Khamis, 2 Ogos 2018

Realiti sikap jemaah dalam ibadah korban. 7962.


Kritik untuk kesedaran, bukan mengaibkan.

Ada yang terus mahu memunya beberapa ekor lembu korban yang telah siap dilapah. Masa melapah orang sebegini menjauh. Tanpa sedar makhluk itu sedang melakukan perbuatan biadap kurang ajar terhadap Allah Subhanahuwatalla, kejiranan dan umat Islam umumnya.

Jika ada kalangan yang bersikap sedemikian, buang jauh-jauh sikap itu. Memberi kan kah lebih baik dari menerima. Alasan sesetengah yang melakukan pencerobohan ibadah ini antaranya ialah jika mereka ada anak 7 orang, maka diambilnya 8 bahagian termasuk dirinya. Tanpa mengira anak menantu mereka telah bermastautin di tempat yang lain. Sesetengahnya pula ingin merasa semua bahagian dari kepala lembu sampai ekor lembu, luar bahagian. Ada jenis ini melakukan ibadah korban di tempat lain yang jauh dari masyarakat setempatnya.

23 ekor lembu untuk ibadah korban, lagi mewah sesetengahnya memunya tulang-tulang lembu untuk dibawa pulang, tanpa memikirkan hak orang lain, tanpa rasa segan pada Allah Subhanahuwatalla. Nauzubillahminzalik.

Tanpa prajudis. begitu.


Tuesday, October 8, 2013
PESANAN NABI S.A.W.
"Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga" (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
PANDUAN IBADAH KORBAN
Maksud ibadah korban

1. Ibadah korban bermaksud; menyembelih binatang ternakan pada hari raya korban (10 dzulhijjah) dan hari-hari tasyriq (11, 12 & 13 dzulhijjah) dengan niat mendekatkan diri kepada Allah.

2. Masa ibadah korban bermula apabila terbit matahari pada hari raya korban (10 zulhijjah) dan meninggi sedikit. Namun paling baik dilewatkan sedikit hingga matahari naik segalah dan selepas selesai solat hari raya.

Hukum ibadah korban

1. Hukum ibadah korban ialah sunat muakkad. Makruh meninggalkannya bagi yang mampu. Ibadah sunat ini menjadi wajib jika dinazarkan.

2. Bagi sebuah keluarga, ibadah korban adalah sunat kifayah, iaitu digalakkan seorang ahli keluarga melakukan ibadah korban bagi pihak ahli keluarga yang lain. Abu ‘Ayyub RA menceritakan; “Pada zaman Nabi SAW seorang lelaki menyembelih korban bagi pihak dirinya dan juga ahli keluarganya” (Muwatta’ Imam Malik; 1770).

3. Harus melakukan korban untuk orang telah mati atau meniatkan pahala korban untuknya.

Fadhilah ibadah korban

1. Sabda Nabi SAW; “Tidak ada amalan yang paling disukai Allah pada hari raya korban melebihi dari menyembelih korban. Binatang korban akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, kuku-kukunya dan bulu-bulunya” (Sunan at-Tirmizi; 1496, hasan).

2. Sabda Nabi SAW; “Bagi setiap helai bulu binatang korban satu kebajikan” (Sunan Ibnu Majah; 3127, dhaif).

Syarat-syarat binatang korban

1. Binatang ternakan yang sah dibuat korban ialah; biri-biri (berumur genap 1 tahun), kambing (genap 2 tahun), lembu (genap 2 tahun), kerbau (genap 2 tahun) dan unta (genap 5 tahun).

2. Seekor biri-biri dan kambing hanya untuk seorang. Adapun lembu, kerbau dan unta harus dikongsi tujuh orang.

2. Disyaratkan binatang tidak cacat dengan nyata. Menurut hadis; tidak sah korban dengan binatang yang buta sebelah matanya, yang tempang, yang nyata sakitnya dan yang terlalu kurus (Musnad Ahmad; 18510, isnadnya soheh).

3. Sunat memilih binatang korban yang paling elok. Lagi elok, lagi sempurnalah pahalanya.

Perkara yang disunatkan ke atas orang yang melakukan korban

1. Tidak membuang apa-apa rambut/bulu dan kuku dari badannya sehinggalah selesai korbannya di sembelih (Soheh Muslim; 1977).

2. Menyembelih sendiri korbannya jika mampu. Jika tidak mampu, sunat melihat binatang korbannya disembelih.

3. Ketika sembelihan dilakukan sunat ia mengucapkan seperti berikut;

·       إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَاي وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ
·       اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنّيْ وَأَهْلِيْ بَيْتِي
“Ya Allah, terimalah korban ini dariku dan dari ahli keluargaku”.

Cara pengagihan daging korban

1. Wajib sebahagian dari daging korban disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah, iaitu sekurang-kurangnya satu kadar yang dapat dinamakan sedekah (iaitu 1/2 kilo atau 1 kilo).

2. Daging korban harus jika hendak disedekah kesemuanya kepada fakir miskin. Namun sunat orang yang melakukan korban menikmati sedikit darinya mengikut sunnah Nabi SAW dan mengambil berkat darinya.

3. Sunat daging korban diagihkan kepada tiga pihak; (1) Untuk dimakan diri dan ahli keluarga, (2) Disedekahkan kepada fakir miskin, (3) Dihadiahkan kepada rakan-rakan, jiran tetangga dan sebagainya sekalipun mereka kaya/berada.

4. Dilarang menjual apa-apa  bahagian dari binatang korban. Ia menghilangkan pahala korban. Termasuk dilarang ialah memberi upah kepada tukang sembelih atau orang-orang kerja dengan daging korban. Jika diberikan atas nama hadiah atau sedekah diharuskan.

5. Sebahagian ulamak mengharuskan memberi daging korban kepada orang kafir yang berbaik dengan orang Islam. Sebahagian ulamak melarangnya.

6. Korban nazar dan korban untuk orang telah mati; wajib disedekahkan kesemua dagingnya kepada fakir miskin.

***وصلى الله على سيدنا محمد، والحمد لله رب العالمين***
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 8:12 PM - USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997). Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004). Bergiat sepenuh masa dalam penulisan buku2 agama. Kini salah seorang penulis Telaga Biru Sdn Bhd. Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan. Imam dan Mu'allim di Musholla al-'Abidin, Tambun Tulang, Perlis. Penceramah di masjid2, surau dan markas2 di Negeri Perlis. Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com







Tiada ulasan: