Selasa, 18 September 2018

Bontrot Ilmu. 8221.


Apakah orang Melayu telah lupa tragedi menimpa nenek moyang mereka di Sumatera Timur
 
Adakah kami di Tanah Melayu telah lupa???? Adakah kita telah lupa? Pada tanggal 1946, lima sultan di lima negeri Melayu di Sumatera Timur telah dibunuh dengan kejam. Beribu-ribu orang kerabat raja turut dibunuh kejam.

Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan Indonesia.

Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan pendatang luar.

Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula menguasai partai politik dan juga membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti Komunis Indonesia.

Istana Darul Aman, Tanjung Pura, milik Kesultanan Langkat, di tahun 1930an. Kini ia musnah hancur akibat fitnah puak yang melaungkan 'Ketuanan Rakyat' yang semata-mata mahukan kuasa bersama-sama berbelas-belas istana kesultanan lain di Sumatera Timur. Rakyat Sumatera Timur kini menyedari kesilapan yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka terdahulu.

Akibat jarak dan kegagalan Sukarno berhubungan dengan sultan-sultan Melayu di Sumatera bagi mendapatkan kepastian mereka dalam pernyataan sokongan kemerdekaan dari Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera yang dilantik, Amir Syarifuddin (salah seorang pro-komunis) tiba di Serdang dalam negeri Asahan dari pulau Jawa dan menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa Sultan dan bangsawan di istana mereka di Serdang. Dia merupakan seorang penulis yang merupakan redaksi majalah Pemoeda Soematra.

Secara diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan. Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan ‘Daulat Rakyat’ bagi melawan laungan ‘Daulat Tuanku’. Selain itu, isu bahawa Raja-Raja Melayu ini mempunyai hubungan baik dengan dengan Belanda dimainkan selain kononnya pihak istana memeras dan menindas rakyat.

Muslihat ini dilakukan setelah Gabenor Sumatera yang dilantik, Tengku Muhammad Hassan beserta rombongan yang 7 buah kereta, bertolak dari Medan pada 6 Februari 1946 melalui Brastagi dan Sumatera Tengah menuju ke Sumatera Selatan, dan mengikut rancangan, akan kembali ke Medan pada 22 Mac 1946.

3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan rakyat pendatang, telah dipimpin oleh orang-orang komunis kiri PKI dan mengajak bersama-sama mereka PNI dan Pesindo, menyerbu istana dan pejabat kerajaan Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah dihapuskan oleh rakyat Indonesia.

Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain, di lakukan oleh orang ramai yang pro-komunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia.

Penyerbuan itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa gelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu.

Kesemua sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis.

Hampir separuh penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang.

Di tempat lain, istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai diserbu dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang terkenal, Tengku Amir Hamzah. Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa dan yang lebih memilukan lagi pemerkosaan dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat, dan putera mahkota yang masih muda hilang entah ke mana.

Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya.

Kesultanan Langkat adalah kesultanan paling kaya dan mewah di Sumatera kerana mempunyai hasil petroleum dan jika istana Sultan Langkat yang hangus dibakar itu masih berdiri, ia merupakan khazanah yang tinggi nilainya untuk orang Melayu sedunia.

Kerabat-kerabat lelaki di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenalpasti sebagai kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan sahaja.

Mereka kemudian menangkap semua kerabat-kerabat diraja Melayu di beberapa daerah terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun dan Tanah Karo, disiksa, dihina dan dibunuh.

Indonesia pada waktu ini seolah-olah menyokong kekejaman ini sehinggakan dua generasi orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka.

Mereka takut mengaku Melayu, takut memakai baju Melayu dan menambah gelaran Batak di depan nama mereka supaya boleh bersekolah atau diterima di pejabat kerajaan. Mereka menghilangkan gelaran Tengku atau Wan karena takut dicaci sebagai kerabat raja.

Akhirnya, selepas 19 tahun, pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenderal Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia. Puak pro-komunis Indonesia menerima nasib yang dianggap sebagai balasan kepada apa yang telah mereka lakukan ke atas Sultan-sultan Melayu di Sumatera.

Hampir 2 juta puak pro-komunis Indonesia telah dibunuh oleh tentera Indonesia dan sebahagian besar pemimpin Parti Komunis Indonesia di Sumatera Timur terbabit mencetus ‘Revolusi Sosial 1946’ di Sumatera Timur dengan membunuh para Sultan dan kerabat diraja serta merompak istana-istana ditangkap dan dibunuh oleh tentera dan juga rakyat.

Sinar bagi orang Melayu di Sumatera Timur kembali pada tahun 1971 apabila pemimpin masyarakat Melayu Sumatera Timur yang dilindungi oleh Panglima Komando Wilayah Sumatera, Leftenan Jenderal Ahmad Tahir, telah mengumpul dan menyatukan sebanyak 17 organisasi masyarakat Melayu dan membentuk payung organisasi bernama MAJLIS ADAT BUDAYA MELAYU INDONESIA (MABMI) .

Sehingga kini, adat budaya Melayu masih banyak yang hilang akibat terputusnya dua generasi pada masa mula revolusi sosial dan sepanjang zaman pemerintahan Sukarno. Walaupun kini telah ada yang berusaha menggali khazanah budaya Melayu Sumatera Timur tetapi itu belum cukup tanpa bantuan dari orang orang Melayu di seluruh penjuru dunia.

Para pecinta sejarah Indonesia kini menyesali keterlanjuran masyarakat yang mudah ditipu oleh pihak komunis yang kononnya pro-rakyat yang meniup fitnah demi merampas kuasa pemerintahan dengan jalan mudah.

Tengku Amir Hamzah, Pahlawan ulung wafat setelah dipenggal kepala di Kuala Kegumit . beliau tak lari saat nak dibunuh, beliau berkata " lari dari binjai patik pantang, Patik ialah keturunan Panglima, kalah di gelanggang sudah biasa".

Di Malaya, besyukurlah kita diatas kegagalan Gagasan Indonesia Raya melalui Penubuhan UMNO disaat2 amat terdesak dan kritikal.

Jika tidak, belum tentu apa nasib Islam, Melayu dan Raja2.

HATI HATI DENGAN YANG NAMANYA ''PEJUANG RAKYAT''..PADAHAL MEREKALAH GUNTING DALAM LIPATAN.

http://postmetro.online/index.php/113-pandangan/19858-kisah-kesultanan-bangsa-melayu-di-indonesia-yang-musnah
Apakah orang Melayu telah lupa tragedi menimpa nenek moyang mereka di Sumatera Timur - Kriss Merah.com
http://www.krissmerah.com/2018/06/apakah-orang-melayu-telah-lupa-tragedi.html
Tergamak mereka kata bangsa aku pemalas
 
MITOS MELAYU PEMALAS
Ungkapan Melayu bangsa pemalas dan tidak suka berdikari itu memang ternyata hanyalah satu mitos. 

Kalau Melayu bangsa pemalas bagaimana Kedah Tua boleh jadi pusat peleburan besi di dunia? Bagaimana Melaka boleh menjadi antara pusat perdagangan terkaya di dunia? Bukankah undang-undang laut itu pernah digubal di Alam Melayu bagi mengatur aktiviti perdagangan dan pelayaran? Bangsa yang aktif berdagang dan belayar sangat ironi dengan bangsa pemalas.


Bagaimana pepetah-pepatah Melayu seperti "Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya", "Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang" boleh wujud jika Melayu bangsa pemalas dan tidak berdikari?

Pada tahun 1680an, pedagang-pedagang Inggeris dan Belanda merungut kerana mereka berasa sukar untuk bersaing dengan pedagang-pedagang Melayu. Hal ini disebabkan betapa aktifnya pedagang-pedagang di Alam Melayu menguasai perdagangan di pasar-pasar dan pelabuhan-pelabuhan.

Clifford pula pernah menulis pada tahun 1896 bahawa orang-orang Melayu di Pahang bekerja terus-menerus selama 60 jam tanpa rehat dan mereka berasa malu jika mengeluh akibat kerja keras. 

Sebab apa sarapan nenek moyang kita dulu sarapan yang berat-berat? Nasi lemak, pulut ikan masin, nasi kerabu, nasi dagang dan lain-lain. Ini kerana mereka kerja aktif dan berat. Jadual mereka padat sepanjang hari.

Kenapa banyak kampung-kampung Melayu dinamakan 'Parit'? Parit Sulong, Parit Haji Wahab, Parit Haji Tahir, Parit 1, Parit 6, Parit 8. Ini kerana orang-orang Melayu di kampung-kampung telah pun menggali terusan atau peparitan yang sistematik bagi tujuan pertanian. Kalau mereka bangsa pemalas, pasti mereka tidak akan menggali parit-parit dengan begitu banyak.

Banyak lagi sebenarnya jika ingin ditulis tentang kisah, sisi kerajinan dan kemandirian bangsa Melayu. Insya Allah jika ada masa saya akan nukilkan kisah kerajinan para ulama Tanah Melayu.
Hasanuddin Yusof 
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara
Tergamak mereka kata bangsa aku pemalas - Kriss Merah.com
http://www.krissmerah.com/2018/09/tergamak-mereka-kata-bangsa-aku-pemalas.html
Inilah kejahatan ahli PAS yang selama ini disembunyikan
*Mantan Penjawat Awam Membongkar Kelemahan & Keburukan PAS Sebagai Parti Islam Tertua di Malaysia*
👉 _Senjata yang perlu diketahui oleh mrk yg bencikan PAS_

*AKUAN BEKAS PENJAWAT AWAM*

✋Saya merupakan seorang bekas penjawat awam yang pernah bertugas didalam keselamatan negara.

🤐Sepanjang perkhidmatan saya dari umur 19 tahun hingga 56 tahun (37 tahun) saya amat menyanjungi PAS (Parti Islam Semalaysia), walaupun pada awal perkhidmatan, saya amat negatif kepada parti pembangkang ini namun dari masa ke masa saya mulai berpandangan positif kepada parti ini.


😞Dengan keupayaan dan sumber yang terhad dan merupakan parti paling miskin pernah saya lihat, mereka dapat membangunkan markaz, pusat tarbiyah, sekolah pondok, pusat tahfiz, surau dan masjid mereka sendiri dengan hanya mengutip derma dan sumbangan di ceramah-ceramah dan aktiviti mereka.

🙃Malah setiap kali pilihanraya umum setahun sebelumnya lagi mereka sudah kumpul duit, ada calon mereka yang menggadai tanah pusaka, rumah dan segala harta yang ada semata-mata untuk jadi calon dan kemudian kalah teruk, alangkah bodohnya tindakan itu, itulah pandangan saya masa itu.
 
🆘Tapi mereka tetap berusaha dan tak pernah tidak bertanding walaupun tempat itu kubu kuat parti lawan.

❌ Ada orang Melayu marahkan PAS namun mereka tidak sedar bahawa ulama' yang banyak memenuhi Forum Perdana seperti Ust. Ismail Kamus, Allahyarham Dato' Harun Din sehinggalah ke Ustaz-ustaz terkini yang sering ke kaca TV adalah ahli PAS. Malah orang UMNO @ BN sanggup bayar ustaz-ustaz ini sehingga ribuan ringgit untuk satu ceramah dan puluhan peratus bayarannya disumbangkan kepada PAS.

💲Berapa banyak pula produk kesihatan dan makanan sunnah yang milik ahli PAS dan menjadi sumber kewangan PAS yang popular diguna dan dipromosikan oleh ahli UMNO/BN tanpa sedar untuk kesihatan diri dan keluarga.

😰Ustaz-ustaz PAS ini banyak membantu masyarakat seperti Darussyifa dan lain-lain. Siapa yang tak kenal Darussyifa setiap kali ada masalah HANTU (makhluk halus) maka ustaz-ustaz PAS inilah yang dicari walaupun ahli UMNO/BN dan pernah saya lihat ada yang bukan Islam juga mencari Darussyifa untuk bantuan masalah gangguan makhluk halus. 

😱Malah DUA penceramah yang paling popular kini juga merupakan salah seorang ahli dan penggerak PAS Perak dan PAS Terengganu diperingkat DUN pada seketika waktu dahulu. 

👀Pendek kata PAS telah banyak berjasa kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia tanpa mereka sedari dan tanpa promosi jasa mereka pada masyarakat.

💪Cuti bersalin penjawat awam sehingga 90 hari dimulakan oleh kerajaan PAS Kelantan. 

💪Kerja 5 hari seminggu adalah dari Kerajaan PAS Kelantan.

macam-macam sumbangan PAS pada masyarakat dan kepada kebajikan kakitangan awam.

🤠PAS dari sebuah parti "PAK LEBAI" miskin kini telah lengkap dengan :

🏫Kompleks mereka sendiri

🏢IPTS mereka sendiri

🏫Sekolah Menengah mereka sendiri

🏢Sekolah Rendah mereka sendiri

🕌Pusat Tahfiz mereka sendiri

🕌Pusat asuhan PASTI mereka sendiri

📺TVPAS mereka sendiri 

📻Radio HIJAU.FM mereka sendiri

📰Akhbar HARAKAH mereka sendiri

🚨UNIT AMAL MALAYSIA mereka sendiri untuk buat semua kerja kebajikan yang makin popular dan diterima ramai sejak banjir besar di Johor (awal tahun 2000-2004) lagi. Lengkap dengan petugas,

💉doktor, 
💝jururawat
🚑 ambulans 
🚒 kenderaan menyelamat mereka sendiri.

🛵🏍Kelab Permotoran ARC Malaysia yang mempunyai puluhan ribu ahli di seluruh Mamaysia dan AKTIF di seluruh daerah dan negeri-negeri

 ( _dinobatkan sebagai kelab Terbaik semasa AGM Pemuda PAS Selangor baru-2 ini_.)

😔Cuma PAS adalah sebuah parti yang tidak mahir mendabik dada dan mempromosikan parti dan jasa mereka. Mereka memberi dan menyumbang dalam diam/senyap. Memegang teguh ajaran Rasulullah SAW iaitu memberi dengan tangan kanan jangan sampai tangan kiri tahu.

Inilah kejahatan ahli PAS yang selama ini disembunyikan - Kriss Merah.com
http://www.krissmerah.com/2018/04/inilah-kejahatan-ahli-pas-yang-selama.html

Islam itu indah
Selasa, 18 September 2018
PENGARUH HATI, NAFSU DAN SYAITAN DALAM DIRI MANUSIA.
Pendahuluan.

Manusia adalah makhluk yang indah dan sempurna, unik dan istimewa yang menjadi penghuni bumi ini. Al Qur'an menyatakan, firman Allah yang bermaksud :

"Sesungguhnya kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, kemudian  kami kambalikan dia ketempat yang serendah-rendahnya (neraka) kecuali orang-orang beriman mengerjakan amal saleh, maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus. (Q. At Tin  a. 1-6)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Dan sesunggunya kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah, kemudian kami jadikan saripati itu air  mani (yang di simpan) dalam tempat yang kukuh (rahim), kemudian air mani (sperma) itu kami jadikan segumpal darah, lalu kami jadikan segumpal daging, dan segumapal daging itu kami jadikan tulang belulang. lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha suci Allah pencipta yang paling baik." (Q.S Al Mukminun ayat :12,13,14) 

Unsur Dalaman.

Unsur dalaman yang dimaksudkan itu iaitu :

  • Hati
  • Nafsu
Dalam diri manusia ada segumpal daging yang berperanan mebawa manusia kepada kejayaan atau kehancuran berdasarkan kepada Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud :

"Ketahuilah bahawasenya manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik, baiklah tubuh semuanya, apabila ia rosak, maka rosaklah tubuh semuanya, dan ketahuilah  ia adalah hati." (HR muttafaqun Alaih)
                                                                                             
Hati pula terbahagi kepada beberapa kategori, iaitu :

  1. Hati yang menerima cahaya keimanan dipanggil Al Qalb. 
  2. Hati yang dipanggil Fuadi yang  Makrifah, Mukasafah yang wujud kepada manusia yang terpilih sahaja. 
  3. Hati yang berbentuk jantung hati dipanggil Lub (Al Bab), iaitu yang menerima cahaya tauhid atau keesaan Allah. Status yang paling hebat di antara ke tiga-tiga komponen tersebut ialah Lub (al Bab) yang paling tinggi dan dianggap intelek dalam diri manusia.


Akal manusia tidak dapat merunkaikan terlalu jauh membuat andaian atau ramalan dalam hal atau masalah yang berhubungan dengan alam ghaib, kerana ia terlalu abstrak dan kabur masalahnya, Al Qur'an tidak menjelaskan secara terperinci, tidak juga ada ilmu untuk dapat mengetahuinya lebih detail, ia adalah urusan Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya, para ilmuan tentang kejiwaan yang dipanggil pakar jiwa itu, mereka pun  hanya mengetahui dari fakta-fakta dan gejala-gejalanya sahaja, boleh jadi fakta-fakta itu tepat dan boleh jadi meleset.

Sementara itu apa yang dipanggil cetusan hati akan melahirkan niat, dan niat pula akan ditimbangkan oleh akal (mental). Akal atau mental terbahagi kepada dua, iaitu mental yang berbentuk fizikal (material) dan yang berbentuk spiritual (keruhanian). Kecerdasan akal  yang berbetuk fizikal itu, sebenarnya sangat terhad, ia dipandu oleh daya intelektual yang bersifat materialis, ia juga boleh mengundang ketidaksetabilan hidup  ini.  Sedangkan akal yang berbentuk spiritual (keruhanian), kehebatannya  dikendalikan langsung oleh Allah s.w.t. Kekuatannya boleh menyatukan ummah didunia ini.

Akal juga mencetuskan sikap iaitu  sikap positif atau negatif. Sikap yang positif lebih kepada kemalaikatan, ia mengukuhkan keimanan dan ketaqwaan, kebenaran dan kebaikan, maka akan munculnya suatu  kemenangan dan kejayaan, secara keseluruhanya akan menerima balasan dan ganjaran dari Allah s.w.t. ia  akan menempa kejayaan yang amat manis dalam kehidupan ini. Menjadikan  diri dan  keluarga sentiasa dalam ketenteraman dan kedamaian, selalu bersyukur terhadap anugerah Allah  yang diberikan kepadanya.

Sedangkan sikap yang negatif itu lebih kepada kesyaitanan, iaitu  selalau muncul mendepani hidupnya sebagi penipu atau hipokrit, membawa kehancuran dan kemusnahan, selalu dibayangi oleh kegagalan dan menerima padah dari Allah s.w.t.

Sikap yang negatif ini, akan melahirkan suasana  tidak tenteram dalam hidup ini, selalu sahaja didepani oleh masalah hidup,  seperti tidak wujud kepuasan dan disibuk oleh sifat tamak, iri hati dan sebagainya, yang selalu merasakan hidup ini tidak pernah kecukupan, walau pun dianugerah harta kekayaan yang bertimbun banyaknya, tetapi hartanya tidak pernah mendatangkan ketenangan baginya, lebih-lebih lagi di dalam harta tersebut bersarangnya berbagai maksiat di dalamnya, seperti digunakan untuk perjudian, berpoya-poya ditempat hiburan dan lain-lain sebagainya. Implikasinya hidup ini tidak ada yang indah lagi dan hidup ini dibayangi oleh kegagalan, lebih jauh dari itu akan menerima padah azab dan siksa Allah s.w.t  di dunia dan di akhirat. 

Segala perlakuan yang negatif dan positif ini, walau pun akal memainkan peranan, tetapi hati itu adalah punca utama, sebagaimana digambarkan oleh hadis Nabi s.a.w tersebut di atas, jika hatinya rosak, maka akan rosaklah seluruh anggota lain semuanya.

Hati yang rosak itu  sebagaimana di gambarkan seorang ulama besar Al Imam Al Faqih Abu Al Lais mengatakan, bahawa hati yang rosak itu sama dengan hati yang mati,beliau menyifatkan hati yang mati itu  diumpamakan : 

  1. Seorang mengakui bahawa Allah itu Tuhannya, tetapi tidak pernah beribadah kepadaNya. 
  2. Seorang membaca  Al Qur'an, tetapi tidak pernah mengamalkan isi kandungannya. 
  3. Seorang mendakwa dirinya umat Nabi Muhammad s.a.w, tetapi tidak pernah mengamalkan Sunnahnya.
  4. Seorang makan dari nikmat dan anugerah Allah yang diberikan kepadanya, tetapi tidak pernah bersyukur kepadaNya.
  5. Seorang mengakui, bahawa mati itu benar, tetapi ia tidak pernah bersedia untuknya.
  6. Seorang menganggap dirinya lepas dari seksa neraka, tetapi masih juga melaku perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t.
  7. Seorang menganggap dirinya masuk surga, tetapi tidak pernah beramal dengan amalan yang boleh membawa ke sana.
  8. Seorang yang mengapankan mayat, tetapi  tidak mengambil  iktibar dari kematian tersebut.

Hati yang rosak, getaran dan gelombangnya tidak sampai kepada Allah, doa dari seseorang  hatinya rosak tidak akan sampai kepada Allah, ia ibarat bangkai bernyawa yang tidak ada memfaatnya lagi. Oleh itu ia mesti memperbaiki hubungannya dengan Allah, bertaubat dan memohon keampunnanNya serta kembali  menunaikan segala kewajiban kepada Allah s.w.t  dan insya'alah Allah akan menerima taubat hamba-hambaNya.

Unsur dalaman seterus ialah nafsu, nafsu terbahagi kepada beberapa kategori :

1.  Nafsu imarah adalah nafsu yang paling rendah dan kotor. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :    

"Nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan kecuali orang  yang diberi  rahamat oleh Allah s.w.t." 
(Q.S. Yusof ayat : 53)

2. Nafsu musauwilah, yang sangat licik dan sangat pandai menipu, bagi mereka kejahatan itu bagaikan satu kebaikan. 

3. Nafsu mulhamah yang melambangkan kesucian hati dapat menghalang dari perbuatan  cela, seperti sifat hasad dengki, mencerca orang lain dan sebagainya.

4. Nafsu Lawwamah, iaitu jiwa yang menyesali diri itu terhadap perbuatan jahat yang  dilakukannya.

5. Nafsu kamaliah, yang berjaya meletakkan diri manusia ke martabat tertinggi di sisi Allah  s.w.t.

6. Nafsu muthmain'nah yang paling mulia dan di ridhai oleh Allah s.w.t, firman Allah yang  bermaksud :

"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang puas lagi diridhaiNya, masuklah dalam jama'ah hambaku dan masuklah kedalam surga Ku." ( Q.S. Al Fajr :27,28,29dan30)

 
Nafsu merupakan anugerah Ilahi dan perlu diurus dengan baik dan bijaksana, perlu dipelajari segala unsur-unsur yang terdapat di dalamnya, sama ada ke arah positif atau negatif.

Di antara unsur-unsur negatif pada nafsu itu ialah.

1. Diketuai oleh hati yang tidak pernah menerima pertimbangan akal yang positif.
2. Menjadi kawan sejati yang tidak pernah mengajak manusia kapada perkara baik atau bermanfaat.
3. Tidak ujud ketenangan dan kepuasan dalam diri manusia apa sahaja keadaan atau suasan.
4. Mata dan telinga selalu  menjadi perisik atau pengintip yang setia kepada nafsu.
5. Selalu mengundang musuh-musuh dari luar, iaitu :   
  1. Syaitan dan kroni-kroninya.
  2. Budaya yang  bercanggah dengan norma-norma agama.
  3. Ideologi karut seperti  sekularism, humanism, modenism dan lain-lain seumpamanya.
  4. Ajaran-ajaran sesat.
  5. Suka berpoya-poya
  6. Suka melakukan jenayah, membunuh, mencuri, berzina, merogol, merompak dan sebagainya.
Unsur Luaran.                                                  

Selain dari unsur dalaman, terdapat pula unsur luaran yang menjadi penghasut setia dan masuk  mempengaruhi dalaman manusia, iaitu iblis dan syaitan. Syaitan itu musuh di alam ghaib . Kerjayanya ialah untuk menyesatkan manusia.

Dahulunya syaitan itu satu makhluk yang taat kepada Allah dan diberikan oleh Allah s.w.t kedudukan yang baik disisi Allah, kemudian ia berlaku durhaka dan engkar kepada Allah s.w.t. Allah berfirman dalam Al Qur'an yang bermaksudnya :

"Adalah ia (syaitan) dari golongan jin, lalu ia durhaka kepada
  Tuhannya." (QS Al Kahfi:50)

Kedurhakaan syaitan, kerana keengganannya dan membangkangkan Allah s.w.t apabila disuruh oleh Allah untuk sujud hormat kepada Adam a.s, dengan sikap angkuh dan sombong dengan mengeluarkan kata-kata, firman Allah yang bermaksud :

"Patutkah aku sujud kepada orang yang engkau jadikan dari tanah." (QS Al Isra' : 61)

Dalam ayat yang lain Allah berfirman, yang maksudnya :

"Aku lebih baik daripadanya (Adam), kerana Engkau jadikan aku dari api, sedangkan dia engkau jadikan dari tanah !. "(QS.Al  A'raaf : 12)

Syaitan bersikap takabbur (sombong) dan merasakan dirinya hebat dan besar kepala, tidak mahu tunduk kepada perintah Allah s.w.t. Syaitan berdosa besar dengan Allah, dan dengan sebab itu ia dihukum oleh Allah bersesuaian dengan keangkuhannya, Allah mengusirnya dan melaknat serta mengutuknya selama ia hidup didunia ini, dan Allah akan mengazabnya dengan azab yang amat pedih di akhirat nanti.

Kesombongannya, tidak mahu mengakui kesalahnnya dan tidak mahu bertaubat kepada Allah, dan engkar sehingga ia menjadi kafir. Bahkan ia meminta supaya dilanjutkan hidupnya di dunia ini sampai berakhirnya dunia ini (kiamat) serta berjanji akan menyesatkan manusia semuanya, kecuali hamba-hamba Allah yang terpelihara kesuciannya dan ikhlas. Syaitan  berkata kepada Allah, firman Allah dalam Al Qur'an yang bermaksud :

"Iblis berkata wahai Tuhannku, kerana engkau menjadikan aku sesat, maka sesungguhnya aku akan memperluaskan segala jenis maksiat (dengan keindahan duniawi) kepada Nabi Adam a.s dan zuriatnya di dunia ini. Dan aku akan sesatkan mereka semuanya kecuali dari hamba-hamba mu yang ikhlas." (QS.Al Hajr ayat :39-40)

Ayat-ayat tersebut di atas, memberikan gambaran, bahawa syaitan akan terus melaku kerjayanya dan akan berakhir setelah berakhirnya dunia ini, semua manusia akan kembali ke alam baqa', alam yang kekal abadi. Syaitan akan menghadapi pembalasan dari Allah s.w.t dari kerja kotornya menyesatkan manusia dari berbagai kejahatan dan maksiat yang dilakukanya, ia mendampingi manusia sebagai musuh di alam ghaib dan memperalatkan manusia sehingga menjadikan manusia itu hamba-hamba kepadanya yang akan mengikut tulunjuknya, bukan sebagai hamba Allah.


Syaitan juga berada di kalangan manusia yang tamak dan rakus, manusia sanggup menyembah syaitan demi untuk memenuhi nafsu rakusnya.

Oleh itu ingatlah, bahawa syaitan dan kroni-kroninya itu  adalah musuh kepada manusia dan jangan sekali-kali menjadikan sahabat  atau teman rapat kepada manusia. Hal ini dengan tegas Allah berfirman yang bermaksud :

"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu, maka anggaplah ia sebagai musuh. Kerana sesungguhnya syaitan sentiasa menghasut manusia dan golongannya,supaya mereka menjadi penghuni neraka. (QS. Faatir:6)

Syaitan menghasut manusia beberapa cara, di antaranya ialah :

1) Menghasut manusia melalui  dua tepian jurang yang berbahaya.

Syaitan berusaha untuk mencelakakan manusia rohani dan jasmaninya, dalam bentuk melampau, contoh dalam hal mencari keperluan hidup di dunia ini. Jika ingin hidup baik dan terhormat harus mencari rezeki dan berusaha mengikut kemahirannya dalam kerjayanya dunia dan akhirat, ia menghasut manusia supaya meninggalkan keduniaan dan  hidup bermalas-malasan. Hidup ini hanya untuk akhirat semata-mata. Sedangkan konsep Islam, dunia ini untuk berkerja secara dinamik, dunia ini seiring sejalan dengan  akhirat, tetapi jika menusia terpadaya dengan hasutan syaitan, maka  akan   terjatuh di tepian jurang  membuat manusia melarat  dan menjadi pengemis dijalanan. 

Jika cara tersebut di atas  gagal,  syaitan menukar pula cara hasutannya memperdaya manusia dalam bentuk  material yang berlebih-lebihan,  melalui jalan yang tidak halal seperti menggelap wang, mencuri, merompak, melakukan rasuah dan sebagainya, namun bagi mereka yang taat dan patuh kepada Allah,  hidayah Allah itu sentiasa wujud  di antara dua tepian jurang berbahaya tersebut, seperti  menuntut rezeki  yang halal dan jujur. Godaan syaitan ini menggunakan fakta terbalik dinamakan Ifrath dan tafrith, iaitu jika ia gagal dalam usahanya yang pertama, syaitan akan berada ditepian jurang kedua, dia akan menukar kepada perkara yang disebaliknya untuk menjatuhkan manusia  ke salah satu dari dua tepian jurang yang sangat berbahaya tersebut.

2) Syaitan amat menyuruh supaya bersifat bakhil dan boros. 

Allah itu memberi hidayah kepada manusia supaya bersifat pemurah, sifat pemurah itu ia berada di antara sifat kedekut dan boros. Syaitan akan menghasut terhadap orang yang mempunyai kedudukan dan kaya, seperti golongan jutawan, bagi menyempitkan hartanya yang melempah ruah itu supaya jangan  berzakat, bersedekah,menyumbangkan derma dan lain-lain, sebagai menunaikan tanggungjawab sosial dan menjadi manusia pemurah, bertangan sosial serta perihatin terhadap orang yang memerlukan. 

Syaitan akan merubah kaedah hasutannya terhadap  orang kaya yang pemurah itu,  ia berusaha menghasut orang kaya suapaya menghamburkan harta bendanya di meja-meja judi, berpoya-poya dikelab-kelab hiburan dengan teman sosial  yang boleh menyebabkan papa kedana. Namun hidayah Allah itu juga terdapat di  dua tepian jurang yang berbahaya tersebut, tetapi hanya dapat digapai oleh hamba-hamba Allah yang ikhlas dan suci sahaja yang benar-benar mempunyai sifat pemurah.

Syaitan menghasut manusia menggunakan hasutannya dengan kaedah yang sama iaitu membesar-besarkan nikmat kemungkaran yang amat berlawanan dengan petunjuk Allah yang jelas dan lurus  itu, menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat dengan amalan sebagaimana dianugerahkan kepada mereka yang ikhlas dan suci itu.

Sabda Nabi s.a.w dalam suatu Hadis yang bermaksud :

"Bukanlah orang yang paling baik daripada mu itu  yang meninggalkan dunianya kerana akhiratnya, dan tidak pula yang meninggal akhiratnya kerana dunianya, sebab dunia itu penyampai kepada akhirat dan janganlah kamu menjadi beban atas manusia."
 (HR.Ibnu'Asakir)

Dalam Al Qur'an Allah memberikan peringatan yang bermaksud :

" Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepada mu (kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu lupa bahagian mu dari (kenikmatan) duniawi ini." (QS Al Qshash :77)

Allah telah menjanjikan kepada manusia segala nikmatNya di dunia ini dan juga kebahagiaan di akhirat yang sangat luar biasa itu, sedangkan syaitan meletakkan dua tepian jurang untuk manusia sebagai musuhnya. Kedua-dua tepian jurang tersebut yang amat berbahaya. Maka selalulah ingat kepada peringatan Allah itu supaya selamat dari dua tepian jurang yang berbahaya itu.  

3)  Syaitan mendorong manusia supaya bersifat  riya'.

Riya' itu menunjuk-nunjuk terhadap kelebihan harta, kelebihan ilmu yang dipamirkannya, amalan kebajikan  yang dilakukan nya, bukan dikerjakan dengan kesucian hati dan ikhlas terhadap Allah, tetapi melakukan sesuatu itu demi untuk mendapat pujian dan sanjungan dari manusia di dunia ini, perbuatan tersebut sebenarnya tidak medapat ganjaran di akhirat nanti dari Allah. Maka kalau ia bertanya dan membuat tagihan kepada Tuhannya, dimana ganjaran terhadap sumbangan yang pernah dilakukan didunia dulu, Allah akan memberikan jawapannya, sudah pun diberikan semasa di dunia dahulu ketika ia mengharapkan pujian dan sanjungan dari manusia, bukan pujian dan sanjungan dari Allah. Maka Allah tidak akan menerima,  amalan yang berbentuk riya'  atau menunjuk-nunjuk, kerana amalan seperti itu tidak ikhlas kepada Allah s.w.t. Nabi s.a.w  dalam  sabdanya yang bermaksudnya :

"Sesungguhnya Allah tidak menerima  satu amalan pun, melainkan yang dikerjakannya dengan ikhlas keranaNya, dan menuntut keridhaanNya." (HR.An Nsa'ie)

Orang yang ikhlas  suci hatinya di sisi Allah, syaitan sendiri telah mengakui, selama manusia itu ikhlas kerana Allah tidak dapat diganggu dan syaitan tidak berdaya menipunya dan memperdayakannya, maka singkirkan sifat riya'  dalam segala kerja terutama apabila melakukan ibadah kepada Allah dan amalan kebajikan, janganlah melakukan perkara tersebut  dengan riya'. Maka berusahalah memohon kepada Allah supaya kita ini patuh petunjukNya supaya selamat dari godaan syaitan.

4)   Syaitan juga mengajurkan bagi memisah dunia dengan akhirat. 

Apabila keduanya dipisahkan, iaitu manusia hanya mengurus dunia sahaja tanpa akhirat, membuat manusia hilang arah, kerana dunia ini untuk manusia beramal sementara menunggu untuk kedestinasinya yang terakhir ialah akhirat. Jika dunia itu untuk dunia, maka manusia akan tengelam dalam materialisme, kerana dunia ini sifatnya materialime, maka Allah mencipta dunia ini untuk manusia beramal dan berdinamika dan hasilnya akan dibawa ke akhirat, tidak ada seorang manusiapun yang kekal di dunia ini dan ia pasti musnah (mati). Maka kerana itu dunia tanpa akhirat manusia akan sesat,  sebab hidup ini adalah untuk mati dan destinasinya adalah akhirat.

Begitu juga jika manusia hanya memilih akhirat semata-mata tanpa dunia, manusia akan melarat, Allah menjadikan dunia dan akhirat ini seiring sejalan, sama dengan fizikal dan spiritual, ada yang satu dan tanpa yang satu lagi, boleh jadi manusia akan hidup melarat, sebab  akhirat itu sifatnya non material, untuk samapai ke destinasi tersebut ia perlukan material dan melalui dunia terlebih dahulu. Jika manusia hanya memilih akhirat semata-mata, sehingga ia hidup melarat dan sengsara dan hidup ini hanya menagih belas kasihan orang ramai, maka bukan itu tujuan Allah menjadikan manusia dan dunia ini, cara seperti itu memang kaedah yang  menyempang dari hidayah Allah.

Nabi s.a.w bersabda  maksudnya:

"Bukanlah orang yang paling baik daripadamu itu yang meninggalkan dunianya kerana akhiratnya, dan tidak pula yang meninggalkan akhiratnya kerana dunianya, sebab dunia itu penyampai kepada akhirat, dan janganlah kamu menjadi beban ke atas manusia." (HR. Ibnu 'Asaakir)

Syaitan juga meletak propaganda memburuk-buruk suruhan Allah dan hukum-hukum Allah dengan di gambarkan sebagai kolot atau kuno, kejam, ketinggalan zaman dan sebagainya, menggambarkan segala suruhan Allah itu seperti sholat, puasa, zakat dan sebagainya membuang masa, sia-sia dan memenatkan badan saja, dan setelah berkerja dan berpenat lelah mencari harta, maka dengan mudah memberikan harta tersebut kepada mereka yang meminta dan malas berkerja. Syaitan juga memperlihatkan dipandang indah segala bentuk maksiat dan kemungkaran, seperti tempat atau sarang pelacuran, tempat-tempat berpoya-poya atau apa yang panggil dunia hiburan, kawasan untuk berpeleseran, tempat-tempat perjudian dan lain sebagainya.

"Dan Syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka  lalu menghalang mereka dari jalan (Allah) sehingga mereka tidak dapat petunjuk." (QS.An Naml  : 24)


Syaitan memperdaya manusia dengan perasaan jejek terhadap  apa juga yang datang dari Allah dan berbangga dengan pekerjaan jahat mereka, maka itulah dinamakan memandang indah terhadap maksiat dan kemungkaran dan berbangga terhadap perbuatan dan amalan tersebut.

5)    Syaitan juga menyamakan riba dengan  jual beli. 

Jual beli yang halal  itu juga sama dengan riba, kerana semua amalan tersebut untuk  mendapatkan keuntungan. Maka dengan itu manusia tidak akan berhenti untuk mendapat keuntungan dengan melakukan amalan riba dalam  perniagaannya, kerana dihiasi oleh syaitan rasa amat bangga bahawa perbuatan tersebut baik dan mendatangkan keuntungan, tetapi secara tak langsung melakukan penindasan kezaliman terhadap orang lain dalam aktiviti perniagaannya dan cepat kaya serta keuntungan berganda, tetapi secara yang tidak halal.

Firman Allah dalam Al Qur'an  yang bermaksud : "Orang yang  makan (megambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya  orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila (tidak tenteram jiwanya), keadaan mereka  yang demikian itu adalah disebabkan mereka berkata sesungguhnya jual beli sama dengan riba. (QS Al Baqarah : 275)

Putar belit syaitan dapat mempengaruhi manusia dan syaitan menganggap riba' sama dengan untung dagangan atau jual beli, tujuannya untuk menunjukkan riba' itu halal dan boleh di amalkan. Begitulah putar belit syaitan untuk menghalalkan  yang haram.

Sambungan dari ayat di atas dijelaskan oleh Al Qur'an yang maksudnya : "Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba'." (QS Al Baqarah : 275)

6)  Syaitan juga  menyamakan zina dengan nikah.


Perkara yang amat jelas dan nyata haramnya menurut hukum Islam ialah melakukan zina, dan menganggap perbuatan tersebut sebagai biasa, ia sama dengan nikah, yang pentingnya suka sama suka. Maka kerana itulah mereka beranggapan pelacuran itu bukanlah sesuatu yang hina dan kotor. Sebab itu mereka tidak merasa malu dan jijik dalam melakukannya.

Demikian juga jalan-jalan menuju pelacuran dianggap sebagai suatu perubahan sosial pada zaman moden, seperti pergaulan  tanpa batas antara laki-laki perempuan, dan merasakan sesuatu yang aib jika tidak punya teman, orang Indonesia mengatakan pacar atau berpacaran, maka semuanya itu jalan-jalan menuju pelacuran atau perzinaan. Maka inilah yang dinamakan jalan-jalan menuju perzinaan yang dianjurkan oleh syaitan, yang membuatkan perkara tersebut amat menarik sekali kepada insan-insan yang sentiasa mencari-cari keseronokan di malam syahdu itu dan tidak sedar terperangkap kepada perzinaan dan pelacuran. Islam menggalakkan perkahwinan yang sah bukan perzinaan dan pelacuran, kerana perbuatan itu amat jijik, iaitu melakukan dosa besar, meruntuhkan nilai dan etika, kerana tunduk kepada nafsu dan hasutan syaitan
.
Maka syaitan amat berbangga dengan tipu helahnya, kerana berjaya memesong manusia dari patuh kepada Tuhan, kepada patuh kepada syaitan. Padahal Allah s.w.t telah sedia dari awal lagi mengingatkan manusia  perbuatan keji dan jahat ini.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya 
  zina itu  adalah suatu perbuatan keji dan satu jalan 
  yang buruk." (QS Al Isra' : 32)


Kaedah  Mengatasi Pengaruh Hati Nafsu Dan Syaitan.


Hati yang mati itu ibarat mayat, jiwanya mati walaupun batang tubuhnya masih wujud, wujudnya batang buh dari hati yang rosak tidak ada harganya lagi dan hatinya perlu dirawat. Maka untuk merawat hati yang mati itu iaitu.

1.  Banyak beristighfar kepada Allah, bertasbih memuji Allah s.w.t serta bertaubat dengan sebenar taubat (taubat  masuha).
2.  Kembali melakukan solat, solat  wajib dan sunat  dengan penuh ikhlas.
3.  Tinggalkan perkara yang dilarang, kerjakan perkara yang disuruh oleh Allah.
4.  Fahami dan hayati Al Qur'an dan Sunnah serta amalkan.
5.  Syukuri segala nikmat yang  diberikan oleh Allah s.w.t.
6.  Jadikan iktibar  segala yang berlaku disekeliling kita
7.  Mohon kepada Allah supaya dihilangkan segala sifat-sifat negatif.

Kaedah untuk mengembalikan kekuatan dalaman kita, diantaranya ialah :

1.  Memperkasakan keimanan kita.
2.  Hendaklah bersifat sabar  dan jangan tergesa-gesa.
3.  Tabah dan jangan gelojoh.
4.  Melawan  nafsu jahat dan syaitan itu  sebagai suatu jihad.
5.  Jauhi persekitaran yang boleh menjejas keimanan kita.
6.  Bebaskan diri dari amalan yang tidak beretika dan tidak bertamadun.
7.  Hindari diri  dari hidup bertuhan kepada materialisme yang mengenepikan nilai-nilai murni.
8.  Bergaullah dengan orang-orang yang bijak, baik dan bertaqwa.
9.  Jauhi dari ideologi-ideologi karut seperti liberalisme, humanisme dan modenisme yang  menganggap persolan agama itu sebagai sesuatu yang remeh temeh dan bersifat peribadi.

Kesimpulan.

Sebagai seorang muslim dan mukmin hendaklah menjaga hubungan dengan Allahs.w.t,  hubungan sesama manusia dan persekitarannya (alam sekitarnya).

Nafsu tidak meningkatkan mertabat manusia menjadi baik, jika digunakan kearah yang negatif. Nafsu hendaklah diurus dan dirawat dengan baik , ia akan mengangkat martabat manusia hingga ke tahap yang paling tinggi dalam kerjaya manusia.

Sementara syaitan pula adalah musuh di alam ghaib, ia tetap musuh manusia buat selama-lamanya.

-ISLAM ITU INDAH-: PENGARUH HATI, NAFSU DAN SYAITAN DALAM DIRI MANUSIA.
http://abdhalim45.blogspot.com/2018/09/pengaruh-hati-nafsu-dan-syaitan-dalam.html

Sabrizan Salleh   `.` #Malaysia Baru
Sia2 dulu tubuh kan PKR atas sbb nak jatuh kan tun mahadir...bila tun mahadir dh jatuh pg angkat pula tun mahadir...baik tak payah tubuh kan PKR dulu...

  1. Norizam Piman Kah kah kah....xxxxx la ko Sabrizan Salleh, pkr d tubuhkan sbb nk jatuhkan umno, skrg dh tercapai, umnobn dh jd pembangkang dh, skrg la masanya utk kiteorg dlm ph bergembira.... hahahahahahaaaaaa 
  2. Sabrizan Salleh Kau tgok balik video reformasi dulu tu.... anuar ckp apa ada ke dia ckp 'undur umno' tak ada kan yg anuar ckp 'undur mahadir'..... kau ni bru lahir ke apa.... 
  3. Zamrin Badrul kena kencing pun boleh gembira  

Firdaus Wmx Sama la pas nak jatuhkan umno last jadirakan
  1. Sabrizan Salleh Umno dulu di pimpin oleh tun mahadir mmg masa tu kita lawan umno sbb dlm nye ada tun mahadir...tapi tun mahadir dh masuh ph jd kena lawan ph la pula sbb tun mahadir ada dlm ph.....
  2. Firdaus Wmx Ha ha banyak spin walaunta
  3. Firdaus Wmx Apa yg spin ko lari lak pasal keratan akhbar najib tak salah
  4. Sabrizan Salleh Bila masa aku lari cai...
  5. Firdaus Wmx Ha ha diam tak komen walaunta
Zamrin Badrul

Azhar Pokha Nama dh politik biasa la tu politik

Mahadzir Hashim
Foto Mahadzir Hashim.
Abe Nua Sia2 ko buat komen bodoh ni admin...

Temuai Gaat Pas lagi teruk skrg.. dulu paling di benci pas adalah umno tetapi skg pas dah kahwin jdi isteri umno bpeluk - pelukbcium - cium bibir si Hadi dgn zahid di atas pentas.. 😆😆

FRIDAY, 14 SEPTEMBER 2018
Inilah kisah luar biasa terkait dahsyatnya dzikir Laa Haula Wala Quwwata Illa Billah.
Sahabat Nabi yang bernama :’Auf bin Malik Al-Asyja’i pergi menemui Rasulullah Shallalahu alaihi wa sallam , dan berkata: “Ya Rasulullah sesungguhnya anakku Malik pergi bersamamu berperang di jalan Allah dan ia belum pulang, apa yang harus saya perbuat? Padahal seluruh pasukan sudah pulang.”

Rasulullah Shallalahu alaihi wa sallam bersabda: “Ya ‘Auf perbanyaklah kamu dan istrimu mengucapkan ‘Laa haula wa laa quwwata illa billah’ Tidak ada daya dan kekuatan selain dari Allah.”

Auf pulang ke rumah dan istrinya sendiri menanti anaknya yang belum datang. Melihat suaminya datang istrinya bertanya:

“Wahai ‘Auf apa yang diberikan oleh Rasulullah Shallalahu alaihi wa sallam?”

Auf menjawab: Beliau mewasiatkan untukku dan kamu juga agar kita banyak mengucapkan ‘Laa Haula Wala Quwwata Illa Billah’

Apa jawaban istri yang sholehah dan sabar ini?

“Ya, sungguh benar Rasulullah Shallalahu alaihi wa sallam” dan beliau selalu benar.

Akhirnya mereka berdua duduk terus berdzikir dengan ‘Laa Haula Wala Quwwata Illa Billah’

Sampai saat malam yang gelap tiba, seketika ada yang mengetuk pintu, dan Auf berdiri membuka pintu, ternyata yang datang adalah anaknya Malik membawa banyak sekali domba sebagai ghonimah.

Maka Auf bertanya: Apa ini?

Malik menjawab:”Sesungguhnya musuh menangkapku dan mengikatku dengan rantai besi dan mengikat dua kakiku, maka ketika malam tiba saya berusaha keras untuk kabur tapi tidak bisa, karena kuatnya ikatan dikedua tangan dan kaki. Tiba-tiba ikatan borgol yang dari besi perlahan-lahan longgar sehingga ikatan dikedua tangan dan kaki bisa lepas. Maka saya bisa datang sekarang dengan kambing-kambing ghonimah ini.”

Maka Auf berkata: “Wahai ananda bukankah jarak antara musuh dan kita jauh sekali? Bagaimana kamu bisa datang dalam waktu satu malam?”

Malik menjawab: “Wahai ayahanda, demi Allah ketika ikatan itu lepas saya merasa ada Malaikat yang membawa saya.”

Subhanallahi al ‘adzim

Maka Auf mendatangi Rasulullah Shallalahu alaihi wa sallam untuk memberi kabar beliau.

Tapi sebelum Auf memberi kabar beliau.

Rasulullah saw mengatakan kepada Auf: “Wahai Auf bergembiralah bahwa Allah swt menurunkan ayatnya tentang urusanmu:



وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا (٢) وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا


“Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan Mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (QS Ath-Thalaq:2-3)

Dzikir, Ringan di Mulut namun Berat di Timbangan Amal
Ketahuilah sesungguhnya ‘Laa Haula Wala Quwwata Illa Billah’

Adalah harta terpendam dibawah singgasana ‘Arsy Ar-Rahman.

Inilah kisah luar biasa terkait dahsyatnya dzikir Laa Haula Wala Quwwata Illa Billah. | Islam
https://www.kehidupansatupersinggahan.com/2018/09/inilah-kisah-luar-biasa-terkait.html

FRIDAY, 14 SEPTEMBER 2018
7 Keistimewaan dan Fadhilat zikir لا إله إلا الله, Jika Dibaca 100 Kali Dalam Sehari
Subhanallah, Inilah Keistimewaan Dzikir La Ilaha Illallah, Ibnu Rajab Al Hambali rahimahullah mengatakan, “Kalimat Tauhid (La Ilaha Illallah) memiliki keutamaan yang sangat agung yang tidak mungkin bisa dihitung.”

Mungkin diantara kita masih ada yang belum tahu Keistimewaan Dzikir La Ilaha Illallah ini, berikut adalah beberapa keutamaan dzikir tahlil “La Ilaha Illallah”,

1. Laa Ilaha Illallah Menjadi Kunci Surga
Kalimat ‘La ilaha illallah’ merupakan harga surga, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda, “Barangsiapa yang akhir perkataannya sebelum meninggal dunia adalah ‘la ilaha illallah’, maka dia akan masuk surga” (HR. Abu Dawud no. 1621)

2. Dzikir Laa Ilaha Illallah Adalah Kebaikan dan Dzikir yang paling Utama
Kalimat ‘La ilaha ilallah’ adalah kebaikan yang paling utama, Abu Dzar berkata,”Katakanlah padaku wahai Rasulullah, ajarilah aku amalan yang dapat mendekatkanku pada surga dan menjauhkanku dari neraka.”

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila engkau melakukan kejelekan (dosa), maka lakukanlah kebaikan karena dengan melakukan kebaikan itu engkau akan mendapatkan sepuluh yang semisal.”

Lalu Abu Dzar berkata lagi, “Wahai Rasulullah, apakah ‘la ilaha illallah’ merupakan kebaikan?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Kalimat itu (laa ilaha illallah, pen) merupakan kebaikan yang paling utama. Kalimat itu dapat menghapuskan berbagai dosa dan kesalahan.”

Kalimat ‘La ilaha illallah’ adalah dzikir yang paling utama, Dari Jabir radhiyallohu ‘anhu , dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda : “Dzikir yang paling utama adalah la ilaha illallah, dan doa yang paling utama adalah alhamdulillah.”(HR. Ibnu Majah, An Nasa’I – Shohih Targhib wa Tarhib : 1526 )

3. La Ilaha Illallah Menjadi Pelindung Api Neraka
Kalimat ‘La ilaha ilallah’ adalah pelindung api neraka, Dari Umar rodhiyallohu ‘anhu ia berkata : saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sungguh aku akan mengajarkan sebuah kalimat, tidaklah seorang hamba mengucapkannya dengan benar dari hatinya, lalu ia mati diatas keyakinan itu, kecuali (Allah) mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Yaitu kalimat laa ilaha illallah.” (HR. Hakim – Shohih Targhib wa Tarhib : 1528 ).

Suatu saat Nabi shallallahu ‘alaihi wa salam mendengar muadzin mengucapkan ‘Asyhadu alla ilaaha illallah’. Lalu beliau mengatakan pada muadzin tadi, “Engkau terbebas dari neraka.” (HR. Muslim no. 873)

4. Laa Ilaaha Illallah Menjadi Jaminan Masuk Syurga
Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Barangsiapa yang mengucapkan ‘La ilaha illallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.”

Lalu ditanya kepada baginda SAW, “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

5. Laa Ilaaha Illallah Adalah Dzikir Dan Perantara Doa
Kalimat ‘Laa ilaaha illallah’ adalah dzikir dan perantara doa, Dari Abu Sa’id Al Khudri rodhiyallohu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:

Musa berkata: Wahai Tuhanku ajarkanlah kepadaku sesuatu, yang aku akan berdzikir dan berdoa kepada-Mu dengannya.

Allah berfirman: Wahai Musa ucapkanlah Laa ilaaha illallah.

Musa berkata: Wahai Tuhanku seluruh hambaMu mengucapkan kalimat ini.

Allah berfirman: Wahai Musa ! Seandainya langit tingkat tujuh dan apa yang ada didalamnya serta bumi tingkat tujuh selain Aku diletakkan di suatu timbangan, dan laa ilaaha illallah diletakkan di timbangan yang lain, maka akan berat timbangan laa ilaaha illallah.” (HR. Ibnu Hibban, Hakim – Fathul Bari : 11/28 )

6. Laa Ilaaha Illallah Dzikir Yang Menunda Kiamat
Kalimat ‘Laa ilaaha ilallah’ menunda kiamat, Dari Anas bin Malik rodhiyallohu ‘anhu ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

“Tidak akan terjadi kiamat (apabila) masih ada orang yang menyebut laa ilaaha illallah”. (HR. Ibnu Hibban, – Ta’liqotul Hisan: 6809, Ash Shohihah: 3016)

7. Baca Laa Ilaaha Illallah 100 Kali Sehari, Ini Keutamaannya
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,



مَنْ قَالَ لا إلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَريكَ لَهُ ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ ؛ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ، في يَوْمٍ مِئَةَ مَرَّةٍ كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ وكُتِبَتْ لَهُ مِئَةُ حَسَنَةٍ ، وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِئَةُ سَيِّئَةٍ ، وَكَانَتْ لَهُ حِرْزاً مِنَ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِي ، وَلَمْ يَأتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلاَّ رَجُلٌ عَمِلَ أكْثَرَ مِنْهُ
“Barangsiapa mengucapkan LAA ILAAHA ILLALLAH WAHDAHU LAA SYARIKA LAH LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU WA HUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIR (tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dialah Yang Mahakuasa atas segala sesuatunya) dalam sehari seratus kali, itu sama pahalanya dengan membebaskan sepuluh hamba sahaya dan dituliskan untuknya seratus kebaikan, serta dihapuskan dari dirinya seratus kejelekan (dosa). Dzikir itu juga penjaga dirinya dari gangguan setan pada hari itu sampai sorenya. Dan tidak ada seorang pun yang datang membawa amal yang lebih baik daripada yang ia bawa, kecuali ada orang yang beramal lebih banyak daripada dirinya.”

وقال : مَنْ قَالَ سُبْحَانَ الله وَبِحَمْدِهِ ، في يَوْمٍ مِئَةَ مَرَّةٍ ، حُطَّتْ خَطَايَاهُ ، وَإنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ البَحْرِ
Beliau juga bersabda, “Barangsiapa yang mengucapkan SUBHANALLAHI WA BI HAMDIH (Mahasuci Allah dan dengan memuji-Nya) sebanyak seratus kali sehari, terhapuslah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.” (HR. Bukhari, no. 6403 dan Muslim, no. 2691)

Dari Abu Ayyub Al-Anshari radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,


مَنْ قَالَ لا إلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ ؛ وَلَهُ الحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ، عَشْرَ مَرَّاتٍ . كَانَ كَمَنْ أعْتَقَ أرْبَعَةَ أنْفُسٍ منْ وَلَدِ إسْمَاعِيلَ
“Barangsiapa mengucapkan LAA ILAAHA ILLALLAH WAHDAHU LAA SYARIKA LAH LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU WA HUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIR (tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dialah Yang Mahakuasa atas segala sesuatunya) sebanyak sepuluh kali, maka ia seperti orang yang telah memerdekakan empat jiwa dari anak keturunan Isma’il.” (HR. Bukhari, no. 6404 dan Muslim, no. 2693)

Keistimewaan Dzikir La Ilaha Illallah, Inti Dari Segala Dzikir
Imam Haddad berkata:

Jadikanlah kalimat tauhid Laa ilaaha illallah sebagai wirid yang senantiasa kau baca. Sesungguhnya kalimat ini adalah ruh (pokok) dari segala dzikir, dan kepadanya kembali seluruh dzikir. Makna semua dzikir juga tercakup di dalam kalimat tauhid ini.

Jika ada waktu luang dan bingung mau membaca dzikir apa, ambillah kalimat tauhid sebagai dzikir Laa Ilaaha Illallah yang menemanimu sehari-hari. Sambil jalan ke sekolah, naik kendaraan, sebelum tidur dan lain lain daripada sibuk melamun, lebih patut untuk ‘cari pahala’ dengan berdzikir laa ilaaha illallah.

Para arif billah berkata:

أكثر من لا اله الا الله حتى تصير كلك لا اله الا الله
“Perbanyak kalimat Laa ilaaha illallah hingga tiap tarikan nafasmu dan tiap degupan jantungmu menyatu dengan kalimat ini.”

Habib Umar bin Hafidz berkisah:

Habib Abdul Qodir bin Ahmad Assegaf Jeddah adalah termasuk seorang ulama yang suka melazimi dzikir La ilaaha illallah.

Beberapa tahun sebelum wafat beliau ditimpa sakit keras hingga para dokter angkat tangan dan berkata bahwa kematian beliau sudah dekat.

Anehnya, terdapat seorang dokter dari Sudan yang memeriksa detak jantung beliau. Detak jantungnya normal.

Dan yang luar biasa, dengan kecanggihan alat modern, dokter tersebut berkata, “Jantung orang ini mengucap kalimat La ilaaha illallah”

Jasadnya memang lumpuh tak bergerak, alat-alat kedokteran berada di seluruh badannya, tak mampu diajak berkomunikasi, namun hati dan jantungnya tak pernah lalai dari zikir nama Allah. Dan beliau senantiasa berada di hadratillah.

Keluarganya pun memutuskan membawa beliau pulang dan dirawat di rumah mengikuti saran seorang soleh. Si dokter berkata,

“Jika kau lepas semua peralatan ini, maka aku pastikan umurnya berakhir.”

Umur manusia di tangan Allah, bukan di tangan dokter atau manusia siapapun.

Alat-alat kedokteran pun dilepas dari tubuhnya, seketika itu pula beliau membuka matanya dan bergerak. Ketika sampai di rumah, beliau berjalan, pulih kesehatannya, berkat dzikir Laa Ilaaha Illallah yang beliau lazimi, berkat keagungan nama Allah yang telah menguasai seluruh hati dan jiwa raganya.

Mari kita agungkan nama Allah di hati kita. Kita hidupkan hati kita dengan senantiasa berdzikir kepadaNya, menyebut nama-Nya, mencintai-Nya sepenuh hati. hingga kita mengakhiri hidup kita dengan kalimat Laa ilaaha illallah, Allah bangkitkan kita di hari kiamat dengan kalimat Laa ilaaha illallah dan di bawah bendera Laa ilaaha illallah Muhammadur Rasulullah. Aamiin

7 Keistimewaan dan Fadhilat zikir لا إله إلا الله, Jika Dibaca 100 Kali Dalam Sehari | Islam
https://www.kehidupansatupersinggahan.com/2018/09/7-keistimewaan-dan-fadhilat-zikir-jika.html

Tragedi Askar Melayu di Air Hitam, Dungun Terengganu
 Kriss Merah  13.9.18  Sejarah
TRAGEDI AIR HITAM DUNGUN 1941
Gambar menunjukkan Makam Pahlawan Askar Melayu di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahaya Dungun.
Perang Dunia Kedua yang meletus pada awal September 1941 telah menyebabkan British berada dalam keadaan bersiap sedia. Rondaan dan latihan perang telah diadakan oleh British untuk menghadapi kemaaraan Jepun.

Pada 16 September 1941, satu Kompeni Askar Melayu daripada Kompeni A Batalion Pertama telah diarah untuk membuat latihan perang yang bertempat di Dungun. Kompeni ini diarahkan untuk mempertahankan Dungun daripada kemaraan tentera Jepun.

Kompeni A telah diarahkan untuk membuat latihan perang di Air Hitam. Mereka yang bertempat di Pusat Pertahanan Latihan Perang Tanjung Sura diketuai oleh Major England berbangsa British.

Mereka yang berpakaian lengkap berjalan kaki melalui pantai dari Tanjung Sura ke Kuala Paka. Setelah sampai ke tebing utara Kuala Paka, mereka mendapat arahan untuk membuat pengkalan di hutan di atas bukit di Air Hitam yang mana kini merupakan tapak loji penapis air.

Pada malam 17 September 1941 kira-kira jam 11 malam, mereka diberitahu bahawa ada seekor harimau sedang merayau-rayau di kawasan berhampiran dan diarahkan supaya mengusir harimau terbabit untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Pada 18 September 1941, mereka pula bersiap sedia di tebing Sungai Paka dan diarahkan untuk menyeberangi sungai tersebut sebagai salah satu latihan. Pada mulanya Major England dihantar dengan menaiki Perahu Jalur. Setelah berjaya menyeberangi, ketua seksyen Sarjan Nordin meminta izin kepada Lans Koperal Hamzah untuk menyeberangi dahulu walaupun mengikut aturan seksyen Lans Koperal Hamzah seharusnya menyeberang dahulu.

Oleh itu, enam Askar Melayu telah diketuai oleh Sarjan Nordin terus turun ke tebing sungai berkenaan yang setinggi 18 kaki bersama-sama enam buah rakit yang diperbuat dari 'ground sheet' yang diisi dengan daun lalang kering. Rakit-rakit ini diikat dan dicantum menjadi satu. Keenam-enam askar bergantung pada rakit sambil berdayung menggunakan tangan dan kaki.

Ketika tiba di tengah, salah satu daripada ikatan rakit berkenaan terlerai dan kenam-enam askar berkenaan turut tenggelam. Ketika itu mereka membawa topi besi, peluru senapang, senapang Raifil No.1. Mk.3, Granite 36 dan berkasut Ankle. Oleh kerana berat alatan perang berkenaan, keenam-enam askar berkenaan tenggelam di Sungai Paka.

Oleh itu, jadual latihan berkenaan bertukar menjadi usaha mencari dan menyelamat mangsa-mangsa tragedi berkenaan. Mereka yang berada di tempat kejadian terus melaporkan keadaan ke Ibu Pejabat Markas Latihan Perang Dunia Kedua di Tanjung Sura, Dungun.

Penduduk Paka, anggota polis Dungun dan Askar Melayu yang terlibat dalam latihan berkenaan terus mencari mangsa. Mereka diketuai oleh Lans Koperal Hamzah. Mereka menggunakan rawai yang ditarik dengan sampan ke dasar sungai di merata sudut untuk menarik jenazah mangsa-mangsa berkenaan. Setelah 24 jam, kesemua mangsa berjaya ditark keluar daripada dasar sungai.

Mereka dikenalpasti sebagai Sarjan Nordin bin Haji Noh, Prajurit Alaudin bin Muhamed, Prajurit Darus bin Ngah, Prajurit Ngah Ahmad bin Alang Mat Hassan, Prajurit Sahat bin Mubin dan Prajurit Muhamed Shariff bin Daud.

Kesemua jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya di Dungun. Satu batu peringatan setinggi dua meter dibangunkan yang tertulis "Inilah makam enam orang Askar Melayu kita yang telah berkemalangan pada waktu menjalankan pekerjaan di Sungai Paka pada 18 September 1941, bersamaan 26 Syaaban 1360 bertentangan hari Khamis makam itu telah dibangun oleh Pasuan 'A' Kompeni".

Semoga roh kesemua enam Askar Melayu ini dicucuri rahmat Ilahi.
Sumber
Yusuf Abu Bakar dan YUSBA, Berita Darul Iman Nov/Dis 1991.
Tragedi Askar Melayu di Air Hitam, Dungun Terengganu - Kriss Merah.com
http://www.krissmerah.com/2018/09/tragedi-askar-melayu-di-air-hitam.html

Tuan Doktor, anak saya sudah lama meninggal!
 Kriss Merah  15.9.18  Mistik , Sejarah , Seram
S. Weir Mitchell
Akibat terlalu penat selepas seharian bekerja di dewan bedahnya, Doktor S. Weir Mitchell, seorang pakar saraf yang terkenal pada abad ke 19 tertidur di atas kerusinya. Seperti hari-hari sebelumnya, cuaca pada malam itu amat dingin dan salji turun dengan lebatnya di seluruh Philadelphia, Amerika Syarikat.

Tiba-tiba Dr. Mitchell terjaga apabila loceng pintu biliknya berbunyi. Apabila pintu dibuka, didapatinya seorang gadis kurus yang mengigil kesejukan sedang berdiri di muka pintu biliknya itu. Dia menarik sehelai selendang buruk yang melingkari bahunya.

"Saya minta maaf kerana menggangu doktor pada malam-malam begini," kata gadis kurus itu. "Tapi saya terpaksa kerana ibu saya sedang sakit tenat. Saya harap doktor dapat membantu merawat ibu saya.

Dr Mitchell segera mengambil kelengkapannya dan mengekori gadis berkenaan, melalui jalan bersalji, hingga akhirnya sampai ke sebuah bangunan usang. "Ini rumah sewa kami," kata gadis itu.

Dr Mitchell ke mudian dibawa ke tingkat atas bangunan untuk menemui ibu gadis berkenaan yang ketika itu sedang terlantar tenat di atas katil. Apabila diamati, Dr Mitchell mengenali wanita tersebut. Dia adalah bekas orang gajinya.

Dr Mitchell memeriksanya dan mendapati wanita itu menghidap penyakit pneumonia. Dia merawat, memberikan ubat yang diperlukan dan seterusnya mengucapkan tahniah kepada wanita itu kerana mempunyai seorang anak yang bertanggungjawab.

"Anak?" kata wanita itu kehairanan. Terperanjat dengan kata-kata Dr. Mitchell, wanita berkenaan mengangkat mukanya, memandang tepat ke arah Dr Mitchell, dan berkata, "Anak gadis saya telah meninggal dunia sebulan lalu. Kasut dan selendangnya ada disimpan dalam almari kecil itu."

Dr Mitchell meluru ke arah almari tersebut dan terus membukanya. Didapatinya selendang itu sama dengan yang dipakai oleh gadis kurus yang membawanya ke rumah berkenaan. Anehnya selendang tersebut terlipat kemas dan kering. Tidak mungkin ia telah dipakai pada malam itu dan dibawa  mengharungi cuaca sejuk bersalji.

Dr. Mitchell mencari gadis berkenaan, namun sehingga ke akhir hayatnya, beliau gagal menjumpainya.

Tuan Doktor, anak saya sudah lama meninggal ! - Kriss Merah.com
http://www.krissmerah.com/2018/09/tuan-doktor-anak-saya-sudah-lama.html

Maharaja Alwar : perangai pelik dan bengis...sampai pegawai Inggeris pun takut
 Kriss Merah  9.9.18 

Seorang manusia yang boleh didedahkan sebagai orang yang paling pemarah serta bengis ialah seorang maharaja India. Beliau adalah Raja Alwar di wilayah Rajashtan.

Sewaktu baginda bermain tenis, sekurang-kurangnya pihak istana harus menyediakan kira-kira 20 raket kerana maharaja ini akan mudah naik angina dalam permainan lantas mematahkan raketnya. Bukan setakat raket, sesiapa sahaja yang bermain dengannya dalam permainan itu akan menerima macam-macam tekanan seperti dipukul dan sebagainya.

Ketika Raja Alwar keluar, setidak-tidaknya tujuh hingga 10 pucuk senapang perburuan harus disediakan. Sebabnya, bila tembakan tidak mengenai sasaran, maka Maharaja Alwar akan mematah serta membengkokkan senapangnya kemudian mencampaknya ke dalam sungai, tasik atau hutan.

Lagipun pengawalnya harus berwaspada kerana tidak mustahil maharaja gila ini ini akan mengacukan senjata kepada pengawal dan orang-orang yang bersamanya semasa memburu.

Sememangnya diketahui umum bila maharaja ini berada di dalam pejabat, sekurang-kurangnya tujuh batang penan yang bersalutkan berlian disediakan untuk baginda menulis. Sekalipun maharaja itu menggunakan satu batang pen sahaja tetapi dia mahu melihat mejanya tersusun dengan batang pen yang mahal dan berkilau-kilauan.


Selain sifat pemarahnya yang luar biasa, Maharaja Alwar juga diketahui sebagai seorang raja yang boros dan berselera tinggi. Pakaiannya harus daripada sumber yang bagus dan mahal.

Dia mahu setiap almari pakaiannya padat dengan jenis-jenis yang bermutu bagi membolehkan dia dapat bertukar pakaian tidak kurang daripada 10 hingga 15 kali dalam sehari.

Tapi satu hal aneh tentang maharaja ini ialah dia nyata kurang asyik dengan wanita. Maharaja Alwar lebih suka untuk mempamerkan sifat marahnya yang kadangkala menakutkan bukan sahaja rakyatnya tetapi juga gabenor Inggeris.

Amat sulit bagi gabenor Inggeris untuk menasihati tentang urusan pentadbiran kerana maharaja ini tidak mahu mengikut cakap dan nasihat orang lain.

Pernah suatu ketika, orang-orang ternama Inggeris yang berada di Rajashtan terpegun bila dalam pertandingan polo yang disertai oleh maharaja itu mereka melihat dengan ngeri satu peristiwa yang sukar dilupakan. Ketika sedang rancak bermain polo, tiba-tiba kuda yang ditunggang oleh maharaja itu buat hal. Maharaja begitu marah dan perintah supaya permainan dihentikan. Kemudian dia membawa kuda itu kep tepi padang lantas meminta disimbahkan minyak petrol pada tubuh binatang itu dan kemudian membakarnya hidup-hidup.

Ramai penasihat dan kakitangan Inggeris yang menyaksikan perlawanan itu menjadi geri dengan kesombongan maharaja dan perangainya yang cukup pelik. Berikutan peristiwa itu hubungan antara pihak Inggeris dengan istana menjadi renggang. Maharaja tidak lagi ditegur  bila melakukan sesuatu yang aneh dan ganjil.

Oleh kerana sifatnya yang menakutkan, maka Maharaja Alwar juga menawarkan jawatan di istanakepada orang-orang yang kelihatan bengis dan menakutkan sehingga menjadikan istana berubah tempat yang cukup ngeri oleh rakyat jelata.

Keadaan itu menyebabkan tidak sesiapa yang berani mengusulkan sesuatu untuk melicinkan pemerintahan wilayah itu. Akhirnya maharaja ini telah ditangkap dan dihantar sebagai pesalah ke luar Negara.

Ketika menjadi pesalah sikap baran dan marahnya tidak juga surut. Sewaktu dia berada di istana buangan di Itali, dia memarahi Mussolini kerana tidak menyediakan sambutan hari lahirnya.
Maharaja itu dibuang daripada takhta kerana terlampau banyak membazirkan wang kerajaan, bersikap kasar terhadap penasihat Inggeris, membunuh orang ramai tanpa bicara.

Tapi kesalahan yang paling besar dilakukan sepanjang pemerintahannya adalah melibatkan pembaziran wang kerajaan untuk kepentingan dirinya sendiri.

Kereta Rolls Royce diletak penyapu untuk membersihkan sampah dijalanan antara perangai pelik Maharaja Alwar
Belanja istananya sahaja adalah separuh daripada pendapatan wilayah Rajashtan sehingga tiada sesiapa pun yang berani memotong perbelanjaan itu.

Sewaktu berusia 53 tahun maharaja itu dilaporkan mempunyai hutang sebanyak Sembilan juta kerana membeli barang-barang peribadi.

Bagaimanapun ada ketikanya raja ini akan menjadi orang cukup waras dan ramai kalangan pembesar kagum dan asyik dengan cerita dan buah fikiranyya. Inilah kelebihan yang ada pada maharaja itu menimbulkan kepelikan kepada penasihat Inggeris dan kalangan rakyatnya.

Tapi bila mana dia naik baran, janganlah ada sesiapa di sampingnya. Raja itu tidak berfikir panjang melakukan sesuatu yang ganjil. Hal yang demikian menyebabkan ramai orang menganggap baginda sebagai mempunyai dua sifat yang melampau.

Baginda kemudian pulang daripada buangan dan akhirnya meninggal dunia pada tahun 1937. Kematiannya menyebabkan penjajah Inggeris bertindak merampas wilayah Rajashtan kerana menanggung hutang yang besar.


Maharaja Alwar : perangai pelik dan bengis...sampai pegawai Inggeris pun takut - Kriss Merah.com
http://www.krissmerah.com/2018/09/maharaja-alwar-perangai-pelik-dan.html

PULAU PINANG DIBUKA OLEH RAJA NAN INTAN  BUKAN FRANCIS LIGHT
Orang Melayu kena ingat, bukan Francis Light yang buka Pulau Pinang!
 Kriss Merah  17.9.18  Sejarah
Pembukaaan Pulau Pinang @ Pulau Mutiara bukan dilakukan oleh Francis Light, Sebaliknya melibatkan Raja Nan Intan yang juga dikenali sebagai Datuk Nakhoda Intan. Datuk Nakhoda Intan yang berasal dari Paya Kumbuh, Sumatera Barat telah membuka Pelabuhan Batu Uban dan membina penempatan di kawasan berkenaan pada 1734 setelah mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah II. 

Malah pada tahun yang sama, dua saudara Datuk Nakhoda Intan iaitu Nakhoda Bayan dan Nakhoda kecil juga telah datang ke negeri ini dan masing - masing membuka penempatan di Bayan Lepas serta Jelutong.
Francis Light hanya tiba di negeri ini selepas 52 tahun kedatangan Datuk Nakhoda Intan bersama saudaranya di Pulau Pinang. Seorang lagi tokoh dri alam Melayu yang tiba sebelum Francis Light ke negeri ini ialah Datuk Janatun.
Sehingga kini Masjid Batu Uban yang dibangunkan oleh Datuk Nakhoda Intan bersama pengikutnya masih utuh di samping sebuah telaga yang digali mereka juga airnya tidak pernah kering biarpun telah berusia hampir 300 tahun. Selain itu, Georgetown yang dibuka oleh Francis Light dan menjadi ibu negeri Pulau Pinang hari ini mempunyai nama asal yang diberikan penduduk tempatan sebelum kedatangan pegawai British berkenaan. 


Tanjung Penaga adalah nama asal Georgetown sebelum ditukakan British dan sebab itu masih ada orang negeri ini menyebut "Tanjung" bagi merujuk kawasan Georgetown yang secara tidak langsung menyokong pembukaan Pulau Pinang telah dibuat lebih awal sebelum kedatangan Francis Light.

Sumber dari :
Pakar Kesusasteraan Bandingan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Seri Md. Salleh Yaapar.

Orang Melayu kena ingat, bukan Francis Light yang buka Pulau Pinang! - Kriss Merah.com
http://www.krissmerah.com/2018/09/orang-kena-ingat-bukan-francis-light.html

Daulah Islamiyah Melayuwiyah
 Kriss Merah  23.6.18  Sejarah 

DAULAH ISLAMIYAH MELAYUWIYAH - KONSEP ALAM MELAYU

DUNIA Melayu atau Alam Melayu adalah sebuah rantau politik dan ekonomi yang sangat strategik sejak zaman pra-sejarah lagi. Kedudukan geografi Alam Melayu yang disebut juga sebagai Nusantara yang berada di tengah-tengah kawasan tamadun awal manusia telah menjadikan rantau ini sangat penting. Di sebelah timur, berdirinya tamadun Hwang Ho (kini China) yang mencipta pelbagai kemajuan, sedangkan di sebelah barat muncul Mohenjadoro dan Harappa (India), Mesopotamia dan Babylon (Iraq), Nil (Mesir) dan Athens (Greek), sehingga menjadikan Alam Melayu penghubung utama kedua-dua belah tamadun.
Kedudukan Alam Melayu yang berada di laluan ekonomi yang utama iaitu Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut China Selatan telah memboleh komunikasi perdagangan antarabangsa yang lebih cekap berlaku, berbanding Laluan Sutera yang merentasi Siberia yang sangat mencabar. Disebabkan kedudukan strategik ini, muncul bandar-bandar pelabuhan sepanjang pesisirnya, yang kemudian membentuk kerajaan-kerajaan kota, sebelum menjadi empayar-empayar yang besar. Kemunculan Kerajaan Melayu Funan (68-628M), Sriwijaya (600-1100M), Majapahit (1293-1498M) dan Melaka (1400-1511M), adalah gambaran bagaimana bangsa Melayu menjadi sebuah bangsa dan tamadun yang mempunya empayar besar yang menguasai laluan ekonomi timur-barat sehingga abad ke-16M.

Seorang oreintalis, Snouck Hurgronje mengemukakan teori The Greater India untuk menggambarkan keseluruhan pemikiran, kebudayaan dan tamadun Melayu adalah sebahagian daripada proses ketamadunan India yang beragama Hindu-Buddha. Namun begitu, bangsa Melayu yang merupakan bangsa maritim yang menguasai ekonomi dan politik laut, telah menjadi sebahagian dari kawasan tamadun Islam mulai abad kesembilan Masehi. Bangsa Melayu telah menjadi bangsa besar yang dicatatkan pencapaian tamadun mereka dalam catatan China, India, Arab dan Greek, selain turut dikunjungi oleh pengembara terkenal seperti Marco Polo (m. 1324M) dan Ibnu Batutah (m. 1377M). Alam Melayu telah bertukar menjadi kawasan Islam sejak berdirinya daulah Islam yang pertama di sebelah Nusantara di Perlak pada 840M (225H).

Konsep Melayu

Perkataan “Melayu” menjadi perbahasan para sarjana tentang asal-usulnya. Secara akademik, pertama kali perkataan Melayu dicatatkan oleh sejawan China pada 644M yang menyebutnya sebagai “Mo-lo-yue.” Ada sarjana yang mendakwa ia berasal dari kata “Himalaya” iaitu tempat bersalji, tetapi lebih ramai yang bersetuju ia berasal dari perkataan Jawa, “Mlayu” yang bermaksud berlari atau mengembara, merujuk kepada pergerakan manusia dari Yunan ke Nusantara ribuan tahun dahulu. Dr Burhanuddin al-Helmy mengatakan ia berasal dari dua perkataan “Mela” (mula) dan “Yu” (negeri) iaitu Mula Negeri. Andaian lain ialah perkataan “Melayur” yang bermaksud bukit atau tanah tinggi dan “Malaya” dalam bahasa Tamil yang bermaksud hujan.

Istilah Melayu diertikan sebagai bangsa Austranesia yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh kepulauan Melayu. Ia merujuk kepada orang Melayu di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina hingga ke Madagaskar. Lebih umum boleh dikatakan merujuk kepada bangsa yang bertutur dengan bahasa Melayu, berbudaya Melayu dan tinggal di Semenanjung dan Kepulauan Melayu. Dalam konteks Malaysia secara yang sempit, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mentakrif orang Melayu ialah orang yang berbahasa Melayu, berbudaya Melayu dan beragama Islam. Dalam pengertian ras, Melayu adalah seluruh penduduk asal Nusantara.

Daerah Alam Melayu

Ketika membahaskan konsep Melayu Raya, Dr Burhanuddin al-Helmy mengatakan seluruh gugusan kepulauan Melayu termasuk Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina adalah daerah Melayu. Daerah-daerah ini terpisah hari ini kerana dipecahkan oleh penjajah barat. Takrif ini selari dengan definisi Encyclopedia Britainica Vol. 14 yang menyebutkan “The Malay Archipelago, also known as Malaysian and East Indies contain in the largest group of island in the world consisting of more 3,000 islands of Indonesia dan 7,000 islands and unnamed rocks of Philippines group. The New Guinea island is arbitrary included in the Malay Archipelago.”

Kawasan rumpun Melayu adalah meliputi seluruh negara Indonesia, Filipina, Brunei, Singapura dan Malaysia. Sedang di Thailand, wilayah Melayu adalah seluruh semenanjung hingga Ratchaburi, 100km di selatan Bangkok. Tenasserim (Tanah Seri) di Myanmar juga termasuk kawasan Melayu. Di sebelah utara ia bermula di Kepulauan Nicobar di Lautan Hindi dan Farmosa di Laut China, termasuk Indo-China hingga ke Kepulauan Solomon di Selatan. Dari barat, ia bermula di Madagaskar hingga ke Fiji. Kawasan kepulauan terbesar di dunia di tenggara Asia inilah yang dipanggil rumpun Melayu dan menjadi daerah kehidupan bagi orang Melayu.

Agama Bangsa Melayu

Oleh kerana agama adalah teras kebudayaan, bangsa Melayu telah mempunyai pegangan dengan pelbagai agama, sebelum mereka menerima Islam. Dua agama utama yang dianut oleh orang Melayu ialah Hindu dan Budhha, iaitu agama yang dianut hasil daripada perhubungan politik, budaya dan ekonomi dengan India. Selain itu, orang Melayu juga dicatatkan pernah menganut anamisme dan agama Majusi. Pada peringkat awal, orang Melayu secara umumnya beragama Hindu sehingga Raja Asoka (304-232SM) yang beragama Buddha menguasai India, yang menyebabkan orang Melayu mula menganut agama Buddha. Kebangkitan Hindu pada zaman Empayar Chola (300SM-1279M) yang menyerang Tanah Melayu dan Sumatera pada 1025M, telah menyebabkan orang Melayu kembali menerima agama Hindu. Atas sebab kuatnya pengaruh India terhadap agama orang Melayu, maka sering disebut orang Melayu beragama Hindu-Buddha.

Sheikh Safiyuddin dalam Tarikh Fathani menyebutkan bahawa orang Melayu pernah menerima pengaruh Parsi dan menganut agama Majusi. Namun begitu, sejak 640M, mula wujud pengaruh Arab-Islam di Sumatera, sebelum berdirinya Kesultanan Perlak sebagai kerajaan Islam yang pertama pada 840M. Sejak itu, Islam mulai berkembang dan diterima secara damai sehingga menjelang abad ke-16M, Alam Melayu telah bertukar menjadi wilayah Islam, terutama dengan munculnya kerajaan-kerajaan Islam di pelbagai tempat di Nusantara. Antara kerajaan Islam yang terpenting di Nusantara ialah Melaka (1400-1511M), Johor-Riau-Lingga (1511-1857M), Demak (1475-1554M), Mataram (1587-1755M) dan Aceh (1496-1903M). Kerana tumbuhnya kerajaan-kerajaan Melayu Islam inilah, kerajaan Melayu dipanggil “Daulah Islamiyah Melayuwiyah” seperti yang tercatat dalam Itqanul Muluk bi Takdil as-Suluk.

MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
2 Syawal 1439 / 16 Jun 2018

Daulah Islamiyah Melayuwiyah - Kriss Merah.com
http://www.krissmerah.com/2018/06/daulah-islamiyah-melayuwiyah.html

Lain-lain oleh-oleh dari Krissmerah.com 
Benarkah orang Melayu berasal daripada Bani Israel...
Kegagalan tentera Monggol menawan alam Melayu
Isa Al-Masih & Al-Fatihah
Hanpa tau tak Allah puji hanpa depan Malaikat?
Hilang agama kerana 4 perkara ini 
1948 tertubuhnya Parti Pemuda Radikal Melayu (PERAM)
Dendam kesumat Sarjan Hassan kepada Komunis.
Kapal tanpa manusia hilang 9 tahun dijumpai semula
Segala penemuan sains Joseph Von Fraunhofer jadi sia-sia.
Harta al Arqam sebelum diharamkan

Kita besarkan anak untuk menyenangkan mereka, tapi jangan berharap mereka menyenangkan kita. Kriss Merah 30.8.18 Kisah Masyarakat Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yang menghantar saya untuk rawatan. Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yang dibawanya tak berupaya berjalan.
Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya. "Saya tengok Tn Hj selalu dihantar oleh teksi, tak ada anak ke? Soal saya memula bicara. 

"Isteri dah meninggal. Anak dah kerja dan dah kahwin, tinggal berasing. Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alasan, atau menghantar dengan macam-macam perasaan. Biarlah saya upah teksi."

Dia diam sejenak. Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya."Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya. Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita."

Dia mula mengesat air mata. "Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pada seorang anak, inikan pula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu. Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka. Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu.

"Allahuakbar!. Saya pula yang menitis air mata..

Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya. Bukan tak pernah menolak permintaan ayah, bukan tak pernah memberi alasan untuk tidak menunai permintaan nya, bukan tak pernah bermasam muka dengannya. 

Ya Allah. Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggung jawabnya, tetapi melakukan lebih lagi dengan mengelak anak anak terjerumus dosa.

Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yang ada demi kesejahteraan anak, yang lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yang tuhan jadikan. 

Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua. Tetapi bagai dikata oleh orang tua yang saya temui, akhirnya bila zaman berubah, ramai anak yang terlupa, yang teralpa bila sibuk mengejar dunia, ada anak yang hilang pertimbangan antara bapa yang telah tak berupaya serta membebankan dengan dunia yang perlu dihambat!

Bapa yang baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yang saya ceritakan, sehingga akhir hayatnya.

Berhentilah memberi alasan kepada ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan untuk memenuhi permintaan mu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!

Alfatihah kepada ibubapa kita samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

Sebarkanlah... mana tahu boleh bantu merapatkan hubungan anak dan ayah ibunya.

Kita besarkan anak untuk menyenangkan mereka tapi jangan berharap mereka menyenangkan kita - Kriss Merah.com
http://www.krissmerah.com/2018/08/kita-besarkan-anak-untuk-menyenangkan.html

... 

Tiada ulasan: