Isnin, 23 Julai 2018

Sekyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. 7915


Didakwa abaikan rawatan anak [METROTV]
TN Alagesh cnews@nstp.com.my

SUAMI isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini terhadap tuduhan mengabaikan rawatan perubatan anak lelakinya hingga membawa kematian pada 9 Julai lalu.

Penjual kereta, Mohammad Zawani Mohammad Jasni, 30, dan isteri, Azreen Junysar, 29, dari Kampung Rantau Panjang, Klang dituduh mengabaikan Mohd Luthhakim Abdullah, 10, yang dalam jagaannya daripada mendapat rawatan perubatan dan pemeliharaan yang mencukupi.

Berikutan itu, ia menyebabkan anaknya yang juga murid Tahun Empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Ching mengalami kecederaan fizikal yang membawa kepada kematian.

Oleh demikian, pasangan tertuduh itu didakwa mengikut Sekyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari menawarkan RM30,000 ikat jamin bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Namun, Mohammad Zawani memohon mahkamah mengurangkan jumlah dengan alasan memperoleh gaji RM2,000 sebulan dan mempunyai seorang anak lelaki yang perlu ditanggung manakala gaji isterinya yang mengasuh kanak-kanak hanya RM1,200.

Hakim,Siti Aminah Ghazali kemudian menetapkan RM15,000 wang ikat jamin bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Siti Aminah juga membenarkan tertuduh melantik peguam untuk mewakili mereka bagi sebutan semula kes pada 27 Ogos ini.

Dalam kejadian 9 Julai lalu, Muhammad Luthhakim Abdullah, 10, disahkan meninggal dunia kira-kira 1 tengah hari di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas dilaporkan tidak sedarkan diri di rumahnya di Taman Permatang Badak Maju, Permatang Badak, di sini,

Hasil bedah siasat mendapati, murid Tahun Empat itu meninggal dunia akibat pendarahan pada saluran makanan mangsa yang disebabkan oleh pecah salur darah atau ulser pada esofagus disebakan berlaku pukulan kuat.

Ekoran kejadian itu, ibu bapanya ditahan bagi membantu siasatan.
PASANGAN suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuantan hari ini atas pertuduhan mengabaikan anak mereka, Muhammad Luthhakim Abdullah, 10 sehingga menyebabkan kematiannya pada 9 Julai lalu. 
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/360752/didakwa-abaikan-rawatan-anak-metrotv

MALAYSIA
In defence, Rosmah says didn’t buy items claimed by Lebanese jeweller
Published 1 hour ago on 23 July 2018
By Justin Ong
Global Royalty filed the lawsuit on June 26 seeking US$14.79 million as compensation for 44 pieces of jewellery that were seized by authorities investigating the 1MDB corruption scandal. — Picture by Mukhriz Hazim
Global Royalty filed the lawsuit on June 26 seeking US$14.79 million as compensation for 44 pieces of jewellery that were seized by authorities investigating the 1MDB corruption scandal. — Picture by Mukhriz Hazim

KUALA LUMPUR, July 23 — Datin Seri Rosmah Mansor did not purchase the jewellery worth RM60 million sent to her by a gems wholesaler who is now seeking payment for the items seized by 1MDB investigators, said her lawyers.

The lawyers also disclosed that they submitted her statement of defence today in response to the lawsuit initiated by Global Royalty Trading Sal.

Rosmah argued in it that she was never the titular owner of the 44 pieces of jewellery that she insisted Global Royalty sent unsolicited for her consideration when her husband, Datuk Seri Najib Razak, was still the prime minister.

The lawyers further insisted that the lawsuit was in breach of the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001.

“Accordingly, the said suit filed by Global Royalty against our client is clearly unlawful, frivolous, vexatious and/or an abuse of the court process.

“In the circumstances, the position taken by Global Royalty that our client is liable to indemnify them monies in the sum of RM59,831,317.40 is misconceived and without any legal basis,” they said in a statement.

They added that Rosmah will also apply to dismiss the lawsuit soon.

The lawyers acting for her are Datuk Geethan Ram, Datuk K. Kumaraendran, Rajivan Nambiar, Reza Rahim, Lavania Raja and Revin Kumar.

Global Royalty filed the lawsuit on June 26 seeking US$14.79 million as compensation for 44 pieces of jewellery that were seized by authorities investigating the 1MDB corruption scandal.

According to a previous report by national news agency Bernama, the firm called Rosmah a regular patron to whom it would send consignments of jewellery for her perusal.

Those she did not wish to purchase would be returned to Global Royalty although it said she would also occasionally borrow some before sending these back.

It additionally claimed that she acknowledged the receipt of the 44 items sent in February that included a diamond necklace, earrings, rings, bracelets and a tiara, each worth between US$124,000 and US$925,000, sent to her personally by two of the firm’s agents.

Commercial crime investigators repeatedly raided six locations linked to Najib for its investigations into 1MDB and confiscated, among others, 12,000 pieces of jewellery that included 2,800 sets of earrings, 2,200 rings, 2,100 bracelets, 1,600 brooches, 1,400 necklaces and 14 tiaras.

They later disclosed the appraised value of all seized cash and items to be RM1.1 billion based on prevailing prices.
https://www.malaymail.com/s/1655001/in-defence-rosmah-says-didnt-buy-items-claimed-by-lebanese-jeweller

PROJEK KERETA API ISRAEL – ARAB SAUDI: LALU JEDDAH KOT!
Azar IshakJuly 23, 2018
Beberapa hari lepas, Parlimen Israel dah pun meluluskan undang-undang menjadikan Israel sebagai negara bangsa Yahudi. Dengan kelulusan ni, Hebrew dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan hanya kaum Yahudi yang diberikan hak menentukan hala tuju negara. Bahasa Arab yang sebelum ni dianggap sebagai bahasa rasmi, hanya diberi status istimewa.

Perkembangan ni dah bagi kebimbangan kepada kaum minoriti Arab yang menyumbang 20.7% jumlah penduduk Israel. Itulah dia Israel yang selama ini menjadi duri dalam daging dunia Arab dan Timur Tengah. Konflik negara tu dengan Palestin sampai sekarang masih lagi berpanjangan dan takde apa-apa petunjuk yang ia akan berakhir.
Wakil dari Parti Balad, Jamal Zahalka dibawa keluar dari dewan 
sebab membantah undang-undang tersebut. Imej dari CBC.
Dalam masa sama, kita juga akan terpandang konflik-konflik dalaman dan politik Timur Tengah, macam konflik Saudi – Qatar, konflik Saudi – Iran, konflik Yaman, isu Ikhwanul Muslimin dan sebagainya.

Walaupun macam tu, baru-baru ni juga kita ada dengar berita yang kata Arab Saudi dan Israel ada rancang nak buat projek kereta api menghubungkan terus antara dua negara. Biar betul? Disebabkan kitorang kat sini pun tertanya-tanya, makanya SOSCILI kali ni nak bincang la sikit pasal isu ni.

Projek kereta api dari Riyadh sampai ke Haifa, Israel

Pada pertengahan Jun lepas, media Israel melaporkan yang Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bersetuju untuk mempromosikan pembinaan projek kereta api menghubungkan dua negara ni. Projek tu dinamakan sebagai “Tracks for Regional Peace”.

Tracks for Regional Peace berdasarkan pelanjutan laluan kereta api yang dirancang di Israel utara, yang akan menghubungkan pelabuhan Haifa (Israel) ke rangkaian kereta api Jordan,yang kemudiannya akan berhubung dengan Arab Saudi dan negara-negara Arab Sunni yang lain.” – Dipetik dari The Times of Israel.
Jauh perjalanannya. Imej dari The Times.
Tambah laporan ni lagi, rangkaian landasan ni akan mewujudkan sistem pengangkutan serantau yang akan meningkatkan hubungan perdagangan. Presiden AS, Trump juga dikatakan menyokong kuat pelaksanaan projek ni.

Sambungan landasan ini akan memformalkan laluan merentasi sempadan yang tegang. Israel yang telah bertempur dalam tiga perang bersama jiran Arabnya, mempunyai perjanjian damai dengan Mesir dan Jordan, tetapi tidak dengan Arab Saudi.” – Dipetik dari Reuters.

Walaupun projek ni nampak macam susah nak jadi, tapi Israel nampaknya yakin yang usaha ni akan berjaya. Sebabnya, negara tu dah pun buat anggaran kos pembinaan projek ni sebanyak hampir AS$4.5 juta. Akhbar Israel juga melaporkan yang Suruhanjaya Keretapi Israel dah pun tubuhkan pasukan pakar untuk projek ni.
Menteri Pengangkutan Israel, Yisrael Katz cadangkan projek ni tahun lepas. Imej dari The Times of Israel.
Ada pihak yang berpendapat, pembinaan projek kereta api ni dibuat sebab keadaan Syria sebagai laluan perdagangan dah pun menjadi terlalu berisiko. Selain tu, laluan perdagangan melalui Selat Bab-el-Mandeb yang terletak antara Yaman dan Semenanjung Arab juga terancam dengan kedatangan gerakan Houthi.

Jadinya, dengan ada rangkaian kereta api dari Israel ke Jordan dan seterusnya ke Saudi ia sedikit sebanyak mengurangkan risiko. Bila kita dengar berita ni, mesti kita tertanya-tanya pasal hubungan antara Saudi dan Israel. Sebenarnya, sampai sekarang Arab Saudi masih takde hubungan diplomatik dengan Israel. Tapi…

Media melaporkan – dah beberapa kali pihak Saudi berjumpa dengan Israel secara rahsia 

Disebabkan perjumpaan ni rahsia, jadi takdelah ia tersiar kat mana-mana TV atau surat khabar. Tapi, ia masih lagi tak menghalang media dari hidu dan buat siasatan. Kesannya, pada tahun 2013 ada laporan yang kata Timbalan Menteri Pertahanan Saudi, Salman bin Sultan pernah buat lawatan rahsia ke Israel untuk berjumpa dengan pemimpin keselamatan negara tu

“Sumber mengatakan (Salman bin Sultan) berjumpa dengan pemimpin keselamatan Israel dan Bin Sultan melawat salah satu pangkalan tentera Israel sambil ditemani oleh seorang ahli kanan dalam Israel staff board.” – Dipetik dari RT News.
Salman pernah jadi Timbalan Menteri Pertahanan dari 2013 – 2014. Imej dari The Intercept.
Tapi sebenarnya, ini bukan kali pertama pihak Saudi dilaporkan berjumpa dengan Israel secara rahsia. Sebabnya, pada tahun 2006, dah dilaporkan pasal pertemuan putera Saudi secara rahsia dengan Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel masa tu.

Untuk tahun ni pula, ada dua laporan pasal pertemuan rahsia Saudi dengan Israel. Salah satunya pada bulan Mac lepas bila Pihak Berkuasa Palestin (PA) melaporkan ada pegawai tinggi Saudi berjumpa dengan Israel di Mesir.
Ehud Olmert, Bush & Abbas. Imej dari 972mag.com 
Pertemuan tu dikatakan berlangsung di sebuah hotel mewah, dengan kehadiran pegawai-pegawai tinggi Mesir. Antara isu yang dibincangkan adalah pasal kepentingan ekonomi Israel, Mesir dan Arab Saudi, khususnya di rantau Laut Merah.

“Hubungan mesra antara Israel dan Arab Saudi merosakkan Pihak Berkuasa Palestin (PA). Nampaknya, Israel bukan lagi musuh terbesar di rantau ini.” – Kenyataan pegawai PA. Dipetik dari Press TV.

Bila isu ni macam dah reda sikit, muncul pulak laporan baru pasal pertemuan rahsia antara Saudi dan Israel di Amman, Jordan. Apa yang menariknya, pertemuan ni dikaitkan terus dengan dua orang pemimpin tertinggi kedua-dua negara yang semua orang kenal.

Mereka tu adalah Putera Mahkota Muhammad bin Salman dan Benjamin Netanyahu (PM Israel). Pertemuan ni dikatakan berlaku di Istana Diraja Jordan, tapi tanpa disertai Raja Jordan, Raja Abdullah II.

“Seorang sahabat rapat memberitahu saya mengenai insiden tersebut, yang mendakwa terdapat hubungan langsung antara kedua-dua pihak, kedua-dua Saudi dan Israel, di bawah naungan Raja Abdullah Jordan.” – Jacky Hugi, Penganalisis Politik. Dipetik dari Press TV.
Raja Abdullah II, Jordan dan Netanyahu pada tahun 2014. Imej dari The Times of Israel. 
Apa yang pasti, pertemuan ni merupakan salah satu dari banyak pertemuan rahsia yang dilaporkan atau sempat dikesan. Seperti mana yang dikatakan kat awal tadi, Arab Saudi dan Israel takde apa-apa hubungan diplomatik. Tapi disebabkan ada pesaing dan kepentingan yang sama, dua negara ni mula secara nyata tunjukkan kerjasama.

Kerana nak kawal pengaruh Iran, hubungan Saudi – Israel tak boleh disembunyikan lagi 

Kalau kita pandang balik pada sejarah, bila negara-negara Arab lancarkan apa-apa operasi ketenteraan, musuh diorang mesti satu iaitu Israel. Contohnya – bila jadi Perang Arab – Israel 1948, akibat dari bantahan penubuhan Israel. 

Pada tahun 1967 pula, negara-negara Arab macam Mesir, Syria, Iraq dan Jordan sekali lagi bersatu berperang dengan Israel dalam Perang Enam Hari. Tapi nampaknya, Israel menang dan sebab itu jugalah Israel menguasai Semenanjung Sinai, Semenanjung Gaza, Tebing Barat, Bukit Golan dan Baitulmaqdis. Lepas tu, jadi sekali lagi perang yang dikenali sebagai Perang Yom Kippur (1973) – diketuai oleh Mesir dan Syria.
Moshe Dayan, bekas Menteri Pertahanan Israel 
yang mengetuai Israel dalam Perang Enam Hari. Imej dari Famous People. 
Tetapi bila dah beralih masa dan ketika, pendirian dan musuh dunia Arab kini mula berubah. Mesir dan Jordan dah pun buat perjanjian damai dengan Israel. Kini musuh negara-negara Arab bukan lagi Israel, tapi… IRAN.

Tindakan Saudi buat operasi ketenteraan di Yaman adalah salah satu contoh macam mana negara tu cuba mengekang pengaruh Iran di rantau Arab. Begitu juga dengan campur tangan Saudi di negara-negara bergolak lain seperti Syria, Iraq dan Lubnan. Semuanya ada kaitan dengan pengaruh Iran yang didokong Rusia dan China.
Pemberontak Houthi yang mendapat sokongan Iran, bertembung dengan kerajaan Yaman didokong Saudi. Imej dari Los Angeles Times. 
Jadinya, bila bercakap soal hubungan baik antara Saudi dan Israel, ia sekali lagi boleh dikaitkan dengan Iran. Menurut seorang penganailsis politik, Kobi Michael – Mesir, Jordan, Saudi dan negara-negara Teluk (tak termasuk Qatar) berdepan dengan dua ancaman. Satunya adalah pengaruh Iran dan satu lagi keganasan kumpulan radikal

“Malangnya AS meninggalkan vakum di rantau ini yang diisi oleh Rusia di Syria dan Iran serta proksi mereka di bahagian lain Timur Tengah. Israel dianggap sebagai sekutu berpotensi paling dipercayai. Oleh itu, Saudi cukup faham bahawa ini adalah masa yang terbaik untuk menjadi kawan baik dengan Israel.” – Katanya kepada al-Jazeera. 

Sebenarnya, rasa tak puas hati Saudi terhadap Iran ni dah ada lama. Sebelum jadinya Revolusi Iran 1979, Raja Saudi ada hubungan yang sangat baik dengan Shah Pahlavi (Raja Iran). Antara puncanya, kedua-dua sistem monarki ni dapat sokongan kuat AS. Tapi bila Shah tumbang, Iran mula menjadi ancaman pada Saudi. Lebih-lebih lagi bila ideologi negara tu bersifat revolusi yang anti-monarki.
Pengaruh dan seruan Khomeini akhirnya menumbangkan Iran. 
Klik sini kalau nak baca pasal Khomeini. Imej dari rferl.org
“…kemunculan kuasa Iran semakin dikukuhkan dengan keengganan bekas Presiden Barack Obama untuk mengekang Iran. Perkara ini juga dirasakan oleh Benjamin Netanyahu terhadap Obama yang memberikan sokongan penuh terhadap perjanjian nuklear. 

Itulah sebabnya Raja Salman dan Netanyahu menyambut ketibaan Trump di Riyadh dan Tel Aviv dengan penuh kegembiraan.” – Dr. Chandra Muzaffar, dipetik dari Global Research. 

Dalam hal ni, kita boleh nampak macam mana risaunya Israel dan sekutu Arab Saudi dengan pengaruh Iran di rantau mereka. Jadinya, nak atau tidak, Saudi terpaksa dengan terang (walaupun nampak macam rahsia) bekerjasama dengan Israel. 

Hal itulah yang kita boleh nampak bila Saudi mengisytiharkan HAMAS dan Ikhwanul Muslimin sebagai kumpulan pengganas selaras dengan apa yang diakui Israel dan AS.
Imej dari BBC.
Bukan perkara pelik hubungan Saudi dan Israel. Sebabnya, Malaysia pun ada hubungan ekonomi dengan Israel

Pada awal Mac lepas, Arab Saudi buat pertama kali membuka ruang udaranya kepada pesawat komersial untuk terbang menuju ke Israel. Ada yang nampak perkara ni dilihat sebagai usaha negara tu memperbaiki hubungannya dengan Israel dan AS. 

Dalam masa sama, walaupun tak ada hubungan diplomatik dengan Israel, projek Smart City Arab Saudi yang dianggarkan bernilai $500 bilion dilaporkan tetap akan mendapat pelaburan dari syarikat berkaitan Israel. Malah pada tahun lepas, dilaporkan dah berlaku perbincangan antara Saudi dan Israel untuk mewujudkan hubungan ekonomi dan diplomatik secara formal.
Tarian Al Ardha yang Trump pun ikut sama. Imej dari Giphy.
Sebenarnya, hal yang agak sama juga jadi kat Malaysia. Sebabnya, walaupun Malaysia tersenarai antara 36 negara yang tak mengiktiraf Israel, tapi Malaysia pernah jadi salah satu daripada rakan dagang terbesar Israel selama lebih dari lima tahun! Sebagai contoh, pada tahun 2013, dilaporkan jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel berada pada AS$1.529 bilion

Hal ni dah membuatkan lima orang Ahli Parlimen Malaysia masa tu menulis surat bertanya kenapa Malaysia boleh jadi antara 15 rakan dagang terbesar Israel. Bila kita tengok pulak pada Biro Statistik Pusat Israel, kita akan nampak yang Malaysia jadi antara pengimport utama produk Israel sejak lima tahun lepas.
Tegas ke kita selama ni? Imej dari Cilisos.
Walaupun begitu, isu ni masih lagi boleh diperbahaskan dan dikaji. Dengan adanya Malaysia Baru sekarang ni, diharapkan banyak urusan kerajaan dilakukan secara telus dan jujur kepada rakyat.
Kisah rakyat Malaysia yang masuk Israel. Klik sini atau gambar kalau nak baca.
Hubungan Saudi-Israel bukan lagi rahsia. Tapi negara Arab juga selalunya kena main 

Walaupun ada pihak yang kaitkan perbalahan yang berlaku di Timur Tengah dengan isu Sunni-Syiah. Tapi dengan hanya kerana Iran sebagai sebuah negara Syiah, itu tak bermakna permusuhan dengan Iran hanya kerana Syiah. Sebabnya, ia lebih kepada isu politik serantau dan perluasan pengaruh. 

“Sebab itu juga apabila Arab Saudi menentang perjanjian pembangunan nuklear Iran dengan enam kuasa besar dunia (P5+1), tentangan tersebut tiada kena-mengena dengan perbezaan fahaman amalan agama Islam tetapi Riyadh khuatir Iran akan menjadi bertambah kuat apabila sekatan ekonomi dikendurkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).” – Azmi Hassan, Geostrategis. Dipetik dari Utusan Malaysia.
\
Sampai bila Timur Tengah nak bergolak? Imej dari Huffington Post.
Dalam masa sama, kita juga kadang-kadang terperangkap bila ada je isu antara negara Arab dan Iran, sebab ia akan diperbesarkan sebagai isu pertembungan fahaman Sunni dan Syiah. Hal ini jugalah yang jadi kat Yaman dan Syria yang kita boleh nampak hari ni.

“Israel umpamanya sudah banyak kali berselindung di sebalik strategi pertembungan Sunni dan Syiah demi melangsungkan kepentingan geopolitik rejim Zionis. Iran dianggap Israel sebagai musuh utama mereka dan lazimnya AS dipergunakan sebagai proksi dan sering juga negara Arab diperalatkan demi untuk menekan Iran.” – Azmi Hassan, Geostrategis. Dipetik dari Utusan Malaysia.

Dalam hal ni, nampaknya masa depan Timur Tengah masih lagi menjadi tanda-tanya. Hubungan baik kebanyakan negara Arab dengan Israel, walaupun boleh menstabilkan rantau itu, tetapi ia tetap menimbulkan persoalan besar. Apa nasib Palestin yang selama ni ditindas Israel?

Itu belum masuk lagi ancaman Muhammad bin Salman yang kata mungkin akan berperang dengan Iran dalam tempoh 10 tahun lagi. Dulu Iraq juga pernah berperang dengan Iran dan disokong AS. Tapi akhirnya Iraq hancur kerana AS.
Bush masa Perang Iraq yang kesan kehancurannya sampai ke hari ni. Imej dari The Star.
Kita masih menantikan sebuah rantau aman di Timur Tengah tanpa permusuhan dan penindasan. Tapi…bila ia akan terjadi?
Projek kereta api Israel – Arab Saudi: Lalu Jeddah kot! – SOSCILI

...

Tiada ulasan: