Sabtu, 6 Oktober 2018

Jahatnya yahudi, menggali sebanyak 67 buah terowong di bawah Masjid Al-Aqsa. 8303.


Antaranya kita doakan saudara kita di Palestin. 

Peringatan penting isu PalestinHIASAN
KEKEJAMAN tentera Israel terhadap rakyat Palestin sememangnya
KEKEJAMAN tentera Israel terhadap rakyat Palestin sememangnya melampaui batas termasuk bertindak zalim terhadap kanak-kanak dan orang tua. - GAMBAR HIASAN

Hisyamuddin Ayub
02 Januari 2018 4:00 PM

KENAPA perlu kita sebagai Muslim bersusah payah untuk menyatakan sokongan penuh kepada rakyat Palestin dan mempertahankan Baitulmuqaddis sebagai milik umat Islam?

Apakah asas kukuh mewajibkan seorang insan yang mengaku sebagai Muslim mempertahankan kedaulatan dan hak Palestin, selain menafikan penjajahan negara haram Israel di tanah suci Baitulmuqaddis itu.

Ulama Palestin, Dr. Muraweh Musa Nassar menegaskan bahawa kewajipan seluruh umat Islam mempertahankan Palestin adalah kerana ia melibatkan akidah dan tanggungjawab sesama saudara seagama yang pastinya akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bahagian Baitulmuqaddis, Kesatuan Ulama Antarabangsa berkata, Palestin begitu dekat dengan Islam terutama melibatkan kisah Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW apabila Baginda singgah di bumi yang banyak melahirkan golongan anbia’.

Katanya, Rasulullah SAW bersolat dahulu di Masjid Al-Aqsa, sebelum naik ke langit untuk menerima perintah bersolat daripada Allah SWT semasa kejadian agung itu.

“Sesiapa yang mengasihi Masjid Al-Aqsa, maka dia mengasihi Rasulullah SAW. Ini kerana Baginda pernah berpesan sebanyak tiga kali untuk kita seluruh umat Islam menjaga Baitulmuqaddis.

“Rasulullah SAW sangat teringin untuk ke Baitulmuqaddis dan impian Baginda ditunaikan oleh Allah SWT semasa peristiwa Israk dan Mikraj. Kecintaan Rasulullah SAW kepada Masjid Al-Aqsa begitu mendalam sehingga menjadi persoalan dalam kalangan sahabat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena penganjuran Bicara Persada ke-41 yang bertajuk ‘Trump vs Dunia: Baitulmaqdis milik siapa?’ di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Industri dan Jaringan Masyarakat UKM, Prof. Dr. Imran Ho Abdullah; Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Bhd. (Aman Palestin), Awang Suffian Awang Piut; Timbalan Penasihat Undang-Undang UKM, Prof. Madya Dr. Salawati Mat Basir dan Ketua Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam UKM, Dr. Azmul Fahimi Kamaruzaman.

Dalam majlis sama, UKM menyerahkan sumbangan bernilai RM140,000 kepada Aman Palestin Bhd. hasil kutipan pihak universiti tersebut.

UMAT ISLAM TIDAK MAHUKAN PAHALA?

Mengulas lanjut, Muraweh berkata, selain bumi yang banyak melahirkan golongan nabi dan rasul, Palestin disenaraikan sebagai kawasan yang harus dikunjungi biarpun dalam keadaan bergolak kerana keberkatan bumi tersebut dan kawasan sekitarnya.

Menurutnya, sesiapa sahaja bersolat di Masjid Al-Aqsa akan memperoleh 250 kali ganda pahala solat, bahkan perumpamaan bagi sesiapa yang melihat Masjid Al-Aqsa adalah seumpama memperoleh kebaikan seluruh isi dunia.

Malah katanya, Nabi Sulaiman a.s. turut berdoa kepada Allah SWT supaya orang yang bersolat di Masjid Al-Aqsa seumpama anak kecil yang keluar daripada perut ibunya iaitu bersih daripada sebarang dosa.

“Untuk itu, kenapa sekitar dua bilion umat Islam di seluruh dunia membiarkan pahala yang begitu besar dilepaskan begitu sahaja? Satu kewajipan kepada kita sebagai umat Islam untuk mempertahankan Baitulmuqaddis seumpama menyelamatkan diri sendiri kerana bumi Palestin merupakan tanah perjuangan rasul-rasul sejak dari zaman dahulu lagi,” katanya.

NIAT JAHAT ISRAEL UBAH SEJARAH

Selain itu katanya, pihak Zionis Yahudi sengaja mahu mengubah keagungan Islam di Palestin dengan melaksanakan perintah sengaja direka-reka termasuk membina Haikal Sulaiman yang didakwa berada di tapak Masjid Al-Aqsa.

Jelasnya, menjadi tamparan besar jika golongan pelampau itu tidak berjaya membina kuil yang didakwa.

“Usaha jahat itu telah bermula dengan menggali sebanyak 67 buah terowong di bawah Masjid Al-Aqsa bagi meruntuhkan masjid yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam suatu masa dahulu,” katanya.

Mengulas tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, Muraweh berkata, pengumuman tersebut adalah bukti kepada kebodohan presiden itu sendiri apabila menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Katanya, selain cuba menjadi hero kepada Israel dengan cuba bermain di garisan merah yang ternyata menimbulkan kemarahan umat Islam, Trump sebaliknya disifatkan sebagai seorang pembela yang cuba meneruskan agenda jahat Zionis Yahudi di Palestin.

“Apa yang penting, Palestin dan Baitulmuqaddis akan kembali ke pangkuan umat Islam, sekali gus menyaksikan kemenangan dan menghapuskan kebatilan,” katanya.

Peringatan penting isu Palestin - Agama - Utusan Online
http://www.utusan.com.my/mega/agama/peringatan-penting-isu-palestin-1.583330

Palestin bukan milik Yahudi
Hakikatnya telah didiami kaum Kanaan hampir 3000 tahun lalu
AL-AQSA tidak ada kena mengena dengan Yahudi kerana mereka tidak
AL-AQSA tidak ada kena mengena dengan Yahudi kerana mereka 
tidak pernah beriman kepada Allah SWT sejak Zaman Nabi Musa a.s. 
SIAPA kata Palestin milik kaum Yahudi? Siapa kata tanah yang diberkati ini penduduk asalnya Bani Israel? 

Kata-kata ini tidak benar, malah hanyalah dakwaan bersifat penyelewengan fakta semata-mata oleh pihak berkepentingan untuk menguasai wilayah yang telah didiami lebih awal oleh sebuah kaum atau masyarakat bernama Kanaan. Tidak hairanlah Palestin dahulunya pernah dikenali sebagai Tanah Kanaan.

Siapakah kaum Kanaan ini? Ahli-ahli sarjana Islam percaya kaum Kanaan datang ke Palestin sejak sebelum kedatangan Nabi Ibrahim a.s. lagi iaitu sekitar 2000 hingga 3000 tahun sebelum Masihi.

Ada juga dalam kalangan sarjana Islam yang menyebut kaum Kanaan berasal daripada Ham, putera Nabi Nuh a.s. Mereka berhijrah ke Palestin untuk mencari kehidupan lebih baik.

Kaum ini mahir dalam industri logam dan tekstil, kesenian, perdagangan dan ketenteraan. Kaum ini mempunyai susur galur dari leluhur Phonesia yang hidup pada Zaman Gangsa. Mereka merupakan arkitek bagi Kapal Perang Bireme, Kapal Dua Pendayung yang serba luar biasa.

Di Palestin, kaum Kanaan mendiami kawasan berbukit dan pergunungan menjadi penggembala kambing, sementara sebahagiannya tinggal di kawasan lembah menjadi petani sementara yang tinggal di lembah-lembah pesisir Jordan menjadi pedagang laut.

Mereka mendirikan kota-kota kecil Kanaan dan mengadakan hubungan dengan kerajaan kuno sekitarnya. Kerana kaum ini juga, Palestin menjadi penting dan penghubung kepada pelbagai benua dunia pada waktu itu.

KAUM YANG GAGAH

Kanaan dikenali juga sebagai kaum yang gagah perkasa. Kisah Nabi Musa a.s. dan kaumnya Bani Israel ada mencatatkan kisah kegagahan kaum ini.

Mereka menjawab: “Wahai Musa, bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu)”. ( al-Maidah: 22)

Malangnya, agama dan kepercayaan mereka tidak bersumberkan tauhid kepada Allah SWT. Sebaliknya, mereka menyembah berhala dan dewa sebagaimana penemuan banyak kuil lama mereka di bawah runtuhan Kota Kuno Jericho (Ariha) di Palestin.

Kaum Bani Israel diusir dari Palestin ketika zaman Nabi Yaakub dan Nabi Yusuf a.s ke Mesir juga kerana kezaliman sendiri. Mereka dijanjikan oleh Allah SWT tanah Palestin lantaran penderitaan yang dialami kerana kekejaman Firaun.

Pun begitu mereka enggan memasukinya semasa diarahkan berbuat demikian pada zaman Nabi Musa a.s., sebaliknya memasuki Palestin ketika dipimpin oleh Nabi Yushak a.s. setelah berjaya mengalahkan kaum Kanaan dengan bantuan Allah SWT.

Dalam peristiwa kemenangan ini, Allah SWT memberhentikan peredaran matahari seketika sekaligus menundakan kehadiran malam bagi membolehkan kemenangan diperoleh Nabi Yushak a.s. dan kaumnya Bani Israel.

Setelah berhasil menakluk seluruh bumi Kanaan, Nabi Yushak a.s. membahagi tanah ini kepada 12 bahagian (The twelve tribes of Israel). Setiap bahagian diberikan kepada suku-suku Bani Israil yang terdiri daripada 12 suku.

MULA RUNTUH

Sesetengah pengkaji sejarah kuat mengatakan bahawa proses asimilasi antara kaum Kanaan dengan Bani Israel membuktikan bahawa kepercayaan dan agama keduanya saling berkait.

Para ilmuan sejarah juga berhasil membuktikan bahawa leluhur bangsa Israel mempunyai kesamaan dalam hal kepercayaan dan beragama bangsa Kanaan.

Sejarah penduduk terawal Kanaan di Palestin secara perlahan-lahan akhirnya lenyap dan digolongkan dalam kategori Al Arab Al Baidah (Bangsa Arab yang telah musnah). Ia berlaku semasa zaman Nabi Sulaiman a.s.

Seperti mana kaum Kanaan di Palestin, kaum Bani Israel juga akhirnya lemah. Mereka dijajah dan diusir sebagai orang buangan oleh banyak empayar besar seperti Babylon, Parsi dan Rom sekitar penghujung sebelum Masihi dan awal Masihi. Pada zaman moden pula dilanyak oleh pihak Nazi, Jerman.

Akibatnya mereka bertebaran di seluruh dunia khususnya di Eropah Timur. Kaum ini pernah dikategorikan sebagai 10 kaum yang hilang di dunia.

Apa yang terjadi kepada Bani Israel sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru dan tidak diduga, malah semuanya telah dinyatakan dalam al-Quran antaranya surah al-Baqarah, al-Maidah dan al-Araf.

Walaupun asalnya mereka adalah kaum pilihan Allah SWT dan dijanjikan tanah untuk mereka di Palestin, sejarah merakamkan bagaimana kaum ini akhirnya dilaknat dan pernah dibinasakan oleh Allah SWT lantaran kesombongan dan kekufuran mereka.

Apa yang sedang terjadi di Palestin hari ini merupakan sebahagian daripada kerosakan yang pernah mereka lakukan dahulu seperti mana dinyatakan oleh Allah SWT maksudnya: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. (al Isra’: 4)

YAHUDI BUKAN 
BANI ISRAEL

Sarjana Islam sependapat bahawa Bani Israel telah hilang status keistimewaan yang pernah diberikan Allah SWT kepada mereka pada awalnya, begitu juga dengan tanah Palestin bukanlah lagi milik mereka lantaran segala kerosakan yang mereka lakukan, selain kufur kepada Allah SWT.

Kisah kaum Kanaan dan sejarah awal Palestin akan dipaparkan dalam episod ke 2 - bertajuk ‘Palestin Milik Kanaan?’. Penggambaran telah dilakukan di Palestin dan Jordan khasnya di kawasan yang mempunyai kaitan dengan sejarah kaum ini termasuk di Laut Mati, sempadan kedua-dua negara, Makam Nabi Musa, Nabi Harun dan Makam Nabi Yushak a.s. yang merupakan nabi paling banyak berkait dengan kaum Bani Israel.Antara sarjana Islam yang telah ditemubual dan berkongsi kajian mereka antaranya pengkaji Sejarah dari Palestin, Profesor Mustafa Abu Sway dari Universiti Al Quds, Palestin, Profesor Asem Shehadeh Saleh Ali dan Dr. Mutasem Am Ali, dan Profesor Ibrahim Mohamed Zain dari Sudan.Episod ini penting dalam memberikan maklumat kepada umat Islam mengenai sejarah asal usul Palestin Bani Israel di Tanah Anbia yang diberkati Palestin. Jangan ketinggalan menyaksikan Dokumentari Ayat Riwayat setiap hari jam 5.30 petang di TV AlHIjrah, bertemakan - Palestin : Bumi Kemenangan.

Palestin bukan milik Yahudi - Agama - Utusan Online
http://www.utusan.com.my/mega/agama/palestin-bukan-milik-yahudi-1.340033

Trump gagal “membeli” Palestin

Presiden Donald Trump
Benyamin Netayahu
Oleh: Ku Seman Ku Hussain 

Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengugut menghentikan bantuan kepada Palestin bukanlah suatu yang mengejutkan malah sebaliknya luar biasa sekiranya AS meneruskan bantuan tersebut. Ini kerana dasar AS dalam konflik Asia Barat lebih kepada kepentingan Israel.

Trump bertindak demikian selepas Palestin menolak rundingan damai dengan Isreal, bangsa yang merompak tanah air mereka sejak 1948. Kini menjadi paradoks apabila tuan tanah dipaksa berunding dengan perompak yang menjadi proksi AS. Palestin membuat pilihan tetap menolak rundingan damai yang hanya sandiwara untuk memberi keuntungan kepada Israel.

Ironinya ugutan itu dibuat ketika Trump berunding dengan Perdana Menteri Israel, Benyamin Netayahu di Davos, Switzerland. Ini menunjukkan wujud satu pakatan jahat dan tidak berperikemanusiaan antara Trump dan Netayahu untuk membuli Palestin yang menolak secara tegas rundingan damai itu.

Kata Trump, “Duit sudah ada di atas meja. Tetapi tidak diberikan kepada mereka (Palestin) kecuali menyertai rundingan damai.” Demikianlah angkuh dan bongkak Presiden AS yang menganggap wang itu raja (cash is king). Popular juga sebenarnya frasa ini.

Trump telah memihak dan berbohong apabila berkata, “Israel mahu mengadakan rundingan damai dan Palestin juga mesti bersetuju untuk berbuat demikian.” Isunya banyak yang melakukan pencerobohan tanah dan menzalimi rakyat Palestin adalah Israel. Sekiranya Israel tidak berbuat demikian, telah lama wujud kedamaian di situ.

Dalam Twitternya, Trump berkata, peruntukkan bantuan AS$65 juta kepada Palestin itu akan dialihkan untuk tujuan penyediaan makanan, kesihatan dan pendidikan di Tebing Barat, Semenanjung Gaza, Syria, Jordan dan Lebanon. Bagaimanapun AS masih menunggu reaksi seterusnya daripada Mahmoud Abbas untuk memberikan kata putus.

Sebenarnya tindakan menghentikan bantuan kepada Palestin juga dibuat ekoran penentangan berterusan Palestin dengan rancangan Trump mahu memindahkan Kedutaan AS dari Tel Aviv ke Jerusalem. Tindakan itu dilihat sebagai provokasi untuk mengiktirafkan Jerusalem sebagai milik Israel.

Mahmoud Abbas tetap bertegas menolak rundingan damai. “Pergi jahanam dengan wang kamu,” demikian ketegasan Mahmoud Abbas sebagai reaksi tindakan Trump menghentikan bantuan tersebut.

Awal minggu lalu para pemimpin Palestin menolak untuk bertemu Naib Presiden AS, Mike Pence yang mengadakan lawatan ke wilayah yang bergolak dan merupakan lawatan pertama sejak 1993. Ketika Mike Pence mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Iarael, Mahmoud Abbas terbang ke Brussel untuk meminta sokongan 28 negara dalam Kesatuan Eropah (EU) mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Hakikatnya siapa sahaja yang menjadi Presiden AS mesti mengikut telunjuk pelobi-pelobi Yahudi yang menentukan siapakah yang menjadi Presiden. Trump atau Barack Obama tidak terlepas dengan kongkongan Yahudi. Semua dasar luar Presiden AS tidak terkeluar dari lingkaran kepentingan Yahudi seluruhnya termasuk dalam soal Israel.

Maka ugutan Trump dilihat bukan suatu yang luar biasa dalam konteks Presiden yang dikepung oleh pelobi-pelobi Yahudi. Palestin akan terus berjuang dan secara logiknya, sejak 1948 ditindas dan dizalimi, Palestin sudah hilang di dunia. Tetapi hakikat adalah sebaliknya. Palestin percaya pada semangat perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

Palestin bukan milik Yahudi - Agama - Utusan Online
https://kuseman.com/2018/08/26/trump-gagal-membeli-palestin/

Related 
   

Rejim Zionis sekali lagi melancarkan provokasi apabila buat pertama kali selepas Perang Arab - Israel 1967, Israel   mengarahkan supaya masjid al Aqsa ditutup daripada diadakan sembahyang Jumaat pada 14 Julai lalu. Alasannya berlaku serangan terhadap anggota polis Israel di dalam kawasan majlis berkenaan. Seperti biasa   Palestin dituduh sebagai penyerangnya.…

July 25, 2017 In "GLOBAL"

Senja terakhir Razan Al Najjar yang tragis

Salur arteri jantungnya dirempuh peluru penembak tepat tentera Zionis Israel. Seragam paramedik bertumpuk merah kelam dan jasadnya pun rebah atas bumi Palestin menjelang senja (waktu Palestin) Jumaat 1 Jun. Semangat srikandi menyala tatkala jasadnya longlai. Dan dalam hitungan minit, berakhirlah usianya sebagai mangsa ke 119 sejak tunjuk perasaan dua bulan lalu.

Kembalilah srikandi bangsa kepada Maha Pencipta seusai mengabdikan kudrat pada nusa yang dijarah Israel. Senja Jumaat itu seluruh umat Islam dan pencinta keamanan di dunia berduka. Usianya muda, baru menjengah 21 tahun, tetapi diberikannya keberanian untuk berbakti kepada nusa yang sudah enam dekad dirampas Israel.

Demikian warna senja terakhir Razan Al Najjar yang tewas oleh peluru Israel di kem penunjuk perasaan Khan Younis di selatan Gaza. Menurut laporan The New York Times, ayah Razan, Ashraf Al Najjar, 44 tahun paling terkesan kepulangan tragis puteri sulung daripada enam adik beradik. Razan membawa sebahagian jiwanya, tetapi berbangga puteri itu berkorban demi memperjuangkan maruah agama dan nusa.

Ironinya pada Jumaat yang sama (sebelum pembunuhan berlaku) Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan mengutuk tindakan Israel yang “menggunakan kuasa secara berlebihan, tidak profesional dan diskrimanatif” terhadap rakyat Palestin.

Bagaimanapun resolusi itu terhalang dikeluarkan oleh kuasa veto Amerika Syarikat (AS).
Razan Al Najjar
Beribu-ribu warga Palestin di Gaza memberi penghormatan terakhir kepada Razan Al Najjar
Razan Al Najjar di kem Khan Younis, Gaza.
Ashraf rebah ketika menerima berita duka menjelang waktu berbuka puasa itu. Dan katanya, seperti dilaporkan oleh The New York Times, malam sebelumnya adalah kali terakhir mereka sekeluarga bersahur bersama-sama, paginya Razan bergegas ke kem penunjuk perasaan sebagai sukarelawan paramedik. Jumaat senja jasad itu sudah tidak bernyawa.

Menurut saksi, saat tragedi Razan berseragam putih menandakan dia pasukan paramedik sedang bertugas. Dia berhempas pulas membantu seorang penunjuk perasaan yang parah. Itulah khidmat bakti terakhirnya selepas tiba-tiba penembat tepat Israel melepaskan tembakan dari seberang pagar. Razan rebah dan kecederaan dalaman yang parah itu membuatkan nyawanya tidak boleh tertolong lagi.

Reaksi awal Israel mendakwa Razan mengangkat senjata membuatkan penembak tepat melepaskan tembakan mempertahankan diri. Tetapi saksi memberitahu Razan mengangkat kedua-dua tangan kosong. New York Times memetik Ibrahim Al Najjar, saudara Razan bahawa gadis itu tidak menembak kerana tidak bersenjata. Saat itu amat genting untuk menyelamatkan penunjuk perasaan yang parah.

Ashraf menjungkir balik masa lalu yang manis bersama-sama Razan, dia mengulangi kata-kata anaknya, “Saya mahu menyampaikan pesan kepada dunia bahawa dengan tanpa senjata juga saya boleh melakukan sesuatu untuk agama dan tanah air saya.”

Razan tidak sempat melanjutkan pengajian ke universiti kerana keputusan yang kurang baik dalam pengajian tinggi di sekolah. Dia mengusulkan kepada ayahnya untuk menjadi sukarelawan di kem Khan Younis.
Razan Al Najjar sedang bertugas di barisan depan kem Khan Younis
Razan Al Najjar
Walaupun sangat terdera jiwanya dengan tragedi itu, Ashraf berbangga punya anak gadis yang bersemangat waja seperti lelaki memperjuangkan negara Palestin. Detik-detik terakhir bersahur kemudian berjemaah sembahyang subuh Jumaat itu pasti akan dikenang sepanjang umurnya.

Ashraf adalah warga Khuzaa kini menganggur selepas bengkel motornya musnah diledak bom Israel pada 2014. Mereka sekeluarga menetap sebuah desa pertanian dan hidup dalam kesempitan di perbatasan Palestin – Israel di sebeah timur Khan Younis di selatan Gaza.

Razan pernah membertahu Times pada Mei lalu tentang tugasnya. “Tugas saya memberikan bantuan awal kepada mangsa yang cedera hingga dibawa ke hospital,” kata Razan. Dalam sehari dia memberikan bantuan awal kepada tidak kurang 70 mangsa terkena peluru getah tentera Israel dan bertugas tidak kurang 13 jam sehari bermula 7 pagi hingga 8 malam.

Mengenai penglibatannya dalam tugas berisiko tinggi itu, Razan berkata dia mahu mengubah persepsi konservatif sesetengah pihak Palestin di Gaza bahawa wanita tidak kemampuan memikul tugas melindungi negara. Tetapi dia beruntung kerana ayahnya berfikiran terbuka dan mengizinkan. 

“Paramedik bukan sahaja tugas lelaki tetapi untuk wanita juga. Kami memikul tanggungjawab besar dan tidak melakukan kerana duit. Kami tidak mahu dibayar. Ada juga yang bertanya ayah kenapa membiarkan saya bekerja tanpa bayaran tetapi ayah memberitahu mereka bahawa dia berbangga dengan saya yang bekerja untuk negara,” beritahu Razan kepada The Times.

Serangan tentera Israel Jumaat itu mencederakan sekurang-kurang 100 penunjuk perasaan cedera termasuk 40 daripadanya parah dan seorang terkorban. Mangsa itu adalah Razan yang juga satu-satunya mangsa yang terkorban pada Jumaat sejak sepulun minggu tunjuk perasaan memprotes berdirinya Kedutaan AS di Jerusalem.

Sebanyak 119 orang awam terkorban sejak rakyat Palestin melancarkan Great Return March dua bulan lalu. Pada 14 Mei sahaja lebih 60 orang awam Palestin terkorban akibat berkonfrontasi dengan tentera Israel. Penyelaras Khas Proses Keamanan Asia Barat, Nickolay E. Mladenov dalam twitternya menyatakan simpati terhadap tragedi yang menimpa Razan tetapi menekankan. “sukarelawan perubatan bukan sasaran” tentera Israel.

Razan menggegarkan dunia. Tewasnya dia oleh peluru tentera Israel dilaporkan oleh media di seluruh dunia. Beribu-ribu warga Gaza menyertai acara pengebumian Razan dan mencetuskan gelombang kebangkitan yang bukan kecil untuk menentang Israel. Takziah, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan para syuhada yang mengabdikan kudrat dan nyawa kepada agama dan nusa semasa hidupnya.

Senja terakhir Razan Al Najjar yang tragis - KUSEMAN.COM
https://kuseman.com/2018/06/03/senja-terakhir-razan-al-najjar-yang-tragis/

Usah biar Palestin tinggal sejarah | Muka 10 | Berita Harian

https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/.../usah-biar-palestin-tinggal-sejarah
20 Dis 2017 - Cari Kata Kunci ... Palestin tidak bersetuju dengan pelan 'penyelesaian dua negara' ini dan melancarkan ... kehilangan banyak wilayahnya seperti Satun yang kini menjadi milik Thailand. ... Sifat timbang rasa dan toleransi yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia ... Yahudi tiada hak tuntutbumi Palestin.

Zionis sedia undang-undang baharu 'halau' rakyat Palestin ...

https://www.ismaweb.net › Berita Utama
25 Feb 2018 - “Kali ini mereka akan pergi kepada hak untuk tinggal,” kata Sani Khoury, ... Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. ... Rakyat Palestin dibenar tinggal di situ dengan syarat mematuhi ... pihak Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan dianggap tidak ...

Trump penuhi hasrat Yahudi rampas Baitulmaqdis ...

https://www.ismaweb.net › Berita Utama
8 Dis 2017 - Trump penuhi hasrat Yahudi rampas Baitulmaqdis daripada umat Islam: Khutbah ... daripada milik umat Islam Palestin bahkan milik kita umat Islam seluruhnya. ... bakal menjadi Pusat Pentadbiran Dunia bagi bangsa Yahudi,” kata khutbah itu. ... “Kini ia bukan lagi menjadi perjuanganrakyat Palestin tetapi ...

21 rakyat Palestin terkorban sejak Trump iktiraf ...

www.astroawani.com/.../21-rakyat-palestin-terkorban-sejak-trump-iktiraf-baitulmaqdi...
7 Feb 2018 - 21 rakyat Palestin terkorban sejak Trump iktiraf Baitulmaqdis milik Israel ... pada 22 Disember mengisytihar keputusan AS itu sebagai tidak sah ...
Tiada: bumi

Dua maut bantah iktiraf Baitulmuqaddis ibu negara Israel - ...

https://www.malaysiakini.com/news/404919
9 Dis 2017 - Tentera Israel berkata, ratusan rakyat Palestin sedang melontar tayar yang dibakar dan ... "Jerusalem adalah milik kita, Jerusalem ibu negeri kita" dan "Kita tidak memerlukan kata-kata kosong, kita perlu batu dan Kalashnikovs". ... Fathy Hammad ketika penunjuk perasaan di Gaza membakar poster Trump.

Tiada ulasan: