Ahad, 21 Oktober 2018

Berantem. 8483.


Allah telah berfirman:

سُوۡرَةُ هُود وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ ١١٣

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (113)

Jika Kit Siang Mahu Bukti, Tanya Menteri Kewangan, Kata Hadi

 
(FMT) – Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa pemimpin DAP Lim Kit Siang bertanyakan kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung dakwaan kepimpinan parti itu tidak bersetuju dengan cadangan mengembalikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

Presiden PAS itu berkata Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk mengembalikan royalti kepada negeri tetapi pembayaran kepada Kelantan dan Terengganu terhalang.

“Perdana menteri telah bersetuju untuk mengembalikan royalti terus kepada negeri sebagaimana dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

“Namun pembayaran kepada Kelantan dan Terengganu terhalang. Jika saudara Lim mahukan bukti, sila tanya menteri kewangan,” katanya di Facebook.


Lim semalam mendesak Hadi untuk membuktikan diskriminasi DAP terhadap pantai timur Semenanjung dengan tidak menyokong pembangunan saksama di Kelantan dan Terengganu.

Hadi menurut Berita Harian juga berkata kepimpinan DAP tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengembalikan royalti minyak kepada negeri pengeluar termasuk Kelantan dan Terengganu.

Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan raya umum 9 Mei lalu menjanjikan 20% royalti kepada pengeluar minyak.

Perdana menteri ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) di Dewan Rakyat 18 Oktober lepas berkata pembangunan Sabah dan Sarawak akan diberi keutamaan dan kerajaan akan mengagihkan pendapatan minyak dan gas secara saksama bagi mencapai matlamat itu.

Jika Kit Siang mahu bukti, tanya menteri kewangan, kata Hadi – Malaysia Today
https://www.malaysia-today.net/2018/10/21/jika-kit-siang-mahu-bukti-tanya-menteri-kewangan-kata-hadi/

Pemimpin tidak hanya bertanggung jawab kepada rakyatnya, tapi diminta pertanggungjawaban di hadapan Allah Subhanahu Wa ta'ala. 8478.
Foto Rahmat Rahman.
Dosa pemimpin 
Suatu hari sahabat Abu Dzar al-Ghiffari memohon kepada Rasulullah ﷺ untuk mengabdikan diri sebagai pemimpin di kawasan-kawasan seperti sahabat yang lain. Abu Dzar berkata, "Wahai Rasulullah ﷺ, tidakkah engkau hendak menggunakan (perkhidmatan)-ku?"

Namun, Rasulullah ﷺ yang mengetahui karakter para sahabatnya mengetahui bahawa Abu Dzar tidak sesuai untuk menjadi seorang pemimpin. "Wahai Abu Dzar, engkau itu lemah (dalam kepemimpinan), dan kepimpinan itu ialah amanah dan akan menjadi kehinaan serta penyesalan pada Hari Kiamat."

Sungguh, Rasulullah ﷺ tidak meragukan kesalehan dan ketakwaan Abu Dzar al-Ghiffari, tetapi ia hendak mengingatkan akan bahaya menjadi pemimpin tanpa mampu menjalankan amanah yang dipikulnya. Kerana, pemimpin tidak hanya bertanggung jawab kepada rakyatnya, tapi diminta pertanggungjawaban di hadapan Allah Subhanahu Wa ta'ala.

Jika seorang pemimpin mampu menunaikan amanah dengan baik, memberikan hak-hak bagi orang yang dipimpinnya, dan berbuat adil kepada diri, keluarga, dan rakyatnya, ia termasuk orang yang paling dicintai Allah dan mendapat naungan dari sisi-Nya pada Hari Kiamat. "Sehari menjadi pemimpin yang adil, lebih baik daripada beribadah selama 60 tahun." (HR Ahmad).

Sebaliknya, jika seorang pemimpin tidak adil, mengabaikan tanggung jawabnya terhadap rakyat, dan hanya berpihak kepada diri, keluarga, dan kelompoknya, ia akan menyesalinya pada Hari Kiamat. "Barang siapa yang menjadi pemimpin (hanya) bagi 10 orang atau lebih, Allah akan mendatangkannya dengan tangan terbelenggu pada lehernya pada Hari Kiamat, ia akan dibebaskan oleh kebaikannya atau dikencangkan dosanya, awalannya ialah kesalahan, pertengahannya penyesalan, dan akhirannya kehinaan pada Hari Kiamat. "(HR Ahmad).

Dosa seorang pemimpin tidak boleh disamakan dengan dosa manusia biasa kerana dosa pemimpin kesan luas dan merugikan orang-orang yang dipimpinnya. Pemimpin yang menyalahgunakan kuasa, membiarkan kezaliman, dan menelantarkan orang-orang yang tidak mampu, akan dibalas oleh Allah dengan kehinaan dan azab yang pedih. Oleh kerana itu, para pemimpin umat Islam terdahulu selalu memikirkan tentang penderitaan rakyatnya kerana merasa takut akan perbuatan dosa yang nanti akan dipertanggungjawabkan di sisi Allah.

Oleh itu, sungguh sangat menghairankan jika seorang pemimpin hanya membimbangkan keselamatan diri dan keluarganya dari rongrongan rakyat atau lawan-lawan politiknya, sementara ia melalaikan rakyatnya dalam jeratan kemiskinan. 

Umar bin Khattab RA pernah merinding ketakutan akan kedudukannya pada Hari Kiamat hanya kerana membimbangkan seekor keldai yang tak boleh makan. "Andaikan seekor keldai terjerembap di daerah Iraq, nescaya Allah kelak akan bertanya pertanggungjawabanku, mengapa engkau tidak meratakan jalannya?"

Seandainya setiap pemimpin lebih membimbangkan kedudukannya di sisi Allah dibanding jabatan dan kekuasaannya saat ini, ia akan sentiasa mendengar dan memperhatikan keperluan rakyatnya. Sekecil apa pun kesalahan pemimpin terhadap rakyatnya, akan menjadi penyesalan, kehinaan, dan azab baginya pada Hari Kiamat. 

Wallahu 'alam.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1272880679521630&set=a.521244958018543&type=3&theater
Foto Rahmat Rahman.
Beginilah Pemimpinnya dan Beginilah Penegak Hukum Nya 
Abdurahman an-Nashir, Khalifah Andalus tahun 300H-350H. Hari itu, dia mengumpulkan seluruh jajaran pejabat negeri. Dalam rangka grand opening istana yang baru selesai dibina. Istana Dar ar-Raudhah. Bukan saja besar tetapi teramat megah. Cukuplah disebutkan di sini, bahawa istana itu berlapis emas dan perak hingga atapnya. Soalan khalifah tentang istananya, membuka acara tersebut. Semua pegawai yang bicara memuji sang khalifah.

Hingga sampailan soalan itu kepada Penguatkuasa Undang-undang di negeri itu, al-Mundzir bin Said al-Baluthi. Al-Mundzir yang ditanya malah menangis. Air mata mengalir membasahi janggutnya. Inilah kenyataan sang penguatkuasa undang-undang. 

"Demi Allah wahai Amirul Mukminin, saya tidak menyangka bahawa syaitan telah menyesatkanmu hingga setakat ini. Dengan semua yang Allah berikan kepadamu berupa nikmat, syaitan telah menempatkanmu di rumah orang kafir."
Foto Rahmat Rahman.
Bak petir di siang hari. Khalifah marah, "Bagaimana kamu tempatkan saya sejajar dengan orang kafir?"

Al-Mundzir menjawab, "Bukankah Allah telah berfirman: Dan sekiranya bukan karena hendak menghindari manusia menjadi umat yang satu (dalam kekafiran), tentulah kami buatkan bagi orang-orang yang kafir kepada Tuhan Yang Maha Pemurah loteng-loteng perak bagi rumah mereka dan ( juga) tangga-tangga (perak) yang mereka menaikinya ..... "(Qs az-Zukhruf: 33)

Khalifah Abdurahman an-Nashir yang tadi marah, kini tertunduk sambil menangis teresak-esak. Kemudian berkata, "Semoga Allah memberimu pahala yang paling agung atas jasamu terhadap kami, dirimu, dan muslimin dan Islam ini. Semoga Allah memperbanyak orang seperti anda. Apa yang anda katakan itu benar."

Kemudian sang pemimpin tertinggi negeri yang telah merasa bersalah itu memerintahkan agar semua lapisan emas dan perak pada bangunan istananya dihilangkan. (Lihat: al-Andalus al-Tarikh al-Mushawwar, DR. Thariq al-Suwaidan, h. 165)

Begitulah, Andalus mencapai puncak kejayaannya di tangan pemimpin tertinggi yang sangat siap meminta maaf dan memperbaiki kesalahan dan didampingi oleh penguatkuasa undang-undang yang adil dan tidak takut menyampaikan kebenaran di hadapan sesiapa.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1269794839830214&set=a.521244958018543&type=3&theater

Blog Pemimpin PS/PR






BLOGGER PERAK




BLOG BLOG PANAS



BLOG PIMPINAN PAS/PR




BLOG MUSLIMAT




http://ayid-manjaddawajada.blogspot.com/2014/08/dulu-kita-tanya-dia-jawab-sekarang-dia.html

Tiada ulasan: