Jumaat, 13 Disember 2013

2803. SMS tahun 2003 dahulu.

Berita sebelumnya dari blog ini: Cara Tidak Menghalalkan Undang-Undang.

Penjelasan JPJ mengenai isu saman lori bantuan mangsa banjir..
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan bertindak kejam apabila menyaman lori yang dikatakan membawa barangan bantuan banjir seperti yang disebar dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata tindakan itu diambil setelah pegawai penguat kuasa mendapati lori berkenaan membawa muatan berlebihan tanpa dimaklumkan bahawa ia merupakan barangan bantuan banjir.

“Pemandunya langsung tidak memaklumkan yang ia membawa muatan misi kemanusiaan banjir. Sepatutnya pemandu itu memaklumkan keadaan sebenar terlebih dahulu, dan bukannya bertindak mensensasikan keadaan itu di laman sosial,” katanya kepada pemberita selepas penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Daerah Tumpat hari ini.

Beliau berkata pihaknya bersedia membatalkan saman itu bagi menamatkan kontroversi berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, mana-mana pihak yang melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dinasihat memaklumkan perjalanan mereka kepada JPJ selain menggantung bendera penaja bagi mengelak sebarang masalah.

Pada 7 Disember lepas, JPJ didakwa menyaman pemandu sebuah lori yang membawa muatan barangan bantuan banjir seperti pakaian, selimut, beras, gula, susu dan tepung di Tol Gombak, Selangor yang dikatakan dalam perjalanan ke Kuantan.

Pemandu kenderaan itu didakwa disaman RM150 manakala syarikat lori berkenaan RM450 kerana membawa muatan lebih ~ Bernama

Surat saman dan laporan mengenai JPJ halang dan saman lori bantuan mangsa banjir itu sila lihat di 
SINI
Sumber:
|=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=|
RUMUSAN: MUHASABAH DIRI KERANA-NYA. 
Siapa sebenarnya yang berdusta dalam hal ini. Tertanggungkah seseorang dengan akibat berbuat perkara dusta?. Dahsyatnya Azab Api Neraka. Naunzubillah. 

Lebih-lebih lagi dewasa ini berita cukup mudah dan cukup pantas menerjah ke pentas minda manusia sejagat. Tak pasal-pasal orang lain turut terpalit bersubahat dengan hal dusta. SMS Malaysia ke London pun tidak sampai seminit zaman tahun 2003 dahulu. 

Tiada ulasan: