5 Penyakit Yang Boleh Anda Dapat Berpunca Dari Mee Segera - Tranungkite
Kami
akui, siapa mampu menolak maggi kari yang panas-panas kemudian ada pula
telur. Itu belum lagi maggi goreng di kedai mamak lagi. Panas ditambah
dengan air tangan mamak yang ikhlas bekerja itu, maka jadi lagi sedap
maggi yang anda makan.
Istilah
mee segera atau sinonim dengan panggilan maggi di Malaysia merupakan
satu makanan alternatif terutamanya kepada golongan pelajar. Maklumlah,
duit pinjaman PTPTN sudah digunakan sepenuhnya untuk perbelanjaan
universiti, mana cukup mahu beli makanan yang berkhasiat.
Melalui sedikit research dan juga pembacaan, kami kongsikan serba sedikit perkara yang berkaitan dengan makanan ini.
1. Masalah Penghadaman
Mungkin
anda rasakan tiada apa-apa yang berlaku sepanjang anda makan mee segera.
Namun tahukah anda, mee segera mengambil masa yang agak lama untuk
dihadam. Jika anda masih pertikaikan mengenai perkara ini, anda boleh
saksikan video di bawah nanti. Jika diambil dengan terlalu kerap, maka
ia makan mengakibatkan sistem penghadaman anda tidak berfungsi dengan
sebaiknya.
2. Kegagalan Buah Pinggang Berfungsi
Kegagalan
buah pinggang berfungsi adalah akibat pengambilan sodium di dalam
makanan yang terlampau tinggi, lebih dari keperluan badan. Secara
mudahnya, sodium inilah yang berfungsi untuk membantu otot dan saraf untuk berfungsi. Namun jika terlebih, ia akan membentuk ketumbuhan di pundi kencing.
Anda ada rakan-rakan yang sakit buah pinggang kerana makan mee segera?
3. Pening Kepala & Pedih Ulu Hati
Semua
mungkin tahu mengenai kandungan MSG (monosodium glutamate) yang tinggi
di dalam mee segera. MSG berfungsi untuk “menambah rasa” namun dalam
masa yang sama ada di kalangan anda yang sebenarnya alergik terhadap
bahan ini.
Mungkin
antara sedar atau tidak, anda pernah mengalami perkara sebegini namun
tidak menghiraukannya kerana beranggapan ia sebenarnya adalah perkara
biasa.
4. Melemahkan Fungsi Ketahanan Badan
Anda
pernah jumpa orang yang makan mee segera yang sentiasa cergas?
Kebanyakan bahan perasa di dalam mee segera adalah tidak sihat dan
apabila badan tidak mendapatkan nutrisi yang cukup maka ia akan
melemahkan sistem ketahanan badan. Kami sediakan bahan bacaan tambahan
pada sumber di bawah.
5. Tekanan Darah Tinggi
Apa lagi
yang anda mahu jangkakan jika imbangan diet dan kandungan perasa mee
segera yang menjangkaui apa yang badan anda perlukan.
Maka ia
akan membawa kepada beberapa penyakit yang berkaitan dengan kagagalan
badan berfungsi dengan baik. Antara perkara yang anda mungkin dapat jika
meneruskan makan mee segera secara berterusan ialah kolestrol tinggi,
diabete dan juga penyakit jantung.
Bukanlah
kami menghalang anda untuk makan terus. Kebanyakan penyakit yang ada
kebiasaannya akan menjadi leboh teruk jika pengambilan mee segera adalah
berterusan. Apa-apa pun, kita mempunyai alternatif untuk mendapatkan
makanan yang berkhasiat demi kepentingan kesihatan masa panjang.
Sumber: (
gigitankerengga.blogspot.com)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan