Isnin, 23 Julai 2018

Malu tetapi mahu. 7914.



Kempen PAS di  PRK Sungai Kandis

Dengan hasrat mahu calon PKR tewas, kemenangan berpihak kepada calon UMNO yang mewakili BN. 

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan menyeru ahli dan penyokong Pas agar mengundi berasaskan pertimbangan Melayu - Islam

(Perkara itu kemudiannya segera dinafikan oleh pemimpin Pas yang lain.) 

Pas mengambil keputusan tidak meletakkan calon di Sungai Kandis dan di Balakong. Mengapa PAS tidak bertanding 


Menurut Menteri Besar Terengganu merangkap Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Dr. Ahmad Shamsuri Mokhtar, keputusan tidak bertanding itu sebenarnya dibuat atas pertimbangan pelbagai faktor, termasuk pandangan daripada rakan-rakan di Selangor sendiri. 
  1. Post mortem PRU Malaysia ke 14 tak siap lagi. 
  2. Kedudukan kewangan parti - Selepas berbelanja JUTAAN RINGGI MALAYSIA pada PRUM ke 14 lepas. 

Berbeza dengan cara biasa PAS: 

Pas selama ini mengamalkan sikap keras kepala dan ingin bertanding di mana-mana saja kerusi yang pernah ditandinginya. 

Sejak bila Pas begitu terikat dengan hasil post mortem sehingga tidak meletakkan calon dalam mana-mana pilihanraya?

Maka dengan ini PAS menangguh misi dakwah dan jihad sebagaimana yang kerap dilaungkan selama ini

Keputusan PRUM 14 telah mematikan angan-angan PAS untuk menjadi KING MAKER dan PENASIHAT KERAJAAN. 

Monday, July 23, 2018
Nepali Times Dakwa Syarikat Kroni Pemimpin UMNO Tipu Pekerja Nepal
The Malaysian Insight melaporkan sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi adalah antara syarikat Malaysia yang dinamakan dalam sindiket penipuan yang didakwa menipu pekerja Nepal sehingga meraih RM185 juta (Rs5 bilion) sejak lima tahun lalu, lapor portal Nepali Times.

Portal berita dalam talian Nepal itu dalam laporannya bertajuk “Kleptocrats of Kathmandu and Kuala Lumpur” menamakan Bestinet Sdn Bhd bersama-sama beberapa syarikat lain yang menerima sokongan politikus berpengaruh Malaysia sebagai antara pihak yang meraih keuntungan daripada proses baharu pengambilan pekerja asing dilaksanakan Putrajaya.

Selain Bestinet yang didakwa diuruskan ipar Zahid, Amin Abdul Nor, laporan turut menamakan beberapa syarikat di Kathmandu, Malaysia VLN Nepal dan One Stop Centre (OSC) terlibat dalam penipuan pendaftaran pekerja asing negara itu.

Laporan turut mendakwa yang adik Zahid, Abdul Hakim Hamidi dan bekas menteri dalam negeri Azmi Khalid memiliki kepentingan dalam syarikat berkenaan.

Zahid yang merupakan timbalan perdana menteri juga adalah menteri dalam negeri dalam pentadbiran Barisan Nasional sebelum kalah pada pilihan raya umum lalu.

“Semuanya bermula lima tahun lalu ketika (bekas) Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi memberikan kontrak kepada syarikat swasta (Ultra Kirana Sdn Bhd) yang menghendaki pekerja Nepal memohon visa kerja menerusi syarikat sekutu di Kathamandu- Malaysia VLN Nepal.

“Agensi mengenakan caj sebanyak Rs3,200 (RM118) untuk setiap pekerja Nepal yang mahu bekerja di Malaysia, dan mengutip Rs 1.95 bilion daripada lebih 600,000 pekerja antara September 2013 dan April 2018,” katanya.

Laporan menyebut yang Bestinet bekerjasama dengan Persekutuan Profesional Kesihatan Nepal (NHPF) bagi menjalankan saringan biometrik dengan caj Rs4,500 (RM167) setiap pekerja Nepal selepas Putrajaya mewajibkan semua pekerja dari negara itu melakukan ujian biometrik pada Julai 2015.

Sedangkan, proses permohonan visa sebelum ini kosnya lebih rendah berbanding kos yang terpaksa dibayar pekerja untuk menggunakan khidmat syarikat swasta bagi memproses visa dan saringan biometrik.

Laporan mendakwa semua peraturan baharu itu dilaksanakan tergesa-gesa, tanpa ketelusan dan tiada perjanjian antara kerajaan Nepal dan Malaysia ditandatangani.

Portal itu menyebut yang Menteri Buruh Nepal Gokarna Bista sedang menjalankan operasi besar-besaran menghapuskan syarikat di Kathamandu yang mengenakan caj melampau kepada pekerja untuk pergi bekerja di negara asing.

Sebelum ini, Bestinet menafikan terlibat dalam sindiket penyeludupan pekerja Bangladesh, berkata ia bukanlah agensi rekrut pekerja dan tidak terlibat dalam proses merekrut pekerja asing di Malaysia atau di negara luar. 

Laporan penuh sila baca di SINI
Posted by Anak Sungai Derhaka at Monday, July 23, 2018
Anak Sungai Derhaka: Nepali Times Dakwa Syarikat Kroni Pemimpin UMNO Tipu Pekerja Nepal

Monday, 23 July 2018
KENAPA PAS MASIH TIDAK BERANI BERTERUS-TERANG SOKONG UMNO?

Pelbagai hujah kedengaran saat ini di sebalik keputusan Pas tidak meletakkan calonnya di Sungai Kandis, meskipun secara nyatanya ia adalah bermakna parti itu mahu calon PKR yang mewakili Pakatan Harapan lebih mudah dapat ditewaskan.

Dengan hasrat mahu calon PKR tewas, maka sudah terang lagi bersuluh Pas sebenarnya inginkan kemenangan berpihak kepada calon UMNO yang mewakili BN.

Dalam erti kata lain, jika dulu Pas mahu lawan UMNO, kini parti itu adalah kawan kepada UMNO.

Malangnya, tidak seperti biasa dalam adat orang berkawan, Pas masih takut-takut dan enggan berterus-terang mengenai hubungannya dengan UMNO, walaupun tindakan atau perbuatan sangat jelas ke arah itu.

Hanya beberapa jam setelah Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan mengeluarkan kenyataan tentang hasrat sebenar Pas memberi laluan kepada UMNO bertanding ialah untuk memudahkan calon PKR ditewaskan, perkara itu kemudiannya segera dinafikan oleh pemimpin Pas yang lain.
Menurut Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Dr. Ahmad Shamsuri Mokhtar, keputusan tidak bertanding itu sebenarnya dibuat atas pertimbangan pelbagai faktor, termasuk kedudukan kewangan parti.

Ia adalah keputusan Pas sendiri atas pelbagai faktor setelah mendapat pandangan daripada rakan-rakan di Selangor sendiri, ujar beliau yang juga Menteri Besar Terengganu.

Soalnya, sejak bila Pas mengamalkan sikap sedemikian?

Bukankah Pas selama ini mengamalkan sikap keras kepala dan ingin bertanding di mana-mana saja kerusi yang pernah ditandinginya?

Lagi pun, kalau tidak mahu dilihat sengaja memberi laluan kepada UMNO, bukankah lebih baik Pas meletakkan calon dalam pilihanraya itu yang juga boleh dianggap sebagai sebahagian daripada misi dakwah dan jihad sebagaimana yang kerap dilaungkan selama ini?

Tidak cukup dengan itu, melalui kenyataan oleh Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan kemudinanya pula, beliau  juga menyeru ahli dan penyokong Pas agar mengundi berasaskan pertimbangan Melayu - Islam dalam pengundian 4 Ogos nanti.

Sehubungan itu,  katanya, ahli dan penyokong Pas diarahkan membuat pilihan berpandukan pertimbangan Melayu - Islam serta kepentingan masa depan negara.

Pas juga mengambil keputusan tidak meletakkan calon di Sungai Kandis, begitu juga di Balakong nanti, adalah kerana ingin menunggu hasil post mortem PRI14 yang sedang disiapkan, tambahnya lagi.

Kenapa susah-susah berhujah berkaitan Melayu dan Islam, sedangkan kedua-dua calon yang diletakkan oleh PKR dan UMNO ialah Melayu yang beragama Islam?

Siapakah Melayu dan Islam yang dimaksudkan itu?

Apakah Pas bermaksud kerajaan Pakatan Harapan tidak mewakili Melayu dan Islam?
Sejak bila Pas begitu terikat dengan hasil post mortem sehingga tidak meletakkan calon dalam mana-mana pilihanraya?

Secara mudahnya, bukankah lebih mudah difahami jika Pas berterus-terang meminta ahli dan penyokong parti itu mengundi calon parti tertentu, baik UMNO atau PKR, berdasarkan kecenderungan serta minat Pas sendiri?

Kenapa masih perlu bersembunyi-sembunyi dan takut-takut menyatakan pendirian?

Tambahan lagi, tidakkah episod angan-angan untuk menjadi "king maker" atau  pun penasihat kepada kerajaan sudah pun berakhir dengan keputusan PRU14 yang lalu? (ShahbudinHusin 23/07/2018)

Anonymous23 July 2018 at 11:35
Pas nak sokong ke tak nak sokong UMNO ke, naper cai risau & kesah sangat.
Takut yer...?
Shahbudin dot com: KENAPA PAS MASIH TIDAK BERANI BERTERUS-TERANG SOKONG UMNO?

BERITA»Nasional
Isnin, 23 Julai 2018 | 12:28pm

Awan berbentuk topi di Gunung Kinabalu fenomena biasa
Oleh Suzianah Jiffar suzianah@nstp.com.my

KOTA KINABALU: Pembentukan awan lentikular yang menyerupai kanta atau topi yang berlaku di puncak Gunung Kinabalu pagi semalam adalah fenomena biasa yang lazimnya terbentuk di sekitar gunung atau bukit.
Pembentukan awan lentikular yang menyerupai kanta atau topi yang berlaku di puncak Gunung Kinabalu pagi semalam adalah fenomena biasa yang lazimnya terbentuk di sekitar gunung atau bukit. - Foto viral media sosial

Jurucakap Jabatan Meteorologi Sabah, berkata awan lentikular terbentuk akibat aliran udara lembap yang melalui penghalang seperti pergunungan hingga menyebabkan terjadinya pusaran yang membentuk awan berkenaan.

"Di sekitar kawasan pembentukan awan ini kegeloraan angin agak kuat dan kencang. Lazimnya, keadaan ini berbahaya kepada pesawat yang melalui kawasan berkenaan.

"Bagaimanapun, ini adalah perkara biasa jika ada angin kencang dan ia tidak dikaitkan dengan mana-mana cuaca buruk. Ia seperti awan biasa cuma bentuknya seperti kanta," katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.

Awan lentikular atau `lenticular clouds' adalah sejenis awan unik yang lazimnya terbentuk di sekitar bukit dan gunung akibat daripada hasil pergerakan udara di kawasan pergunungan.

Awan itu berbentuk seperti piring terbang raksasa atau sesuatu mirip seakan-akan 'pancake'.

Semalam, pembentukan awan lentikular di Gunung Kinabalu menjadi tumpuan khususnya orang ramai yang berada di sekitar Kundasang dan Pekan Nabalu, selain Kota Belud yang dapat melihat awan itu dengan jelas.
PEMBENTUKAN awan lentikular. - Foto viral media sosial

Ia turut viral di media sosial apabila mendapat perkongsian yang begitu banyak.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Junaydie Sihan, berkata pembentukan awan itu adalah fenomena biasa.

"Orang sini panggil awan itu sebagai sirung nabalu atau sigar nabalu (topi tradisional) berdasarkan bentuknya menyerupai penutup kepala (topi) tradisional masyarakat Kadazandusun.

"Bagaimanapun, bagi penduduk sekitar Kundasang dan Pekan Nabalu, kejadian itu adalah tanda-tanda akan berlaku kemarau," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/452675/awan-berbentuk-topi-di-gunung-kinabalu-fenomena-biasa





Tiada ulasan: