Jumaat, 20 Februari 2015

5149. Menegur Dengan Bahasa Yang Indah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  •  Ingatlah wahai aku... Dalam menegur berbahasalah seindah-indahnya dengan "Tidak menghina diri sendiri dan mencela atau mencelakakan orang lain"




    Niatlah menegur kerana Allah. Ingatkan diri sendiri juga, sebelum mengingatkan orang lain. 

    Never Give Up

    Memberi Teguran Secara Bijak


    memberi teguran
    Memberi teguran
    Asasnya, memberi teguran dan sentiasa memperbaiki diri dan orang lain tidak dapat dielakkan. Tidak dapat tidak, kita semua pasti akan terlibat di dalam proses ini. 

    Bermula sejak kecil sehingga meniti ke hari tua. 

    Memberi teguran adakalanya membawa kesan positif. Tetapi sekiranya kaedah yang digunakan tidak sesuai, maka ia bakal membawa ke arah negatif dan secara tidak langsung ia membentuk sikap defensif bagi pihak yang ditegur. 

    Oleh itu, mari kita lihat teknik teguran yang sesuai. Sebelum Memberi Teguran, Sila Betulkan Niat 

    Apabila terdetik sahaja dalam hati bagi menegur kesilapan orang lain, maka ‘pause’ diri kita terlebih dahulu dan tarik nafas. 

    Betulkan niat supaya kita tidak terdorong untuk melampiaskan kemarahan ataupun rasa tidak puas hati di atas sikapnya. 

    Lazimnya, hati yang ikhlas memberi teguran akan lebih mudah diterima. Niat kita yang murni itu akan disampaikan oleh Allah dalam keadaan yang murni juga. 

    Ini berlawanan sekiranya niat kita memberi nasihat dengan tujuan – tujuan lain, bukan nya tujuan untuk membetulkan kesilapan untuk dibaiki.
    .
    Memberi Teguran dengan Teknik XYZ 

    Ahli psikologi bernama Haim Ginot mencadangkan satu teknik teguran yang diberi nama “Teknik teguran XYZ” 

    Teknik ini menganjurkan kita menggunakan frasa itu semasa menegur, “Apabila anda melakukan perkara X, ia membuatkan saya berasa Y, sebaliknya saya lebih menyukai anda melakukan perkara Z” 

    Contoh:
    Amin apabila kamu buang sampah merata-rata di dalam bilik, saya berasa kurang selesa. Oleh itu, saya lebih suka sekiranya awak buang sampah di tong sampah yang disediakan. pasti awak dan saya berasa selesa dan gembira.
    Kesimpulannya, apabila mahu menegur seseorang itu, maka kaedah “bawa berbincang” adalah kaedah terbaik. Elakkan daripada menyentuh peribadi pihak itu. 

    Hal ini juga mampu membuatkannya lebih terbuka dalam menerima teguran itu.
    .
    Memberi Teguran Yang Tegas Dalam Santun 

    Gunakan konsep dua dalam satu iaitu tegas dalam santun. Gunakan budi bahasa yang baik dan menyenangkan. Ini dapat mengurangkan kadar peratusan ‘terasa hati’ pada diri seseorang. Namun, dalam kesantunan melakukan teguran, perlu ada ketegasan. Ini dapat memaparkan secara terus tentang hasrat kita yang bersungguh – sungguh dalam menegurnya. Kawal emosi secara bijak supaya orang yang ditegur tidak berasa dimarahi. 

    Ini bertepatan dengan firman Allah kepada Nabi Musa dalam misinya berdakwah kepada Firaun,
    Pergi kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, berbicara dengannya menggunakan perkataan yang lembut, mudah – mudahan dia akan ingat dan merasa takut (Surah Taha, ayat 33 – 34)
    Contoh :
    Khairil, saya mintak maaf. Tetapi saya perlu sampaikan teguran ini kepada awak. Saya harap awak tidak lagi mengeluarkan kata – kata kesat pada rakan – rakan lain dan saya. Senang hati saya sekiranya awak dapat berubah.
    .
    Mula Dengan Sesuatu Yang Positif 

    Manusia mana yang suka ditegur? 

    Pernah saya dimarahi secara umum apabila lewat tiba ke bilik mesyuarat. Perasaan saya pada waktu itu begitu tidak puas hati walaupun saya sedar kesalahan saya. 

    Kewajaran “7 kritik 1 puji” dapat digunakan dalam konsep ini. Kita mengambil hati orang yang mahu ditegur, kemudian baru kita menjalankan niat kita tadi. Sebagai contoh:
    “Kamu ini saya tengok memang bagus, sembahyang tidak tinggal, hormat ibu bapa, guru–guru sayang kamu, kacak pula. Tapi, satu sahaja yang aku tidak berkenan. Perangai kamu yang suka membuka aurat tu..”
    .

    Memberi Teguran Secara Hikmah

    Cara menegur setiap orang adalah berbeza – beza. Cara menegur kanak–kanak dan orang dewasa juga adalah berbeza. Menegur berlainan jantina juga adalah berbeza.
    Perhatikan Rules of Thumb ini
    Apabila menegur cuba duduk di sebelah orang yang ditegur, bukan di hadapan. Kedudukan di tepi menyebabkan orang yang ditegur kurang berasa defensif berbanding kedudukan di hadapan.

    Orang yang tinggi egonya, perlu diberi teguran secara cabaran yang dapat mencabar egonya sehingga dia mahu menunjukkan kebolehannya.

    Kadangkala, ada orang yang membuat perangai kerana rasa tidak diperlukan. Orang sebegini perlu diberi lebih peluang memikul tanggungjawab yang lebih besar.
     .
    Nota rujukan:
    1. Buku Give & Take Antara Hamba & Pencipta ( Nurulain Ahmad )
    Sumber: (http://akuislam.com/blog/renungan/belajar-memberi-teguran-secara-bijak/

    Author Topic: Sukarnya Mendidik Hati untuk Menerima Teguran..  (Read 8318 times) 

    Reply #20 11 May, 2011, 10:33:27 PM
  • Publish
  • Hm..kawan saya menegur dengan nada agak tinggi..
    Pendek kata, macam marah budak2...
    Sekenal saya akan kawan saya ini, dia agak moody..
    Tapi, saya faham, kadang2 dia ada banyak perkara nak fikir (orang psikologi kan..)
    Cuma, kerana satu perkara dia marah pada saya, dia diamkan..
    Tak luahkan secara perkataan..
    Tapi, secara perbuatan (marah-marah. pernah sekali, saya bertembung dgn dia untuk urusan kerja, saya beritahu dia dgn baik satu perkara itu. terus tinggi suara dia pada saya. sekeliling orang boleh dgr suara dia. masa itu, saya rasa seperti budak2 dimarahi mak ayahnya)

    :sedihnya:..
    Kadang-kadang, saya kecil hati dgn tindakannya..
    Buka saya tidak boleh ditegur. cuma saya tak boleh ditegur kasar..
    Bila saya minta maaf, dia buat muka..adoyai..  

    Reply #21 12 May, 2011, 09:17:52 AM


  • Publish
  • Biasalah selagi di gelar manusia. Semua pun tidak mahu di tegur. Doakan sahabat anda tu semoga di lembutkan hati.

    Jika hendak menjadi orang yang berjaya dan cemerlang di dunia dan akhirat. Terimalah setiap teguran itu. Jangan melatah bila di tegur. Terima teguran sebagai makanan kita. Malahan berterima kasih lah bagi orang yang memberi teguran.
    http://www.mayezaneswardrobe.blogspot.com
    -Berjuang Memanusiakan Manusia-

    Izzah0404

    • *
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #22 13 May, 2011, 11:06:57 PM


  • Publish


  • "Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah."
    Nabi Muhammad bersabda:
    "Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan,
    sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.
    "
    (Hadis riwayat Bukhari).

    Oleh itu wahai saudari SrikandiPejuang,
    Aku sungguh kagum dengan tindakanmu yang berupaya untuk tidak melawan balik(marah) apabila dimarahi dengan cara yang memalukan itu. Dan aku faham betapa pedihnya hatimu tatkala diperlakukan seperti itu. Bersabarlah sayang...sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang sabar.

    Berikut adalah secebis kata-kata dariku untukmu dan ditujukan untuk diriku juga;

    Cubalah memaafkan apabila hati sudah terguris..
    Lupakanlah yang hati kita pernah disakiti...
    Bertenanglah dan usahlah berdendam apabila diri dihina sedemikian rupa..

    Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuklah diri kita.
    Apakah kita jamin yang kita tidak pernah dan tidak akan membuat salah dan silap?
    Jika sesuatu perkara yang tidak diingini telah menimpa diri kita, berfikirlah sejenak untuk menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri?Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya.

    Bila orang buat salah dengan kita, selidiklah dahulu apakah dosa yang kita telah lakukan sebelum ini sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuaian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa 'Aku memang patut dihukum!' dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita itu hanyalah sebagai perantaraan sahaja.

    Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH, seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.

    BERSABARLAH DUHAI SAYANG.... 

    Izzah0404

    • *
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #23 13 May, 2011, 11:35:12 PM


  • Publish

  • “Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

    Anak: I’m so confused..
              Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?

    (Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya tentang makna pernyataan tersebut.)

    Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa.
             Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa.
             Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

    Anak: uiikk.. tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

    Ayah: Kerana orang yg menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

    Anak: *blur

    Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu?
              Kerana itu adalah ujian dari Allah.
              Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu?
              Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia.
              Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah
                turunkan.
              Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

    Anak: Ooooooo… ook….

    Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni,
                  macam tu…” dan sebagainya.
              Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain.
             “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia,…..” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

    Anak: *termakan cili

    So, the conclusion is.. jangan mudah terasa hati..
    Maknanya kita tak redha dengan Allah..
    Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na’uzubillah.

    *Dialog di atas diextract dari blog http://lukisanduniaku.wordpress.com

    Wallahhua'lam.. 


    Izzah0404

    • *
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #24 13 May, 2011, 11:52:25 PM


  • Publish

  • Assalamualaikum..
    Satu topik yang menarik...
    Namun, ingin saya kongsi pengalaman saya..


    Saya mempunyai seorang kawan..
    Sama baya
    Namun, kerjayanya lebih tinggi dari saya..(orang psikologi)
    Cumanya, saya tidak berkenan dengan caranya menegur saya
    Kadang2, saya ditegur seperti seorang budak2
    Kadang2 depan kawan-kawan, saya ditegur seperti budak2..
    Saya pula, memang tak suka orang menegur sebegitu
    Jadi, saya diamkan sahaja (tidak menjawab pun tegurannya itu)

    Sehingga satu tahap, dia ini marah saya
    Tapi, saya tak tahu dia marah saya
    Jadi, caranya
    Bila saya nak berbual dengan dia atau tegur dia...
    Dia marah saya macam budak2
    Pastu dia tengking-tengking saya..
    Sehingga saya menyangka bukan-bukan terhadap dia

    Dan sedihnya, Hubungan kami tidak sebaik seperti dahulu (dingin)

    Jadi, adakah caranya satu teguran yang baik? atau saya jenis yang tidak boleh menerima teguran?
    Kita tak mampu ubah orang lain, kerana ia diluar kawalan diri kita.. Yang kita mampu ubah adalah diri kita sendiri, asalkan diri kita itu masih dalam KAWALAN

    “Pandanglah wajah sahabatmu dengan wajah yg manis walaupun hatimu tengah menangis”
    . =)

    Sumber: (http://halaqah.net/v10/index.php?topic=15055.20)


    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Tiada ulasan: