Sabtu, 27 Oktober 2018

Agenda zionis, iluminati dan yahudi laknatullah untuk menguasai dunia. 8548.


Tu hari ada hamba Allah minta bukti. Memang putar alam. Nauzubillahminzalik. Siap ada puak turut tunjuk hero, yang terjerit-jerit minta bukti bagai. Astaghfirullahalazim. Orang solat lima waktu, berpuasa di Bulan Ramadhan ...dia x beriman tiba-tiba hal hukuman kempada umat Islam yang ingkar kepada beriman pada Allah ...makhluk itu pula jadi sasau sibuk. Nauzubillahminzalik.

SABTU, 27 OKTOBER 2018

Hadi: Dedah rahsia, Guan Eng tunjuk moral tidak elok

MALAYSIAKINI

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan permintaan kerajaan negeri Kelantan untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan pusat sebagai tidak bermoral.

Ini kerana katanya, surat permohonan pendahuluan Kerajaan Kelantan itu adalah bersifat rahsia dan tidak sewajarnya didedahkan.

“Memanglah dari segi amalan, akhlak, moralnya tidak elok begitu dan kita pun tak dedah rahsia dia,” ujarnya seperti dilapor Harakahdaily semalam.

Lim pada 22 Oktober lalu memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan Kelantan tidak mampu membayar gaji kakitangan yang berhidmat dengan kerajaan negeri.

Kenyataan itu menimbulkan kemarahan anggota parlimen PAS, yang mendakwa Lim cuba mengelirukan dewan.

Pada Rabu lalu, Lim mendedahkan surat daripada kerajaan Kelantan yang meminta bantuan kewangan sebanyak RM24.5 juta.

Surat itu menyatakan kebimbangan bahawa kerajaan negeri Kelantan tidak mampu membayar gaji kakitangannya.

Lim berkata kerajaan persekutuan memberi jaminan untuk memberi bantuan kerana isu itu melibatkan kakitangan awam.
http://dialograkyat.blogspot.com/2018/10/hadi-dedah-rahsia-guan-eng-tunjuk-moral.html

Siapakah Makhluk Paling Hina Daripada Diri Kita? Baca Dan Semoga Menjadi Ikhtibar Untuk Kita Semua…  

MAKHLUK PALING HINA

Di sebuah sekolah pondok, terdapat seorang pelajar yang tengah menuntut ilmu daripada seorang guru. Sudah bertahun-tahun lamanya si pelajar ini belajar hingga tibalah saat di mana dia akan dibenarkan pulang untuk berbakti kepada masyarakat.

Sebelum dia pulang, gurunya memberi satu ujian kepadanya. Si guru kemudian berkata pada pelajar tersebut, ”Sebelum kamu pulang, dalam tiga hari ini, aku ingin meminta kamu mencarikan seorang atau pun satu makhluk yang lebih hina dan buruk daripada kamu”, ujar si guru.

“Tiga hari itu terlalu lama Tuan Guru. Hari ini saja saya mampu menemui ramai orang atau makhluk yang lebih buruk daripada saya”,  jawab si pelajar penuh keyakinan diri.

Si guru tersenyum seraya mempersilakan muridnya membawa seorang atau pun satu makhluk itu ke hadapannya. Pelajar itu pun keluar dari ruangan gurunya dengan semangat kerana menganggap begitu mudah ujian itu.

Hari itu juga, si pelajar berjalan menyusuri jalanan. Di tengah jalan, dia menemui seorang pemabuk tegar. Menurut pemilik warung yang dijumpainya, orang tersebut selalu mabuk malahan setiap hari.

Fikiran si pelajar sedikit tenang, dalam hatinya dia berkata, “Pasti dia orang yang lebih buruk dariku, setiap hari dia habiskan hanya untuk memabukkan dirinya, sementara aku selalu rajin beribadah.”

Dalam perjalanan pulang si pelajar kembali berfikir, “Rasanya si pemabuk itu belum tentu lebih buruk dari aku. Sekarang dia sering mabuk, tapi siapa yang tahu di akhir hayatnya Allah SWT mendatangkan hidayah hingga dia mampu husnul Khotimah, sedangkan aku yang sekarang rajin ibadah, kalau di akhir hayatku, Allah SWT mengkehendaki Su’ul Khotimah, bagaimana? Ini bermaksud pemabuk itu belum tentu lebih hina dari aku”, ujarnya bimbang.

Si pelajar kemudian kembali melanjutkan perjalanannya mencari orang atau makhluk yang lebih buruk darinya. Di tengah perjalanan, dia menemui seekor anjing yang menjijikkan kerana selain bulunya kusut dan baunya yang busuk, anjing tersebut juga menderita penyakit kudis. “Akhirnya aku temui juga makhluk yang lebih hina dari aku. Anjing tidak hanya haram, tapi juga berpenyakit kudis dan menjijikkan”, kata santri dengan girang.

Dengan menggunakan guni beras, si pelajar membungkus anjing tersebut bertujuan hendak di bawa ke sekolah pondoknya. Namun di tengah jalan, tiba-tiba dia kembali berfikir. “Anjing ini memang buruk rupa dan berkudis, namun benarkah dia lebih buruk dari aku? Oh tidak, kalau anjing ini mati, maka dia tidak akan diminta bertanggung jawab atas apa yang dilakukannya di dunia, sedangkan aku harus bertanggung jawab pada semua perbuatan selama aku di dunia dan boleh jadi aku akan masuk ke neraka”.

Akhirnya si pelajar menyedari bahawa dirinya belum tentu lebih baik dari anjing tersebut. Hari semakin senja, si pelajar masih mencuba kembali mencari orang atau mahkluk yang lebih hina darinya. Namun hingga malam tiba, dia tak juga menemuinya. Lama sekali dia berfikir, hingga akhirnya dia memutuskan untuk pulang ke sekolah pondoknya dan menemui gurunya.

“Bagaimana Anakku, apakah kamu sudah menemukannya?”, tanya sang guru. “Sudah, guru”, jawabnya seraya tertunduk.* “Ternyata di antara orang atau makhluk yang menurut saya sangat buruk, saya tetap paling buruk dari mereka”, ujarnya perlahan.

Mendengar jawapan si pelajar, si guru tersenyum lega. “Alhamdulillah. Kamu ternyata lulus dari perguruanku ini, anakku”, ujar si guru terharu. Kemudian si guru berkata, “Selama kita hidup di dunia, jangan pernah bersikap sombong dan merasa lebih baik atau mulia dari orang ataupun makhluk lain. Kita tidak pernah tahu, bagaimana pengakhiran hidup yang akan kita jalani.

Boleh jadi sekarang kita baik dan mulia, tapi di akhir hayat menjadi makhluk yang seburuk-buruknya. Boleh jadi pula sekarang kita beriman, tapi di akhir hayat, syaitan berhasil memalingkan wajah kita hingga melupakan-Nya”

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang di hatinya ada kesombongan meskipun sebesar biji sawi” (Hadis Riwayat Muslim no.91)

Semoga sedikit ilmu yang dititipkan Allah SWT di hati kita tidak menjadikan kita sombong dalam segala urusan.

Dan semoga di sisa umur yang Allah SWT berikan dapat kita pergunakan sebaik-baiknya untuk memperbanyak amal soleh dan bukan hanya disibukkan dengan urusan duniawi belaka dan semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat, cermin²lah diri kita.

“Aamiin Ya Rabbal Alaamiin”

https://babab.net/out/siapakah-makhluk-paling-hina-daripada-diri-kita-baca-dan-semoga-menjadi-ikhtibar-untuk-kita-semua.html
https://sayaphitam.com/60124/siapakah-makhluk-paling-hina-daripada-diri-kitabaca-dan-semoga-menjadi-ikhtibar-untuk-kita-semua/
Siapakah Makhluk Paling Hina Daripada Diri Kita?Baca Dan Semoga Menjadi Ikhtibar Untuk Kita Semua... - Sayap Hitam Dot Com

Israel pun tolak ICERD, kenapa pula Malaysia harus terima

Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum agenda Zionis hapus keistimewaan bangsa

BANGI, 18 Safar 1440H, Sabtu – Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), adalah agenda Zionis untuk memperluaskan pengaruh, selain bertujuan membela Yahudi, kata Exco Penerangan dan Kajian Pemuda Isma, Muslim Abdullah Zaik.
Beliau berkata, ICERD membawa agenda Zionisme dalam menafikan kedudukan bangsa asal sesebuah negara dan sewajarnya dalam konteks Malaysia, konvensyen itu mesti ditolak.
Katanya, ICERD adalah inisiatif yang bertitik tolak daripada kesan ‘anti-Semitisme’ terhadap orang Yahudi di seluruh dunia pada tahun 1960.
“Pada awalnya ia diwujudkan bagi membela orang Yahudi daripada kebencian yang dikatakan ‘anti-Semitisme’ ke atas mereka.
“Kemudian ia didrafkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada 20 November 1963, yang kemudiannya diterima pakai oleh PBB pada 21 Disember 1965,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sambil menggesa seluruh rakyat Malaysia menolak konvensyen itu, beliau berkata, ICERD akan membawa kepada penghapuskan kedudukan istimewa sesuatu bangsa dalam negara yang meratifikasinya, kecuali bangsa Yahudi.
“Israel sendiri tidak menerima ICERD kerana ia adalah salah satu senjata yang digunakan bagi meleburkan pegangan dan keistimewaan mana-mana bangsa.
“Di Malaysia, yang paling terkesan adalah kedudukan dan keistimewaan orang Melayu dalam pendidikan, ekonomi, pemerintahan, sosial dan politik,” katanya.
Muslim berkata, pihak yang paling untung dalam ratifikasi dan penerimaan ICERD adalah Israel dan Yahudi.
“Mana-mana negara yang tidak dipegang oleh identiti bangsa yang dominan akan mudah dimanipulasi dan ditunggang demi kepentingan pihak lain.
“Di Malaysia, bangsa Melayulah yang selayaknya memegang dominasi dan hala tuju negara. Namun, ia bakal dirungkai jika ICERD diratifikasi dan diterima pakai,” katanya.
Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy berkata, Kerajaan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia, termasuk ICERD pada suku pertama tahun depan.
“Saya ingin menyatakan bahawa meratifikasi konvensyen-konvensyen ini termasuk ICERD adalah selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).
“Komitmen ini bukan sahaja diberi oleh saya tetapi juga Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mujahid Rawa. Ia diperkukuhkan lagi oleh kenyataan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini,” katanya.
Israel pun tolak ICERD, kenapa pula Malaysia harus terima - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
https://www.ismaweb.net/2018/10/27/israel-pun-tolak-icerd-kenapa-pula-malaysia-harus-terima/
Ilustrasi
Ini 7 Kota dengan Harga Makanan Paling Mahal di Dunia Sabtu 27 Oktober 2018, 10:29 WIB 

Batam - Jika di Indonesia memiliki kuliner lezat dengan harga terjangkau, lain halnya dengan beberapa negara lainnya di Asia dan Eropa yang masuk dalam daftar negara dengan makanan paling mahal di dunia.

Menurut survei yang dilakukan Hotels.com pada bulan Juni lalu. Menunjukkan bahwa lebih dari 9.000 orang dari 29 negara berbeda, memilih makanan sebagai faktor utama dalam menentukan tempat liburan.

Tapi Anda harus cermat memilih destinasi yang dikunjungi, karena ada beberapa kota yang memiliki harga tinggi untuk setiap makanan yang dijual di sana.

Dilansir The Daily Meal (26/10/2018), berikut 7 kota di dunia dengan harga makanan termahal:

1. Tokyo
Menempati peringkat 7, kota Tokyo di Jepang masuk ke dalam daftar kota dengan makanan termahal.
Meski Tokyo punya banyak street food, dan gerai restoran yang terjangkau. Dibutuhkan sekiranya 1.200-3000 yen (Rp165.000-Rp407.580) untuk makan 3 kali sehari di restoran yang berada di sana.
Tentunya Anda harus mengeluarkan uang lebih jika ingin bersantap di berbagai restoran fine dining, hingga restoran sushi berbintang Michelin Stars yang berjamuran di Tokyo.
Sementara untuk kisaran harga fine dining yang paling murah, dimulai dari harga Rp2.728.600,- per orang. Jadi, apakah Anda berani coba?
2. Singapura
Jika Indonesia dan Malaysia masuk ke dalam negara dengan harga makanan termurah. Berbeda dengan Singapura, kota yang satu ini menempati peringkat pertama dalam Economist Intelligence Unit, sebagai kota paling mahal untuk hidup.
Untuk makan malam dua orang di sini, dibutuhkan sekitar Rp1.276.000,- harga ini dipatok dari kisaran menu di restoran. Namun, tak perlu khawatir karena Singapura masih punya makanan yang ramah di kantong.
Ada puluhan hawker centers atau pujasera yang menawarkan berbagai makanan murah dan enak. Mulai dari nasi ayam Hainan, kepiting, sate, nasi lemak, laksa, hingga bebek peking, semuanya ada di setiap hawker centers.
3. Paris
Kota mode dan surganya para pelancong, Kota Paris memiliki warisan kuliner yang beragam dan ikonik. Sayangnya, untuk menikmati makanan di Paris, Anda harus menyiapkan uang banyak. Karena kisaran untuk makanan cepat saji saja mencapai Rp. 152.130 per porsinya.
Sama seperti Tokyo, kota Paris punya banyak restoran mahal dan fine dining. Untuk kisaran harga makanan kecil di restoran Paris, sekitar Rp334.686. Biasanya banyak wisatawan yang lebih senang membawa bekal makanan, lalu menggelar piknik sambil menikmati pemandangan kota Paris.
Salah satu spot populer tempat piknik ada di taman Eiffel Tower.
4. London
Berlibur ke London sudah pasti harus menyiapkan dana yang tak sedikit. Biaya hidup di London cukup mahal, apalagi dengan hara-harga makanan di setiap restorannya. Setikdanya Anda harus menyiapkan uang sekitar Rp1.414.809 untuk makan malam di restoran.
Sementara untuk makanan yang dianggap murah, seperti kari. Anda harus mengeluarkan biaya sekitar Rp334.686. Tapi meski makanan di London serba mahal, banyak destinasi populer yang gratis, seperti semua museum yang ada di sana.
5. Copenhagen
Copenhagen di Denmark, masuk ke dalam daftar negara dengan harga makanan yang paling mahal. Salah satu kota di Eropa ini, punya pemandangan yang indah dan klasik. Tapi setiap makan Anda harus mengeluarkan biaya sekitar Rp2.327.589.
Lalu untuk segelas cokctail sederhana, Anda harus membayar sekitar Rp289.047. Harga makanan yang mahal di sini, karena hampir semua restoran menyajikan hidangan lokal yang masih segar dan sehat, sehingga harganya tidak murah.
Tapi Copenhagen masih punya jajanan lokal yang murah, Anda bisa berkunjung ke Copenhagen Street Food di mana kisaran harga makanan di sana berkisar Rp121.704. Tapi, jika dibandingkan dengan kuliner di Indonesia, ratusan ribu rupiah sudah membuat Anda kenyang ya!
6. Zurich
Salah satu kota yang populer di Switzerland ini, masuk ke dalam daftar kota paling mahal untuk turis dan wisatawan. Kota ini dikelilingi oleh pegunungan salju, dan resort ski sehingga tidak heran kesan ekslusif Zurich melekat.
Untuk makan malam dua orang di Zurich, Anda harus menyiapkan biaya sekitar Rp2.358.015, beberapa restoran bahkan membebankan biaya tambahan untuk air putih.
Untuk makanan yang lebih murah, Anda bisa mampir ke wilayah kampus Swiss Federal Institute of Technology, di sana banyak makanan murah yang disediakan untuk para mahasiswa.
7. Oslo
Oslo merupakan ibu kota dari Norwegia. Banyak para travel blogger yang mengungkapkan pengalaman mereka, makan dan minum di Oslo. Semuanya serba mahal. Untuk menikmati bir standard, Anda harus membayar sekitar Rp76.065, untuk secangkir kopi sekitar Rp60.852.
Sementara itu, kisaran harga makan malam untuk dua orang, membutuhkan biaya sekitar Rp4.335.705. Meski disana semua makanan dan minuman memiliki harga yang mahal, tapi masih banyak wisatawan yang berkunjung karena keindahan kotanya.
Anda bisa berbelanja di pasar lokal, untuk menemukan camilan dan makanan yang lebih murah dibandingkan di restoran atau kafe.
Jadi, berani coba untuk menikmati santapan kuliner di tujuh kota tersebut? Jika Anda berani, siapkan uang banyak-banyak ya.
(*)
Editor       : Rhuuzi Wiranata
Sumber   : detik.com
http://batamnews.co.id/berita-39865-ini-7-kota-dengan-harga-makanan-paling-mahal-di-dunia.html

Ancaman Islam Liberal di Malaysia

MENGGUNAKAN rasional akal dalam menafsir agama dengan alasan membuka ruang dimensi berfikir semakin berleluasa di tanah air kita.
Dengan terjahan dunia langit terbuka kelompok ini dengan aktif menebarkan sikap serta pandangan mereka, bahkan secara terbuka mengadakan bantahan awam untuk berekspresi akan tuntutan-tuntutan mereka. Mereka secara terbuka menyerang institusi agama negara ini serta berkolaborasi dengan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan mereka.
Terjahan kepada Islam berlangsung sepanjang zaman dan menuntut umat Islam berdada dengan penyelewengan ini. Antara kebobrokan yang kian mendapat tempat dalam kalangan umat Islam yang jahil ialah fahaman Islam Liberal, menyusup secara diam dan pantas dalam akar ummah di pelbagai posisi.
Isu ini semakin menjadi hangat dengan pihak berkuasa agama melarang Wacana Mustapha Akyol, seorang Sarjana Turki yang ingin menebarkan fahaman agamanya kepada rakyat negara ini, kita melihat bagaimana kelompok Islam Liberal negara ini bersungguh-sungguh mempertahankan kewajaran cara fikir mereka.
Ciri-ciri fahaman Islam Liberal
●     Mereka menganut Fahaman Pluralisme
Iaitu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni benar belaka. Orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. Urusetia Jaringan Islam Liberal, Ulil Abshar Abdalla dalam Majalah Gatra(Indonesia) keluaran 21 Disember 2002 menyatakan: “Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran”.
Dengan fahaman inilah, maka lahirnya Ideologi Pancasila di Indonesia. Darinya juga, penganut Fahaman Islam Liberal menyeru agar dibenar perkahwinan campur antara agama kerana semua agama adalah benar dan betul dan perkahwinan sebegini sememangnya telah diamalkan di Indonesia menunjukkan kejayaan besar golongan Islam Liberal di sana. Di Malaysia, penularan Fahaman Pluralisme dapat dilihat dalam kes-kes berikut:
a.     Sambutan Kongsi-Raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama di antara agama-agama di Malaysia (Islam, Hindu, Cina dan Kristian). Sekalipun telah ditegur oleh Mufti dan Para Ulama dalam Muzakarah Ulamak 2006 (13 Jun) di Perak sebagai bertentangan dengan Islam, namun golongan Islam Liberal menolak pandangan Mufti dan Ulama-ulama tersebut dan menuduh mereka jumud, kolot atau berpemikiran tertutup; dan
b.     Kerana terpengaruh dengan Fahaman Pluralisme inilah maka beberapa Menteri Muslim dan sebuah NGO Muslim (iaitu Sisters In Islam) telah turut menyokong penubuhan InterFaith Council (IFC) atau Majlis atau Suruhanjaya Antara Agama-agama. Suruhanjaya Antara Agama ini dicadangkan oleh MCCBCHS atau Majlis Kristian Buddha Hindu dan Sikh Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar ke Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001.
●     Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia
Dalam isu murtad – seperti kes Lina Joy (yang nama asalnya Azlina Jailani), golongan Islam Liberal di Malaysia antara yang mendesak agar penganut Islam diberi hak untuk murtad dari agama (Islam) tanpa sebarang tindakan undang-undang dan tanpa tertakluk dengan keputusan Mahkamah Syariah. Seorang peguam yang juga merupakan ahli Parlimen daripada parti kerajaan iaitu Zaid Ibrahim pernah mengungkapkan isu murtad ini dalam satu forum yang dianjurkan oleh Suhakam pada 9 September.
Bagi kelompok Islam Liberal yang jahil ini mereka berhujah bahawa hak untuk murtad menurut mereka adalah kebebasan beragama yang juga diakui oleh al-Quran. Mereka menyalah tafsirkan ayat Allah yang berbunyi:
“Tidak ada paksaan dalam agama.”
(al-Baqarah: 256)
Menurut tafsiran Ulama Tafsir yang Muktabar, ayat di atas hanya terpakai bagi orang bukan Islam, yakni mereka tidak harus dipaksa untuk menganut Islam kecuali dengan kerelaan sendiri. Adapun bagi penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara akidah dan iman.
Dalam kes murtad, orang Islam yang keluar daripada agama akan dikenakan hukuman yang berat di akhirat dan di dunia. Hukuman di akhirat ia akan dihumbankan Allah dalam neraka untuk selama-lamanya.
Adapun hukuman di dunia ia akan dibunuh sebagaimana yang sabit dengam dalil as-Sunnah yang Sahih iaitu sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
“Sesiapa menukar agamanya (yakni murtad), maka hendaklah kamu membunuhnya.”
(Riwayat Imam Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan lain-lain dari Ibnu Abbas).
●     Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman
Menurut golongan Islam Liberal, al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran Ulama terdahulu. Tafsiran Ulama terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Dalam mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsiran Rasulullah, para Sahabat dan Ahli-ahli Tafsir terdahulu. Memadai menurut mereka tafsiran itu menepati logik akal dan rasional.
“Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zaman. Kepada umat Islam, kita menyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran berdasarkan kaedah saintifik”.
(Kassim Ahmad, 12 Oktober 2000, News Straits Times)
Jelasnya, golongan Islam Liberal mengajak umat Islam kepada penafsiran ayat-ayat al-Quran berdasarkan ilmu akal semata-mata. Kerana itu mereka awal-awal lagi telah menolak Hadis Nabi yang bermaksud:
“Sesiapa yang mentafsir al-Quran dengan akal fikirannya semata-mata, maka sediakanlah tempat duduknya dari api neraka”
Dengan mendakwa Hadis tersebut bercanggah dengan al-Quran yang menyeru manusia supaya berfikir, merenung dan menggunakan akal.
●     Mempertikai Syariat Allah dan hukum-hakam fiqh dengan hujah rasional
Pada pandangan mereka hukum Syariat Islam adalah ciptaan Ulama dan Fuqaha. Oleh itu, mereka menganggap Syariat Islam tidaklah suci secara sepenuhnya dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah Hukum-hakam Syariat yang Qatie. Antara Hukum-hakam Syariat yang menurut pandangan mereka perlu dinilai semula ialah:
a.     Hukum Faraid yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita;
b.     Keharusan poligami bagi lelaki;
c.     Kewajipan bertudung kepala ke atas wanita;
d.     Hukuman bunuh ke atas orang murtad;
e.     Hukum jenayah Hudud yang menurut mereka adalah pengaruh budaya Arab Jahiliyah;
f.     Larangan wanita daripada menjadi pemimpin termasuklah dalam solat;
g.     Hak mutlak suami untuk mencerai isteri;
h.     Larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam; dan
i.     Undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia.
Demi menjayakan hasrat mereka itu maka mereka menyeru kepada pembaharuan fiqh secara bebas tanpa perlu merujuk kepada Ulama dan disiplin ilmu Usul Fiqh. Golongan Islam Liberal menolak autoriti Ulama dalam bidang agama. Mereka amat menekankan kebebasan berpendapat bahawa sesiapa sahaja berhak bercakap tentang agama.
●     Menolak penguatkuasaan undang-undang moral agama
Golongan Islam Liberal menentang penguatkuasaan undang-undang moral berteraskan agama kerana menurut mereka undang-undang tersebut melanggar kebebasan dan hak asasi manusia.
Sebagai contohnya, tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) suatu ketika dulu menahan para pengunjung Islam di Pusat-pusat hiburan telah mendapat bantahan keras dari Sisters In Islam dan 50 NGO yang lain.
Mereka telah mengemukakan memorandum kepada pihak kerajaan supaya tidak menggunakan pendekatan undang-undang untuk mengawasi akhlak rakyat kerana tindakan itu dianggap bercanggah dengan hak asasi manusia.
Malah dalam satu kenyataannya SIS meminta pihak kerajaan agar membubarkan semua undang-undang agama yang menghalang rakyat daripada mengecapi hak asasi peribadi dan bersuara.
Malahan pertubuhan itu juga tidak bersetuju dengan apa cara dan usaha menggunakan undang-undang untuk memelihara iman seorang Muslim. Hal ini kerana persoalan yang berkaitan dengan moral dan agama dianggap sebagai hak peribadi dan kebebasan tersebut tidak seharusnya dikawal dengan menggunakan kuasa perundangan.
Pasca PRU14 ini akan menyaksikan banyak tuntutan kelompok pendukung Islam Liberal dan Pluralisme agama akan digemakan. Riak-riak kepongahan mereka semakin menyerlah, kerana turut merasakan mereka turut memberikan sumbangan kepada kemenangan PH baru-baru ini.
Umat Islam mestilah mengambil cakna perkembangan semasa yang berlaku, menularkan fahaman neo-Muktazilah yang akan mengganggu kelestarian agama Islam dan penganutnya. Ahzab moden sedang mengepung umat ini daripada segenap penjuru, dengan senjata fitnah mereka. Bangkitlah wahai umat!
Dr Riduan Mohd Nor
Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI
Sumber asal: Harakahdaily
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.
Ancaman Islam Liberal di Malaysia - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
https://www.ismaweb.net/2018/05/21/ancaman-islam-liberal-di-malaysia/

Ahli Parlimen DAP desak hak kebebasan murtad, ajaran sesat

Matlamat mereka mahu mengubah identiti negara menjadi liberal demokratik mutlak


KERISAUAN yang saya utarakan dalam ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyebut Malaysia akan ke arah meratifikasi semua konvensyen Hak Asasi Manusia PBB di UNGA baru-baru ini semakin menjadi kenyataan.
Walaupun ada segelintir pentaksub politik yang tidak faham isu dan tidak mampu berfikiran objektif melihat ia sebagai gangguan kepada pujian seluruh dunia terhadap Tun ketika itu.
Semalam Ahli Parlimen DAP, P Kasthuriraani telah bertindak pantas mendesak kerajaan meratifikasi ‘United Nations Declaration on the Elimination of All Forms of Intolerance and of Discrimination Based on Religion or Belief’, yang mana memberi hak kepada semua manusia untuk mengamalkan dan menukar agama mereka sesuka hati tanpa boleh diambil tindakan oleh sesiapa.
Di Malaysia, jaminan untuk mengamalkan agama masing-masing telah pun termaktub dalam Perlembagaan Perkara 3 (1), dan tiada masalah bagi agama selain Islam untuk bertukar agama di Malaysia.
Jadi tiada tujuan lain desakan ratifikasi ini melainkan bagi membenarkan murtad berlaku di Malaysia.
Selain itu P Kasthuriraani juga mendesak semua ajaran sesat bebas diamalkan, selari dengan deklarasi tersebut yang menegaskan semua ‘agama dan kepercayaan’ bebas diamalkan.
Dia menyebut: “Another recommendation is the need to stop the arrests of individuals who practise Shia, Ahmadiyah and Baha’i (beliefs)”.
Dan hakikatnya ratifikasi deklarasi ini akan mengubah struktur undang-undang Islam dan kuasa Mahkamah Syariah secara menyeluruh kerana ia melibat asas kepada agama itu sendiri.
Perkara yang sama juga dituntut oleh COMANGO melalui proses UPR ke atas Malaysia yang akan berlangsung bulan hadapan di Geneva.
Mereka menggunakan NGO untuk melobi di peringkat antarabangsa dan menggunakan Ahli Parlimen secara terus untuk mendesak di peringkat tempatan, yang tujuan adalah sama iaitu mengubah identiti negara menjadi liberal demokratik mutlak.
Umat Islam perlu sentiasa sedar cabaran bertubi-tubi yang sedang dirancang, dan teguh mempertahan identiti dan hak kita, walaupun terpaksa berhadapan dengan tali barut dari kalangan muslim yang mempermudahkan kerja mereka.
[ ratifikasi: pengesahan perjanjian oleh Parlimen (Kamus Dewan Edisi Keempat) ]
Ahmad Nu’man bin Mazlan
Ahli Jawatankuasa Biro Islamiyat Isma
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).
Ahli Parlimen DAP desak hak kebebasan murtad, ajaran sesat - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
https://www.ismaweb.net/2018/10/16/2ahli-parlimen-dap-1desa1k-hak-kebebasan-murtad-ajaran-sesat/

Diam kamu! Kata Ridhuan Tee kepada ketua Wanita MCA

Usah campuri urusan umat Islam, fokus masalah parti yang kalah teruk

Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, 5 Safar 1440H, Ahad – “Diam, Heng. Kamu siapa mahu campuri urusan umat Islam. Kamu bukan pakar, jauh sekali golongan agamawan. Lebih baik tutup mulut.”
Demikian bidas Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah terhadap Pengerusi Wanita parti perkauman MCA, Heng Seai Kie, yang mempertikai tindakan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu mengenakan hukuman sebat terhadap wanita di khalayak.
Pendakwah bebas yang juga Pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu berkata, urusan Mahkamah Syariah bukan parti politik seperti MCA, dan bukan juga urusan orang bukan Islam untuk menjaganya.
“Ini urusan umat Islam. Heng tiada hak untuk campur tangan. Lagipun siapa kamu? Ini urusan mahkamah untuk orang Islam. Jika tak setuju, tutup mulut. Kamu tak ada kuasa ke atasnya.
“Saya fikir lebih baik kamu (Heng) memberi kenyataan mengenai layanan komunis terhadap etnik Uighur di China. Itu lebih bermanfaat daripada menyakiti orang Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Heng yang menganggap hukuman secara terbuka kepada wanita mencabar Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Prosedur Jenayah.
Heng yang juga penganut agama Buddha berkata, menyebat wanita di depan khalayak bukan sahaja perbuatan yang sangat kejam terhadap kemanusiaan, ia juga dengan jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Dia mengulangi pendirian kumpulan Sisters in Islam bahawa hukuman sebat di depan khalayak tidak memberi apa-apa kesan pendidikan, menghina dan mengaibkan hak asasi manusia.
Ridhuan Tee berkata, Mahkamah Tinggi Syariah tidak perlukan pandangan orang jahil seperti Heng.
Katanya, pelaksanaan undang-undang sebat telah difikir sedalam-dalamnya oleh pihak berkuasa syariah yang lebih memahaminya berbanding Heng.
“Heng bukan siapa siapa, pakar pun tidak. Kamu hanya parti kalah yang menang satu kerusi Parlimen. Itupun ehsan daripada undi Melayu. Jika tidak, MCA sudah tentu berputih mata.
“Saya nasihatkan kamu fokus kepada parti MCA yang kalah teruk PRU14 lalu. Saya bimbang PRU15 nanti satu kerusi pun MCA tak dapat. Melopong saja,” katanya.
BERITA BERKAITAN:
Diam kamu! Kata Ridhuan Tee kepada ketua Wanita MCA - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
https://www.ismaweb.net/2018/10/14/diam-kamu-kata-ridhuan-tee-kepada-ketua-wanita-mca/


Tiada ulasan: