Rabu, 1 Ogos 2018

Bantusiar - Kesihatan - Batu Karang. 7959.


Al Fatihah. Bantusiar kerana Allah Subhanahuwatalla. Aamiin. Sumber: https://diarirutinkesihatan.com/2017/04/03/petua-hilangkan-penyakit-batu-karang/ DAPATKAN NASIHAT DOKTOR. MENCEGAH LEBIH AFDAL DARI MENGUBAT. IN SYAA ALLAH. AAMIIN. Petang ini, sepupu ada share petua untuk hancurkan batu karang di whatsapp keluarga kami. Agak menarik untuk kupas mengenai penyakit ini. Malah, suami pun pernah hampir didiagnos penyakit ini, nasib baik tak teruk lagi. Alhamdulillah. Batu karang ini boleh menyebabkan kesakitan di ginjal, hempedu dan juga pundi kencing. Penyeakit ini biasanya di kalangan lelaki. Akan tetapi, ada juga di kalangan wanita. FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BATU KARANG: Kurang minum air – Makin kurang minum air, makin pekat air kencing, maka kristal mudah terbentuk uang akhirnya menjadi batu. Sejarah keturunan – Faktor pemakanan yang sama dalam keluarga, seperti kes penyakit kencing manis dan penyakit metabolik yang lain. Umur – Kes batu karang yang kerap berlaku di kalangan yang berusia 20 tahun hingga 70 tahun. Jantina – Lelaki lebih berisiko untuk menghidap penyakit ini berbanding wanita. Suplemen vitamin D berlebihan dan tidak seimbangkan dengan kalsium dan magnesium. Pesakit kencing manis dan darah tinggi turut berisiko untuk mendapat penyakit ini. Kesan sampingan ubat – Ubat-ubatan seperti diuretik akan meningkatkan pengeluaran air kencing, lalu menyebabkan kencing menjadi semakin pekat. Pemakanan – Makanan yang protein purin seperti hati, jantung, limpa, daging merah dan makanan laut yang bercangkerang. Daging merah khususnya mengandungi kandungan fosforus yang tinggi, jadi boleh menyebabkan lebih banyak kalsium dikueluarkan melalui air kencing. Selain itu, alkohol dan diet kurang serat juga berisiko memberi kesan yang sama. Kurang aktif – Individu yang kurang aktif atau terlantar sakit adalah berisiko kerana tulang membebaskan kalsium ke dalam salur darah. JENIS-JENIS BATU KARANG: TERDAPAT EMPAT JENIS BATU KARANG. 1. Batu kalsium (Calcium Stone) : Jenis batu yang biasa, merupakan campuran 2 bahan iaitu kalsium dan oxalete. Pesakit batu karang jenis batu kalsium disarankan mengurangkan makanan bergula atau makanan jenis karbohidrat yang diproses. Peningkatan gula dalam darah boleh meningkatkan penghasilan insulin yang menyebabkan lebih banyak pengeluaran kalsium melalui buah pinggang. Jika pesakit tersebut kurang minum air, maka kalsium tersebut akan membentuk kristal. Amalan pemakanan vegetarian sangat bagus untuk pesakit yang berisiko tinggi kerana ianya mengandungi serat yang tinggi. Selain itu pecahan protein haiwan iaitu asid urik dan asid oxalik boleh menyebabkan batu karang. 2. Batu struvite (Struvite Stones) : Batu karang jenis ini banyak dihidapi oleh golongan wanita. Ia biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria pada saluran kencing yang menghasilkan enzim tertentu yang meningkatkan kandungan amonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite. 3. Batu asid urik (Uric Acid Stones) : Peningkatan asid urik dalam badan disebabkan oleh metabolisme protein haiwan. 4. Batu sistein (Cystine Stones): Jarang berlaku dan hanya berlaku di kalangan individu yang mempunyai penyakit genetik iaitu Sistinuria, yang mengakibatkan buah pinggang menghasilkan asid amino sistin dalam jumlah yang banyak sehingga menyebabkan pembentukan batu. TANDA-TANDA/SIMPTOM BATU KARANG Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi bawah tulang rusuk. Biasa terjadi apabila batu dah besar dan menyekat aliran air kencing. Kencing berdarah Kencing berpasir Air kencing keruh dan busuk Rasa pedih ketika kencing dan mungkin demam jika terdapat jangkitan pada salur kencing Mual dan muntah Sentiasa rasa hendak kencing Ada butiran halus di dalam air kencing Berasa sakit atau panas ketika kencing TIPS UNTUK MENJAUHKAN DIRI DARI PENYAKIT BATU KARANG Untuk mengelakkan pembentukan batu, pemakanan yang seimbang boleh diamalkan. Pengambilan makanan yang tinggi serat dan mengurangkan protein haiwan serta pengurangan garam dalam makanan boleh membantu mengurangkan kehilangan kalsium daripada air kencing. Selain itu, pengambilan Vitamin D membantu meningkatkan penyerapan kalsium daripada usus dan pengeluaran kalsium dari tulang. Ini boleh menyebabkan bagi sesetengah orang yang berisiko tidak boleh mengambil produk tenusu yang diperkaya dengan Vitamin D. kafein juga meningkatkan kalsium dalam air kencing. Bagi batu jenis oxalate, pesakit perlu mengehadkan pengambilan makanan tinggi oxalete seperti kacang, koko, kopi, parsley, bayam, lobak merah, teh, kale, seleri, ubi keledek, anggur dan lada hitam. Pengambilan vitamin B6 (pyridoxine) tidak boleh melebihi 150 mg sehari boleh membantu mengurangkan pembentukan batu karang jenis oxalate. Amalan pengambilan vitamin B6 sangat baik untuk mencegah batu jenis oxalate secara keseluruhan. Selain itu, amalan pengambilan vitamin A dan K sangat diperlukan kerana kedua-dua vitamin ini dapat mengelakkan pembentukan kristal kalsium oxalate dengan membuat protein yang ditemui dalam air kencing. Malahan, pengambilan supplement jenis asid amino iaitu asid glutamic dan jus aloe vera juga boleh mencegah batu karang dari terjadi. Manakala, amalan pemakanan vegetarian, asid folik dan potassium citrate sangat membantu bagi pesakit batu karang jenis asid urik. Ini kerana, Citrate adalah perencat kepada pembentukan batu karang. Paras Citrate yang rendah telah ditemui di kalangan 20 – 60 % pesakit batu karang oleh beberapa pakar yang merawat batu karang ini. Elakkan pengambilan alkohol. Selain ia sememangnya haram di dalam Islam, alkohol ini meningkatkan asid urik, kalsium dan fosfat di dalam air kencing dan mengurangkan vitamin B6 dan magnesium yang menjadi agen mencegah pembentukan batu karang. Amalan pengambilan vitamin C dapat membantu mengelakkan pembentukan batu karang. Jika, vitamin C diambil bersama magnesium citrate dan vitamin B6, maka pencegahan batu krang adalah lebih baik dan meyakinkan. Walaupun pengambilan dos tinggi Vitamin C(lebih daripada 6000 mg) dikatakan boleh meningkatkan pembentukan batu karang, namun tiada kajian yang membuktikan dakwaan ini. Pengambilan supplement zinc, vitamin B6, magnesium dan vitamin C boleh menyingkirkan cadmium yang berlebihan dalam badan. Cadmium berlebihan juga salah satu sebab batu karang terbentuk. PETUA SEMULA JADI UNTUK HANCURKAN BATU KARANG (seperti mesej Whatsapp sepupu saya): Dapatkan 1 kaki tebu hitam (bukan yang daun hijau) dan 1 biji timun. Perah air tebu dan campurkan dengan timun yang dikisar. Kemudian, minum air campuran tersebut. In shaa Allah batu karang itu akan hancur. Tapi tak dinyatakan pula berapa kali perlu diminum. Jika anda mempunyai sejarah batu karang dalam keluarga atau pernah menghidapinya, anda sepatutnya hindari pengambilan asid amino L-cystine yang berlebihan. Sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan anda. Selain itu, anda boleh dapatkan Set Batu Karang Shaklee untuk mendapatkan jumlah nutrisi yang mencukupi bagi mengelakkan pembentukan kristal batu karang. Gambar 1: Batu Karang
batu karang
Gambar 2: B-Complex
b-complex
Supplement Shaklee jenis B-Complex ini bersifat anti stress dan menenangkan si pemakan serta memberi tenaga. Ia juga membantu menurunkan bahan oxalate yang menjadi agen pembentukan batu karang.

Gambar 3: Sustained Release Vita-C Plus
vita-c plus
Vita-C ini membantu meningkatkan keasidan dalam urin kerana batu karang tidak mudah terbentuk dalam urin yang berasid.

Gambar 4: OsteMatrix
ostematrix
Pengambilan OsteMatrix adalah perlu untuk mencukupkan jumlah kalsium dalam badan supaya dapat mencegah peningkatan tahap oxalate sekiranya pengambilan kalsium tidak mencukupi. Selain itu, magnesium yang terdapat dalam OsteMatrix ini bertindak sebagai pemangkin bagi memastikan penyerapan kalsium secara menyeluruh dan maksimum oleh badan.

Gambar 5: Alfalfa Complex
Alfalfa.png
Alfalfa Complex merupakan pusat pengeumpulan segala nutrien. Alfalfa mengandungi vitamin A, C, E serta kaslium, potasium, fosforus dan zat besi. Pengambilan Alfalfa Complex ini sesuai untuk emngurangkan jangkitan dan inflamasi yang berlaku akibat batu karang.

Gambar 6: Lecithin
Lecithin.png
Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmitter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya Lecithin merupakan sumber utama kolina. Lecithin ini membantu menurunkan berat badan kerana ia membakar lemak berlebihan dalam tubuh badan yang mendorong pembentukan batu karang. Selain itu, kawal selera makan dan amalkan senaman yang konsisten.

Gambar 7: CarotoMax
carotomax.png
CarotoMax merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. Ia juga berfungsi membantu mempercepatkan penyembuhan luka di bahagian urinari yang terluka oleh batu karang. Sangat bagus untuk menghalang jangkitan.

Gambar 8: Performance Drink
performance drink.png
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet atau mereka yang melakukan aktiviti berat. Shaklee Performance Drink terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Kandungan sitrat di dalamnya membantu mencegah batu karang di samping mencukupkan jumlah air yang diperlukan oleh tubuh sehari. Paling penting, ia bebas gula dan tidak berkarbonat. Jadi, boleh minum tanpa ragu-ragu.

Adakah anda perlu ambil semua? Tidak semestinya. Malah anda juga boleh mendapatkan VIVIX untuk penyelesaiannya.

Gambar 9: Vivix
vivix1.png
Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengadungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semula jadi.

Testimoni mereka yang telah berjaya merawat batu karang dengan supplement Shaklee

TESTIMONI OLEH AKMAL MUSTAFA (kredit kepada facebook Supermom Shaklee Story)

Gambar 10: SAKIT BATU KARANG SEMBUH SELEPAS AMALKAN VIVIX
testimonialvivixbatukarang3.png
Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Akmal Mustafa dan berumur 28 tahun. Saya seorang suri rumah, mempunyai 3 orang anak dan kini menetap di Terengganu. Saya pernah mengalami masalah sakit kencing sejak dari bangku sekolah. Seingat saya ketika saya di tingkatan tiga.

Penyakit tersebut berlarutan untuk jangka masa yang agak lama. Hinggalah apabila saya berkahwin pada tahun 2008. Kesakitan yang saya alami semakin teruk. Saya mula tahu saya menghidap batu karang apabila terjadi insiden selepas saya mengurut perut dengan bidan, pada hari yang sama saya merasa sakit yang terlampau dahsyat.

Seperti ada sesuatu yang tajam seolah menghiris bahagian peranakan seta saluran kencing saya hingga menyebabkan saya menggelupur kesakitan. Bahkan saya tak mampu untuk berjalan kerana terlampau sakit. Suami saya terpaksa menggendong saya ke hospital kerana keadaan saya yang tak mampu untuk berjalan.

Bermula dari situ doktor melakukan scan dan test urine dan dapat detect saya mengalami batu karang. Ini berlarutan sehingga saya merasa sakit dalam saluran kencing, sakit ketika bersama suami, rahim bengkak dan jangkitan kuman. Saya mengalami perkara ini sejak berumur 15tahun. Selain ubat hospital saya ada berikhtiar dengan ubatan kampung. Minum rebusan akar kayu dan ubat homeopathy.

Tapi kesannya saya mengalami pening yang melampau serta saya juga terpaksa berjumpa pakar ENT kerana ubat yang saya makan menyebabkan dalaman saya kepanasan hingga memberi effect telinga saya sakit dan berdengung.

Doktor sarankan saya berhent dan mencadangkan saya supaya makan ubatan yang telah ditetapkan dos pengambilan yang betul. Akhirnya saya stop dan selepas itu hanya menggunakan suplemen Shaklee. Saya berikhtiar dengan produk Shaklee selepas hasil pencarian di internet.

Pada mulanya saya hanya mengambil Alfalfa Complex dan Garlic sebagai langkah untuk mencegah kencing kotor. Alhamdulilah sekitar 1 minggu konsisten saya dapat kesan positif. Sakit bertahun yang saya alami dan bergantung dengan pil killer untuk tahan kesakitan hilang! Lepas tu saya mula ambil tambahan vitamin lain seperti Ostematrix dan Vita-C. Then saya buat pemeriksaan doktor untuk kepastian, sakit kencing saya hilang, kencing kotor pun pulih, rahim dah tak bengkak. Tapi batu karang masih ada.

Kemudian saya mula membeli tambahan vitamin sebab saya nk kesan yang extra. Saya nak hilangkan terus batu karang. Saya mula minum Vivix. Alhamdulilah. Bersyukur sgt asbab sebotol Vivix yang saya minum, hasil pemeriksaan doktor batu karang saya hilang! Doktor pun terkejut dan tanya apa yang saya amalkan. Saya bawa botol Vivix dan tunjuk pada doktor. Doktor nasihatkan saya untuk terus amalkan pengambilan nutrisi yg sihat untuk mencegah batu karang dari terbentuk kembali. Saya mula beli Vivix selepas daftar sebagai ahli Shaklee.

Saya tahu tentang Vivix hasil dari research dan produk study serta mencari testimoni pengguna Vivix. Saya mengambil sesudu kecil sekali sehari. Saya juga turun mengambil suplemen Shaklee lain seperti Garlic, Alfalfa, Garlic, Vita-C dan Ostematrix. Antara hyling crysis yang saya alami ialah letih dan mengantuk, kencing menjadi sangat kuning dan beransur bersih dari hari ke hari. Oleh kerana saya menyusukan anak, hari pertama dan kedua baby kurang menyusu, mungkin ada perubahan pada rasa. Tapi saya lebihkan minum air putih. Sesudu Vivix sehari saya bahagikan untuk pengambilan 3 hari supaya kandungannya dapat balance dgn tubuh saya.

Alhamdulilah dengan cara tu baby saya kembali menyusu macam biasa dan lepas tu saya minum sesudu kecil sekali sehari balik. Dua minggu selepas minum Vivix, perubahan ketara saya tak lagi rasa sakit dan tak selesa pada saluran kencing. Tubuh menjadi ringan dan bertenaga dan tak mudah letih. Susu badan juga semakin meriah.

Saya mengambil masa dua bulan makan pil dan vitamin dan 2 minggu untuk menghabiskan 1 botol Vivix. Hasil scan dan urine test kuman batu karang dan batu karang hilang. Saranan saya pada yang mengalami penyakit batu karang, cubalah berikhtiar dengan suplemen Shaklee terutamanya Vivix, kerana Vivix berfungsi membantu untuk merawat sistem dalaman tubuh badan kita.

Saya sangat bersyukur pada Allah asbab pengambilan ViVix dan beberapa vitamin lain batu karang saya sembuh. Saya sangat berpuas hati dengan produk Shaklee. Alhamdulilah dan syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaanNya saya sembuh dan dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan tenang. Terima kasih atas peluang ini.

Gambar 11: Testimoni lain
testimonialvivixbatukarang2.png
Gambar 12: Derita Sakit Batu Karang
testimonialvivixbatukarang1.png
Jom cepat-cepat hubungi saya! Jangan bertangguh lagi! Demi kesihatan anda yang lebih sihat dengan supplement yang semulajadi!
Your trusted SID
Whatsapp/Telegram/SMS: +6017-9572570
http://www.wasap.com/60179572570
Facebook: Nur Izzati Ibrahim
Kawasan COD: Bandar Tun Razak –Bandar Sri Permaisuri – Bandar Tun Hussein Onn – Alam Damai – Cyberjaya

............

Tiada ulasan: