Khamis, 12 Julai 2018

Syria - Hizbullah - Iran - Rusia vs Israel - USA - Sekutu Barat. 7859.


DUNIA»Eropah
Khamis, 12 Julai 2018 | 7:28am
Israel mahu Russia desak Iran keluar dari Syria
PRESIDEN Russia, Vladimir Putin (kanan) bersama Benjamin Netanyahu 
ketika mesyuarat di Kremlin, Moscow. - Foto EPA
BEIRUT: Syria berjaya memintas serangan peluru berpandu dari pesawat milik Israel yang menyasarkan kedudukan tentera negara itu di wilayah Quneitra, awal pagi tadi.

Agensi berita SANA yang memetik sumber tentera melaporkan, serangan berlaku berhampiran perkampungan Hader di Bukit Golan, iaitu wilayah yang diduduki Israel dan insiden itu hanya menyebabkan kerosakan pada bangunan.

Setakat ini, tiada maklumat diterima daripada pihak tentera Israel berhubung serangan itu.

Semalam, pegawai kanan Israel berkata, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu memberitahu Russia bahawa negara itu tidak akan meneruskan usaha untuk menggulingkan Presiden Syria, Bashar Al-Assad.

Namun, Netanyahu berkata, ia hanya akan berlaku sekiranya Moscow yang juga sekutu utama Damsyik, mengarahkan pasukan tentera Iran keluar dari Syria.

Beberapa jam sebelum ini, Israel mendakwa mereka berjaya menembak jatuh dron dipercayai milik Syria yang memasuki ruang udara negara itu. - Reuters

Sumber: 
Israel mahu Russia desak Iran keluar dari Syria | Eropah | Berita Harian

DUNIA»Asia
Selasa, 5 Disember 2017 | 6:49am
Israel bedil peluru berpandu ke Syria
BEIRUT: Televisyen Syria, semalam melaporkan Israel melepaskan bedilan peluru berpandu ke arah kemudahan ketenteraan negara itu di pinggir Damsyik, menambah sistem pertahanan udara Syria berjaya memintas tiga daripada peluru berpandu itu.

Saksi berkata, lewat semalam tiga letupan kuat kedengaran dari arah Jamraya, di barat Damsyik. Seorang lagi memberitahu asap tebal kelihatan di kawasan itu.

Jurucakap tentera Israel berkata, mereka tidak memberi sebarang ulasan kepada laporan asing. - Reuters

Sumber: 
Israel bedil peluru berpandu ke Syria | Asia | Berita Harian

DUNIA»Asia
Sabtu, 11 November 2017 | 7:36pm
Israel tembak jatuh dron Syria
PELANCAR peluru berpandu Patriot. - Foto AFP
BAITULMAQDIS: Tentera Israel menembak jatuh dron buatan Russia milik Syria yang menjalankan misi pengintipan di Golan Heights hari ini.

Ia dipintas peluru berpandu Patriot di zon penampan antara wilayah Golan yang dikawal kedua-dua pihak, kata jurucakap tentera dalam kenyataan.

Israel dan Syria, secara teknikal masih berperang, walaupun garisan gencatan senjata di Golan Heights masih tenang selama beberapa dekad sehingga perang saudara meletus di Syria pada 2011.

Israel merampas kawasan seluas 1,200 kilometer Golan Heights dari Syria dalam Perang Enam Hari pada 1967 dan kemudian mengasingkan ia dalam tindakan yang tidak pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa.

September lalu, tentera Israel menembak mati apa yang dikatakan dron buatan Iran yang dikendalikan pergerakan Hizbullah dalam misi pengintipan di Golan.

Israel juga kerap menerima tempias konflik di Syria dan melakukan puluhan serangan udara untuk menghentikan bekalan senjata kepada Hizbullah. - AFP

Sumber:
Israel tembak jatuh dron Syria | Asia | Berita Harian

Dunia
Rabu, 22 March 2017 | 11:15am
Jangan tembak pesawat: Israel
ISRAEL memberi amaran kepada Syria agar tidak menembak pesawat perangnya 
yang cuba menjalankan misi di negara itu bagi memusnahkan penghantaran 
senjata kepada kumpulan militan Hizbullah Lubnan. - Foto AP
BAITULMAQDIS: Israel memberi amaran kepada Syria agar tidak menembak pesawat perangnya yang cuba menjalankan misi di negara itu bagi memusnahkan penghantaran senjata kepada kumpulan militan Hizbullah Lubnan.

Menteri Pertahanan, Avigdor Lieberman, memberi peringatan itu beberapa hari selepas Syria menembak pesawat perang Israel yang melancarkan serangan udara ke atas konvoi kenderaan membawa senjata.

"Jika ia berlaku sekali lagi, kami akan memusnahkan sistem pertahanan itu tanpa ragu-ragu," katanya.

Kumpulan militan Hizbullah yang disokong Iran menyokong tentera Presiden Bashar al-Assad dalam perang saudara Syria.

Kumpulan itu berikrar memusnahkan Israel dan melancarkan ribuan roket ke arah Israel ketika perang sebulan pada 2006.

Sebelum ini, Israel berkata ia tidak akan membenarkan senjata canggih sampai ke tangan Hizbullah. - AP

Sumber: 
Jangan tembak pesawat: Israel | Dunia | Berita Harian





















Tiada ulasan: