Ahad, 8 Julai 2018

XDapat kuasa marah-marah, caci maki bagai. Tu bukan ugama, tuu nafsu jahat. 7851.


Bila empayar yang ada xjaga dan dihiasi dengan kesombongan, keegoan, bila rakyat bersuara tentang kerakusan semua dikatakan sebagai fitnah dan kejahatan dilindungi dengan undang-undang seperti SOSMA dan Akta Berita Palsu. Bila jatuh jangan salahkan orang lain dan sesuaikanlah dengan sebagaimana kata bidalan Hidup Ibarat Putaran Roda.” Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (QS: Al Imran 3:185) 
Gambar sekadar hiasan - sesuai dengan Hidup Ibarat Putaran Roda
Empayar yang jatuh akan hilang selama-lamanya
WARTAWAN SINAR HARIAN 15 MEI 2018
Salleh Said Keruak
Salleh Said Keruak
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Keruak berkata, tiada empayar agung yang kekal.

Beliau berkata, Greece, Portugal, Sepanyol, Rome yang dulu adalah empayar agung hari ini tersisa di ambang keruntuhan.

“Satu hal yang pasti, kesemua empayar yang jatuh itu tidak akan pernah kembali menjadi empayar agung lagi.

“Sekali ia hilang, ia akan hilang selama-lamanya,” kata Salleh di dalam blognya.

Menurutnya, perubahan adalah sesuatu yang akan sentiasa terjadi dalam hidup dan menolak perubahan sama seperti menolak air pasang.

“Dan kita perlu berikan masa sama ada perubahan itu bagus atau buruk. Sekiranya ia buruk, ejen perubahan akan membawa perubahan lain.

“Tapi perubahan itu tidak akan kembali kepada apa yang pernah kembali seperti sebelumnya kerana ia tidak lagi wujud.

“Itu adalah kelemahan sesuatu perubahan,” katanya.

Pada PRU14 yang lalu, beliau yang bertanding di Parlimen Kota Belud, kalah kepada Ketua Wanita Warisan, Isnaraissah Munirah Majlis @ Fakharudy.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/nasional/empayar-yang-jatuh-akan-hilang-selama-lamanya-1.834803?fb_comment_id=1688107757933669_1689203201157458&comment_id=1689203201157458

Sunday, July 8, 2018
Tun M akan bangkit kontrak tidak adil lawat China
Posted By: Pentadbiron: July 08, 2018 Print Email
Tun M akan bangkit kontrak tidak adil lawat China
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kontrak-kontrak yang didapati “tidak adil” bagi projek-projek yang disokong Beijing akan menjadi isu utama bakal dibangkitkan dalam lawatan ke China bulan depan.

Mahathir, yang kembali memegang tampuk kuasa selepas pilihan raya umum Mei lalu yang menyaksikan perdana menteri Najib Razak tewas, kini mengkaji semula projek-projek utama yang ditandatangani kerajaan terdahulu yang dikatakan tidak menguntungkan Malaysia.

Kerajaan beliau menangguhkan lebih daripada AS20 bilion dalam projek dibiayai China awal minggu ini, menurut laporan Reuters.

Menurut Reuters lagi, Mahathir berkata, terdapat beberapa isu akan dibangkitkan, antaranya mengenai ketidakadilan terma kontrak dan juga pinjaman.

Begitu juga kata Mahathir, mengenai faedah kerana faedah didapati lebih tinggi apabila kerajaan membuat pinjaman.

Mahathir didapati begitu kritikal mengenai kebaikan projek-projek China di Malaysia dan sejak memegang kuasa beliau berikrar akan membuat rundingan semula berhubung terma-terma tertentu walaupun kerja-kerja pembinaan diteruskan.

Mahathir juga menurut laporan Reuters berkata, beliau ingin pergi ke China secepat mungkin tetapi Presiden China hanya boleh ditemui dalam bulan Ogos.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, July 08, 2018

Rujukan:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: TUN M AKAN BANGKIT KONTRAK TIDAK ADIL LAWAT CHINA

Sunday, July 8, 2018
Ugut polis, SPRM: Umno masih angkuh - Ng Suee Lim
Posted By: Selena Tayon: July 08, 2018 Print Email

Ugutan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii terhadap Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) serta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh agar berhenti bercakap megenai 1MDB dan mewujudkan persepsi negatif terhadap bekas PM Datuk Seri Najib Razak menunjukkan pemimpin Umno masih angkuh, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim yang juga Speaker DUN Selangor.

“Ugutan Razlan Rafii terhadap SPRM dan polis berkenaan isu 1MDB memberi gambaran jelas kepada rakyat bahawa Umno masih angkuh dan berlagak seperti mereka masih berkuasa,” kata Ng kepada Suara pakatan daily.

Menurutnya, ungutan itu menunjukkan sikap pemimpin Umno yang tidak pernah berubah sejak dahulu dan menjadi punca kekalahan mereka dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.
“Kalau begini rupanya kelakuan Umno berterusan maka parti ini akan mengalami kekalahan sekali lagi dalam PRU 15. Selain daripada itu, rakyat Malaysia mesti mengikis amalan sentimen perkauman kalau hendak maju ke depan.

“Kita jangan terus menerus bergelumang dalam politik kolot yang membinasakan negara iaitu politik yang memberi sokongan kepada orang yang sebangsa dengan kita walaupun orang itu telah melakukan kesalahan.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) juga harus berjaga-jaga supaya racun pemikiran puak yang fanatik daripada parti itu tidak meresap ke dalam urusan harian pihak kerajaan baharu melalui pekerja sektor awam yang ramai menjadi ahli parti tersebut,” ujar beliau lagi.

Justeru, beliau menegaskan Kerajaan PH wajib serius mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengugut SPRM ataupun polis kerana kalau gejala itu dibiarkan berleluasa maka sesiapa sahaja akan berani mengugut pihak berkuasa.

Rakyat Malaysia akan digambarkan oleh media luar sebagai rakyat yang tidak hormat kepada kerajaan dan imej negara tidak akan dapat dibaikpulih.

“Kemenangan PH dalam PRU14 menunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa rakyat Malaysia adalah waras dan bijak memilih dan kita tidak boleh biarkan mana-mana pihak untuk merosakkan imej ini,” katanya.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, July 08, 2018

Rujukan:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: UGUT POLIS, SPRM: UMNO MASIH ANGKUH – NG SUEE LIM

Sunday, July 8, 2018
Presiden PKR: Jika Anwar bertanding, saya berundur – Azizah
Posted By: Pentadbiron: July 08, 2018 Print Email

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata beliau sanggup berundur sebagai presiden PKR jika suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk bertanding dalam pemilihan parti itu.

Bagaimanapun, jelas Dr Wan Azizah, beliau akan bertanding jawatan presiden jika Anwar kekal menjadi Ketua Umum PKR.

“Saya tidak akan bertanding jika dia bertanding (jawatan presiden),” katanya dipetik dalam laporan The Malaysian Insight.

Pemilihan parti itu akan diadakan penghujung Ogos, sementara pencalonan akan mula dibuka pada 29 Julai.

Sementara itu, The Malay Mail melaporkan Dr Wan Azizah – yang menerajui PKR hampir 20 tahun – menafikan kewujudan kem bertentangan di dalam PKR antara penyokongnya dan penyokong suaminya.

Beliau menambah bahawa sesiapa saja yang berhasrat boleh bertanding jawatan presiden.

“Tidak wujud kem Wan Azizah atau kem Anwar menjelang pemilihan. Sesiapa saja bebas bertanding jawatan presiden,” katanya.

Dr Wan Azizah pertama kali menjadi presiden Parti Keadilan Nasional pada 1999, susulan pemenjaraan Anwar oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kemudian menyaksikan gerakan Reformasi.

Beliau kemudian menjadi presiden sekali lagi selepas parti itu bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia dan seterusnya menjadi PKR.

Media sering melaporkan konflik dalaman PKR, termasuklah sebelum pilihan raya umum (PRU) ke- 14 yang lalu, dengan spekulasi perseteruan antara Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Rafizi Ramli.

Naib Presiden PKR Tian Chua sebelum ini pernah mengingatkan Anwar dan Dr Wan Azizah agar tidak mempedulikan kumpulan yang melobi dalam menentukan calon PRU
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, July 08, 2018

Rujukan:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: PRESIDEN PKR: JIKA ANWAR BERTANDING, SAYA BERUNDUR – AZIZAH

Tiada ulasan: