Isnin, 23 Julai 2018

Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 7916.


Tun M sekolahkan Zahid Hamidi - Pinjaman yen Jepun kurangkan kos hutang, kata Dr Mahathir
Faiz Zainudin

KUALA LUMPUR: Pinjaman kewangan daripada Jepun dapat mengurangkan kos hutang yang ditanggung kerajaan ketika ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pinjaman itu dapat mengurangkan kos wang yang tinggi kerana kadar faedah hutang yang diambil kerajaan dahulu terlalu tinggi iaitu 6%.

“Goldman Sach pula diberi komisen 10% daripada jumlah hutang. Ini bermakna kerajaan dahulu hanya mendapat 90% daripada wang yang dihutang, tetapi membayar faedah ke atas 100% pinjaman.

“Mata wang Jepun yen lebih murah daripada ringgit, iaitu yen bernilai satu sen AS$ manakala RM1 bernilai 25 sen AS$. Namun nilai yen rendah tidak bermakna hutang lebih murah.

“Kita akan pinjam yen sebanyak nilai dolar AS atau ringgit yang kita hutang dahulu. Yen akan ditukar kepada dolar AS untuk bayar hutang dalam mata wang dolar AS atau ringgit,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) pada sesi perbahasan Dewan Rakyat hari ini tentang apakah rasional Malaysia membuat pinjaman daripada Jepun yang mempunyai nilai mata wang lebih tinggi daripada ringgit walaupun faedah yang bakal dikenakan terhadap pinjaman tersebut dikatakan rendah menyebabkan hutang negara menjadi lebih tinggi.

Dr Mahathir berkata, membayar semula hutang yen berfaedah rendah bermakna negara tidak lagi dibebankan dengan faedah tinggi lebih daripada 6% hutang asal.

“Kita masih berhutang tetapi kos hutang menurun. Itu sebab kita cuba dapatkan pinjaman yen daripada Jepun,” katanya.
at 7/23/2018 08:32:00 PTG
KERENGGA: Tun M sekolahkan Zahid Hamidi

Jangan cakap saja, buat laporan polis...
Khairul Azran Hussin khaiazr@nstp.com.my
KEMPEN yang masuk hari ketiga mula menyaksikan tuduh menuduh apabila Datuk Lokman Noor Adam mencabar pihak tertentu membuktikan jika beliau didakwa terbabit dalam penyelewengan.

Lokman yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis berkata, beliau sedia disiasat berhubung dakwaan pihak tertentu bahawa dirinya terbabit dalam banyak kes penyelewengan.

Katanya, pihak yang membuat tuduhan sepatutnya membuat laporan kepada pihak berkuasa, bukan hanya menuduh tanpa mengemukakan bukti.

“Saya cabar Amirudin (Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari) dedahkan apa penyelewengan yang saya lakukan. Saya tidak sedikit pun rasa tertekan atau bimbang jika Amirudin ugut mahu bongkar salah laku saya.

“Masa Amirudin masuk ke pejabat PKR, saya masuk penjara (tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Amirudin tidak tahu apa-apa mengenai sejarah PKR. Saya antara individu yang menggerakkan reformasi,” katanya ditemui pemberita selepas program turun padang di Sekolah Rendah Agama Bukit Naga, Klang, hari ini.

Semalam, Amirudin ketika berucap pada program bersama calon PRK Mohd Zawawi Ahmad Mughni di Bukit Kemuning, mendakwa Lokman yang juga bekas Ahli Kepempimpinan Tertinggi PKR terbabit dalam pelbagai penyelewengan sepanjang terbabit dalam politik.

Dalam pada itu, Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mendakwa beliau juga mempunyai banyak rahsia mengenai kes salah laku membabitkan beberapa pemimpin PKR, namun tidak mendedahkannya atas dasar persahabatan serta tidak mahu mengaibkan mereka.

“Sebelum ini saya pernah dedahkan PKR menerima dana pilihan raya umum (PRU) daripada penyangak mata wang, George Soros ketika lawatannya ke Washington, Amerika Syarikat pada 2003.

“Perkara ini disahkan dalam mesyuarat PKR. Dana ini digunakan untuk menempah baju-T, topi dan bendera parti. Semua tempahan ini dibuat di China.

“Jika pendedahan saya ini tidak benar, kenapa PKR tidak saman saya? Mereka (PKR) tidak berani saman sebab saya simpan banyak rahsia pemimpinnya,” katanya.

#KW kandis, sungai kandis, politik, lokman noor adam, amirudin shari
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Julai 2018 @ 4:17 PM
BERITA TERKINI!
Jangan cakap saja, buat laporan polis... | Harian Metro

'Saya tak goyang'
Iskandar Shah Mohamed iskandar@nstp.com.my
Foto Syarafiq Abd Samad

CALON PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yakin penyokong PAS akan mengundinya walaupun kepemimpinan parti itu mengharapkan Pakatan Harapan (PH) tewas.


Mohd Zawawi berkata, beliau tidak sesekali ‘goyang’ dengan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam kempen PRK itu.

Katanya, kerjasama seperti itu adalah hak kedua-dua parti ketika berkempen termasuk jika kedua-duanya mahu isytihar untuk bergabung.

“Terserah kepada mereka (BN dan PAS) jika mahu mengisytiharkan akan bergabung. Itu hak mereka.

“Namun, saya yakin lebih 7,000 pengundi PAS itu akan mengundi saya kerana mereka memerlukan pemimpin berfikiran Islam dan mempunyai sahsiah diri yang baik.

“Saya tidak berasa tercabar atau ‘goyang’ dengan kerjasama itu,” katanya ketika ditemui pada sidang media harian di Bilik Gerakan Utama PKR di Jalan Bukit Kemuning, Shah Alam, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Zawawi yang mesra digelar Ustaz Zawawi turut menyangkal dakwaan kononnya PH tidak menitikberatkan soal kebajikan Islam di negara ini.

“Saya sebagai Setiausaha Biro Pembangunan dan Pemantapan Agama PKR sentiasa mengadakan perbincangan untuk menampilkan Islam supaya dapat diterima dengan baik oleh semua masyarakat.

“PAS mungkin menggunakan pendekatan (ke arah Islam) berbeza berbanding PKR yang lebih kepada konsep wasatiyyah.

“Sebagai contoh bagi isu RUU 355 (Rang Undang-Undang 355), kita memfokuskan isu kesejahteraan rakyat terlebih dulu terutama usaha mengelakkan kelakuan jenayah dan (meningkatkan) pendapatan sesebuah isi rumah sebelum membabitkan soal Mahkamah Syariah atau perkara berkaitan lain. Kita setuju tetapi bukan secara segera,” katanya.

Ketika ditanya mengenai sambutan dalam kempen awal PRK, beliau mendapati sokongan dan penerimaan pengundi setempat kepadanya amat positif.

“Alhamdulillah, saya sentiasa diterima baik masyarakat berbilang kaum di setiap lokasi yang diziarahi.

“Ia petanda positif biarpun kempen baru memasuki hari ketiga dan kita yakin mampu memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih besar kali ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Julai 2018 @ 1:48 PM
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/360811/saya-tak-goyang

Pakatan MP wants Opposition leader Zahid to declare assets
Published 4 hours ago on 23 July 2018
By Yiswaree Palansamy
Johor Baru MP Akmal Nasrullah Mohd Nasir said as MPs have to lead by example, Opposition leader Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (pic) should declare his assets. — Picture by Shafwan Zaidon
Johor Baru MP Akmal Nasrullah Mohd Nasir said as MPs have to lead by example, Opposition leader Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (pic) should declare his assets. — Picture by Shafwan Zaidon

KUALA LUMPUR, July 23 — A Pakatan Harapan (PH) MP today demanded Opposition leader Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi declare his assets, like many of his party comrades.

Johor Baru MP Akmal Nasrullah Mohd Nasir said as MPs have to lead by example, Ahmad Zahid, who is Bagan Datuk MP, should heed his call.

“If we refer to Sungai Petani MP’s call last week, he has given his commitment that the status of an Opposition leader will be raised to be equivalent to that of a minister.

“Whereas Pakatan Harapan ministers have also agreed to declare assets. Therefore, I feel it is proper that as a beginning, the Opposition leader also join in to declare his assets,” the first-term MP said when debating the King’s address in the Dewan Rakyat.

To combat corruption in government, Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad had on July 9, said his party’s lawmaker and Cabinet ministers will soon have to declare their assets to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

“There was a (court) decision before, that the prime minister is not a member of the administration (public servants), but we have decided that the prime minister and the deputy prime minister are members of the administration, together with members of the cabinet and representatives of the ruling party,” Malaysiakini quoted Dr Mahathir saying.

“They will not be spared. They all have to declare their assets and their income,” he reportedly said at a press conference in the Prime Minister’s Office, after a meeting with the special cabinet committee on anti-corruption.

Dr Mahathir said that another measure to combat graft, is to also make it mandatory for PH lawmakers to report any gifts they receive to the relevant authorities.

Dr Mahathir reportedly said that while items such as flowers, food items and commemorative plaques will be allowed as gifts, the MPs will nonetheless still be required to report the items to the authorities.
https://www.malaymail.com/s/1655098/pakatan-mp-wants-opposition-leader-zahid-to-declare-assets

BERITA»Nasional
Isnin, 23 Julai 2018 | 8:37pm
CHONG Chieng Jen (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pelajar Kolej Vokasional ERT Azizah yang muncul juara sambil diperhatikan KSU KPDNHEP, Datuk Seri Jamil Salleh (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner (tiga dari dari kiri) ketika majlis perasmian penutup 1st Student Entreprenuership Programme (1st Step) di Dewan Utama, Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim

SST tidak bebankan rakyat seperti GST - Chieng Jen
Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@nstp.com.my

JOHOR BAHRU: Kerajaan tidak menolak kemungkinan kenaikan harga berikutan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), namun tetap memberi jaminan ia tidak akan membebankan seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, walaupun SST akan memberi kesan kepada harga beberapa barangan, kos sara hidup di Malaysia tidak akan menjadi seteruk seperti GST yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/452934/sst-tidak-bebankan-rakyat-seperti-gst-chieng-jen

BERITA»Politik
Isnin, 23 Julai 2018 | 9:18pm
AHMAD Zahid Hamidi. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
UMNO persoalkan pemansuhan SOSMA
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@bh.com.my

KUALA LUMPUR: UMNO bimbang pemansuhan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan membuka lebih banyak ruang kepada pihak tertentu untuk meningkatkan provokasi antara kaum dan agama melalui pelbagai saluran media sosial dan internet.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan perlu sedar negara kini berdepan ancaman keselamatan yang dikawal secara kawalan jauh dan terancang.

"Ketika berlaku perubahan landskap politik dalam negara dan antarabangsa, undang-undang seperti SOSMA dan Akta Hasutan sangat kena pada masanya, tetapi pada masa sama aspek keadilan turut diutamakan bagi melindungi hak individu disyaki terbabit.

"UMNO khuatir ada pihak yang menunggu peluang ini bagi menyebarkan hasutan serta dakyah dalam kalangan rakyat. Kesannya amat menakutkan, dan rakyat tidak lagi akan berasa selamat dalam suasana sedemikian.

"UMNO mempersoalkan logik langkah pembatalan ini dalam menjamin ketenteraman awam, sedangkan sudah wujud tindakan pihak tertentu untuk mencabar institusi Raja-Raja Melayu dan melaga-lagakan kaum sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berjanji akan menghapuskan SOSMA kerana menyifatkan akta itu sebagai zalim tanpa memberikan hak kepada pesalah untuk diadili.

Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri berkata, SOSMA berbeza dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang mana pesalah SOSMA tidak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya.

Malah katanya, ada peruntukan seperti perbicaraan perlu diadakan di Mahkamah Tinggi, pesalah ISA tidak dibicara selama dua tahun manakala penahanan bawah SOSMA hanya 28 hari saja dan kemudian perlu dibicarakan.

Beliau berkata, kerajaan terdahulu tidak pernah memikirkan keuntungan politik dalam menggubal undang-undang yang difikirkan perlu untuk menjaga kepentingan warganegara, malah sedia menggunakan pendekatan tidak populis ini demi ketenteraman awam.

"Apa yang pasti, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mahu dipersalahkan jika pemansuhannya akan menjadikan Malaysia sebagai 'negara koboi'," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/07/452949/umno-persoalkan-pemansuhan-sosma

BERITA»Kes
Isnin, 23 Julai 2018 | 9:19pm
Polis kesan lelaki hina Islam, Rasulullah
Oleh Farah Suhaidah Othman cnews@nstp.com.my
IPOH: Polis membuka kertas siasatan bagi mengesan seorang lelaki dipercayai memuat naik status pada laman media sosial yang menyentuh sensitiviti agama Islam, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, ia susulan laporan oleh seorang guru lelaki berusia 35 tahun di Balai Polis Jelapang, hari ini berhubung tindakan suspek memuat naik status berkenaan di Facebook, dua hari lalu.


Katanya, kejadian disedari pengadu pada jam 6.15 pagi Sabtu lalu menerusi pemilik akaun yang menggunakan nama Balan Billai.

Mohd Ali berkata, berdasarkan kenyataan yang ditulis pemilik akaun berkenaan, suspek menulis perkara yang mencerca dan menghina Nabi Muhammad serta umat Islam.

"Berikutan itu, pengadu bersama ahli badan bukan kerajaan (NGO) merasakan status berkenaan mencetuskan ketegangan agama dan ketidakharmonian masyarakat.

"Bagaimanapun, status berkenaan dipercayai sudah dipadam, namun dikongsi oleh kira-kira 2,300 pengguna laman sosial.

"Susulan kejadian itu, pengadu membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata, pihaknya turut menerima laporan polis dua hari lalu berhubung kes sama, namun merujuknya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum menerima arahan terbaharu untuk menyiasat semula kes berkenaan.

"Hasil rakaman percakapan guru berkenaan mendapati dia tidak mengenali suspek dan membuat laporan berdasarkan alasan tanggungjawab terhadap agama.

"Pengadu juga tidak mengetahui tarikh status kenyataan itu dimuat naik dan hasil semakan mendapati kenyataan dalam laman sosial itu telah tiada, dipercayai dipadam oleh suspek," katanya.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/452951/polis-kesan-lelaki-hina-islam-rasulullah


https://www.malaymail.com/s/1655076/najib-rm470m-given-to-bn-parties-not-from-1mdb

Mengapa Dr Maza ucap tahniah kepada Pas, NGO?
MOHD HAFIZ ISMAIL
SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengucapkan tahniah kepada Pas, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang bertegas menuntut tindakan ke atas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy yang dikaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Beliau yang lebih dikenali denagn panggilan Dr Maza mendakwa, Individu seperti Ramasamy dianggap berbahaya kepada kesejahteraan kaum dan agama dalam negara ini.

"Bahkan, organisasi LTTE itu telah diisytiharkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak antarabangsa sebagai kumpulan pengganas. Ia amat berbahaya kepada keselamatan setiap rakyat Malaysia terutama yang berbeza dan mengkritik mereka.

"Inilah yang kita lihat dari keganasan mereka seperti mana mereka telah membunuh Rajiv Gandhi melalui pengebom berani mati. 

Semoga ALLAH merahmati Pas, NGO-NGO dan semua individu yang bangkit dengan tegas dalam isu ini. Ya ALLAH, selamatkanlah negara kami," katanya dalam catatan di Facebook miliknya, hari ini.

Sebelum ini Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan melahirkan kebimbangan apabila Ramasamy dikatakan terlibat dengan kumpulan pemisah LTTE.

Manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya menerima 53 laporan berhubung isu Ramasamy yang sebelum ini berkongsi gambar bersama anggota LTTE iaitu Vaiko atau V Gopalasamy.

Menurutnya, laporan itu diterima pihaknya dari seluruh negara termasuk laporan yang dibuat Ramasamy sendiri.
at 7/23/2018 09:59:00 PTG
KERENGGA: Mengapa Dr Maza ucap tahniah kepada Pas, NGO?

Najib: RM470m given to BN parties not from 1MDB
Published 5 hours ago on 23 July 2018
By Justin Ong
Datuk Seri Najib Razak denied today that the RM470 million channelled to member parties ahead of Election 2013 was derived from 1MDB. ― Picture by Mukhriz Hazim
Datuk Seri Najib Razak denied today that the RM470 million channelled to member parties ahead of Election 2013 was derived from 1MDB. ― Picture by Mukhriz Hazim

KUALA LUMPUR, July 23 — Former Barisan Nasional chief Datuk Seri Najib Razak denied today that the RM470 million channelled to member parties ahead of Election 2013 was derived from 1MDB.

The Malaysiakini news portal published last week a microsite detailing the financial transactions from one of four bank accounts registered to Najib that were previously linked to the state investment firm.

The former prime minister rejected the insinuation today, according to Star Online.

“It’s not from 1MDB funds. My conscience is clear. When we issued the cheques we were very clear it was not from 1MDB.

“I would not have issued the cheques if they came from 1MDB,” he was quoted as saying in the lobby of Parliament.

In its microsite, Malaysiakini alleged that at least RM470 million was funnelled from the unidentified bank account to BN components as well as parties sympathetic to the coalition’s cause ahead of the 13th general election.

The party that benefited the most is BN’s mainstay party Umno, which purportedly took RM417.414 million or 88 per cent of the funds.

Umno’s allies MIC and MCA allegedly received the second and third largest sum from this account at RM20.55 million (0.44 per cent) and RM16.5 million (0.35 per cent) respectively.

Other alleged recipients include the Sarawak United Peoples’ Party (SUPP), the Liberal Democratic Party (LDP), Upko, the United Sabah People’s Party (PBRS), MyPPP, Gerakan and the Indian Progressive Front (IPF).

BN now comprises just Umno, MIC and MCA after the other members abandoned the coalition that was defeated in the 14th general election.

In 2015, the Wall Street Journal revealed that Najib received US$681 million (RM2.6 billion) via a personal bank account.

He claimed later that this was a “donation” from an unnamed Arab prince and not stolen 1MDB funds.
https://www.malaymail.com/s/1655076/najib-rm470m-given-to-bn-parties-not-from-1mdb



Tiada ulasan: