Selasa, 7 Ogos 2018

Selingkar kisah yang perlu diambil kisah. 7988.


Cerita Bulan Kemerdekaan. 
Perjuangan kemerdekaan bangsa dan tanah air akan bergolak terus walaupun Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957 ini. Kemerdekaan itu harus diisi dengan kenyataan-kenyataan, dengan realiti-realiti kemakmuran ekonomi rakyat, dengan realiti, dengan kenyataan ketinggian akhlak rakyat.”– pidato Dr. Burhanuddin Al-Helmy
British Penjajah kembali ke Tanah Melayu setelah Jepun mengaku kalah dalam Perang Dunia Ke dua 1945. 

Sepatutnya Tanah Melayu telah merdeka di tahun 1945 seperti Indonesia, tanpa peduli dengan tinggalan penjajah dan mereka sewenang-wenang mencanai Perlembangaan Malaysia hari ini dengan pelbagai muslihat dan kelemahan. Kelemahan ketara ialah orang Islam boleh dengan mudah murtad dan Keputusan Mahkamah Syariah tentang murtad seseorang boleh dicabar di Mahkamah Persekutuan dan jatuh halal perbuatan murtad itu. 

Siapakah dalang 1945 disebalik kembalinya British menjajah Tanah Melayu sehingga 31 Ogos 1957? Umno? 

Agak pelik apabila perjuangan rakyat tempatan dalam memerangi penjajah British terutama selepas zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah dilihat sebagai satu bentuk pengkhianatan dan keganasan. 

Dol Said yang mempertahankan kedaulatan kerajaan Naning dalam peperangan selama 18 hari pada tahun 1831. 

Seterusnya penentangan terhadap James Brooke di Sarawak oleh Sharif Masahor pada tahun 1843 dan Rentap pada tahun 1853. 

Datuk Maharaja Lela yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan Residen British di Perak iaitu J.W.W. Birch pada tahun 1875. 

Yamtuan Antah di Seri Menanti pada tahun 1875. 

Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau yang memimpin kebangkitan rakyat Pahang pada tahun 1891. 

Mat Salleh yang menentang Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBUB) di Sabah pada tahun 1897. 

Perjuangan Tok Janggut dalam memimpin rakyat Kelantan menentang dasar cukai dan peraturan tanah pada 1915. 

Haji Abdul Rahman Limbong yang membela pemberontakan bersenjata rakyat Terengganu kerana menentang cukai yang dikenakan oleh pihak penjajah British terhadap tanah yang dibuka untuk pertanian pada tahun 1928.


Pantun Pusaka

Di atas robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka
Bersatu padulah segenap baka
Membela hak keadilan pusaka.
  • Dr. Burhanuddin Al-Helmy
ref: https://matamin02.blogspot.com



Tiada ulasan: