Sabtu, 6 Oktober 2018

Suku kaum yahudi yang hilang di timur adalah pemilik kawasan Islam yang luas iaitu Nusantara. 8304.


Asia Tenggara lebih kepada satu nama untuk menguburkan jenama asal Nusantara yang lebih bersifat Islam. 


Hasil carian imej untuk peta asia tenggara
Peta Nusantara aka Asia Tenggara. 
Nusantara merangkumi Burma (Myanmar), Siam (Thailand), Selatan Siam (Tanah Melayu yang dirampas secara sistematik melalui Perjanjian Bangkok 1909), Laos, Kemboja, Vietnam, Filipina, Tanah Melayu, Brunai, Indonesia dan Singapura. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah mengecilkan Jajahan Johor khasnya dan Tanah Melayu amnya, apabila sebahagian Jajahan Johor menjadi sebahagian Indonesia hari ini. Persetiaan ini juga dikenali sebagai Persetiaan London, ialah suatu perjanjian antara United Kingdom dan Kemaharajaan Bersatu Belanda di London pada 17 Mac 1824. Perjanjian ini dibuat bagi menyelesaikan pertikaian yang muncul selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1814. Wikipedia Tarikh mula17 Mac 1824 LokasiLondon, United Kingdom

Kedatangan penjajah di Nusantara antara lain mengakibatkan penyebaran kristian, pembawa budaya asing, pembawa pendatang asing ke tanah jajahan. Helah mereka ada yang terlalu ringkas. Antaranya Tuan Rumah kena ikut kehendak tetamu, seperti hal tanggal kasut di Istana (di Burma) Bila mereka membawa pendatang asing (Bangsa India dan China) tentu membantu perkembangan agama Hindu dan Budda serta gaya hidup atau budaya mereka seperti aktiviti kongsi gelap, perdagangan sex dan samsing. 

Nauzubillahminzalik. Malang sungguh bila rakyat tempatan yang bertindak talam dua muka, kaki ampu kepada penjajah dan wujud golongan perempuan sundal rakyat tempatan yang memperdagangkan sex untuk penjajah, dengan adanya ibu ayam dan bapak ayam. Hal ini sudah tentu mencabar dan membelakangi akidah Islam rakyat tempatan. Kesan ketara ialah kepada Filipina dan Vietnam, sehingga mewujudkan wajah baru dalam bangsa mereka, tinggalan benih jahat penjajah Amarika Syarikat yang berakhir dengan kekalahan yang sungguh memalukan mereka di Vietnam tahun 1975. Senjata canggih mereka waktu itu kalah teruk dengan Tektik Perang Tunnel Vietkong.

Lebih malang lagi apabila pemimpin parti politik tinggalan penjajah seperti umno yang lebih 60 tahun berkuasa meninggalkan atau mewarisi gaya penjajah dengan membawa pendatang asing dari Bangladesh, Myanmar, Vietnam, Indonesia, China, India, Afrika dan sebagainya. Sehinggakan dengan kerenah politik mereka sarang dadah, pembunuhan, pelacuran, kongsi gelap, ceti haram (ah long), perjudian dan arak berleluasa di Malaysia. Berapa banyak lagikah orang Islam dan Melayu beralah di bumi mereka sendiri? Singapura, Pulau Batu Putih dan lain-lain termasuk Tanah Rezeb Melayu telah terlepas ke bangsa yang asalnya kaum pendatang atau bangsa asing. Dapatkah Kerajaan Persekutuan (Pakatan Harapan) melupuskan masalah sosial tinggalan umno itu?

Burma, Islam dan Melayu punya. 


Aung San Suu Kyi pun melakukan jenayah terhadap Umat Islam. Lupa dia pernah dipenjarakan. Pemegang Hadiah Novel yang tidak sepatutnya. 


Thursday, July 02, 2009
Perubahan Sistem Politik  Asia Tenggara


  • Sebelum kehadiran barat – pemerintahan beraja.
  • Selepas kedatangan barat- digantikan dengan sistem birokrasi Barat.
Filipina
Sebelum penjajahan
  • Terdiri daripada daerah-daerah kecil – barangay yang diperintah oleh golongan Datu.
  • Di Selatan Filipina wujud kerajaan Islam.
Selepas penjajahan
  • Sistem pentadbiran berpusat diperkenalkan
  • Gabenor General sebagai pemerintah tertinggi peringkat pusat
  • Pentadbiran bandar diketuai oleh Gabenor Kecil
  • Barangay disatukan menjadi encomienda yang ditadbir oleh encomiendaro.
Tugas encomiedaro:
  • Menjaga keamanan
  • Mengutip cukai
  • Mengkristiankan penduduk barangay
  • Penyatuan barangay menjejaskan kuasa Datu
  • Sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina kerana mengenakan cukai yang tinggi dan kerahan tenaga
Indonesia
Sebelum penjajahan
  • Wujud kerajaan berasingan seperti Mataram dan Bantam
  • Diperintah oleh raja dan pembesar
  • Pemerintahan tempatan diketuai Bupati/pembesar daerah
Selepas penjajahan(Belanda)
  • Pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan diperkenalkan
  • Pentadbiran pusat diketuai oleh gabenor General yang bertanggungjawab kepada kerajaan Belanda
  • Pentadbiran tempatan dijalankan oleh pembesar tempatan tetapi dikawal oleh pegawai Belanda
  • Ditubuhkan jabatan kerajaan –Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian.
  • Dewan Tempatan dibentuk berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa undang-undang
  • Majlis Rakyat “Volksraad” ditubuhkan atas desakan Parti Sarekat Islam.
Burma
Sebelum penjajahan
  • Mengamalkan pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung
  • Raja dibantu oleh Majlis diraja [Huttaw]
  • Pegawai kerajaan [wun]
  • Ketua Bandar [myothugyi]
  • Pegawai diraja[Ahmudan]
  • Pembesar tradisional [Athi]
  • Raja penaung sami Buddha
  • Selepas penjajahan
  • Perang Inggeris-Burma menyebabkan Burma dikuasai oleh British
  • Kesannya dinasti Konbaung, institusi raja dan pembesar dihapuskan
  • Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi
  • Akta Kampung Ulu Burma(1887) dan Akta Perkampungan Burma(1889) melenyapkan pemerintahan tradisional
  • Pentadbiran Daerah diketuai oleh Pegawai bandaran [Myo-ok]
  • Undang-undang Barat diperkenalkan
  • Pengaruh golongan agama merosot
  • Fungsi raja sebagai penaung sami terhapus
  • Majlis Perundangan ditubuhkan
  • Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran diwujudkan.
Indochina
 Sebelum penjajahan
  • Wilayah Indochina ditadbir kerajaan pusat yang berkuasa mutlak tetapi memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan.
  • Kerajaan Vietnam tua diperintah oleh raja berkuasa mutlak
  • Birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin yang dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China
Selepas penjajahan (Perancis)
  • Pentadbiran diketuai oleh Gabenor general yang bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris.
  • Dibantu oleh Leftenan Gabenor pemerintah wilayah naungan/jajahan
  • Leftenan Gabenor dibantu oleh Residen General
  • Leftenan General dibantu oleh
  • Residen Wilayah
  • Kerajaan pusat ditubuhkan dikenali sebagai Union Indochinoise (1887)
  • Merupakan Persekutuan Indochina yang terdiri daripada Vietnam dan Kemboja
  • Laos menyertainya pada tahun 1904
  • Semua undang-undang di Indochinoise diluluskan oleh Parlimen Perancis.
  • Pentadbiran tempatan tidak diganggu oleh kerajaan pusat tetapi perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga
Tanah Melayu
  • Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan
  • Penaklukan Portugis terhadap Melaka meruntuhkan institusi raja di Melaka
  • Semasa pemerintahan Belanda, institusi raja terus terhapus
  • Semasa pemerintahan British, Melaka,Pulau Pinang dan Singapura digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat(NNS).
  • Gabenor menjadi pemerintah tertinggi NNS dan dibantu oleh Residen Kaunselor.
  • Pentadbiran peringkat kampung oleh penghulu dikekalkan.
  • Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB), Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang, British telah memperkenalkan Sistem Residen
  • Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB), Kedah, Kelantan,Terengganu, Perlis dan Johor, British memperkenalkan Sistem Penasihat
  • Residen dan penasihat British ini diletakkan di bawah Gabenor NNS
  • Tugas utama residen dan penasihat British adalah untuk menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu
Thailand
  • Birokrasi Barat diperkenalkan oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn
  • Dasar Raja Mongkut:
  1. Melantik 80 penasihat Barat mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih pegawai tempatan
  2. Bidang Kewangan, Pelabuhan dan Polis dari Britain
Raja Chulalongkorn
  • Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah dan Majlis Mesyuarat Tertinggi (merupakan badan penasihat raja dalam pentadbiran negeri) serta Kabinet Menteri(terdiri daripada golongan bangsawan berpendidikan Barat yang mengetuai kementerian)
  • Juruaudit Britain dilantik berkhidmat di bahagian perbendaharaan negara
  • Pada 1932 Sistem Raja Berperlembagaan diperkenalkan menggantikan raja berkuasa mutlak.
  • Perubahan ini telah mengurangkan pengaruh pembesar tradisional dan institusi raja.
  • Pemodenan pentadbiran yang dilakukan merupakan antara faktor penting dalam mengekalkan kemerdekaan Thailand.
NOTA 3 | SEJARAH TINGKATAN 5
https://ruhibidizuan.wordpress.com/bab-1/nota-3/

Perang Burma-Inggeris Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
British attack in Burma 1824.png
Tentera Inggeris menyerang Burma berdekatan Rangon.
Perang Burma-Inggeris Pertama berlaku dari 1823 hingga 1826. Ia merupakan perang pertama dari tiga perang yang terjadi antara Burma dan Empayar British semasa abad ke-19. Akibatnya, kekuatan dan kedaulatan Burma perlahan-lahan terhakis sehingga akhirnya ditakluk British.

Perang Burma-Inggeris Pertama disebabkan oleh Raja Badyidau yang ingin menakluki kawasan Arakan di Burma, yang terletak bersebelahan dengan India British. Raja Badyidau memaksa penduduk Arakan supaya bekerja di bawah beliau tetapi dijalankan secara percuma. Berikutan keengganan rakyat Arakan tersebut menyebabkan Raja Badyidau mengambil langkah drastik yang mana beliau menggunakan kekerasan untuk memaksa penduduk Arakan supaya bekerjasama dengan beliau. Akan tetapi, penduduk Arakan berdegil lalu melarikan diri ke sempadan India yang dikuasai oleh pihak Inggeris pada waktu itu. Dasar pihak Inggeris yang tidak mahu mencampuri urusan pihak luar memudahkan penduduk Arakan memasuki sempadan India. Kesan daripada peristawa tersebut mengakibatkan Burma mencurigai pihak Inggeris kerana tidak menangkap penduduk Arakan tersebut. Burma menuduh Inggeris melindungi penduduk Arakan daripada pihak Burma. Tuduhan yang dilemparkan oleh Burma itu tidak boleh diterima oleh Inggeris sehinggakan tercetusya Perang Burma-Inggeris Pertama.

Lihat juga



Sunday, October 31, 2010

BURMA DAN PENJAJAHAN

APAKAH KEFAHAMAN ANDA TERHADAP KONSEP PENTING YANG MERUPAKAN DAYA PENGGERAK PENJAJAHAN BARAT DI ASIA TENGGARA. PILIH SALAH SEBUAH NEGARA ASIA TENGGARA SEBAGAI KAJIAN KES. (BURMA)

Pengenalan

Mulai abad ke-18 minat British di Burma telah meningkat akibat persaingan British dan Perancis di India. Pihak British ingin memperluaskan perdagangan di Burma. Sumber asli Burma yang paling diminati oleh British ialah kayu jati. Pada abad ke-19, Burma telah dikalahkan oleh British dalam tiga peperangan iaitu perang British Burma pertama (1824-26) , perang British Burma kedua (1852-53) dan perang British Burma ketiga (1885) . Melalui perang British Burma yang pertama, British menakluki wilayah-wilayah Arakan dan Tenasserim manakala Pegu iaitu Burma Hilir ditakluki melalui perang British Burma kedua.

British menakluki Burma Hulu melalui perang British Burma ketiga. Ini bererti seluruh Burma telah jatuh ketangan British pada tahun 1885. Burma Hulu telah ditakluki oleh British secara rasmi pada 1 Januari 1886. Burma telah dijadikan sebuah wilayah India. Penaklukan Burma oleh British menamatkan Dinasti Konbaung yang diasaskan oleh Alaungpaya pada tahun 1752. Pemerintahan British seterusnya mengakibatkan perubahan sosial, ekonomi dan politik. Keadaan politik, ekonomi dan sosial di Burma inilah yang menjadi daya penggerak penjajahan British di Burma.

Politik
1) Masalah dalam sistem pentadbiran Burma.

Masalah dalam pentadbiran Burma bermula apabila Burma menakluki Arakan. Penaklukan Arakan dilakukan oleh Raja Bodawpaya pada tahun 1784. Penaklukan ke atasnya itu merupakan peristiwa yang paling penting sekali dalam zaman pemerintahan Bodawpaya; kerana sempadan Burma telah meluas sehingga ke kawasan India . Penaklukan tersebut menyebabkan Burma mempunyai sempadan yang sama dengan British di wilayah Chittagong. Keadaan di sempadan Arakan-Chittagong adalah tidak stabil kerana terdapat sebilangan besar orang pelarian Arakan yang menggunakan wilayah British untuk menentang pemerintahan Burma. Arakan ditadbir oleh seorang gabenor Burma.

Penawanan Arakan oleh Burma menandakan bermulanya pertikaian antara British dan Burma yang akhirnya mengakibatkan perang pada tahun 1824. Orang pelarian Arakan di bawah pimpinan Nga Than De dan Chan Byan telah memberontak menentang pemerintahan Burma pada tahun 1794 dan 1811. Sebagai tindak balas, askar-askar Burma seringkali memasuki wilayah British untuk menawan pemberontak-pemberontak yang melarikan diri ke Chittagong. Tindakan askar Burma ini telah mengancam ketenteraman wilayah British. Orang Burma pula mula mengesyaki bahawa orang pelarian Arakan menerima bantuan daripada British. Malahan terdapat pertempuran-pertempuran kecil di antara askar Burma dengan pihak British di kawasan sempadan Arakan-Chittagong. Hal ini telah memburukkan hubungan British Burma yang akhirnya menyebabkan peperangan.

Kekacauan politik juga berlaku semasa pemerintahan Raja Thibaw. Semasa pemerintahan Raja Thibaw (1878-85), Burma Hulu mengalami kekacauan politik yang serius. Raja Thibaw telah membunuh kira-kira 80 ahli keluarga diraja dalam Februari 1879 kerana khuatir satu pemberontakan akan meletus. Pembunuhan secara beramai-ramai juga telah berlaku di Mandalay pada tahun 1884. Dalam pada itu, Burma juga berada dalam keadaan kacau bilau. Orang Kachin telah memberontak dan gerila-gerila Cina telah membakar bandar Bhamo dan kebanyakan dari puak Sawbwa Syan yang tertakluk menderhaka kepada Ava . Kekacauan politik ini telah menambahkan desakan-desakan daripada golongan pedagang Inggeris di Rangoon bagi penaklukan Burma Hulu oleh Britain. Ini adalah kerana keadaan kacau bilau di Burma Hulu telah mengganggu perdagangan.

2) Masalah dalam hubungan diplomatik.

Kemerosotan hubungan diplomatik telah menyebabkan peletusan perang British Burma yang pertama. British telah menghantar beberapa utusan antara tahun 1795 hingga 1811 (seperti Michael Symes pada tahun 1795 dan 1802, John Canning pada tahun 1809 dan 1811). Mereka dihantar untuk menyelesaikan masalah-masalah sempadan Arakan-Chittagong, masalah perdagangan dan perluasan pengaruh Perancis di Burma. Utusan-utusan tersebut telah gagal menyelesai masalah tersebut dengan sempurna. Kegagalan ini disebabkan oleh keangkuhan ketenteraan Burma dan syak wasangka antara kedua pihak. Malahan kedua-dua Residen British yang dihantar ke Rangoon iaitu Hiram Cox dan Lt. John Canning terpaksa pulang ke India pada tahun 1798 dan 1803 akibat layanan buruk oleh pegawai istana Burma. Burma enggan mengadakan hubungan diplomatik secara langsung dengan Gabenor Jeneral India yang dianggap sebagai tidak setaraf dengan rajanya. Hubungan diplomatik antara British dan Burma telah putus pada tahun 1811. Hal ini telah merintis kepada peletusan perang British Burma yang pertama.

Selepas penarikan residensi British di Burma pada tahun 1840, kerajaan British di Calcutta telah menerima banyak aduan mengenai layanan buruk kerajaan Burma terhadap pedagang-pedagang British. Pedagang-pedagang mengadu tentang pengenaan cukai-cukai yang tidak adil. Gabenor Pegu, Maung Ok memang terkenal dengan pemerasan pedagang-padagang British kerana raja Pagan memberi kuasa kepada Maung Ok yang bersifat anti British . Pada bulan Julai dan Ogos tahun 1851, Maung Ok telah mengenakan tuduhan-tuduhan membunuh dan menipu terhadap dua orang kapten British iaitu Sheppard dan Lewis. Beliau telah memaksa mereka membayar denda sebanyak 1000 rupi. Shepard dan Lewis seterusnya mengadu perkara ini kepada kerajaan British di India. Gabenor General British iaitu Lord Dalhausi telah mengambil keputusan untuk bertindak dengan tegas. Peristiwa ini telah memberi kesempatan kepada kerajaan British (terutamanya Lord Dalhausie) untuk memberi satu pengajaran kepada orang Burma dan menguasai Burma.

Masalah ‘kasut’ juga menyebabkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara putus. Masalah kasut timbul semasa pemerintahan Raja Mindon Min (1853-78). Mengikut adat Burma, orang Barat yang ingin menghadap raja harus menanggalkaan kasut mereka dan duduk bersila di lantai. Pihak British pula menganggap peraturan ini sebagai merendahkan maruah mereka . Pada tahun 1875, kerajaan British di India telah mengarahkan Residen Shaw di Mandalay untuk tidak menanggalkan kasut ketika mengadap raja. Hal ini telah menbangkitkan kemarahan Raja Mindon dan seterusnya tidak ingin menemui Residen British sekiranya amalan tradisional tersebut tidak dipatuhi. Akibatnya, selepas tahun 1875 tidak terdapat sebarang hubungan secara langsung antara raja Burma dan Residen British. Malahan pada tahun 1879, Residen British di Mandalay telah ditutup. Burma seterusnya ingin mengadakan hubungan secara langsung dengan kerajaan British. Langkah Burma ini telah ditolak oleh kerajaan British. Pemutusan hubungan diplomatik telah menyebabkan kemerosotan hubungan British Burma. Hal ini telah menjadi salah satu sebab penting peletusan perang British Burma yang ketiga.

3) Penukaran kerajaan di Britain

Sebenarnya terdapat sesuatu yang unik tentang Britain ini iaitu, hanya terdapat dua parti politik sahaja yang terlibat dalam perjalanan politik di Britain iaitu Parti Liberal dan Parti Konservetif. Terdapat beberapa fakta yang menarik tentang kedua-dua parti ini iaitu pada 1868, Parti Konservatif di bawah Perdana Menteri Benjamin Disraeli telah dikalahkan dan diganti dengan Parti Liberal di bawah pimpinan William Gladstone yang bersifat anti-imperialis.

Tetapi pada 1874 Parti Liberal telah dikalahkan dan diganti semula dengan Parti Konservatif yang memang menjalankan dasar imperialisme, dan perubahan pimpinan ini berlaku beberapa kali sehingga pada bulan Jun 1885, Parti Konservatif sekali lagi mengambil alih pimpinan daripada Parti Liberal . Parti Konservatif sebenarnya telah mengamalkan dasar yang lebih tegas terhadap Burma. Kemunculan Parti konservatif telah memungkinkan tindakan yang lebih berkesan di Hulu Burma, terutamanya yang melibatkan persaingannya dengan kuasa Perancis .

4) Mengekang kuasa Perancis

Sebenarnya agak menarik membincangkan tentang Burma atau Myanmar ini, iaitu apabila menyentuh tentang peranan Perancis menyebabkan British campur tangan dalam perjalanan politik Burma. Tetapi yang sebenarnya British telah campur tangan awal lagi dalam politik Burma, namun tindakan pemerintah Burma yang menjalinkan hubungan dengan Perancis menyebabkan British rasa curiga dengan tindakan ini. Perancis sebenarnya juga telah lama berdagang di kawasan Timur ini dan kehadiran Perancis telah menimbulkan pergeseran terutamanya dengan British . Perkara yang sebenarnya ialah pergeseran yang berlaku di Burma adalah kerana tindakan kedua-dua kuasa ini yang telah lama bergeseran merebutkan kawasan di Timur ini seperti wilayah-wilayah di India termasuklah Burma.

Perkara ini diburukkan lagi semasa Perang Kemerdekaan Amerika, apabila pihak Perancis mengambil kesempatan menyerang kemudahan perdagangan dan perkapalan British sehingga menyebabkan kerosakan yang teruk kepada British . Perkara yang berlaku pada peringkat awal ini menyebabkan British dapat bertolak ansur lagi, tetapi apabila fasa ketegangan British-Perancis memasuki peringkat pertengahan dan akhir abad ke-19 menyebabkan pihak British tidak dapat bertolak ansur lagi.

Raja Mindon Min (1852-1878) yang telah mula merintis jalan dengan menjalinkan hubungan akrab dengan Perancis sehingga menyebabkan British merasa tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh pemerintah British ini. Pada tahun 1872 Mindon Min telah menghantar Perdana Menterinya Kinwun Mingyi ke Britain tetapi dalam perjalanan beliau dan rombongannya telah melakukan perundingan perjanjian dengan Perancis untuk meminta jasa baik Perancis bagi membantu Burma untuk membangunkan istana, mengawasi percetakan wang Mindon yang baru . Perhubungan dengan Perancis inilah yang menyebabkan British berasa terkilan dengan Burma. Sebenarnya terdapat beberapa isi perjanjian yang telah dilakukan, seperti Burma berkehendakkan import senjata dari Perancis, Perancis mahukan hak monopoli diraja yang paling kukuh iaitu lombong batu delima di Mogok, Perancis akan membekalkan pegawai tentera untuk melatih tentera Burma, dan yang terakhirnya orang Perancis yang berada di Burma akan tertakluk kepada undang-undang mahkamah Burma .

Perkara ini tidak menjadi kerana melebihi kesanggupan dan telah ditolak oleh Menteri Luar Negeri Perancis. Situasi ini juga kerana dalam usaha mengesahkan perjanjian itu dengan Burma, wakil Perancis telah bertemu dengan wazir India dan menjamin bahawa Perancis tidak mempunyai apa-apa niat terhadap Burma. Jika dipandang dari satu sudut yang lain jelaslah bahawa Perancis pada peringkat ini masih mahu mengelakkan pergeseran dengan British di India dan cubaaan masuk ke dalam Burma adalah dilakukan secara halus, lemah-lembut dan penuh dengan tolak ansur terhadap Burma dan British khususnya.

Apabila pemerintahan Burma diganti oleh Raja Thibaw dari tahun 1878 hingga 1885 , telah berlaku pelbagai perubahan yang berkaitan dengan Perancis dan Burma ini. Raja Thibaw sebenarnya merupakan seorang yang sangat tegas dalam masa pemerintahannya. Beliau telah menarik diri daripada perundingan Manipur kerana kegagalannya menggunakan Perancis untuk melawan Britain. Beliau juga tahu Britain tidak senang hati dengan Perancis di Annam serta Tongking, dan dengan jahilnya telah mengambil langkah menyambung semula rundingan yang dibatalkan semasa ayah beliau dahulu . Beliau telah bertindak membuat perjanjian perdagangan dengan Perancis dan telah menghantar wakilnya Atwinwun ke Paris untuk membuat perjanjian yang ditandatangani pada 1 Januari 1885. Tetapi sebelum itu, British telah mendapat tahu bahawa soal lama yang pernah dikemukakan oleh Mindon Min telah ditimbulkan lagi oleh Raja Thibaw, mengenai penjualan senjata ada dimasukkan dalam perjanjian. British minta wakil Perancis Jules Ferry agar tidak memasukkan perjanjian mengenai pembelian senjata dan beliau telah memberikan jaminan yang penuh bahawa peluang membeli senjata tidak akan dimasukkan sebagai syarat perjanjian .

Keadaan ini sedikit sebanyak telah meredakan keadaan tegang yang timbul ekoran perjanjian ini . Walaupun begitu, tindakan yang ditunjukkan oleh wakil Burma ini dan pihak Perancis sendiri tetap mencurigakan pihak British kerana mereka juga sedar akan tindakan Perancis yang datang ke Burma adalah atas dasar ingin mengambil peluang yang tersedia sama seperti mereka. Hal ini juga kerana, mereka sedar bahawa pihak Burma juga telah lama tidak berpuas hati kepada mereka ekoran pengambilan kawasan Burma dalam Perang British-Burma I dan II dahulu.

Duta British telah menemui wakil Perancis iaitu Jules Ferry dan menyatakan mereka akan menggunakan kekerasan kepada Burma sekiranya pihak Perancis masih lagi terlibat dalam perkara ini, namun untuk mengurangkan keraguan itu pihak Perancis melalui Jules Ferry telah menyatakan kepada British bahawa perjanjian yang ditandatangani hanyalah perjanjian perdagangan biasa yang tidak mengandungi apa-apa perjanjian politik atau tentera kecuali wakil Perancis akan ditempatkan di Mandalay . Sebenarnya pihak Perancis melalui Freederic Haas ada menyatakan nasihat kepada Raja Thibaw supaya memperbaiki hubunganya dengan British tetapi tidak dipedulikannya, sebaliknya beliau tidak mahu menerima semula Residen British.

Malahan Raja Thibaw telah membenarkan Perancis menubuhkan bank di Mandalay, pembiayaan pembinaan jalan keretapi dari Mandalay ke Toungoo oleh Perancis sehingga menimbulkan khabar angin bahawa orang Perancis akan mengambil alih pengurusan hak monopoli diraja, mengawasi perkhidmatan pos, menjalankan kapal-kapal api di sungai Irrawadi, dan dapat menyewa lombong-lombong batu delima. Tetapi tanpa disangka telah berlaku perkara yang buruk iaitu surat perjanjian yang ditandatangani oleh Jules Ferry dengan wakil Burma telah bocor, iaitu yang menyatakan bahawa sebaik sahaja keamanan di Tongking dapat dipulihkan alat-alat senjata akan dihantar ke Burma melalui negeri terbabit .

Peristiwa terakhir yang melibatkan Perancis ialah, tentang tindakan Raja Thibaw terhadap Syarikat Bombay Burma Trading Corporation yang menjalankan perusahaan balak Jati di kawasan Burma. Raja Thibaw yang tidak begitu menyukai British telah mengambil tindakan terhadap syarikat ini dengan menyatakan bahawa syarikat ini telah mengeluarkan hasil balak melebihi dua kali ganda daripada yang dibenarkan oleh Burma, menyuap pegawai kerajaan, dan gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Burma. Perkara ini diburukkan lagi dengan khabar angin yang bahawa perkongsian akan ditubuhkan dengan Perancis sekiranya syarikat itu diusir. Dalam pada itu syarikat ini telah didenda sebanyak dua kali ganda daripada jumlah yang dituduh tipu itu . Ini menyebabkan pihak British berasa tidak berpuas hati.

Sosial

1) Menyebarkan agama kristian

Agama kristian mula menampakkan pengaruhnya yang besar dalam sejarah di rantau Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur sejajar dengan kedatangan orang Eropah ke rantau tersebut. Kehadiran kuasa Eropah telah bermula sekurang-kurangnya abad ke-16 dengan dimulakan dengan kuasa Portugis yang berjaya muncul sebagai kuasa maritim yang kuat ketika itu. Halangan-halangan untuk memperoleh barangan dari Timur yang mempunyai harga yang tinggi di pasaran Eropah mendesak mereka mencari laluan alternatif daripada laluan sedia ada yang telah dikuasai oleh pedagang Islam. Dalam masa yang sama misi mereka bukan sahaja sekadar barangan dari Timur malah mereka juga mempunyai cita-cita untuk menyebarkan agama Kristian disamping memperoleh penghormatan peribadi. Oleh yang demikian tugas penjelajahan mereka lebih terikat memenuhi Tiga G, iaitu Gold atau Emas, Glory atau keagungan dan God atau menyebarkan agama kristian.

Bermula dengan Portugis, kuasa-kuasa lain kemudiannya sepanjang abad ke-17 hingga abad ke-19 turut mengembangkan agama ini. Walaupun kuasa-kuasa besar seperti Belanda dan British lebih berminat dengan ekonomi berbanding dengan penyebaran agama, namun tidak dapat disangkal, mereka juga mempunyai misi yang sama dengan Portugis dan Sepanyol walaupun dalam skala yang lebih minimum. Kejayaan kuasa Eropah terutamanya pada abad ke-19 dan 20 dalam menguasai dan mendominasi Asia Tenggara, telah menjadi instrumen penting dalam usaha mereka menyebarkan agama Kristian.

Manakala kemasukan pentadbiran British di Myanmar telah mengancam kedudukan pengaruh agama Buddha di negara itu. Ancaman itu nampak semakin ketara pada sistem pendidikan agama Buddha yang semakin merosot. Manakala golongan Mubaligh Kristian pula cuba menyebar agama Kristian dikalangan penduduk pedalaman seperti puak Chin dan Kare. Selain itu orang British tidak menghormati agama Buddha apabila mereka menggunakan kasut di kuil-kuil Buddha. Kes ini seolah-olah mencemari agama Buddha. Oleh itu golongan sami Buddha merupakan golongan yang pertama yang menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan rakyat Myanmar. Pertubuhan Belia Agama Buddha merupakan contoh terbaik untuk memperlihatkan peranan agama Buddha di Myanmar. Mereka mempunyai peranan penting dalam merangsang semangat nasionalisme.

Ekonomi

1) Perdagangan

Potensi perdagangan Burma Hulu telah menarik minat golongan pedagang British. Mereka juga bercita-cita menjalankan perniagaan dengan bahagian barat negara China melalui Burma Hulu. British ingin memperluas perdagangan mereka di Burma, tetapi mengalami kesulitan kerana menghadapi pegawai-pegawai Burma yang korup. Pedagang British terpaksa mambayar harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan barang dagangan dari Burma. Golongan pedagang ini melalui Dewan Pernigaan Rangoon dan dewan-dewan perniagaan di Britain telah mendesak kerajaan Britain untuk menawan Burma Hulu. Peraturan-peraturan perdagangan yang terhad di Burma Hulu telah mengakibatkan ketidakpuasan hati golongan pedagang. Keengganan Kerajaan Burma untuk mematuhi perjanjian-perjanjian perdagangan tahun 1862 dan 1867 telah menambah ketidakpuasan mereka.

Mengikut perjanjian-perjanjian perdagangan tersebut, Raja Burma hanya mempunyai monopoli ke atas minyak, batu permata dan kayu jati. Tetapi dari segi amalan, monopoli Raja Burma telah diperluas ke atas kapas, gandum, gula, gading dan cutch. Akibat tekanan daripada golongan pedagang British di Rangoon dan Britain merupakan satu faktor penting bagi peletusan Perang British-Burma.

2) Beras

Burma terkenal dengan aktiviti pertanian terutama sekali beras. Eksport beras menjadi punca ekonomi Burma yang banyak memberi keuntungan kepada British. Beras terbaik dihasilkan di pinggir Sungai Kaladan dan Lemyo dengan Akyab menjadi pusat komersialnya khususnya pada tahun 1852 . Adas pula telah membahagikan perkembangan ekonomi kepada tiga peringkat iaitu peringkat pertama, di antara tahun 1852-1900, peringkat kedua, di antara tahun 1900-1930 dan peringkat ketiga di antara tahun 1930-1941 . Pada peringkat pertama inilah, penglibatan aktif penduduk tempatan dalam aktiviti pertanian terutama pertanian padi sawah. Perkembangan penanaman padi berlaku kerana kawasan delta merupakan kawasan petempatan tradisi orang-orang Mon (salah satu kaum di Burma). Apabila berlaku peperangan kurun ke-18, telah menyebabkan kawasan itu diabaikan malah hampir ditinggalkan dan mempunyai penduduk yang sedikit. Perkara ini memudahkan kerajaan British membuka tanah untuk pertanian. Pihak British ingin menggalakkan perdagangan eksport secara persendirian dan juga mahukan semua tanah pertanian yang baru itu diberikan kepada petani-petani kecil yang merdeka. Di samping itu, kerajaan British juga telah membuat pelaburan untuk memajukan kawasan itu, ia telah membina sistem pengairan dan pengangkutan yang lebih baik. Sebagai balasannya petani dikehendaki membayar cukai. Kawasan delta mempunyai penduduk yang sedikit menyebabkan petani-petani pendatang diperlukan untuk mengusahakan tanah-tanah baru itu. Oleh itu, migrasi pekerja telah berlaku di antara Burma Hulu ke Burma Hilir serta pendatang India. Modal untuk memulakan tanaman juga agak mudah diperolehi. Pada masa itu para petani boleh meminjam dengan mencagarkan tanah baru yang menjadi hak milik mereka itu. Pada mulanya mereka meminjam daripada peminjam-peminjam bangsa Burma, tetapi kemudian selepas 1880 peminjam-peminjam profesional India (Ceti) membekalkan sebahagian besar daripada pinjaman itu.

Perkembangan pertanian pada 1852-1900 menyebabkan berlaku penghijrahan secara besar-besaran dari Burma Hulu, Tenasserim dan Arakan sehingga menyebabkan kebudayaan Mon di delta Irrawadi telah digantikan dengan kebudayaan orang Burma. Penghijrahan bukanlah merupakan satu perkara baru bagi orang Burma kerana ada pepatah Burma yang berbunyi “tanpa berpindah seseorang itu tidak akan menjadi terkenal atau masyhur” . Pada awalnya perkembangan pertanian padi sawah sangat baik. Misalnya berlaku pertambahan dalam keluasan tanah dari 700 000 ekar kepada 6 juta ekar di antara tahun 1855-1906, yang seterusnya membawa kepada peningkatan jumlah eksport padi daripada 162 000 tan kepada 2 juta tan . Hingga awal tahun 1900, Burma, Thailand dan Vietnam telah dapat membekalkan 70% daripada jumlah eksport beras dunia. Di antara ketiga-tiganya itu, Burmalah pengeluar yang terbanyak.

Dengan berlakunya perkembangan dalam pertanian padi sawah ini, British telah membawa masuk orang India untuk atasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam pertanian padi dan menyebabkan berlakunya pertambahan dalam kemasukkan orang India ke Burma. Misalnya pada 1870, terdapat 15 000 buruh dari India membanjiri Burma dan pada 1872, meningkat kepada 37 500 orang atau dua peratus daripada jumlah penduduk Burma di Hilir dan angka ini telah meningkat kepada 297 000 pada 1901 atau tujuh peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di Burma Hilir . Kemasukan tenaga buruh dari India ini telah menyebabkan berlakunya persaingan dalam pekerjaan dengan penduduk tempatan.

Akibat perkembangan pertanian yang pesat, berlaku kekurangan tanah pertanian yang telah menyebabkan timbulnya masalah. Petani tempatan mula menanggung hutang kerana hasil yang diperolehi sedikit sedangkan cukai perlu dibayar. Petani tempatan tidak berupaya untuk menyaingi petani dari India dan mereka hanya memperolehi hasil yang sedikit bagi setiap ekar tanah kerana beberapa sebab iaitu kurangnya penggunaan baja moden, benih yang kurang baik, cara pertanian tradisi yang tidak sesuai, tiada pertanian secara besar-besaran dan tidak mempunyai modal yang besar.

Akibatnya orang India banyak menguasai tanah dan pada penghujung 1900, enam peratus tanah pertanian di delta dan 19 peratus bagi tanah yang dikuasai oleh bukan petani . Keadaan menjadi lebih teruk pada tahun 1930-an apabila harga beras di pasaran jatuh, menyebabkan golongan petani tempatan tidak dapat membayar hutang dan akhirnya banyak tanah lesap ke tangan peminjam-peminjam modal yang rata-ratanya terdiri daripada golongan ceti India.

3) Minyak

Minyak telah dilombong semenjak zaman pemerintahan raja-raja Burma lagi. Telaga-telaga minyak kebanyakannya berpusat di Yenangyaung dan selama beberapa abad telah membekalkan kepada rumah-rumah orang Burma dengan bahan api untuk menyalakan pelita-pelita dan juga membolehkan kayu-kayu, tikar dan manuskrip yang dibuat daripada daun palma yang diawet . Pada masa itu, telaga-telaga minyak digali secara primitif atau tradisional iaitu dengan menggali telaga-telaga minyak dengan tangan. Cara ini memerlukan masa yang panjang sedangkan hasil yang diperolehi sedikit dan tidak mencukupi sehinggakan minyak tanah terpaksa diimport dari Amerika untuk memenuhi keperluan penduduk Burma.

British yang melihat potensi Yenangyaung yang mempunyai banyak hasil minyak telah bertindak membuka sebuah firma iaitu Burma Oil Compony pada 1886 di Rangoon. Pada awalnya firma British ini hanya menjalankan kegiatan dalam perusahaan minyak tempatan, tetapi kemudiannya firma ini bertindak membeli pajakan-pajakan kerajaan dan juga telaga-telaga minyak persendirian. Dalam masa lima tahun, firma ini berjaya mengeluarkan minyak tanah yang mencukupi sehinggakan kerajaan tidak perlu lagi mengimport minyak dari Amerika. Malahan, syarikat ini telah mengeksport minyak yang pertama ke India dan pada tahun 1896 ke Pulau Pinang. Saluran paip minyak juga telah dibina oleh syarikat ini 10 tahun kemudian yang menghubungkan kawasan-kawasan minyak ke kilang penapisannya di Syriam.

Pada waktu ini orang yang memonopoli sektor perlombongan adalah orang British. Hal ini kerana, orang British yang menubuhkan syarikat perlombongan dan orang India juga ada yang bekerja dalam syarikat ini serta ada yang bekerja di lombong-lombong sebagai kuli. Antara syarikat perlombongan British yang ditubuhkan selepas 1900 ialah Indo-Burma Petroleum Compony, British Burma Petroleum Company dan Nath Singh Oil Company .

Perkembangan dalam perlombongan minyak tanah semakin baik selepas abad ke-19. Perkembangan ini dikaitkan dengan kedatangan orang Cina khususnya selepas 1900-an. Secara kesimpulannya kebanyakan aktiviti perlombongan ini juga dimonopoli oleh syarikat British. Kebanyakan penduduk tempatan hanya terlibat dengan menjadi buruh-buruh sahaja. Kedatangan orang India untuk bekerja dalam perlombongan minyak di Burma telah menyebabkan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan berlaku. Keadaan ini diburukkan lagi apabila harga beras jatuh dan para petani yang pada awalnya ramai yang tertumpu di Burma Hilir beramai-ramai berhijrah ke Burma Hulu.

4) Pembalakan (kayu jati)

Kayu jati merupakan salah satu daya penggerak penjajahan British di Burma dari segi ekonomi. Tambahan pula, ekonomi Burma juga bergantung kepada aktiviti pembalakan khususnya pembalakan kayu jati yang diperlukan untuk pembinaan kapal. Bahkan kayu jati merupakan sumber hasil bumi yang paling dihargai oleh masyarakat Burma kerana nilai komersialnya yang lebih tinggi berbanding padi (beras) yang tidak boleh dieksport berdasarkan polisi kerajaan Burma. Buktinya, pada tahun 1752, Maharaja Alaupaya telah mengisytiharkan kayu jati sebagai `pokok diraja`, manakala lebih kurang seratus tahun kemudiannya, Lord Dalhousie telah menjadikan kayu jati sebagai `Harta Milik Kemahkotaan British`. Sebenarnya kayu jati di Burma mempunyai sejarah yang paling lama dibandingkan dengan bahan eksport yang lain. Ia telah digunakan oleh pedagang-pedagang Arab pada abad ke-6 masihi. Kayu jati merupakan asas kepada perusahaan membina kapal di Burma dalam abad ke-17 dan telah menjadi objek utama dalam persaingan antara British-Perancis pada abad ke-18 . Kayu jati Burma mendapat permintaan yang tinggi di luar negara kerana mutunya yang tinggi, harganya pula murah dan sesuai digunakan untuk industri kapal dan binaan . Perusahaan kayu jati Burma kemudiannya telah berkembang apabila perusahaan tersebut diambil alih oleh firma-firma British. Antara tahun 1830 dan 1852, lebih daripada 100 buah kapal dengan jumlah 30 000 tan kayu jati diambil di Burma khususnya di Moulmein . Walaupun Moulmein berkembang maju tetapi akibat eksploitasi yang berlebihan, kayu jati di Moulmein berkurangan dan British beralih kepada Ranggoon (Yangon) yang berkembang dalam perdagangan. Menurut D.G.E. Hall :
“But indiscriminate felling without proper superision ruined many of forest, and rapid developement of Rangoon after 1852 caused Moulmein`s star wane”

Kepentingan eksport kayu jati kepada pihak British dan kerajaan Burma terbukti apabila berlaku peperangan pada bulan Ogos 1885 kerana Raja Thibaw mendakwa Syarikat Perdagangan Bombay-Burma telah mengambil lebih banyak kayu jati melebihi perjanjian yang telah dibuat sebelum itu. Kayu jati banyak terdapat di kawasan Tenasserim dan menjelang 1830-an, perusahaan kayu jati berkembang sehingga menjadi sumber kekayaan yang paling utama di daerah ini. Pada tahun 1941, Burma telah megeluarkan kira-kira ¾ eksport kayu jati dunia iaitu sebanyak 400 000 tan. Hakikatnya hasil pendapatan daripada jualan kayu jati Burma ini merupakan hak milik British setelah dieksploitasi sepenuhnya oleh mereka. Namun, keadaan ini telah membawa kepada perkembangan perusahaan mengilang papan dan membina kapal yang telah dipergiatkan lagi selepas 1847 apabila Jabatan Laksamana British ditubuhkan dan mengawal aktiviti pembalakkan kayu jati. Namun menjelang tahun 1850-an, banyak hutan telah musnah dan British telah menubuhkan Jabatan Perhutanan pada 1856 untuk merangka satu kaedah bagi pengawalan aktiviti pembalakan.

5) Sumber hasil bumi yang lain

Selain beras (padi), minyak dan kayu jati, Burma juga turut bergantung kepada pengeluaran timah hitam (plumbum), wolfram (bijih tungsten), dan bijih timah. Namun, pada peringkat awal sebelum kedatangan British, eksport bahan mentah ini adalah dalam kuantiti yang kecil sahaja. Oleh itu, pihak British telah mengambil kesempatan atas dasar penjajahan bagi memonopoli sumber-sumber bahan mentah tersebut. Plumbum didapati dari lombong-lombong di Badwin (40 batu ke timur laut Lashio) dan lombong di Namtu. Seperti yang berlaku dalam perusahaan minyak, perusahaan plumbum juga dimonopoli oleh syarikat British yang diwakili oleh Syarikat Perdagangan Bombay-Burma. Perkembangan perusahaan ini hanya berlaku selepas abad ke-19 apabila Burma dimasuki oleh kaum Cina. Selama beberapa tahun sahaja, kawasan perlombongan ini menjadi tempat kegiatan perlombongan orang-orang Cina dan lombong-lombong ini adalah di antara lombong-lombong pengeluar timah hitam dan perak yang terkaya di dunia dan lombong ini menjadi pusat pengeluaran tembaga, nikel, spis dan kobaltum.

Burma juga kaya dengan hasil bijih timah yang termasuk dalam lingkaran bijih timah Asia. Namun perusahaan bijih timah juga seperti perusahaan plumbum yang berkembang selepas abad ke-19. Walaupun Burma terletak dalam lingkaran bijih timah tetapi British lebih tertarik dengan penemuan wolfram di Mawehi. Buktinya, Burma hanya mengeluarkan 100 tan bijih timah setahun sebelum 1910 bijih timah. Perlombongan wolfram juga berkembang selepas tahun 1900 . Sedikit batu delima dan batu nilam yag menjadi bahan termasyhur di Burma sejak dahulu lagi turut di lombong. Lombong batu delima dan nilam ini terdapat di sekitar daerah Mogok (utara Mandalay). Terdapat juga sedikit pengeluaran arang batu, garam dan jed yang dilombong.

Pada awalnya getah turut ditanam di Burma, namun tanaman ini didapati tidak sesuai diusahakan di Burma kerana faktor iklim. Namun apa yang pasti dalam perusahaan getah ini kebanyakan tenaga buruh yang mengusahakan ladang getah adalah terdiri daripada orang-orang India. Ladang-ladang getah tidak dimiliki oleh orang tempatan sebaliknya berada dalam tangan British (contohnya Steel Brothers) dan orang-orang tempatan hanyalah memiliki kebun-kebun kecil sahaja. Oleh itu, telah terbukti bahawa faktor ekonomi juga menjadi daya penggerak penjajahan Barat di Burma. Namun begitu, perkembangan ekonomi Burma di bawah penguasaan British yang berteraskan pertanian padi, eksploitasi kayu jati dan logam menjadikan Burma terlalu bergantung pada pasaran antarabangsa dari segi eksport dan import .

Selain daripada kekayaan sumber bahan mentah dan pertanian di Burma, faktor yang menyebabkan gerakan penjajahan British disebabkan kepentingan perdagangan British di negara itu. Hal ini kerana pada peringkat awal pegawai-pegawai kerajaan Burma telah memberi layanan yang buruk terhadap pedagang-pedagang British termasuklah penetapan harga yang tinggi untuk memperolehi barang dagangan Burma. Kerajaan Burma juga mengenakan cukai yang tinggi ke atas barang dagangan asing. Sebenarnya kesemua sebab yang dikemukakan di atas hanyalah satu helah politik British bagi mendapatkan hak monopoli ke atas hal ehwal perdagangan di Burma. Tambahan pula British bimbang Perancis akan memperluaskan pengaruhnya terutama di Burma Hulu.

Kesimpulan

Penjajahan ke atas sumber ekonomi menjadi faktor penting yang merupakan daya penggerak penjajahan Barat di Asia Tenggara. Persaingan antara kuasa Barat, seperti British dan Perancis dalam kajian ini juga melihat kepada penjajahan ke atas Asia Tenggara. Namun begitu penentangan-penetangan yang dilakukan oleh golongan rakyat dan raja negeri-negeri yang dijajah itu juga melihat akan kesedaran penduduk Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, pada akhir tempoh abad ke-19 juga melihat negara seperti British mula bergiat aktif dalam politik Asia Tenggara. Pemerintahan British yang mengamalkan dasar ekonomi kapitalis telah mengakibatkan perubahan ekonomi, politik dan sosial yang penting di Burma. Antara lain Burma telah mencapai kebudayaan dan sosial. Sebahagian besar daripada kemajuan Burma dinikmati oleh orang asing. Keadaan ini telah mencetuskan semangat kebangsaan kepada rakyat Burma.


Tukar Lorong: BURMA DAN PENJAJAHAN
http://jauhnyamatahari.blogspot.com/2010/10/burma-dan-penjajahan.html

CAMPUR TANGAN BRITISH DI BURMA/MYANMAR

Posted: April 21, 2012 in Sejarah Asia TenggaraSejarah STPM
Inggeris menguasai Myanmar setelah melalui tiga siri peperangan iatu Perang Inggeris-Myanmar I (1824-1826), Perang Inggeris-Myanmar II (1852-1853) dan Perang Inggeris- Myanmar III (1885-1886).

Perang Inggeris-Myanmar I (1824-1826) Faktor-faktor yang mencetuskan peperangan 


Isu Pelarian Orang Arakan 


1.Raja Bodawpaya menjalankan usaha meluaskan kekuasaan Myanmar di kawasan sempadan Myanmar. Baginda menyerang dan menakluk Arakan yang bersempadan British-India. Arakan telah dikalahkan dan diletakkan di bawah penguasaan Myanmar.


2. Bodawpaya telah bertindak kejam terhadap penduduk Arakan. Harta penduduk tempatan dirampas. Penduduk Arakan lari ke Chittagong. Bodawpaya juga memaksa penduduk Arakan memasuki tentera menentang Siam dan menjadi buruh membina pagoda. Mereka sekali beramai-ramai lari ke Chittagong. Dalam usaha menggempur pemberontak Arakan, tentera Myanmar memasuki sempadan British.


3.Kehadiran pelarian Arakan ke wilayah Chittagong kurang disenangi oleh pentadbiran Inggeris kerana mencetuskan masalah sempadan antara Myanmar dan Inggeris di India. Raja Bodawpaya mendesak pihak Inggeris menyerahkan pemberontak Arakan yang mendapat perlindungan Inggeris di wilayah berkenaan. Pihak Inggeris enggan memenuhi tuntutan tersebut. Hal ini menyebabkan tentera Myanmar memasuki wilayah Inggeris bagi memburu dan menangkap pemberontak-pemberontak tersebut. Pihak Inggeris merasa tercabar dengan tindakan tersebut.


Pemberontakan Chin Byan (1811) 


1.Hubungan British-Myanmar bertambah runcing apabila timbulnya pemberontakan Chin Byan, ketua pemberontak Arakan. Myanmar menuduh British bersubahat dengan Chin Byan. Chin Byan dikatakan telah mempunyai pangkalan tentera di kawasan Chittagong dan telah melancarkan beberapa serangan ke atas Myanmar.


2.Tentera Myanmar cuba menangkapnya tetapi gagal. Untuk meyakinkan Myanmar, pihak Inggeris juga melncarkan gerakan menangkap Chin Byan tetapi tidak berjaya. Kegagalan tersebut menyebabkan Myanmar tidak puas hati dengan Inggeris dan menambahkan lagi ketegangan hubungan Myanmar dengan pihak Inggeris.


Dasar campur tangan Myanmar di Manipur, Chachar, Assam dan Pulau Shahpuri.


1.Raja Bodawpaya melibatkan diri dalam hal-ehwal Manipur, Chachar dan Assam. Baginda membantu Manjit Singh menjadi Raja di Manipur setelah berjaya merampas kuasa daripada abang-abangnya. Saudaranya yang kalah meminta bantuan British.


2.Pada hari pertabalan Raja Bagyidaw, cucu Bodawpaya sebagai pemerintah keeanam Dinasti Konbaung, Raja Manipur tidak hadir dalam upacara tersebut. Alasan tersebut telah digunakan oleh panglima tentera Myanmar, Maha Bandula untuk menyerang Manipur.


3. Raja Manipur melarikan diri ke Chachar bersama sebahagian besar rakyatnya. Tentera Myanmar memburunya sehingga ke Chachar. Keadaan ini memaksa pemerintah Chachar lari ke Chittagong untuk mendapatkan bantuan Inggeris.


4. Pihak Inggeris seterusnya mengisytiharkan kekuasaannya ke atas ketiga-tiga kawasan tersebut iaitu Manipur, Chachar dan Assam.


5.Pulau Shahpuri ialah kepunyaan Inggeris. Sebuah kubu pertahanan telah didirikan di pulau tersebut. Pada tahun 1823, Myanmar telah menyerang pulau itu. Pihak Inggeris mendesak tentera Myanmar meninggalkan pulau itu


6. Sungguhpun Inggeris berjaya menguasai semula Pulau Shahpuri, namun apabila Maha Bandula cuba menyerang Chittagong menyebabkan Inggeris mengisytiharkan perang ke atas Myanmar pada bulan Mac 1824. Dengan itu bermulalah Perang Inggeris-Myanmar I.


7. Raja Bagyidaw akhirnya menyerah kalah dan bersetuju menandatangani perjanjian dengan pihak Inggeris. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Yandabo yang dimeterai pada bulan Februari 1826.


8. Syarat-syarat perjanjian ini ialah:


i) Myanmar dikehendaki menyerahkan wilayah Arakan, Assam dan Tenasserim kepada British.


ii) Myanmar tidak boleh campur tangan dalam wilayah Assam, Jaintia, Chachar dan Manipur.  


iii) Myanmar tidak boleh melakukan serangan ke atas Siam.


iv) Myanmar diwajibkan membayar ganti rugi peperangan kepada British sebanyak 10 juta rupi.


v) British akan menempatkan seorang Residen di ibu kota Myanmar.


vi) Myanmar akan menempatkan seorang duta di Culcutta.


vii) Satu perjanjian perdagangan yang berasingan akan dibuat antara Myanmar dengan British. 


9. Selepas perjanjian ini, British menguasai Hilir Burma. 


Perang Inggeris-Myanmar II (1852-1853) 

Faktor-faktor yang mencetuskan peperangan 
Kesan Perjanjian Yandabo 

1. Raja Bagyidaw berpendapat Perjanjian Yandabo berat sebelah dan menjatuhkan maruah Myanmar. Myanmar telah kehilangan wilayah-wilayah penting seperti Arakan dan Tenasserim.


2.Pengambilan kedua-dua wilayah itu dianggap sebagai satu rampasan terhadap hak rakyat Myanmar dan Myanmar masih menganggapnya sebagai tidak sah. Baginda tidak menghormati wakil British yang dihantar ke Myanmar dan enggan menubuhkan pejabat perwakilan Myanmar ke Culcutta serta tidak menghantar wakilnya ke situ.Tindakan baginda telah merenggangkan lagi hubungan Inggeris-Myanmar.


3. Pengambilan Arakan dan Tenasserim merugikan Myanmar. Hal ini kerana kawasan- kawasan tersebut kaya dengan pelbagai sumber seperti beras dan kayu jati.


4. Pihak Inngeris pula tidak berpuas hati dengan Perjanjian Yandabo kerana Myanmar mengengkari perjanjian ini Menurut Perjanjian Yandabo, Myanmar dikehendaki membayar 1000 juta rupee kepada Inggeris tetapi Myanmar enggan menyerahkan ganti rugi itu kepada pihak Inggeris.


Layanan buruk terhadap pegawai British


1. John Crawford telah dihantar ke Myanmar (1826) untuk mengadakan rundingan tentang isu perdagangan. Hal ini termaktub dalam Perjanjian Yandabo yang menyatakan kedua-dua pihak akan membincangkan isu perdagangan secara berasingan. Kedatangan Crawford bertujuan mendapatkan kebenaran Raja Bagyidaw untuk mengeksport beras dari Ranggon. Utusan Crawford tidak mendapat layanan yang sewajarnya kerana Raja Bagyidaw enggan memberi kebenaran mengeksport beras dan perak.


2. Henry Burney dihantar ke Myanmar (1830) sebagai Residen Inggeris yang pertama. Beliau ditugaskan untuk berunding tentang ganti rugi perang, masalah sempadan dan hak perdagangan. Bagaimanapun tugasnya itu tidak kesampaian kerana Raja Bagyidaw menjadi tidak siuman.


3. Pengganti Bagyidaw, Raja Tharawaddy juga memberi layan buruk kepada Burney. Atas sebab keselamatan, pihak Inggeris telah menindahkan pejabat Residennya dari Amarapura ke Rangoon.


4. Pengganti Burney iaitu Richard Benson dan Wilham Mcleod juga tidak dilayan dengan baik. Akhirnya pentadbiran British terpaksa menutup pejabat Residennya di Myanmar pada tahun 1840.


Layanan buruk terhadap saudagar Inggeris


1. Raja Pagan Min bersikap anti-British. Baginda memberi kuasa kepada gabenor Pegu, Maung Ok berurusan dengan British. Maung Ok juga anti-British. Beliau menghalang perniagaan saudagar British di bandar-bandar Myanmar. British pula mahukan kebenaran berniaga di kawasan pedalaman.


2. Maung Ok menuduh Kapten Shepperd dan Lewis melakukan penipuan dan terlibat dalam satu kes pembunuhan. Walaupun tiada bukti yang jelas, Mereka dipaksa membayar ganti rugi sebanyak 1000 rupi. Pagan Min melucutkan jawatan Maung Ok tetapi enggan berunding tentang ganti rugi.


3. Komander Lambert menenggelamkan beberapa buah kapal di pelabuhan Myanmar. Pasukan tentera dihantar dan menuntut ganti rugi sebanyak 100 000 paun. British mengisytiharkan perang pada tahun 1852. 


4. Kesan Perang Inggeris-Myanmar II ini menyebabkan British berjaya menguasai Arakan, Tenasserim dan Hilir Myanmar. Raja Myanmar hanya berkuasa di bahagian Hulu Myanmar sahaja (Myanmar Utara). 


5. British juga menguasai hutan kayu jati yang banyak hasilnya. British meneruskan usaha untuk menguasai seluruh Myanmar. Myanmar pula cuba mempertahankan maruah dan kedaulatannya.


Perang Inggeris-Myanmar III (1885-1886)

Faktor-faktor yang mencetuskan peperangan
Isu kasut

1. Walaupun Mindon Minh melaksanakan pelbagai pembaharuan, namun baginda masih berpegang kepada adat dan nilai-nilai tempatan. Antara tradisi yang masih dipegang kuat oleh Mindon Minh ialah adat menanggalkan kasut sebelum memasuki istana atau biara.


2. Mindon Minh turut mengarahkan wakil-wakil Inggeris yang ingin mengadap baginda menanggalkan kasut ketika memasuki istana. Peraturan tersebut dianggap menjatuhkan maruah bagi pihak Inggeris.


3. Pentadbiran Inggeris di India mengarahkan supaya pegawai-pegawai Inggeris tidak mematuhi peraturan berkenaan. Perkara tersebut membangkitkan kemarahan Raja Mindon Minh dan baginda bertindak mengusir wakil Inggeris itu dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Inggeris.


Peristiwa ini menjejaskan hubungan antara kedua- dua pihak.

Keengganan Inggeris memulangkan wilayah Myanmar

1. Raja Mindon Minh kuat berpegang kepada agama. Baginda juga sukakan kedamaian dan bencikan peperangan. Oleh itu cuba berdiplomasi dalam hubungannya denga kuasa- kuasa Barat.


2. Pada peringkat awal, baginda berbaik-baik dengan pihak Inggeris dengan harapan agar pihak Inggeris memulangkan semula wilayah-wilayah Myanmar khususnya wilayah Pegu kepada Myanmar.


3. Kedegilan pihak Inggeris untuk berunding tentang isu tersebut menyebabkan Raja Mindon bersikap dingin terhadap Inggeris. Baginda mula mengubah dasar luarnya dengan menjalin hubungan dengan kuasa-kuasa Barat lain seperti Perancis, Itali dan Amerika Syarikat.


4. Oleh kerana tidak puas hati apabila pihak British tidak mengendahkan tuntutannya, baginda menghantar wakilnya ke London (Kuliwun Mungyi) untuk berbincang dengan Queen. Bagaimanapun wakilnya itu hanya dibawa berjumpa Setiausaha Luar Negeri British. British juga tidak senang dengan sikap Raja Mindon yang membuat hubungan dengan Perancis.


5. Lanjutan daripada itu, Raja Mindon telah menghantar utusan ke Paris untuk menandatangani perjanjian sulit bagi mendapatkan senjata. Inggeris cukup marah dengan tindakan baginda itu kerana jika Perancis membantu Myanmar, cita-cita Inggeris untuk menguasai politik dan ekonomi Myanmar akan terjejas. Perjanjian 1862, Myanmar berjanji menghapuskan cukai ke atas barangan yang dibawa ke Hilir Myanmar dan Irriwady. Myanmar juga memberi kebebasan kepada saudagar British menjalankan perniagaan sepanjang Sungai Irriwady. Myanmar juga bersetuju menempatkan seorang ejen British ditempatkan di Mandalay. British juga menuntut bahawa dalam Perjanjian 1867, Raja Myanmar hanya boleh memonopoli batu permata, kayu jati dan minyak. Bagaimanapun Raja Myanmar turut memonopoli perniagaan gula, gading dan gandum.


Kekacauan politik dalaman Myanmar.


1. Raja Thibaw telah membunuh lebih 80 ahli keluarganya untuk mengelakkan cubaan rampasan kuasa. Keadaan yang tidak aman ini menyebabkan British menjadikannya sebagai alasan untuk menguasai Myanmar.


2. Kekacauan politik juga berlaku dan memburukkan lagi keadaaan di Myanmar. Misalnya terdapat cubaan untuk merampas takhta kerajaan oleh Putera Byingun. 


3. Golongan saudagar di Rangoon bimbang dengan keadaan tersebut dan mendesak pihak Inggeris campur tangan dan menawan Myanmar Hulu. Pihak Inggeris juga mengambil keputusan menutup pejabat Residen di Mandalay pada tahun 1879.


Hubungan Myanmar dengan Perancis


1. Raja Thibaw turut membuat hubungan dengan Perancis. Baginda menghantar wakilnya ke Paris untuk menguruskan perjanjian perdagangan dengan Perancis.


2. Melalui perjanjian tersebut, Konsul Perancis dilantik di Mandalay. Syarikat Perancis dibenarkan membuka bank dan membina landasan kereta api di Mandalay. Perancis juga dibenarkan membina konsulnya di Mandalay.


3. Apa yang mengejutkan pihak Inggeris ialah pemerintah Myanmar telah memberi kebenaran kepada Perancis untuk mengendalikan beberapa perkhidmatan di Myanmar seperti perkhidmatan pos, mengendalikan kapal-kapal wap dan mengambil alih monopoli diraja.


4. Sesungguhnya hubungan baik Raja Thibaw dengan Perancis telah merenggangkan lagi hubungan Inggeris dan Myanmar.


Isu Syarikat Perdagangan Bombay-Burma


1. Syarikat Perdagangan Bombay-Burma dimiliki oleh Inggeris. Syarikat ini diberi konsesi menjalankan operasi pembalakan dan perdagangan kayu jati di Myanmar.


2. Raja Thibaw mendakwa syarikat ini mengambil kayu jati melebihi peruntukan yang diberikan dan menjalankan operasi di luar kawasan yang ditetapkan.Syarikat ini juga didakwa memberi rasuah kepada pegawai Myanmar dan tidak membayar gaji kepada pekerja Myanmar.


3. Syarikat ini dibicarakan oleh Hlutdaw dan didapati bersalah. Syarikat ini dikenakan membayar denda sebanyak 23 juta rupee kepada Raja Thibaw dan merampas hak pembalakan.


4. Syarikat tersebut membantah keputusan tersebut dan mendesak supaya Raja Thibaw mengadakan rundingan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Permintaan itu tidak dilayan oleh Raja Thibaw.


5. Pada Oktober 1885, pihak Inggeris memberi arahan kepada Raja Thibaw iaitu Raja Myanmar perlu mencari orang tengah untuk menyelesaikan masalah Syarikat Perdagangan Bombay-Burma dan dasar luar Myanmar akan ditentukan oleh British pada masa akan datang.


6. Raja Thibaw diberi tempoh lebih kurang sebulan untuk menjawab arahan atau permintaan tersebut. Sementara itu pihak British menghantar kira-kira 10 000 tentera dan memberi amaran kepada Raja Thibaw sekiranya jawapan yang diberikan kepada baginda tidak memuaskan.


7. Raja Thibaw mengemukakan jawapan seperti berikut: 


i) Baginda bersetuju membatalkan denda yang dikenakan kepada Syarikat Perdagangan Bombay-Burma sekiranya ada rayuan.


ii) Myanmar juga bersetuju menerima wakil British dan ditempatkan di ibu kota Myanmar tetapi dasar luar Myanmar dikendalikan oleh Myanmar.


iii) Myanmar mahu meneruskan hubungan dengan Perancis dan kuasa-kuasa Barat lain.


iv)Semua kuasa Barat akan diberikan hak perdagangan yang sama.


8. British tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut dan pada November 1885 British menyerang Myanmar. Setelah bertempur selama dua minggu, tentera British berjaya menguasai Myanmar Hulu.


9. Raja Thibaw dan keluarganya dibuang negeri ke India dan mangkat di sana pada tahun 1905. Dengan itu berakhirlah pemerintahan Dinasti Konbaung yang memerintah selama 130 tahun.


10. Myanmar menjadi tanah jajahan British sehingga diberi kemerdekaan pada 1948. 


CAMPUR TANGAN BRITISH DI BURMA / MYANMAR | Russlan SsvS

https://russlanssvs.wordpress.com/2012/04/21/campur-tangan-british-di-burma-myanmar/


Myanmar juga milik Orang Melayu

CATATAN PERJALANAN: MYANMAR 3

PERJALANAN diteruskan. Kini kami ke rumah Ustaz Haji Mohd Yusof, bukan Muhammad Yusuf pemandu motosikal yang membawa saya ke sana itu. Dari Pulau Tongtong, ke Sepuluh Batu.


Kampung yang di bawah pohon-pohon nyiur melambai-lambai, di atas tanah pasir putih bersih di tepi laut. Rumah papan tradional orang Melayu. Disambutnya kami dengan mesra, saya memberitahu hasrat nak tahu mengenai orang Melayu Pulau Dua ini, setelah menjemput kami masuk, katanya...



"Dulu sebelum bandar Pulau Dua yang ada sekarang menjadi pusat pemerintahan wilayah Kawthoung di Myanmar, pusat pemerintahannya adalah di Malay One.. beberapa batu lagi tambah jauh dari sini tinggalkan pekan Pulau Dua."

"'Malay One'! Melayu Satu, perkataan Inggeris??" Saya tanya.

"Ya. Inggeris menamakan tempat itu. Ertinya, Inggeris mengiktiraf orang Melayu sudah ada di sini." Jawabnya. "Nama Myanmar berasal dari istilah 'Myanma Naingngandaw' yang digunakan sejak abad ke 12 lagi. Tetapi asal-usulnya tidak begitu jelas."

Menurutnya, nama itu digunakan semula dari nama sebelum itu 'Burma', pada 1989 dan telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, tetapi tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat dan Inggeris, United Kingdom kerana ia diperintah oleh kerajaan junta.

Bila saya lihat dalam Wikipedia, Myanmar merdeka dari United Kingdom pada 4 Januari 1948 sebagai 'Kesatuan Burma' . Kemudian bertukar kepada 'Republik Sosialis Kesatuan Burma' pada 4 Januari 1974. Akhirnya, sekali lagi bertukar kepada 'Kesatuan Burma' pada 23 September 1988. Maka pada 18 Jun 1989, Majlis Pelembagaan menukar nama kepada 'Kesatuan Mynamar' seperti yang ada sekarang.
Pejabat imigresen dalam laut.

Myanmar bersempadan dengan Republik rakyat China di utara, Laos di timur, Thailand di tenggara, Laut Andaman di selatan serta Teluk Bengal di barat daya. Satu per tiga tanah Myanmar atau 1,930 km dikelilingi oleh pesisiran pantai dari keluasan Myanmar 678,500 km persegi. Negara terbesar di tanah benua Asia Tenggara dan ke 40 terbesar di dunia selepas Zambia, tetapi lebih kecil dari negeri Texas di Amerika Syarikat.



"Rumah dan tanah tempat kami duduk di pesisir pantai ini adalah warisan turun temurun dari banga Melayu, seingat saya." Katanya "Walaupun pada 1989 kerajaan junta tentera telah mengubah nama 'Burma' yang digunakan Inggeris kepada Myanmar, dan banyak tempat lain turut ditukar, termasuklah bandar Rangoon kepada Yangon, namun nama-nama Melayu di selatan Myanmar masih lagi kekal, walau ada juga akhir-akhir ini cubaan menukar dari nama-nama itu kepada nama dalam bahasa Myanmar."

"Contohnya??"

"Ya. Contohnya, Pulau Dua, Pulau Tongtong (binatang sejenis penyu), Sungai Gelama (ikan), Sepuluh Batu, Kepala Batu, Tanjung Badai, Pasir Panjang, Malay One, Cham Prong (dalam bahasa Siam bererti 'sekor gajah' tetapi penghuninya orang Melayu Thai), Teluk China, Teluk Besar, Mek Puteh (nama wanita Melayu), Sungai Balai, Pulau Balai, Pulau Cek Ali (Nama lelaki Melayu Islam), Tanjung Peluru, Teluk Peluru, Tanjung Gasi, Pulau Rotan Helang, Pulau Senangin dan banyak lagi.." Jelas Mohd Yusof lagi.

Sistem politik di Myanmar kini, di dikawal oleh Majlis Pembangunan dan Keamanan Negara yang menguasai kerajaan sejak 1992, dan dipimpin oleh kerajaan junta tentera di bawah Jeneral Than Shwe. Tentera Burma telah berjaya menguasai pemerintahan semenjak Jeneral Ne Win memimpin rampasan kuasa pada 1962 dan menumpaskan kerajaan awam pimpinan U Nu. Sepanjang pemerintahan Empayar British sehingga 1948, Burma terus berhadapan dengan masalah ketegangan kaum. Kebudayaan Myanmar, seperti jirannya juga, berasaskan kepercayaan Buddha Theravada dengan ubahsuai dan tambahan elemen tempatan.

Begitulah kira-kira maklumat yang saya dapati setelah beberapa jam berziarah di rumahnya. Satu bukti, bumi dan negara Myanmar juga adalah milik bangsa Melayu. Saya bangun dan terlangak-langak mencari sesuatu di dalam rumahnya. "Kenapa?" Tanya isteri Mohd Yusof kepada saya.

"Saya nak cari bilik air, nak berwuduk. Nak sholat dah agak lewat ni!!"

"Oh! Di belakang rumah ini ada perigi... Tolong tunjukkan!" katanya pada suaminya.

Ya. Saya pun ke pergi belakang rumah menggunakan perigi. Terbayang saya sewaktu kecil-kecil, menceduk air dari perigi kira-kira 30 ke 40 tahun dulu di kampung Balik Pulau Pulau Pinang. Hampir macam inilah, keadaannya. Menceduk dan mengangkut air, suatu kerja menolong ibu waktu kanak-kanak yang paling saya malas dan bosan...

...bersambung.
E-Buku IH-12: Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim
Orang Melayu Myanmar
http://www.ibnuhasyim.com/2009/07/myanmar-juga-milik-orang-melayu.html 



Anonymous said... 



kawasan semenanjung Tanah Melayu masa dulu memang luas, sampai ke Rundung (Ranong). Bukan macam sekarang yang cuma takat sampai ke sempadan Perlis, Perak & Kelantan jek. Sayangnya, sejarah telah digelapkan & cuba diselindung, sampai banyak nama negeri2 Melayu di kawasan segenting Kra ditukar jadik Bahasa Thai. Contoh, Patani (Pattani), Jalor (Yala), Menara (Narathiwat), Setul (Satun), Merdelong (Phattalung), Bukit (Phuket), Terang (Trang) dan lain2 lagi...  



Ada banyak blog yang cuba menghuraikan sejarah sebenar nih. Antara yang popular, sejarahnagarakedah.blogspot.com. boleh semak & baca sendiri...  



Sememangnya Burma/Myanmar dulu kawasan Melayu. nama tempat di Myanmar, Mandalay, merujuk kepada Raja Mandalika, Maharaja Siam yang catatan Batu Bersurat tentang Baginda dijumpai di Terengganu. Baginda mengalahkan Kerajaan Tenangsari dari Puak Burma dan mendirikan Masjid Papan di sana. Baginda juga dikenali sebagai Rama Tibodi I di Siam dan Sultan Mad Zaffar Syah di alam Melayu. 



Raja Melayu terakhir di Myanmar adalah Maha Dammaiyaza dari Kerajaan Toung Oo (Bermaksud 'Padang Luas'). Akibat diserang, baginda terpaksa berundur ke pusat Kerajaan Siam di Ayuthia dan di sana, baginda digelar Boromoraja Ekathaat V. Sekali lagi diserang dalam tahun 1767, baginda kembali ke Nambang Ligor yang ketika itu masih lagi dalam wilayah Kedah. Di sana, baginda menggunakan nama asal iaitu Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, dan bagindalah Raja Siam yang dikatakan memerintah Kedah dari Ligor. Selepas serangan tersebut ke atas Ayuthia, barulah bermulanya era Siam diperintah oleh Raja2 Buddha bermula dari Phra Taksin dan disambung oleh Dinasti Chakri dengan Raja pertamanya, Rama I @ Buddha Yodfa Chulalok. 



p/s : Tuan Haji Ibn Hashim maklum ke tentang sejarah realiti ni? 

Monday, July 06, 2009 


Sumbangan Melayu Islam Kepada Myanmar.. 


(photo taken by Amy L. Beam, Rome, Italy, May 29, 2009; banner calling on Burma to free Aung San Suu Kyi who is being tried in spurious charges that she broke her terms of imprisonment in her home, where she has been imprisoned for 19 years. She was duet) 
CATATAN PERJALANAN: MYANMAR 4 

"ENCIK.. Kita ada beberapa jam lagi, sebelum pukul 5 petang. Biasanya waktu itu polis Myanmar akan menyiasat di hotel tempat tinggal encik dan dapat mengesan di mana encik berada. Kalau kita berada di luar 3 km dari bandar Pulau Dua ini, mereka akan tahu. Itu suatu kesalahan!" Kata Mohammad Yusuf pemandu motosikal yang membawa saya itu. 

"Sampai begitu sekali?" Saya macam terkejut. "Ya. Inilah Myanmar, sekarang." Dia mengangguk. 

Baru saya teringat, kira-kira seminggu lebih sikit lalu, pemimpin-pemimpin Persatuan Eropah (EU) menyambut ulang tahun kelahiran ke 64 pemimpin pro-demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi. Mereka menggesa pembebasan segera tanpa syarat, dan draf pengisytiharan dikeluarkan pada sidang kemuncak EU menyatakan kredibiliti Myanmar untuk adakan pilihan raya tahun depan akan 'terus lemah' melainkan Suu Kyi dibebaskan. 

Pemimpin-pemimpin EU menggesa rejim tentera Myanmar melaksanakan 'peralihan tulen kepada demokrasi'. Gambar Suu Kyi telah dipaparkan di bangunan Parlimen Eropah bagi membantah penahanannya. Suu Kyi menyambut hari lahirnya di penjara, sementara kempen-kempen membebasnya giat dijalankan di seluruh dunia dan internet. Mungkin inilah sebabnya peraturan berada di Myanmar kini terlalu ketat. 

"Jadi kita nak ke mana? Bolehkah kita jumpa Imam Masjid Kampung ini?" "Ya. Memang ke situlah saya nak bawa encik. Jumpa Ustaz Mohd Syafie, Imam Masjid Jannatun Naim Sepuluh Batu, Pulau Dua.." Katanya. 

Sesampai di depan rumahnya, seperti biasa dia menyambut salam kami dengan ramah mesra dan menjemput kami masuk. Saya menyampai hasrat saya untuk menziarah teman-teman se agama di Myanmar. Rumahnya hampir sama gayanya dengan rumah Ustaz Mohd Yusof yang kami ziarahi tadi dan penduduk-penduduk Melayu Islam di situ. 

"Pada saya, orang Melayu Islam di sini agak terpinggir. Tidak diiktiraf sebagai rakyat Myanmar. Kalau dianggap anak pun sebagai anak tiri!" Kata ustaz itu. "Takkan sampai begitu?" "Dalam banyak program-program pemerintah, mereka tidak pernah memasukkan bangsa Melayu dalam senarai sebagai rakyat mereka." Jelas Ustaz itu lagi. "Yang mereka sebut ialah bangsa Karen, Myanmar, Siam, Mon, Kaya, Kecin dan Chea... Melayu tiada, Rohingya pun tiada!
Etnik Rohingya di Selatan Myanmr ditindas hingga terpaksa melarikan diri. 
Myanmar yang terletak di antara garisan Sartan dan garisan Khatulistiwa, menerima iklim monsun tropika, menerima hujan 5000 mm setahun di kawasan pantai. Di kawasan delta, menerima hujan 2500 mm setahun. Sementara di Zon Kering (tengah Myanmar) hanya 1000 mm setahun. Kawasan pesisir pantai dan delta suhunya 32`C. Utara Myanmar suhunya 21`C. 

Pembangunan ekonomi Myanmar amat perlahan kerana faktor ekosistem dan alam sekitar. 49% Myanmar masih lagi berhutan tebal. Antara pokok utama ialah getah, acacia, buluh, kelapa, paya bakau dan kayu jati. Di Zon Kering, sayur-sayuran banyak ditanam. Sepanjang tanah pamah banyak ditanam dengan buah-buahan. 

Mengikut sejarah, Orang Mon dipercayai menjadi kumpulan terawal pindah ke Lembah Ayeyarwadi dan pada pertengahan tahun 900 SM telah menguasai selatan Myanmar. Orang Mon ini menjadi orang Asia Tenggara pertama menganut agama Buddha Theravada. Orang Tibeto-Burman bercakap bahasa Pru tiba sekitar abad pertama SM. Mereka tinggal di Lembah Ayeyarwadi. Kerajaan orang Mon dan Pyu giat melakukan kegiatan perdagangan antara China dengan India. Kerajaan Pyu menguasai Lembah Ayeyarwadi untuk beberapa ketika. 

Di zaman penjajahan 1886-1948 di Myanmar, penjajah British telah membawa masuk buruh India dan buruh China di kawasan bandar bagi merancakkan perdagangan dan pembinaan infrastruktur Myanmar. Menyebabkan kesannya hari ini bandar Yangoon dan Mandalay terdapat ramai orang India, yang juga menyaingi bangsa Mon tadi. Kaum India dan China yang dibawa ke Myanmar itu asalnya ditugaskan membina landasan kereta api dan sekolah waktu itu. 

Bahkan di Malaysia lebih lagi, kaum-kaum pendatang tersebut akhirnya menjadi kuasa penentu dalam politik Malaysia masa kini. Malaysia mempunyai kemajmukan bangsa selain mengimpot masuk juga mengiktiraf hak kaum lain selain orang Melayu. Boleh lihat sejarah keterbukaan sistem Jus Soli pada tahun 1945 di bawah penjajah Malayan Union.  Perlaksanaan pada tahun berikutnya telah membuka laluan masuk hampir sejuta kaum asing terutama Cina dan India. Sistem yang diperkenalkan di Jerman pada peringkat awalnya diaplikasikan di Tanah Melayu sebagai syarat mendapatkan kemerdekaan yang termeterai pada Ogos 1957. 

Sedangkan orang-orang Mon ini terus memperjuangkan kemerdekaan dan kebebasan politik mereka. Sehingga penjara Insein menempatkan sejumlah besar banduan terutama banduan politik seperti mereka. Banyak terjadi perlawanan dan tumpah darah sehingga tahun 1930. Contohnya, pakai kasut di dalam kuil Buddha adalah perkara sensitif. Perlanggaran tersebut pernah mencetuskan bantahan dari sami-sami Buddha, apalagi sami-sami Buddha tersebut menjadi pejuang-pejuang kemerdekaan Myanmar dan berlaku penentangan sehingga ramai yang terbunuh. 
Selatan Myanmar 
Antara sami yang terkenal ialah U Wisara yang mati dalam penjara selepas 163 hari mogok lapar membantah peraturan-peraturan baru di kuil Buddha. Sajak oleh Tudyard Kipling bertajuk 'Mandalay' mengingatkan betapa kesusahan hidup semasa zaman kolonial British. 

Hal ini bertepatan dengan apa yang disebut oleh Ustaz Mohd Syafie kepada saya, "Kami orang Melayu Islam Myanmar bukan sahaja menjadi rakyat taat, mengikut pemerintah sebagai rakyat yang baik, bahkan pernah bersama-sama membantu perjaungan kemerdekaan negara ini..." 

"Eh betul ke? Maaf.. saya belum tahu lagi sejarah ini." "Begini.." Katanya lagi, sambil membetulkan kedudukan di kusyen lama di ruang tamu. Anak gadisnya datang menghidangkan air yang disuruh buatkan. "Pada 1 April 1937, Myanmar berjuang untuk mendapatkan pentadbiran berasingan dari British di India. Pada 1940an, 30 komrad telah menerima latihan ketenteraan di Jepun diketuai Ang San atau dipanggil juga Bucu Asa. Kamu tahu siapa dia?" Saya menggeleng kepala. 

Jelasnya lagi, "Ang San atau Bucu Asa yang telah mengasaskan Tentera Kemerdekaan Burma. Dia yang memimpin Liga Kemerdekaan Rakyat Anti Fasis (AFPFL) pada 1945, berjuang memerdekakan Myanmar dari cengkaman Jepun. Dia sendiri akhirnya terkorban dibunuh oleh musuh-musuh politiknya pada 1947. 

Semasa Perang Dunia Kedua, Myanmar atau Burma yang dikenali juga dengan 'Negara Seribu Pagoda' menjadi barisan depan berhadapan dengan penjajahan tentera Jepun di Asia Tenggara. Pemerintahan British dikalahkan dengan teruk oleh tentera Jepun. Lebih 300,000 buruh India dan Anglo-Burma melarikan diri ke dalam hutan dan tiba di India." 

"Memang puak-puak itu bukan puak perjuangan, puak cari duit saja. Patut pun mereka lari!" Sampuk Mohammad Yusuf. 

"Tetapi tentera India British kembali menyerang semula dan merampas Myanmar pada Julai 1947. Ramai rakyat Burma berjuang bersama tentera Jepun, ramai juga yang berkhidmat dengan Tentera British Burma termasuk pahlawan Aung San yang terkorban itu. 

Yang saya nak jelaskan, orang kuat atau tulang belakang pahlawan tersebut adalah seorang yang bernama Abdul Razak. Dia adalah orang Melayu yang beragama Islam. Dan... pahlawan yang dibantu itu adalah ayah kepada Suu Kyi, seorang yang dikenali sekarang sebagai pejuang demokrasi bergelar Aung San Suu Kyi, yang ayahnya terkorban semasa dia masih berumur 2 tahun." 

"Oh. Jadi bangsa Melayu Islam memang ada bakti dan bukti dalam perjuangan membebaskan kemerdekaan Myanmar!" Kata saya. 

Tiba-tiba Mohammad Yusuf mengeluarkan dua jenis wang kertas Myanmar dan menunjukkan kepada saya gambar yang tertera di duit itu, "Ni gambar panglima Aung San, kerajaan Myanmar menghormatinya sebagai pejuang bangsa di duit ini, cuma bangsa Melayu yang menjadi orang kuatnya tidak ditonjol. Bahkan hak bangsa Melayu dan Islam di negara itu telah dinafikan." katanya sambil mengetap bibir, walaupun Mohammad Yusuf bukan keturunan Melayu tetapi beragama Islam. 

"Tetapi hak mengamalkan Islam di sini tidak dilarang!" Saya cuba tententeramkan. 

"Itu gambar 2 gadis yang tergantung di dinding itu masih boleh berpakaian menutup aurat. Orang kampung masih boleh mendirikan masjid dan tidak dilarang sembahyang. Tuan Haji masih boleh berurusan dengan orang Islam di luar negara.." Kata saya lagi. 

"Itu betul. Tetapi ibadat bukan cuma ibadat khusus sahaja, ada ibadat umum.. peribadi, keluarga, masyarakat bahkan negara, pendidikan, perundangan dan syariat Islam. Kalau beragama yang menegur atau menghalang kezaliman pemerintah tentu mereka marah." Ustaz itu menjelaskan. 

Sedang mataku masih merenung gambar dua gadis yang cantik manis sama seperti gadis Melayu di kampung-kampung di Malaysia. 

"Gambar gadis itu adalah anak saya. Memanglah saya didik suruh pakai tudung menutup aurat, bersekolah agama dan mengamalkan cara hidup Islam. Baru-baru ini kami penduduk Islam di sini buat majlis pertemuan dengan Duta Malaysia, tidak dilarang oleh pemerintah. Bahkan tuan duta itu terkejut melihat ramai dan banyaknya kampung-kampung Melayu di sini. Ramai yang berhubungan dengan negara Malaysia.. dan anak saya pun ada yang berkahwin dengan pemuda Malaysia." Katanya dengan ramah dan sentiasa tersenyum. 

Ringkas.. akhirnya saya minta diri dulu. Tiba-tiba anak gadisnya yang menghidang air rupanya seperti di dalam gambar itu melintas. "Itu anak gadis saya yang bongsu.. " Katanya. 

Terfikir-fikir pula saya, kalau ada anak-anak muda Malaysia ingin beristeri orang Myanmar, yang sesuai boleh saya rokemenkan. Kerana sangat tertarik.. kalau dengan saya memanglah tak padan!! Siapa berminat sila beritahu... 

As-salamu alaikum
http://www.ibnuhasyim.com/2009/07/sumbangan-melayu-islam-kepada-myanmar.html



Wednesday, July 01, 2009

Mengapa AS Marah Kartun Ini?

HALAMAN HIBURAN

WALAUPUN Presiden AS Barack Obama asyik saling memuji dengan sekutunya Arab Saudi atas sejarah panjang persahabatan mereka dan hubungan strategi kedua negara, beberapa pejabat resmi negara AS secara peribadi tidak senang terhadap Saudi. 



Sebuah filem kartun yang dibuat oleh seorang produser fielm Saudi bernama Osama Khalifah berjudul "Helm Al Zaytoun" atau "The Olive Dream" telah menyebabkan pejabat AS merasa kecewa terhadap Saudi.


Mengapa? Kerana filem tersebut dikatakan menyalahkan 'puak Zionis Israel' ke atas penderitaan rakyat Palestin. "Penggambaran tentang peristiwa Nakba tahun 1948 dan penderitaan rakyat Palestin telah lama menjadi pemicu tindakan kekerasan dan sentimen anti-Amerika,"kata sebuah kenyataan dari jabatan resmi AS yang dikeluarkan pada 16 Jun bertajuk Counterterrrorism Communication Alert.

"Sebagaimana tindakan yang dilakukan oleh pemerintah AS ke arah proses damai Israel-Palestin, filem kartun itu menjadi signifikan untuk membentuk pemikiran masyarakat Arab. Tetapi produser filem Saudi itu mengatakan filem ciptaannya itu bertujuan untuk mengajar dan menjelaskan kepada kanak-kanak tentang masalah sebenar Palestin dari sudut pandang pelarian itu sendiri..." menyebabkan jabatan resmi negara AS memberi peringatan dalam memo berlabel 'OFFICIAL USE ONLY' dalam menentukan sikap terhadap filem kartun itu. 


'Helm Al Zaytoun' atau 'The Olive Dream' menurut pejabat AS hanya akan memanaskan situasi yang memang telah panas antara rakyat Palestin-Israel, dan hanya membangkitkan semangat anti-semit. Dalam filem tersebut digambarkan seorang anak gadis Arab yang menyaksikan peristiwa Nakba 1948 dimana dengan mata kepalanya sendiri, ayahnya dibunuh oleh 'kumpulan Zionis Israel' yang datang menjajah bumi Palestin. 

Osama Khalifa, produsernya mengatakan, filem ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada kanak-kanak tentang persoalan warga Palestin di pengungsian dari perspektif geografi dan keagamaan. Dalam filem ini juga ditampilkan sebuah adegan peperangan di mana tentera Zionis Israel mengorbankan rakyat awam Palestin dan kemudian anak-anak muda Palestin bangkit berjuang untuk membalas serangan tersebut dengan iiringan lagu yang membangunkan semangat. 

Adegan dalam filem animasi yang membuat pejabat AS semakin marah dan geram apabila filem itu menceritakan kisah seorang kanak-kanak Yahudi dengan gagahnya membunuh seorang lelaki Arab di depan keluarganya. Bapak dari anak Yahudi tersebut mengatakan kepada anaknya dengan pujian bahawa dia telah menjadi seorang lelaki sejati dengan membunuh seorang Arab.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Dia AS & Yahudi, kenakan orang lain melalui filem boleh, bila kena mereka sikit pun tak boleh. Mengapa? Itulah yang perlu orang bukan Yahudi faham!(2MA)
http://www.ibnuhasyim.com/2009/07/mengapa-as-marah-kartun-ini.html

Ada yang Ganjil di Ibukota Myanmar

Kamis, 28 Mei 2015 19:00 
Foto: Biksu dalam demonstrasi menolak Muslim Rohingnya di Ibukota Myanmar, Yangon
KIBLAT.NET, Yangon – Di saat warga Aceh dan masyarakat Indonesia beserta komunitas internasional bahu membahu menolong para pengungsi Rohingya yang terusir dari negaranya, pemandangan ganjil terjadi di ibukota Myanmar, Yangon. 

Ratusan orang berdemonstrasi termasuk para biksu Budha pada hari Rabu kemarin (27/05), memprotes apa yang mereka sebut sebagai “bullying” oleh masyarakat internasional atas sikap Myanmar terhadap warga minoritas muslim Rohingya. 

Setidaknya ribuan warga muslim Myanmar telah melarikan diri meninggalkan negara itu dalam beberapa bulan terakhir karena khawatir akan serangan-serangan dan penganiayaan yang dilakukan oleh kelompok mayoritas warga Budha. Hingga saat ini, banyak dari mereka yang masih terombang-ambing di lautan menunggu mendapatkan suaka dari Malaysia, Indonesia, dan Thailand. 

Seorang wanita juru bicara demonstran yang dimotori oleh kelompok nasionalis dan keagamaan dalam orasinya, bersikeras bahwa krisis kemanusiaan yang sedang terjadi itu bukanlah disebabkan oleh Myanmar. Sambil meneriakkan yel-yel melalui pengeras suara, wanita bernama Sandy Thin Mar Oo itu mengatakan, “Mereka itu (orang-orang Rohingya) bukan berasal dari Myanmar” 

Dalam pidato yang berapi-api, dia menyeru PBB dan komunitas internasional untuk berhenti menyalahkan Myanmar sebagai pelaku tunggal yang menyebabkan terkuaknya tragedi kemanusiaan tersebut. 

“Jangan salahkan Myanmar saja”, katanya menyemangati kerumunan manusia yang kemudian menirukan slogan-slogan seperti, “Jangan ganggu (mem-bully) Myanmar” 

Lingkaran Krisis

Kelompok-kelompok hak asasi manusia dan PBB telah memperingatkan krisis kemanusiaan di Myanmar dan mendesak pemerintah setempat menciptakan situasi yang kondusif bagi warga Rohingya. Etnis Rohingya merupakan warga muslim, yang oleh pemerintah Myanmar dianggap sebagai pendatang ilegal dari Bangladesh.

Pada hari Rabu kemarin, sekitar 400 orang termasuk 40 biksu Budha berunjuk rasa mendukung kampanye anti-Rohingya. Mereka mengenakan kaos bertuliskan “Manusia perahu bukan berasal dari Myanmar” dan “Myanmar jangan disalahkan atas masalah manusia perahu”.

Seorang biksu bernama U Win Hlan Tha, yang ikut dalam unjuk rasa itu mengatakan bahwa ia ingin menunjukkan dukungannya sebagai seorang warga Myanmar yang “asli”. Ia mengatakan, “Orang-orang itu (Rohingya) bukan bagian dari kita, dan (informasi) media internasional adalah salah. Yang harus mereka pahami adalah, bahwa kami tidak akan membiarkan mereka (Rohingya) berada di Myanmar, karena mereka tidak pernah menjadi (bagian dari) kami.”
Demonstran dari kelompok nasionalis. Mereka menyatakan menolak Muslim Rohingya
Orang-orang terdiam sambil berdiri menyaksikan unjuk rasa tersebut saat melewati kawasan pemukiman Muslim. Ketika ditanya apa yang mereka pikirkan tentang kampanye tersebut kebanyakan menolak berkomentar. Namun, ada beberapa orang mengatakan bahwa mereka mendukung unjuk rasa dan pesan-pesan mereka kepada masyarakat internasional.

Pembiaran Oleh Negara

Ketegangan bermotif agama memanas di Myanmar di mana ribuan orang muslim Rohingya telah menjadi korban kejahatan warga mayoritas Budha, yang dimotori oleh para biksu Budha termasuk biksu Ashin Wirathu, yang oleh masyarakat internasional dijuluki sebagai penjahat kemanusiaan. Dengan dalih sebagai pendatang ilegal, negara dalam hal ini pemerintahan Presiden Thein Sein pun melakukan pembiaran, seolah merestui upaya pembersihan etnis terhadap muslim Rohingya di negaranya. Dalam banyak kasus, aparat keamanan mengaku diintimidasi oleh para biksu dan kemudian malah mengawal mereka melakukan pembunuhan, pengusiran, dan pembakaran properti milik warga Rohingya. Tidak kurang termasuk tokoh penerima “nobel perdamaian” Aung San Syu Kyi juga sama sekali tidak bersuara atas krisis kemanusiaan akut yang terjadi di depan matanya



Direktur HRW (Human Right Watch) untuk Asia Brad Adams mengatakan negara-negara tetangga ASEAN perlu melakukan sesuatu yang lebih untuk warga Rohingya yang telah menjadi korban perdagangan manusia karena situasi buruk di Myanmar. Adams menyatakan, “Penting bahwa, tidak akan ada solusi jangka panjang kecuali jika Myanmar mengakhiri kebijakan yang diskriminatif serta penyalahgunaan wewenang terhadap warga etnis Rohingya, serta bersama-sama dengan negara lain mengambkan mereka (Rohingya)”.

Sumber: Al-Jazeera
Penulis: Yasin Muslim
https://www.kiblat.net/2015/05/28/ada-yang-ganjil-di-ibukota-myanmar 

BERITA TERKAIT

Pentadbiran British di Burma

Dinasti beraja Burma sebelum ditamatkan selepas penjajahan British.

Nyatakan sistem pemerintahan di Burma sebelum penjajahan British.
F1 sistem pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung
F2 Raja sebagai ketua pemerintah
F3 terdapat Hluttaw/Majlis Diraja

F4 di pusat terdapat Wun/Pegawai Tinggi Kerajaan

F5 di peringkat bandar terdapat Myothugyi/Ketua Bandar
F1 Dinasti Konbaung berakhir
F2 institusi raja tersingkir
F3 jawatan tradisional peringkat pusat terhapus
F4 Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi
F5 pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887
F6 Akta Perkampungan Burma 1889
F7 pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-ok/Pegawai Bandaran
F8 sistem Undang-Undang Barat diperkenalkan
F9 pengaruh golongan agama merosot
F10 fungsi raja sebagai penaung agama Buddha diambil alih oleh Undang-Undang Barat
F11 Majlis Perundangan diperkenalkan
F12 beberapa jabatan ditubuhkan
F13 seperti Jabatan Pelajaran/Jabatan/Perhutanan/Jabatan Kesihatan




http://kotasejarah.blogspot.com/2011/08/pentadbiran-british-di-burma.html

Tiada ulasan: