Jumaat, 8 Mac 2019

Pengertian semakin menghilang di hujung hayat dunia. 9232.



Friday, March 08, 2019
MCA, MIC Kekal BN. Terima Sepakat UMNO-PAS. PH Meracau?
Mesyuarat pertama Dewan Tertinggi BN yang diadakan sejak kekalahan gabungan itu tahun lalu berakhir hari ini tanpa sebarang kata sepakat mengenai sama ada untuk membubarkan BN.

Pemangku Pengerusi BN, Mohamad Hasan berkata presiden MCA Wee Ka Siong membentangkan usul itu semasa mesyuarat.

"Mesyuarat itu tidak mencapai kata sepakat untuk membubarkan BN.
“Kita memang tahu (cadangan untuk bubar BN) dan ia tak akan berlaku sebab saya memang tak bersetuju dengan cadangan tersebut.
"Kami masih utuh," kata Mohamad pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN bermula sekitar jam 11 pagi dan berakhir selepas dua jam setengah.

Awal minggu ini Presiden MCA Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC S A Vigneswaran mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mahu meneroka pakatan baru.

Bagaimanapun Wee dan Vigneswaran tidak menyatakan secara jelas rancangan mereka untuk meninggalkan BN.

Mengulas lanjut, Mohamad juga berkata bahawa Umno dan MIC melihat tidak ada keperluan untuk membubarkan BN.

Mengikut sumber kami MCA dan MIC menerima persepakatan UMNO dengan PAS setelah diterangkan secara jelas oleh Tok Mat.

MR :  Lagi meracau PH 
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com


Sumber: 
Ibnu Hasyim: MCA, MIC Kekal BN. Terima Sepakat UMNO-PAS. PH Meracau?



Hati-hati strategi halus pencairan bangsa Melayu: Isma
Sejarah akan diubah bagi memperlihatkan ‘perjuangan’ bangsa lain
ainulillia  08/03/2019
BANGI, 1 Rejab 1440H, Jumaat – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu, Aminuddin Yahaya memberi amaran bahawa terdapat pihak yang sedang cuba menulis semula sejarah negara mengikut naratif mereka sendiri. Beliau berkata, sejarah negara akan ditulis semula bagi memperlihatkan perjuangan bangsa-bangsa mereka.

“Saya pasti mereka akan memulakan sejarah semenjak merdeka walaupun sejarah negara sudah bermula ratusan tahun dahulu. “Apakah sejarawan Melayu akan dirujuk? Saya tidak yakin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Aminuddin menegaskan, apabila golongan ini mendapat kuasa, mereka akan mengubah kesemua perkara yang memberi keuntungan kepada bangsa dan agama mereka. “Berhati-hatilah dengan strategi halus mereka ini. Ini merupakan strategi pencairan bangsa Melayu,” katanya. Sebelum ini, seorang perunding pengurusan, Ranjit Singh Malhi dilaporkan berkata, terdapat sekumpulan ahli sejarah bersedia untuk memulakan projek selama empat tahun bagi menulis sejarah negara yang lebih komprehensif. Ranjit mendakwa, buku teks sejarah yang digunakan ketika ini lebih memaparkan sisi Islam dan Melayu.

Difahamkan, Ranjit dan bekas Ketua Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM), Sivachandralingam Sundara Raja akan menjadi penulis utama projek itu sementara ahli sejarah, Khoo Kay Kim dan Shamsul Amri Baharuddin akan bertindak sebagai editor perundingan projek. Katanya, akan terdapat lima buku dalam Bahasa Malaysia berdasarkan sukatan pelajaran sejarah nasional untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 untuk menyediakan pelajar sekolah menengah dengan maklumat tambahan mengenai sejarah negara. 

Ranjit mendakwa, projek itu tidak bertujuan untuk menulis semula sejarah Malaysia tetapi akan berdasarkan kepada bukti-bukti sebagaimana yang dilakukan sebelum 1996.

Sumber: 
https://www.ismaweb.net/2019/03/08/hati-hati-strategi-halus-pencairan-bangsa-melayu-isma/

Tiga lelaki didakwa hina Nabi, agama Islam

tyrazalhe pada Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - Sejam yang lalu
KUALA LUMPUR, 1 Rejab 1440H, Jumaat – Tiga lelaki didakwa atas 11 pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini berhubung kes menghina Nabi Muhammad SAW dan agama di media sosial baru-baru ini. Penganggur, Mohamad Yazid Kong Abdullah, 52, mengaku bersalah manakala penjaja, Chow Mun Fan, 43, dan pekerja kedai serbaneka, Danny Antoni, 28, masing-masing … The post Tiga lelaki didakwa hina Nabi, agama Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

PRIDE COMES BEFORE A FALL FOR HOLIER-THAN-THOU NASRUDDIN TANTAWI: PAS INFO CHIEF & PAHANG ULAMA CHIEF MOKHTAR SENIK GRILLED BY MACC OVER RM90 MILLION ‘UMNO BRIBE’ SCANDAL

emily mc pada Malaysia Chronicle - Sejam yang lalu
KUANTAN: Two PAS leaders in Pahang came forward to have their statements recorded at the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) complex in Indera Mahkota, here, today. State PAS Dewan Ulama chief Mokhtar Senik arrived at the complex at about 10am while PAS Information Chief Nasruddin Hassan Tantawi arrived 30 minutes later. Both were called in to give their statements to assist into investigations on PAS allegedly receiving RM90 million in funds from Umno. As of now, MACC has recorded the statements from 13 individuals. Two days ago, PAS Youth chief Muhammad Khalil Abdul Hadi a... lagi »

TELL THE WHOLE COUNTRY WHY YOU LOST SO MUCH MONEY – DR M TELLS KHAZANAH NOT TO HOLD BACK ON SHOCK RM6.3 BILLION LOSS

emily mc pada Malaysia Chronicle - Sejam yang lalu
MANILA — Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) owes the lawmakers and people an explanation about its first pre-tax loss in 13 years in 2018, Tun Dr Mahathir Mohamad said. The prime minister said the sovereign wealth fund should also have a comprehensive plan and an action plan to revive its position so as not to continue to suffer losses. He said one of the main causes of losses suffered by the company was due to the unsatisfactory performance of the Malaysia Airlines Bhd (MAB). “This is not an easy thing to do. However, I am confident that they have plans to address the problems faced ... lagi »

UMNO REVEALS DEEP INTERNAL CRACKS: NAZRI HINTS OF LARGE NUMBER OF UMNO MPs WILLING TO SUPPORT ANWAR WHEN HE BECOMES PM – AS OPPOSED TO HIS OWN BOSS MAT HASAN, WHO BACKS ‘RM90 MILLION’ HADI’S SUSPICIOUS SUPPORT FOR DR MAHATHIR TO STAY PM TILL GE15

emily mc pada Malaysia Chronicle - Sejam yang lalu
Nazri Abdul Aziz has no qualms with BN acting chairperson Mohamad Hasan overturning his appointment as the coalition’s secretary-general. Now left with two positions – the MP for Pandang Rengas and Umno division chief – the former minister said he would concentrate his efforts on two agendas. The first, he told Malaysiakini, is to secure support among Umno MPs for PKR president Anwar Ibrahim when the latter becomes prime minister. The second, he added, is to strengthen Umno and PAS’ cooperation for the benefit of the Malays. “I want to ensure Anwar will get support when he becomes P... lagi »

BN CHOOSES CORRUPTION – ‘CHARGED FOR TAKING MILLIONS IN BRIBES’ KU NAN EMBRACED BY MCA, MIC & UMNO AS ‘NEW’ BN SEC-GEN: BUT WHY NOT HISHAM – OR KHAIRY?

emily mc pada Malaysia Chronicle - Sejam yang lalu
KUALA LUMPUR— Datuk Seri Tengku Adnan Mansor is officially Barisan Nasional (BN) secretary-general again, with the coalition’s acting chairman saying his tenure is considered unbroken. Datuk Seri Mohamad Hasan said this was because Datuk Seri Nazri Aziz’s announced selection for the role had breached BN’s requirements for this to be agreed universally by all components. “Tengku Adnan is still the secretary-general because he has never resigned. “He has agreed to stay on as the secretary-general until a date is reached when he resigns or is terminated,” the acting Umno president told... lagi »

‘ROSMAH HAS THE RIGHT TO REMAIN SILENT’ – LAWYERS FOR MRS MO1 TO APPLY TO STRIKE OUT NOTICE TO DECLARE HER LISTS OF PROPERTY ACQUISITIONS FROM 2013 TO 2017

emily mc pada Malaysia Chronicle - Sejam yang lalu
KUALA LUMPUR— The High Court was told today that the prosecution has filed a notice against Datin Seri Rosmah Mansor, wife of former prime minister Datuk Seri Najib Razak, for her to declare her property acquisition in a money-laundering case. Lawyer Datuk K. Kumaraendran, representing Rosmah, 67, who is facing 12 counts of money laundering totalling RM7,097,750 and five charges of failing to declare her income to the Inland Revenue Board, said the defence had received the notice from the prosecution, which was served under Section 49 (1) of the Anti-Money Laundering and Terrorism F... lagi »

AS EXPECTED, IT’S A HUGE ‘SANDIWARA’ – MCA, MIC OPT TO STAY IN BN AFTER ALL THE SABRE-RATTLING: KA SIONG NOW ‘ACCEPTS’ NO CONSENSUS TO DISSOLVE BN, WHILE VIGNES ONLY TO HAPPY TO JUMP INTO BED WITH HADI & CO – ‘IF DAP CAN MARRY PAS, WHY NOT OTHERS’

emily mc pada Malaysia Chronicle - Sejam yang lalu
MCA and MIC will remain with Barisan Nasional despite stating last week that they are looking at their future options, including dissolving the former ruling coalition. The coalition will form a technical committee to look into the grievances of both component members, said BN acting chairman Mohamad Hasan. “The resolution (to dissolve BN) was tabled and discussed but there was no consensus on it. But we will take heed of its recommendations and a committee will be formed to look into grievances brought by our partners,” Mohamad told reporters after the BN supreme council meeting to... lagi »

Berdoa Saat Lapang, Agar Dikabulkan Saat Sempit

sukarja pada Check Porsi Haji App. - Sejam yang lalu
BERDOA adalah ibadah yang mestinya tidak hanya dilakukan pada saat atau kondisi lapang atau pun sempit saja. Melainkan pada semua keadaan. Karena hakikatnya kita membutuhkan pertolongan Allah. Baik untuk keluar dari masalah atau ujian yang kita hadapi, maupun demi lancar dan suksesnya urusan kita. Orang yang memperbanyak berdoa, pada bagaimana pun keadaannya, niscaya peluang dikabulkannya … Continue reading Berdoa Saat Lapang, Agar Dikabulkan Saat Sempit

Lindswell Kwok Siap Menyambut Ramadhan

sukarja pada Check Porsi Haji App. - Sejam yang lalu
Lindswell memiliki semangat yang tinggi untuk beribadah sebaik mungkin. Dalam sebuah kejuaraan Wushu yang digelar oleh klub Rajawali Sakti, terlihat sesosok perempuan menggunakan hijab panjang. Jilbab berwarna Pas tel berpadu dengan baju longgar dengan warna senada, berbalut anggun di perawakan wanita keturunan Tionghoa ini. Dia tampil di tengah keramaian para penonton. Lokasinya di sebuah Pusat … Continue reading Lindswell Kwok Siap Menyambut Ramadhan


Tiga lelaki didakwa hina Nabi, agama Islam

Mahkamah tidak benar ikat jamin, 5 April sebutan semula kes

KUALA LUMPUR, 1 Rejab 1440H, Jumaat – Tiga lelaki didakwa atas 11 pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini berhubung kes menghina Nabi Muhammad SAW dan agama di media sosial baru-baru ini.
Penganggur, Mohamad Yazid Kong Abdullah, 52, mengaku bersalah manakala penjaja, Chow Mun Fan, 43, dan pekerja kedai serbaneka, Danny Antoni, 28, masing-masing mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Hasbullah Adam.
Bagaimanapun, Hakim Hasbullah menetapkan 11 Mac untuk pendengaran fakta kes dan menjatuhkan hukuman terhadap Mohamad Yazid.
Mengikut pertuduhan, Mohamad Yazid didakwa menghantar komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati melalui aplikasi Facebook dengan profil nama ‘Yazid Kong’, pada 8.21 malam, 24 Februari 2019.
Hantaran itu kemudian dibaca oleh seorang pengguna Facebook lain, laman profil ‘Mohamad Syafiq’ di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Jalan Taman Melati, Wangsa Maju, di sini, pada 12 tengah hari, 1 Mac lalu.
Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Chow didakwa atas satu pertuduhan menggunakan aplikasi Twitter dengan akaun profil ‘Alvin@Alvin15358333’ telah membuat kenyataan yang mungkin mengapikan kaum Melayu dengan kaum bukan Melayu mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Chow turut didakwa atas tujuh lagi pertuduhan memuat naik hantaran yang berkemungkinan menyebabkan suasana tidak harmoni antara penganut Islam dan bukan Islam pada 2.29 petang dan 7.06 petang, 2 Mac 2019.
Kesemua hantaran itu seterusnya dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, di sini, pada 8.30 malam, 3 Mac lalu.
Danny Antoni pula didakwa atas dua pertuduhan menggunakan laman profil ‘Danny A’antonio Jr’ dan memuat naik satu hantaran menghina Nabi Muhammad SAW, agama Islam dan Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkemungkinan menyebabkan suasana tidak harmoni antara penganut Islam dan bukan Islam pada 1.21 pagi, 9 Januari lalu.
Hantaran itu kemudiannya dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, di sini, pada 10 pagi, 4 Mac lalu.
Bagi kesemua kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.
Selain itu, mereka turut didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Jabatan Pendakwaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Mohd Sophian Zakaria dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Md Kamal manakala tertuduh Mohamad Yazid dan Chow diwakili peguam Muhammad Syafiq Salleh dan Danny tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Muhamad Asyraf berkata, pihak pendakwaan membantah sebarang permohonan jaminan terhadap kesemua tertuduh atas alasan mereka menghina agama, nabi dan anggota keselamatan yang meninggal dunia semasa bertugas.
Hujahnya lagi, pihak pendakwaan komited untuk menyelesaikan kes dalam masa yang singkat kerana ia melibatkan kepentingan awam mengambil kira faktor hampir 1,000 laporan polis mengenai kes ini dibuat di seluruh negara.
“Keadaan ini boleh mengundang kemarahan dan sekiranya tidak dikawal dengan baik boleh menjejaskan keselamatan negara. Saya mohon tiada jaminan dibenarkan,” katanya.
Tegasnya, kesemua tertuduh perlu diasingkan sementara dari masyarakat dan akses internet kerana risiko adalah tinggi untuk mereka mengulangi kesalahan sama sekiranya jaminan dibenarkan.
Beliau turut memaklumkan, tertuduh Chow pernah didakwa sebanyak dua kali di Kuala Lumpur dan Muar, Johor melibatkan kesalahan sama berunsur penghinaan bagaimanapun dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) kerana tidak hadir ke mahkamah sehingga ada beberapa waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.
Mohd Sophian pula berhujah bahawa tertuduh memuat naik hantaran itu secara terancang dan menggunakan perkataan jelik dan keras dengan tujuan ingin meletakkan nabi dan Islam pada tempat yang serendah-rendahnya.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 5 April depan untuk sebutan semula kes.- Bernama
Sumber: 
Tiga lelaki didakwa hina Nabi, agama Islam - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb

Cadangan beli Legoland tak masuk akal: Khaled Nordin

Kerajaan negeri patut fokus langkah rejuvenasi ekonomi Johor

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
BANGI, 1 Rejab 1440H, Jumaat – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menolak cadangan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan Dan Utiliti Negeri Johor, Jimmy Puah untuk membeli Legoland Malaysia Resort (Legoland Malaysia).
Menyifatkannya sebagai tidak masuk akal, bekas Menteri Besar Johor itu berkata, kerajaan negeri seharusnya mengurangkan berniaga dan lebih memfokuskan kepada langkah rejuvenasi ekonomi Johor melalui kerjasama dengan sektor swasta.
“Sebuah laporan terbitan Bloomberg telah menyatakan bahawa harga jualan Legoland adalah sekitar RM 1 billion termasuk hutang.
“Jika kerajaan negeri Johor serius untuk meneruskan cadangannya itu, maka perlu dilihat prestasi kewangannya sendiri dan pada masa yang sama bersifat telus terhadap analisa ‘market value’ Legoland.
“Mampukah Kerajaan Negeri menguruskan Legoland lebih baik daripada Khazanah Nasional? Kemudian, apakah instrumen yang mahu digunakan Kerajaan Negeri untuk membeli Legoland? Mampukah Kerajaan Negeri mencukupkan duit untuk membeli Legoland tanpa membebankan lagi kewangan Kerajaan Negeri?,” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Jimmy Puah dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan membeli Legoland Malaysia jika Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) bersedia memberi tawaran menarik.
Beliau berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan hasrat Khazanah menjual taman tema bertaraf antarabangsa itu.
Mengulas lanjut perkara itu, Khaled yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kerajaan negeri sepatutnya menimbangkan segenap kemungkinan yang wujud dalam mengambil keputusan untuk membeli Legoland, sama ada dari sudut nilai tambah pada ekonomi, masyarakat dan sektor pekerjaan.
“Asasnya, apa sahaja yang terjadi selepas pembelian Legoland adalah terletak di atas bahu kerajaan negeri.
“Mereka perlu menentukan banyak lagi perkara selepas membeli Legoland. Mereka wajib memikirkan langkah proaktif untuk menggalakkan kewujudan pekerjaan baru, merangka model kewangan yang sesuai untuk memaksimakan untung terhadap keuntungan yang bakal diterima kerajaan negeri, dan juga mencari jalan untuk menyelesaikan hutang yang ditanggung Legoland,” katanya.
Pun begitu, Khaled menegaskan, selepas 10 bulan mentadbir Johor, tiada polisi ekonomi yang ampuh direncanakan kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Harapan (PH).
“Mereka sepatutnya memberi fokus untuk membangunkan inisiatif ekonomi baru bagi Johor dan bukan memberi fokus kepada cubaan tidak matang, tidak produktif dan mengarut untuk membeli Legoland,” tegasnya.
Sumber: 
Cadangan beli Legoland tak masuk akal: Khaled Nordin - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb

roketkini.com

UMNO-PAS tidak suka orang Melayu dapat rumah PPR?

Pada 
oleh 

Ada kira-kira 400 pemohon menunggu untuk mendapat rumah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis di Pulau Pinang. Majoriti adalah orang Melayu. Ramai yang telah menanti giliran mereka sejak tujuh tahun lamanya!
Impian sebahagian kecil daripada mereka bakal dicapai apabila ada kekosongan bagi 22 unit rumah PPR tersebut. Namun, kegembiraan mereka dicemari politik perkauman UMNO.
Penghuni di 22 unit PPR tersebut telah diminta pindah kerana mereka telah melanggar syarat-syarat kelayakan. Antara syarat tersebut adalah:
  • Tidak boleh berkahwin dengan warga asing;
  • Pendapatan isi keluarga tidak boleh melebihi RM1,500 sebulan; dan
  • Tidak boleh menyewakan rumah berkenaan kepada orang lain.
Setelah melanggar syarat dan diberi tempoh selama 365 hari atau setahun, mereka tetap enggan pindah. Apabila tiba hari mereka perlu mengosongkannya, pihak-pihak tertentu telah menjadikan mereka sebagai “mangsa” pengusiran, kononnya.
Hujah pimpinan UMNO Pulau Pinang yang disokong oleh PAS adalah kononnya kerajaan negeri bertindak zalim menghalau penghuni Melayu. Ini fitnah perkauman.
Apa yang mereka tidak ceritakan adalah penghuni tersebut telah melanggar syarat, termasuk yang sudah mewah hidup sehingga mampu melancong ke luar negara.
Juga mereka tidak ceritakan bahawa penghuni tersebut membuat untung dengan menyewakan unit kepada orang lain. Malah, lapan penyewa didapati telah mempunyai rumah sendiri, namun menyewakan unit PPR mereka kepada orang lain.
Ada juga yang tidak mahu membayar wang sewa sejak 1990, iaitu sejak hampir 30 tahun menetap di PPR berkenaan! Sedangkan sewanya hanya RM100 sebulan.
Paling penting, pejuang kaum yang memanipulasi isu itu menyembunyikan hakikat bahawa yang bakal masuk menggantikan penghuni yang melanggar syarat-syarat adalah orang Melayu juga.
Jadi, Melayu yang sudah tidak layak akan digantikan dengan Melayu yang layak. Apa masalahnya? Bukankah ini mengikut peraturan dan undang-undang?
Mengapa mereka sanggup menyembunyikan kebenaran? Apakah kerana politik kaum mereka sanggup melihat Melayu yang layak dipinggirkan, dan sebaliknya membela orang yang menyalahgunakan keistimewaan?
Kerajaan Negeri Pulau Pinang prihatin dengan warga miskin, maka projek PPR diwujudkan untuk membantu mereka mendapatkan tempat berteduh sementara pendapatan mereka kembali stabil dan pulih. Namun hasrat murni ini telah disalah guna sesetengah pihak.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini dilaporkan berkata penghuni yang diminta mengosongkan rumah mereka sebenarnya akan disediakan kemudahan lain.
Mengapa ini didiamkan oleh para penyokong UMNO dan PAS? Menurut Chow,  golongan penghasut tersebut telah mengeruhkan keadaan, sekali gus menjejaskan usaha kerajaan negeri untuk membantu orang Melayu.
Dalam kacau-bilau perkauman yang dimainkan UMNO-PAS dalam isu ini – seperti kucing nampak ikan, menunggu peluang untuk membaham –  persoalan yang penting kini – Adakah UMNO-PAS sebenarnya tidak suka orang Melayu dapat rumah PPR? – Roketkini.com

ARTIKEL SEBELUM

Sumber: 
UMNO-PAS tidak suka orang Melayu dapat rumah PPR? | roketkini.com

K'sama Umno-PAS Mula Tunjuk Kesan -Tun Abdul Hamid Ahmad.

Ibnu Hasyim pada Ibnu Hasyim - Sejam yang lalu
(Dalam rencana ini, apabila saya menggunakan kata-kata “perpaduan atau perpercahan orang Melayu” ia termasuk “orang Islam” atau “umat Islam”, khususnya di Semenanjung Malaysia). Penubuhan PAS sebagai serpihan Umno dalam tahun 1951 merupakan permulaan perpecahan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu (pada masa itu) yang berkekalan hingga sekarang. Ia ditubuh oleh Haji Ahmad Fuad Hassan setelah beliau kalah dalam pertandingan merebut jawatan Presiden Umno kepada Tunku Abdul Rahman Putra, selepas Dato’ Onn Ja’afar meletak jawatan. Walaupun dalam PRU2 (1959), PAS menawan Kelantan dan ... lagi »

Geng2 Cybertrooper Pakatan Hancing akan adakan meeting di Telok Bahang

Executive Editor pada Minda Rakyat - Sejam yang lalu
Kihkihkih kantoi... budak PEMASSA sendiri yg pass ni kat aku.😂 Rupanya Sabtu 9hb ni, Geng2 Cybertrooper Pakatan Hancing akan adakan meeting di Telok Bahang untuk dapatkan dedak dengan mana2 Kementerian. Aku nak join boleh tak? Sebab aku berminat dengan perkara no 6 tu. Hahahancing -------------------------------------------------------------- Assalam... Pertemuan pertama *Team Cytro PH* Tempat : Teluk Bahang Tarikh : 9hb Mac (sabtu) Masa : 11pagi Agenda akan dinyatakan kemudian Kehadiran : 1. Anuar Yusuff 2. Feroz 3. YB Zul 4. Nasrul Media Oren 5. Amir - 6. Roni 7. Iqbal 8. Iz... lagi »

Dalam Perjalanan ke Peusangan, Ustadz Abdul Somad Bicara tentang Aceh, Politik, Kekuasaan, dan Islam

Serambi Indonesia - Sejam yang lalu
Aceh juga kerap menjadi rujukan Ustadz Abdul Somad saat memberikan contoh-contoh tentang pentingnya kekuasaan dalam mengatur kehidupan ummat.


Ustadz Abdul Somad Tausiyah Sabtu Malam di Pulau Sarok Singkil

Serambi Indonesia - Sejam yang lalu
UAS dijadwalkan ceramah di Alun-alun depan Kantor Bupati Aceh Singkil, di Pulau Sarok, Singkil, Sabtu (9/3/2019) malam.





Tiada ulasan: