Allah SWT telah mengaibkan dirinya sehari sebelum mati.
Sebelum mati dia termakan fitnah orang yang mengatakan seseorang membodohkan keputusannya. Sedangkan orang itulah yang dicari, meminta tolong ke sana ke mari bertujuan mengubati sakitnya. Orang yang buat fitnah itu sekadar lebih cakap sahaja.
Pernah dia mem#&#@kan orang lain, sedangkan sebenarnya kalau tidak kerana mulutnya orang itu pun tidak tahu kisah aib tersebut. Lagi pun orang itu bukan jenis suka dengar hal-hal macam itu. Pada dia rasa pelik, cerita aib tersebut langsung tidak diketahui oleh orang lain. Kalau begitu fikirannya yang merasakan orang lain sudah tahu hal tersebut, buat apa lagi mahu digembar-gemburkan lagi perkara sedemikian rupa.
Hari terakhir sebelum dia mati, terlihat dia duduk di atas meja. Sedangkan perkara itulah yang dia kata dulu tidak pernah buat, siap sebut orang itu orang ini lagi yang duduk di atas meja. Buang tebiat hendak mati agaknya. Itu pun setelah beberapa minit dia ke kedai nombor ekor.
Oleh yang demikian sebagai pengukuhan marilah sama-sama meneliti dan membaca huraian tentang aib:
Membuka aib orang dalam "keadaan benar" yang diharus atau diwajibkan oleh Islam WAJIB tertakluk kepada kaedah yang betul.
Tetapi mendedahkan aib orang, walau pun memang "aib itu benar-benar berlaku"...jika tidak melalui saluran yang betul maka ia menjadi satu dosa besar di isi Allah S.W.T., dan kesalahan jenayah yang besar terhadap sesama hak manusia.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W., bermaksud "...dan jangan kamu memalukan sesama muslim (dengan mendedahkan rahsia keaiban silam mereka tanpa keperluan syarie/syarak untuk anda melakukannya), jangan juga engkau cuba mencari peluang mendedah keaiban mereka, kerana sesiapa jua yang mendedahkan keaiban saudaranya (secara zalim).
PASTI Allah S.W.T., akan memerhatikan keaibannya...dan bila Allah S.W.T., sendiri memerhatikan keaibannya pasti Allah S.W.T., akan dedahkannya (kepada awam) walau pun keaiban itu isi rumah tangga di dalam ceruk rumahnya sendiri".
APATAH lagi kalau keaiban itu merupakan tohmahan jahat dan REKAAN PALSU semata-mata. Allah S.W.T., tidak akan membiarkan selama-lamanya kejahatan itu bermaharajalela dan berkuasa....walau pun Allah S.W.T., menangguhkan kuasa ALLAH S.W.T., keatasnya.
Kuasa Allah S.W.T., selalunya akan datang mengejut hingga "membingungkan" pihak yang zalim tersebut....
اللهم رد كيدهم على نحورهم واجعل بأسهم بينهم
BACA JUGA:
http://peceq.blogspot.com/2013/05/528-3-tabiat-yang-wajib-ditinggalkan.html
http://peceq.blogspot.com/2013/05/529-islam-menghendaki-umatnya-sentiasa.html
http://peceq.blogspot.com/2013/05/442-meleleh-juga-air-mata-baca-kisah.html
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
vmct7.
7tcmv.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan