Jumaat, 8 Mac 2019

Ada Udang Sebalik Batu. 9231.





Penyakit lupa Subky makin ketara?

Wfauzdin NS

Saya terbaca ulasan veteran PAS Subky Latif seperti yang dipetik melalui Malaysiakini. Dia menasihatkan Presiden PKR Anwar Ibrahim agar berwuduk apabila merasa marah. Beliau mengulangi bahawa PAS memang tidak pernah setuju Anwar jadi perdana menteri (PM), maka presidennya Abdul Hadi Awang sanggup menyokong agar Dr Mahathir Mohamad menjadi PM sehingga tamat penggal ini.

Tentang PAS tidak pernah menyokong Anwar menjadi PM itu saya rasa Subky sudah terlalu tua dan penyakit lupanya semakin ketara. Dia terlupa sewaktu PAS dipimpin Almarhum Ustaz Fadzil Noor, parti itu pernah berkempen dan mengisytiharkan Anwar sebagai calon PM jika pembangkang ketika itu menjadi kerajaan. Ini diakui sendiri oleh Mohamad Sabu dan ramai pemimpin PAS lain. Masakan Subky terlupa kerana waktu itu dia amat aktif di pentas PAS.

Almarhum Tok Guru Nik Aziz juga sering menyebut tentang kehebatan Anwar dan menyokongnya sebagai PM. PAS mula tidak menerima Anwar setelah kematiannya. Pas hanya mahu menumpang tuah dan kehebatan Anwar bagi keuntungan partinya semata-mata. Daripada parti yang sentiasa hilang deposit dalam pilihan raya, PAS menjadi parti kuat dan dapat memerintah Terengganu, Kedah, Perak dan mengekalkan Kelantan hasil apabila reformasi yang dibawa Anwar.

Pemimpin PAS dapat merasa kemewahan menjadi wakil rakyat dan exco, bahkan menjadi pengerusi dan ahli lembaga pengarah di beberapa syarikat berkaitan kerajaan di Selangor kerana berkat perjuangan reformasi yang dibawa Anwar.

Setelah pemergian Almarhum Tok Guru Nik Aziz, PAS bukan sahaja menolak Anwar bahkan memusuhi rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP. Akhirnya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana sudah mula tertarik dengan Umno.

Subky Latif kenal Anwar begitu lama iaitu daripada usia muda sampailah sekarang dengan penyakit lupanya. Pernah dia lihat Anwar menghentam PAS seperti sekarang?

Sewaktu Anwar dalam Umno dulu pun dia tidak bertindak seperti sekarang. Sewaktu memimpin Pakatan Rakyat, Anwar langsung tidak mengusik PAS walaupun kerap kali pemimpin PAS mengatanya. Apabila PAS merampas kerusi PKR atas alasan calon PKR terlibat dengan fahaman Komunis dan edar pil kuda, Anwar diam dan membiarkan tuduhan tersebut meskipun sampai sekarang Hadi gagal mengemukakan bukti atas fitnahnya itu.

Hadi pernah memperlekeh isteri Anwar, Wan Azizah Wan ismail yang ketika itu presiden PKR - setaraf dengan jawatan Hadi. Ia ketika Hadi membantah Wan Azizah menjadi menteri besar Selangor atas alasan dia tidak layak. Ada Anwar membalasnya?

Bukankah pada PRU ke-13 dulu, Hadi rela mengangkat Tengku Razaleigh Hamzah untuk menjadi PM jika Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya? Masuk akalkah? Pakatan Rakyat bertungkus lumus melawan Umno, apabila menang menjadi kerajaan mahu angkat pemimpin Umno sebagai PM pula. Gila sungguh.

Sejak bila Anwar mula hilang sabar dengan PAS terutamanya dengan Hadi? Ia bermula apabila Hadi bertemu Mahathir dan menyatakan sokongannya atas alasan ada pihak di dalam Pakatan Harapan (PH) mahu menjatuhkan Mahathir melalui undi tidak percaya. Anwar semakin terpaksa mempertahankan diri apabila PAS terang-terangan menyatakan Anwar adalah dalang untuk menjatuhkan Mahathir

Sudah tentu dan wajar Anwar berasa marah kerana fitnah terhadapnya semakin melampau. Bukan mudah Anwar untuk berbaik dengan Mahthir, tetapi masing-masing bersatu kembali untuk negara. Sepatutnya Hadi sebagai ulama menjadi orang paling gembira apabila dua insan yang berpuluh tahun berseteru kini berbaik semula. Bukankah Islam menyuruh kita agar mendamaikan dua pihak yang berselisih?

Malangnya Hadi tidak bersikap seperti seorang ulama. Dia risau jika Anwar dan Mahathir bertambah baik, PH akan menjadi lebih kuat. PAS risau jika Anwar diangkat menjadi PM, maka Umno dan Pas akan perlahan-lahan masuk kubur sendiri. Mereka tahu kelebihan Anwar sewaktu dia berada dalam Umno lagi. Pas yang awalnya agak berpengaruh tetapi merudum setelah Anwar menyertai Umno. Banyak program dan dasar kerajaan berbentuk Islamik telah dijayakan oleh Anwar ketika itu. PAS boleh bayangkan jika Anwar menjadi PM, sudah pasti parti itu akan menjadi sejadah buruk.

Ada sebab mengapa Anwar lawan PAS sekarang. Selain fitnah Pas terhadapnya, Anwar ingin membetulkan penipuan Hadi kepada para penyokongnya berkaitan wang RM1.4 juta yang dikatakan dibayar untuk menyelesaikan kes saman terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown. Sehingga kini Hadi gagal menjawab tuduhan dan cabaran Anwar. Hanya pengampu-pengampunya saja yang berkokok mepertahankan presiden mereka.

Akhirnya mereka menuduh Anwar terlibat menguruskan pembayaran tersebut melalui seseorang yang dikatakan kawan baiknya. Fitnah ini bukan sahaja jahat tetapi menunjukkan kebodohan. Apa perlunya Anwar membayar wang sebanyak itu hanya untuk selesaikan masalah Hadi?

Cukup-cukuplah Subky mencium 'kentut' Hadi. Anda orang lama dalam PAS dan tidak patut diperbodohkan semudah itu oleh Hadi. Anda yang selalu mencium 'kentut' Hadi, sepatutnya anda menasihati Hadi agar mengambil wuduk semula kerana 'kentut' itu membatalkan wudhuk.


at 3/04/2019 07:55:00 PTG 

Sumber: 
KERENGGA: Penyakit lupa Subswky makin ketara?


Kemana lagi Pas hendak lari? - MSO

Kemana lagi Pas hendak lari?
CATATAN SORE


"Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap." al-Isra'" 81.


OH.. berlinang mata saya mengenang nasib parti gemula chek (Pas) dengan apa yang berlaku kini. Sungguh tegal mereka yang melakukannya, itulah detapan nastapa di sanubari. Bohonglah kalau hati tidak sedih dengan apa yang berlaku dan menimpa Pas sekarang ini, sebab parti itu dicintai saya sejak dari kecil lagi.

Apakah balanya. Nasib malang satu demi satu menimpa Pas, bukan kerana lawan tetapi kerana ulah pemimpinnya sendiri. Harapkan pagar pagar memakan padi. Teringat sebuah kata-kata jika sesuatu itu diserahkan kepada bukan ahli, maka tunggulah kemusnahannya. Apakah kejadian ini menjadi tanda-tanda pertengahan dan akhir akan kemusnahan parti agama itu lebih besar lagi? Begitukah. Nauzubillahiminazalik.

Hari ini, pecah satu lagi kebusukan Pas. Kebohongan yang dahsyat yang berladum dalam Pas. Gara-gara itu Pas kini menjadi sebagai sebuah lembah yang digenangi air hanyir disebabkan ulah pemimpinnya dan bakal melemaskan ahli dan penyokongnya.

Degil dan babil.


Semuanya bermula daripada sikap degil dan babil pemimpin Pas untuk tidak akur kepada kebenaran dan mahu bermain dengan pembohongan dan penipuan. Semuanya gara-gara kerana Pas mulai tunduk dan berajakan nafsu amarah.

Hairan bin ajaib saya, kenapa jadi sedemikian huduh perangai pemimpin Pas. Kenapa mereka tergamak melakukan demikian. Syaitan jenis apakah yang merasuk ke dalam diri mereka? Di manakah ayat-ayat Quran dan Hadith yang mereka baca selama ini sebagai benteng kekuatan iman mereka. Di mana? Atau sudah robohkan pagar-pagar imam?

Sebenarnya yang berlaku hari ini hanya isu kecil sahaja tetapi membawa impak yang besar disebabkan ketidakbijaksanaan pemimpin menguruskan politik Pas. Ia bermula daripada Pas tidak mahu mengaku dengan apa yang berlaku dan terus mahu kekal berdolak dalik tentang sesuatu perkara yang orang sudah dapat membacanya. Saya turunkan kronologi yang membusuk dan memalukan Parti Islam seMalaysia itu yang kini ia berada dalam damage yang sangat buruk.

1. Pas tidak mahu mengaku bahawa tindakan menyaman Sarawak Report sebagai tindakan yang tidak bijak yang menyerlahkan kebodohan. Nasihat dan pandangan orang ramai tidak dihiraukan. Saya terjemahkan tindakan ini kerana pemimpin Pas khasnya presidennya diperangkap.

2. Apabila ia menarik balik saman itu, Pas tidak mahu mengaku yang penarikan balik saman ke atas Sarawak Report itu sebagai satu langkah terdesak untuk melindungi rahsia lebih besar daripada terbongkar.

3. Apabila penarikan balik itu dibuat ada pertimbangan kewangan, Pas tidak mahu mengakui yang sejumlah wang dibayarkan kepada Clare Rewcastle-Brown atas persetujuan penarikan balik tanpa tuntutan balas itu walaupun rahsia itu sudah terdedah dan berbau ke seantero dunia.

4. Dan apabila Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa berlaku bayaran kepada Clare Rewcastle Brown sebanyak RM1.422 juta, Pas masih terus berdengil untuk tidak mengaku kenyataan itu. Beberapa pemimpin Pas termasuk yang pandai buat air jampi, menuduh Anwar menipu dan memfitnah serta berniat jahat kepada Pas.

5. Ketua Penerangan Pas, Nasharuddin Hassan pula konon membuat kajian mengesahkan akaun atau cek bayaran kepada Clare itu sebagai palsu, dan ia ditularkan sebagai untuk memburukkan Pas. Bagaimana pun dakwaan Nasaruddin Hassan itu disanggah oleh Rafizi Ramli yang membuat penyelidikan didapati akaun dan cek itu benar. Dan nama disebut oleh Rafizi sebagai empunya cek itu semua orang kenal.

Tiada reaksi.


Sehingga catatan ini dibuat belum ada reaksi daripada mana-mana pemimpin parti agama itu terhadap pendedahan dibuat oleh Rafizi itu. Sekiranya Pas masih lagi berkeras menafikan dengan mengatakan cek bayaran itu palsu, entahlah saya tidak tahu apa yang hendak dibilang kepada Pas lagi. Cuma saya teringat "bari" - cerita gemula chek 60 tahun lalu mengenai kisah bagaimana kedegilan seseorang.

Ceritanya begini, ada dua orang sahabat, salah seorangnya mahu menang sendiri, dan suka berasakan dirinya pandai. Satu hari mereka berjumpa dengan seekor haiwan berkaki empat. Si kawan yang degil itu mengatakan dia kenal dengan haiwan itu sebagai burung walhal ia kambing. Kawannya bantah kerana setahunya burung berkaki dua dan ada kepak.

"Tidak, ini bukan burung, ini kambing" katanya menyanggah dakwaan kawannya itu.
"Burung," kata kawannya itu tidak mahu mengalah.
"Setahu aku burung berkaki dua, ini kaki empat, dan burung boleh terbang," kata kawan itu lagi.
"Burung, bukan kambing...," tekan si kawan yang degil itu.

Lalu untuk menentukan apakah burung atau kambing, mereka cuba menggerakkan binatang itu. Ternyata binatang itu hanya mampu berjalan dan berlari. Ia tidak boleh terbang.

"Tengok, ia berlari, itu kambing," kata kawan itu menyakinkan telahannya benar. Namun kawan yang degil itu tetap tidak mahu menerima hakikat itu dengan berkata; "burung, percayalah sebab dia akan terbang sekejap lagi."

Nah, apa yang dialami oleh orang Pas hari ini samalah dengan kawan yang degil itu. Walaupun sudah dikemukakan bukti dan dalil-dalil atas apa yang berlaku namun ia tetap tidak percaya dan cuba menegakkan benang basah. Jenis apa yang boleh digolongkan orang sebegini kalau bukan jenis masuk air. Maaf kasar sedikit.

Dari kronologi yang diberikan itu menunjukkan bagaimana Pas tidak mahu mengakui kebenaran dan cuba mempertahankan diri dengan kepalsuan. Ia menghairankan bagaimana sebuah parti agama, beraqidah Islam, bertuhan Allah dan berasulkan Muhammad s.a.w. boleh bersikap demikian, sedegil orang Yahudi yang tidak mahu menerima setengah para Nabi-nabinya.

Kenapa Pas tidak mahu mengaku dan terus berdolak dalik. Di sinilah saya kata bahawa Pas kini tidak mempunyai pemimpin yang cerdik dalam politik, yang mempunyai daya akal yang jauh dan mendalam. Bukan itu sahaja Pas memanipulasikan nama Islam untuk melakukan kerja-kerja bukan Islamik. Moral dan akhlak pemimpin Pas serta tanggungjawab mereka kepada dasar yang menjadi prinsip Pas sudah tidak ada lagi. Sudah ke laut Cina Selatan.

Apa salah kalau Pas mengakui dengan seikhlas hati apa yang berlaku dan sudah terdedah itu. Pas tidak akan mengalami apa-apa kerugian pun. Kesalahan dan kesilapan dalam hidup adalah perkara biasa sahaja. Lagipun dalam Islam sendiri ada ruang untuk memohon ampun dan taubat. Kalau cara itu dipraktikkan orang masih hormati Pas.

Misalnya mengakui secara jujur penarikan balik saman terhadap Sarawak Report itu dibuat kerana Pas berasakan mereka akan kalah kalau saman itu diteruskan. Dan setelah ia diselesaikan di luar mahkamah, mengakui sahaja terma-terma yang dipersetujui bersama termasuk bayaran RM1.422 juta itu. Pas tidak akan menjadi malu sejauh hari ini.

Pas tidak mengalami apa-apa kerugian kalau mengambil sikap jujur dan terbuka itu. Bahkan orang akan melihat Pas sebagai parti yang jujur dan ikhlas yang mempraktikan amalan Islam sebenar. Dengan apa yang berlaku kini menyebabkan orang akan boleh membuat beberapa kesimpulan kepada Pas yang menjejaskan bahkan melenyapkan kemuliaan parti itu.

1. Orang yang sebelum ini sangsi dengan tuduhan Pas menerima wang daripada Umno, akan mulai percaya apa yang disebut Sarawak Report yang ada pemimpin Pas menerima wang daripada Umno.

2. Ahli-ahli dan penyokong Pas akan menjadi konfius dengan ulah dan perangai pemimpin parti itu kini.

3. Umno yang kini mahu berbaik dengan Pas juga akan mencurigai sikap dan telatah orang Pas, dan apa yang berlaku itu mengejutkan mereka, menjadikan Umno beranggap Pas juga sama jahat dengan mereka bahkan lebih jahat. Integriti dan kemuliaan Pas selama ini lenyap dan musnah dari minda orang Umno.

Saya tidak bercadang untuk meruskan catatan ini lebih panjang lagi kerana ia bertambah emosi kerana sebak dan sedih mengenangkan Pas. Saya hentikan di sini dahulu dengan mengulangi maksud ayat Quran yang saya masukkan di atas itu: Sesungguhnya kebatilan itu akan musnah apabila kebenaran menjelma. Inilah berlaku kepada Pas. Takziah dan salam buat seluruh ahli dan penyokong Pas. [wm.kl.4:13 pm 01/03/19]


Sumber: 
KERENGGA: Kemana lagi Pas hendak lari? - MSO

Semenyih isyarat rajuk, jauh hati pengundi Melayu?

kerengga pada KERENGGA - 5 hari yang lalu
ARIF ATAN Pengundi Semenyih sudah pun bersuara semalam. Pakatan Harapan (PH) gagal mempertahankan kerusi N.24 apabila calonnya, Muhammad Aiman Zainali mendapat 17,866 undi berbanding calon BN, Zakaria Hanafi dengan meraih 19,780 undi. Majoriti sebanyak 1,914 undi itu boleh dilihat sebagai isyarat tidak puas hati rakyat terutama pengundi Melayu yang mewakili 68 peratus daripada keseluruhan 54,503

PRK Dun Semenyih: PH hanya menang tiga PDM

kerengga pada KERENGGA - 5 hari yang lalu
ARIF ATAN Analisis PRK Dun Semenyih Pakatan Harapan (PH) hanya mencatatkan kemenangan di tiga daripada 23 pusat daerah mengundi (PDM) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Semenyih semalam. PDM terbabit ialah Tarun, Semenyih Indah dan Bandar Rinching 1-4 dengan komposisi ramai pengundi bukan Melayu. Berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), PH yang merampas kerusi tradisi BN itu dengan

Mengapa PH tewas di Semenyih?

kerengga pada KERENGGA - 5 hari yang lalu
Timmy Say Pilihan raya kecil Semenyih telah melabuhkan tirai. Pakatan Harapan tewas di satu kawasan DUN yang ia sendiri adalah kerajaan negeri dan kerajaan pusat dengan majoriti 1,914 undi di tangan BN yang dikatakan sudah “meninggal dunia”. PH menghadapi tekanan semenjak kekalahan di Cameron Highlands yang menyaksikan bekas perdana menteri, Najib Razak bangkit dengan jenama ‘MaluApaBossku’

Bakal Mursyidul Am Pas jawap fitnah

Orang ni pada Orang ni - 2 tahun yang lalu
Semoga puak-puak yang suka menghentam,memfitnah dan mahu menjatuhkan Ulama dalam kepimpinan PAS sedar diri.... Ingatlah....Jebon PASMA itu tetap jebon....

Isu lempar bungkusan mengandungi daging babi dan LGE berkasut dalam masjid selesai dengan wang - Cikgu Sekolah Palma

Orang ni pada Orang ni - 2 tahun yang lalu
Lagi fitnah dari sorang cikgu sekolah Palma Kemunting Taiping Perak..... Posting Cikgu Najmi dalam blog TaipingMali

TERBAIK JIKA TUAN GURU DATO' Dr. HARON DIN JADI MURSYIDUL AM.

Orang ni pada Orang ni - 2 tahun yang lalu
Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din bagi penulis paling layak jadi Mursyidul Am PAS.Rakan sejawat banyak yang bertanya? Aku jawablah Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din , Mursyidul Am PAS yang ke 3.Jawatan tertinggi dalam PAS itu. *** Artikal terpanjang Orangni....kerana ter,ter.ter.terbaca artikal blog pro Jebon...hahahaha....

Salasilah Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Orang ni pada Orang ni - 2 tahun yang lalu
Sila click gambar untuk imej yang lebih besar Mursyidul Am PAS, Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat mangkat dalam usia 84 tahun malam 13 Februari 2015, Jumaat pada jam 09:40 malam sisi anggota keluarga di kediaman Allahyarham di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan. Kemangkatan Allahyarham disahkan oleh Profesor Dr Jafri Malim Abdullah, Pakar Neurologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang juga ketua pasukan perubatan Allahyarham sepanjang dirawat di hospital HUSM Kubang Kerian sejak 19 Januari 2015 kerana mengidap kanser prostat. Allahy... lagi »

Ketua UMNO Kutuk Najib Kaw-Kaw kerana hormati kematian Tok Guru Nik Aziz

Orang ni pada Orang ni - 2 tahun yang lalu
Dikala ramai rakyat negara bersedih dengan permegian TGNA,rupanya puak UMNO Munafikun tak habis-habis menghentam siapa saja yang terlibat mengucapkan takziah termasuklah Presiden UMNO mereka sendiri. Blogger TaipingMali@Cikgu Najmi mengelar Najib dengan nama "satu belon" RTM dan TV3 suku pun kena balun dengan cikgu Najmi kerana buat liputan berkaitan TGNA Akuan FB "Max Najmy" ialah milik ketua UMNO Cawangan Kampung Expo Kemunting Taiping Perak. Lebih dikenali sebagai blogger TaipingMali. Kerjayanya hebat....dia seorang guru di Sekolah Kebangsaan Palma, Cikgu Muhammad Najmi B. Awang na... lagi »

Zambry Kadir mungkir janji dihadapan Al-Marhum Sultan Perak kata Rahamat anak Yok Bek [ Video ]

Orang ni pada Orang ni - 4 tahun yang lalu
Janji MB Perak di hadapan Al-Marhum Sultan Perak Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm Sumber: https://www.facebook.com/groups/252938024764169/848169491907683/?notif_t=group_activity

Pelancaran Pasma Perak menyalahgunakan jawatan - Muhaimin Sulam

Orang ni pada Orang ni - 4 tahun yang lalu
Iklan tanpa pengesahan kehadiran jemputan...tindakan tidak beretika penganjur Sumber Whatsapp dan Facebook .......................... Isu Pelancaran PASMA Perak. Kepada Semua Pimpinan PR Perak. Salam. Pihak penganjur program 'Pelancaran Pasma Perak' membuat iklan tanpa pengesahan kehadiran jemputan. Penganjur juga menyalahgunakan jawatannya sebagai Penyelaras DHPP Perak. Ini kerana dibuat tanpa pengetahuan daripada Lujnah Perpaduan Nasional DHPP Perak dan DHPP sendiri. Ini adalah satu tindakan tidak beretika. Mengambil rekod perpaduan dan hubungan baik antara PAS, DAP dan juga PK... lagi »

PAS suami kepada PASMA..!!! Bila masa PAS bernikah dengan PASMA..????

Orang ni pada Orang ni - 4 tahun yang lalu
Kah..kah..kah...kah... Kah..kah..kah...kah...Kah..kah..kah...kah...kah... Kah..kah..kah...kah...Kah..kah..kah...kah...Kah..kah..kah...kah... Jebon...jebon... Tak tentu arah nampaknya sekarang...hahaha.... Menyedihkan...Macam ni ka cara menghormati pemimpin... sanggup menghina dan mengedit wajah TGHA yang di-iktiraf oleh dunia sebagai pemimpin Islam (Dalam kolum merah) Apa jenis perbandiangan atau perumpaan ni..?? Aku tengok dah macam skrip penceramah mencari jodoh Ust Kazim.... Isu PAS dan PASMA dikaitkan dengan suami isteri pulak dah...hahaha... Woi... Korang yang sekarang jadi jebon... lagi »

Tembelang fitnah Jebon PASMA pecah lagi

Orang ni pada Orang ni - 4 tahun yang lalu
Gambar dan kapsyen dalam posting di Facebook PASMA pada Ahad. *Pemuda PAS nafi Presidennya mendaftar sebagai ahli PASMA* *KUALA LUMPUR, *25 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) yang menyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mendaftar sebagai ahli badan bukan kerajaan (NGO) yang juga kumpulan serpihan parti itu. Ketuanya, Suhaizan Kayat menerusi akaun Facebook beliau berkata, Abdul Hadi berada di Kuala Kedah bagi menghadiri Program Penerangan PAS Pusat. “Adalah tidak betul Presid... lagi »

Air terjun jalan raya Sarawak sangat bahaya [ Bergambar ]

Orang ni pada Orang ni - 4 tahun yang lalu
Inlah keadaan salahsatu dan satu-satu jalan utama yang ada untuk menghubungkan jalan darat antara Sibu ke Bintulu dan ke Miri. Kejadian kemalangan atas faktor jalan raya dah jadi kebiasaan di Sarawak terutamanya dilokasi dalam gambar-gambar diatas. Agaknya bilakah Najib bersama media UMNO BN nak buat lawatan mengejut untuk lalui dan nikmati sendiri keadaan jalan raya di Sarawak..?? Kalau datang setakat naik Jet atau Heli bersama Rosmah...baik tak payah.. Slogan "I Help You..You Help Me" tak mungkin dilupakan....hahaha...

Kazim Elias perlekeh surat mengenai hukum Allah kerana tulisan

Orang ni pada Orang ni - 4 tahun yang lalu
Kazim...Kazim...Kazim.... Paku dulang paku serpih la hang ni... Nak perlekeh surat dari seorang yang tanya tentang hukum Allah pun kau perlekeh kerana kesilapan perkataan konon-nya silap... Meh aku nak periksa tulisan hang pula Kazim... Ustaz Mohd Kazim Elias *Kesian.. Nak sebut hudud pun x betul, nak sebut wajib pun tersasul.. Pi ngaji lagi la.. Sy penyokong hudud utk dilaksanakan di Malaysia, pendirian sy sgt jelas dr dulu, bukan kejap x kejap jadi.Nak sebut alim ulamak pun pi tulis ali ulamak apa cerita? Surat ni sy dapat ketika bersalam selepas habis ceramah di Kulim.. Kesian su... lagi »

Barack Obama Perak

Orang ni pada Orang ni - 4 tahun yang lalu
Hmmm....macam la takda nama pemimpin Islam lain yang sesuai untuk nama anak.... Donia...donia... Apa hebatnya pemimpin negara Uncle Sam bagi orang Islam...Orangni pun tak tau.

Papan tanda paling jauh dari hospital di Malaysia ditemui

Orang ni pada Orang ni - 4 tahun yang lalu
Dilarang kemelangan kemalangan Hospital Jauh..!! Hahaha... lokasi papan tanda ni sejujurnya Orangni tak tahu.... tapi memang kat Malaysia, sungguh jujur dan prihatin pembuat papan tanda ini dan mungkin inilah papan tanda paling jauh dari hospital dalam rekod buat masa ini...hahaha...

Raja Arab Saudi Raja Abdullah Ibni Abdul Aziz Al-Saud Mangkat

Orang ni pada Orang ni - 4 tahun yang lalu
Al-Marhum Raja Abdullah ibni Abdul Aziz Al-Saud Photo tahun 2006 23 Januari 2015, Jumaat :- Stesen televisyen kebangsaan Arab Saudi hari ini melaporkan bahawa Raja Arab Saudi dan juga merupakan Penjaga Dua Kota Suci Umat Islam (Mekah dan Madinah), Raja Abdullah ibni Abdul Aziz Al-Saud telah mangkat pada awal pagi ini (01:00hrs) dalam usia 90 tahun. Al-Marhum menaiki tahta pada 2005 selepas kemangkatan kekandanya Al-Marhum Raja Fahd ibni Abdul Aziz Al-Saud. Laporan itu juga memaklumkan Putera Salman ibni Abdul Aziz Al-Saud yang berusia 79 tahun telah dinamakan sebagai pengganti raj... lagi »

Keluarkan pisau,parang dan senjata kerana bertengkar nak bayar [Video]

Orang ni pada Orang ni - 4 tahun yang lalu
JGN bergurau mcm ni..naya beb! https://www.facebook.com/richard.leeheng?fref=photo

Banjir besar di Matu Jemoreng Sarawak [ 20 Gambar ]

Orang ni pada Orang ni - 4 tahun yang lalu
Sebenarnya saban tahun kejadian banjir berlaku di beberapa lokasi di Sarawak jika hujan turun dengan lebat berterusan...cuma kali ini air banjir agak merisaukan penduduk kerana dikatakan sudah mencapai tahap paling dalam dan bahaya( Buaya pun ada tok...hahaha..)... Mujurlah kebanyakan penduduk seperti dikampung Matu Jemoreng dan kampung sekitarnya membina rumah kediaman dengan tinggi dari tanah,kalau tak silap hampir 7 ke 8 kaki ukuran tiang rumah dari tanah ke lantai....itupun dah ada yang cecah lantai rumah dalam banjir kali ini. Kalau rumah bawah...tentu dah tenggelam dalam air ... lagi »

Surat khabar Pro UMNO dedah punca banjir luar biasa di Kelantan

Orang ni pada Orang ni - 4 tahun yang lalu
Dibawah ialah pendedahan dari keratan akhbar Pro UMNO tentang banjir di Kelantan baru-baru ini... Hmmm...... Orangni agak malas menulis sejak kebelakangan ni...yang rasa boleh ialah scan gambar-gambar info berkaitan dan kongsikan kat sini...hahaha... ........................ Apakah benar tuduhan dan dakwaan Si Tolol..??? http://www.sinarharian.com.my/nasional/pembalakan-haram-menteri-dakwa-ada-bukti-kukuh-1.349880

Pengemar buah epal sila ambil perhatian..!!!

Orang ni pada Orang ni - 4 tahun yang lalu
*Isu epal Granny Smith dan Gala – Dr Noor Hisham Abdullah * Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu pencemaran bakteria Listeria monocytegenes ke atas buah epal jenis Granny Smith dan Gala keluaran Syarikat Bidart Brothers, Bakersfield, California, Amerika Syarikat yang digunakan dalam pengeluaran caramel apple yang dikesan oleh pihak United States Food and Drug Administration (USFDA) seperti yang dilaporkan dalam beberapa media antarabangsa sejak kebelakangan ini. *Makanan yang tercemar dengan Listeria monocytogenes berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang tanda ianya rosak secar... lagi »

Bekas CEO tabung pinjaman untuk ahli UMNO kena lokap

Orang ni pada Orang ni - 4 tahun yang lalu
Bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional Datuk Abdul Rahim Hassan, direman tujuh hari, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan daripada syarikat pengutip hutang. Beliau akan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Tabung yang diuruskan suspek itu adalah sebuah badan di bawah sebuah kementerian. Suspek didakwa melakukan kesalahan itu bermula 2011 hingga tahun lepas, dengan meminta rasuah daripada syarikat pengutip hutang mengikut peratusan dan sebagai balasan, ko... lagi »

PASMA Perak minta ahlinya di pecat dari PAS

Orang ni pada Orang ni - 4 tahun yang lalu
Hmmm... Dulu masuk PAS pun bukan ada orang PAS hantar tepak sirih ajak masuk... Kalau rasa dah hebat sangat dicadangkan istiharlah sendiri keluar dari PAS..konon semua dalam PASMA tu orang kuat.. Kuat jenis apa aku tak tau la..tapi kuat memporakperandakan adalah nampak sangat...hahaha... *.........................* Tugas orang kuat-kuat Jebon *Terbongkar..!!! Punca fitnah terhadap Tuan Ibrahim Tuan Man oleh Pasma*


Takiyudin berbohong punca Clare dedah cek pembayaran

Pasukan Hadi asalnya tawar bayaran tunai – Americk

Seorang bos syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan pengantara dalam mengendalikan urusan bayaran antara Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, dakwa Peguam Americk Sidhu.

Beliau juga mendakwa individu itu menawarkan diri untuk membayar guaman tersebut secara tunai, lapor The Malaysian Insight.

Americk, yang mewakili Clare berkata penyelesaian di luar mahkamah itu merupakan kemuncak daripada rundingan yang dibuat sejak beberapa bulan lalu melibatkan PAS, Clare dan individu berkenaan sebagai pengantara.

“xxxxx ada di sini (di pejabat saya di Kuala Lumpur) bagi pihak Hadi Awang. Tiada keraguan kerana rundingan berjalan sejak beberapa bulan antara beliau, Clare dan Hadi. Ini adalah kemuncak rundingan. Beliau di sini untuk mencari jalan bagaimana untuk membayar wang itu.

“Apabila saya katakan saya tak boleh terima wang tunai, beliau terus menulis ceknya sendiri. Beliau telah menandatangani cek untuk alasan yang mudah bahawa beliau terpaksa ambil wang tunai dari Hadi untuk dimasukkan ke dalam akaunnya,” Americk dilaporkan sebagai berkata.

Menurut Americk lagi, cadangan pertama yang dibuat PAS adalah untuk membayar secara tunai.

“Reaksi saya mengenainya adalah, ‘Saya tak boleh dilihat meletakkan wang sebanyak itu dalam akaun anak guam saya kerana ia akan mencetuskan banyak amaran mengenai (undang-undang) pengubahan wang haram.

“Jadi saya katakan, “Tidak, saya tak terima wang tunai. Maaf. Jadi terdapat tawaran tunai pada mulanya.

“Bila saya menolak untuk menerima wang tunai, ketika itulah pengantara terus menulis pada cek peribadinya,” Americk dilaporkan sebagai berkata.

Clare kemudiannya mengarahkan Americk untuk memindahkan wang berkenaan ke dalam akaunnya di London.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di London pada 2017, melibatkan dakwaan Abdul Hadi dan pemimpin PAS lain menerima RM90 juta untuk menyokong Umno dan BN pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Penyelesaian itu dibuat tanpa sebarang perintah kos pada 1 Februari.

Susulan dakwaan oleh PAS bahawa tiada bayaran dibuat, Clare memuat naik artikel dalam Sarawak Report, bersama gambar cek Bank Islam, mendakwa beliau dibayar sebanyak RM1.4 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian bagi membolehkan Hadi menarik balik kes dengan perjanjian kedua-dua pihak perlu merahsiakan mengenai bayaran itu.

Tak tahu bagaimana rundingan berlaku

Sementara itu Americk berkata beliau tidak tahu bagaimana rundingan tersebut berlaku.

“Saya tidak tahu. Saya tak tanya soalan itu. Saya tidak tahu tentang rundingan sebelum itu. Saya hanya diarahkan untuk menerima wang, masukan dalam akaun anak guam saya dan hantar wang itu kepada Clare di London.

“Saya dilantik untuk itu. Namun terdapat rundingan dalam beberapa ketika,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Katanya lagi, anak guamnya memaklumkan pelanggaran kerahsiaan urusan pembayaran itu dicetuskan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan terlebih dahulu.

“Menurut anak guam saya, pelanggaran kerahsiaan keseluruhan perkara ini dicetuskan oleh Takiyuddin.

“Dan beliau (Takiyuddin) muncul dan mengatakan bahawa mempunyai bukti dokumen tiada wang dibayar, yang mana ia benar-benar salah, saya fikir ia adalah apa yang mencetuskannya. Anak guam saya merasakan dirinya tidak lagi terikat kerana Takiyuddin berbohong,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Americk berkata demikian merujuk tindakan Takiyuddin yang menafikan pembayaran dibuat oleh PAS kepada Clare.

Americk juga kesal apabila individu itu dinamakan dalam pertikaian politik selepas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendedahkan perkara itu.

“Adalah sangat malang bahawa identiti perantara telah didedahkan oleh Rafizi kerana dalam semua urusan saya dengannya, saya berada di bawah tanggapan bahawa dia seorang lelaki yang budiman - dalam erti kata lain tugas utamanya di sini adalah untuk menyelesaikan masalah antara kedua-dua pihak.

“Jadi, malanglah namanya didedahkan tetapi tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan mengenainya kerana kita tidak mendedahkannya, jadi itulah isu asas di sini. Sukar untuk saya membuat komen kerana ia bukan niat saya untuk mendedahkan siapa letakkan kesepakatan ini bersama-sama,” katanya.

at 3/05/2019 08:02:00 PTG 

Sumber: 
KERENGGA: Takiyudin berbohong punca Clare dedah cek pembayaran


UMNO/PAS, the ilicit marriage of desperation...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 19 jam yang lalu
[image: UMNO-PAS Alliance Marriage] *UMNO/PAS Should Merge,Not Collaborate...* *After years of flirting, finally UMNO Malay Nationalist Party and PAS Islamist Party are married. Congratulations!! It is certainly a match made in heaven. Both parties were so compatible it makes you wonder what took them so long to finally tie the knot. For some strange reason, they prefer their marriage to be known as “collaboration”. * *Exactly why UMNO and PAS do not “merge” completely is beyond comprehension. One of the meanings of collaborating is “cooperate traitorously with an enemy”. It means t... lagi »

Hantaran 90 juta dah dapat,berapa pula mas kawinnya...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - Sehari yang lalu
[image: No photo description available.] *oleh Chedet...* [image: Image may contain: 1 person, smiling] *Kawin Muta'ah UMNO/PAS...* *Pelek bin hairan UMNO dan PAS kini kawin muta'ah politik dengan harapan dapat menjaja tangkal azimat Melayu dan Islam untuk terus menipu umat Islam yang bercawat minda, miskin ilmu, berjiwa hamba. Betullah dalam politik tidak ada persahabatan berkekalan dan juga musuh abadi.* *Tapi kedua parti ini dianggap rakyat dipimpin oleh kabilah koruptor dan ulama munafiq. Para pemimpin PAS kini terperangkat dengan serban leso mereka sendiri menerima rasua... lagi »

Malaysia’s PAS backs out of libel suit, pays off...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 2 hari yang lalu
[image: Image may contain: 1 person, text] *Malaysia’s fundamentalist-based Parti Islam se-Malaysia, or PAS, has quietly paid RM1.423 million (US$350,000) in expenses to get out of a libel suit it filed against the crusading the Sarawak Report and its editor Clare Rewcastle Brown.* *The confidential out-of-court settlement was signed on Jan. 24, agreeing that Sarawak Report’s legal bills in a London court would be paid to allow Abdul Hadi Awang, the PAS leader, to withdraw from the case without facing cross-examination by Brown’s lawyers. * *Rewcastle Brown and Sarawak Report play... lagi »

The Semenyih Defeat...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 3 hari yang lalu
*They Don’t Love Najib, But They Hate The Arrogant and Incompetent Government More...* *Flipping a loss of more than 9,000 votes to a gain of close to 2,000 votes is no easy task. That was what happened with the just concluded Semenyih by-election. And judging by the angry voices on social media weeks before the voting process could even begin, the defeat of Mahathir’s party, PPBM (Bersatu), is to be expected. Almost everyone wanted the party to be taught a lesson.* *Opposition Barisan Nasional (BN) candidate from UMNO party, Zakaria Hanafi, scored his victory with a majority of 1... lagi »

Dr.M’s ruling coalition loses seat in by-election...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 4 hari yang lalu
*Berhubung pendedahan bahawa pembayaran RM1.4 juta itu dibuat melalui akaun Pengerusi KTMB, Datuk Seri Rameli Musa dan bukannya PAS, Dr Mahathir berkata beliau tidak menyalahkan Rameli mengenai perkara itu. PAS ini, ada orang yang simpati dengan dia. Dia ada masalah, yang mereka nak tolong, mereka tolonglah. Kita tidak marahkan Rameli tetapi kita marah dengan cara PAS. Mereka bohong, tidak cerita benda betul. katanya.* *Malaysia’s ruling coalition lost a state constituency in a by-election, in a sign of waning popularity of Prime Minister Mahathir Mohamad’s alliance.* *Mahathir’s P... lagi »

N 24 Semenyih - BN menang...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 6 hari yang lalu
[image: PAS RM90 Million Scandal - Hadi Awang - Anwar Ibrahim, Mahathir Mohamad and Clare Rewcastle Brown] *The Proof Of RM1.4 Million Payments* *How Mahathir,Anwar and Clare “Played” Hadi's Islamist Party...* *First, they said 1MDB scandal didn’t exist, but was just a fairy tale. When the 1MDB was finally exposed, they said no money was missing and the fund was as healthy as a horse. When then-PM Najib Razak was found to have RM2.6 billion stashed in his private account, they said it was a donation from Saudi royal family – rewards for fighting terrorism, Jews and whatnot.* *When... lagi »

Clare sahkan Hadi bayaq RM1.4 juta...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - Seminggu yang lalu
*Clare sahkan Hadi bayaq RM1.4 juta...* *Story kat SINI dan SINI * *Nasrudin: Akaun pada cek RM1.4 juta palsu* *Kepalsuan tidak boleh disembunyi walaupun dibungkus dengan Quran dan Hadith. Ia akan terdedah juga. Dakwaan Nasaruddin Hassan kontoi lagi. Rafizi Ramli telah memberi jawaban tepat, bahawa cek digunakan untuk bayar kepada Clare sebanyak RM1.422 juta yang dikatakan palsu oleh Nasaruddin ternyata benar tambah2 lagi ianya dibayar melalui seorang agen, yang juga adalah rakan karib Hadi Awang. Berhentilah menipu dan berbohong dan temberang ala syariah ini... * *RM1.4 juta di... lagi »

Why gomen refuses to abolish toll collections...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - Seminggu yang lalu
[image: PR Manifesto - Abolish Tolls] *The Hidden Reasons Government * *Refuses To Abolish Toll Collections...* *Under tremendous pressure from the people, especially after the humiliating defeat in the Cameron Highlands by-election, and the coming Semenyih by-election which does not look too promising, the Mahathir administration has finally agreed to re-look into one of the dozens of promises made during last May general election – abolishment of highway tolls.* *Yesterday (Feb 25), Prime Minister Mahathir Mohamad announced that his government is taking the initiative to fulfil it... lagi »

Weaker political parties in Semenyih by-election...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - Seminggu yang lalu
*The French statesman Charles de Gaulle once said: ‘Politics is too serious a matter to be left to the politicians.’* *This could also be said of the Semenyih by-election – where 54,000 largely urban voters face the serious decision of whether to endorse Pakatan Harapan, return BN to the seat it has never lost before GE14 or choose another path, including not to vote at all.* *Despite growing cynicism about politicians in Malaysia (and sadly there is a good reason for some of this cynicism), the choice of the Semenyih voters will matter.* *This by-election will not affect the bal... lagi »

Hadi’s pain, Mahathir’s gain...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - Seminggu yang lalu
*PAS president Abdul Hadi Awang is a desperate man. Revelations that PAS secretly accepted millions of ringgit from Umno in the run-up to the last election and then lied to cover it up has left his reputation in tatters.* *From what we now know, PAS took the money to fund the unprecedented number of candidates it fielded in the last election, part of a deal to help Umno by splitting the Malay votes. Unsurprisingly, some of that money appears to have also found its way into fancy cars, superbikes and high-end properties. The MACC is now investigating the whole affair.* *Whichever w... lagi »

SPRM tak jumpa RM90 juta dalam akaun bank PAS....

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - Seminggu yang lalu
[image: Image may contain: 4 people, text that says 'Dulu sbb apa kata Umno kafir Dulu Tun tak bagi 90 JUTA mcm ds'] *Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya setakat ini tidak mengesan sebarang transaksi dana RM90 juta daripada 1MDB disalurkan ke akaun bank rasmi PAS.* *Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull pada sidang media di Terengganu, hari ini.* *"Siasatan SPRM setakat ini memang tak ada dana RM90 juta yang dikatakan duit 1MDB dimasukkan ke dalam akaun (bank) PAS," katanya ringkas ketika menjawab soalan mengena... lagi »

Hadi saja yang dok meroyan pasai usul tak percaya...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - Seminggu yang lalu
*Presiden PKR Anwar Ibrahim menafikan dakwaan terdapat usaha untuk membuat usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di parlimen.* *Ditanya sama ada beliau akan menyokong Mahathir sekiranya usul berkenaan, Anwar berkata, usul seumpamanya hanya akan datang daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang.* *"Apa isunya? Kenapa anda bangkitkan apa yang Abdul Hadi mahu?* *"Itu usul Abdul Hadi. Biar dia yang buat usul tu," kata Anwar kepada pemberita di Petaling Jaya hari ini. * *Anwar juga berkata bahawa spekulasi untuk menjatuhkan Mahathir hanya percubaan PAS untuk mem... lagi »

Kalu PAS saman SR kali ke-2 ada can menang dak...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - Seminggu yang lalu
*Kalau parti agama mengambil keputusan untuk saman Sarawak Report round kedua kerana memfitnah parti itu menerima wang RM2.5 juta untuk bayar deposit calon-calonnya dalam pilihan raya lalu, tentu saman itu akan dimenangi dengan mudah.* *Pas boleh mengemukakan Najib Razak sebagai saksi utamanya. Menurut Najib beliau tidak tahu mengenai pemberian wang deposit itu. Hujah Najib boleh dijadikan hujah sokongan bagi Pas saman Sarawak Report. Najib boleh diyakini kerana ketika itu dia presiden Umno.* *Cuma satu hal yang Pas perlu beri penjelasan berkaitan dengan wang sebanyak RM2.5 juta ... lagi »

Lepas isu RM90 juta disiasat, PAS ‘minta nyawa’ pada PM...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 2 minggu yang lalu
[image: Image may contain: one or more people and text] *Selepas episod Nik Mohamad Abduh Nik Mat kantoi berbohong sehingga membawa kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap PAS berhubung dana RM90 juta daripada UMNO, PAS kini mencipta pula drama dan naratif pembohongan baru. * *Semua ini dilakukan PAS semata-mata untuk menyelamatkan tembolok mereka selepas habis semua pekung pecah.* *Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah mencium bau bahaya berikut langkah SPRM yang dilaporkan mahu menyiasat penderma tetap dan kroni partinya itu. * *Abdul Ha...lagi »

Hadi,the king maker nak jadi lilin, lilin tipu sunat...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 2 minggu yang lalu
*Kata Hj Hadi.. dia sanggup jadi lilin membakar diri.. kononnya demi penyatuan Ummat Islam.. Hakikatnya Politik Haji Hadi sejak zaman mudanya.. Ibarat Kecewa membunuh diri..* *Sejarah Politik Haji Hadi bukan lah dikenal sebagai tokoh Perpaduan, Tetapi seperti kata Tok Guru Nik Aziz tentang agenda Perpaduan PAS-UMNO.. Haji Hadi ini adalah bapa perpecahan Ummat Islam..* *Dari Sejarah Amanat Haji Hadi, Dia lah bapa pepecahan Ummat Islam.. menyemarakkan semangat Ashabiyah dan budaya Takfiri.. Ummat Islam Solat 2 Imam, Kafir mengkafir, Bercerai sebab Politik, Tak makan sembelihan UMNO,... lagi »

Nik Amar dah berkokok...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 2 minggu yang lalu
[image: Related image] *Saya tunggu Mohd Amar “memenatekan” isu pertemuan Hadi Awang dengan Dr Mahathir. Selalunya kalau Nik Amar bersuara ia boleh menghilangkan katuk. Nampaknya dia sudah bersuara. Katuk saya pun dah hilang.* *Dia seperti juga orang Pas lain menafikan perjumpaan itu kononnya untuk mengharap belas ehsan bersabit isu siasatan RM90 juta.* *Sebaliknya kata Nik Amar pertemuan itu untuk mengatakan sokongan kepada Dr Mahathir atas kepasitinya sebagai PM demi Melayu dan Islam dan juga untuk selamatkan Mahathir daripada diganggu pihak tertentu.* *Wah, hebat Nik Amar dan ca... lagi »

PAS fitnah DAP untuk tutup skandal RM90 juta wang UMNO...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 2 minggu yang lalu
*DAP membidas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa terdapat usaha oleh “dua parti komponen Pakatan Harapan” untuk membentangkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.* *Menyifatkan ia sebagai dakwaan palsu, berunsur fitnah serta helah untuk menutup skandal pemimpin PAS terima wang UMNO, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Pakatan Harapan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Dr Mahathir.* *“Tidak ada satu parti komponen PH ataupun mana-mana pemimpin PH yang menyatakan tidak sokong atau mahukan undi tidak percaya k... lagi »

Sapa berbohong Atok atau Tok Lebai...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 2 minggu yang lalu
[image: Image may contain: 2 people, meme, text and closeup] *1. Pengerusi Pakatan Harapan, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataannya hari ini mendakwa Presiden Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri itu telah menyatakan bahawa Pas tidak akan menyokong Umno pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih. Sekiranya benar kenyataan Tun M itu, ia adalah sesuatu yang sangat mengejutkan.* *2. Perakuan tersebut dikatakan dibuat di hadapan Tun M sehari sebelum penamaan calon PRK Semenyih, ia menimbulkan persoa... lagi »

Nanti jawapan Pak Lebai kpd pendedahan Atok...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 2 minggu yang lalu
*Ekoran perjumpaan Abdul Hadi dengan Dr Mahathir semalam, menyebabkan timbul berbagai spekulasi. Saya memberi bayangan ia akan terjawab apakah maksud dan tujuan perjumpaan itu akan diketahui selepas proses penamaan calon di Semenyih hari ini.* *Ternyata sudah ada jawaban kepada perjumpaan itu. Abdul Hadi sekali lagi tidak berani bercakap benar dan mendedahkan apakah mauduk di sebalik perjumpaan itu.* *Dr Mahathir seperti biasa hari ini, kurang enam jam selepas proses penamaan calon mendedahkan antara tujuan kedatangan Abdul Hadi bersama MB Terengganu dan Setiausaha Agung Takiyudd... lagi »

Baiah - dokumen cagar bini dalam PAS...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 2 minggu yang lalu
[image: Image may contain: 2 people, text] *Anggota parlimen Bachok, Nik Mohamad Abuh Nik Abdul Aziz mempertahankan tindakan beliau menafikan kesahihan suaranya dalam audio PAS menerima dana daripada Umno itu adalah langkah yang tepat.* *Katanya, dalam soal menjaga kerahsiaan parti perkara itu juga pernah diamalkan oleh ayahnya, allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika memimpin PAS.* *"Ia hanya soal kerahsiaan dan bila kita berada dalam parti besar apatah lagi parti Islam, maka soal kerahsiaan itu adalah sesuatu yang valid, ada ilmunya dalam agama. Banyak contoh-contohnya.* *"Sa... lagi »









Tiada ulasan: