Selasa, 16 Oktober 2018

Heng jom beriman... 8437.


Heng jom beriman... Nak tahu Islam jangan ikut tengok eg; Sister in Islam atau siapa-siapa. Ngaji kaji Al Quran dan Hadis. In Syaa Allah.

ISNIN, 15 OKTOBER 2018

Diam kamu! Kata Ridhuan Tee kepada ketua Wanita MCA 

Oleh Siti Fatimah Ishak 

USAH CAMPURI URUSAN UMAT ISLAM, FOKUS MASALAH PARTI YANG KALAH TERUK

BANGI – “Diam, Heng. Kamu siapa mahu campuri urusan umat Islam. Kamu bukan pakar, jauh sekali golongan agamawan. Lebih baik tutup mulut.”

Demikian bidas Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah terhadap Pengerusi Wanita parti perkauman MCA, Heng Seai Kie, yang mempertikai tindakan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu mengenakan hukuman sebat terhadap wanita di khalayak.

Pendakwah bebas yang juga Pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu berkata, urusan Mahkamah Syariah bukan parti politik seperti MCA, dan bukan juga urusan orang bukan Islam untuk menjaganya.

“Ini urusan umat Islam. Heng tiada hak untuk campur tangan. Lagipun siapa kamu? Ini urusan mahkamah untuk orang Islam. Jika tak setuju, tutup mulut. Kamu tak ada kuasa ke atasnya.

“Saya fikir lebih baik kamu (Heng) memberi kenyataan mengenai layanan komunis terhadap etnik Uighur di China. Itu lebih bermanfaat daripada menyakiti orang Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Heng yang menganggap hukuman secara terbuka kepada wanita mencabar Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Prosedur Jenayah.

Heng yang juga penganut agama Buddha berkata, menyebat wanita di depan khalayak bukan sahaja perbuatan yang sangat kejam terhadap kemanusiaan, ia juga dengan jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Dia mengulangi pendirian kumpulan Sisters in Islam bahawa hukuman sebat di depan khalayak tidak memberi apa-apa kesan pendidikan, menghina dan mengaibkan hak asasi manusia.

Ridhuan Tee berkata, Mahkamah Tinggi Syariah tidak perlukan pandangan orang jahil seperti Heng.

Katanya, pelaksanaan undang-undang sebat telah difikir sedalam-dalamnya oleh pihak berkuasa syariah yang lebih memahaminya berbanding Heng.

“Heng bukan siapa siapa, pakar pun tidak. Kamu hanya parti kalah yang menang satu kerusi Parlimen. Itupun ehsan daripada undi Melayu. Jika tidak, MCA sudah tentu berputih mata.

“Saya nasihatkan kamu fokus kepada parti MCA yang kalah teruk PRU14 lalu. Saya bimbang PRU15 nanti satu kerusi pun MCA tak dapat. Melopong saja,” katanya.

https://dialograkyat.blogspot.com/2018/10/diam-kamu-kata-ridhuan-tee-kepada-ketua.html
16 OKTOBER 2018
SITI AZIELAH WAHI  
Najib tinggalkan SPRM guna laluan belakang
Najib Razak
PUTRAJAYA - Selepas lebih enam jam disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meninggalkan bangunan SPRM jam 4.40 petang melalui laluan belakang.Najib Razak

Kumpulan media yang menanti sejak pagi untuk mendapatkan reaksi beliau gagal.
Kali ini beliau dikatakan dipanggil bagi membantu siasatan kes berkaitan  1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bayaran penyelesaiannya sebanyak RM2.4 bilion kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).

Najib sebelum itu tiba di ibu pejabat SPRM  pada jam 10 pagi melalui pintu belakang bangunan pejabat ini menaiki kenderaan Toyota Vellfire warna putih.

Ahli Parlimen Pekan itu sudah  beberapa kali dipanggil memberikan keterangan kepada SPRM membabitkan kes 1MDB termasuk anak syarikatnya, SRC International Sdn. Bhd.
Pada 3 Oktober lalu, Najib memberi keterangan hampir tiga jam di Unit Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA), di Menara KPJ, Jalan Tun Razak.

Tidak dapat dipastikan samada bekas Presiden Umno akan kembali ke pejabat SPRM esok untuk disambung keterangan.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Najib tidak mengaku salah 25 pertuduhan ]
[ ARTIKEL BERKAITAN: Lagi pendakwaan terhadap Najib ]
http://www.sinarharian.com.my/nasional/najib-tinggalkan-sprm-guna-laluan-belakang-1.892585?


Tiada ulasan: