Global Royalty dan tokoh utama dalam saman itu pasti akan terdedah dengan perjalanan kes itu.

Kiniguide ini disediakan oleh GERALDINE TONG.

Rujukan: 
KERENGGA: Rosmah, Dari gala mewah ke mahkamah: Pertikaian dengan tukang emas Lubnan

Thursday, 12 July 2018
ALHAMDULILLAH, SETELAH SAMA-SAMA KALAH.....

Tanpa berselindung, Presiden UMNO, Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan berbincang dengan Pas untuk meletakkan hanya satu calon pembangkang bertanding dalam pilihanraya kecil Sungai Kandis,  4 Ogos depan.

Katanya, ini adalah strategi pihak pembangkang untuk memastikan pertembungan satu lawan satu dan bagi memberikan saingan sengit kepada Pakatan Harapan.

"Kami juga akan ambil kira siapa calon yang boleh menang dan mampu mendapat sokongan dalam pilihanraya kecil itu," ujar beliau.

Alhamdulillah....akhirnya nampak juga jalan kerjasama antara UMNO dengan Pas.

Sebelum ini, macam-macam hujah dan alasan diberikan untuk saling tidak bekerjasama antara kedua-dua parti itu, termasuk keyakinan bahawa pertandingan tiga penjuru adalah lebih baik untuk membenam Pakatan Harapan.

Acapkali juga Pas menyatakan kerjasama dengan UMNO hanya akan berlaku jika parti nasionalis itu sedia menerima Islam sebagai inti perjuangannya.

Bagaimanapun, UMNO selalunya membalas balik dengan mengatakan tiada keperluan untuk mereka bekerjasama dengan Pas kerana ia dibimbangi akan menjejaskan kesepakatan dalam BN.

Tetapi, senario politik semasa dan selepas PRU14 banyak merubah segala-galanya.

Tidak seperti dua pilihanraya kecil sebelum ini iaitu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar di mana pertandingan tiga penjuru telah memberi kelebihan kepada BN, sebaliknya dalam PRU14 pada 9 Mei lalu, pertembungan tiga penjuru adalah suatu sejarah kemenangan buat Pakatan Harapan.

Kini, setelah sama-sama kalah, UMNO dan Pas nampaknya lebih percaya kepada strategi satu lawan satu pula dan mula menunjukkan keinginan untuk saling bekerjasama.

Hmmmm....

Cuma, sediakah Pas menerima huluran tangan untuk bekerjasama ini, lebih-lebih lagi jika yang bertanding adalah calon UMNO? (ShahbudinHusin 12/07/2018).

Rujukan: 
Shahbudin dot com: ALHAMDULILLAH, SETELAH SAMA-SAMA KALAH.....

Bekas pegawai khas Najib direman
WARTAWAN SINAR HARIAN
PUTRAJAYA - Seorang bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak direman empat hari bermula Selasa lalu bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani, ketika dihubungi hari ini mengesahkan mengenai penahanan reman individu berusia 44 tahun itu.

“Dia ditahan pada Isnin lalu selepas dipanggil ke ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan berhubung dakwaan menggelapkan wang diterima dari sebuah syarikat yang dianugerahkan untuk memasang panel solar di sekolah di Sarawak,” katanya.

Difahamkan perintah reman empat hari sehingga esok itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas dipohon SPRM.

Memetik laporan sebuah portal dalam talian hari ini, berdasarkan maklumat sumber SPRM, bekas pegawai khas itu didakwa meminta wang daripada sebuah syarikat berpangkalan di Bintulu.

“Kami difahamkan dia meminta wang dengan jumlah yang besar,” katanya namun tidak mendedahkan jumlah berkenaan yang dipercayai bernilai jutaan ringgit.

Sebelum ini Sarawak Report, mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menandatangani projek bernilai RM1.25 bilion untuk pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak.

Pelaksanaan projek itu dikatakan melangkaui proses biasa ditetapkan Kementerian Pendidikan supaya tender projek berkenaan tidak diberikan secara terbuka, sebaliknya diserahkan terus kepada syarikat sewaan kereta di Bintulu.

Laporan berkenaan turut mendakwa bahawa kakitangan kementerian yang menyatakan keprihatinan berhubung proses penganugerahan kontrak terbabit ditukarkan, manakala laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia langsung tidak dihiraukan.

at 7/12/2018 07:00:00 PTG

Rujukan: 
KERENGGA: Bekas pegawai khas Najib direman

Elak harta wakaf diseleweng atas nama agama
MOHD FITRI ASMUNI

Sehari dua ini kecoh cerita seorang ustaz selebriti di Perak hendak jual Sekolah Tahfiz beliau di Perak. Dengar cerita, sekolah tahfiz tersebut dibina hasil dari wakaf orang ramai.

Beliau hendak jual sekolah itu kerana beliau sudah tidak lagi mampu untuk menampung perbelanjaan pengurusan sekolah itu atas alasan telah disekat oleh kerajaan sekarang dari mengajar di masjid.

Sebenarnya kalau mengikut undang-undang, harta wakaf di Malaysia ini sepatutnya berada di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

MAIN bertindak sebagai Pemegang Amanah terhadap setiap harta wakaf. Di Perak sebagai contoh, undang-undang yang mengurus harta wakaf diperuntukkan di bawah Enakmen Wakaf (Perak) 2015.

Adakah maahad tahfiz, pondok, pusat pengajian dan rumah anak yatim yang dibina hasil daripada dana wakaf di Perak ini semuanya didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam Perak?

Itu saya tidak boleh sahkan dan saya pun tidak pasti sejauh mana undang-undang wakaf ini dikuatkuasakan ke atas harta-harta wakaf yang ada di negeri Perak ini.

Bagi saya, harta wakaf ni perlu diurus dengan baik. Kerajaan perlu ambil serius terhadap setiap harta yang dibangunkan dan diberikan melalui dana wakaf ini sebab setiap pewakaf ini mewakafkan harta mereka dengan niat untuk ibadah dan pahala, bukan sebab lain.

Kalau ada keperluan, wujudkan Jabatan khas untuk mengelola dan mengurus semua harta wakaf di peringkat negeri. Letakkan di dalamnya orang yang benar-benar berkepakaran dan berkelayakan daripada pelbagai bidang untuk menguruskan harta wakaf.

Ini penting supaya semua harta wakaf dapat dibangunkan, dimajukan dan akhirnya memberi manfaat kepada masyarakat. Kalau harta wakaf ini dapat dijaga dengan baik, wakaf boleh benar-benar menjadi instrumen penting dalam memperkasakan ekonomi ummat.

Antara harta wakaf yang berjaya dibangunkan dan memberi manfaat kepada masyarakat ialah tanah wakaf di Jalan Perak yang menjadi tapak Menara Bank Islam sekarang. MAIWP yang menjadi Pemegang Amanah untuk tanah wakaf itu.

Sekiranya undang-undang yang mengurus harta wakaf ini tidak dikuatkuasakan dengan baik, dibimbangi ia akan disalahguna oleh sesetengah pihak yang menjadikan wakaf sebagai “modal” untuk mereka mengaut keuntungan peribadi.

Jadi banyaklah nanti tumbuh sekolah tahfiz dan rumah anak yatim atas nama wakaf, tetapi pengurusannya teruk dan tempatnya kotor, budak-budaknya bermasalah dan tak berdisiplin. Harta wakaf tidak berkembang, orang lain yang kaya. Ini realiti, bukan fantasi. Tolong jangan kecam!

Mengikut Enakmen Wakaf (Perak) 2015, Majlis Agama adalah Pemegang Amanah tunggal bagi semua wakaf yang terletak di negeri Perak.

Hanya Majlis Agama saja yang ada hak untuk tentukan sama ada wakaf boleh dijual atau diganti, bukan orang lain. Bagi saya, membiarkan harta wakaf di bawah pengurusan individu atau pihak yang tidak berautoriti hanya akan menyebabkan terbukanya lagi ruang penyelewengan atas nama agama demi kepentingan peribadi.

Saya harap pihak kerajaan ambil berat dan aware dengan isu wakaf ni. Kalau bekas Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Ali Hashim masih hidup, tentu beliau akan respon isu wakaf yang sedang hangat sehari dua di Perak ini.

* Penulis ialah Ketua Pemuda AMANAH Perak.
at 7/12/2018 05:30:00 PTG

Rujukan: 
KERENGGA: Elak harta wakaf diseleweng atas nama agama
º•°oO 请不要随便说❤分手❤ Oo°•º

Tiada ulasan: