Terpanggil
dalam menyampaikan sesuatu..terpanggil untuk berkongsi sesuatu..padahal
dah lebarkan sayap sebentar tadi dengan post "
Mana Kaca Mana Permata"..tapi terpanggil untuk berkongsi sesuatu....
Semakin
lama semakin rancak perkara ini berlaku di mata saya...Adakah kita
sudah mengambil ikhtibar dalam perkara tersebut? Wahai sahabat ku, kite
renungkan..bagi sesiapa yang tidak rasa bersalah, jangan rasa kesal
dengan kejadian tersebut, tetapi jadikan dia sebagai satu
pengajaran...(mengingatkan diri sendiri...kerana diri sendiri juga tak
terurus)......tetapi masih lagi ada suara sumbang yang cuba memecah
belahkan keadaan..pihak pengurusan pun sudah sedar akan kelemahan
tersebut....saya "respect" mereka yang berani menyatakan
kesalahan..kerana mereka sedar akan kesilapan tersebut....bagaimana
dengan kita?
Saya cuba untuk berhati-hati dalam penulisan tajuk
entry kali ini...berhati-hati agar tidak membabitkan perasaan orang lain
tetapi memberi satu input dan perkongsian bersama agar kita sama-sama
perbaiki kelemahan tersebut.....Seperti lari daripada tajuk
pulak...sahabat...sebagai mana yang saya sudah perkatakan sebelum ini,
manusia itu semakin lama semakin sensitif....sama ada isu besar mahupun
isu kecil....jadi, bagaimana kita hendak melakukan teguran terhadap
manusia pada masa kini.....
Melihat daripada pemasalahan yang
melanda kini, terdapat beberapa teguran telah dijalankan... daripada yang
terlibat dan daripada yang tidak terlibat..masing-masing cuba untuk
ingat-mengingati antara satu sama lain...sifat ini sangat digalakkan
dalam Islam..kerana kita boleh tahu kemanakah sebenarnya kita. Sifat
mengingati ini juga dapat membantu kita untuk lebih berhati-hati...
Menjurus
kes tersebut, teguran daripada mereka yang lebih berumur..senang kata
pangkat mak dan ayah kita menjadikan kita lebih peka akan situasi
tersebut...mereka ini makan perencah asam garam kehidupan dulu daripada
kita...teguran mereka memperlihatkan adakah kita mempunyai sifat
hormat-menghormati terhadap mereka yang lebih berumur?emm...sedarlah
saya bahawa dunia yang semakin canggih memperlihatkan sifat
hormat-menghormati semakin kurang... Dimana letaknya sifat sebegitu
dalam diri kita? emm..fikir-fikirkan....
Sesungguhnya Rasulullah telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan
biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,
‘‘Siapa
sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan
tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan
lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini
adalah keimanan paling lemah.” (Hadis Riwayat Muslim)
Teguran daripada sahabat juga
menjadikan hubungan itu lebih kuat dan kukuh. Benarkah? Kes ini
berlarutan gara-gara daripada sang sahabat yang melihatkan situasi itu
perlu diperbetulkan...Saya juga turut"respect" sahabat itu yang berani
tegur tetapi teguran sahabat itu perlu diperbetulkan..Adakah sahabat itu
menegur untuk mencari populariti semata-mata? Hanya individu tersebut
yang tahu keadaannya....
Berbalik kepada topik yang asal, melihat
persepsi teguran dalam Islam sebenarnya sangat mudah dan tidak akan
menimbulkan sentiviti hati manusia itu sendiri. Islam menggariskan
faktor-faktor yang perlu diperlihat dalam melaksanakan teguran.
Antaranya ialah tidak merendahkan ego orang yang ditegur, kedua mencari
waktu yang tepat dan ketiga memahami kedudukan orang yang ditegur. Jika
kita benar-benar ingin teguran tersebut berjaya, perlihatkan semua
keadaan, tetapi jika sekadar suka-suka, saya nasihatkan, tak payahlah
menegur..buang tenaga je nak menegur...
Dalam Islam, teguran itu
perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya tiada perbalahan berlaku.
Tetapi teguran masa kini boleh menyebabkan perbalahan. Betulkah? Apa
sudah jadi?..Kita menegur bukan sahaja untuk meengetahui dimana
kelemahan kita malah perkongsian sesuatu turut di terjemahkan dalam
teguran. Konsep Islam ini semakin lupa dan semakin hilang dek kerana ego
manusia....
Teguran juga harus dilakukan secara berhemah..bukan
dengan menghentam orang..itu bukan menegur namanya... itu macam nak cari
nahas je..silap hari bulan, boleh
berbalah...elakkanlah....huhuhu..jangan kerana setitik nila, rosak susu
sebelanga...tak pasal-pasal yang tak terlibat, turut terlibat
jugak...emm...ketika menengur itu, gunalah perkataan
sepatutnya..janganalah menceluparkan keadaan...boleh menimbulkan
pergaduhan.... Bagi mereka yang berilmu, kemana letaknya akal yang lebih
baik untuk berfikir ketika menegur....
Firman AllaLh:
Maksudnya:
Maka
dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai
Muhammad),engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka
(sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar
lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu
maafkanlah mereka (tentang kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu),
dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan
mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian
apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat
sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi
orang yang bertawakkal kepada-Nya.'
(surah Ali-Imran : 159)
"
Apa nie sinis-sinis"...
"
Nak tegur, tegur lah secara depan..jangan dok main belakang..."
"
Ingat kau bagus sangat ke nak tegur orang"...
"
Cerminlah diri tu sikit sebelum tegur orang"...
Inilah
antara ayat-ayat yang mungkin terhasil jika kita silap menegur..silap
hari bukan, makan penampar nampaknya...tak pasal-pasal bintang merah di
pipi...Apa-apa pun, menegur atas kebaikkan menjadikan ukhwah itu kekal
di hati, kelemahan itu diperbaiki.....
salam daripada:
cahaya_cerdas_pemberianku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan