Khamis, 20 September 2018

Bila terjadi hal ada juga pihak yang salahkan cikgu. 8232.


Nak sangat rotan xboleh masa bersekolah. Bapa atau emak pukul anak, jatuh hukum dera. Yahudi pun tepuk, bila genarasi baru Melayu ada yang xboleh pakai. 

Sudahlah xbetul, boleh pengaruh lagi kawan yang baik supaya jadi jahat. Ibu atau bapa serang cikgu sebab salah langkah dengan anak mereka di sekolah pun ada. Apa sebuk dengan hal anak aku, aku tahulah ajar anak aku macam mana? Bila tengok rekod ibu bapa jenis ini masa zaman sekolah, pun ibu bapanya datang serang sekolah. Ada hal yang jadi turun temurun. Puncanya dendam sangat dengan cikgu?

Sesekali cikgu kena guna ayat power dorang. Sebenarnya ramai guru xtahu ayat power neh. 

Aku xhalal ilmu yang kau dapat dari aku. In Syaa Allah dalam dikit waktu korang cikgu dapat tengok akibat ayat power korang tu. Merayu x mak bapak dorang kat korang? Tu jer ajar keluarga Melayu yang biadap kurang ajar. Bagi tempuh tiga bulan, enam bulan, setahun dua, than lepaskan murid derhaka kepada cikgu tuu dari sumpahan ayat power. Pandai mana pun dengan izin Allah akan melingkup sebab tidak hormat orang selepas ibu bapa, cikgu/guru lah yang Allah perintahkan jangan sesekali derhakai.

Seorang cikgu boleh jumpa sekurang-kurangnya 3 genarasi dalam menjalankan tugas perkhidmatannya. Mula-mula bapak, pastu anak, than cucu. Ada rezeki leh ajar cicit pula. Bila dewasa jadi penipu kepada ibu bapa sendiri. Jadi perogol. Budak bagus atau tidak bermula dari rumah derrrrr. Anak kau bagus, kau ngaku kau didik dan kata anak aku memang pandai. Tetapi bila dapat kuasa, jawatan, kaki jahanam Islam, bangsa dan negara. Jadi kaki rasuah dan salah guna kuasa. Bila anak kau jahat, kau salahkan kawan-kawan dia, tak ingin salahkan diri sendiri. Lupa cermin diri, cuma jumpa cermin untuk solek face sahaja.

Bagus sangat sesetengah Melayu bila ber'facebook' Bahasa Nauzubillahminzalik. Babi, anjing semua keluar, siap cerca kejadian Allah berkaitan face seseorang yang x sepolitik dengannya. Walhal babi sehari semalam 700 kali berwirid mengEsakan Allah. Kadang dibedal tanpa kira usia, hina orang tua, macam lah dia yakin dia nanti tua lebih baik keadaannya dari orang tua yang dihinanya pada hari ini. Perjuang Islam tetapi bahasa Masya Allah. Nauzubillahminzalik. Dakwah tak berapa menjadi, tu kalau orang yang minat Islam jangan tengok Melayu, kaji Al Quran dan Hadis...

Ini antara hasil xbagusnya...
Semua hal jadi tragedi kepada mangsa, kepada Islam, bangsa dan negara... Ramai sangatkah Melayu yang suka keturunannya jadi sampah masyarakat? Sebab lalai pada Allah Subhanahuwatalla dan Pesuruh Nya Nabi Muhammad Sallahualaihiwassallam. 

Rupanya anakku yang curi dan gadai...
Ahmad Ismail
cnews@nstp.com.my

PERBUATAN lelaki memperdayakan ibunya dengan mendakwa rumah mereka dipecah masuk sehingga sebentuk cincin emas hilang terbongkar apabila siasatan polis mendapati dia mencuri barang kemas terbabit sebelum digadai. 
Lelaki berusia 22 tahun itu menipu ibunya sehingga memaksa wanita terbabit membuat laporan polis.

Bagaimanapun, siasatan ke atas laporan polis itu membawa kepada penahanan suspek berkenaan di sekitar Jementah, Segamat, jam 1 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Segamat Superitenden Raub Selamat berkata, ibu suspek berusia 50-an membuat laporan polis malam semalam selepas mendapati cincin emas bernilai RM500 miliknya hilang.

“Wanita itu membuat laporan di Balai Polis Jementah selepas suspek mendakwa rumah mereka dipecah masuk.

“Namun, pegawai penyiasat ketika menjalankan siasatan serta pemeriksaan menyeluruh di rumah berkenaan mendapati sesuatu mencurigakan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, hari ini.

Katanya, ibu suspek kemudian menghubungi lelaki itu dan memintanya pulang ke rumah bagi membantu siasatan polis, namun dia enggan.

“Susulan itu, polis berjaya mengesan suspek dan menahannya jam 1 pagi tadi ketika sedang minum bersama tiga lelaki berusia antara 14 hingga 20 tahun,” katanya.

Katanya, hasil soal siasat suspek mengaku menipu ibunya dan menyuruh wanita itu membuat laporan polis kerana bimbang tembelangnya mencuri cincin emas terbabit terbongkar.

“Suspek mencuri cincin emas milik ibunya beberapa hari lalu sebelum disedari wanita itu. Dia mendakwa menggadai barangan kemas itu di sebuah kedai pajak gadai di sini,” katanya.

Menurutnya, polis turut menahan tiga lelaki yang bersama suspek kerana mereka disyaki terbabit dalam tiga kes pecah rumah di sekitar Jementah.

Katanya, suspek juga disyaki tahi judi dan menjadikan duit yang diperoleh selepas menggadai barang kemas itu sebagai modal untuk aktiviti perjudian dalam talian.

“Keempat-empat suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 September 2018 @ 7:03 PM
BERITA TERKINI!
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/09/379035/rupanya-anakku-yang-curi-dan-gadai

Umur kecil, nafsu besar
Azhar Ramli
cnews@nstp.com.my
SEORANG penganggur dan tiga remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan di rumah di Arau, awal bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Adam Izzudin Asri, 20 dan tiga remaja berusia 15 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Johari Hassan.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 10 tahun lapan bulan di rumah di Arau antara 3 pagi hingga 6 pagi pada 2 September lalu.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farhan Aliff Ahmad manakala semua tertuduh diwakili peguam, Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim.

Hakim Johari kemudian membenarkan Muhammad Adam diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, manakala tiga lagi tertuduh RM7,000 juga masing-masing seorang penjamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

NSTP sebelum ini melaporkan empat lelaki ditahan polis pada 13 September lalu selepas merogol seorang kanak-kanak perempuan bergilir-gilir di rumah di Arau.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, mangsa hadir ke balai polis bagi membuat laporan selepas gurunya memaklumkan perkara berkenaan kepada ibu bapanya.

Kanak-kanak terbabit dirogol secara bergilir-gilir di dalam bilik di rumah terbabit sebelum mereka menghantarnya pulang pada awal pagi.

Berita berkaitan 
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 September 2018 @ 12:09 PM 
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/09/378898/umur-kecil-nafsu-besar

Along ugut mangsa kena cekup

  • MyMetro
  • Mutakhir
  • cnews@nstp.com.my

    POLIS menahan lelaki dipercayai ceti haram atau Along di Kuantan, kelmarin selepas memeras ugut seorang tukang masak dengan membaling telur dan menampal salinan kad pengenalan mangsa di hadapan kedai makan bapanya, awal bulan ini.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan selepas mangsa, 22, membuat laporan polis kerana Along itu mengenakan kadar faedah terlalu tinggi selain mengugutnya.

    “Mangsa dikatakan membuat pinjaman sebanyak RM40,000 sejak sebulan lalu dan sudah membayar RM70,000. Namun, suspek mendakwa mangsa masih berhutang sebanyak RM10,000. 

    “Suspek dikatakan mengenakan kadar faedah antara 15 hingga 20 peratus seminggu kepada mangsa selain membaling telur serta menampal salinan kad pengenalan di hadapan kedai makan ayahnya di Kuantan.

    “Tujuan suspek melakukan perkara berkenaan adalah sebagai amaran kepada mangsa supaya menyelesaikan bayaran pinjaman dengan segera,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, hari ini.

    Kama Azural berkata, pihaknya menahan suspek di hadapan sebuah rumah pada 4 petang dan menemui mesin penghantar SMS di dalam keretanya yang bertujuan untuk mengiklankan tawaran pinjaman.

    “Suspek menggunakan alat itu yang disambung kepada sebuah komputer riba untuk menghantar tawaran pinjaman wang tanpa lesen, secara rawak kepada pengguna telefon bimbit sekitar kawasan sasaran,” katanya.

    Katanya, pihak polis merampas beberapa peralatan termasuk mesin penghantar SMS, sebuah komputer riba, dua telefon bimbit dan banting iklan pinjaman wang.

    “Suspek itu direman mulai semalam sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951,” katanya.

    Katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tawaran peminjam wang tanpa lesen kerana dikhuatiri mendatangkan ancaman kepada mereka.

    Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 September 2018 @ 6:42 PM
    Along ugut mangsa kena cekup | Harian Metro
    https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/09/379029/along-ugut-mangsa-kena-cekup

    'Akai dok tang mana pak oi...'
    Zuliaty Zulkiffli
    cnews@nstp.com.my
     
    SEORANG lelaki bertindak membawa dua anaknya berusia dua dan lima tahun demi kepentingan diri bagi melepaskan gian di sarang penagihan dadah di Bukit Botak, Kampung Charuk Kudong, Pendang, hari ini.

    Bagaimanapun, perbuatannya mengundang padah apabila dia bersama 29 penagih dadah termasuk dua tokan ditahan dalam serbuan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pendang.

    Namun, sepasang anak lelaki itu kemudian diserahkan kepada isterinya yang datang ke sarang penagihan dadah itu selepas dimaklumkan pihak berkuasa mengenai penangkapan suaminya yang positif heroin itu.

    Suspek mendakwa datang ke port itu dengan menunggang motosikal sejauh 10 kilometer dari rumahnya pada 10 pagi bersama dua daripada empat anaknya disebabkan tiada siapa menjaga mereka.

    Katanya, dia sudah lama menagih dadah, tetapi tidak diketahui isterinya sehinggalah terdedah akhirnya apabila wanita itu dimaklumkan oleh polis.

    Selain itu, seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai anak salah seorang penagih berusia 35 tahun turut ditemui di lokasi itu dan terpaksa menemani bapanya untuk menagih di port berkenaan.
    Ketua Polis Daerah Pendang Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, anggotanya menyerbu kebun kelapa sawit dikenali sebagai port mandu di Kilang Kechil, Pendang bermula jam 6 pagi hingga 1 tengah hari.

    Katanya, selepas beberapa serbuan di kawasan itu, kebanyakan penagih dikatakan beralih ke Bukit Botak untuk melepaskan gian, namun akhirnya diserbu polis, hari ini.

    “Hasil daripada serbuan di kawasan itu, polis menahan 30 lelaki disyaki penagih dadah berusia 20 hingga 53 tahun di kawasan itu manakala di port mandu pula hanya enam orang ditahan termasuk dua daripadanya penagih, tiga pengedar dan seorang daripadanya memiliki dadah.

    “Polis merampas sebanyak 28.43 gram heroin bernilai RM840 manakala syabu pula sebanyak 0.38 gram bernilai RM20, selain 5.30 gram dadah jenis heroin bernilai RM150 dalam serbuan di dua lokasi itu,” katanya.

    Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983.

    Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 September 2018 @ 6:23 PM
    'Akai dok tang mana pak oi...' | Harian Metro
    https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/09/379025/akai-dok-tang-mana-pak-oi

    Dua lelaki nafi bunuh kucing [METROTV]
    MyMetroUtama
    Sarah Zulkifli
    sarah@nstp.com.my
    DUA lelaki yang dipercayai membunuh seekor kucing bunting dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering pakaian di kedai dobi layan diri di Taman Gombak Ria, minggu lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang, Gombak, hari ini.

    Kedua-dua tertuduh iaitu A Mohanraj, 41, pemandu teksi dan rakannya S S Satthiya, 26, juruteknik, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

    Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh serta seorang lagi yang masih bebas didakwa dengan kejamnya menyebabkan penderitaan tidak sepatutnya terhadap kucing itu di kedai dobi Queen Self-Service, Taman Gombak Ria, pada 11 September lalu, pada 12.54 tengah malam hingga 1 pagi.
    Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan dihukum mengikut Seksyen 29 (1) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

    Mahkamah kemudian membenarkan kedua-duanya diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Oktober ini sebagai sebutan semula kes.

    Selain itu, mereka perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sekali sebulan.

    Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala kedua-duanya tidak diwakili peguam bela.

    Sebelum ini, kedua-duanya ditahan polis pada Jumaat lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak berdasarkan risikan dan maklumat orang ramai.

    Namun, seorang lagi rakan mereka masih diburu oleh pihak berkuasa.

    Pada 13 September lalu, media melaporkan seekor kucing bunting ditemui mati dalam keadaan berdarah akibat melecur di kedai dobi layan diri di Taman Gombak Ria, Selasa minggu lalu.

    Klip video daripada kamera litar tertutup (CCTV) yang ditularkan oleh Persatuan Haiwan Malaysia sejak awal pagi itu mendapat banyak kritikan dan kata-kata maki hamun netizen.

    Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 September 2018 @ 2:44 PM
    Dua lelaki nafi bunuh kucing [METROTV] | Harian Metro
    https://www.hmetro.com.my/utama/2018/09/378952/dua-lelaki-nafi-bunuh-kucing-metrotv

    Tiada ulasan: