Jumaat, 21 September 2018

Satu-satunya penyelesaian ialah tidak ada pertandingan… jadi saya akan mengikuti kaedah Korea Utara. 8234.


Rafizi, Azmin: Siapa pilihan Anwar?
SINGAPURA – Kedua-dua calon bagi jawatan timbalan presiden PKR adalah “pintar”, cerdas dan mempunyai rekod yang baik”, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang baru-baru ini memenangi jawatan Presiden PKR berkata demikian pada Siri Syarahan Kepimpinan Ho Rih Hwa yang dianjurkan oleh Singapore Management University.

Anwar selaku penceramah terkemuka ke-10 bagi Siri itu berucap atas topik bertajuk “Kepimpinan pada Abad Ke-21: Angin Perubahan”.

Anwar menjawab soalan daripada hadirin yang bertanya bagaimana beliau akan menyatukan Mohd Rafizi Ramli dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kedua-duanya bertanding merebut jawatan tersebut.

“Apa masalahnya? Ini adalah pemilihan demokratik. Mereka adalah dua personaliti… Mengapa pula ini akan membawa perpecahan dalam parti… (Kemungkinan) satu-satunya penyelesaian ialah tidak ada pertandingan… jadi saya akan mengikuti kaedah Korea Utara.

“Ini adalah demokrasi yang anda perlu bersikap toleransi...anda harus menerima hakikat bahawa mereka perlu berkempen… semangat demokratik yang mereka kekalkan untuk bertanding… memenangi pemilihan,” kata beliau.

Pemilihan akan diadakan secara berperingkat bermula Sabtu hingga 28 Okt untuk memilih wakil Majlis Kepimpinan Pusat iaitu timbalan presiden, naib presiden, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), ketua Wanita dan anggota majlis.

Anwar menang tanpa bertanding sebagai presiden PKR.

“Memang menjadi tugas saya sebagai presiden untuk membawa mereka bersama dan memberi peranan yang sesuai kepada calon yang tewas dalam pemilihan parti...lebih-lebih lagi ini adalah pemilihan di kalangan anggota parti,” kata beliau.

Beliau menarik perhatian bahawa media yang “nampaknya” melaporkan bahawa terdapat perpecahan dalam PKR.
-Bernama
at 9/21/2018 01:04:00 PG
KERENGGA: Rafizi, Azmin: Siapa pilihan Anwar?
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/rafizi-azmin-siapa-pilihan-anwar.html

21 September 2018
Tok Pa buat U-turn... 
Image result for tok pa naik teksi
Jangan malu tinggalkan UMNO, parti Melayu yg hilang roh perjuangan, ditunggangi para kaldai status koruptor, pimpinan bomoh Ponorogo yang hilang mantra kesaktiannya. Tidak hairan bin terkejut kalau banyak ahli UMNO yang benci terhadap Najib, bininya Rosmah dan pimpinan parti yang punya kudis buta, tokak politik, akan bye-bye kelak.

Tok Pa dianggap salah seorang paling sedikit dari marhum kabinet Najib yg dianggap bersih. Dia sedar UMNO bukan lagi memperjuangkan kepentingan Melayu, rakyat, agama dan negara tetapi menjaga tembolok dan perut buncit para elit pimpinan Melayu yg super korup, lupa daratan, tidak berpegang pada tali Allah. Welcome Tok Pa mencari jalan lurus dalam perjuangan membentuk sejarah gemilang melalui PH.hendaknya.

Saya kenal baik Tok Pa. Kami sama-sama belajar di Australia. Dia di Melbourne U, saya Monash U. Saya jadi Presiden Persatuan Melayu Victoria, dia jadi setiausaha agungnya. Kami merancang mengadakan seminar politik tiga hari di Monash dimana Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun dan PM) menjadi salah seorang penceramahnya. Kali pertama dlm sejarah persatuan mahasiswa Malaysia mengadakan seminar politik antarabangsa di Australia dimana para penceramah dari Malaysia dan professor bidang politik Asia mengambil bahagian.

PH wajar menerima bekas ahli UMNO dan PAS menyertainya. Saringan mesti ada supaya tidak menerima para koruptor, oportunis,. kelas jerung dan naga bunting menyertainya. Bekas menteri dan pemimpin BN yg super korup dan punya kes jenayah berat jangan sekali-kali diterima sebagai ahli PH. Tempat mereka di Sg Buloh.

Besar kemungkinan banyak ahli UMNO akan mengikuti jejak langkah Tok Pa. Tahniah. UMNO tak akan kembali berkuasa lagi. Bala dan sial timpa menimpa parti itu apalagi ia dipimpin oleh kabilah yang banyak tokah dan kudis buta politik yg menjijikkan.

Biarlah UMNO dipim;pin bomoh Ponorogo dengan mantra politiknya yg hilang kesaktian. Biarlah dia merhaban , berpelukan dengan Hj Hadi Awang, yg putih mata melihat Mat Sabu jadi menteri pertahanan, dan dia masih meroyan dan bimbang menunggu keputusan hakim di London April tahun depan kes saman malunya terhadap Clare RewCastle Brown, editor Sarawak Report. Kalau nasib tak baik, dan dia kalah besar kemungkinan akan menghadapi tindakan undang-undang pula dari editor tersebut. Mungkinkah Hj Hadi gadai serban dan jubah kelak? Allah saja yang maha tahu.

Wahai ahli-ahli UMNO dan PAS, mari-mari-mari tinggalkan parti kalian dan sertai PH kalau hendak berjuang melalui perjuangan 'Malaysia Baru'. - Yahaya Ismail
Image may contain: 1 person, text
Najib mengaku tak bersalah 4 tuduhan rasuah, 21 pengubahan wang haram...
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas empat tuduhan rasuah berjumlah RM2.3 bilion melibatkan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dimasukkan ke akaun peribadi beliau.

Empat pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Najib, 65 turut mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) - Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) melibatkan jumlah lebih RM3.5 bilion.
Beliau membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Pendakwaan diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala peguam Tan sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai barisan pembelaan.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azura Alwi menetapkan ikat jamin terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebanyak RM3.5 juta berhubung 25 pertuduhan yang dihadapinya.
Image may contain: 3 people, people standing
Songlap 2.6billion dapat keistimewaan? Why?
Hakim Azura juga mengarahkan wang ikat jamin itu mesti dibayar secara penuh pada 28 Sept.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberi jaminan sebanyak RM1 juta akan dibayar esok, manakala RM500,000 akan dibayar setiap hari sehingga tarikh itu.

Dua individu dinamakan sebagai penjamin iaitu Mohd Nizar Najib dan Mohd Shahrir Arifin.

Keputusan ini bermakna Najib terlepas daripada bermalam di penjara pada malam ini.
Image may contain: 1 person, sitting
Datuk Seri Najib Razak mengalu-alukan perbicaraan terhadapnya berhubung dana RM2.6 bilion dan menyifatkannya sebagai peluang untuk membersihkan namanya.

"Isu RM2.6 bilion telah diguna habis-habisan untuk mengutuk, memburuk dan mencaci saya selama ini. Dengan pertuduhan hari ini, ia akan beri peluang kepada saya untuk membersihkan nama.

"Saya bukan seorang pencuri. Dan mudah-mudahan perjalanan (perbicaraan) akan berkesudahan dengan kebenaran ditegakkan," katanya kepada pemberita di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. - mk
A star-studded, scandal: Jho Low's $5 bil.heist
20 September 1998 - Anwar Ibrahim
20 September 2018 - Najib Razak
From the same mastermind...
Image may contain: one or more people and outdoor
Antara penyokong Najib dan Anwar...
Penyokong Najib sudah merungut dan marah hanya dihalang daripada masuk ke mahkamah ramai ramai.

Halangan itu kecil berbanding dengan apa dihadapi oleh para penyokong Anwar diera reformasi dulu. 

Ada penyokong Anwar diketuk dengan cota, disembur dengan air berkimia, digari dan sebagainya. Kalau penyokong Najib setakat dihalang itu belum ada apa apalah.

Kata orang itu hanya permulaan sahaja. Saya akan iktiraf kegigihan penyokong Najib apabila memberi sokongan Najib sehingga dialami oleh penyokong Anwar dulu. 

Dengar khabar 3 juta ahli UMNO turun... kah!!! 5x - MSO
UMNO digging its own grave...
In under 24 hours, two senior Umno leaders -- former international trade and industry minister Mustapa Mohamed and former foreign minister Anifah Aman -- have left the party.

The close contacts between Umno and PAS in recent weeks, including Umno top leaders showing up at PAS muktamar, have prompted these two relatively moderate Umno leaders to finalize their exit plans.

Both Mustapa and Anifah are members of parliament, and their departure has brought the number of MPs quitting Umno after GE14 to five, and further slashed the number of Umno MPs to 49.

Will there be more in the days to come? How will the Umno leadership view the current wave of exodus? Any new development henceforth is bound to impact the country's political landscape.

In his statement, Mustapa said he made up his mind seeing that Umno's current direction is no longer consistent with what he has always believed, and that there are few signs the leaders are putting sufficient effort to revive the party.
Meanwhile, Anifah said he left because he wanted to defend the rights of Sabahans, and he has earlier expressed his support for PM Mahathir's statement on equal partner status for Sabah and Sarawak.

As a matter of fact, many Umno leaders hold the same views as Mustapa. Despite a change in leadership post-GE14, Umno has so far not set a goal for its future.

Having failed in its bid to form an alliance with PAS, Umno is now looking at other parties in hope of seeking a shortcut to return to the core of power, without making an attempt to restore the lost public confidence.

Umno should at least show to the grassroots that the party is putting some effort to reform itself. Lacking of this gesture has no doubt frustrated many party members.

Mustapa has as early as May openly criticized the existence of warlords in the party. These people are arrogant, brazenly practicing money politics and boosting their own support through racist politics.
Former Umno Youth chief Khairy Jamaluddin has said party president Ahmad Zahid Hamidi should take full responsibility for the exodus. Unfortunately his predecessor Najib has come to his defence.

Certain supreme council leaders have also accused Pakatan Harapan of spreading rumors to hurt Umno's morale. And Lokman Adam says this provides an opportunity for Umno to clean up the house so that the party can start afresh after the departure of those unhappy with Umno-PAS cooperation.

What he says is putting more chill in the moderate leaders in Umno.

Umno has deflected from the path of moderation as it makes no effort to woo back the lost support from Muslim Malays and other ethnic communities. The party leadership even condones the acts of some grassroots leaders playing the racist religious cards.

This will only make Umno and BN increasingly irrelevant in this country and remotely likely to return to Putrajaya in near future. - mysinchew
No automatic alt text available.
PRK Port Dickson



Image may contain: 1 person, text

cheers.
tumpang sekole...?: Tok Pa buat U-turn...
https://alditta.blogspot.com/2018/09/tok-pa-buat-u-turn.html

Mengapa ruang media sosial tidak lagi dikuasai Pakatan Harapan?
ADAM ADLI
Baru-baru ini dalam sebuah program dialog bersama penduduk tempatan yang rata-rata adalah pendukung Pakatan Harapan di Machang Bubok, sebuah daerah dalam Bukit Mertajam, salah seorang hadirin telah bangun untuk meluahkan kekecewaan beliau ke atas situasi semasa.

Beliau tidak meluahkan kecewa kerana tidak mendapat jawatan. Jauh sekali kerana tidak mendapat habuan projek atau tender daripada kerajaan.

Beliau, seperti ramai yang lain di bawah ini hanya meluahkan rasa tersinggung apabila gagal untuk menjawab sindiran teman-teman sekampung setiap kali bertemu di kedai-kedai kopi.

Tentu sekali lelaki pertengahan umur ini selama bertahun-tahun telah dengan sukarela berkempen untuk Pakatan Harapan tanpa mengharap balasan.

Satu-satunya yang beliau mahu lihat adalah tumbangnya Umno-Barisan Nasional dan runtuhnya ego Parti Islam Se-Malaysia. Dan itu telah pun berjaya beliau capai.

Namun beliau yang seharusnya mampu berbangga, hari ini tidak mampu menunjukkan muka dek kerana segan dengan sindiran orang-orang di sekelilingnya.

Saya memahami apa yang beliau hadapi. Mereka jelas bukan segan atau malu kerana ia benar. Mereka segan dan malu kerana tidak tahu bagaimana hendak menjawab sindiran sedemikian.

Apabila janji 100 hari yang digariskan Pakatan Harapan, yang dijadikan sandaran ketika berkempen, hari ini dipermainkan seluas-luasnya oleh musuh politik, mereka tidak ada idea bagaimana untuk menjawabnya. Itu sahaja.

Beliau sama seperti saya tidak pernah sedikit pun mengikat diri dengan janji yang ditawarkan sewaktu menyatakan sikap untuk menyokong Pakatan dalam pilihan raya yang lalu. Beliau hanya mahu melihat Umno-Barisan Nasional tumbang.

Namun berhadapan masyarakat yang tidak berkongsi citra dan falsafah yang sama, tidak mudah untuk beliau menggunakan rasional sedemikian untuk menjawab sindiran yang diterima.

Mungkin boleh, namun ia tidak adil juga kepada mereka yang benar-benar menagih janji. Iyalah, bukan semua melihat politik sebagaimana kita melihatnya.

Bukan semua yang mengundi keluar Umno dahulu adalah pembenci Umno. Mereka adalah orang-orang yang berharap keadaan akan jadi lebih baik di bawah kerajaan yang baharu.

Mengambil kesempatan daripada luahan tersebut saya nyatakan persetujuan tentang dilema orang-orang di bawah seperti beliau.

Sekian lama menjadi pembangkang yang sifatnya menyerang, bukan mudah untuk tiba-tiba bertukar kepada sifat bertahan selepas kini menjadi kerajaan.

Masalahnya bukan pada soal janji atau prestasi kerajaan hari ini. Siapa pun yang rasional akan menyedari prestasi kerajaan hari ini biar pun tidak sebaik yang diharap tidak pula seburuk yang disangka.

Menyedari bahawa kerosakan yang berlaku sudah berakar dalam sistem kerajaan sejak berdekad lama, apa yang dicapai dan diusahakan oleh Pakatan Harapan sebagai kerajaan baharu tidaklah begitu mengecewakan.

Masalahnya sebenarnya adalah pada komunikasi awam. Entah kenapa, naratif politik yang selama ini dikawal oleh Pakatan Harapan tidak lagi begitu kuat seperti sebelum pilihan raya.

Tidak pasti kalau menteri-menteri dan pegawai media mereka sedar atau tidak kerajaan Pakatan Harapan ini begitu ketinggalan dan teruk dibahan dalam media sosial.

Sekelip mata sahaja, ruang maya hari ini berubah naratifnya. Watak jahat bukan lagi Umno-Barisan Nasional mahupun Najib.

Janganlah kerana sudah menguasai media arus perdana televisyen, radio, dan akhbar, ruang media sosial diabaikan.

Ruang media sosial, ruang maya ini adalah ruang yang jauh lebih kuat pengaruhnya berbanding media arus perdana.

Apa yang dibincangkan di dalam ruang ini telah mempengaruhi keputusan politik yang dibuat rakyat dalam pilihan raya yang lepas maka ruang ini tidak wajar dibiarkan terlepas dikuasai musuh politik Pakatan Harapan.

Perang propaganda tidak pernah tamat hanya kerana pilihan raya sudah selesai.

Pakatan Harapan yang kini daripada sudut hukum sudah bertambah kekuatan politiknya seharusnya mampu menangkis propaganda ini dengan mudah, namun entah kenapa ia tidak berlaku.

Andai sahaja ruang media sosial dapat dikawal semula naratifnya seperti sebelum ini dan tidak dibiarkan ia dikuasai musuh penyokong Pakatan Harapan seperti lelaki pertengahan umur tadi tidak perlu tunduk malu dengan masyarakat keliling beliau kerana gagal menjawab sindiran.

*Penulis adalah bekas aktivis mahasiswa, kini kembali menyambung pelajaran di UPSI.
at 9/21/2018 02:00:00 PG
KERENGGA: Mengapa ruang media sosial tidak lagi dikuasai Pakatan Harapan?
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/mengapa-ruang-media-sosial-tidak-lagi.html


Tiada ulasan: