Selasa, 18 September 2018

Baca boleh, percaya jangan. 8220.


Maksudnya jangan mudah terus percaya. Kena pertimbangkan pelbagai aspek. Dari mana sumber berita, siapa yang mengkisahkan dan sebagainya. Baca boleh, percaya jangan.
Foto
Mengapa ada sesetengah orang yang berpendapat sedemikian, terhadap orang lain: 

1. Sebab aku tidak suka dia.
2. Sebab dia, masyarakat itu tidak terima aku.
3. Lebih kepada kanta dari cermin.

Cermin buat kita nampak diri kita. Kanta nampak didepan lebih besar dari yang asli atau asal. Antara kita bermuhasabah diri dengan mencari kesalahan orang lain. Mana yang wajar menurut Islam?

Persepsi seseorang terhadap seseorang yang lain adalah berdasarkan seseorang tidak boleh lebih baik dari tanggapan diri terhadap orang lain. Kalau pandangan awalnya negatif, maka negatiflah tanggapannya dalam jangka masa panjang. Kadang orang seperti ini lebih suka cakap dengar dan dengar cakap dari sebelah pihak. Baca berita sekadar baca tajuk. Tanpa merujuk tarikh berita, sumber berita dan lebih malang, seperti yang diperkatakan itu tadi ialah MALAS MEMBACA.
Foto
Sebenarnya kita harus tahu. Bahawa kita tidak tahu apa doa orang lain untuk kita. Hari-hari entah berapa kali dan berapa ramai orang doakan untuk kebaikan kita, keluarga kita dan sebagainya, siap didoakan kita supaya Allah ampuni kita.

Muga antara doanya untuk kita ialah kita sentiasa diberikan Allah petunjuk, taufik dan hidayah, murah rezeki, dilindungi Allah dari mara bahaya, hidup kita berakhir dengan Hasanul Khatimah dan bukan mati dalam keadaan buruk.

Muga kita tidak pernah mendoakan hal tidak baik kepada orang lain, berserta usaha kita. Tentunya usaha dan doa kita hanya kerana Allah. KATA ITU DOA. Mampukah kita berikhtiar untuk berbuat baik kepada diri sendiri. In Syaa Allah bila kita mampu berbuat baik kepada diri kita sendiri, kita tidak mudah bersubahat dengan hal dusta, hal fitnah, hal aib dan memperbetulkan hal-hal yang tidak baik tentang diri sendiri dan menyembunyikan aib orang lain serta kita sama-sama berperanan ingat mengingatkan, nasihat menasihati. Supaya Allah lindungi kita dari menjadi hamba Nya sebagai orang yang sombong dan bongkak. Jika seseorang itu berlaku sombong dan bongkak dalam kehidupannya, sebanarnya dia telah berlaku sombong pada Allah Subhanahuwatalla. Nauzubillaminzalik.

In Syaa Allah. Itu sebab kita kena sentiasa berdoa mendoakan Allah lindung kita hamba Nya yang hina ini. Alhamdulillah sentiasa meniti dibibir dan hati kita. Begitu juga dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim. Patuh kepada seruan Nabi Muhammad Rasulallah.

Aamiin Ya Robbalalaamiin.

Dalam berkomuniket ada orang gemar mentertawakan (gelakan) orang lain. 

Tertawakan orang lain adalah satu kepuasan. Bagi sesetengah orang dalam perbualan dan berhujah. Akhirnya ketawa itu akan menjadi bawaan dia mentertawaan dirinya sendiri, bila dia bersendirian dan mengambil jangka masa yang lama dalam fikirannya. Bertentanganlah dirinya dengan dirinya sendiri, apakah betul kepuasannya itu atau satu kesilapan yang tidak wajar diulangi lagi. Setiap hamba Allah, ada kelebihan dan kekurangannya. Kadang waktu seseorang dewasa hanya dapat satu ilmu pinjaman Allah, yang dia langsung tidak tahu selama ini, hanya pemberitahuan yang ringkas dari seorang kanak-kanak. Itulah takdir dan ketentuan Allah Subhanahuwatalla. Memperlekeh, apa lagi menghina bukanlah satu sikap hidup yang mempunyai nilai-nilai murni. Seseorang tidak melalui apa yang orang lain pernah lalui. Seseorang terpenjara jasadnya kerana dikhianati, tetapi seorang yang lain terpenjara rohaninya kerana salah bawa fitrah kehidupan.

Sebagai contoh dalam pada memburukan orang lain, tanpa ragu seseorang mengatakan, dia sebagai pensyarah, student nya hanya tiga orang yang score. Walhal telah menyerlahkan dirinya sebagai seorang pensyarah serta sebagai individu yang gagal dari sudut psikologi pendidikan, pedagogi, sahsiah dan sebagainya didalam kuliah dan dalam peranan kelahirannya, kehidupannya memenuhi aspirasi keagamaan (agama), kebangsaan (bangsa), kenegaraan (negara) dan kemasyarakatan (komuniti pusat pengajian).

Berita sampingan:

ISNIN, 17 SEPTEMBER 2018
Penjara tak buat Anwar faham derita rakyat, tapi membuatkan Anwar makin rakus
Editor MR /  ZULZALLYZUKARNAIN
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak pandangan sinis segelintir golongan muda yang beliau sudah tua dan tidak lagi relevan untuk memimpin.

 Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR dan juga ketua umum Pakatan Harapan berkata, pengalaman dipenjarakan selama 11 tahun menjadikan beliau seorang yang cukup memahami masalah rakyat, khususnya derita golongan bawahan apabila menjadi pemimpin nanti.

“Ada pandangan sinis yang mengatakan saya sudah tua dan tidak lagi relevan (untuk kembali ke dalam kerajaan),” katanya berucap dalam Majlis Makan Malam Pidato Malaysia Baru: Mengisi Harapan Rakyat, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya malam ini.

Anwar menjelaskan semasa di penjara, beliau banyak bergaul dengan golongan bawahan yang hampir 90% ialah penghuni penjara dan warga asing.

“Saya pernah menyaksikan anak muda yang dipenjarakan kerana hanya mencuri seluar jeans dan warga asing yang datang ke sini untuk mencari rezeki, tetapi ditipu dan dihukum penjara.”

Minta maaf aku kadang kala gelak aje apabila dengar Anwar bercakap kerana satu antara kelebihan Anwar ialah percakapannya. Melalui percakapannya ramai yang kena 'kencing' (istilah selepas kerajaan PH)

Penjara membuatkan Anwar faham derita rakyat?

Ini satu lagi nak kencing penyokong.

Masih ingat lagi Anwar ke Terengganu untuk memaksa Abdul Hadi menanda tangan persetujuan untuk isterinya jadi MB Selangor?

Mereka bertemu bagi memecat TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan mula-mula nak ganti dia (Anwar) jadi MB, tapi Allah takdirkan dia tak boleh bertanding, kemudian ganti dengan isterinya Wan Azizah.

Abdul Hadi dikatakan memerahi Anwar. petikan percakapan Abdul Hadi kepada Anwar, "Ana ingat enta telah serik (insaf) setelah kena penjara?" Abdul Hadi kata lagi "Ini semua punca enta jadi KHADAM TUN MAHATHIR selama 16 tahun?"

Anwar Ibrahim datang bertemu Abdul Hadi bagi "memaksa" Abdul Hadi menandatangani memorandum untuk diberikan kepada Sultan Selangor hanya Datin Seri Wan Azizah sahaja calom Menteri Besar Selangor?

Abdul Hadi memberikan penjelasan dengan baik dan Anwar Ibrahim marah-marah dengan suara yang nyaring. Ada 6 orang saksi semasa pertemuan tersebut, salah seorangnya ialah Saifudin Nasution. Anda boleh bertanya si Saifuddin ini untuk pengesahan.

Akhirnya 2 perkataan di atas membuatkan Anwar terus ter'duduk'.
Ini adalah gambar dirakamkan oleh BERNAMA semasa Anwar balik daripada pertemuan dengan Abdul Hadi di lapang terbang Kuala Terengganu. Sehingga ada troll rambut Anwar telah jadi rambut TS Khalid Ibrahim.

Hari ini Anwar bawa cerita bahawa PENJARA MENGAJAR DIA ERTI DERITA RAKYAT.

Anwar engkau masih belum berubah dan Anwar kena tahu MAHATHIR JUGA BELUM BERUBAH.

Agaknya boleh 2 ekor singa ada pada satu puncak gunung?

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 9/17/2018 10:03:00 PTG
DIALOG RAKYAT: Penjara tak buat Anwar faham derita rakyat, tapi membuatkan Anwar makin rakus
http://dialograkyat.blogspot.com/2018/09/penjara-tak-buat-anwar-faham-derita.html


Tiada ulasan: