Nabi Muhammad ﷺ berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Masa lalu telah lalu dengan adil. Kegagalan ubati dengan bersangka baik pada Allah Subhanahu Wa Ta'alla. In Syaa Allah kejayaan bakal dikecapi. Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim.
Tidak Semua Perkara Yang Hilang Itu ‘Hilang’OLEH NATIRAH AZIRA • 23 OCT 2018 • 4 MIN BACA
Tidak Semua Perkara Yang Hilang Itu ‘Hilang’OLEH NATIRAH AZIRA • 23 OCT 2018 • 4 MIN BACA
Tidak semua kehilangan yang kita alami dalam hidup ini ialah sebuah kehilangan. Kadang-kadang dengan kehilangan, Tuhan sebenarnya membuka ruang kepada sesuatu yang baru untuk masuk ke dalam kehidupan kita. Masa akan membawa kita mengembara ke suatu daerah yang tidak pernah kita sampai, ke suatu pengalaman yang tidak pernah kita tempuh. InsyaAllah yang lebih baik pastinya.
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Surah As-Syarh 94:5)
Allah menganjurkan kita sentiasa menghisab diri, melihat dan menilai kehidupan kita. Anjuran ini bukan hanya dari sudut ibadah dan dosa, malah persekitaran kita, pergaulan sosial, dan juga fikiran kita sendiri.
Analoginya seperti orang yang suka mengumpulkan barang. Setiap apa yang dirasakan cantik akan dibeli. Semakin lama, barang yang dikumpulnya semakin penuh sehingga memenuhi rumah. Hingga tidak ada lagi ruang untuk memasukkan sesuatu yang baru yang lebih bermanfaat. Ada masa kita perlu melihat kembali, apa sebenarnya yang telah kita kumpul. Adakah barang itu bermanfaat? Adakah telah rosak dan boleh dibuang?
Begitu juga dengan kehidupan kita secara umumnya. Dari semasa ke semasa, kita perlu menilai apa sebenarnya yang telah kita ‘simpan’ dalam kehidupan kita. Adakah perkara yang tidak bemanfaat yang boleh ditinggalkan? Apa perkara atau amalan yang masih boleh dikekalkan? Saya tertarik dengan sebuah video dari Jay Shetty, katanya ada 6 perkara yang tidak bermanfaat yang boleh kita buang dari hidup kita.
#1- Rasa Bersalah
Seperti mana luka boleh menyakitkan badan, begitulah juga rasa bersalah boleh menyakitkan jiwa . Rasa bersalah yang tidak berkesudahan adalah suatu yang tidak sihat dan tidak bermanfaat untuk diri. Hatta Allah juga boleh memaafkan dan melupakan kesalahan hamba-hambNya, hal yang sama juga harus dilakukan oleh kita.
Sama ada kita di pihak yang melakukan kesalahan atau di pihak yang memaafkan kesalahan, hidup harus diteruskan. Hal yang terbaik yang mampu seorang itu lakukan apabila melakukan kesalahan adalah berubah.
#2- Alasan
Tidak ada orang yang terlepas dari sikap suka memberi alasan. Namun, jika sikap ini telah menjadi tabiat yang sukar dibuang malah mengundang perkara-perkara negatif, itu bermakna sikap ini perlu dibuang. Alasan adalah ilusi yang membuat kita sentiasa lari dari kenyataan dan tanggungjawab.
#3- Orang Yang Negatif
Jauhkan diri dari orang yang negatif dan tidak membantu perkembangan kita. Mereka yang rapat dengan kita tidak semestinya baik dan bermanfaat, dan orang yang tidak rapat dengan kita tidak semestinya tidak baik untuk kita.
Tindakan ini diambil bukan bermakna kita benci atau berpandangan serong kepada mereka, cuma bagi orang yang cepat ‘menyerap’ negative vibes yang ada di persekitaran, langkah ini perlu diambil bagi memastikan fikiran tidak terpengaruh dengan sifat negatif yang ada.
#4- Rasa Bimbang
Rasa bimbang itu normal. Namun perasaan bimbang yang berlebihan tidak membawa kita ke mana. Ia hanya menjadikan masalah yang kecil terlihat lebih besar. Rasa cemas dan bimbang tanpa sebab yang kukuh dan munasabah akan menghalang kita daripada menikmati apa yang ada di depan mata. Ia menyebabkan kita terlalu jauh hidup di masa lalu atau terlalu jauh melayang ke masa hadapan yang masih belum nyata.
#5- Suara Hati Yang Negatif
Suara hati tidak semestinya betul. Kadang-kadang suara hati mampu membentuk persepsi yang salah terhadap diri sendiri. Ada masa kita cenderung menghamburkan kata-kata negatif kepada diri sendiri terutama apabila kita melakukan kesilapan. Suara hati begini perlu dibuang. Kesilapan yang dilakukan tidak perlu diulang tayang seperti filem rosak di dalam kepala.
#6- Rasa Untuk Memuaskan Hati Semua Orang
“Kita tidak boleh memuaskan hati semua orang” Kerap kali kita mendengar pesanan ini. Namun bagi orang yang mempunyai masalah untuk berkata ‘tidak’ dan tidak reti menolak permintaan orang, hal ini adalah satu cabaran yang besar. Apabila kita tidak dapat memuaskan hati semua orang, kita cenderung untuk rasa ‘serba salah’ yang teramat sangat.
Belajarlah mengatakan ‘tidak’ perlahan-lahan. Ingatkan diri bahawa memuaskan hati semua orang bukan tanggungjawab kita. Kita hanya dapat melakukan sesuatu dalam ruang lingkup kemampuan kita sahaja.
“You have this one life. How do you want to spend it? Apologizing? Regretting? Questioning? Hating yourself? Dieting? Running after people who don’t see you? Be brave. Believe in yourself. Do what feels good. Take risks. You have this one life. Make yourself proud.” Anonymous
https://tzkrh.com/tidak-semua-perkara-yang-hilang-itu-hilang/
Tidak Semua Perkara Yang Hilang Itu 'Hilang'
This Is What Islam Says About Nikah Mutah (Temporary Marriage)
Nikah Mutah means Temporary Marriage which means a man marries a woman for a specific amount of time. It is compulsory for a man to pay Mahr (Dowry) after their temporary marriage is over.
Mutah is an old Islamic practice for the men who used to travel long distances and needed someone to please with. But there is a huge disagreement between Sunnis and Shia scholars on Mutah Marriages, as per Sunni scholars Mutah was permitted in Prophet (PBUH)’s era but later it declared prohibited. While Shia scholars believe that Mutah Marriages are still valid.
Quran about Mutah Marriages
Surprisingly both Shia and Sunni accept this verse from the Quran which allows Mutah Temporary marriage;
READ 6 Things of Muhammad (PBUH) Makes Him A Great Reformist Of All Time
Sunni views on Nikah Mutah Marriage (Temporary Marriage)
Sunni scholars give these 3 arguments which state that the Temporary marriages are not valid.
1. Quranic Argument
Sunni scholars believe that sexual activities are only valid when you do it with your wife, if you do that with anyone else, it will be unlawful as per Islamic beliefs, and quote this verse;
Furthermore, Sunni scholars do consider the following hadith as well which prohibits temporary marriages;
2. Sermon Of Umar (RA)
Umar (RA) banned Mutah (Temporary marriages) by saying the following words;
3. Hadiths of Prophet PBUH’s Companions
In most of the Sunni books, it is narrated by Ali Ibn Abi Talib (RA);
Another hadith is,
Shia views on Nikah Mutah Marriage (Temporary Marriage)
A famous shia scholar of Quran, Shaikh Tabarsi Mashad sums up the shia’s viewpoint on this in following words
Most Shia scholars narrate this hadith in the context of Nikah Mutah,
And surely, Allah knows the best!
READ 10 Times When Our Duas Are Always Accepted - Best Times To Make Dua
https://theislamicinformation.com/islam-nikah-mutah-temporary-marriage/
Adakah Solatku Dapat Mencegah Dari Melakukan Keburukan?
Nor Khairiah pada Tazkirah 23 OCT 2018
https://tzkrh.com/adakah-solatku-dapat-mencegah-dari-melakukan-keburukan/
Umum mengetahui, ibadah solat merupakan rukun Islam yang utama setelah 2 kalimah syahadah. Pengertian solat dari sudut syarak bermaksud, solat itu merupakan beberapa ucapan atau perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam, dilakukan untuk beribadah kepada Allah dengan menurut segala syarat/rukun yang telah ditentukan.
Apakah Tujuan Anda Mendirikan Solat?
Tujuan mendrikan solat adalah untuk manusia sebagai hamba mengingati Allah selaku pencipta. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud;
“Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku. Sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingatiKU!” Surah Taha : 14
Perhatikanlah penganut agama lain, mereka hanya mengingati tuhan mereka pada setiap hari ahad sahaja, berbeza dengan orang Islam yang wajib mendirikan solat 5 kali sehari untuk mengabdikan diri kepada Allah. Benarlah, hanya Islam agama yang diktiraf oleh Allah Subhanahu Wa Ta'alla.
Di antara manfaat solat adalah untuk mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Dengan kata mudah, solat itu mampu menghalang seseorang melakukan kesalahan dan dosa. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'alla. dalam Al Quran yang bermaksud;
“Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” Surah Al Ankabut : 45
Tetapi, kita lihat pada hari ini, ramai manusia yang solat, namun pada masa yang sama mereka tetap juga melakukan kemungkaran. Contohnya seperti tidak menutup aurat dengan sempurna, mengumpat, memfitnah, melakukan maksiat dan mencuri.
Walaupun kemungkaran itu kelihatan biasa, tetapi setiap daripada itu tetap diiringi dengan dosa. Lalu, mengapa ini boleh terjadi sedangkan Allah menegaskan dalam Al Quran bahawa solat itu mampu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar?
Adakah maksud Allah itu sekadar ditujukan kepada para nabi dan rasul semata? Jawapannya tidak, bukan begitu.
Percayalah. Semua yang dikatakan atau dijanjikan oleh Allah itu pastinya benar. Tidak akan ada satu pun kesilapan dalam penilaian Allah Subhanahu Wa Ta'alla.
Jika seorang manusia itu sudah melaksanakan solat tetapi masih tidak mampu meninggalkan perkara keji dan mungkar, maka ianya berpunca daripada diri manusia itu sendiri. Salah satu sebab utamanya adalah, kerana solat yang didirikan adalah tidak sempurna.
Bagaimana Menyempurnakan Solat?
Diriwayatkan daripada Hatim Al-Ashom. Dia ditanya tentang solatnya. Maka dia menjawab;
“Ketika tiba solat, ku sempurnakan wudukku. Aku pergi ke tempat solat, aku diam sejenak kerana hendak mengumpulkan seluruh jiwaku, lalu, aku dirikan solat. Aku jadikan Kaabah di depan mataku, sirat dibawah tapak kakiku, syurga dikananku, neraka dikiriku, malaikat maut dibelakangku, dan kukira itu solatku yang terakhir. Kemudian, aku berdiri di antara berharap dan takut, aku takbir dengan bersungguh-sungguh, membaca dengan tartil, rukuk dengan tawadhuk, sujud dengan khusyuk, aku duduk tahiyat awal dan akhir dengan ikhlas dan aku tidak tahu, apakah solatku itu diterima ataupun tidak.” [Kitab Imam Al Ghazali dari terjemahan kitab Mukashafah Al Qulub]
Mari sama-sama kita perhatikan solat kita. Solat anak-anak kita. Ahli keluarga kita. Apakah selama ini, solat yang didirikan itu cukup sempurna untuk dihadiahkan kepada Ilahi? Ataupun sekadar solat kerana ianya wajib dilaksanakan atas tuntutan sebagai orang yang beragama islam semata?
Cuba buat satu checklist. Sempurna atau tidak wuduk kita? Tahu atau tidak tentang rukun solat? Sudah betul dan lancarkah membaca Surah Al Fatihah?
Lakukan atau tidak perkara sunat dalam solat? Faham atau tidak maksud bacaan dalam solat? Bagaimana pula halnya dengan tomaqninah?
Sempurna atau tergesa-gesa?
Walaupun solat itu dilakukan sebanyak 5 kali sehari, yakinkah kita bahawa solat itu diterima Allah Subhanahu Wa Ta'alla.? Sedangkan usai solat saja, kita sudah berani mengumpat orang lain.
Contoh supaya kita tidak melakukannya. In Syaa Allah: “Eh, si Kamal tu. Bukannya sakit teruk. Tu baru terseliuh kaki pun dah tak datang masjid. Padahal boleh saja berjalan. Masjid pun bukannya jauh sangat! Pemalas betul dia tu.”
Dan beberapa orang jemaah yang mendengar semuanya mengangguk setuju. Percakapan sudah sebegitu, belum sempat melangkah keluar dari masjid. Kaki pun masih lagi melekat di lantai masjid.
MasyaAllah, inilah yang dikatakan solat tetapi sia-sia. Bukan setakat itu, malah dijanjikan pula neraka oleh Allah Subhanahu Wa Ta'alla.! Buktinya, Allah berfirman yang bermaksud;
“Orang mendirikan solat diancam dengan neraka Wail, bagi yang melupakan tujuan solatnya, mereka solat hanya semata kerana manusia (riak) dan enggan membantu orang lain, yakni dengan solat yang tidak mampu mengubah sifat buruknya.” Surah Al- Ma’un : 4-7
Wahai manusia! peliharalah solat. Perbaikilah solat. Kerana dengan solat yang khusyuk dan sempurna barulah solat itu dapat mencegah dirimu daripada melakukan hal keji dan mungkar.
Perbanyakkan menghadiri majlis ilmu yang mengajar tentang fekah, dalamilah ilmu agama dengan sebaiknya supaya boleh membersihkan hati dan ilmu yang dipelajari boleh diterapkan dalam diri sendiri,keluarga serta dalam kehidupan seharian.
Cubalah solat dengan seikhlas hati. Perhatikan bacaan, biasakan diri melakukan perkara sunat dalam solat, bacalah sambil menghayati maknanya sekali.
In Syaa Allah kita akan dapati, bahawa kita tiada masa untuk mengingati perkara lain selain daripada Allah sahaja. Berusahalah sedaya upaya untuk perbaiki solat kita dari semasa ke semasa. Sama ada Allah menerimanya ataupun tidak, bukanlah itu menjadi urusan kita. Yang paling penting, kita sudah pun melaksanakan perintah Allah dengan sesempurna mungkin.
KONGSIKAN ARTIKEL INI
Pemegang Diploma jurusan Fashion on Art & Design Department dan sekarang bekerja dalam bidang yang sama. Suka membaca, menulis dan melancong. Pernah beberapa kali memenangi pertandingan menulis cerpen dan novel. Merupakan team leader facebook page Jodoh itu Rahsia Allah Official.
http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2018/10/fahaman-liberalisme-bercanggah-dengan.html#axzz5UjeQ2ZQZ
TUESDAY, OCTOBER 23, 2018
Liberalisme adalah satu bentuk fahaman sekularisme, iaitu memisahkan aspek agama dan membolehkan sesuatu tindakan atau amalan bebas dari ketentuan agama.
Perkataan 'liberalisme' berasal daripada bahasa Inggeris bererti 'kebebasan'. Perkataan ini merujuk perkataan 'liberty' dalam bahasa Inggeris atau perkataan 'liberte' dari bahasa Perancis bermaksud bebas. Syeikh Sulaiman al-Khirasi dalam kitabnya, Libraliyah al-Khirasyi menyatakan, "Liberalisme ialah mazhab pemikiran yang mementingkan kebebasan individu."
Mazhab ini menegaskan mengenai wajibnya menghormati kebebasan individu, serta berkeyakinan tugas utama pemerintah ialah menjaga, melindungi kebebasan rakyat seperti kebebasan berfikir, kebebasan menyampaikan pendapat, kebebasan hak peribadi dan juga kebebasan individu.
Umumnya pemikiran liberal ini mempunyai tiga asas iaitu:
1. Kebebasan.
Berdasarkan asas kebebasan ini bermaksud setiap individu bebas untuk melakukan apa sahaja perbuatan yang ingin dilakukan. Pihak pemerintah atau kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk membuat peraturan atau tegahan. Perbuatan yang dilakukan hanya mampu dibatasi atau disekat oleh undang-undang yang dibuat oleh individu itu dan tidak terikat dengan peraturan agama.
2. Individualisme.
Aspek individualisme ini mengandungi dua pengertian, iaitu pengertian mengenai sikap keakuan (ananiyah) dan cinta terhadap diri sendiri. Pemahaman ini menguasai pemikiran orang Eropah sejak zaman kebangkitan Eropah sehingga abad ke-20 Masihi. Pengertian kedua bermaksud kemerdekaan diri dan ini adalah fahaman baharu dalam anutan liberalisme yang dipanggil sebagai pragmatisme.
3. Rasionalis (keutamaan menggunakan akal).
Penggunaan rasionalisasi atau dalam bahasa Arab disebut sebagai 'aqlaniyyun', iaitu mendewakan akal. Ini bermaksud penggunaan akal semata-mata dalam mencari dan mencapai sesuatu kepentingan dan manfaat tanpa memerlukan kekuatan yang lain.
Perkara ini dapat dilihat berdasarkan perkara seperti berikut:
(a) Kebebasan adalah hak yang dibangunkan atas kepentingan kebendaan semata-mata dan ia dapat diperoleh melalui penggunaan akal semata-mata.
(b) Urusan negara dipisahkan dengan hubungan dan keyakinan agama, kerana kebebasan mereka percaya, sesuatu perkara itu tidak dapat diperoleh melainkan dengan usaha melalui kekuatan fizikal dan kekuatan akal semata-mata. Mereka juga beranggapan, pihak pemerintah berkewajipan melindungi rakyat kerana pada pandangan mereka, negara terbentuk untuk menjaga hak asasi setiap individu dan negara perlu terpisah dari agama dan pemikiran mazhab sedia ada.
Berdasarkan kepada fakta dan kefahaman mereka, jelas kumpulan liberal ini hanya sebahagian kumpulan fahaman sekularisme yang dibangunkan di atas sikap berpaling daripada syariat Allah sebenar, kufur kepada ajaran dan petunjuk Allah dan rasulnya serta menghalang manusia lain mengikut syariat Allah sebenar.
Berdasarkan fakta, sejarah fahaman liberalisme ini mula masuk ke dalam fahaman dan pegangan Muslimin melalui penjajah Eropah dan juga penjajahan melalui pemikiran, disebut sebagai 'ghazwatul-fikr'. Gerakan pemikiran tokoh Barat mula menyerap dalam pemikiran orang Islam melalui pendekatan modenisasi serta menstrukturkan agama agar sesuai dengan modenisasi Barat.
Mengutamakan lojik akal daripada al-Quran, al-hadis
Oleh sebab itu pemikiran mereka berbeza-beza, sesuai dengan pengetahuan mereka terhadap modenisasi Barat. Golongan ini terus menjadikan akal sebagai sumber hukum dan asas kepada fahaman liberal. Golongan ini juga bersepakat mengutamakan logik akal daripada menggunakan al-Quran dan al-Hadis dalam hujah.
Ada dalam kalangan kumpulan liberal secara terus terang mengungkapkan niat mereka menghancurkan Islam kerana terpengaruh pemikiran liberalisme dan juga sekular. Ada yang berusaha membina keraguan dalam kalangan orang Islam dengan menggunakan fakta dan istilah mengelirukan atau dengan cara memutarbelitkan fakta dan realiti ajaran Islam dengan gaya dan pemikiran gerakan mereka.
Mereka memilih orang sesat dan keliru sebagai ketua atau jurucakap dan mereka menganggap ulama atau cerdik pandai Islam orang yang konservatif dan tidak tahu hak asasi manusia. Hakikat sebenarnya, golongan liberalisme ini ingin mengajak Muslim mengikut pemikiran Barat disebut sebagai westernisasi, sekali gus menghilangkan akidah Islamiah dalam diri umat Islam. Ini juga adalah satu jalan memudahkan musuh Islam menghancurkan Islam, sehingga mereka anggap fahaman liberal suatu yang mendesak, penting serta sangat sesuai dengan kemajuan Islam untuk masa hadapan.
Usaha pesongkan akidah
Begitulah usaha yang bersungguh-sungguh mereka lakukan untuk melemahkan Islam dengan memasukkan nilai liberalisme dan kemanusiaan dalam ajaran Islam dan juga akidah umat Islam. Hasrat itu diungkapkan oleh seorang orientalis bernama Gibb yang menyebut, "reformasi adalah program utama dari liberalisme Barat. Kita mengharapkan agar orientasi itu sebagai kaedah satu cara baharu untuk memasukkan nilai-nilai liberalisme dan humanisme dalam diri umat Islam".
Secara jelasnya fahaman liberalisme adalah pemikiran asing yang cuba masuk dalam aliran pemikiran Islam. Pemikiran ini menafikan wujudnya hubungan antara agama dengan kehidupan. Golongan ini menganggap agama sebagai rantai yang mengikat kebebasan hingga ia perlu dibuang.
Pemikir dan perintis fahaman liberal menyusun teras fahaman di luar garisan agama sehingga berani menyatakan, ada hubungan dengan agama walaupun jauh menyimpang daripada ajaran agama sebenar. Amat menghairankan wujud golongan mempertahankan fahaman liberalisme dan sanggup menyatakan fahaman Islam liberal sedangkan ia bertentangan dengan Islam.
Yang Hilang Setelah Bendera Terbakar Rabu, 24 Oktober 2018 05:49 Penulis: Tony Syarqi
Yang Hilang Setelah Bendera Terbakar - Kiblat
https://www.kiblat.net/2018/10/24/yang-hilang-setelah-bendera-terbakar/
Foto: Aksi Bela Al-Quran 411
KIBLAT.NET – Hanya berselang sehari sejak insiden pembakaran bendera Tauhid di Garut (21/10), reaksi umat Islam pecah. Selasa (23/10) ribuan kaum Muslimin turun ke jalanan di Solo dan Garut. Mereka memprotes insiden yang dilakukan oleh oknum Banser itu.
Apapun motifnya, pembakaran bendera bertuliskan kalimat tauhid sangat menyinggung umat Islam—siapapun pelakunya. Maka sangat wajar, kemarahan umat tak lagi bisa dibendung hanya melalui sosial media, yang akhirnya membawa mereka turun ke jalan.
Langkah berikutnya yang segera dirumuskan, bagaimana mengelola energi umat yang cukup besar ini agar benar-benar efektif untuk maksud pembelaan terhadap kalimat tauhid. Sembari mengantisipasi serangan balik “lawan,” maupun penumpang gelap pada isu ini.
Meskipun masing-masing pelakunya memiliki latar belakang berbeda, kejadian ini mengingatkan kita pada kasus penistaan agama yang dilakukan oleh Ahok. Polanya mirip: heboh berita di sosmed lalu ada aksi massa ke jalan dalam jumlah besar.
Bedanya, dalam kasus Ahok ulama bersatu untuk membersamai umat. Diwadahi nama GNPF MUI, beberapa tokoh seperti Habib Rizieq Syihab, Ust. Zaitun Rasmin, Ust. Bachtiar Nasir dan beberapa sosok kondang lainnya turun langsung membimbing aksi umat. Hasilnya: efektif!
Sayangnya, dalam insiden pembakaran bendera tauhid di Garut ini, kaukus ulama yang kini berganti nama GNPF Ulama belum terlihat hadir. Aksi massa dikoordinir sendiri-sendiri oleh pemimpin lokalnya. Kalaupun ada statemen ulama, cenderung bersifat pernyataan pribadi.
Padahal, saat ini adalah saat kritis di mana umat perlu kehadiran dan bimbingan ulama. Bagaimana mereka harus beraksi, apa narasi yang harus dibawa, bagaimana menjaga aksi agar tidak “masuk angin” atau terpancing melakukan tindakan yang justru kontra-produktif.
Apalagi insiden kali ini sangat rawan, di mana antar umat Islam bisa saling berbenturan—terutama di kalangan grass root. Kondisi seperti ini sangat menggiurkan bagi pemilik “skenario tertentu” untuk melakukan serangan balik guna melumpuhkan aksi.
Yang tidak kalah penting, tentunya advokasi terhadap kegiatan umat ini. Belajar dari kejadian-kejadian sebelumnya, biasanya saksi korban-lah nantinya yang akan dipaksa duduk di kursi pesakitan sebagai terdakwa.
Di sisi lain, kita perlu menghela nafas dalam-dalam. Merenungi sebuah pertanyaan, mengapa insiden ini bisa terjadi. Terlepas dari konteks konspirasi, kejadian ini juga menjadi bukti betapa rendahnya pemahaman umat terhadap kalimat tauhid. Jangankan memahami, bagaimana cara menghormati saja mereka tidak mengetahui.
Padahal, tauhid adalah harga mati yang tidak ada satu orang Muslim pun tidak tahu bagaimana memahaminya. Ketika dalam sebuah video ada yang bilang tidak paham agama tapi tidak rela tauhid dihina, mestinya kita tidak langsung berbangga. Sebab, masih ada Muslim yang tidak paham terhadap agamanya.
Di sinilah, evaluasi terhadap program dakwah harus kita ketengahkan. Tak terkecuali kepada kaukus GNPF Ulama, di mana dakwah menjadi salah satu konsentrasi kerjanya—selain politik.
Bila akhirnya tahun depan harus ganti presiden, sah-sah saja. Tetapi insiden pembakaran bendera dengan segenap sisik melik dimensinya, tak kalah serius ketimbang soal ganti presiden atau tidak.
BACA JUGA Esensi Pentingnya Membaca
BERITA LAINNYA
Faedah Surat Yasin: Masuk Neraka Karena Kekafiran, Muhammad Abduh Tuasikal, MSc pada Rumaysho.Com -
Bagaimana seseorang bisa masuk neraka, bagaiman dosa kekafiran? Bisa dilihat dalam bahasan surat Yasin kali ini.
Tafsir Surah Yasin: Ayat 63 – 64
هَذِهِ جَهَنَّمُ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ (63) اصْلَوْهَا الْيَوْمَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ (64
“Inilah Jahannam yang dahulu kamu diancam (dengannya). Masuklah ke dalamnya pada hari ini disebabkan kamu dahulu mengingkarinya.” (QS. Yasin: 63-64)
Penjelasan Ayat
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika datang hari kiamat, Allah memerintahkan Jahannam, maka keluar darinya sekelompok orang yang nampak berkilau namun gelap. Allah Ta’ala berfirman,
أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آَدَمَ أَنْ لَا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ (60) وَأَنِ اعْبُدُونِي هَذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ (61) وَلَقَدْ أَضَلَّ مِنْكُمْ جِبِلًّا كَثِيرًا أَفَلَمْ تَكُونُوا تَعْقِلُونَ (62(هَذِهِ جَهَنَّمُ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ (63
“Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah setan? Sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu”, dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus. Sesungguhnya setan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antaramu, maka apakah kamu tidak memikirkan? Inilah Jahannam yang dahulu kamu diancam (dengannya).” (QS. Yasin: 60-62)
Lalu dikatakan,
وَامْتَازُوا الْيَوْمَ أَيُّهَا الْمُجْرِمُونَ
“Dan (dikatakan kepada orang-orang kafir), ‘Berpisahlah kamu (dari orang-orang mukmin) pada hari ini, hai orang-orang yang berbuat jahat.’” (QS. Yasin: 59). Manusia ketika itu dipisah antara kafir dan beriman, lalu datang dalam keadaan berlutut, inilah yang disebutkan dalam ayat,
وَتَرَىٰ كُلَّ أُمَّةٍ جَاثِيَةً ۚكُلُّ أُمَّةٍ تُدْعَىٰ إِلَىٰ كِتَابِهَا الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
“Dan (pada hari itu) kamu lihat tiap-tiap umat berlutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. Al-Jasiyah: 28) (Disebutkan oleh Ibnu Katsir dalam Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim. Disebutkan oleh Syaikh Musthafa Al-‘Adawi hafizhahullah dalam tahqiq terhadap Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim, 11:401, bahwa hadits ini dhaif jiddan)
Dalam Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim karya Ibnu Katsir, dikatakan pada orang kafir dari Bani Adam, sudah ditampakkan neraka Jahim untuk menjelekkannya, sehingga dikatakan “Inilah Jahannam yang dahulu kamu diancam (dengannya)”, maksudnya adalah para rasul telah datang mengingatkan kalian, namun kalian mendustakan mereka. Lalu disebutkan, “Masuklah ke dalamnya pada hari ini disebabkan kamu dahulu mengingkarinya”, ayat ini seperti firman Allah,
يَوْمَ يُدَعُّونَ إِلَىٰ نَارِ جَهَنَّمَ دَعًّاهَٰذِهِ النَّارُ الَّتِي كُنْتُمْ بِهَا تُكَذِّبُونأَفَسِحْرٌ هَٰذَا أَمْ أَنْتُمْ لَا تُبْصِرُونَ
“Pada hari mereka didorong ke neraka Jahannam dengan sekuat-kuatnya. (Dikatakan kepada mereka), ‘Inilah neraka yang dahulu kamu selalu mendustakannya.’ Maka apakah ini sihir? Ataukah kamu tidak melihat?” (QS. Ath-Thuur: 13-15)
Faedah Ayat
Neraka ini diancam bagi orang-orang kafir dari keturunan Adam. Hal ini untuk menakut-nakuti mereka yang telah mendustakan para Rasul.
Ada beberapa nama neraka: Jahim, Jahannam, Lazhaa, Sa’iir, Saqar, Huthomah, Haawiyah.
Sebab masuk neraka dari ayat ini adalah karena kufur terhadap ayat-ayat Allah dan mendustakan Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam. Demikian dinyatakan oleh Syaikh As-Sa’di dalam kitab tafsirnya.
Nama-Nama Neraka
Kufur dan Syirik
Kufur adalah menolak kebenaran. Secara Bahasa, kufur berarti menutupi. Adapun syirik adalah memalingkan suatu ibadah kepada selain Allah.
Imam Nawawi rahimahullah berkata, “Syirik dan kufur kadang dimaknakan sama yaitu ingkar kepada Allah. Namun kadang pula dibedakan, yang dimaksud syirik adalah bentuk ibadah kepada berhala dan makhluk lainnya. Namun orang yang berbuat syirik itu sejatinya mengenal Allah sebagaimana keadaan kaum kafir Quraisy. Sedangkan kufur lebih umum daripada syirik.” Lihat Syarh Shahih Muslim, 2:71.
Mufti Kerajaan Saudi Arabia di masa lampau, Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah menyatakan bahwa kufur adalah menolak kebenaran. Contohnya, menolak wajibnya shalat, menolak wajibnya zakat, menolak wajibnya puasa Ramadhan, menolak wajibnya haji ketika mampu, atau menolak wajibnya berbakti pada orang tua, dan semisal itu. Contoh lainnya pula, menolak haramnya zina, menolak haramnya minum minuman keras, menolak haramnya durhaka pada orang tua, atau semisalnya. Adapun syirik adalah memalingkan ibadah kepada selain Allah. Contohnya, istighatsah atau berdoa meminta tolong diangkatnya musibah kepada orang yang telah meninggal dunia, yang ghaib (tidak ada), kepada jin, patung, bintang, atau semacam itu. Contoh bentuk syirik pula adalah menyembelih dan bernazar kepada selain Allah. Dan boleh kita menyebut orang kafir itu musyrik atau menyebut orang musyrik dengan istilah kafir. (Dinukil dari Fatwa Al-Islam Sual wa Jawab, no. 67626).
SEMOGA ALLAH BERI TAUFIK DAN HIDAYAH. SEMOGA KITA DISELAMATKAN DARI API NERAKA.
Referensi:
- Al-Jannah wa An-Naar. Cetakan ke-13, tahun 1423 H. Prof. Dr. ‘Umar Sulaiman Al-Asyqar. hlm. 26.
- Fatawa Al-Islam Sual wa Jawab, no. 8578: https://islamqa.info/ar/8578dan no. 67626: https://islamqa.info/ar/67626, oleh Syaikh Muhammad Shalih Al-Munajjid.
- Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim. Cetakan pertama, Tahun 1431 H. Ibnu Katsir. Tahqiq: Abu Ishaq Al-Huwaini. Penerbit Dar Ibnul Jauzi.
- Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim. Cetakan pertama, Tahun 1438 H. Ibnu Katsir. Tahqiq: Musthafa Al-‘Adawi. Penerbit Dar Ibnu Rajab.
- Tafsir Al-Qur’an Al-Karim – Surat Yasin. Cetakan kedua, Tahun 1424 H. Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin. Penerbit Dar Ats-Tsuraya.
- Tafsir As-Sa’di.Cetakan kedua, Tahun 1433 H. Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di. Penerbit Muassasah Ar-Risalah. Hlm. 739.
People need to wake up and realize that life doesn't wait for you. If you want you want something, get up and go after it.
Surah Al-Ikhlas is equal to one-third of the Qur'an
Munafiq si pemecah belah
1. RASULULLAH ﷺ melancarkan peperangan kepada Bani Mustaliq setelah agen perisikan kaum muslimin (Buraidah al-Aslami) mengesahkan bahawa al-Harith ibn Dirar (pemimpin Bani Mustaliq) merancang untuk menyerang Rasulullah ﷺ dan Madinah.
2. Dalam peperangan ini, berlaku beberapa insiden yang menarik untuk diteladani.
2.1 Pertama, berlakunya perselisihan antara Jahjah ibn Mas’ud (dari Muhajirin) dan Sinan ibn Wabr al-Juhani (dari kaum Ansar). Perselisihan ini berlaku di telaga al-Muraysi’ dan hampir mencetuskan peperangan di antara kaum Muslimin. Jahjah telah meminta bantuan kaum Muhajirn untuk berlawan dengan Sinan, begitu juga dengan Sinan. Sinan menyeru kaum Ansar untuk menyokong pergaduhan ini.
Mendengar pergaduhan ini, Rasulullah ﷺ segera meleraikan dan menyifatkan pertengkaran ini sebagai sifat asabiyyah iaitu membantu kaum sendiri atas dasar kezaliman. Begitulah Rasulullah ﷺ mendidik Muslim agar mengalah dalam perkara yang ranting dan mengutamakan kesatuan dan perpaduan Muslim.
3. Ketika perkara ini berlaku, Abdullah ibn Ubai (ketua Munafiq) merasa geram apabila melihat pergaduhan sesama Muslim ini tidak berlaku. Bahkan beliau merungut atas sikap Ansar yang selama ini banyak memberi bantuan kepada kaum Muhajirin.
4. Lihatlah sikap si munafiq ini. Mereka dari dahulu suka melihat perpecahan di kalangan Muslim berlaku dan mengambil kesempatan atas emosi dan perselisihan kaum Muslimin. Bahkan munafiq juga tidak suka melihat kebajikan yang dilakukan oleh kaum Ansar yang lebih banyak menguntungkan Islam. Muslim seharusnya bertindak dan menyokong pendirian yang memartabatkan Islam dan bertegas dalam perkara yang menguntungkan kafir dan kekufuran.
5. Insiden yang kedua pula berlaku setelah selesainya perang Bani Mustaliq ini. Kali ini, kaum munafiq bukan sahaja menimbulkan perpecahan dikalangan kaum Muslimin bahkan cuba mencalar kemuliaan keluarga Nabi ﷺ. Saidatina Aisyah telah difitnah melakukan perbuatan yang tidak elok dengan Safwan ibn al-Mu’attal al-Sulami.
5.1 Lihatlah betapa jahatnya perancangan munafiq. Mereka bukan sahaja berusaha memecah-belahkan umat Islam, malah melemparkan fitnah kepada Rasulullah ﷺ.
6. Hari ini kita dipecahkan oleh sesama Muslim. Ketahuilah bahawa perpecahan Muslim hanya menguntungkan si kafir sedangkan Rasulullah ﷺ mendidik kita supaya bersatu dan mengalah dalam perkara yang menguntungkan Islam.
Kegagalan Muslim mencari titik persamaan dalam memartabatkan Islam hanya menyebabkan mereka menjadi lemah, bahkan Rasulullah ﷺ turut dihina, malah Syariah Islam diperlekehkan.
Jangan sampai berlunak dengan kekufuran bahkan menekan agenda Islam sedang Allah memberi petunjuk yang jelas dalam Quran dan Sunnah.
Dr Ahmad Sanusi Azmi
Rahsia zuhud Hasan Basri Editor pada Ahmad Sanusi Husain.Com -
Hasan Basri ditanya: "Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?"
Beliau menjawab: "Aku tahu rezeki ku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amal ku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.
Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhati ku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihat ku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menunggu ku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH." Posted by Editor
Fuhhh !!! Siang ambil dadah, malam mengajar al-Quran sebelum akhirnya ‘tawar hati’ Abu Luqman pada Media Orang Kampung
A (kiri) bersama mereka yang kini meniti perjalanan untuk istiqamah berubah menjadi insan lebih baik. - Sinar Harian
KUALA BERANG: Mungkin ada yang anggap ia senario yang kurang munasabah apabila ada seorang penagih dadah mengambil dadah di siang hari, sebaliknya mengajar al-Quran waktu malam.
Namun itulah antara pengalaman seorang bekas penagih dadah dikenali sebagai A, 39, yang benar-benar percaya al-Quran bukan sekadar kalam suci tetapi sebagai pedoman dan panduan dalam hidup.
Menurutnya yang berasal dari Selangor, pengalamannya belajar di sekolah pondok membolehkan dia dapat membaca al-Quran apatah lagi ayahnya merupakan seorang ustaz.
"Saya mencuba barang terlarang itu sejak usia 14 tahun sewaktu belajar di sekolah pondok dan kerana dadah, saya dibuang dari madrasah selain pernah juga dipenjarakan atas kesalahan berkaitan dadah.
"Setelah lalui pelbagai pengalaman hidup dan bertukar-tukar kerja, pada 2016, saya kerja sebagai tukang baiki jam tangan dengan seorang tauke. Waktu itulah, sebelah malam saya mengajar mengaji.
"Walaupun saya seorang penagih dadah tetapi dapat kawal dan ramai yang tidak ketahui cerita siapa saya sebenarnya. Fizikal pula tidaklah kursus seperti seorang penagih dadah.
"Cara ini dapat kaburi mata masyarakat paling penting ialah saya tidak mahu lagi ibu bapa rasa malu dengan jiran tetangga atas kelakuan saya sebelum itu setelah ramai yang tahu saya terlibat dengan dadah," katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Tambah anak bongsu daripada lima beradik ini, ayahnya tetap berfikiran positif dan percaya dirinya mampu kembali ke pangkal jalan dengan syarat sentiasa dekatkan diri dengan al-Quran. Katanya, dia meneruskan dunia penagih dadah serta guru al-Quran itu selama lebih kurang setahun dan lama-kelamaan rasa seperti 'tawar hati' untuk mengambil dadah sehinggalah dia nekad berhenti.
"September tahun lepas, saya datang ke sini dengan sepenuh harapan untuk berubah bersama impian keluarga yang begitu harapkan saya dapat kembali ke landasan betul. "Kalau tidak kerana kesungguhan ayah dan keyakinannya untuk saya terus dekatkan diri dengan al-Quran, saya tidak tahu macam mana nasib diri saya sekarang ini.
"Ayah selalu pesan jangan tinggal al-Quran kerana rujukan seluruh kehidupan kita ada di dalamnya dan al-Quran adalah pedoman serta panduan hidup," ujarnya. - Sinar Harian
http://kachipemas.blogspot.com/2018/10/fuhhh-siang-ambil-dadah-malam-mengajar.html
Bahagia Itu Seperti Apa Sih? KASKUS - Forum Threads -
Siapa yang tak ingin bahagia? Semua orang pasti ingin merasakannya. Bukan hanya sekedar merasakan, akan tetapi bahagia bisa menjadi sebuah tujuan dalam kehidupan masing-masing setiap orang. Dengan bahagia tentu akan ada rasa tenang dan nyaman dalam menjalani hidup ini sehingga semakin semangat dalam menjalani kehidupan yang terkadang tak menentu arah dan tujuannya. Hidup yang tak bahagia tentu bukanlah dambaan yang selalu diharapkan oleh setiap orang, karena setiap orang tak ingin hidupnya terlalu diliputi oleh berbagai masalah.
Credit : gituaja.com
Hidup memang tak selalu seperti yang di mau dan diinginkan, sekilas memang terlihat menyedihkan namun nyatanya dibalik semua itu ada pelajaran berharga di dalamnya. Makna-makna tersembunyi dari kehidupan ini terkadang membuat kita tersadar dan membuat kita mengerti dan memahami bagaimana cara untuk bisa bahagia, Seperti apa bahagia? Semua orang punya jawaban tersendiri apa itu bahagia.
1. Semua Orang Pasti Ingin Bahagia
Credit : entrepreneuracademy.co.id
Bahagia menjadi harapan banyak orang, baik muda maupun tua pasti ingin bahagia. Dalam setiap hari yang dijalani tentu bahagia selalu dinanti, kabar-kabar baik yang menghiasi hari menjadi suatu harapan yang bisa mengantarkan kepada kebahagiaan. Setiap orang bekerja keras dalam hidup untuk bisa bahagia dan membahagiakan orang lain di sekitarnya.
2. Jalan Bahagia Tak Selalu Sama
Credit : ngopy.com\
Definisi bahagia si setiap orangnya tentu tidaklah sama, jalan-jalan yang ditempuh untuk meraih bahagia banyak caranya. Bahagia itu terkadang unik, terkadang apa yang dirasakan bahagia oleh seseorang belum tentu dirasakan bahagia oleh orang lain. Suasana hati memang terkadang mempengaruhi seseorang itu bisa merasa bahagia atau tidak.
3. Tak Selamanya Bahagia diukur dengan Materi
Credit : kompas.com
Punya banyak harta mungkin bisa bahagia, terkadang tak jarang orang "membeli" kebahagiaan. Nyatanya tak semua kebahagiaan bisa di gapai dengan materi. Tak jarang banyak orang meninggalkan materi demi mencari kebahagiaan. Punya banyak uang belum tentu bisa merasa bahagia karena terkadang semakin banyaknya harta semakin muncul rasa takut kehilangan harta yang dimiliki.
4. Ketika Bahagia Menjadi Sesuatu yang Berharga
Credit : kompas.com
Tak selamanya bahagia selalu ada di sisi, nyatanya terkadang rasa-rasa lain pun datang menghampiri entah itu rasa kecewa, takut, malu dan sebagainya datang kepada setiap orang yang mengalaminya. Bahagia yang tak selalu ada temani di sisi tentunya membuat kita merasa bahwa bahagia itu selalu berharga untuk dimiliki.
5. Bahagia dan Perjuangan Kehidupan
Credit : jempolkaki.com
Semua orang hidup di dunia ini untuk berjuang, banyak orang bekerja keras untuk bisa meraih kebahagiaan dan berbagi kebahagiaan dengan orang-orang yang tersayang. Tujuan untuk bahagia menjadi pelecut semangat bagi setiap orang untuk terus berjuang menjadi yang terbaik di dalam kehidupan.
6. Masa Depan yang Bahagia, Mengapa tidak?
Credit : static.inilah.com
Semua orang ingin menciptakan masa depan yang bahagia hingga rela berlelah-lelah untuk berusaha menggapainya. Bahagia selalu dinanti banyak orang termasuk bahagi di masa depan nanti. Di usia yang muda tentunya sangat berharap bisa bahagia di hari tua, untuk itulah banyak orang berusaha sbaik mungkin berjuang hari ini demi kebahagaiaan di masa nanti.
Demikian paparan tulisan ane kali ini, setiap orang ingin merasakan bahagia dalam hidupnya, jalani hidup ini dan cobalah untuk bahagia dalam menjalaninya agar kita bisa menikmati indahnya kehidupan dengan ragam cara meraih kebahagiaan. Agan dan sista ingin menambahkan atau menanggapi? silahkan sampaikan di kolom komentar dan sampai jumpa di tulisan berikutnya.
Sumber :
Opini Pribadi dan Inspirasi Kehidupan
Sumber 1
Sumber 2
Sumber gambar via google images
https://www.kaskus.co.id/thread/5bce4a85dac13e546a8b456a/bahagia-itu-seperti-apa-sih
Bahagia Itu Seperti Apa Sih? | KASKUS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan