Isnin, 23 Julai 2018

Kehadiran Diplomat Israel, David Roet ke Malaysia dah menyebabkan banyak reaksi dari orang ramai. 7917.



Catatan:
Banyak lagi di https://soscili.my/ 
Antaranya: 

BANGSA PERTAMA DI BAITUL MAQDIS ADALAH KAUM YABUS DAN KAN’AN? SIAPAKAH MEREKA?

4 sebab kenapa Amerika dan Arab Saudi sangat kamcengBaru-baru ni kecoh berita pasal Najib berucap depan pemimpin-pemimpin dunia kat Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan Amerika yang diadakan di Riyadh...

Laporan kata Morsi mungkin mati dalam tahanan. Apa nasib Ikhwanul Muslimin lepas ni?Pada minggu lepas, kita dilaporkan yang bekas Presiden Mesir - Dr Mohamed Morsi mungkin akan mati lebih awal dalam tahanan penjara Mesir. Hal ni dibag...

ORANG KAMPUNG DI KEDAH JUMPA MAKAM BERUSIA 839 TAHUN MILIK ORANG PENTING

HARUN YAHYA: GRAND MASTER FREEMASON YANG SELAMA NI MENYAMAR SEBAGAI PENDAKWAH ISLAM TURKI?

BAHASA MELAYU: KISAH RAHIM KAJAI MENGKRITIK TAN CHENG LOCK

KEPULAUAN SPRATLY: REBUTAN MALAYSIA, CHINA DAN NEGARA ASEAN LAIN

TUNKU DICABAR PENGASAS PAS. DAN TIGA KALI JAWATAN PRESIDEN UMNO DIPERTANDINGKAN




EH BOLEH KE RAKYAT MALAYSIA MASUK ISRAEL? MACAM MANA PULAK?
March 6, 2017

UPDATE 20/2/2018: Kehadiran Diplomat Israel, David Roet ke Malaysia dah menyebabkan banyak reaksi dari orang ramai. 

David mengatakan ianya atas jemputan Malaysia sebagai tuan rumah Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9). Menurut Dr Chandra Muzaffar, Malaysia tiada pilihan lain sebab forum ni anjuran PBB yang tak membeza-bezakan anggotanya. Jadinya, Malaysia terpaksa juga benarkan.

Sebelum ni, kami ada tulis artikel macam mana pengalaman rakyat Malaysia sendiri masuk Israel walaupun dalam passport kita tak iktiraf Israel sebagai negara. Boleh sambung baca dekat bawah ni.

Berdasarkan kajian Arton Capital’s Passport Index pada awal tahun ni, passport Malaysia sekarang mempunyai akses visa percuma untuk ke 117 negara, menjadikan passport kita naik ke ranking ke 5 dalam dunia. Tapi dalam banyak-banyak negara, ada satu je negara yang terang-terang kena bagi warning dulu atas passport:

“Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali Israel” – Setiap passport Malaysia

Alasannya adalah sebab ada peperangan di negara tersebut. Malaysia juga tak setuju dengan penubuhan Israel pada 14 Mei 1948 sebagai sebuah negara yang sah. Tapi, hal ni tak jadi masalah kepada dua orang pemuda dari Malaysia, Ashaari dan  Annuar Khir (melawat pada masa yang berlainan) yang berpeluang ke Israel bersama keluarga mereka dengan niat untuk:

- Melawat kiblat pertama orang Islam (Al-Aqsa)

- Melawat kota lama Israel dan peninggalan sejarah Islam disana, selain daripada menunaikan umrah yang ada tour package ke Baitulmaqdis, Jerusalem, Bethlehem – tiga kota lama selain Mekah sendiri.

- Tengok sendiri orang Yahudi di Israel dengan rambut curly side dan topi hitam mereka (yang ni Annuar Khir yang nak tengok)

Artikel berkaitan

Isu Palestin tak pernah berhenti dibincangkan, sama ada berkaitan dengan nasib rakyatnya ataupun kedudukannya sebagai kota suci ketiga umat Islam. Kita sendiri pun nampak, isu berkaitannya bukan lagi urusan negara-negara Islam atau Arab sahaja, tapi dah jadi perjuangan ramai orang tak kira agama dan bangsa.

Sekarang ni, tanah Palestin yang asal dah jadi dua negara yang berbeza iaitu Israel dan Palestin. Kerajaan Palestin yang dulunya terbahagi kepada Semenanjung Gaza dan Tebing Barat (Fattah vs Hamas) pulak nampaknya dah bersatu buat sekarang. Selebihnya pula adalah negara Israel.
Imej dari radioislam.org
1. Eh, boleh pulak ke rakyat Malaysia masuk Israel? Macam mana tu?

Kata mereka, rakyat Malaysia boleh je masuk, cumanya kuota agak terhad dan imigresen Israel juga sangat strict dari segi keselamatan. Malah dorang tak pelik langsung pasal passport kita yang ada “Every country except Israel” tu. Jadi apa yang dorang buat dengan passport kita?

“Mereka tak cop apa-apa dalam passport, cuma bagi sehelai slip sebagai bukti kemasukan dan keluar dari Israel”- Annuar Khir
Pengawal di pintu masuk utama Jerusalem. Hanya perempuan, 
kanak kanak dan orang tua berumur 50 tahun ke atas sahaja dibenarkan masuk melalui pintu ini. 
Imej daripada Instagram Ashaari
Western Wall, tempat suci bagi orang Yahudi berdoa.Juga merupakan sebahagian dinding terakhir Kuil Yahudi yang dimusnahkan oleh tentera Roman, 70 CE. Imej dari Annuar Khir
Bethelem, tempat lahir Nabi Isa ataupun Jesus dalam kepercayaan agama masing-masing. 
Gereja yang pernah dilawat oleh Saidina Umar Al-Khattab masih ada disini 
tetapi tak sempat dilawati. Imej dari IG Ashaari
Sebenarnya, Israel ni suka je orang datang melawat kerana pelancongan adalah salah satu sumber ekonomi mereka, tapi bukan semua orang boleh masuk sebab mereka jaga kuota. Setakat tahun lepas, pelancongan kat Israel naik sebanyak 3.6% berbanding 2015, terutama sekali pada bulan September hingga Disember, iaitu masa musim sejuk. Rakyat Malaysia merupakan 35% daripada pelancong tersebut. Ha, terkejut tak?
Imej dari forum.12p.co.il
Daripada pengalaman Annuar sendiri 

“Group yang pergi lebih kurang 50 orang, mungkin 10 orang tak dapat masuk sebab customs Israel tak bagi tanpa sebab munasabah pun. Rakyat Jordan dan sesiapa yang dah biasa keluar masuk Israel kata, ikut suka mereka (customs) nak bagi sapa masuk. Spekulasi lain juga ialah untuk menjaga kuota pelancong yang dibenarkan melawat The Holy City. So yang mana tak clear nama tu memang tak boleh masuk, dan yang mana yg tak dapat masuk, stay dekat Jordan”- Annuar Khir
Walaupun Israel membenarkan pelancong masuk negara dia, tapi berlainan pula dengan rakyatnya sendiri. Di Jerusalem, kebanyakan rakyat disekat daripada travel ke luar negara dan sangat mengalu-alukan kedatangan pelawat. Imej daripada IG Ashaari 

2. Nak masuk daerah lain dalam Israel pun kena security check
Empat daerah Israel berserta Al-Aqsa compound. Imej dari https://en.wikivoyage.org
Ramai yang mungkin fikir penduduk Israel ni bangsa Yahudi je. Oh, tidak sama sekali! Sebenarnya, penganut Kristian, bahkan Islam pun ada di Israel. Kalau nak tahu, Israel merupakan pertembungan tiga agama samawi/Abrahamik dunia.

In fact, dekat dalam tu ada rectangular compound yang membezakan 4 penempatan iaitu penempatan Yahudi, Islam, Kristian, dan Armenian, iaitu Kristian yang berfahaman Armenian Ortodoks, dan juga kawasan Al-Aqsa sekali.
Imej daripada giphy.com
Peratusan pecahan agama setakat Mei 2015 ialah Yahudi (4 jenis mazhab) sebanyak 81%, Islam 14%, Kristian 2%, dan lain-lain 3%. Berdasarkan rectangular compound yang disebutkan tadi, mereka dipisahkan mengikut agama, dan bukan senang-senang je boleh masuk daerah agama lain.

Bahkan setiap perumahan didindingkan supaya tak boleh masuk sebab security jaga dengan sangat ketat. Setiap perumahan dan simpang jalan ada checkpoint, dan setiap kali tu jugak kena spotcheck.
Kalau lalu 10 checkpoint, 10 kali la kena macam ni : Imej daripada themedialine.org
3. Tanah subur sampai pokok strawberi dengan pisang boleh tumbuh sebelah menyebelah je?
Tembok pemisah Israel-Palestin. Imej daripada IG Ashaari
Dalam banyak tempat yang dilawati, selain daripada tembok pemisah sendiri, ada satu tempat yang meninggalkan kesan yang agak menakutkan bagi Annuar Khir. Terdapat kawasan rumah lama terbiar mempunyai lubang-lubang besar dan kecil diseluruh tempat. Terdapat juga rumah-rumah yang tidak berbumbung dan berlubang kesan tembakan.

Batu dan serpihan bersepahan di beberapa pekan lama yang telah ditinggalkan kekesan peperangan Zionisme. Tembok tinggi juga dibina di atas bukit untuk mengelakkan pelancong atau orang Palestin daripada memasuki bandar Israel dan juga menghalang pengebom berani mati daripada masuk.

Walaupun kita selalu dengar pasal peperangan yang ada dekat Israel-Paestin ni, ada satu keajaiban lain yang ada dekat Utara Israel iaitu, tanah yang sangat subur seperti yang dijanjikan dalam ketiga-tiga kitab lama tiga agama ni, iaitu mengenai ‘tanah yang dijanjikan’ ni,

“Tanah yang dijanjikan atau “The Promised Land” merupakan kawasan kota tamadun tertua di dunia, termaktub dalam ketiga-tiga kitab paling lama didunia iaitu Al-quran, Taurat dan Injil. Mendapat jolokan “The Land of Milk and Honey”, keajaiban yang ada kat sini ialah tanahnya sangat subur dimana pokok strawberi (iklim tinggi) dan pisang (iklim rendah) boleh tumbuh sebelah menyebelah”- Annuar Khir
Ladang yang terletak di Utara Israel, sangat besar dan subur. Imej dari farmmade.com
4. Masjid Al-Aqsa ialah sebuah kawasan, bukan setakat masjid yang berkubah kuning
Tempat pertembungan agama. Western Wall tempat Yahudi sembahyang, Al-Aqsa compound (dalam garisan biru) ialah kiblat orang Islam sebelum Kaabah, dan Gereja Holy Sepulchre ialah tempat suci bagi Kristian, berada dalam Kristian quarter sendiri. Imej dari http://www.bbc.com

Temple Mount (dalam kotak biru) ialah bukit yang berada di Kota Lama Jerusalam. Ia merupakan kawasan Masjid Al-Aqsa yang dianggap suci oleh 3 agama Abrahamik, dan dipercayai tempat di mana Nabi Ibrahim bersedia untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail.

Dekat atas bukit ni juga terletaknya Masjid Al-Aqsa, masjid yang menjadi rebutan. Ramai orang salah faham yang Masjid Al-Aqsa ni bangunan berkubah kuning. Sebenarnya, yang berbumbung kuning tu ‘Dome of the rock’, dalam bahasa Arabnya Qubbat al-Sakhrah atau melayunya Masjid Al-Sakhrah.

Berbumbung hitam tu pula Masjid Qibly, kerana ia adalah yang paling dekat dengan kiblat. Masjid Al-Aqsa merujuk kepada keseluruhan kawasan tersebut. Penting untuk kita tahu fakta sebenar sebab Masjid Al-Aqsa tu sendiri merupakan kiblat pertama orang Islam dan perlu diziarahi.

Menurut Reuters, UNESCO kurang bersetuju dengan Israel yang berkawal dan menghadkan kemasukan orang Islam terutama sekali Palestin. Bila masjid ni dikawal rapi oleh askar Israel yang bersiap sedia dengan senapang diorang, ia memburukkan lagi ketegangan antara Palestin-Israel yang kita masih tak nampak kesudahannya.
Berpeluang solat dalam Masjid Al-Aqsa, dan dipelawa ke rumah rakyat Palestin disana. Imej dari IG Ashaari

5. Bandar Lama Jerusalam (Old City of Jerusalem)  hanya boleh dimasuki oleh orang tua?
https://instagram.com/p/XUAvFsmrEK/
Laluan ke Kota Lama Jerusalem yang lengang, perjalanan merentasi ‘ruang dan waktu’. 
Imej daripada Ashaari.

Berdasarkan lawatan Ashaari, satu bentuk penindasan terhadap orang Palestin ni ialah bukan semua rakyat Palestin boleh masuk ke Kota Lama Jerusalem ni. Yang boleh masuk cuma rakyat Palestin yang berumur 50 tahun ke atas, iaitu mereka yang lahir dan menetap di Bandar Lama Jerusalem je. Lepas tu kalau semua penduduk asal sini dah takde, apa akan jadi?

Berdasarkan perbincangan Encik Ashaari dengan seorang tour guide yang berasal dari Palestin, satu niat yang dibawa bersama bila menjadi hos ialah, “Bring back Muslim to Al-Aqsa”, iaitu supaya orang Islam diserata dunia datang melawat sejarah dan tempat nabi kita, serta tidak pernah putus di tanah Israel-Palestin.

Ketahui sejarah Israel dan Yahudi dengan lebih jelas

Sebenarnya kita boleh je hidup aman tanpa peperangan tapi sebab perebutan tempat, terjadilah penempatan Yahudi, Islam dan Kristian yang dipisahkan atas tujuan politik oleh kerajaan Israel.

“Kita boleh ambil iktibar dari segi perbezaan. Dalam Ayat Al-Hujrat (49:13) menerangkan kita diciptakan dilahirkan berlainan kaum supaya kita belajar untuk menghargai perbezaan. Kalau nak berdebat pun memang tak sudah, jadi apa yang kita boleh lakukan ialah kita hormat antara satu sama lain dan cuba melihat sesuatu itu dengan gambaran yang lebih besar”-Ashaari
Klik imej untuk baca artikel.
Kalau nak diikutkan sejarah, bangsa Yahudi bukanlah bangsa asal yang duduk disini macam yang diterangkan dalam artikel kami sebelum ni. Semuanya ada kisah yang sangat mendalam yang perlu kita tahu dan fahami.



























Tiada ulasan: