Dituduh Syiah: Ini Kenyataan Media Mat Sabu
Muhasabah diri kerana-Nya. Akhir zaman ini wahai aku. Waspadalah wahai aku dengan mohon Perlindungan Allah S.W.T sentiasa - In Syaa Allah selamat dunia dan akhirat.
Jangan kagumi seseorang sembarangan nanti aku kena tuduh korupsi.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam mendedahkan
10 bukti kononnya Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terlibat dalam kegiatan
Syiah.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad
Radzi berkata, Mohamad adalah orang yang disebut Menteri Dalam Negeri Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.
Bagaimanapun bukti KDN itu dipertikaikan oleh banyak
pihak malah dipermainkan oleh warga internet..
Bukti yang didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN)
berhubung dakwaan bahawa timbalan presiden PAS Mohamad Sabu seorang pengikut
Syiah jga tidak meyakinkan bekas anggota kabinet Datuk Saifuddin Abdullah.
KDN hari ini antara lainnya membangkitkan bahawa
Mohamad pernah menyatakan kekaguman ke atas kepemimpinan dan perjuangan
revolusi Iran 1979 Imam Ruhollah Khomeini.. sila lihat videonya di ( SINI )
Saifuddin dalam tulisan di Twitter berkata, beliau
juga mengagumi Khomeini, dan juga tokoh revolusi lain seperti ikon
anti-apartheid Nelson Mandela, pemimpin gerila Bolivia Che Guevara, dan pejuang
kebebasan India Mahatma Gandhi.
"Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi,
Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, komunis, Hindu? "Saya juga
kagumi Khomeini. Adakah saya Syiah?," tulis bekas timbalan menteri
pengajian tinggi itu.
Seorang lagi bekas anggota Kabinet, Datuk Zaid
Ibrahim juga menyatakan rasa hairan dengan alasan KDN tersebut, yang
disifatkannya sebagai "karut".
"Apa dah jadi? Apa salah kalau saya kagumi
Khomeini? Atau (pejuang hak sivil golongan kulit hitam) Martin Luther (King Jr)
atau (tokoh falsafah Cina) Confucius.
"Bukan berti saya tukar agama atau akidah.
Karut," tulisnya.
Turut hairan dengan alasan KDN itu ialah Speaker DUN
Selangor Hannah Yeoh yang berpendapat sumber yang digunakan untuk siasatan
tersebut sepatutnya digunakan untuk membanteras jenayah.
"Tentulah lebih baik jika sumber dan masa
mereka digunakan untuk memerangji jenayah dan bukannya Mat Sabu," kata
ADUN DAP itu di laman sosial tersebut.
Manakala berikut adalah kenyataan media Mat Sabu
mengenai tuduhan KDN ini..
2 Disember 2013,
jam 850 malam
Langkawi
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri pada sidang akhbar khas petang tadi berkaitan bukti
penglibatan Timbalan Presiden PAS dengan Syiah terhadap saya adalah bersifat
fitnah terhadap diri saya.
Kenyataan beliau adalah lanjutan dari kenyataan Naib
Presiden UMNO dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO.
Kenyataan Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi memang
mempunyai rekod tidak bertanggungjawab.
Pernah beliau mengeluarkan kenyataan di Melaka hal
memerangi jenayah seperti 'tembak dulu, baru siasat.'
Kenyataan berulang kali oleh Naib Presiden UMNO
berjawatan Menteri Dalam Negeri ini juga memberi imej buruk kepada kerajaan dan
negara Malaysia.
Saya telah menghubungi peguam untuk mengambil
tindakan selanjutnya terhadap fitnah Naib Presiden UMNO dan KSU Kementerian
Dalam Negeri terhadap saya.
Sekian,
Mohamad bin Sabu
Timbalan Presiden PAS
Bersamalah kita tunggu dan lihat siapa yang kena....
Sumber:
_|_k_u_b_o_|_
Muhasabah diri kerana-Nya. Akhir zaman ini wahai aku. Waspadalah wahai aku dengan mohon Perlindungan Allah S.W.T sentiasa - In Syaa Allah selamat dunia dan akhirat.
Jangan kagumi seseorang sembarangan nanti aku kena tuduh korupsi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan