Isnin, 27 Ogos 2018

Kalau exam kita nak gred A sokmo. 8106.


Rohaizan Ab Malek bersama Munirah Abu Bakar dan Lydiawati Selamat
21 Mei 2015
5 gred solat

😩Gred E 
Bila azan,buat tidak Tahu,Tengah memasak terus memasak,tengah berfb terus berfb,sedang tengok TV,terus tengok tv dan seumpamanya





😔Gred D 
Bila azan berkumandang,dia perlahankan tv,perlahankan radio,tetapi tetap meneruskan aktiviti,tidak bersedia untuk solat


😌Gred C 
Bila azan berkumandang,terus mengambil wuduk dan solat



😊Gred B 
Bila azan,terus berwudhu' dan Menuju ke masjid mahupun surau


😄Gred A 
Bila azan,sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu',dan bersedia untuk solat

Apakah gred solat Kita
Kalau exam kita nak gred A sokmo..

Solat macam mana? Ingatlah.!solat adalah perkara no. 1 yang akan ditanya oleh Allah di hari perhitungan nanti bknnya result exam!

Solat terjaga 💯insyaAllah benda lain pn 👍 Sama2lah kta balannce kn hal dunia & hal akhirat

Jom muhasabah😌
BACALAH KEJAP.. TAK DOSA PUN.. DAPAT PAHALA FREE 
LAGI  



🌴Sharing info moment.. Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."

Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun Daripada Sepotong Ayatku  

Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah"

7 kalimat yg harus di biasakan.. 


🍀
1. Bismillahirrahmannirrahim - Setiap hendak melakukan sesuatu. 


🌹 
2. Alhamdulilah - Setiap habis melakukan sesuatu. 


🍀 
3. Astagafirullahalazim - Jika melakukan sesuatu yg buruk. 


🌹
4. InsyaAllah - Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg. 


🍀 
5. Laa hawla walaaquwwata illaah billaah - Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk. 

🌹 
6. Innalillahi wainna ilaihi rojiun - Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian. 

🍀 
7. Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.
Ada 2 pilihan utk anda : 

👉 1. Biarkn sja text ini tanpa bermanfaat utk org lain. 

👉 2. Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.

🍃Rasulullah bersabda,"Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya, maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akann tetap memperoleh pahala..🍃

Aamiin ya rabbal alaamiin Semoga bermanfaat. Aamiin....
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
Hantar ke semua contact . Anda akan membuat beribu , malah h berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W 

Sirtama Panam
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=958650314165536&set=a.298332276864013&type=3&theater
Elias Hj Idris
(Berdasarkan kitab2 drp Tokoh Mereka)
 
1) Al Wahhabiyyah ialah satu kumpulan yang mengikut Muhammad bin Abdul Wahhab yang terbit dari Najd, Hijaz ini telah membuktikan isyarat Nabi SAW dengan keluarnya tanduk syaithon di dalam riwayat Imam Al Bukhari.

2) Muhammad bin Abdul Wahhab tidak mengakui seorang pun sebagai Islam di atas muka bumi selain jemaahnya dan semua yang menyalahinya dikirimkan orang untuk membunuh ketika tidur kerana dia mengkafirkan orang Islam dan halal darah mereka. Lihat kitab dan selain keduanya.
(4/262ج ) المحتار رد حاشية و 276 ص) الوابله السحب

3) Ulama sezamannya telah memberi peringatan untuk menjauhinya bahkan bapanya sendiri As-Syeikh Abdul Wahhab dan abangnya, As-Syeikh Sulaiman. Abangnya mengarang dua kitab untuk menolak Muhammad bin Abdul Wahhab;
pertama
فصل الخطاب فبي الرد على محمد بن عبد الوهاب
kedua
الصواعق الإلهية في الرد على الوهابية

Begitu juga gurunya turut memberikan amaran, seperti Muhammad b Sulaiman Al-Kurdi di dalam kitabnya Al Fatawa.

4) Golongan Wahhabi berkata sesungguhnya Allah duduk di atas ‘arash dan Allah duduk bersama Muhammad pada hari kiamat. Semoga Allah jauhkan kita daripada aqidah yang kufur ini.
Sila rujuk
(كتاب مجموع الفتاوى (ج4/374) و بدائع الفوائد (ج4/40)

5) Golongan Wahhabi mempertahankan mereka yang mengatakan alam ini ada bersama dengan Allah Ta’ala sejak azali. Moga Allah jauhkan kita daripada aqidah yang membawa kekufuran ini.
Rujuk kitab-kitab berikut
موافقة صريح المعقول (ج1/75)
ومنهاج السنة (ج1/24) ونقد مراتب الإجماع
168-شرح حديث عمران بن الحصين ص 193-شرح حديث النزول 161- مجلة التمدن محرم 1381ه ص 387

6) Golongan Wahhabi mengatakan Allah Ta'ala ada mulut seperti yang tertulis dalam kitab mereka yang bernama As-Sunnah di muka surat 77.

7) Golongan Wahhabi mengatakan: Umat Nabi Muhammad syirik dan syirik mereka lebih teruk daripada syirik menyembah berhala.
Rujuk kitab
281 و 266 ص التوحيد مجموعة.

8) Golongan Wahhabi mengkafirkan ahli Syam, Maghrib, Yaman, Iraq dan Mesir.
Rujuk kitab
217 ص المجيد فتح

9) Golongan Wahhabi mempertahankan mereka yang berkata neraka itu hancur tidak kekal seorang pun dan menganggap mempertahankan akidah ini mendapat pahala.
Rujuk kitab mereka
التعليق و 260 ص الأرواح حادي على رفع الستار ص 32

10) Golongan Wahhabi mengatakan Siti Hawa
رضي الله عنها adalah seorang musyrik seperti yang tersebut di dalam kitab Ad-Din Al-Khalish Juzuk 1 muka surat 160.

11) Golongan Wahhabi mencela para sahabat Nabi yang mulia, iaitu Bilal b Al-Haarith Al-Mazani Radhiallahu ‘Anhu dengan cap kufur dan melakukan syirik. Ini terdapat di dalam ta’liq mereka kepada kitab Fathul Baari cetakan Dar Ar Rayyan lilturath juzuk 2 muka surat 575.

12) Golongan Wahhabi mengatakan: Abu Jahal dan Abu Lahab lebih kuat tauhid dan tulus imannya daripada sekalian muslim yang menyebut kalimah
لا اله إلا الله محمد رسول الله
Rujuk kitab yang bernama
كيف نفهم التوحيد ص16 .

13) Golongan Wahhabi mengkafirkan mereka yang berpegang dan bertaqlid kepada satu mazhab daripada mazhab yang empat seperti yang tercatat dalam kitab yang bernama
الأربعة المذاهب من معين مذهب باتباع ملزم المسلم هل
dan mengatakan sesungguhnya taqlid itu raja kepada syirik seperti yang terdapat di dalam kaset salah seorang ulama mereka.

14) Firman Allah Ta’ala : “Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan sesiapa yang melakukan syirik denganNya” Pengikut Wahhabi berkata, “Sesungguhnya Allah mengampunkan setengah daripada syirik" seperti yang terdapat di dalam kitab
الألباني فتاوى351 ص

15) Imam Bukhari mengtakwilkan di dalam kitab sahihnya, firman Allah “Setiap sesuatu akan binasa kecuali wajah Allah" (Surah Al-Qasas ayat: 88) dengan berkata kecuali kekuasaanya namun pengikut Wahhabi mengatakan sesiapa yang mentakwil dengan takwilan ini maka dia bukan muslim seperti tercatat di dalam kitab
فتاوىالألباني ص 523

16) Golongan Wahhabi mengatakan, sesungguhnya sesiapa yang solat dan berpuasa dan berkata dengan lidahnya “Sahaja aku solat atau sahaja aku berpuasa” diazab di dalam neraka. Ini tercatat di dalam akhbar yang benama Australia Islamic review 26 March 9 April 1996 muka surat 10.

17) Golongan Wahhabi menghalalkan darah sesiapa yang berselawat ke atas Nabi saw secara kuat selepas azan dan menganggap ia lebih teruk daripada zina. Lihat akhir kitab Tarikh Al Sultonah Al-Uthmaniyyah dan kitab Ad-Dalil Al-Kaafi.

18) Wahhabi mengharamkan sambutan maulidur-rasul seperti yang terdapat di dalam kitab mereka
مهمة فتاوى45 ص
dan hampir mengkafirkan mereka yang menyambut maulidur-rasul seperti yang terdapat di dalam kitab
الإنسان صيانة 233 ص
tetapi mereka mengharuskan bagi mereka untuk berkumpul untuk ceramah sirah Muhammad b Abdul Wahhab sempena tahun kelahiran dan wafatnya. Lihat kitab
والدي هذا 123 ص

19) Golongan Wahhabi mengatakan bacaan Al-Quran kepada orang muslim yang mati termasuk di dalam kesesatan seperti di dalam kitab
مهمة فتاوى 32 ص

20) Golongan Wahhabi mengharamkan ziarah orang hidup kepada orang hidup pada dua hari raya. Lihat kitab
فتاوىالألباني ص 63

21) Imam Ali Radhiallahu ‘Anhu mengatakan, “Keluar pada dua hari raya kepada kubur termasuk daripada sunnah" menurut riwayat Al-Baihaqi. Tetapi puak Wahhabi mengatakan haram ziarah kubur pada dua hari raya seperti tercatat di dalam kitab Fatawa Al-Albani.

22) Golongan Wahhabi bercita-cita untuk menghancurkan kubah hijau Rasulullah saw dan menggalakkan kepada sesiapa yang bersedia bertindak sedemikian. Lihat kitab
الساجد تحذير 68 ص

23) Sabda Nabi SAW :
شفاعت له جبت و قبري زار من
“Sesiapa yang mengziarahi kubur aku dan diwajibkan baginya syafaat aku” Hadith disahihkan oleh Al-Hafiz As-Subki dan selainnya, tetapi puak Wahhabi mengharamkan ziarah kubur Nabi saw seperti di dalam kitab mereka
الكبرى الفتاوى 142 ص

24) Sabda Nabi saw,
إذا كانت ليلة النصف من شعبان فقوموا ليلها و صوموا نهارها
"Apabila malam nisfu Sya’ban maka "dirikan malam dan berpuasalah pada siang harinya” Riwayat Ibnu Majah, tetapi puak Wahhabi mengharamkan mendirikan malam nisfu Sya’ban seperti yang tercatat di dalam kitab mereka
مهمة فتاوى 57 ص

25) Firman Allah SWT
فالذين ءامنوا به و عزروه و نصروه و اتبعوا النور الذي انزل معه أولئك هم المفلحون
"Maka orang-orangyang beriman kepadanya dan memuliakannya juga menolongnya serta mengikut cahaya yang diturunkan kepadaya (Al-Quran) mereka itulah orang-orang yang berjaya” dalam surah Al-‘A’raaf :157, tetapi puak Wahhabi menghalalkan darah mereka yang membesarkan dan memuliakan Rasulullah saw seperti tercatat di dalam kitab mereka
مجموعة التوحيد ص 139

26) Nabi SAW bersabda: “Demi diri aku di dalam kekuasaa-Nya, membunuh orang mukmin itu lebih besar dosanya di sisi Allah daripada seluruh isi dunia” Riwayat An-Nasaie, tetapi puak Wahhabi menghalalkan darah orang islam sehingga ke Timur Jordan apabila disembelih orang wanita dan kanak-kanak sehingga bilangannya mencecah 2,750 lihat akhbar As-Sofa April 1924.

27) Golongan Wahhabi menghalalkan darah jemaah tabligh dan mengkafirkan ketua-ketua mereka seperti As-Sheikh Khalid An-Naqsyabandi dan As-Sheikh Muhammad Ilyas dan As-Syeikh Muhammad Zakariyya, As-SheikhMuhammad In’aam Al-Hasan Rahimahumullahu.
Lihat kitab mereka
التبليغ جماعة من التحذير في البليغ القول

28) Telah ittifaq ulama’ dan orang awam daripada orang Islam bahawa ayat
البصير السميع هو و شئ كمثله ليس
“Adalah Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatu apa pun dan Dia maha mendengar lagi maha melihat” - surah As-Syura:11 di mana ayat ini menunjukkan mahasuci Allah daripada menyerupai makhluk. Sebaliknya, puak Wahhabi berkata: ayat ini tidak sunyi daripada tasybih bagi Allah dengan makhluk seperti yang tertulis dalam kitab mereka
بغية المرتاد ص178

29) Sahabat Nabi Abdullah bin ‘Amr adalah beliau menggantungkan di atas tengkuk anaknya azimat yang daripada ayat-ayat Al-Quran dan daripada zikir. Diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan Al-Bukhari di dalam kitab mereka
العباد أفعال خلق
dan selain keduanya. Adapun puak Wahhabi mengharamkan dan menjadikannya jalan-jalan
kepada syirik seperti di dalam kitab mereka, iaitu
مهمة فتاوى111 ص

30) Rasulullah saw membenarkan wanita memakai emas seperti mana riwayat Ibnu Majah dan selainnya, tetapi ulama Wahhabi, Al-Albani mengharamkan memakai gelang, rantai dan cincin dan seumpamanya daripada emas kepada wanita.
Rujuk kitab
الزفاف آداب 132 ص

31) Golongan Wahhabi mengatakan orang yang berpuasa, jika bercium atau menyentuh atau bermesra-mesra atau berpelukan tanpa setubuh dan keluar mani atau mazinya tidak membatalkan puasa. Ini dinaqalkan oleh penulis kitab
الإنصاف عن زعيمهم ج 3 ص 301 و 315

32) Golongan Wahhabi mengatakan onani, iaitu mengeluarkan mani sama ada daripada sebab mencium isteri atau dengan tangan tidak membatalkan puasa seperti yang tersebut di dalam kitab
المنه تمام418 ص

33) Golongan Wahhabi mengharamkan ke atas umat Islam berkumpul untuk membaca Al-Quran atau mengajar agama sebelum solat Jumaat seperti yang terdapat di dalam majalah mereka
آب السادس العدد ذكرى 26 و 25 ص 1991

34) Golongan Wahhabi mengharamkan menyebut “Sodaqallahul 'Adzim” selepas membaca Al-Quran seperti yang tersebut di dalam majalah mereka
العلمية البحوث

35) Golongan Wahhabi mengharamkan ke atas orang Islam kekal di bumi Palestin dan menyuruh mereka keluar dan meninggalkan wilayah itu kepada Yahudi seperti terdapat di dalam kitab mereka
في الأردنية اللواء جريدة و 18 ص الألباني فتاوى7/8/1992

35) Golongan Wahhabi mengatakan As-Syeikh Hassan Al-Banna rahimahullah sebagai musyrik kerana mengajak kepada syirik dan kesesatan seperti tertulis dalam majalah mereka
اني كانون 830ى العدد الم1996

36) Rasulullah SAW mengajar seorang lelaki buta agar berdoa
اللهم إني أسألك و أتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة يا محمد إني أتوجه بك إلى ربي في حاجتي لتقضى لي صححه
Hadith disahihkan oleh At Thobrani dan selainnya, tetapi puak Wahhabi mengkafirkan mereka yang bertawassul dan beristighasas dengan Rasulullah saw seperti yang terdapat di dalam kitab mereka
التوحيد مجموعة 139 ص

Semoga Allah memelihara kita dan anak cucu kita daripada fahaman takfir, tasyrik dan tabdi' yang menghalalkan darah umat Islam. Semoga apa yang saya catitkan ini kerana Allah tidak kerana yang lain selain-Nya. Ayuh kita kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadith seperti mana yang difahami oleh salafunassoleh daripada
Imam-Imam mazahib dan para ulama yang tulus berantaian daripada Nabi Muhammad saw sehingga kepada kita pada hari ini.

Allahul Musta'aan..

Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
BA (Hons)Usuluddin Akidah dan Falsafah
Universiti Al-Azhar Mesir.

Elias Hj Idris: KESESATAN PUAK WAHHABI
http://ikanlepu.blogspot.com/2018/08/kesesatan-puak-wahhabi.html




Tiada ulasan: