Jumaat, 19 Oktober 2018

Menghindar diri dari menjadi ahli golongan yang merugi di Akhirat kelak. Allahu Akbar. 8466.


Foto Rahmat Rahman.
Subhanallah, guruh dan kilat juga bertasbih memuji Allah Subhanahu Wa ta'ala. 

Pernahkah kita berfikir bagaimana guntur - sebagai salah satu peristiwa atmosfera terhebat yang Allah ciptakan - itu terbentuk? Dan bagaimana pula guntur mampu melepaskan sejumlah tenaga yang demikian besar?

Menurut Harun Yahya, selama hujan, guruh dan kilat yang tersusun dari pembentukan cahaya-cahaya terang akibat pelepasan tenaga elektrik di ruang atmosfera, sesungguhnya merupakan sumber tenaga yang menghasilkan elektrik lebih besar dari pada ribuan penjanaan elektrik-di samping sebagai fenomena iklim.

Inilah kehebatan dan keajaiban kilat dan petir:

* Tenaga yang dikeluarkan oleh sekali kilatan petir lebih besar dari pada tenaga yang dihasilkan seluruh penjanaan elektrik di Amerika Syarikat.

* Satu kilatan petir boleh menyalakan 100 watt lampu selama lebih dari tiga bulan.

* Pada titik sentuh petir ke bumi, cuaca menjadi panas hingga 25.000 darjah Celcius. Kelajuan kilatan petir 150.000 km / detik dan rata-rata ketebalannya 2,5-5 cm.

* Petir menghasilkan molekul nitrogen yang diperlukan bagi tumbuh-tumbuhan di Bumi utuk menyokong kehidupanya.

* Setiap petir rata-rata mempunyai 20,000 amper kuasa. Seorang tukang las hanya menggunakan 250-400 amper untuk mengelas baja.

* Petir bergerak pada kelajuan 150,000 km / saat, hampir setengah kelajuan cahaya dan 100,000 kali lebih cepat dari kelajuan suara.

'' Suara yang dilepaskan oleh satu kilatan lebih besar dari pada cahaya 10 juta bola lampu berdaya 100 watt. Jadi, apabila setiap rumah di Istanbul, Turki menyalakan bola lampu, pancaran cahaya dari satu kilatan petir akan lebih besar,'' ungkap Harun Yahya.

Allah menyatakan fenomena kilat yang menakjubkan ini sebagai berikut "... Kilauan kilatnya hampir membutakan pandangan." (Al-Nur: 43)

Bagaimanakah kilat terbentuk?

Menurut Harun Yahya, hawa-yang dipanaskan oleh cahaya matahari-naik membawa molekul-molekul air yang menguap di dalamnya. Ketika udara yang naik ini mencapai ketinggian 2-3 km, hawa tesebut bersentuhan dengan lapisan udara dingin. Saat kenaikan hawa, kristal-kristal ais yang terbentuk di dalam awan melepaskan tenaga elektrik statik yang terbentuk kerana pergesekan. Tenaga elektrik ini mengandungi unsur positif (+) pada lapisan atas awan dan unsur negatif (-) pada lapisan bawahnya. Ketika awan cukup terisi untuk mengionisasi hawa, maka petir terbentuk.

Mengapa bergemuruh?

Menurut Harun Yahya, petir memanaskan udara di sekitarnya hingga 30.000 darjah celcius dalam sepersejuta saat. Udara yang dipanskan meluas, dan menyebarkan gelombang suara yang lebih cepat dari kelajuan bunyi; dengan tekanan 100 kali lebih besar dari tekanan atmosfera normal. Sama halnya dengan pesawat yang melintas dengan kelajuan suara, ini menyebabkan letupan suara (gemuruh) di udara, sehingga dinamakan gemuruh / guntur.

Mengapa cahaya dan suara guruh tidak bersamaan mencapai bumi?

Harun Yahya mengungkapkan, hal ini kerana suara guntur mencapai pendengaran kita dengan kelajuan suara (340 m / saat di udara), sedangkan petir mencapai visual (penglihatan) kita dengan kelajuan cahaya (99, 793 km / saat). Ini menyebabkan perbezaan masa antara dua peristiwa, dan dengan demikian membuat kilatan (petir) mencapai bumi lebih sebelum guntur.

Apa perbezaan antara kilat dan petir?
Ketika perbezaan muatan listrik menjadi lebih besar antara bumi dan awan, udara menjadi lebih mudah ditembus dari bumi ke awan; pelepasan tenaga elektrik bermula melalui saluran penghantar yang dibentuk oleh udara yang ditembus itu. Pelepasan tenaga elektrik dari awan disebut dengan kilat, dan pelepasan tenaga elektrik dari bumi disebut petir atau sambaran balik.

Kebenaran kilat yang dinyatakan dalam Al-Quran

Guruh atau Guntur ternyata terpilih menjadi nama salah satu surah dalam Al-Quran, iaitu surah al-Rad. Allah memberitahu bahawa guntur dibentuk oleh kilat yang bertasbih memuji-Nya: "Dan guruh bertasbih memuji-Nya (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya ..." (al-Rad: 13)


Rahmat Rahman
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1270688776407487&set=a.521244958018543&type=3&theater
Foto Rahmat Rahman.
Beginilah Pemimpinnya dan Beginilah Penegak Hukumnya

Abdurahman an-Nashir, khalifah Andalus tahun 300H-350H. Hari itu, dia mengumpulkan seluruh jajaran pejabat negeri. Dalam rangka grand opening istana yang baru selesai dibina. Istana Dar ar-Raudhah. Bukan saja besar tetapi teramat megah. Cukuplah disebutkan di sini, bahawa istana itu berlapis emas dan perak hingga atapnya. Soalan khalifah tentang istananya, membuka acara tersebut. Semua pegawai yang bicara memuji sang khalifah.

Hingga sampailan soalan itu kepada penguatkuasa undang-undang di negeri itu, al-Mundzir bin Said al-Baluthi. Al-Mundzir yang ditanya malah menangis. Air mata mengalir membasahi janggutnya. Inilah kenyataan sang penguatkuasa undang-undang,

"Demi Allah wahai amirul mukminin, saya tidak menyangka bahawa syaitan telah menyesatkanmu hingga setakat ini. Dengan semua yang Allah berikan kepadamu berupa nikmat, syaitan telah menempatkanmu di rumah orang kafir. "

Bak petir di siang hari. Khalifah marah, "Bagaimana kamu tempatkan saya sejajar dengan orang kafir?"

Al-Mundzir menjawab, "Bukankah Allah telah berfirman: Dan sekiranya bukan karena hendak menghindari manusia menjadi umat yang satu (dalam kekafiran), tentulah kami buatkan bagi orang-orang yang kafir kepada Tuhan Yang Maha Pemurah loteng-loteng perak bagi rumah mereka dan ( juga) tangga-tangga (perak) yang mereka menaikinya ..... "(Qs az-Zukhruf: 33)

Khalifah Abdurahman an-Nashir yang tadi marah, kini tertunduk sambil menangis teresak-esak. Kemudian berkata, "Semoga Allah memberimu pahala yang paling agung atas jasamu terhadap kami, dirimu, dan muslimin dan Islam ini. Semoga Allah memperbanyak orang seperti anda. Apa yang anda katakan itu benar. "

Kemudian sang pemimpin tertinggi negeri yang telah merasa bersalah itu memerintahkan agar semua lapisan emas dan perak pada bangunan istananya dihilangkan. (Lihat: al-Andalus al-Tarikh al-Mushawwar, DR. Thariq al-Suwaidan, h. 165)

Begitulah, Andalus mencapai puncak kejayaannya di tangan pemimpin tertinggi yang sangat siap meminta maaf dan memperbaiki kesalahan dan didampingi oleh penguatkuasa undang-undang yang adil dan tidak takut menyampaikan kebenaran di hadapan sesiapa.


Rahmat Rahman
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1269794839830214&set=a.521244958018543&type=3&theater
Foto Rahmat Rahman.
Surah Al-Asr – Mengelakkan Diri Menjadi Rugi

Kebanyakan kita sudah tentu pernah menghadiri pelbagai seminar, kursus, ceramah atau bengkel. Sesungguhnya suatu hal yang menarik yang dapat diperhatikan pada setiap program tersebut ialah apabila sesi itu dikendalikan sama ada oleh penganjur, pengerusi, ataupun penceramah yang muslim maka sepertinya suatu kewajipan bahawa mereka akan memulakan sesi itu dengan bacaan Ummul Kitab dan mengakhiri sesi tersebut dengan Surah Al-Asr.

Secara umumnya, ramai yang tahu mengapa harus dimulakan dengan Ummul Kitab dan sekiranya ditanya, ramai yang akan menyatakan yang Al-Fatihah itu maksudnya buka, maka molek sekiranya sesuatu yang baik itu (majlis ilmu yang dihadiri) dimulakan dengan Al-Fatihah. Maka, sekiranya dilanjutkan soalan mengapa pula harus ditamatkan dengan Surah Al-Asr? Barangkali jawapan yang biasa didengari ialah surah itu mengingatkan kita terhadap kepentingan masa. Ada juga yang menyatakan yang kita perlu menyampaikan ilmu yang telah dipelajari dalam majlis itu.

Pernahkah anda terfikir untuk bertanya kepada penceramah tersebut, mengapa harus dibacakan Surah Al Asr? Tidakkah boleh ditutupkan majlis ilmu itu tadi dengan surah lazim yang lain?

Meneliti maksud surah Al-Asr yang bermaksud : “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-Asr : 1 – 3).

Sekiranya diperhatikan, terjemahan surah di atas memberi penekanan terhadap beberapa perkara iaitu :

1. Allah SWT bersumpah dengan masa.

2. Allah SWT menyatakan sesungguhnya manusia itu berada dalam keadaan rugi. Sebagai perbandingan, Allah SWT meletakkan keadaan negatif (rugi) kepada manusia dengan bersumpahkan masa.

3. Allah SWT memberi pengecualian rugi kepada golongan yang berikut :
i. Orang yang beriman
ii. Orang yang beramal soleh
iii. Orang yang berpesan-pesan
iv. Orang yang sabar

Dalam konteks ini, dapat kita perhatikan bahawa ciri-ciri orang yang tidak rugi yang disenaraikan di atas sebenarnya berada dalam satu tertib yang mana dengan hanya mengikuti tertib tersebut dapat mengelakkan sesorang daripada menjadi rugi. Dan yang menariknya, penekanan rugi di sini bukan hanya merujuk kepada tauhid terhadap Allah semata-mata malah mencakupi apa sahaja perlakuan manusia. Ini bermaksud, bagi mereka yang tidak beriman kepada Allah juga harus memahami proses ini berlaku bagi mengelakkan mereka termasuk dalam kategori rugi.

Tertib golongan yang terkecuali daripada kerugian:

1. Orang yang beriman

Iman atau bahasa mudahnya bermaksud percaya. Seseorang itu dikatakan beriman apabila dia mempercayai apa yang disampaikan kepadanya. Dalam konteks perilaku manusia, adalah lebih mudah bagi seseorang melakukan sesuatu yang dipercayainya, contohnya mempercayai bahawa memakan ubat yang dibekalkan oleh doktor adalah usaha dalam menyembuhkan penyakit. Dalam hal mempercayai sesuatu ini biasanya manusia lebih mudah jatuh percaya apabila melihat bukti dengan matanya sendiri. Sebagai contoh, adalah sukar mempercayai keberkesanan ubat kurus yang dijual oleh seseorang yang gemuk orangnya, kecuali orang itu menjadi kurus terlebih dahulu. Maka sekiranya anda membeli ubat itu semata-mata ingin menjaga hati si penjual yang berbadan gemuk tadi, bukankah satu kerugian kepada anda?

2. Orang yang beramal soleh

Amal atau melakukan sesuatu bermaksud anda melakukan sesuatu sama ada atas keinginan sendiri atau dorongan sesuatu. Dalam hal ini, adalah satu kerugian buat anda sekiranya anda percayakan kepada sesuatu yang mendatangkan kebaikan tetapi anda tidak melaksanakannya. Sebagai contoh, anda tahu bahawa solat adalah wajib dan sesiapa yang meninggalkannya akan berdosa. Tetapi di sebalik kepercayaan anda kepada perkara fardhu itu, anda tidak pun mengamalkannya. Begitu juga dengan pelbagai perkara lain yang anda pelajari dalam hidup seperti penggunaan tali pinggang keledar. Anda percaya bahawa penggunaannya mampu menyelamatkan nyawa. Tetapi, jika anda tidak menggunakannya walaupun anda percaya kesan penggunaannya, maka anda akan menjadi orang yang rugi terutamanya apabila kemalangan berlaku dan anda mendapat musibah kerana tidak mengenakan tali pinggang keledar.

3. Orang yang berpesan-pesan

Berpesan-pesan di sini boleh difahami dalam bentuk menyampaikan perkara yang dipercayai dan diamalkan seperti di atas. Ini bermaksud proses komunikasi dan penyebaran maklumat terhadap kebaikan ini perlu dilakukan. Sekiranya tidak, kita akan menjadi orang yang rugi. Memetik contoh terdahulu, pemakaian tali pinggang keledar. Sebagai orang yang mempercayai dan menggunakan tali pinggang keledar, adalah penting untuk anda sentiasa mengingatkan atau berpesan kepada mereka yang menaiki kereta anda untuk turut sama menggunakan tali pinggang. Adalah rugi sekiranya hanya anda yang menggunakannya kerana andainya kemalangan berlaku, hanya anda seorang yang terselamat. Begitu juga dengan aspek ibadah, seandainya anda rajin ke masjid tetapi tidak mengajak orang lain turut sama ke masjid, maka anda akan menjadi orang yang rugi kerana anda juga boleh mendapat pahala kerana menggalakkan orang ke masjid dan menyeru orang lain berbuat kebaikan.

4. Orang yang sabar

Dalam tertib ini, sabar berada di bahagian terakhir proses kerana hanya selepas anda beriman, beramal dan menyebarkan sesuatu, barulah anda bersabar. Mengapa keadaan ini berlaku? Hal ini demikian kerana manusia tidak mudah menerima perubahan. Perubahan menuntut pengorbanan masa, wang dan usaha yang kuat. Atas dasar ini, kita diminta bersabar atas usaha yang dilaksanakan untuk melihat hasilnya. Bayangkan senario ini; anda percaya bahawa solat berjemaah itu bagus, anda mengamalkannya dengan ke masjid dan anda menyebarkan dengan mengajak anak-anak anda ke masjid. Anda telah pun melengkapkan ketiga-tiga tertib di atas. Namun anak anda menolak dan tidak mahu mengikut anda ke masjid. Anda menjadi berang dan marah. Ini boleh mengakibatkan anak-anak menjadi takut, kecewa dan sebagainya yang mengakibatkan mereka semakin menjauhi anda dan menyukarkan anda mendidik mereka. Bukankah ini satu kerugian? Sebaliknya apabila anak-anak menolak, anda menasihati dengan lembut, menunjukkan teladan yang baik maka ini lebih dekat dengan hati mereka dan mampu mempengaruhi mereka.

Benar, ia mungkin tidak semudah yang disangka namun disinilah cantiknya Islam yang menekankan konsep doa dan tawakkal setelah berusaha bersungguh-sungguh dalam usaha kita mengajak manusia ke arah kebaikan. Siapa tahu Allah SWT menggerakkan hati mereka setelah melihat ketulusan dan keikhlasan hati anda.

Sesungguhnya merupakan satu kerugian bagi seseorang yang melakukan sesuatu perkara sehingga selesai tanpa dia percaya bahawa apa yang dikerjakan itu memberi manfaat kepadanya. Adalah sia-sia kepada mereka yang percaya tentang kepentingan sesuatu tetapi tidak melaksanakannya. Juga rugi bagi seseorang andainya satu perkara yang baik, diyakininya, diamalkan tetapi tidak disampaikan kepada orang lain. Begitu juga buat mereka yang percaya, mengamalkannya, menyampaikan kepada orang lain namun tidak pula bersabar dengan keputusan atau maklum balas daripada orang tersebut.

Berbalik kepada pembacaan surah Al-Asr pada penghujung majlis ilmu, ia memberi isyarat kepada anda bahawa adalah penting kepada anda untuk mempercayai apa yang disampaikan, bertekad untuk mengamalkannya serta menyampaikan ilmu itu kepada sesiapa yang tidak berada di majlis yang sama. Kemudian anda perlu bersabar dengan respon yang bakal diterima kerana tidak semua orang suka menerima apa yang disampaikan oleh anda.

Begitulah proses peningkatan kebolehan manusia boleh berlaku. Setiap perkara yang dikerjakan harus mengikuti tertib di atas bagi membolehkan mereka menguasai sesuatu kemahiran dan ilmu. Ini bermaksud, apabila selesainya majlis ilmu tersebut, anda mula memikul satu tanggungjawab. Bukan lagi pulang dengan tidak perlu memikirkan apa-apa.

Setiap individu mempunyai kapasiti untuk berubah dan melakukan peningkatan. Walaubagaimanapun segala perubahan adalah dalam bentuk proses dan sememangnya sesuatu proses menuntut pengorbanan masa. Oleh itu Allah SWT telah bersumpah dengan masa kerana masa terlalu penting buat semua makhluk. Hanya mereka yang bijak mengurus dan mentadbir masa serta memahami proses peningkatan dari satu tahap ke tahap yang lain akan berjaya.


Rahmat Rahman
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1269370379872660&set=a.521244958018543&type=3&theater
Foto Rahmat Rahman.
Etika Membaca al-Quran

Imam an-Nawawi rahimahullahu’anhu menjelaskan tentang etika yang dituntut ketika membaca al-Quran dan hukum-hukumnya di dalam kitabnya yang berjudul at-Tibyan. Sedangkan di sini dicantumkan perkara-perkara yang penting sahaja iaitu seperti berikut:

Ikhlas
Bersikap ikhlas dalam membaca al-Quran dan mengadakan munajat kepada Allah.

Bersihkan mulut
Membersihkan mulutnya atau menggosok gigi dengan kayu siwak atau yang sejenis dengannya.

Suci
Ketika membaca, hendaklah berada dalam keadaan suci daripada hadas kecil dan besar.

Larangan
Diharamkan mereka yang dalam keadaan berjunub/wanita yang haid untuk membaca al-Quran kecuali jika ayat tersebut merupakan zikir-zikir.

Tayamum
Jika seseorang yang sedang berjunub / wanita yang haid hendak bersuci tetapi tidak menjumpai air, maka hendaklah mereka bertayamum.

Tempat bersih
Pembaca al-Quran disarankan supaya membaca al-Quran di tempat yang bersih dan disarankan membacanya di masjid.

Menghadap kiblat
Pembaca al-Quran disarankan ketika membacanya hendaklah mengadap kiblat, tenang dan merendahkan kedudukan kepala.

Beristiadza
Jika hendak memuliakan lagi, maka ketika membaca al-Quran disarankan agar dimulakan dengan beristiadza terlebih dahulu.

Khusyuk
Apabila hendak mula membaca al-Quran maka hendaklah terlebih dahulu menumpukan keinginannya untuk khusyuk dalam membaca.

Sewajarnya seseorang yang hendak membaca al-Quran dapat merasakan perasaan takut kepada Allah sesuai dengan sabda Nabi SAW yang bererti

“Sesungguhnya manusia yang paling baik suaranya ketika membaca al-Quran, adalah jika kamu mendengarnya membaca, kamu menyangka bahawa dia takut kepada Allah.” (Ibn Majah,hadith ke 1339,juz 1, hal 425; dinyatakan sahih oleh al-Albani dalam kitab Sahih Ibn Majah, hadith ke 1101, juz 1, hal 2254).

Caranya adalah dengan memperhatikan kandungan al-Quran, baik amarannya, perjanjian dan persetujuannya. Jika kesedihan dan tangisan belum dapat dirasakan, maka tangisilah ke atas kekerasan hatinya kerana perkara itu merupakan bencana yang paling besar.

Orang yang hendak membaca al-Quran itu hendaklah melafazkan bacaannya dengan tartil (perlahan-lahan).

Ini kerana para ulama telah bersepakat atas saranan untuk membaca dengan tartil berdasarkan firman Allah Subhanahuwataala yang berikut ini yang bermaksud:

“Dan bacalah al-Quran dengan perlahan-lahan (tartil)”(Surah al-Muzammil:4)

Bacaan yang dilakukan dengan tartil itu sangat mengagumkan (sedap didengar) dan pengaruhnya pada hati lebih mendalam daripada membacanya secara cepat atau terburu-terburu.

Disarankan juga ketika membaca, apabila mendapati ayat yang mengandungi ungkapan rahmat maka hendaklah meminta kurnia.

Jika mendapati ayat yang mengandungi akan seksanya, maka dia hendaklah meminta perlindungan daripada keburukan di dunia dan seksa akhirat. Apabila mendapat bacaan ayat yang mensucikan Allah Subhanahuwataala maka hendaklah dia mensucikanNya dengan berkata Maha Suci Allah atau betapa besar keagungannya atau lafaz lain yang semakna dengannya.

Hendaklah dia memuliakan dan membesarkan (kedudukan) al-Quran dengan tidak bermain-main ketika membacanya baik dengan tertawa, membuat pergaduhan, bertengkar atau bersenda gurau.

Hal ini berdasarkan pada firman Allah Subhanahuwataala berikut ini yang bermaksud:

”Dan apabila dibacakan (kepadamu) al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kami mendapat rahmat.’ (surah al-A’raf:204)

Tidak dibenarkan membaca al-Quran selain menggunakan bahasa al-Quran, baik bahasa yang digunakan itu baik atau tidak baik pada ketika menunaikan solat atau di luar solat.

Tidak dibenarkan membaca al-Quran selain dengan cara bacaan yang tujuh yang sangat mutawatir dan dilarang membacanya dengan bacaan yang diluar ketentuan.

Apabila seseorang membaca al-Quran dengan salah satu cara bacaan yang mutawatir, maka hendaknya dia menyempurnakan bacaannya dengan cara itu selagi dia tidak berpindah kepada ayat yang lain.


Rahmat Rahman
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1269066553236376&set=a.521244958018543&type=3&theater


Tiada ulasan: