بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Meja www.peceq.blogspot.com .
Polis tampar orang awam di kawasan public
Durasi 1:06
GEORGETOWN -
Anggota polis yang dipercayai terbabit dalam kejadian menampar orang awam di
Bayan Baru kini ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Balik Pulau.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim
Hanafi berkata, langkah itu diambil sementara menunggu siasatan yang dijalankan
oleh Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Anggota polis berkenaan sudah ditukarkan
serta-merta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Abdul Rahim turut menegaskan PDRM tidak
berkompromi dengan pegawai dan anggotanya yang melakukan kesalahan sehingga
mencemarkan nama dan imej PDRM.
"Arahan telah dikeluarkan kepada semua
ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua formasi untuk memastikan semua
pegawai dan anggota di bawah seliaan mereka melaksanakan tugas mengikut
undang-undang.
"Jangan sesekali bertindak di luar batasan
serta melakukan perkara yang mencemarkan imej pasukan," tegasnya.
Kenyataan Abdul Rahim itu adalah susulan
penyebaran rakaman video menerusi laman sosial sejak Jumaat lepas yang
memaparkan perbuatan seorang anggota polis menampar seorang individu dipercayai
warga asing, kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.
Kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah
klinik swasta di Bayan Baru.
- Bernama & Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=tilN7_HJKGI
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Test
Tiada ulasan:
Catat Ulasan