Sabtu, 12 Januari 2019

Solat untuk dan kerana Allah Subhanahu Wa Ta'alla. Aamiin. 9029.



Kembara Mencari Redha - Siaran
:::SURAT CINTA DARIPADA ALLAH TENTANG SOLAT::::

#SOLAT

... Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

... Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT ... Allahuakbar.

..Anggaplah solat itu sebagai spt mana seriusnya kau dlm bermimpi ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu ... Allahuakbar.

... Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih ... Subhanallah.

Masya Allah ... sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.

Maka sebarkanlah wahai teman-temanku. Allahuma, saksikanlah ...

#Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yg sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa menghambat kita...😭😭😭

Dapat drp seorang hamba Allah yg sgt mulia hatinya. Oleh itu mari kita muliakan hati kita pula dgn menyebarknnya kpd insan yang kita sayangi. Aamin Ya Rabbal Alamin. Allahuakbar...

Facebook
💕اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
Facebook

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)
....................................
Kembara Mencari Redha - Siaran
Teringat akan sebuah kisah yang tercatat dalam kitab Syarah al Hikam terjemahan dan syarahan Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri iaitu karangan asal Abu Athaillah Iskandary tentang Kisah Si Bahlul Yang Gila.

Pada satu ketika seorang ahli sufi bernama Sarey as Saqoty menceritakan ;

Pada satu hari aku mengunjungi sebuah tanah perkuburan untuk membacakan sesuatu pada ahlinya. Tiba2 aku melihat seorang lelaki yang dianggap gila oleh masyarakat bernama BAHLUL atau dikenali namanya BAHLUL AL MAJNUN sedang mengolekkan badannya di atas tanah perkuburan. Bukan satu kehairanan padaku kerana sememangnya dia sering membuat tindakan atau perlakuan yang dianggap pelik oleh masyarakat sekeliling.

" Kenapa engakau berada disini ?" sapa Syeikh Sarey kepada Bahlul. " Memang aku suka dan selesa disini kerana mereka tidak ,menyusahkan aku dan apabila aku pergi dari sini mereka tidak pernah mencaciku dibelakangku " katanya dengan puas hati .

Aku terpaku dengan jawapan si Bahlul dan menyedari betapa mendalamnya pengertian dari ucapan tersebut yang menggambarkan betapa rosaknya akhlak masyarakat yang tidak menghiraukan dosa pahala, betul atau salah. Mereka hanya suka mengikut hawa nafsu yang lebih banyak membawa kerosakan kepada manusia. Aku terdiam dan tidak tahu untuk bertanyakan apa lagi padanya ,bimbang akan menerima jawapan yang tidak menyenangkan darinya

" Wahai Bahlul tahukah kamu berapa harga roti sekarang? " Lidahku tiba2 melontarkan soalan tersebut tanpa aku sedari. Beliau menjawab dengan penuh tegas dengan wajah yang muncung serius dan masam " Demi Allah aduhai Sarey aku tidak peduli berapa harganya walaupun sebuku roti berharga sedinar sekalipun. Itu bukan urusanku"

Bahlul terus bersyarah dengan penuh falsafah. " Apa yang aku harus anggap lebih penting ialah kita mesti mencari jalan untuk menyembah Allah sebaik-baiknya sebagaimana yang diperintahkan, nescaya Allah SWT akan mengurniakian rezeki Nya sebagaimana yang dijanjikan. Harga roti naik atau turun bukan menjadi masalah, sebab walau apa pun keadaan yang berlaku sesungguhnya rezeki dari Tuhan tetap ada " tammat.

Teringat akan pepatah dan kata bijak pandai arab "Ambillah mutiara hikmah meskipun ianya keluar dari mulut seorang gila " Semoga situasi hari ini akan menjadikan kita lebih mendekatkan diri kepada Allah dan mensyukuri segala nikmat kurniaanya.

Daripada Abdillah bin Mahran, beliau telah berkata: Satu ketika Harun al-Rasyid telah menunaikan haji, dengan berkenderaan serta beberapa orang rombongan. Maka diumumkan perkara itu kepada penduduk Kufah dan mereka keluar beramai-ramai untuk mendengar pengumuman tersebut. Seorang lelaki yang digelar Bahlul al-Majnun ataupun orang yang gila oleh budak-budak nakal di situ, turut keluar juga. Namun, beliau telah diejek dan dikacau oleh kumpulan budak-budak nakal yang bersikap agak keterlaluan kepadanya. Setelah rombongan Harun al-Rasyid melalui kawasan Bahlul tersebut, maka budak-budak nakal tadi segera berlalu daripada kawasan tersebut dan tidak lagi menganggu Bahlul. Tatkala Bahlul nampak saja rombongan Harun al-Rasyid itu, maka dia telah memanggil dengan suara yang agak kuat: "Wahai Amirul Mukminin!" Maka Harun al-Rasyid segera membuka tirai kenderaan dengan tangannya lalu menjenguk ke arah luar dengan kepalanya dan berkata: "Labbaika wahai Bahlul". lalu Bahlul berkata : Wahai Amirul Mukminin : "Telah menceritakan kepada kami Aiman bin Nail daripada Qadaamah bin Abdillah al-Aamuri, maka dia telah berkata: Aku telah melihat Nabi s.a.w. berganjak daripada bilik ke atas seekor unta yang bernama Shahbak, maka tidaklah memukulnya, menyakitinya dan mengatakan ketepi-ketepi ! (meminggirkannya). Dan tawadhuklah kamu di dalam perjalananmu ini wahai Amirul Mukminin. Maka ianya lebih baik daripada takabbur dan kesombongan kamu." Maka menangis Harun al-Rasyid hingga jatuh air matanya ke atas bumi, kemudian dia berkata: "Wahai Bahlul tambahlah lagi nasihat ke atas kami"- Sesungguhnya Allah merahmati kamu - dan Bahlul berkata: "Baiklah wahai Amirul Mukminin. Seorang lelaki yang diberikan oleh Allah s.w.t. harta dan ketampanan, maka hendaklah dia menginfakkan hartanya dan menjaga ketampanannya. Lalu telah ditulis oleh Allah s.w.t. di dalam amalan catitan bahawa dia bersama orang-orang yang merdeka dan berjaya". Berkata Harun al-Rasyid: "Bagus wahai Bahlul", lalu diambil hadiah daripada salah seorang pengawalnya dan diberikan kepadanya . Maka berkata Bahlul: " Kembalikanlah hadiah itu kepada orang yang kamu ambil daripadanya kerana aku tidak berhajat kepada hadiah itu" Maka berkata Harun al-Rasyid; "Wahai Bahlul, jika sekiranya kami ada hutang kepadamu, kami akan membayarnya". Maka dijawab oleh Bahlul: "Wahai Amirul Mukminin, semua ahli ilmu di Kufah telah berkumpul dan bersepakat bahawa hutang yang dibayar dengan hutang adalah tidak harus hukumnya" Maka Harun al-Rasyid pun berkata: "Wahai Bahlul, kami akan sediakan peruntukan bulanan (daripada Baitul Mal) untuk keluargamu dan dirimu". Kemudian Bahlul mengangkat kepalanya ke langit lalu berkata: "Wahai Amirul Mukminin, saya dan kamu adalah daripada hamba Allah s.w.t., maka mustahil Allah akan mengingatimu dan melupaiku." Lalu Harun al-Rasyid turunkan kembali tirai dan meneruskan perjalanannya. Alhamdulillah, kisah yang sederhana panjang ini amat memberi pengajaran kepada kita tentang dekatnya seseorang hamba kepada Allah s.w.t. Mungkinkah wujudnya lagi pemimpin yang boleh ditegur hingga mampu mengalir airmatanya. Namun, contoh yang ditunjukkan di dalam cerita ini adalah bukti kehebatan iman para pemimpin dan rakyat terdahulu.

PADA zaman pemerintahan kerajaan BANI ABBASIYAH,terdapat seorang ulama sufi bernama SYEIKH JUNAID AL BAGHDADI yang tersohor dengan ketinggian ilmunya. Selain menjadi pelopor kepada ilmu tasawuf islam, beliau juga cukup dikenali sebagai seorang pedagang yang berjaya di JAZIRAH ARAB.

Suatu ketika, Syeikh JUNAID telah berangkat ke Kota BAGHDADI bersama para pengikutnya atas urusan perniagaan.

Sebaik urusannya selesai,SYEIKH JUNAID telah bertanya tentang seorang lelaki dan berhasrat untuk menemui sosok yang dimaksudkan.

"Kenalkah lelaki yang bernama bahlul di kota ini?"
-Tanya ulama tersebut kepada anak muridnya.

-Anak muridnya menjawab.
"ya,dia itu seorang yang gila.apakah tuan perlukan daripadanya?"

"cari lelaki itu kerana ada sesuatu yang aku perlukan daripadanya"
-Kata SYEIKH JUNAID.

Tanpa banyak berbicara, anak anak murid SYEIKH JUNAID segera mencari lelaki yang bernama BAHLUL itu di segenap pelosok KOTA BAGHDAD.setelah puas menjejak, akhirnya mereka berjaya menemui lelaki itu dalam sebuah pondok usang di gurun yang terpencil.

Keadaan BAHLUL dilihat tidak terurus. Pakainnya compang-camping dan rambut kusut masai.memang SAH, itulah lelaki yang dicari oleh mereka. Anak-anak murid SYEIKH JUNAID lalu segera kembali ke KOTA BAGHAD dan membawa guru mereka untuk bertemu dengan lelaki berkenaan.

Ketika SYEIKH JUNAID mendekati BAHLUL, dia melihat BAHLUL sedang gelisah sambil menyandar kepalanya ke tembok batu. Beliau kemudian memberi salam dan menyapa.
BAHLUL menjawab dan bertanya semula,

"siapakah engkau? "
-Tanya bahlul.

"aku adalah JUNAID AL BAGHDADI"
-Jawap ulama sufi itu.

"Apakah engkau ABUL QASIM(nama sebenar syeikh JUNAID)?
Apakah engkau SYEIKH BAGHDADI yang sering mengajak manusia ke arah jalan kebaikan dan mencintai akhirat?"
-Tanya bahlul kepada ulama sufi itu.

"ya!"
-Jawap syeikh JUNAID.

"Apakah engkau tahu bagaimana cara makan?"
-Tanya bahlul sekali lagi.

Lalu SYEIKH JUNAID menjawab :
"aku mengucap bismillah.
Aku makan yang ada dihadapan aku,
Aku mengigitnya sedikit, meletakkan di sisi kanan dalam mulut aku
Dan aku perlahan mengunyahnya.

"aku tidak menatap suapan berikutnya. Aku mengingati Allah sambil makan.apa pon yang aku makan,aku ucapkan alhamdulillah.

"aku cuci tanganku sebelum dan selepas makan."

BAHLUL berdiri, menyebakkan pakaiannya(jubahnya) dan berkata,

"kau ingin menjadi seorang guru yang dihormati di dunia,tetapi kau tidak tahu pun bagaimana cara makan!"
-Sambil berkata sedemikian, bahlul berlalu pergi.

Salah seorang murid SYEIKH JUNAID berkata,
"wahai tuan guru,dia adalah orang gila."

"ya,dia adalah orang gila yang bijak dan cerdas. Dengarkan kebenaran daripadanya,"
-Jawap SYEIKH JUNAID
-Syeikh JUNAID kemudian sekali lagi mendekati bahlul.

"siapakah engkau? "
-Tanya BAHLUL

"SYEIKH BAGHDADI yang tidak tahu bagaimana cara makan'"
-Jawap SYEIKH JUNAID.

"engkau tidak tahu bagaimana cara makan,tapi adakah engkau tahu bagaimana cara berbicara? "
-Tanya BAHLUL .

"ya,"
-Jawab SYEIKH JUNAID.

"aku berbicara tidak kurang dan tidak lebih.
Aku tidak terlalu banyak berbicara.
Aku berbicara supaya pendengar mudah paham.
Aku tidak berbicara terlalu banyak supaya orang ramai tidak mudah bosan.
Aku mengajak manusia ke jalan Allah dan Rasulullah '"
-Kata SYEIKH JUNAID.

"lupakan saja tentang makan,kerana kau juga tidak tahu bagaimana cara untuk berbicara. "
-Kata BAHLUL .
-BAHLUL berdiri,menyebakkan jubahnya dan berlalu pergi.

Seorang Anak murid SYEIKH JUNAID berkata :
"wahai tuan guru,guru lihat sendiri dia seorang yang gila.apa yang tuan harapkan daripada orang gila sepertinya?"

"ada sesuatu yang aku perlukan daripadanya yang kalian tidak tahu"
-Jawab SYEIKH JUNAID.
-Syeikh JUNAID, kemudian bangun dan berjalan mendekati bahlul semula.

"Apakah yang engkau mahu dariku?"
Kau tidak tahu cara makan dan berbicara, adakah engkau tahu bagaimana cara tidur? "
-Tanya BAHLUL sebaik SYEIKH JUNAID mendekatinya.

"ya, aku tahu.
Selepas solat Isyak, aku mengenakan pakaian tidurku.
Aku berwudhu, berdoa dan.."
-Jawap SYEIKH JUNAID.
-SYEIKH JUNAID kemudian menerangkan adab2 tidur sebagai mana yang dianjurkan oleh para ulama.

"sudah!
Ternyata kau juga tidak tahu bagaimana cara tidur, "
-Kata BAHLUL tegas.
-BAHLUL bangun,menyebakkan jubahnya dan cuba untuk berlalu pergi. Namun,kali ini SYEIKH JUNAID telah menahannya daripada pergi.
"wahai BAHLUL , aku tidak tahu.
Kerana Allah, ajarilah aku,"
-Pinta SYEIKH JUNAID kepada lelaki gila itu.

"sebelum ini kau mengatakan bahawa engkau tahu, maka aku menghindarimu.
sekarang, setelah kau mengakui dirimu tidak tahu maka aku akan mengajarmu bagaimana cara makan,berbicara dan tidur.

"ketahuilah bahawa, kebenaran yang ada disebalik makan adalah makanan yang halal.jika engkau makan makanan yang Haram dengan seribu adab sekalipun, ia tidak akan bermanfaat, melainkan menyebabkan hatimu menjadi hitam!.

"hati harus bersih sebelum berbicara dan percakapanmu hendaklah menyenangkan yang maha pencipta.
Sekiranya bicaramu hanya untuk urusan duniawi dan sesuatu yang sia sia,maka ia akan mendatangkan malapetaka.sebab itu diam adalah lebih baik daripada berkata-kata.

"Dan kebenaran di sebalik tidur adalah hatimu perlu bebas daripada sifat permusuhan dan kebencian.
Hatimu tidak buleh tamak akan dunia dan kekayaan di dalamnya.
Maka ingatlah Allah ketika kamu ingin tidur, "
-Kata BAHLUL kepada SYEIKH JUNAID.

Kata kata itu membuatkan SYEIKH JUNAID tersenyum. Ya,itulah yang dia perlukan daripada lelaki gila itu.

SYEIKH JUNAID kemudian menghulurkan salam dan mencium tangan BAHLUL, lantas berdoa untuk kesejahteraannya.

Siapa sebenarnya lelaki gila yang yang bernama BAHLUL itu?

BAHLUL atau nama sebenarnya WAHAB BIN AMR di lahirkan di KUFFAH,IRAQ.
BELIAU merupakan sepupu kepada KHALIFAH HARUN AR RASHID.

ketika hayatnya BAHLUL dikenali sebagai seorang ilmuwan islam dan pernah menjawat jawatan sebagai seorang hakim kerajaan BANI ABBASIYAH.
NAMUN, BAHLUL telah meninggalkan kekayaan dan kemewahan hidupnya untuk hidup dengan gaya yang selekeh dan sederhana. Disebabkan itu dia diberikan julukan BAHLUL OLEH penduduk setempat.

BAHLUL sebenarnya tidak gila,tetapi dia berperwatakan sebegitu bagi menyembunyikan kebijaksanaan yang dimiliki daripada ketahui oleh orang lain.

Nah,sekarang kamu semua sudah tahu siapa sebenarnya BAHLUL.
secara tak langsung kita boleh memahami mengapa orang orang tua terdahulu sering mengungkapkan perkataan sedemikian itu.

Siapa tahu, umpatan keji zaman sekarang yang memanggil seseorang itu dengan nama "BAHLUL" mungkin buleh jadi satu doa yang baik untuk ditujukan.

INGAT!,"bahlul" bukan "bodoh" akan tetapi seorang yang bijaksana sebenarnya.

-The end-

Wallahu'aklam


Tiada ulasan: