Isnin, 17 September 2018

Cemar. 8215.


Cemar - Mencemari - Pencemaran: 

Mencemari peradaban atau fitrah hidup

Mereka ini biasanya lalai bila berhujah tanpa disedari telah menidakan pertamanya takdir dan ketentuan Allah (Percaya Qada dan Qadar Allah) Keduanya lalai untuk bersangka baik pada Allah Subhanahuwatalla. 

Kepada mereka, adalah halal membuka aib seseorang dan bertanggapan adalah halal melakukan perkara sebegitu sebab ada orang atau generasi selepasnya tidak mengetahui hal aib tersebut. 


AL FATIHAH buat Tok Guru Nik Aziz (1931-2015)

What I believe 
I believe in a world where justice and peace rules, where all human beings (and not just a privileged few) will be treated with the dignity that is theirs as the children of the one God.

I believe in a world where the economy serves the people and not the other way around.

I believe that it has become even more urgent for us now to become stewards of the environment and to hold corporations accountable for their wrongdoings.

I believe in the love, justice, compassion, simplicity and deep peace that Allah (and many great women and men down the ages) taught us – not the materialism, consumerism, avarice, hatred, violence and war that the power structures of the day promote.

I believe in people-centred globalisation – a globalisation of solidarity – not corporate-led globalisation that promotes a world ruled by corporations aided by greedy politicians, bureaucrats and tycoons acting in cahoots with one another.

I believe that real journalism serves the interests of ordinary people and holds to account the powers-that-be and their associated vested political, business and corporate interest.

WRLR
PEJUANG KEMERDEKAAN
PEJUANG KEMERDEKAAN
Monday, September 17, 2018
PENJARA INSTITUSI MENDIDIK DIRI

Anwar Ibrahim menolak pandangan sinis segelintir golongan muda yang beliau sudah tua dan tidak lagi relevan untuk memimpin.

“Ada pandangan sinis yang mengatakan saya sudah tua dan tidak lagi relevan (untuk kembali ke dalam kerajaan),” katanya berucap dalam Majlis Makan Malam Pidato Malaysia Baru: Mengisi Harapan Rakyat, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya malam semalam.

Anwar menjelaskan semasa di penjara, beliau banyak bergaul dengan golongan bawahan yang hampir 90% ialah penghuni penjara dan warga asing.“Saya pernah menyaksikan anak muda yang dipenjarakan kerana hanya mencuri seluar jeans dan warga asing yang datang ke sini untuk mencari rezeki, tetapi ditipu dan dihukum penjara.”

Ianya memberi kesedaran bahawa hanya dengan sedikit kesalahan itu mereka terpenjara sedangkan yang maha kaya menyapu sesuka hati.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, September 17, 2018
https://wrlr.blogspot.com/2018/09/penjara-institusi-mendidik-diri.html

Dimamah ulat, tahan sakit, lapar 3 hari, demi negara
31 JULAI 2018
Dimamah ulat, tahan sakit, lapar 3 hari, demi negara
PUTRAJAYA - Walaupun dimamah ulat dan terpaksa menahan kesakitan dan rasa lapar selama tiga hari berikutan terkena dua tembakan, Renjer Abang Bolhi Abang Doladi tetap bertarung nyawa untuk berjuang mempertahankan kedaulatan negara daripada serangan komunis dalam satu pertempuran di Hutan Ulu Kinta Perak pada tahun 1971.

Dalam Operasi Iblis 1971 (Op Iblis), Abang Bolhi yang berasal dari Sri Aman, Sarawak terkena tembakan di bahagian belakang sehingga menembusi dada kanan dan satu lagi tembakan di jari kelingking kirinya dalam pertempuran itu.

Berpegang kepada kata-kata azimat ‘Agi Idup Agi Ngelaban’, pemuda yang hanya berusia 24 tahun ketika itu dan sudah mengalami kecederaan, berjaya melepaskan beberapa tembakan dan membunuh tiga penganas komunis.

Namun begitu, berikutan kedudukan pada ketika itu di kawasan cerun yang tersembunyi, beliau terpaksa menahan kesakitan dan kelaparan selama tiga hari kerana gagal ditemui rakan seperjuangannya.

“Berikutan kecederaan, saya tidak boleh bergerak dan luka di badan mulai dimamah ulat… Selama tiga hari, saya terpaksa menahan lapar dengan hanya minum air sahaja.

“Masa itu, saya bertekad untuk hidup kerana mahu berjumpa ibu bapa saya yang berada di kampung… syukur kerana Tuhan memanjangkan usia saya sehingga ke hari ini,” katanya selepas sambutan Hari Pahlawan 2018 di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1, di sini hari ini.

Abang Bolhi berkata, kecederaan itu mengambil masa hampir lima bulan untuk sembuh namun beliau menyifatkan ia hanya ‘perkara kecil’ kerana hasratnya adalah untuk memperjuangkan kedaulatan negara daripada serangan komunis.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke majlis yang penuh istiadat itu.

Pada sambutan Hari Pahlawan hari ini, pantomime “Operasi Iblis 1971” dipersembahan untuk mengenang jasa Kapten Mohana Chandran yang terkorban dalam pertempuran dan mencederakan Abang bolhi dan renjer Bajau Ladi.

Abang Bolhi bersama lima lagi rakan seperjuangan dalam pertempuran itu diberi penghormatan menghadap Sultan Muhammad V.

Op Iblis dilancarkan Markas Briged Kedua lnfantri Malaysia pada tahun 1971 berikutan penemuan kehadiran pengganas komunis di kawasan Hutan Korbu, Sungai Siput dan Tanah Hitam, Perak pada 31 Mei 1971.

Ia digerakkan bagi mencari dan memusnahkan Unit Penggempur ke-5 Pasukan Gerakan Komunis (PGK) yang menjadikan kawasan Bukit Berapit, Air Kala, Hutan Simpan Kinta dan Slim River, Perak sebagai kubu baharu mereka.

Pada 3 Jun 1971, kumpulan tinjau khas berkekuatan 23 orang anggota campuran yang diketuai Mohana Chandran bergerak menuju ke kawasan Tanah Hitam Chemor melalui Hutan Rizab Bukit Kinta, Perak bagi mengesan pengganas komunis itu.

Pada 13 Jun 1971, kumpulan itu diaturgerak dan berjaya mengesan kem musuh yang mempunayi 25 hingga 30 orang komunis dan atas taat setia dan semangat cintakan negara, Mohana Chandran dan kumpulannya telah menyerang kedudukan kem musuh.

Dalam kejadian berbalas tembakan, Mohana Chandran terkena tembakan tetapi beliau tetap berjuang dan berbalas tembakan sehingga sebutir peluru musuh menembusi kepalanya. -Bernama

Dimamah ulat, tahan sakit, lapar 3 hari, demi negara - Nasional - Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/nasional/dimamah-ulat-tahan-sakit-lapar-3-hari-demi-negara-1.862606



AHAD, 16 SEPTEMBER 2018
DUIT HAJI NAJIB
DUIT HAJI NAJIB: Dari mana datang duhit Haji Najib ..musti lah dari Tohan ..dah ditetapkan sejak pancot lagi .. tak caya jugak ..tanya lah Tuang Guru Hashibul Hikayah Sosok No Dua Teralim Planet Dunia Haji Hadi El-Sotonggee. 

on DARI MANA DUIT NAJIB
panglimo potaseh
on 9/14/18
http://tukartiub.blogspot.com/2018/09/duit-haji-najib.html

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...

PH hanya berkuasa setahun sahaja lagi?

APABILA kerjasama PAS dan UMNO sudah dizahirkan secara tidak berselindung lagi, sepwajibnya Pakatan Harapan sudah boleh menjangkakan satu tekanan kuat buat mereka. Tekanan dan ancaman ini jika tidak diurus dengan baik akan mengundang padah yang besar kepada kekuasaan yang sedia ada pada hari ini.

Peratus melayu yang mengundi Pakatan Harapan bukanlah suatu angka yang besar. Dan tidak mustahil peratusan itu akan terus merosot dari hari ke hari.

Ini sebenarnya suatu amaran buat pendesak yang ada di dalam Pakatan Harapan terutama berkaitan dengan kedudukan orang melayu dan Islam. Jika terus menerus mendesak terhadap perkara yang dikira sensitif dikalangan orang melayu, akhirnya pasti anda akan gigit jari.

~ Menconteng Untuk Perubahan™

Kita tidak boleh menafikan sama sekali, ada sesetengah isu yang dipolimikkan hanyalah isu yang dibesar-besarkan. Jangan lupa juga ada sesetengah isu yang dibawa oleh PH sebelum menjadi kerajaan, ada juga yang dibesarkan melalui media sosial. Walaupun PH boleh menafikan beberapa isu, mereka juga tidak boleh menepikan pengaruh dan ledakan media sosial. Jika masih ditahap 'honeymoon' dan tidak cepat bertindak, peratusan untuk melayu menyokong PH semakin menipis.

Dalam bulan Jun dan Julai saya pernah meramalkan bahawa PAS dan UMNO akan bekerjasama / bersatu. Kini melalui muktamar PAS, UMNO dilihat hadir dan lebih mesra untuk mencorak satu kerjasama kukuh bagi menghadapi PH.

Najib tidak lagi dilihat sebagai suatu beban kepada UMNO dari kaca mata PAS. PAS boleh melupakan semua keburukan yang dilakukan oleh bos UMNO terdahulu. Dan selepas selesai perbicaraan Najib kelak, UMNO seolah-olah dilihat 'bersih' oleh PAS dan rakyat.

Selepas itu, fokus PAS dan UMNO adalah untuk menawan Putrajaya. Kita boleh jangka, isu melayu dan Islam selepas ini akan digembur habis- habisan.

MCA dan MIC jika mahu terus menerus relevan, mahu atau tidak akan tunduk dan patuh kepada dua parti besar orang melayu ini. Mungkin Barisan Nasional akan terkuvbur dan satu nama lain akan diwujudkan.

Suatu perkara lagi yang harus diberi perhatian adalah persaingan dua kem di dalam PKR.

Tidak mustahil juga, ada kelompok - kelompok tertentu akan berhijrah ke kem pembangkang yang akan diwujudkan kemudian. Akibat kalah dan parah, siapa boleh menjangkakan semua ini.

Saya melihat perkara yang paling utama adalah perlu golongan pendesak di dalam PH untuk berfikir kembali tindakan mereka.

Mahu terus mendesak atau terus gigit jari!
PH hanya berkuasa setahun sahaja lagi? ~ Menconteng Untuk Perubahan™
http://penburukonline.blogspot.com/2018/09/ph-hanya-berkuasa-setahun-sahaja-lagi.html

AHAD, 16 SEPTEMBER 2018
SEKETUL DAGING BABI
APA JADI DENGAN SEKETUL DAGING BABI. 'Salah tetap salah, tiada simpati'

KUALA NERUS - Wakil Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) mengingatkan pemimpin Pas supaya berhati-hati walaupun kini sedang berbaik-baik dengan Umno.

Lau Chin Chua berkata, hubungan terjalin bukan alasan untuk menidakkan perlakuan pemimpin Umno yang rebah dalam PRU lalu disebabkan penyakit rasuah.
LU TAK RASA LU MANA TAU
http://tukartiub.blogspot.com/2018/09/seketul-daging-babi_16.html

AHAD, 16 SEPTEMBER 2018
SEMUA LINGKUP MINGKUP
JENG JENG JENG SEMUA LINGKUP MINGKUP DEEPAK MINTA AMPOON AKAN BOCOR SEMUA CERITA
SAYA ADA BUKTI NAJIB PAKSA SHAFEE MENYIMPANG DARI KEADILAN, KATA AHLI PERNIAGAAN 

AHLI perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa memiliki rakaman audio dan video bukti peguam Muhammad Shafee Abdullah dan Abdul Azeez Abdul Rahim menyimpang keadilan dalam saman penyiasat persendirian P. Balasubramaniam.

Deepak yang membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi semalam berkata, Shafee diminta oleh Najib untuk mewakilinya dalam saman itu tanpa kerelaan peguam itu. 

Katanya beliau turut memberi keterangan di mahkamah bahawa Shafee dipaksa oleh Najib.
SATU DUNIA TUNGGU KESAH KAKAK DG ADIK KESAH KAK MAH DENGAN ADIK DEEPAK BUKAN ADIK DI FUCK KAH KAH KAH

POSTED BY TUKAR TIUB PADA 1:00:00 PTG
16 SEPTEMBER 2018 10:05 PTG
http://tukartiub.blogspot.com/2018/09/semua-lingkup-mingkup.html

Sunday, 16 September 2018
ANWAR SEPATUTNYA DIBERI KEMENANGAN YANG SELESA DI PORT DICKSON, TAPI....

Entah mengapa, malah semacam  tiba-tiba, sentimen berkaitan pilihanraya kecil Port Dickson yang tujuannya mahu meletakkan semula Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen, telah berubah menjadi bercabang-cabang dan tidak seperti yang diharapkan.

Terikat dengan janji bahawa Anwar telah dipersetujui untuk menggantikan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-8, pilihanraya kecil Port Dickson sepatutnya disambut dengan rasa gembira oleh semua pihak dalam Pakatan Harapan.

Setidak-tidaknya, dengan Anwar sudah bergelar Ahli Parlimen, jika apa-apa terjadi kepada Tun Mahathir, soal pengganti Perdana Menteri tidak lagi menjadi masalah kepada gabungan itu.

Berbanding Anwar tidak bergelar Ahli Parlimen dan kalau tiba-tiba secara tidak semena-mena berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada Tun Mahathir, sudah tentu akan berlaku sedikit kekalutan dalam soal menentukan siapa yang mahu diletakkan sebagai penggantinya.

Apakah ketika itu Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan dilantik sebagai pemangku Perdana Menteri atau terus mengambil alih jawatan Perdana Menteri?

Sebab itu, bagi Pakatan Harapan seluruhnya, Langkah Port Dickson ini harus diterima dan dihadapi dengan satu sentimen dan komitmen yang jelas iaitu menjamin kemenangan yang selesa buat Anwar.

Hanya dengan kemenangan selesa kepada Anwar saja dapat meredakan segala keributan dan syak wasangka berkaitan Pakatan Harapan dan juga tentang hubungan Presiden PKR itu dengan Tun Mahathir.

Selebihnya, kemenangan selesa itu, menuruti kemenangan dalam tiga pilihanraya kecil sebelum ini, adalah ubat paling mujarab untuk terus mendiamkan UMNO dan Pas daripada berterusan berpencak yang bertujuan mengkucar-kacirkan Pakatan Harapan.

Bayangkan betapa meraknya tocang UMNO dan Pas jika di Port Dickson ini, Anwar hanya menang tipis atau lebih parah, kalau ditimpa kekalahan?

Oleh yang demikian, demi kestabilan, kekukuhan dan terus memudahkan Tun Mahathir dalam mentadbir negara, tiada pilihan selain memastikan kemenangan selesa serta bergaya buat Anwar di Port Dickson.

Namun, di sebalik itu, sentimen lain yang wujud kebelakangan ini jelas tidak berapa sedap kedengaran di mana terdapat suara-suara di kalangan penyokong Pakatan Harapan sendiri yang lebih suka melihat agar Anwar tidak menang di Port Dickson.

Alasan yang ditampilkan ialah Anwar dilihat begitu tergesa-gesa mahu mengambil alih jawatan Perdana Menteri, meskipun Tun Mahathir sudah membayangkan hanya akan memegang jawatan itu selama dua tahun saja.

Mereka berhujah, mengapa tidak Anwar kembali sebagai Ahli Parlimen setelah setahun atau setahun setengah Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri?

Kenapa hanya baru empat bulan Tun Mahathir jadi Perdana Menteri dan masih dalam bertungkus lumus hendak memulihkan negara, Anwar tiba-tiba sudah mahu jadi Ahli Parlimen?

Apakah beliau masih meragui janji Tun Mahathir dan tidak mempercayai konsensus Pakatan Harapan mengenai kedudukannya sebagai Perdana Menteri ke-8?

Lagi pula, untuk apa Anwar tergesa-gesa hendak masuk ke Parlimen, sedangkan isterinya sudah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan anaknya, Nurul Izzah turut merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh?

Selain itu, mengapa Anwar memilih Port Dickson dan tidak Pandan atau Permatang Pauh yang kini diwakili oleh isteri dan anaknya tidak kurang menjadi persoalan ramai.

Kata mereka yang berhujah, jika benar Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan meletakkan jawatan sebaik Anwar menjadi Perdana Menteri, bukankah lebih baik beliau bertanding di kawasan Pandan yang sekarang diwakili isterinya itu?

Tidak kurang yang mempersoalkan di mana janji Anwar sebaik keluar penjara dan diberi pengampunan sebelum ini yang mahu menghabiskan sekurang-kurangnya dua tahun untuk bercuti dan memberi syarahan di universiti-universiti luar negara?

Berdasarkan semua alasan itu, ramai yang berhujah bahawa lebih baik Anwar kalah dalam pilihanraya kecil Port Dickson dan kemudian boleh kembali sebagai Ahli Parlimen dalam PRU15 pada tahun 2023 akan datang.

Ia bahkan dikatakan selain untuk memberi pengajaran kepada Anwar yang dilihat tidak sabar dan mementingkan diri sendiri, turut memberi ruang yang cukup selesa kepada Tun Mahathir dan kabinet sedia ada menyelesaikan pelbagai permasalahan negara yang ditinggalkan oleh Najib Razak.

Apa pun, sementara tarikh penamaan calon dan pengundian belum ditetapkan lagi dan tempoh bertenang masih ada lebih kurang 60 hari daripada sekarang, Pakatan Harapan dan PKR khususnya, harus menguruskan sentimen penolakan itu dengan sebaik-baiknya.

Apatah lagi, sentimen itu melibatkan nama-nama yang dikenali ramai seperti S Ambiga, bekas Pengerusi Bersih, selain Langkah Port Dickson juga dikatakan hanya cetusan kehendak Rafizi Ramli dan tidak dibincangkan dalam Biro Politik PKR.

Sentimen itu, kalau tidak diuruskan dengan baik dan kemudian berkembang dengan meluas di media-media sosial, ia tidak mustahil akan memberi kesulitan kepada langkah Anwar untuk mencapai kemenangan di Port Dickson.Bahayanya jika Anwar kalah di Port Dickson ialah ia tidak saja akan mengkucar-kacirkan Pakatan Harapan, malah sama seperti menghadiahkan ufti kemenangan kepada pihak lawan iaitu UMNO dan Pas.Apakah itu lebih baik? 

(ShahbudinHusin 16/09/2018).
Shahbudin dot com: ANWAR SEPATUTNYA DIBERI KEMENANGAN YANG SELESA DI PORT DICKSON, TAPI....
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/anwar-sepatutnya-diberi-kemenangan.html

AHAD, 16 SEPTEMBER 2018
ITAM BIN LEGAM
Ikan sturgeeeon putih asal eeerusia menghasilkan tieeeelur eeeetham yang tersangeet sangeeet maheeellll hargeee dan nilainya yang dipanggil kavieeer.. ..tiiieeeelur termaheeel didunieeeaa ... Maheeeelllll bangeeeeet.. ...ciri2 kavieeer tu 

.....kalerrr nyerrrr eeeeehtam bangeeetttt..maheeellll bangeeet... Cinoneeet cinoneeeet githoooo.... .agaknya.. Gini rupeeenyee kavieeeerrrr tu kalau dalam beeentuk lowyeeer yeeeeehhhh.... Kakakakakakkakkaka....one more... Kakakakakkakakakaka 

on LOGAM GOLAP
Publish | Delete | Spam
DIDI KOTA BELUD
on 9/14/18
POSTED BY TUKAR TIUB PADA 2:00:00 PTG
http://tukartiub.blogspot.com/2018/09/itam-bin-legam.html

AHAD, 16 SEPTEMBER 2018
8 aktivis pelajar ditahan di himpunan 'Pandang Sabah'
Alyaa Alhadjri
Lapan aktivis pelajar ditahan pada demonstrasi bantahan yang dinamakan 'Pandang Sabah' yang diadakan sempena Hari Malaysia di hadapan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di Kota Kinabalu pagi ini.

Perkara itu turut dihebahkan oleh Penyelaras Suaram, Amir Abdul Hadi dalam perkongsian di Facebook.

Aktivis pelajar berkenaan dikatakan menyatakan 10 tuntutan termasuk penyelesaian terhadap isu rakyat tanpa kewarganegaraan di Sabah, keselamatan perairan, isu pendidikan dan kemiskinan.

Salah seorang yang ditahan, Asrin Untong, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka dibawa ke balai polis Karamunsing untuk diambil keterangan atas dakwaan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Kami juga mungkin disiasat atas dakwaan menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas," katanya ketika dihubungi.

Menurut Asrin, peserta demonstrasi mula berkumpul di hadapan DBKK sekitar 8.30 pagi sementara menunggu peserta lain untuk berarak ke pasar minggu di Jalan gaya.

Dia mendakwa bahawa pegawai DBKK "membuat provokasi" terhadap peserta demonstrasi itu dengan menolak mereka untuk menyuraikan himpunan.

Dalam klip video di Facebook Mukmin Nantang, salah seorang aktivis yang ditahan, peserta demonstrasi yang enggan bersurai dilihat bergelut dengan pegawai DBKK dan polis.

Beberapa aktivis pelajar berkenaan kemudian dilihat dimasukkan ke lori polis dengan ada antara mereka menjerit dan mendakwa dipukul anggota polis.

Asrin memaklumkan bahawa pelajar berkenaan adalah Sabir Syarifuddin yang merupakan pelajar Universiti Malaysia Sabah.

"Bajunya koyak, dia ditumbuk dan ditendang," dakwa Asrin dan menambah beberapa yang lain turut mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu.

Asrin memaklumkan bahawa empat yang lain yang ditahan adalah Mohd Rosyaidi Abdul Latiff, Razdey Ruslin, Syed Syaqir Adhli Syed Redzuan, Zulfian Ansar dan Khairuddin Daud.

Pemuda AMANAH gesa bebaskan tahanan

Mengulas insiden itu dalam kenyataan medianya, Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional Shazni Munir Mohd Ithin membidas tindakan polis yang membuat tangkapan.

"Tangkapan yang berlaku ketika seluruh rakyat meraikan sambutan Hari Malaysia merupakan insiden yang memalukan negara dan amat-amat tidak boleh diterima.

"Program Pandang Ke Sabah merupakan kempen anjuran anak-anak muda Sabah bagi menuntut dasar dan polisi yang lebih baik untuk masa depan Sabah.

"Sebagai parti bernuansa nasional, Pemuda AMANAH memandang positif kempen ini; dalam kerangka Federalisme serta semangat Perjanjian 1963," katanya.

Shazni turut menggesa agar kesemua aktivis pelajar berkenaan dibebaskan.

"Kepimpinan negeri dan negara wajar menghormati suara dan pandangan anak-anak muda yang kritikal terhadap polisi dan masa depan tanah air.

"Malaysia Baru harus benar-benar baru. Usah diulangi tatacara angkuh kerajaan terdahulu," katanya.
LIHAT VIDEO DI SINI
Dicatat oleh ELBI RISALAH di 9/16/2018 03:29:00 PTG
DIALOG RAKYAT: 8 aktivis pelajar ditahan di himpunan 'Pandang Sabah'
http://dialograkyat.blogspot.com/2018/09/8-aktivis-pelajar-ditahan-di-himpunan.html


Tiada ulasan: