Khamis, 18 Oktober 2018

Jangan tidur... 8458.


Foto Terapi Nur Syifa.
Terapi Nur Syifa
Halaman Disukai · 19 Ogos 
BAGAIMANA MENGATASI PANAS BARAN DAN EMOSI

Hati Memandang Allah; “Apabila seseorang itu telah sempurna syariatnya, maka dengan syariat itu menjadi perantaraan untuk meraih hakikat, apa itu hakikat, iaitu hati yang telah terbuka sehingga mengenali Allahسبحانه وتعالى mengapa ia sujud, apabila berbicara mengenai masjid ia tidak nampak masjid, tetapi apa yang disebalik masjid.”

“Jika ia berinteraksi dengan manusia ia tidak nampak manusia, hakikat siapa yang menggerakkan manusia itu yang ia sedang berinteraksi, hatta seseorang yang melakukan keburukan, tohmahan, celaan, cacian, interaksinya dengan orang yang melakukan tohmahan, yang menyakitinya, ia tidak terus marah atau melenting tetapi pandangannya siapa yang disebaliknya, yang menggerakkan.”

“Maka apabila ia melihat disebaliknya, ia akan menyikapi sesuatu itu dengan penuh adab, dengan akhlak, tanpa dengan emosi, tanpa dengan kemarahan yang melulu dan tak tentu hala, kadangkala kemarahan dan panas baran tersebut menatijahkan sesuatu yang lebih buruk, sesuatu yang patut ditangani dengan penuh kelembutan, penuh kasih sayang dan penuh sistematik. Tetapi, oleh kerana panas baran, kepalanya tidak dapat bertindak dan berfikir dengan betul, ia menatijahkan sesuatu akhlak, interaksi yang buruk terhadap orang yang mentohmahnya, yang menyakiti kita.”

“Sebab itu, ulama tasawwuf mengatakan orang yang marah, panas baran, marah melulu pada orang lain ini, sebetulnya ia telah lupa pada Allah سبحانه وتعالى ia tidak nampak hakikat yang mengerakkan segala sesuatu adalah Allah سبحانه وتعالى hakikat yang mengerakkan sesuatu, yang mengerakkan lidah orang tersebut berkata mengenai kita, disebaliknya adalah Allah سبحانه وتعالى sebab itu pemaksiat, pendosa, orang yang bermusuh dengan kita itu, kita tidak membenci orang tersebut.”

“Agama kita mengajar satu makna yang mendalam, dalam perhubungan kita dengan makhluk Allah, kerna pada mata kasar kita, kiita nampak dan sedang bergaul, muamalah, berinteraksi dengan makhluk, tapi pada erti kata yang sebenar hakikatnya kita sedang bermuamalah, berinteraksi dengan Allah سبحانه وتعالى kerna itu orang yang mencapai hakikat itu hatinya lembut, hatinya mudah memaafkan hatinya berakhlak dengan akhlak Allah سبحانه وتعالى dalam satu riwayat mengatakan hendaklah kamu berakhlak dengan akhlak Allah سبحانه وتعالى, sifat Allah سبحانه وتعالى penuh dengan rahmat, penuh dengan kasih sayang dan ianya telah dicurahkan kepada nabi Muhammadﷺ. Lalu dengan kesedaran hati yang mengasihi saudaranya yang lain, seseorang dapat berusaha membetulkan keadaan dengan cara yang berhikmah penuh bersangka baik, samada dengan berdiam diri, senyuman, memberi teguran, nasihat dan dakwah yang bijaksana serta doa yang tiada putus."

“Maka membaca kisah-kisah bagaimana nabiﷺ menzahirkan kerahmatan, kasih sayang, kelembutan, kemaafan kepada manusia, ianya adalah satu kekuatan perpindahan kepada kita, ianya mampu memunculkan akhlak dalam diri kita, kerna akhlak yang disebut tadi bukan sesuatu yang berada diluar kita hingga ia perlu ditransferkan, tidak.”

“Tetapi hakikatnya ia berada dalam diri kita, sifat sabar sifat pemaaf, kelembutan semuanya terpendam,ianya akan terkeluar apabila terkena pada tarbiyahnya, pada tazkiyyahnya, kadangkala ia mendapat kekuatan apabila mendengar kisah para sahabat Nabi ﷺ bagaimana akhlak para nabi, akhlak rasulullah ﷺ, maka ulama tasawwuf mengatakan kisah -kisah, akhlak -akhlak para wali ini, ianya adalah seumpama bala tentera daripada Allah سبحانه وتعالى untuk menguatkan hati manusia.”

Demikian adalah sekelumit dari makna al-Ihsan yang perlu dicapai oleh orang beriman, sabda Baginda saw "al-Ihsan itu adalah kamu menjadi hamba Allah seolah-olah kamu melihat Allah, jika kamu tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia melihatmu". (Muslim)


Terapi Nur Syifa
Halaman Disukai · 11 Oktober 
SAKA YANG SEBENAR

Soalan:
Assalamualaikum... bleh saya tumpang tanya.... btul ke saka susah nak dibuang...

Jawapan :
Waalaikummussalaam WarahmatULLAH. Semoga yang bertanya sentiasa dalam keamanan ALLAH.

Sang faqir sebelum ini sudah menerima banyak soalan yang seakan-akan sama seperti soalan di atas dan pada mulanya sang faqir mengambil keputusan untuk meletak soalan ini dalam mode 'keep in view'.

Tetapi memandangkan isu ini sudah menjadi suatu 'trend' dalam pendakwaan permasalahan penyakit, maka izinkan ciptaan ALLAH yang lemah lagi dhoif ini menjawab seadanya.

Adapun jawapannya adalah TIDAK, TIDAK BETUL. Yang susah hendak buang adalah:

1) Pemikiran yang meletakkan Saka itu susah dibuang
2) Penyakit yang bukan Saka, tetapi dakwa ianya saka
3) Ketaksuban kepada perkara mistik

Tahukah kalian apa maksud Saka?
SAKA adalah diambil dari perkataan Pusaka yang membawa kepada takrifan WARISAN, iaitu sesuatu yang diwariskan.

Dari Usul kepada Furuq, itu secara fahamnya.
Apabila disebut saka, ianya melibatkan pewarisan dari usul(pangkal) ke furuq(cabang).

Maka, tiada yang mustahilnya berlaku masalah pewarisan perkara-perkara mistik contohnya Hala, Harimau Kerinchi, Hantu Raya, Gundruwo, Pelesit, Balan-balan, ataupun Anak kerak dan lain-lain lagi.

Perkara ghaib Wajib kita sebagai Muslim perlu percaya sebagai salah satu rukun keimanan akan tetapi menjadi satu MASALAH jika TERLALU PERCAYA sehingga menutup kepercayaan yang SEPATUTNYA.

Mudahnya, makhluk ALLAH yang dhoif ini ingin bertanya satu soalan, satu saja, tidak mahu lebih, satu saja... Iaitu, yang dinamakan Saka yang susah benar dibuang itu Qadim(kekal) atau Hadist(baharu)?

Persoalan itu biarlah pembaca yang fikirkan dan menjawab akannya sendiri dengan merujuk pada Ulama-ulama Usuluddin.

Cuma, di sini sang faqir ingin jamah sedikit berkaitan dengan masalah atau fenomena sekarang, yang mudah atau cepat benar dakwaan bersaka ini muncul dan ianya begitu pantas diucapkan terus kepada pesakit dan menambahkan lagi haru biru kepada pesakit apatah lagi apabila sumbernya melalui dialog jin yang merasuk pesakit.

Lazimnya, dakwaan BERSAKA ini muncul apabila:

1) Tidak menemui penawar sebenar penyakit yang menimpa pesakit
2) Anak yang malas belajar atau degil
3) Masalah kerezekian
4) Masalah Rumahtangga
5) Tabiat buruk
6) Masalah anak yang kurang upaya
7) Masalah gangguan yang tidak berkesudahan
8 ) Masalah malas beribadat
Dan lain-lain lagi.

Maka, dari sini muncullah suatu 'standardized' ciri-ciri bersaka yang dari mana bermulanya pun tidak kita ketahui. Hasilnya, masyarakat hari ini back to 70's. Itu belum dikira lagi dengan penafsiran mimpi (tafsirul Ahlam) yang tidak mengikut adabnya. AstaghfirULLAH.

Sedarilah wahai saudara-saudaraku, dunia sudah menghampiri akhir zaman, bukanlah masanya untuk kita melemaskan diri dalam perkara kemistikan yang tiada berkesudahan, alangkah ruginya apabila di Al Mizan nanti, saat disoal ALLAH Jalla Waala, "wahai si fulan bin si fulan, ke manakah usia dan harta kamu pada sesekian waktu telah kamu luangkan?"


Maka, jawab si fulan tersebut," Berubat Saka Ya ALLAH". Adakah dengan jawapan seperti itu akan menjamin kita melintas titian Sirat yang selama 1500 tahun perjalanan itu seperti kilat menyambar dan disambut pula oleh Ridhwan di pintu syurga, serta menjemput, masuklah ke mana-mana pintu yang kamu suka. Adakah begitu?
Kalian ada jawapannya, tidak perlu si jahil ini menjawabnya. 

Semua pendapat berkaitan gangguan perlu kita RAI, tetapi ada pendapat yang perlu kita KETEPI, apatahlagi ianya membabitkan soal AQIDAH.

Apabila kita boleh mengatakan orang itu bersaka, pelajar yang malas itu bersaka, isteri yang derhaka itu bersaka, suami yang fasiq itu bersaka, maka beranilah kita mengatakan bahawa diri kita juga bersaka. Kerana hanya orang yang bersaka sahaja berani menghukum seberaninya orang lain bersaka tanpa mengkaji faktor psikoanalisisnya, faktor tabiatnya, faktor pendidikannya dan lain-lain faktor.

Bagaimana mungkin Perubatan Islam yang sebenar di Malaysia khususnya boleh bangkit andainya inilah permasalahan yang timbul, tidak dapat mengusul penyakit, maka akhirnya, saka juga yang disalahkan, silap-silap, kesudahannya, jin saka minta dirawat dek kerana stress dituduh dengan sesuatu tanpa ada kena mengena dengannya.

Kalaulah saka ini menjadi major masalah masyarakat, sudah tentu Al Biruni sudah karang di dalam kitabnya, Ar Razi nukil di dalam penulisannya, Ibn Sina coret di dalam manuskripnya, Az Zahrowi catat di dalam jurnalnya dan Ibn Qayyim rekod di dalam naskahnya.

Hakikatnya semua orang bersaka, tiada yang terlepas, semua bersaka, tidak kira dia adalah Alim Ulama, Wali Kabir, Syeikh Kabir, para asatizah, Mualij-mualij dan sekalian umat dalam dunia ini mempunyai saka sejak dari zaman Nabi Adam Alaihi Salam lagi.

Nama saka tersebut adalah 'ALAQAH, yang di dalam riwayat Asy Syaikhani (Bukhari dan Muslim) hanya Sayyiduna Wa Habibuna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam sahaja yang tiada saka ini, iaitu darah hitam yang dibuang dari hati (jantung) Baginda SallALLAHu Alaihi Wasallam, yang telah dibelah dan dibersihkan oleh Jibril Alaihi Salam dan Mikail Alaihi Salam sebanyak 3 kali.

Sebagaimana diriwayatkan Imam Muslim dari Anas bin Malik RadhiyALLAHu 'anhu diceritakan : 



أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَاهُ جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَلْعَبُ مَعَ الْغِلْمَانِ فَأَخَذَهُ فَصَرَعَهُ فَشَقَّ عَنْ قَلْبِهِ فَاسْتَخْرَجَ الْقَلْبَ فَاسْتَخْرَجَ مِنْهُ عَلَقَةً فَقَالَ هَذَا حَظُّ الشَّيْطَانِ مِنْكَ ثُمَّ غَسَلَهُ فِي طَسْتٍ مِنْ ذَهَبٍ بِمَاءِ زَمْزَمَ ثُمَّ لَأَمَهُ ثُمَّ أَعَادَهُ فِي مَكَانِهِ وَجَاءَ الْغِلْمَانُ يَسْعَوْنَ إِلَى أُمِّهِ يَعْنِي ظِئْرَهُ فَقَالُوا إِنَّ 
مُحَمَّدًا قَدْ قُتِلَ فَاسْتَقْبَلُوهُ وَهُوَ مُنْتَقِعُ اللَّوْنِ
قَالَ أَنَسٌ وَقَدْ كُنْتُ أَرْئِي أَثَرَ ذَلِكَ الْمِخْيَطِ فِي صَدْرِهِ


"Bahawasanya RasulULLAH SallALLAHu 'alaihi wasallam didatangi Malaikat Jibril ketika Baginda SallALLAHu 'alaihi wasallam sedang bermain dengan beberapa kanak-kanak. Jibril kemudian menangkapNya, menelentangkanNya, lalu Jibril membelah dadaNya. Jibril mengeluarkan hatiNya, dan mengeluarkan dari hati Baginda dengan segumpal darah beku sambil mengatakan “Ini adalah bahagian syaitan dariMu”. Jibril kemudian mencucinya dalam bekas yang diperbuat dari emas dengan air zam-zam, lalu dilapkan, kemudian dikembalikan ke tempatnya. Kemudian rakan-rakanNya menjumpai ibuNya (Ibu susuan- Halimatus Saadiah) dengan berlari-lari sambil mengatakan: “Sesungguhnya Muhammad telah dibunuh”. Kemudian mereka bersama-bersama menjumpaiNya, sedangkan Dia dalam keadaan berubah riak wajahNya (pucat). Anas mengatakan: “Aku pernah diperlihatkan bekas jahitan di dadaNya”.

Nama lain bagi 'alaqah ini adalah darah hitam atau istana Iblis atau nama dalam sainsnya Apex atau dalam bahasa melayunya puncak jantung, kawasan ini adalah tempat pengumpulan darah biru yang bermasalah yang akibat darinya jika tidak dijaga dengan baik akan menjejaskan fungsi kardiovaskular tubuh (zahirnya).

Dan inilah saka yang sebenar, yang perlu dijaga dan dan dikawal, seperti mana sabda Baginda RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam, yang bermaksud :


"Dari Abi Abdillah An-Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda, "Sungguh sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, antara keduanya ada hal yang samar-samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak tahu. Maka siapa yang menjaga dirinya dari syubhat itu maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya dan siapa yang melakukan perkara syubhat itu maka ia jatuh dalam perkara haram seperti penggembala di sekeliling tanah larangan (milik orang), lambat laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah setiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNYA. Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sepotong daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya dan jika ia rosak maka rosaklah jasad seluruhnya. Sepotong daging itu adalah HATI." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Ayuh kita kembali kepada Aqidah yang sebenar, mujahadahlah mengenal ALLAH melalui Sifat-sifatNYA, untuk menyembah ZatNYA, untuk peroleh Rahmat dan RedhaNYA kerana DIA, hanya DIA, semata-mata DIA.

Untuk penyakit, setiap penyakit ada sifir Asal dan Usulnya, Unsur dan Sifatnya, maka jangan berhenti belajar dan terus menerus menerkam kepada telahan Saka semata-mata tanpa ada penjelasan yang relevan dan jelas mengikut Aqidah serta Logik Penyakit.

Ketahuilah bahawa kita makhluk dan alam ini bersifir, termasuklah penyakit, sudah pasti ada jawapan dan penjelasan, yang pasti bukan Saka semata-mata, yang tidak Bersifir hanyalah ALLAH, kerana ALLAH tidak bersamaan dengan makhluk dan segala yang baharu.

Kepada mereka yang mengalami masalah penyakit mistik yang sudah lama dan sukar sembuh, lazimi mengamalkan:

1) Istighfar (AstaghfirULLAH) 100X selepas Subuh
2) Zikir Tahlil (LaailahaillALLAH) 100X Selepas Zohor dan Asar
3) Ya Lathif 129X Selepas Maghrib
4) Selawat 100x selepas Isyak
Dan lain-lain amalan Hasanah dan Darajat yanv semoga dengannya beroleh Rahmat dan Redha ALLAH.

Biasakan diri :

1) Solat berjemaah
2) Berpuasa sunat
3) Berdamping atau bersahabat dengan Para Alimin
4) Elakkan dari memakan atau meminum dari.sumber haram atau syubhah
5) Usahakan menjalankan sunnah mulia Sayyiduna RasulILLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam dalam kehidupan.
6) Banyakkan bersedekah.
7) Jaga hati Ibubapa
Dan lain-lain lagi amalan Hasanah, tinggal serta elakkan amalan keburukan.

Kalau hendak diturutkan, banyak lagi yang hendak dibebelkan, tetapi cukuplah dahulu bebelan ini, semoga ianya bermanfaat kepada mereka yang dapat menerimanya dengan hati yang terbuka, dan mohon maaf kepada yang tidak dapat menerimannya, maafkanlah sang faqir yang jahil dan dhoif ini.

Semoga kita sama-sama dilorongkan ALLAH ke jalan yang benar.

Aamiin Aamiin Aamiin Ya ROBBal Alamin.

Wassalam.

Terapi Nur Syifa - Halaman Utama
https://www.facebook.com/TerapiNurSyifa/photos/rpp.420778701355702/1562903080476586/?type=3&theater 

Terapi Nur Syifa
Halaman Disukai · 16 September
Amalan untuk dapat bertemu Rasulullah dalam mimpi

Bermula dari pertanyaan singkat ‘Bagaimana caranya saya dapat bertemu dengan Rasulullah ?’. Berikut ini jawaban Habib Munzir.

Mengenai berjumpa dg Rasul saw adalah dg merindukan beliau saw dan memperbanyak amalan sunnah semampunya, dan memperbanyak shalawat, beliau saw mencintai kita dan memperhatikan kita lebih dari ayah bunda kita, beliau saw adalah ayah ruh bagi semua ummatnya, maka ruh kita tetap mudah berhubungan dengan ruh beliau saw, lewat mimpi misalnya, nah.. perkuat hubungan ruh anda dengan ruh beliau saw dengan shalawat ini :

”Allahumma shalli alaa ruuhi sayyidina muhammadin fil arwah, wa ‘ala Jasadihi filjasad, wa alaa Qabrihi filqubuur” (wahai Allah limpahkan shalawat pada Ruh Sayyidina Muhammad di alam arwah, dan limpahkan pula pada Jasadnya di alam Jasad, dan pada kuburnya di alam kubur).

Anda bisa saja jumpa dg Rasul saw dalam mimpi, perbanyaklah shalawat, cintailah sunnah, dan perbanyaklah bersedekah pada anak yatim, dan baktilah pada ibunda jika masih ada, ini adalah amalan amalan yg sangat dicintai oleh Rasul saw, anda jangan tidur kecuali bibir anda terus bershalawat pada nabi saw, beliau saw akan menjumpa anda, dan yakinlah..

Saya (Habib Munzir) menyukai semua shalawat, dulu saya membaca 17 macam shalawat, diantaranya shalawat Syeikh Abdulqadir Aljailani yg panjangnya 13 halaman, namun kini saya membaca satu macam shalawat saja, yg diajarkan Rasul saw lewat mimpi pd saya, pendek saja yaitu :

“ALLAHUMMA SHALLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALIHI WA SHAHBIHI WASALLIM“
shalawat ini saya baca 5.000X setiap harinya,

jika anda ingin membacanya silahkan, saya ijazahkan pada anda, boleh membacanya 100X, 200X atau lebih atau berapa saja sekemampuan anda dan luasnya waktu, dan bisa dibaca sambil dimobil, dijalan, atau dimanapun,

Masalah mimpi Rasul saw, saya (Habib Munzir) pernah bermimpi beliau saw dan mengadukan banyaknya orang yg rindu dg beliau saw namun belum jumpa dalam mimpi, beliau saw menutup wajahnya dan menangis, seraya berkata :

“Tiada yg memisahkanku dg mereka selain tabir qudrat, dan mereka akan jumpa dg ku kelak”beliau saw sangat perduli dan rindu pada ummatnya, lebih lebih yg mencintai beliau saw, dan telah teriwayatkan pada shahih Muslim bahwa beliau saw bersabda : “Ummatku yg paling cinta padaku adalah yg hidup setelah aku wafat, dan mereka sangat mengidamkan jumpa dg ku daripada harta dan keluarganya”.

Foto Terapi Nur Syifa.
Istri - Istri Akhir Zaman

Oleh: Sulthonul Ilmi Al Habib Salim Bin Abdullah Assyatiry
Rubbath Tareem.

“Inilah yang terjadi pada istri-istri pada akhir zaman ini.

📚 Ketika mereka berada dirumahnya :



  • Dihadapan suaminya mereka berpakaian seadanya
  • Rambut acak-acakan dan aroma badannya pun
  • dibiarkan tak sedap
  • Kalo bicara dengan suara keras dan tinggi.


📖 Tetapi ketika keluar dari rumahnya :


  1. •Didepan khalayak ramai bahkan di depan laki-laki lain mereka memakai pakaian-pakaian yang bagus
  2. •Berdandan cantik dan memakai parfum
  3. •Kalo bicara dengan suara yang dilemah lembutkan.
  4. •Mereka bebas keluar dari rumahnya tanpa ada keberanian dari sang suami untuk menegur tetapi kebalikanya ketika suami terlambat pulang sedikit saja langsung dibentak dan dinterogasi.

Wahai saudariku… Inilah kenyataan yang terjadi pada rumah tangga kaum muslimin. Dimana yang memegang kendali dalam rumah tangga adalah ISTRI. Bahkan terkadang suaminya adalah seorang yang abid (Ahli 'Ibadah), tapi dia telah membiarkan istrinya durhaka terhadapnya dengan tidak memberikan pendidikan terhadap istri-istrinya.

Dalam hadits Nabi Rasullullah Shollallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda :

“Sebaik-baik istri yaitu yang menyenangkanmu ketika kamu lihat, taat kepadamu ketika kamu suruh, menjaga dirinya dan hartamu ketika kamu pergi.“ (HR.Thabarani)

Siapakah wanita yang paling baik…? Jawab Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam :

“Yaitu yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah dan tidak menyelisihi suami pada diri dan hartanya sehingga membuat suami benci.” (HR. An-Nasai dan Ahmad)

Abdullah bin Abbas radhiallahuanhu,berkata : “Sesungguhnya aku selalu berhias untuk istriku seperti berhiasnya dirinya untukku.”

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد


Allahumma Sholli ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Ali Sayyidina Muhammad.

KEUTAMAAN_WANITA

1. Doa seorang isteri yg taat memiliki kekuatan 70 wali

2. Isteri yg membuatkan minum suami tanpa diminta, pahalanya 3x khatam Qur'an.

3. Masakan isteri yg dilakukan secara sunah dan dimakan suami beserta keluarga pahalanya semua untuk isteri dan do'a suami yg memakan masakannya menjadi do'a yg diijabah.

4. Isteri yg membangunkan suami untuk sholat atau mengingatkan sholat berjamaah di masjid pahalanya 27+1

5. Isteri yg kelelahan bangun malam karena anaknya minta susu sama dengan pahala 70x haji mabrur

6. Seorang ibu yg menyusui setiap tetes susunya senilai 200x sholat khusyu dan doanya di ijabah' (fadilah wanita)

7. Burung di udara dan malaikat dilangit akan selalu memintakan ampunan kepada Allah selama Isteri dalam keridhoan suami.

8. Bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri menghiburnya maka isteri mendapatkan 10 pahala jihad.

9. Bila seorang wanita hamil sholatnya dua rekaat adalah lebih baik dari 80 rakaat sholat wanita yg tidak hamil.

10. Bila seorang wanita hamil akan mendapatkan pahala 70 tahun sholat dan 70 tahun puasa.

11. Wanita yg mencuci pakaian suami dan anak-anaknya akan mendapat 1000 kebaikan dan akan diampuni kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari memintakan ampun baginya dan Allah SWT mengangkat derajatnya 1000 tingkat.

12. Wanita yg menyusui anaknya, maka setiap tetesan air susu tersebut akan mendapatkan 1 pahala dan apabila cukup 2 tahun menyusui maka malaikat dilangit akan mengabarkan berita bahwa SURGA wajib bagi nya".

13. Apabila sorang wanita kedatangan haid maka haidnya akan menghapus dosa2nya.

14. Apabila ia membaca pada hari pertama keluar haid :


الحمدلِلّٰهِ على كل حال وأستغفر ﷲ من كل ذنب

"Alhamdulilahi ala kullu halin wa astagfirullaha min kulli zanbi" Maka Allah Swt akan membebaskannya dr jahanam, shirat & adzab.

15. Setiap hari dari haidnya, Allah tinggikan dia dgn pahala 40 orang mati syahid apabila ia berdzikir.

SUBHANALLAAH... betapa sayangnya Allah SWT terhadap kaum wanita.

Dan semoga kita mendapat pasangan hidup yang soleh dan solehah #Amin_Yaa_Robbal_Aalamin

Jika ada orang yang menerima dan mengamalkannya,mengajarkan pada orang lain, anda akan menimba pahala sebagai ilmu yang bermanfaat.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم.

Semoga mendapatkan istri solihah semua sahabat. Dan yg perempuan bisa menjadi wanita yg solihah dan istri yg baik buat suaminya.

Aamiin ...

Terapi Nur Syifa - Halaman Utama
https://www.facebook.com/TerapiNurSyifa/photos/rpp.420778701355702/1483283715105190/?type=3&theater
Foto Terapi Nur Syifa.
TIGA ULAMA DIGERUNI KOMUNIS : PEMIMPIN PERANG SABIL, PEJUANG YANG TAK DIDENDANG 

Ketika 1940 an dan 1950 an, pengganas Komunis telah menunjukkan sikap biadap & zalim terhadap masyarakat kampung. Mereka menculik anak gadis, membunuh para pemuda serta tok-tok imam di kampung-kampung.

Maka bangkit tiga orang ulama yang memimpin penduduk2 kampung untuk bangkit berjihad menentang kekejaman pengganas Komunis tersebut. Perang sabil ini dipimpin oleh Tuan Guru Haji Yahya bin Taha di selatan Kedah dan utara Perak, Tuan Guru Haji Bakri di Hilir Perak dan Perak Tengah dan Kiyai Haji Salleh di Johor.

Angkatan perang sabil yang dipimpin oleh ulama2 ini ternyata menggerunkan pengganas komunis. Dengan kelengkapan senjata yang terbatas, mereka berjaya membunuh ramai pengganas2 Komunis sehingga mereka serik untuk membuat onar di kampung2 lagi.

Disamping itu, ketiga2 orang tokoh ulama ini juga dikatakan sangat mahir dengan ilmu persilatan. Menurut cerita, banyak maunah (bantuan Allah) berlaku seperti parang terbang, para pejuang tidak mengalami luka ketika ditembak Komunis dan lain2 peristiwa di luar logik akal.

Sempena Hari Kemerdekaan, tokoh2 seperti ini juga wajar diingati. Jasa mereka bukannya kecil untuk dilupakan.

Selamat Hari Merdeka

Terapi Nur Syifa - Halaman Utama
https://www.facebook.com/TerapiNurSyifa/photos/rpp.420778701355702/1495463810553847/?type=3&theater


Tiada ulasan: