Sedap lagi bunyi KERAJAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. BAHASA MELAYU dengan BAHASA MALAYSIA.
Malaysia desak Laut China Selatan kekal dijadikan zon bebas
Masalah besar timbul jika kapal perang AS, China berlanggar 30 September lalu
adminweb 21/10/2018 0 158 tempoh bacaan kurang dari 1 minit
SINGAPURA, 12 Safar 1440H, Ahad – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, Malaysia akan terus mendesak supaya Laut China Selatan dikekalkan sebagai zon yang bebas daripada sebarang persaingan dan peningkatan ketenteraan.
Bercakap kepada Bernama, beliau berkata, desakan itu akan terus dilakukan walaupun kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan China memberi jaminan akan menjadikan laluan antarabangsa itu kawasan yang selamat.
Kebimbangan tercetus semula berikutan hampir berlaku perlanggaran dua kapal perang kedua-dua negara itu di Laut China Selatan pada 30 September lalu.
Katanya, saranan untuk mengekalkan Laut China Selatan sebagai kawasan yang aman telah dilakukan sejak daripada kepimpinan Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein sehinggalah sekarang di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kita mahu negara-negara kuasa besar menghormati Laut China Selatan adalah kawasan aman dan berkecuali,” katanya.
Mohamad yang berada di sini sejak 18 Oktober, mengulangi penegasan hubungan pertahanan yang baik dengan Singapura dalam lawatan pengenalan diri ke republik ini.
Beliau juga menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-12 dan ADMM-Plus ke-5 yang dihoskan Singapura selama dua hari mulai 19 Oktober.
Mohamad berkata, di forum terbuka, kuasa-kuasa besar ini sentiasa menyatakan mereka menghormati undang-undang perairan antarabangsa namun realiti adalah sebaliknya.
“Itu pengakuan mereka tetapi dalam realitinya kita lihat baru-baru ini hampir berlaku perlanggaran dua kapal perang di Laut China Selatan di kawasan Spratly Island. – Bernama
Malaysia desak Laut China Selatan kekal dijadikan zon bebas - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
https://www.ismaweb.net/2018/10/21/malaysia-desak-laut-china-selatan-kekal-dijadikan-zon-bebas/
Tun M merajuk dengan sikap kasar pemandu teksi :'Kalau tak nak saya jadi PM, hari ini saya letak jawatan'
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meluahkan rasa kecewanya dengan sikap pemandu teksi yang enggan mendengar penjelasannya berkaitan isu e-hailing.
Kejadian itu berlaku apabila kira-kira 10 pemandu teksi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dalam satu sesi dialog yang diadakan bersama perdana menteri di Langkawi.
Sesi dialog itu dihadiri hampir 200 pemandu teksi yang mendakwa pendapatan mereka terjejas ekoran perkhidmatan Grab yang dikatakan ‘mencuri’ pelanggan mereka, lapor Berita Harian.
“Saya nak tolong tapi kalau tak ada bantuan...saya pun tak boleh tolong juga. Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendiri. Tengok apa yang jadi.
“Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara...orang panggil balik, jadi saya datang.
“Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ini letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Sebelum kejadian itu, Dr Mahathir berkata Grab akan diminta menggunakan kenderaan yang diluluskan kerajaan dan membayar insuran serta cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan yang adil.
“Saya pernah membangkitkan perkara ini dalam kabinet. Saya beritahu Menteri (Pengangkutan) supaya memperbetulkannya, tetapi malang sehingga kini tiada kemajuan langsung.
“Saya akan usaha lagi, saya pun rasa tidak adil. Perkara ini dalam perhatian saya tetapi saya tidak boleh bagi jaminan hapuskan Grab, tetapi kita boleh samakan mereka dengan teksi,” katanya.
Sementara itu Bernama melaporkan majlis perjumpaan itu kecoh apabila beberapa orang anggota persatuan bertindak biadap keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan e-panggilan, Grab.
Sekitar 10 pemandu teksi itu berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar selepas perdana menteri berkata beliau akan terus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan demi manfaat semua pihak.
Kekecohan itu berlaku sekitar dua minit sebelum reda.
at 10/21/2018 02:00:00 PTG
KERENGGA: Tun M merajuk dengan sikap kasar pemandu teksi :'Kalau tak nak saya jadi PM, hari ini saya letak jawatan'
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/10/tun-m-merajuk-dengan-sikap-kasar.html
Sunday, October 21, 2018
Setuju dengan Kadir Jasin menteri dan pegawai perlu masuk sekolah
REAKSI
CADANGAN A Kadir Jasin agar para menteri, timbalan menteri, menteri besar disekolahkan sebelum rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan Harapan sangat disokong.
Mungkin ayat digunakan Kadir itu kasar tetapi itulah hakikat yang berlaku kini. Ada menteri perlu di sekolah, bukan sekolah rendah sahaja, tetapi ada yang perlu masuk ke pra-sekolah.
Jika ada menteri, timbalan menteri, kurang cerdik, kekok, masih terpinga-pinga, terkial-kial untuk menjalankan tugas, kita tidak perlu kesal sangat, sebab hakikat yang kena sedar mereka adalah orang baharu yang cetek pengalaman sebagai pentadbir, pemimpin dan diplomatik kerajaan. Ini kita kena akui.
Pun begitu kekurangan itu bukan alasan untuk memaafkan mana-mana menteri yang lambat untuk jadi cerdik atau pun tidak tahu membaca, mengeja dan mengira.
Menteri persis ini adalah yang “benak”. Orang benak jika diajar berkali-kali pun payah untuk faham. Benak satu hal jika dicampur dengan sombong, jadi benak sombong lagilah sukar. Yang benak sombong ini tidak mahu mengaku kelemahan, tetapi masih perasaan dirinya pandai.
Pandangan dan kritikan Kadir itu harus diterima semua pihak kalau mahu melihat kerajaan hari ini bertahan lama. Daya tahan kerajaan dan usianya bergandung kepada rakyat. Bila rakyat terutamanya penyokong cemuh, marah, kerajaan boleh jatuh dalam sekelip mata sahaja. Rakyat bagaikan api yang
menyala akan membakar hangus apa yang ada.
Banyak aspek yang menteri baharu perlu disekolahkan. Dari sikap dan cara berfikir. Seperti kata Kadir untuk mengharap Dr Mahathir mendidik, bukan masanya lagi. Masa untuk mendidik sudah berlalu, sebab Dr M sudah pun “bersara” dari alam persekolahan, mengajar.
Makanya menteri kena belajar sendiri, ada inisitif untuk mempelajari sendiri seluk beluk pentadbiran, belajar berifkir untuk mencungkil idea-idea yang baik demi rakyat. Juga belajar untuk membuang gaya dan sifat yang memuakkan rakyat besar diri dan mula egois bila ada jawatan.
Untuk mengenal diri dan stail Dr Mahathir, sebelum ini saya pernah cadangkan agar menteri membaca buku DOKTOR UMUM - Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad. Dari buku itu banyak dapat dipelajari apa dilakukan Dr Mahathir dan juga mengenal dirinya sebagai seorang pemimpin yang sukses. Dari buku dapat mengenali beliau sebagai seorang Doktor, sebagai seorang PM, seorang rakyat biasa, seorang pemikiran dan segala-galanya.
Banyak ilmu-ilmu untuk muncul menjadi seorang menteri yang baik dan kredibale. Jalan dan ilmu pengetahuan dibentangkan dalam memoir itu sangat berguna.
Iya untuk mendapat dan mendampingi Dr Mahathir bagi mencungkil segala rahsianya, sudah tidak mungkin kerana batasan waktu dan keadaan. Tetapi bukulah menjadi penggantinya dan makenisme terbaik untuk mempelajari dan memikirkan tentang kesuksessannya menjadi PM 22 tahun. Nah baca. Saya tidak dapat pasti berapa ramai menteri yang sudah menghadam buku berkenaan. Atau masih ada tidak pernah dengar dan pegang buku berkenaan. Agak malang kalau ada sebagai seorang politik tidak mengambil peduli buku itu.
Dr Mahathir mungkin terfikir hal ini, — kelemahan dan kegagalan beberapa orang menterinya, tetapi masakan beliau perlu menyuruh dan memaksa orang membaca bukunya. Sepatutnya semua mengambil inisitif sendiri.
Saya percaya sudah ada sikap baharu dikalangan menteri kini selepas mereka menajdi menteri. Mereka belajar berdisiplin dan bekerja segigih Dr Mahathir Mohamad. Ini sudah bagus. Apa yang dirasai oleh seorang rakan saya yang jadi menteri, jelasnya bahawa beliau sedang diajar cara memimpin seperti Dr Mahathir.
Saya tidak perlu menuturkan apa-apa kelemahan yang ada kepada menteri, kerana sudah kerap kita menegurnya. Apa yang diluahkan dalam media sosial bukan semuanya bersifat dengki dan benci, tetapi ada kebenarannya. Malanglah kalau anda berasa lontaran dalam media massa mengenai anda sebagai benda remeh dan tidak level anda.
Dalam pada itu yang perlu belajar bukan sahajha menteri tetapi orang di sekeliling menteri juga — para pegawainya. Dari Setiausaha Sulit kepada setiausha politik, setisusaha akhbar dan pegawai khas harus, juga mereka semua kena belajar. Cukuplah belajar cara pakai tie atau cara berjalan, tetapi apa harus difikir dan dilakukan melengkapkan anda sebagai seorang pegawai membantu jaya menteri bukan menambah kelemahan dan keburukan menteri.
Jika anda juga macam menteri anda, kurang pengalaman, cari dan temuilah bekas-bekas pegawai atau setiausaha menteri untuk menimpa ilmu daripada mereka. Jaya dan gagal menteri terletak kepada sejauh mana peranan dfan fungsi anda. Trims. [wm.kl.1.30 am 21/10/18]
Posted by mohd sayuti Omar at 1:31:00 PM
.: Setuju dengan Kadir Jasin menteri dan pegawai perlu masuk sekolah
https://msomelayu.blogspot.com/2018/10/setuju-dengan-kadir-jasin-menteri-dan.html
‘Kenapa tak seru orang Cina kuasai bahasa Melayu?’
Masih ramai Ahli Parlimen gagap apabila berbahasa Melayu
21/10/2018
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
BANGI, 12 Safar 1440H, Ahad – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya meluahkan rasa terkilan apabila terdapat beberapa seruan yang menggesa orang Melayu menguasai bahasa lain, namun seruan yang sama tidak ditujukan kepada bangsa Cina yang nyata masih lemah dalam bahasa Melayu.
Aminuddin dalam satu kenyataan menegaskan, adalah tidak menjadi masalah buat orang Melayu untuk menguasai bahasa asing.
Malah, katanya, Islam turut menggalakkan umatnya untuk menimba apa saja ilmu yang baik termasuk penguasaan pelbagai bahasa.
“Cuma saya terkilan, kenapa seruan yang sama tidak disarankan kepada orang Cina untuk belajar bahasa Melayu? Berapa ramai orang Cina yang tidak fasih malah ada yang tidak tahu bertutur dalam bahasa Melayu.
“Di kalangan Ahli Parlimen juga kita boleh lihat ramai yang gagap dan tersasul menggunakan bahasa Melayu.
“Tun M menyeru orang Melayu belajar dan menguasai bahasa Inggeris. Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyeru supaya belajar bahasa Mandarin.
“Sekilas lalu memang tidak ada apa-apa masalah dengan seruan seperti ini. Tetapi pada sisi yang lain, ia dilihat seolah-olah perjuangan bahasa Melayu tidak lagi menjadi agenda penting kerajaan.
“Saya berkata demikian kerana kedua-duanya adalah pemimpin dan bakal pemimpin disebuah negara majoriti Melayu. Tanah ini Tanah Melayu. Raja-rajanya pula orang Melayu. Tapi pemimpinnya memperjuangkan bahasa asing,” katanya.
Semalam, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya pada Seminar Kebangsaan Visi Islam dalam Aspirasi Malaysia Baharu di Nilai, menggesa anak Melayu perlu menguasai bahasa Cina.
Ini kerana, katanya, ia merupakan bahasa ekonomi yang penting pada masa ini.
Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, setiap pemimpin harus berhati-hati dalam mengemukakan saranan dalam usaha untuk membuat perubahan.
“Jangan sampai bangsa sendiri tergadai. Bak kata pepatah ‘Bahasa melambangkan Bangsa’.
“Bagaimana kalau bahasa Melayu tidak lagi diperkasakan? Bagaimana jadinya identiti orang Melayu? Adakah ini penghakisan secara halus bangsa Melayu kepada Bangsa Malaysia? Adakah ini dikatakan Malaysia Baharu?
“Kalau kita sendiri tidak memuliakan bahasa kita sendiri maka bagaimana bangsa lain akan hormat dengan kita.
“Kalau kita ke luar negara kita dipaksa berbahasa mereka tetapi kalau mereka datang ke negara kita, mereka tak mahu berbahasa Melayu,” katanya.
https://www.ismaweb.net/2018/10/21/kenapa-tak-seru-orang-cina-kuasai-bahasa-melayu/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan