Ahad, 26 Ogos 2018

Sendiri xpro xistiqamah xbertanggung jawab xnampak. 8105.


Saidina Umar Al-Khatab r.a. berkata:
1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
Baik milik dia jer.. Biar beteeeek. Bila orang konferm syurga? bersuara. 
Saturday, 25 August 2018
HISHAMMUDDIN MESTI SEGERA TAMPIL BERI PENJELASAN
Meskipun Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu telah mengarahkan siasatan segera dijalankan, sekurang-kurangnya dua persoalan yang tentunya membingungkan kita semua jika benar laporan yang mengatakan tiga angggota khas tentera masih berkhidmat dengan bekas Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein.

Pertama, bagaimanakah pihak tentera masih membiarkan perkara itu terus berlaku sedangkan Hishammuddin bukan lagi seorang menteri selepas 9 Mei lalu?

Siapakah yang meluluskan tiga anggota tentera itu untuk terus berkhidmat dengan Hishammuddin?

Kedua, apakah Hishammuddin sendiri tiada perasaan malu dengan terus menggunakan khidmat tiga anggota tentera berkenaan, walhal beliau sedar kedudukannya bukan lagi sebagai Menteri Pertahanan sejak kekalahan BN dalam PRU14 lalu?

Atas dasar apakah beliau mahu terus tiga anggota tentera itu berkhidmat dengannya?

Portal Malaysiakini sebelum ini mendedahkan tiga anggota tentera - dua daripadanya adalah anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) dan seorang komando masih menjadi pengiring kepada Hishammuddin walaupun setelah tidak lagi menjadi Menteri Pertahanan.
Ketiga-tiga anggota tentera berkenaan dilaporkan menerima dua gaji, satu daripada Angkatan Tentera Malaysia dan satu lagi daripada Hishammuddin sendiri.

Sebaik laporan mengenai perkara itu didedahkan, Mohamad Sabu segera mengarahkan siasatan dijalankan memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil jika terdapat sebarang perlanggaran terhadap peraturan dan amalan sedia ada.

Tetapi, apa pun persoalannya, Hishammuddin adalah paling bertanggungjawab untuk segera tampil memberi penjelasan mengenai perkara ini.

Di mana pun beliau berada ketika ini, di dalam negara atau di luar negara, penjelasan segera daripadanya adalah amat diperlukan dan paling ditunggu-tunggu untuk merungkai hal sebenar mengenai khidmat tiga anggota tentera itu. 

(ShahbudinHusin 25/08/2018)
Posted by Shahbudin Husin at 18:12  
Shahbudin dot com: HISHAMMUDDIN MESTI SEGERA TAMPIL BERI PENJELASAN
https://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/hishammuddin-mesti-segera-tampil-beri.html

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...

Zamihan dipindah 24 jam ke JAKIM, siapa bagi arahan?
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menafikan dakwaan beliau yang mengeluarkan arahan pemindahan pendakwah, Zamihan Mat Zin kembali ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam tempoh 24 jam.

Menurutnya, perpindahan itu bukan di bawah pengurusannya tetapi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Saya tidak tahu dan tak ada arahan begitu daripada saya. Itu urusan (beliau) dengan kementerian (KDN),” katanya pada sidang medianya di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas pulang dari Makkah hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Zamihan bahawa selepas Mujahid dilantik sebagai menteri dan mengetuai Jakim, beliau diarah dipindahkan daripada KDN ke Jakim dalam masa 24 jam.

Mengulas lanjut isu ini, Mujahid berkata beliau akan menunggu kenyataan daripada KDN sebelum memperincikan mengenai pemindahan Zamihan ke Jakim.

“Saya pun dapat berita itu (pemindahan Zamihan) di Makkah. Saya masih memerlukan maklumat.

“Cuma saya rasa KDN juga akan bagi kenyataan kerana mereka ambil dia (Zamihan) daripada kita. Kita tunggu dulu,” katanya.

Zamihan sebelum ini dipetik berkata beliau sendiri tidak tahu punca arahan penempatan semula ke Jakim dan usahanya mendapatkan penjelasan daripada bahagian sumber manusia juga gagal.

Zamihan antara 46 panel pemulih suspek kes berkaitan militan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma).

Zamihan ialah pegawai kader Jakim sebelum dipinjamkan kepada KDN untuk menyemak penerbitan agama dan ditempatkan di Jabatan Penjara sebagai pegawai pemulihan pengganas dan penjenayah ekstremis.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman mengesahkan Jabatan Penjara menamatkan kontrak Zamihan sebagai pegawai pemulihan pengganas dan penjenayah ekstremis.

Zamihan dipindah 24 jam ke JAKIM, siapa bagi arahan? ~ Menconteng Untuk Perubahan™
https://penburukonline.blogspot.com/2018/08/zamihan-dipindah-24-jam-ke-jakim-siapa.html

Sumber: Anggota khas ATM masih berkhidmat untuk Hishammuddin

EKSKLUSIF | Tiga anggota khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) didakwa sehingga kini masih menjadi pegawai pengiring kepada bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Sumber ATM dan kementerian pertahanan memberitahu Malaysiakini bahawa dua pegawai tersebut adalah anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL).

Menurut mereka, masing-masing berumur 37 tahun dan 41 tahun dengan tahun akhir khidmat pada 2020 dan 2021.

Pegawai pengiring ketiga pula adalah seorang komando, dakwa sumber lagi.

Tiada banyak maklumat tentang komando itu namun sumber mendakwa dia antara individu yang dalam satu gambar yang dimuatnaik Hishammuddin di Twitter minggu ini.

Anggota PASKAL berumur 41 tahun itu dilihat sebahagian daripada pengiring Hishammuddin dalam gambar bertarikh 30 Jun 2018.

Tiga pegawai tersebut dilaporkan telah berkhidmat dengan Hishammuddin sejak beliau menjadi menteri pertahanan pada 2013.

Bagaimanapun ia sepatutnya tamat selepas beliau tidak lagi memegang portfolio itu berikutan kekalahan BN pada PRU ke-14.

Sumber ATM juga mendakwa ketiga-tiganya kini mendapat dua gaji, iaitu daripada ATM dan Hishammuddin.

"Sepatutnya mereka tentera tak boleh bekerja dengan sesiapa tetapi ini mereka bekerja pula dengan Hishammuddin, malah bukan separuh masa sebaliknya sepenuh masa," kata sumber itu.

Malaysiakini sedang menanti maklum balas daripada kementerian pertahanan. Hishammuddin pula setakat ini belum membalas pertanyaan Malaysiakini berhubung perkara ini.


at 8/25/2018 04:00:00 PTG
KERENGGA: Sumber: Anggota khas ATM masih berkhidmat untuk Hishammuddin
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/sumber-anggota-khas-atm-masih.html


Saturday, 25 August 2018
PENJELASAN HISHAMMUDDIN TAK MEYAKINKAN, MALAH SEPERTI MEMPERBODOHKAN ORANGRAMAI

Selepas beberapa jam didedahkan tentang tiga anggota tentera masih berkhidmat dengannya dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu turut memberi respon dengan mengarahkan siasatan segera dijalankan, Hishammuddin Hussein akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

Melalui laman twitternya, bekas Menteri Pertahanan itu menjelaskan, perkhidmatan tiga anggota tentera berkenaan hanyalah untuk sementara waktu saja.

Katanya, tiga anggota tentera itu sudah lama berkhidmat dengan beliau dan mereka juga mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarganya.

Begitu pun, kata Hishammudin lagi, beliau telah menawarkan ketiga-tiga anggota tentera itu untuk bekerja dengannya di mana jika mereka  bersetuju menerimanya,  mereka perlu berhenti dari Angkatan Tentera dengan serta-merta.
Melihat kepada jawapan atau penjelasan Hishammuddin ini, jelas sekali bahawa ia langsung tidak meyakinkan, malah seperti cuba "memperbodohkan" orangramai.

Di mana logiknya beliau mengatakan ketiga-tiga anggota tentera itu berkhidmat dengannya hanya untuk sementara waktu?

Bukankah sekarang sudah lebih daripada 100 hari beliau bukan lagi menjadi Menteri Pertahanan?

Bolehkah dipanggil sementara waktu jika sudah melebihi tiga bulan lamanya?

Berapa lamakah tempoh sementara waktu yang diperlukan oleh sepupu Najib Razak itu untuk terus menggunakan khidmat tiga anggota tentera berkenaan?

Tidakkah sebaik saja hilang jawatan sebagai Menteri Pertahanan, khidmat pengiring tentera itu seharusnya ditamatkan seiring dengannya?

Siapakah yang memberi kebenaran kepada tiga anggota tentera itu untuk terus berkhidmat dengan Hishammuddin?

Selain itu, alasan Hishammuddin bahawa ketiga-tiga anggota tentera itu rapat dengan keluarganya lalu terus dikekalkan berkhidmat dengannya langsung tidak boleh diterima oleh logik akal yang waras.

Kenapa dicampur-adukkan soal keluarga dengan khidmat pengiringnya yang merupakan daripada anggota tetap tentera?
Lebih memualkan lagi ialah kenyataan Hishammuddin bahawa

ketiga-tiga anggota tentera itu sudah ditawarkan pekerjaan dengannya di mana jika menerimanya, mereka mesti berhenti daripada Angkatan Tentera dengan serta-merta.

Kenapa baru sekarang mereka ditawarkan pekerjaan?

Mengapa tidak mereka ditawarkan pekerjaan setelah beberapa hari selepas 9 Mei lalu iaitu sebaik saja beliau bukan lagi memegang jawatan Menteri Pertahanan?

Mengapa, hanya setelah didedahkan media, baru berbangkit soal ditawarkan pekerjaan itu?

Bagaimana agaknya jika perkara ini tidak didedahkan media?

Adakah ketiga-tiga anggota tentera itu akan terus berkhidmat dengan Hishammuddin  buat selama-lamanya tetapi tetap dikatakan hanya untuk sementara waktu saja? 

(ShahbudinHusin 25/08/2018)
Shahbudin dot com: PENJELASAN HISHAMMUDDIN TAK MEYAKINKAN, MALAH SEPERTI MEMPERBODOHKAN ORANGRAMAI
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/penjelasan-hishammuddin-tak-meyakinkan.html

Kecut perut akhirnya kaki fitnah ini 
mohon maaf dari Khalid dan Mujahid
NGO mohon maaf pada Khalid, Mujahid dakwaan anjur pesta gay
Mohamad Fadli.

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Muslimah Islam Malaysia (GMIM) memohon maaf kerana mengaitkan Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dengan penganjuran pesta gay di ibu negara.

Presiden GMIM Wan Asshima Kamaruddin berkata dia tidak berniat untuk mengaibkan Khalid dan Mujahid.

“Jika video tersebut disalah-tafsirkan sebagai memfitnah mereka maka dengan ini saya memohon maaf kerana saya tidak berniat untuk mengaibkan.

“Saya sudah mohon maaf kepada Mujahid melalui mesej secara terus kepadanya. Manakala Khalid saya telah berhubung dengan peguamnya, Zulhazmi Sharif untuk mengaturkan satu pertemuan antara saya dengan Khalid dan saya akan minta maaf secara terus,” katanya pada sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Wan Asshima ke balai polis untuk mengadakan sidang media memohon maaf dan menunjukkan gambar tiket satu acara yang diperolehi dari internet. Presiden GMIM mendakwa acara itu pesta gay tetapi laman web acara tidak lagi boleh diakses dan dia tidak mengetahui lokasi acara itu.

Pada 21 Ogos lalu, Khalid berkata dia akan menyaman Wan Asshima berhubung tuduhan menyatakan beliau dan Mujahid menganjurkan pesta gay terbesar di Kuala Lumpur baru-baru ini. Menteri berkata ia tuduhan yang berat dan tidak berasas dan dia mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan secepat mungkin.

Wan Asshima didakwa menuduh Khalid membenarkan penganjuran pesta gay besar-besaran melalui video di Facebook baru-baru ini tetapi video itu telah dipadam.

Susulan itu, laporan polis dibuat pada 20 Ogos lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi oleh Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Wilayah Zulhazmi Shariff dan Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hisham Fauzi. Kedua-dua laporan polis itu merujuk kepada tuduhan yang didakwa dibuat Wan Asshima di Facebook.

FMT sedang mendapatkan pengesahan daripada Mujahid berhubung permohonan maaf Wan Asshima. Peguam Khalid mengesahkan pemimpin GMIM itu mahu bertemu menteri itu bagi memohon maaf dan menjelaskan kenyataannya.

Wan Asshima bagaimanapun berharap Khalid dan Mujahid lebih fokus dalam isu untuk menyelamatkan anak muda yang semakin jauh terpesong dari landasan Islam yang sebenar bukan bermain emosi atau bersifat peribadi untuk membuat saman terhadapnya.

Beliau berharap Khalid boleh duduk semeja dengan GMIM dan berbincang mengenai masalah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Saya amat berharap Khalid dapat menerima teguran secara terbuka dan bersikap profesional dan beristiqamah dalam menerima tanggungjawab untuk menjaga negara ini

“Objektif utama saya juga menggesa Khalid menggunakan kuasa menterinya untuk menghalang semua kegiatan LGBT dan pesta gay bagi mengawal akidah anak remaja,” katanya.

at 8/26/2018 12:02:00 PG
KERENGGA: Kecut perut akhirnya kaki fitnah ini mohon maaf dari Khalid dan Mujahid
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/kecut-perut-akhirnya-kaki-fitnah-ini.html











Tiada ulasan: