Sabtu, 7 Julai 2018

Mereka bentuk kehidupan harian supaya dekat dengan Allah Subhanahuwatalla. 7845.


12 Tanda-tanda Hati Telah Mati
MONDAY, NOVEMBER 28, 2016
12 Tanda-tanda Hati Telah Mati - SEBARKAN!! | Islam Itu Indah - Tazkirah Daily
Jika kita berhadapan dengan orang yg telah mati hatinya maka teruskan memberi nasihat yg baik dengan cara hikmah. Tidak boleh kasar dan keras kerana hatinya akan bertambah sakit, berpenyakit dan akan terus mati.

Terdapat 12 tanda-tanda hati sudah mati adalah seperti berikut:

1. "Tarkush solah" - Berani meninggalkan Solat Fardhu. 

Allah SWT berfirman:
فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا
“Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang buruk) yang menyia-nyiakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui ghayya.” (Surah Maryam ayat 59)
Ibnu Mas’ud r.a. menafsirkan kata ‘ghoyya’ dalam ayat tersebut bahawa dia adalah sungai di Jahannam yang makanannya sangat menjijikkan, yang tempatnya sangat dalam. (Lihat kitab Ash-Shalah karya Ibnu Al-Qayyim hal. 31)

2. “Adzdzanbu bil farhi” - Tenang tanpa merasa berdosa padahal melakukan dosa besar. 

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Orang yang beriman akan melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula akan melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung.” (HR Bukhari) 

"Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran [daripadanya]. (Surah Al-Araf (7) ayat 3)

3. “Karhul Qur’an” - Tidak mahu membaca bahkan menjauihi dengan ayat-ayat al-Qur’an. 

Dari Abu Musa al-Asy`ari radhiAllahu `anhu katanya Rasulullah SAW telah bersabda:

مَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِى يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ الأُتْرُجَّةِ رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا طَيِّبٌ وَمَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِى لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ التَّمْرَةِ لاَ رِيحَ لَهَا وَطَعْمُهَا حُلْوٌ وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِى يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ الرَّيْحَانَةِ رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِى لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الْحَنْظَلَةِ لَيْسَ لَهَا رِيحٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ
“Perumpamaan orang mu’min yang membaca al-Quran ialah seperti buah utrujjah (الأُتْرُجَّةِ), baunya enak dan rasanya pun enak.
Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran ialah seperti buah kurma (التَّمْرَةِ), tidak ada baunya, tetapi rasanya manis.
 

Adapun perumpamaan orang munafik yang membaca al-Quran ialah seperti tumbuhan harum raihanah (الرَّيْحَانَةِ), baunya enak sedang rasanya pula pahit. 

Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-Quran ialah seperti buah hanzolah (الْحَنْظَلَةِ), tidak ada baunya dan rasanya pun pahit.” (Muttafaq ‘alaih)

4. “Hubbul ma’asyi” - Terus menerus melakukan maksiat. 

Nabi SAW bersabda.
عن سالم بن عبد اللّه قال: سمعت أبا هريرة يقول سمعت رسول اللّه صلّى اللّه عليه وسلّم- يقول: كلّ أمّتي معافى إلّا المجاهرين، وإنّ من المجاهرة أن يعمل الرّجل باللّيل عملا، ثمّ يصبح وقد ستره اللّه فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربّه، ويصبح يكشف ستر اللّه عنه

Dari Salim bin Abdullah, dia berkata, Aku mendengar Abu Hurairah radhiyallahu’ anhu bercerita bahwa beliau pernah mendengar Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda, ‘Setiap umatku akan mendapat ampunan, kecuali mujahirin (orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa). Dan yang termasuk terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang berbuat (dosa) pada malam hari, kemudian pada pagi hari dia menceritakannya, padahal Allah telah menutupi perbuatannya tersebut, yang mana dia berkata, ‘Hai Fulan, tadi malam aku telah berbuat begini dan begitu.’ Sebenarnya pada malam hari Rabb-nya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi pada pagi harinya dia menyingkap perbuatannya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah tersebut.”[H.R. Bukhari (6069) dalam kitab Fathul Bari dan lafadz ini milik Bukhari, dan riwayat Muslim (2990)]

5. “Asikhru” - Sibuknya hanya suka mengumpat, buruk sangka, merasa dirinya lebih suci. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.” Si penanya kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya ?” Rasulullah SAW menjawab, “kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).” (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).

6. “Ghodbul ulamai” - Sangat benci dengan nasihat baik dari ulama. 

Firman Allah SWT maksudnya : "Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta."(Surah Al Baqarah ayat 10)

7. “Qolbul hajari” - Tidak ada rasa takut akan peringatan kematian, seksa kubur & akhirat. 

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah). 

Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud "Sekali-kali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan itu (dosa dan kekufuran) telah menutup hati mereka." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).

8. “Himmatuhul bathni” - Gilanya pada dunia tanpa peduli halal haram yang penting kaya. 

Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,.
لاَ تُقْبَلُ صَلاَةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ وَلاَ صَدَقَةٌ مِنْ غُلُولٍ
“Tidaklah diterima solat tanpa bersuci, tidak pula sedekah dari ghulul (harta haram)” (HR. Muslim no. 224).

9. “Anaaniyyun” - Orang yang merelakan kejahatan berlaku dalam keluarganya. 

Dayus dan tidak bertanggungjawab.

10. “Al intiqoom” - Pendendam hebat. 

Sabda Nabi SAW:  “Orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang menaruh dendam.” (HR. Bukhari).

11. “Albukhlu” - Sangat bakhil (kikir) 

Allah berfirman maksudnya, Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat..” (Surah Ali Imran ayat 180) Maksudnya, Allah akan menjadikan harta yang ia bakhil menginfakkannya sebagai beban di pundaknya pada hari kiamat. 

Dalam Shahih Al Bukhari disebutkan satu hadits dari Rasulullah SAW: Dari Abu Hurairah r.a. : bahwa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “ Barang siapa yang diberikan oleh Allah harta kepadanya , kemudian ia tidak mengeluarkan zakatnya, maka ia akan berwujud ular yang sangat besar yang akan menariknya dengan dua tulang rahangnya yang lebar, kemudian ia berkata, “ saya adalah harta simmpanananmu.” Kemudian Rasulullah SAW membacakan ayat ini , sampai akhir hayat (Mutttafaq alaih)

12. “Ghodhbaanun” - Cepat marah kerana keangkuhan & dengki. 

Nabi SAW bersabda maksudnya, 'Orang yang kuat adalah orang yang mampu mengendalikan/menahan emosinya ketika marah. (Hadis Riwayat Al- Bukhari (6114).42 ) 

Artikal lain: 


Tanda-tanda Hati Menjadi Hitam dan Mati
13/01/2017
Bila Hati Sudah Hitam, Apa Harus Kita lakukan
Hati manusia asal penciptaannya adalah suci bersih namun ianya boleh berubah menjadi lebih baik bahkan lebih bercahaya dan berma’rifat atau menjadi sebaliknya  kerana manusia diciptakan dengan iman yang berubah-ubah ….

فَلَوْلا إِذْ جَآءَهُمْ بَأْسُنَا تَضَرَّعُواْ وَلَـكِن قَسَتْ قُلُوبُهُمْ
وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَـنُ مَا كَانُواّ يَعْمَلُونَ
Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran) dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan. (Al-Anaam 6 : 43)

HATI YANG MATI
Bahagian ini yang paling ditakuti, iaitu ketika hati sudah MATI, maka dia tidak akan menerima nasihat lagi. Segala perbuatan haram dan maksiat akan dipandang sebagai kebaikan. Bagi dia maksiat bagaikan minum air….! Dia akan berani menentang segala perintah Allah dan RasulNya. Dia juga tiada sifat belas ihsan sesama manusia. Sanggup memfitnah dan membunuh. Hidup mereka bagaikan binatang ternakan bahkan lebih buruk daripada itu…..!!! Ini adalah hati yang sudah di khatamkan seperti Firman Allah:

خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَـرِهِمْ غِشَـوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عظِيمٌ
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. (Al-Baqarah 2 : 7)

Di antara punca terjadinya hati berpenyakit, kemudian menjadi keras dan MATI sebenarnya banyak tetapi secara umumnya semua perkara yang bertentangan dengan syariat Allah dan dilakukan berterusan tanpa bertaubat adalah punca utama hati kita menjadi gelap..

Dosa yang dilakukannya itu boleh menjadi titik hitam di dalam hati yang mana ianya akan bertambah setiap hari sekiranya sering melakukan dosa sehingga akhirnya mampu menutup mata hatinya sedikit demi sedikit sehinggalah seluruh mata hatinya akan tertutup yang membuatkan akhirnya hatinya menjadi mati… Nauzubillahminzalik…

Namun begitu, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh kita untuk menyucikan hati kita dan menjauhkan hati kita daripada mati..

Di antara amalan yang boleh menyucikan hati yang telah ternoda adalah:

1. Lazimkan melakukan solat Taubat pagi dan malam sekurang-kurangnya 2 rakaat dan seeloknya pada waktu tahajud dan juga sebelum tidur…


2. Amalkann Istighfar sekurang-kurangnya 100 kali sehari semalam dengan perasaan penuh penyesalan. Cara mudah amalkan selepas solat fardu..


3. Hentikan daripada melakukan semua dosa-dosa besar mahupun dosa-dosa kecil.


4. Wiridkan zikir La-Ilaha Illa-Allah setiap hari . Lagi banyak lagi baik. Kerana zikrullah adalah ubat, pencuci dan penyembuh bagi segala penyakit hati dan dosa! Mulai dengan 100 kali sehari semalam.


5. Wiridkan selawat atas Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam – sekurang2nya 100 kali.


6. Lazimkan baca Al-Quran sekurang2nya baca surah Yasin.

Wallahu A’lam

2 Cara Mudah Menjemput Rezeki
22/02/2017
Cara mudah menjemput rezeki

Rezeki pemberian Allah pastinya sentiasa ditagih oleh kita terutamanya dalam zaman yang duitnya berjalan umpama air. Kadang-kadang duit gaji yang diperolehi adakalanya hanya mampu bertahan beberapa hari kerana hutang bulanan yang perlu dilangsaikan. 

Namun begitu, sedarkah kita bahawa ada dua cara mudah untuk menjemput rezeki tapi dengan syarat selepas kita berusaha. Wallahualam.

Sedekah
Ana pernah terdengar mengenai ini di dalam ceramah yang pernah disampaikan oleh seorang ustaz yang boleh juga terkenal orangnya. Ada satu kisah di mana seorang hamba Allah nie ingin pulang ke Pakistan, namun ditangannya hanyalah mempunyai wang bernilai RM100 sahaja. Apa yang dilakukan oleh hamba Allah nie? Beliau sedekahkan wang RM100 nie dekat orang yang amat-amat memerlukan. Dan dengan izin Allah pada masa tersebut ada seorang hamba Allah memberikan wang kepada beliau RM1000 dan sudah semestinya ianya mencukupi. Wallahualam.

Ayat Al Quran juga ada menceritakan fadilat apabila kita bersedekah iaitu

Al-Quran  Surah Al- Baqarah Ayat 245

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

 Al-Quran  Surah Al- Baqarah Ayat 262

Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Solat Dhuha
Solat Dhuha juga merupakan salah satu cara mudah untuk menjemput rezeki hadir di dalam kehidupan kita. Selain daripada menjemput rezeki solat ini juga merupakan solat sunat yang paling digalakkan dilakukan oleh Rasulullah S.A.W yang mana di dalam hadis menyebut

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ
Daripada Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

Selain itu juga, ada hadis yang menceritakan mengenai setiap bilangan dhuha yang dilakukan iaitu

Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikannya sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai di dalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hamba-Nya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingati-Nya,” (Riwayat At-Thabarani)

Wallahualam. Semoga apa yang kita lakukan akan diberkati olehnya. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua.











































Tiada ulasan: