Khamis, 6 September 2018

Jika engkau melihat seekor semut terjatuh di air. 8155.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 

Jangan layan si kafir yang memperolok-olokkan Islam kerana target mereka ialah sehingga kita tunduk dan mengikut mereka. Nauzubillahminzalik.

Allah berfirman yang berbunyi...


وَٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَٱسۡتَكۡبَرُواْ عَنۡہَآ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ‌ۖ
هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ

Maksud firman Allah. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, mereka itu penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (QS Al-A’rof:36)

Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SubhanahuWaTalla. 

Firman Allah SubhanahuWaTalla yang bermaksud: “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” [QS. AL 'IMRAN (3):185] 
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه

استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه

استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
Jika engkau melihat seekor semut terjatuh di air, maka angkat dan tolonglah. Barangkali itu menjadi penyebab ampunan bagimu di akhirat.

Jika engkau menjumpai batu kecil di jalan yang boleh menggangu jalan kaum muslimin, maka singkirkanlah. Barangkali itu menjadi penyebab dimudahkannya jalanmu menuju syurga.

Jika engkau menjumpai anak ayam terpisah dari kumpulannya, maka ambil dan letakkan ia dengan kumpulannya. Semoga itu menjadi penyebab Allah mengumpulkan dirimu dan keluargamu di syurga.

Jika engkau melihat orang tua memerlukan tumpangan, maka hantarkanlah ia. Barangkali itu menjadi sebab kelapangan rezekimu di dunia.

Jika engkau bukanlah seorang yang menguasai banyak ilmu agama, maka ajarkanlah alif ba' ta' kepada anak2 mu, setidaknya itu menjadi amal jariyah untukmu yang tak akan terputus pahalanya walaupun engkau berada di alam kuburmu.-

Semoga Allah rahmati kita. In Syaa Allah. 
'Wang diberi depan MB Pahang, calon BN sebelum mengundi'
Abdul Hafiz  |  Diterbitkan 5 Sep 2018, 6:33 petang  |  Dikemaskini 5 Sep 2018, 6:35 petang
Tok batin Harun Siden memberitahu Mahkamah Pilihan Raya bahawa Menteri Besar Baru Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Anggota Parlimen Cameron Highlands C Sivarraajh menyaksikan pemberian RM300 seorang kepada tujuh tok batin, termasuk dirinya.

Harun berkata pemberian itu dibuat tiga hari sebelum mengundi.

Saksi kedua kepada calon DAP M Manogaran itu berkata wang daripada Sivarraajh itu diedarkan pihak lain kepada tok batin.

"Wan Rosdy dan Sivarrajh naik helikopter dan mendarat dekat Kampung Tual dan Kampung Sinderut untuk menghadiri sukaneka pada 6 Mei,” katanya.

“Ketika wang itu diberikan Wan Rosdy dan Sivarrajh berada di situ,” katanya.

Harun mendakwa wang itu adalah dorongan supaya Orang Asli mengundi BN.

Dia berkata demikian menjawab soalan K Shanmuga yang mewakili Manogaran.

Selain itu, Harun berkata dia ada mendengar bahawa wang sebanyak RM9,300 diberikan kepada seseorang yang bernama Ah Chah untuk diedarkan kepada Orang Asli RM50 seorang sebelum hari mengundi.

“Saya terima tambahan RM50 (dari Ah Chah) dan diberikan resit dengan nombor siti menyatakan pusat mengundi dan logo dacing BN.

“Sivarraajh beritahu kami dia muda dan boleh kerja keras untuk membangunkan masyarakat Orang Asli.” Wan Rosdy beritahu kami Makan BN, mandi BN, tidur BN.”

Wan Rosdy ialah anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, tempat di mana Harun tinggal.

Manogaran mendakwa BN menjadikan amalan rasuah berleluasa di kalangan Orang Asli. Perkara itu, katanya, menyebabkan dia gagal mendapat jumlah undi sepatutnya dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu, sekali gus menyebabkan kekalahannya.

https://www.malaysiakini.com/news/441839






Komen


PERINGATAN: 
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

bukan sivarajah seorang saja, kebanyakan calon BN guna amalan ini , PH harus siasat semua bekas menteri umno, mca dan mic yang mempunyai kekayaan yang luar biasa. Kebanyakan guna nama lain untuk sembunyikan harta mereka malah diluar negara pun mereka menyimpan harta guna nama orang lain. SPRM harus cari kaedah baru untuk buru pengkhianat ini

Saya yakin siasatan sedang dijalankan dan ambil masa utk dakwa orang2 hanat ini.

yg aku heran SPRM hanya lipat anak bilis dan ikan keli yg jerung sampai sekarang sedang bermaharaja lela lahap duit rasuah

Badaruddin Atan
Hunt them like a dog they are...

Ini adalah SOP umno di kesemua kawasan yg ditandingi... duit daripada pak arab yg bernama Jo Lo... mati2 penyokong tegar umno dan pas tak percaya...

Emeris Yac . Sprm lama tuuu......baru punya, semua ikan masuk lukah

Emeris Yac. Tidak juga begitu. Berperingkatlah. Kes terlalu banyak zaman BN,Umno ini. Satu persatu. Kes spt dalam pilihanraya ini bukan di Pahang saja tapi Satu Malaysia.

Siasat skandal bungalow dap guan eng skali..settle mcm tu ja..ingt org bodo ka..

kasi pecah semua .... lepas ni timbul la plak kes lebai bg duit minyak di Kota Bharu.

Betul tu.siasat orgx bn sampai lubang cacing.siasat sekali bekasx tok ket kampung masa bn memerintah.sbb kat kpg aku masa ngundi itu hari diorg ada sediakan duit minyak utk pengundix yg balik dari luar.tapi bukan semua org dpt.sbb diorg boleh tahu seseorang itu pangkah apa pada pru sebelumnya.rupanya pondok yg disediakan sebelum ngundi tu adalah tempat mereka check no kp kita dan semak dlm web. Rupax nya disitulah mereka dpt tahu kita pangkah apa pd pru yg lepas.dan apabila mereka dah tahu kita pangkah apa maka duit minyak utk kita telah dinafikan. rupanya bukan saya seorang yg jadi mangsa tapi byk lagi yg jadi mangsax mereka ni.yg jadi tandatanya skrg ni klu duit tu tak duberi kpd yg berhak maka kemanakah perginya duit tu akhirnya.setahu saya peruntukan sebegini juga terdapat dimana tempatx mengundi.jadi klu nak dihitung agakx berapa agaknya jumlah semuanya.dan klu tak diagihkan ke semua yg layak maka kemana perginya duitx itu.cer beri pencrrahan sikit.

jika pengundi diberi suapan masa mengundi bererti kitalah yang membenarkan amalan korupsi berlaku pada kerajaan yang dipilih...sepatutnya pengundi perlu bersikap jujur dan amanah jika mahukan sebuah kerajaan yang bersih cekap dan amanah...rakyat mesti menolak pemimpin yang tiada integriti agar kuasa yang diberi tidak disalahguna untuk kepentingan diri.

padan muka. bagi duit pun tak sama rata . ada banyak banyak sangat . ada yang sikit sangat tak dapat langsung pun ada .

apa nk heran...duit pengundi luar org depa jgk sapu..cikgu besar sekolah rendah parlimen kubang pasu pegang duit pengundi luar konon sebagai bendahari cawangan amno...berlagak dpt pegang duit x nk bagi duit sebagai pengundi luar konon dpt info kita ni sokong pembangkang...tu pun nk bagi sorang rm100 saja..yg lain depa sapu

https://www.malaysiakini.com/news/441839

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani telah bersiaran langsung.
BAB22 : Nasihat atau memberi peringatan, dari kitab Riyadhus Solihin
BAB23 : Mengajak manusia melakukan kebaikan, mencgah daripada kemungkaran
Sebarang Sumbangan wakaf untuk Maahad Tahfiz boleh disalurkan Diatas Nama "Matan Centre"
Maybank 562106669048
CIMB 8602618497
Bimb 12038010119044
www.matancentre.com/derma
Firman Allah: 
اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ
Maksudnya: 
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. (QS. Al-Fatihah:5)

The secret weapon of the Muslims, Prayer is the weapon of all Muslims. The effort without prayer is arrogant and prayer without usha is a lie 

The secret weapon of the Muslims: 
Prayer is the weapon of all Muslims. 
The effort without prayer is arrogant 
and 
prayer without usha (endeavor) is a lie 

Senjata rahsia orang Islam:
Doa adalah senjata kepada semua umat Islam.
Upaya tanpa doa adalah sombong
dan
doa tanpa usha (ikhtiar) adalah dusta

Yang baik bukan hal untuk diwar-warkan.  

If dah xngam, semua serba xkena. Itulah antara tanda jiwa itu punya penyakit hasad dengki, iri dan khianat. Ialah bila dah xsuka, dah xgeng, dah xseGrup, xada dah kata sepakat... Walau pun dulu-dulu pernah sepentas, sealiran perasaan dan harapan.

Semua ini terjadi bila pemimpin yang disegani sudah berpindah ke alam barzah. Nasihat dan pesan-pesan semasa hayat Allahyarham sudah tidak dijadikan penentu kepada hala tuju sesebuah kumpulan, sesebuah gagasan, sesebuah gabungan dan sebagainya. Titik persamaan turut meninggal bila pemimpin penyatuan sudah Allah jemput kembali pada Nya. 


Sebenarnya Pemimpin Melayu kaki songlap, baru ada rasa segan dengan anak buah, bila Pemimpin Malaysia berbangsa China yang bukan beragama Islam membongkar pekong mereka. 

Al maklum selama ini kejahatan dapat ditutupi, tetapi Kuasa Allah lebih besar dari kuasa manusia menutup aib diri. Kalah bererti Allah telah tidak melindungi aib seseorang yang telah mengkhianati perintah dan larangan Allah. 

Akhirnya pekong anak-anak buah, pekong kaki ampu, pekong pembodek, pekong penyokong kaki jelap Ringgit Malaysia pun turut terbongkar sama. Dapatlah title Pemimpin Melayu Bangsawan tetapi kleptokrasi sebab sombong, tamak haloba, lupakan Allah Subhanahuwatalla dan Nabi Muhammad Sallahualaihiwassalam Pesuruh Nya. Astaghfirullahalazim. Nauzubillahminzalik. 

Pemimpin yang bersih tidak akan tunjuk dirinya bersih, pemimpin buruk akan fitnah orang lain berbuat jahat, untuk tutup keburukannya. Pemimpin yang bagus tidak akan mengangkat dirinya Ulama, title Ulama akan muncul dengan sendirinya kerana takwa dan iman seseorang. Title ulama bukan parti yang bagi tetapi Allah Subhanahuwatalla yang kurniakan.

Ulama sebenarnya seorang yang amat pemalu dengan Allah Subhanahuwatalla. 

Aku doakan Datuk Seri Mohamad Hassan dari Barisan Nasional yang memenangi kerusi DUN itu tanpa bertanding. Hilang kerusi dan hilang kelayakan bertanding semula dan hilang kerusi Parlimen bila ada pihak berjaya buktikan salah lakunya di mahkamah. In Syaa Allah. Aamiin. pcQ

PAS: Malaysia hilang kerajaan sangat baik sejak PRU14
Anne Muhammad  |  Diterbitkan 6 Sep 2018, 2:48 petang  |  Dikemaskini 6 Sep 2018, 3:47 petang

Jika pemimpin Umno mendakwa orang Melayu sudah kehilangan kuasa di negara ini sejak 9 Mei lalu, PAS pula melihat suasana semasa lebih parah.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Sallehen Mukhyi berkata parti itu berpendapat negara ini sudah kehilangan sebuah kerajaan yang "sangat baik" apabila keputusan pilihan raya umum (PRU) lalu menyaksikan Pakatan Harapan (HARAPAN) mengambil alih Putrajaya.

“Bukan sekadar Melayu (hilang kuasa) tapi rakyat hilang kerajaan yang sangat baik.

"(Kita) ingatkan (sangka) apabila mereka (HARAPAN) dapat tumbangkan BN, maka rakyat dapat bernaung dengan baik bawah HARAPAN, tapi apa yang berlaku ialah rakyat berasakan taraf kehidupan semakin teruk.

"Ini yang pertama sekali dilihat rakyat marhaen,” katanya pada sidang media di Bilik Operasi Induk PRK Seri Setia di Shah Alam, hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pada 2 Sept lalu anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengumumkan orang Melayu di negara ini sudah kehilangan kuasa.

Berucap di majlis Himpunan Kebangkitan Melayu Pasir Salak di pekan Kampung Gajah, Perak Tajuddin berkata kerajaan HARAPAN hari ini dikawal oleh kalangan bukan Melayu.

Hakis semangat beragama

“Lebih separuh daripada jawatan dalam kerajaan hari ini dipegang oleh orang bukan Melayu dan bukan Islam.

"DAP sendiri mempunyai lima atau enam jawatan, dan mereka juga mempunyai lebih banyak timbalan menteri. Separuh daripada kerajaan adalah kerajaan DAP," katanya yang juga anggota parlimen Pasir Salak.
Bagaimanapun untuk rekod, 17 daripada 28 menteri dalam kerajaan HARAPAN sekarang ialah Melayu Islam.

Kata Sallehen ketika ini orang Islam di negara ini semakin terhimpit dengan pelbagai isu termasuk fahaman liberalisme dan amalan Syiah.

Selain itu katanya, isu berkaitan akidah lebih besar berbanding Melayu. “Hari ini bagi saya jika kita cakap tentang isu Melayu, tapi sebenarnya ia merentasi kehidupan orang Islam yang semakin terhimpit, bentuk kehidupan umat Islam bercelaru dengan fahaman yang masuk.

"Bukan setakat liberal, amalan Syiah terbuka mengancam akidah - itu saya fikir isu lebih besar daripada kekuasaan (orang Melayu).

“Hari ini dalam kerajaan HARAPAN yang paling mendominasi ialah DAP.


“Jadi sebab tu saya percaya rakyat melihat mereka mempunyai agenda tersendiri, bukan sekadar melupakan kekuasaan orang Melayu tapi pada waktu sama menghakis semangat hidup beragama dalam negara,” katanya yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.

https://www.malaysiakini.com/news/441977

Web Pro Umno BN: 
[video] Lawatan Mahathir ke Brunei hampa!
Posted onThursday, September 6, 2018 -09-06 02:10:46'AuthorKamaluddin @ 阿列克斯

Dalam minggu ini muncul video Mahathir keluar dari bilik mesyuarat di Brunei, berjalan dalam keadaan yang tidak bermaya, hingga menimbulkan kerisauan pengawal peribadinya yang cuba memapah tapi dilarang Mahathir demi menjaga air mukanya di depan wartawan yang sedang tunggu di luar.

Malah muncul juga gambar suasana mesyuarat tergempar PH, yang terpapar wajah Mahathir betul-betul tertekan dan juga terpapar wajah Mat Sabu dan Guan Eng seolah-olah sedang dibelasah Mahathir cukup-cukup!

Dalam kenyataan FMT Mahathir melahirkan kononnya dia sudah buat sebaik mungkin tetapi keadaan menjadi semakin rosak atau hancur dari tangannya.

Ini mengingatkan aku ke atas doa terakhir Allahyarham Ustaz Fadzil Noor yang pernah berkata “Saya doakan Mahathir, umurnya cukup panjang untuk melihat kerosakan yang dilakukannya”

Apa dah jadi lawatan ke Brunei langsung tidak diumumkan apa matlamat sebenar lawatan tetapi Mahathir menggambil tindakan drastik membatalkan semua laluan lebuhraya PAN Borneo melalui Brunei. Walhal seinggat aku! Sultan Brunei pernah menyatakan rasa gembira tak terkira ketika lawatan mantan PM ke-6 mengumumkan laluan tersebut ketika melawat Baginda di Brunei.

Rupa-rupanya sebelum Mahathir sempat bertemu Raja Brunei, President China lebih awal kautim ooi! Kena games mahathir kali ni!

BACA sini: Rich But Running Low, Tiny Brunei Joins China’s Grand Belt & Road Design
https://www.forbes.com/sites/ralphjennings/2018/04/11/rich-but-strapped-for-income-tiny-brunei-hooks-up-with-china/#1102d8cbc50c
Alahai kerja nak meminjam je kau! Nak cari duit sendiri tak reti! Kerja perabis rizab negara je! Kalau perangai camni rizab Keseluruhan RM1.4 trilion peninggalan Najib lesap disapu penyamun PH yang tommy thomas bagi lesen kebal undang-undang!

Tamparan paling hebat terhadap Mahathir apabila kerajaan China sanggup tangguhkan hutang beratus bilion terhadap negara Afrika yang tidak mampu membayarnya dan memberi pinjaman tambahan sebagai memulihkan keadaan ekonomi mereka. Walhal selang seminggu sebelum itu Mahathir sudah habis merayu memohon bantuan pinjaman RM40 Bilion daripada China tetapi China tolak dengan cara memalukan Mahathir di depan sidang media yang dipertontonkan di seluruh dunia.

BACA sini: China ikrar labur RM247 bilion di benua Afrika
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2018/09/469365/china-ikrar-labur-rm247-bilion-di-benua-afrika
Juga tidak lupa bagaimana Mahathir 2 kali melawat Jepun tapi permohonan pinjaman telah ditolak Jepun kerana faktor tidak yakin akan kebolehan dia berbanding Dato Sri Mohd Najib Tun Razak. 

Ini membuktikan gelaran Harimau Asia semasa dia PM ke4 telah hilang kuku pada ketika dia PM ke7. 

Berbanding dengan Najib Razak ibarat emas dengan batu, Najib dalam 9 tahun mentadbir negara menghasilkan 20 kali ganda kejayaan berbanding 22 tahun era PM ke4.

Bolehkah Mahathir sebelum meninggalkan dunia ini dalam keadaan berjaya mencuci segala dosa-dosanya dengan hanya bijak memanipulasikan kata-kata sahaja? atau bakal menjadi bahan cacian generasi ke generasi untuk 1000 tahun lagi. 
LIHAT video disini: https://youtu.be/wNz1sl9OjaY
Recent Posts



















41 Replies to “[video] Lawatan Mahathir ke Brunei hampa!”





Tadak isu dah tu





Kan Wan Sury…kesian TUN… Nmpk sungguh orng kita tak hormat dgnnya





Jangan jealous ok huhu..😜😂👏





Fitnah kuat..🤔😕





Semoge panjang umor Tun..dan lihat la semua yg telah jahanam d tangan mu…Hancingg..





Kesian pok din, jd x keruan bila bn tewas…..menyalak setiap masa





Saya Sangat Terkejut
SST





Din bacul tua menyalak tiap msa





Cemburu kah ??
🤣🤣🤣





Hahahaha…. 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻





Padan muka… umur dah nak.ke tgah mlm…tp masih sebok mengejar kuasa, kekayaan… Patut lg tua, jasa dahulu dikenang rakyat…. ini terbalik.. semakin tua..makin dibenci rakyat… Pemimpin yg dibenci oleh rakyatnya.. dikasihi oleh tuhan ker???





Merapu jee yg wat satatement ni hang mati nnti pon kena jawab Semua fitnah yg hang buat jgak.. Lepas tu yg komen2 kutuk tun m pon kena jgak jawab kat akhirat nnti..





DSN berusaha utk memulihkan dan mengembalikan kepercayaan pelabur luar dan keyakinan rakyat slps pengunduran PM4 tapi dihancingkan oleh PM7 n geng semata2 utk menjatuhkan BN dgn kuasa memilij rakyat..





Syukur alhamdulilah bila tun m nak mati ada dia dalam negara melaysia pun nak buat apa selalu menyusah kan rakyat





baru blik kursus kat janda baik ke??😁😁😁





X tahu la





It is very likely that….
PH could issue treasury bills at any times to repay the tax refunds. Unfortunately, someone lost 66billions ringgits to save ringgit status.
They could not issue extra treasury bills because restricted by the threshold gazetted in Treasury Bills Act (Act 188).
Then this old man flew here and there to borrow money.
They
1. fabricated that Najib stole the money as an excusevto delay tax refunds;
2. stop salary increment for civil servants;
3. stop BR1M;
4. delay three mega projects, making much noises in order to force Singapore and China to agree;
Initially, they got 1billions from Brunei Sultan. After finished it, the old man flew to Brunei again….





Lagi nak membangang fitnah ni… Hummmm…





Hahahaha…statement ini sesuai untuk ujian pemahaman dan mencari kesalahan ayat.





Habiskan harta negara pandai la





Najib ibarat anak emas ku sazali enjoy dgn wang yg ada. Kini tun m yg tkpsa memulihkan semula kerosakan dgn keadaan kekurangan wang.





Ibaratkan tikus baiki labu 😆😆😆





Padan muka





semua muka monyok





sokong tun





Ap aje cik kak ni mlalut, mls mbaca! Mmg la madey asal BN,,tp tgk la beza cmne, tgk plk la skrg sape, mat sabu, cina tu BN ke?





Sama je smua! Madey pn asl BN jg. Mslhnya ahli politik mmg kje songlap duit ngara, lpstu rkyt yg kna byr! Jibbyrosmah mmg pnyamun celaka sama mcm kuttyparia nk mlingkup ngara demi ksnngn kroni dn pribadi! Tgklh ank jarjis. Hrta brbillion. Hello! Kau mnteri, servant krajaan. Mcmna hrta kau mnglhkn bizman? MAS tu dana, modal krjaan! Untung wajib pulngkn pd rkyt, bkn msuk poket kau! Patutlh MAS mlingkup!Korng tggulh tekak korng kna radak besi api nraka sok!





Yg kondem nie konfirm yg dah tak dapat projek dari kerajaan najib tue yg melalak sana sini patu cakap la madey mcm2 walhal 2 x 5 jer.. 🤣🤣🤣





Perangai busuk hati,dengki masih tetap dan terus mengelapkan hati org spt pakdin.





Dah tua dah..sebelum pergi ke China..dok kata Malaysia kena jual dgn Negara China…batalkan projek berkaitan dgn Kerajaan China…lepas ke China konon tarik pelabor China..boleh percaya ke..
Kemudian ke Brunai siap2 batal projek jln ke Brunai lebuhraya Borneo yg diusahakan sendiri Kerajaan Sultan Brunai..Apa rahsia tujuan sebenar jumpa Kerajaan n Sultan terkaya di dunia..pergi Indonesia pon hasilnya pon tak nampak..bila pulak pergi je Amarika..negara Arab..Filipina dan mana sahaja yg disuka..Honeymon menjelang habih umur..Tahniah atas usaha sebegini..dgn izin..rakyat mengharapkan janji2 PRU 14 ditunaikan..tapi apa yg rakyat dapat…ada kah cerah masa depan..utamanya anak2 habis sekolah belajar tinggi2 duit dan masa banyak habis..la la kerja sendiri yg tak perlu pergi sekolah..ada kah Sistem kehidupan sekarang betul….






Bonny Wong says:





Din kau dah dapat gaji tak ni?





Hahahahaha.. bodohnya statement.. macam ko bagus sangat..





Janji Allah tu pasti.
Doa org yg ditindas itu tiada hijab
Pergi la mana pun tetap org benci
Kerajaan PH sila la stanby utk bungkus





Pandai betul loyar buruk ko ni





APA merepek la ko Ni pagi2 buta pakdin..tidola..esok pagi ko nak jalankan tugas menjilat jubo tahik alnajibirosmahi penyamun pulak…





Sebenarnya kami tak ada masalah dengan Tun M, masih sayangkan dia.
Cuma tak berapa puas hati dengan PH.
Sebaiknya dia patut berehat.
Ada di antara kami masih mahu Barisan Nasional kembali.





syukur alhamdulillah… selamat duit rakyat.





kutty tiada otak


[video] Lawatan Mahathir ke Brunei hampa! – Portal PakDin.my
https://pakdin.my/video-lawatan-mahathir-ke-brunei-hampa/
Lain-lain perkhabaran: 
Oskar Schlemmer’s 130th Birthday
Thursday, 6 September 2018
PAS MASUK BN ATAU UMNO SERTAI GAGASAN SEJAHTERA?

Sebelum ini Pas ada mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu sedang mempertimbangkan untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang akan diadakan hujung bulan ini.

Menurut kata Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, pihaknya sedia menghadiri PAU 2018 sekiranya menerima jemputan daripada UMNO.
Hari ini, UMNO pula, walaupun belum mendapat undangan rasmi daripada Pas, secara terbuka mengatakan akan hadir muktamar parti itu yang akan diadakan di Kuala Terengganu, hujung minggu depan.

Yang pastinya kalau UMNO dijemput ke Muktamar Pas, kita akan hadir, kata Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob.

Serentak dengan itu, Ismail Sabri juga memaklumkan bahawa UMNO akan menjemput Pas secara rasmi untuk menghadiri perhimpunannya kali ini.
Bermakna, satu lagi perkembangan menarik tentang hubungan UMNO dan Pas sejak kedua-duanya menjadi pembangkang sekarang ini.

Cuma, persoalan seterusnya ialah apakah Pas akan masuk BN atau UMNO akan menyertai Gagasan Sejahtera? 

(ShahbudinHusin 06/09/2018)
Posted by Shahbudin Husin at 15:17 

12 comments:


Bubar aje umno dan masuk pas. Tu pun kalau sanggup.
PH = LGBT = UEC = RASIS = ULTRA KIASU = LIBERAL = SEKULAR = PLURAL = NEPOTISME = BOROS KRONI = KELENTONG KRASI = TERORIST = SYIAH = anti melayu = anti islam = ANTI RAJA = EVANGELIST = SUBAHAT KUASA ASING = SLOW SLOW TIPU ( SST )= SELECTIVE PROSECUTION = BN = SIS = G25 = MUNAFIK = KEDEKUT RAKYAT = anti hudud
Sampai bila kerajaan PH nak kaji Auku tanya Adam Adli

PETALING JAYA: Seorang aktivis pelajar tertanya sampai bila Pakatan Harapan mahu mengkaji Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) kerana perdebatan mengenai undang-undang itu berlarutan sejak 1970-an lagi.

Adam Adli berkata tempoh masa 5 tahun untuk memansuhkan akta itu tidak wajar dan terlalu lama, dan berita melaporkan hasrat mengkaji atau memansuhkan akta itu bukan perkara baharu.

“Buat apa kaji perkara yang sudah siap dikaji dan didebatkan selama ini seolah-olah kita tidak tahu apa hendak buat?” katanya.

Adam mengingatkan Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah semasa menjadi timbalan menteri pengajian tinggi tidak memerlukan masa 1 tahun untuk meminda Auku.

“Saya tak tahu apa pendirian Maszlee Malik sebelum jadi menteri pendidikan tetapi timbalannya, Teo Nie Ching antara ahli politik yang lantang dan faham masalah Auku selama ini,” katanya.

Semalam menteri pendidikan mengumumkan pentadbiran Tun Dr Mahahir Mohamad sedang mengkaji kemungkinan memansuhkan Seksyen 15 dan 16 dalam Auku yang didakwa menghalang kebebasan berpolitik di kampus.

Maszlee berkata pemansuhan akta itu, jika ia dilakukan, adalah langkah jangka pendek kerana dalam jangka masa panjang kerajaan mahu menggantikan undang-undang itu.

Adam menggesa Maszlee berhubung dengan kumpulan pelajar dan Saifuddin yang “fasih dengan masalah Auku”.

Sementara itu, Anis Syafiqah Yusof pula berkata para pelajar harus diberi kebebasan bersuara sepenuhnya dan bukan “sebahagian penuh”.

“Kerajaan perlu lihat aktivis yang disenarai hitam di universiti, diganggu atau dihukum, mengikut Auku,” katanya.

Anis juga berkata pelantikan Maszlee sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bercanggah dengan kebebasan dan autonomi akademi.

“Sepatutnya ahli akademi lain yang layak memegang jawatan presiden bagi mengelakkan pertikaian. Pelantikan Maszlee akan menyebabkan semak dan imbang terjejas kerana pertindihan tugas,” katanya.

: Sepatutnya aktivis mahasiswa kena kembali kepada PAS sebagai base untuk perjuangan mereka.... 

melayu ph bacul
Melayu dulu berani, kini penakut
RIDAUDDIN DAUD 6 SEPTEMBER 2018

Hanif ketika menjawab soalan daripada pemberita selepas konvensyen selesai.

SHAH ALAM - “Melayu yang begitu berani dulunya kini dah jadi penakut.”demikian kenyataan ‘pedas’ daripada bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar yang beranggapan orang Melayu kini tidak berani mempertahankan hak mereka.

Mengambil contoh siaran akhbar berbahasa Cina daripada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Hanif menegaskan tindakan berkenaan harus diprotes kerana ia merupakan satu kesalahan.

“Bila Guan Eng buat kenyataan rasmi dalam bahasa Cina, saya kena protes sebab dalam undang-undang memang tak boleh. Tun (Tun Dr Mahathir Mohamad) tegur, kata ini satu kesilapan.

“Tapi dia (Guan Eng) kata ini Malaysia Baru, mana boleh, saya kena protes. Tua-tua saya pun, saya kena protes sebab undang-undang yang kata begini.

“Kalau nak guna bahasa lain, kami kena nyatakan keperluannya dan kepada siapa kenyataan itu ditujukan. Kalau nak beritahu orang Cina, mereka orang sini (Malaysia) dan bahasanya adalah Melayu,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai menjadi panelis dalam program Konvensyen Karamah Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Hanif mendedahkan tanah rizab Melayu kini hanya tinggal 12 peratus berbanding 50 peratus selepas negara merdeka.

Menurutnya, beliau dan beberapa pemimpin akan berjumpa dengan kerajaan tidak lama lagi dalam usaha membincangkan langkah penyelesaian untuk isu tersebut.

“Bila kita tahu itu hak kita, kita mesti pertahankan. Tiada siapa nak pertahankan selain kita. Kita asyik beralah, beralah, sanggup ke asyik beralah.

“Itulah masalah orang Melayu sampai dia takut nak mengaku Melayu sebab dicop rasis tapi dalam perlembagaan siapa yang disebut?

“(Yang disebut) Melayu, Bumiputera, Sabah, Sarawak. Orang Cina tiada, Orang India tiada, disebut sebagai lain-lain kaum,” ujarnya.

Gabung jela... 
Jadi Barisan Sejahtera (PAS UMNO) + (MIC MCA)
bankami.blogspot.com

ph kurang bantu BUMIPUTRA
Kuota Bumiputera bukan punca rumah tak terjual
NUR FARHANA ABDUL MANAN 6 SEPTEMBER 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore53
Rizam Ismail

SHAH ALAM - Dakwaan yang mengatakan kuota Bumiputera menjadi punca projek perumahan di negeri ini tidak dapat dijual dibidas Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail.

Mengulas kenyataan Adun Sg Pelek, Ronnie Liu, Rizam berkata, beliau tidak terkejut apabila bekas Exco Kerajaan negeri itu meminta kuota Bumiputera bagi projek perumahan dikurangkan di negeri ini.

"Persoalan utama berkenaan masalah ini bukanlah tidak mahu dibeli tetapi adalah tidak mampu dibeli kerana harga diletakkan pemaju terlalu tinggi.

"Tindakan pemaju bina rumah 'mampu tengok' ini beri gambaran mereka sengaja tidak faham keperluan penduduk. Lebih banyak rumah mahal dan mewah dibina sedangkan keperluan semasa adalah rumah mampu milik," katanya.

Rizam yang juga Adun Sungai Air Tawar berkata, seperti laporan dikeluarkan Bank Negara sebelum ini, terlalu banyak rumah dibina tidak mampu dibeli kerana faktor rakyat yang berpendapatan rendah.

Beliau berkata, pemaju sepatutnya membina rumah sesuai dengan pendapatan rakyat bukannya melambakkan lagi pembinaan rumah mahal dan mewah.

"Kuota Bumiputera tak patut jadi alasan jika pemaju bina rumah mampu dimiliki golongan itu.

"Beliau (Ronnie) patut cari penyelesaian Bukannya guna cara mudah buat kenyataan yang jelas hanya lindungi kantung keuntungan pemaju namun ketepikan soal kepentingan dan keperluan rakyat," katanya.

Ronnie sebelum ini katanya, mendakwa kuota antara 50 peratus dan 60 peratus yang diperuntuk ketika ini tidak realistik sekaligus menyebabkan projek rumah tidak mampu dijual.

Beliau berkata, kenyataan tersebut dilihat bukan sahaja membela pemaju namun gagal memahami permasalahan sebenar mengapa unit-unit perumahan tersebut gagal dijual.

AHMAD MASLAN EHHH MASLEE

Maszlee perlu berpegang pada prinsip
NINA FARZUIN MD SHAROM 6 SEPTEMBER 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore481

Dr Maszlee Malik - Foto Sinar Harian

SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik diminta untuk berpegang pada prinsip dan kenyataan yang dibuat pada PRU14 lalu berhubung kebebasan institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, tindakan Maszlee menerima pelantikan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menjejaskan integritinya sebagai Menteri Pendidikan dan imej kerajaan PH secara keseluruhannya.

“Beliau harus berpegang pada prinsip dan kenyataan asalnya untuk memberi kebebasan kepada universiti dan segala tindakan beliau haruslah selaras dengan pendirian tersebut.’

“Keputusan beliau menerima pelantikan itu dengan sendirinya sudah menimbulkan keraguan dalam pemikiran dan persepsi rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Ini yang buat kami terkejut']

Menurut Jeniri, terdapat kemungkinan bahawa Maszlee akan bertindak bias kepada universiti lain dari segi tindakan dan keputusan yang dibuat.

“Bagaimana beliau boleh bertindak dengan adil jika beliau sudah menjadi presiden kepada universiti yang mana beliau pernah berkhidmat sebelum ini.

“Bagi saya tindakan itu sendiri lebih banyak membawa keburukan kepada beliau sebagai menteri,” katanya.

Ujarnya, melepaskan jawatan tersebut adalah tindakan yang terbaik bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugasan yang lebih berat sebagai Menteri Pendidikan.

“Beliau perlu jalankan tugasan sebagai menteri dengan mengemukakan gagasan-gagasan pembaharuan dalam kementerian dibawah pengurusannya kerana itu adalah tugas yang lebih mendesak.

“Mengapa harus menjerumuskan diri dalam tindakan yang kontroversi? Beliau harus berkecuali daripada semua universiti yang ada,” katanya.

Bahasa Melayu di pelosok buana
NIK NOR AHMARIZAM NIK AHMAD 6 SEPTEMBER 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore
Oh bahasaku!

BAHASA Melayu, sebagaimana yang diketahui khalayak pencinta bahasa mengagumi bahasa Melayu yang gah berkembang sebagai lingua franca, medium pengantara yang merentas sempadan kaum dan sempadan geografi.

Kehebatan bahasa Melayu pada abad ke-16 turut dirakamkan oleh sarjana Belanda, Francois Valentijin.

Dalam ruangan ilmiah ini, penulis ingin berkongsi dengan pembaca nan setia tentang tiga catatan kembara bahasa yang berkisarkan keagungan bahasa Melayu di pelosok buana milik al-Khalik ini kerana “Jangan ditidakkan, dapatan Unesco bahawa bahasa yang paling baik dan efisien untuk mendapatkan ilmu ialah bahasa ibunda.”

Catatan Kembara Bahasa 1: Sukan Asia 2018 ke-18 di Jakarta Palembang:

Selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysiaku nan tercinta yang ke-61. Sesungguhnya, tema “Sayangi Malaysiaku” benar-benar membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan atlet tanah air yang sedang berjuang dan memerah keringat untuk meraih pingat emas untuk negara dan rakyat Malaysia nan tercinta.

Pengulas-pengulas sukan tanah air di Pusat Pelayaran Antarabangsa Indonesia di Ancol dengan bangganya setia menggunakan bahasa Melayu tatkala berkongsi kejayaan atlet termuda negara, Muhammad Fauzi Kaman Shah, 16, yang meraih sekali gus menghadiahkan sebutir pingat emas menerusi acara pelayaran Laser Open 4.7 buat negara ketika Malaysia menyambut Hari Kebangsaan ke-61 pada 31 Ogos 2018.

Penganjuran Sukan Asia 2018 yang merupakan sukan terbesar di Asia yang diadakan di Jakarta Palembang sejujurnya menggirangkan rakyat Malaysia yang turut berkunjung ke sana sebagai pelancong atau peminat sukan tanah air.

Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat Malaysia akan bertutur dalam bahasa Melayu ketika bertegur sapa atau membeli-belah di sana.

Catatan Kembara Bahasa 2: Bumi Haramain: Selamat Hari Raya Aidiladha 1439 Hijrah daripada jemaah haji Malaysia di bumi Haramain. Jemaah haji Malaysia yang menerima jemputan dan menjadi tetamu Ilahi pada tahun ini menunaikan ibadat haji dengan penuh kesabaran, ketabahan, ketakwaan, keimanan, dan ketenangan untuk memperoleh haji yang mabrur.

Yang pastinya juga jemaah haji Malaysia akan menggunakan bahasa Melayu pelbagai dialek ketika bertemu sesama mereka baik di Makkah mahupun di Madinah.

Yang menggembirakan jemaah haji Malaysia juga ialah Imam Besar dua masjid agung di Makkah dan Madinah, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais turut menyampaikan khutbah Arafah pada musim haji tahun ini dalam bahasa Arab manakala terjemahan dibuat menerusi frekuensi radio khas dalam lima bahasa termasuk bahasa Melayu bagi memberikan manfaat kepada orang Melayu yang merupakan sebahagian besar kumpulan jemaah haji dari Asia Tenggara.

Catatan Kembara Bahasa 3: Pulau Nami, Seoul, Korea Selatan:

Tanggal 9 Ogos 2018, penulis berpeluang ke Pulau Nami, Seoul, Korea Selatan. Sesampai di pulau tersebut dengan menaiki feri, penulis dan rombongan Majlis Guru Besar Kota Bharu 1, Kelantan yang diiringi oleh Cik Lily Kim, pemandu pelancong berbangsa Korea yang begitu fasih berbahasa Melayu bercerita tentang keindahan dan keunikan Pulau Nami kepada kami.

Sewaktu melewati papan tanda “Selamat Datang ke Pulau Nami”, tetiba kedengaran lagu “Sonata Musim Salju” nyanyian Hazami yang popular awal tahun 2000 dari telefon pintar Cik Lily Kim. Rupa-rupanya, beliau yang mengagumi dan mencintai bahasa Melayu amat suka akan lagu dendangan Hazami itu.

Yang jelasnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa “tidak ada pihak yang boleh memadamkan status bahasa Melayu di bumi ini” kerana Melayu itu kalau berladang biar menjadi, kalau bersawah biar berpadi.

* Ruangan ini dikelolakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

PH KEDEKUT RAKYAT

MTUC: Kerajaan khianati pekerja miskin
Diterbitkan 6 Sep 2018, 3:16 petang | Dikemaskini 6 Sep 2018, 3:27 petang

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mengkhianati golongan berpendapatan rendah atau mereka yang berada dalam kumpulan B40.

Ketua Setiausahanya, J Solomon yang sebelum Pilihan Raya Umum lalu mendesak 14 juta pekerja menyokong HARAPAN, kini mendakwa gabungan itu tidak sensitif dan tidak peduli terhadap penderitaan golongan B40.

"Hak asasi manusia yang asas bagi warga B40 terang-terang dilanggar walaupun memiliki kerajaan baru," tegasnya dalam kenyataan media yang keras.

Salomon mengulas pengumuman Putrajaya semalam bahawa gaji minimum akan diseragamkan pada RM1,050 sebulan, atau bersamaan RM5.05 sejam berkuatkuasa 1 Januari 2019.

"Peningkatan sebanyak RM50 daripada RM1,000.00 adalah jumlah yang kecil kepada buruh manakala kenaikan RM130 bagi Sabah dan Sarawak masih berada di bawah garis kemiskinan iaitu RM1,180 di Sabah.

"Selepas penangguhan selama 18 bulan dalam semakan pertama dan satu lagi penangguhan selama enam bulan dalam semakan kedua yang bersamaan 24 bulan menunjukkan sikap tidak mengendahkan pekerja miskin dengan kenaikan gaji minimum ini," katanya.

Menurutnya, golongan pekerja pada PRU lalu mengundi Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan harapan gabungan itu dapat membela nasib mereka.

Tambahnya, golongan itu juga tidak mampu hidup selesa dengan upah yang rendah dan kos sara hidup yang tinggi.

Bagaimanapun katanya pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak berjaya menurunkan harga barang yang akan terus menyebabkan beban kepada kumpulan B40.

"Bagi MTUC, kerajaan HARAPAN telah mengecewakan pekerja miskin sementara sikap sombong dan tidak mempedulikan tenaga kerja yang ditunjukkan oleh kerajaan terdahulu kini nampaknya muncul kembali oleh tindakan kerajaan baru.

"MTUC ingin mengingatkan bahawa adalah bodoh yang amat bagi mana-mana kerajaan untuk menunjukkan rasa tidak hormat kepada tenaga kerja dan membiarkan golongan buruh dimanipulasi.

"Pekerja akan bersatu untuk melawan sesiapa sahaja yang melemahkan maruah pekerja," tegasnya.

EVERLASTING KNIGHT = MATI PUCUK AT NIGHT = CAPTAIN MALAYSIA = PEROSAK MALAYSIA.

CAPTAIN MALAYSIA = GENG NAJIB = JUSTICE LEAGUE = 
yenggedey valikopo = LEBAI MODEN DLL

CAPTAIN MALAYSIA PENJILAT NAJIB 

NAJIB = UMNO = 1MDB = CURI RM2.6 BILLION DUIT RAKYAT = RASUAH RM90 MILLION KPD YOU KNOW WHO = KLEPTOKRAT = SONGLAP RM16 BILLION DUIT CUKAI HILANG = LAYAN UEC = ANTI BM = ANTI MELAYU & ANTI-ISLAM = ANTI EVANGELIST = SYIAH 

= JUAL TANAH KPD PUAK CHINA KOMINIS, BENARKAN FOREST CITY PROSPEK BERJUTA RAKYAT CHINA MASUK JADI PENDUDUK TETAP SELEPAS 12 TAHUN BOLEH MOHON KERAKYATAN = BENARKAN TEMBOK BESAR CHINA DI KUANTAN (COMMUNIST CHINA INSIDE MALAYSIA) = JEJASKAN MARUAH DAN KEDAULATAN BANGSA DAN NEGARA = EXTREMIST = TERORIST = PINDA AKTA KESELAMATAN NAK KUASA ISTIHARKAN DHARURAT BILA KALAH PRU14 = 

= SUBAHAT KUASA ASING PANGGIL CIA BILA NAK KALAH PRU14 = DERHAKA KPD BANGSA & NEGARA = MASUK PENJARA 10-20 TAHUN SELEPAS BICARA 7 TUDUHAN YANG SEKARANG SUDAH ADA DI MAHKAMAH = 

WHAT HE CAN DO (EQUATING STYLE) WE CAN DO BETTER 

Apa sekalipon kedua2 ketua parti ni dah tak releven. Tumpukan sepenuhnya pada PH dan perbetulkan segala kelemahan yg ada. Disamping itu elakkan dari bercakaran sesama sendiri.

Everlastingknightlah pulak.. Kahkahkah. Kelakar betul macai sekor ni.

https://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/pas-masuk-bn-atau-umno-sertai-gagasan.html
Teachers' Day 2018 (India)
MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...

Bahaya statement Ahmad Maslan ni

Anggota Parlimen Pontian Ahmad Maslan menyarankan para pengundi yang tidak berpuas hati dengan kegagalan Pakatan Harapan (HARAPAN) menghapuskan tol supaya tidak membayar caj tol yang dikenakan kepada mereka.

"Nak hapuskan tol, adakah mereka (Pakatan Harapan) hapuskan tol? Ada?

"Saya harap ada yang antara kita ni yang berani melangar palang-palang tol yang berada di mana mana. Langgar je tuan-tuan dan puan-puan palang-palang tol. "Kalau kena tangkap jangan cari saya. Tuan-tuan jawab sendiri," kata Ahmad kepada kira-kira 50 pengundi Melayu di ceramah MCA di Desa Baiduri Awam, Balakong malam tadi.

Menurut Ahmad, ada antara rakan beliau turut berbuat demikian kerana tidak mahu membayar tol. "Macam mana cara nak langgar tol, tuan-tuan fikirlah sendiri. Tetapi kalau ada apa-apa hal, ditangkap dan sebagainya, (akan) di bawa ke makahmah dan sebagainya," katanya.

Ahmad dalam ucapannya turut menyentuh mengenai video pemimpin DAP,  Tony Pua sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 yang berjanji HARAPAN akan memansuhkan tol sekiranya menjadi kerajaan. "Saya bertanya di Dewan Rakyat kepada Menteri Kerja Raya yang baru, Baru Bian, bila nak hapus tol ini. "Dia kata kalau nak hapus tol, kena belanja RM400 bilion. Mana ada duit RM400 bilion. Kenapa kamu janji menghapuskan tol hari itu (sebelum PRU)? "Kencing dan hancing satu Malaya tuan-tuan dan puan-puan," katanya.

Sebelum ini Calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong, Tan Chee Teong mengingatkan penduduk bahawa kawasan itu dikelilingi oleh tujuh tol yang ‘mengepung’ mereka. Menurutnya, penduduk Balakong seakan terperangkap dengan tol kerana terpaksa membayar tol untuk keluar ke Kajang atau Kuala Lumpur.

https://penburukonline.blogspot.com/2018/09/bahaya-statement-ahmad-maslan-ni.html

Jho Low cuba hubungi saya, kata Daim
Bernama

KUALA LUMPUR: Tun Daim Zainuddin hari ini mendedahkan jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low pernah cuba untuk menghubunginya beberapa kali bagi membantu menyelesaikan isu berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) itu berkata Jho Low pernah menelefonnya termasuk sebelum beliau ke China pada Julai lepas.

“Bila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nak hantar saya ke China, Jho Low ada berhubung, dia nak bercakap dengan saya tetapi saya tak mahu, dia ada telefon tetapi saya suruh beliau bercakap dengan wakil saya.

Dia (Jho Low) kata dia boleh tolong (dalam hal berkaitan 1MDB), (tetapi) sebelum ini saya dah kata dalam sidang media pertama bersama Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), jika dia tak salah baliklah, malam itu pun dia telefon saya,” katanya dalam temu bual eksklusif Soal Rakyat yang disiarkan di TV3 malam tadi.

Rancangan yang bersiaran selama sejam itu dikendalikan Tan Sri Johan Jaafar dan Mustapha Kamil Mohd Janor sebagai moderator.

Daim berkata sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pemerintahan negara, mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB sanggup menjadi saksi untuk menyatakan apa yang sebenarnya berlaku.

“Sekarang belum habis kita siasat ni, tiap-tiap hari kita dapat bukti baru yang mengejutkan. Jho Low terlibat (untuk) kait dengan Abu Dhabi, kait dengan (Arab) Saudi, Amerika , Australia, Hong Kong, Singapura, Switzerland.

“Satu dunia tahu, CNN, BBC, media China tahu, Afrika pun tahu. Tetapi sini dalam Parlimen pun tak boleh cakap, tiada ketelusan, apa guna nak tipu nanti tahu juga, nak tutup dengan harapan kalau depa (Barisan Nasional) menang (pilihan raya umum ke-14) dapat tutup,” katanya.

Menjawab soalan sama ada beliau berkonspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa sesetengah pihak, Daim berkata: “Saya dah tua, tak ada parti pun… Umno buang saya, kita tak terlibat dengan parti orang, orang tak tahu bahawa saya dengan Anwar dah berkawan lama.”

Daim melahirkan keyakinan bahawa Anwar akan mengambil alih tampuk pemerintahan seperti yang dirancang.

“Beliau (Anwar) ada kekuatan tersendiri… golongan yang tidak berpuas hati ini hanya mencari modal seperti mencipta cerita konon wujudnya konspirasi dan mencari pengaruh menggunakan isu tersebut (kononnya ada usaha untuk menjatuhkan Anwar),” katanya.

at 9/06/2018 09:30:00 PG 
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/jho-low-cuba-hubungi-saya-kata-daim.html

Thursday, September 6, 2018
Perghh !!!! Lebam bawah mata sebab genetik, bukan ambik ‘barang’ - Fathia Latiff

Lebam bawah mata sebab genetik, bukan ambik ‘barang’ - Fathia Latiff
MEMILIKI kantung mata (eye bag) yang lebam dan sembab menyebabkan pelakon Fathia Latiff sering menerima pertanyaan netizen mengenai punca matanya jadi begitu.

Menjawab persoalan itu, Fathia memberitahu lebam di bahagian bawah mata itu adalah kesan genetik dan bukanlah akibat pengambilan barang terlarang.

"Saya ni ada campuran Arab, jadi memang akan ada kesan lebam bawah mata macam ni.

"Saya boleh saja buat sesuatu dengan eye bag ni, buat pembedahan atau cucuk sana-sini, tapi saya tak mahu.

"Ini memang semula jadi, tuhan cipta saya begini. I don't do drug, man!," tegasnya.
Fathia sering terpalit kontroversi.
Fathia menjawab soalan seorang pengikut ketika bersiaran langsung di laman Instagram miliknya.

Sementara itu, pelakon drama Ariana Rose ini berkata dia lebih selesa untuk tidak mengenakan sebarang solekan bagi menutup cela tersebut.

"Sampai bila nak cover muka dan badan tu. Saya ni lebih suka biarkan sahaja muka tanpa mekap, lebih-lebih lagi ketika berada di luar rumah.

"Kalau ada shooting atau menghadiri majlis, perlulah bermekap. Kalau hari-hari biasa, saya lebih selesa tanpa sebarang solekan.
"Sebut fasal eye bag, bukan saya seorang sahaja yang ada, ramai lagi orang lain yang mengalami benda yang sama," katanya.
Fathia jawab pertanyaan pengikut di Instagram.
Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun ini berasa hairan mengapa netizen gemar bercakap mengenai dirinya meskipun dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Dia turut berharap peminat tidak menganggap dirinya sama seperti dalam karakter lakonan yang ditonton di televisyen.

"Saya tak paham kenapa orang masih bercakap buruk tentang saya.
"Mereka tengok saya berlakon watak baik dan fikir saya sama seperti mereka tonton. Itu hanyalah karakter lakonan dan bukan diri saya yang sebenar," ujarnya. 

mstar

Thursday, 6 September 2018
Patutlah Dr. Maszlee Malik Di Lantik Presiden UIA

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mempertahankan lantikan Menteri Pendidikan Maszlee Malik sebagai presiden baharu mereka, mengatakan pelantikan itu dipersetujui oleh Ketua Perlembagaannya, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
UIA dalam siaran media hari ini menambah pelantikan Maszlee juga disokong Rektor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Menurut universiti itu, Maszlee seorang calon yang sesuai kerana beliau “bekas pensyarah UIA” dan “pernah mengetuai Persatuan Staf Akademik UIA”.

“Dengan pelantikan ini juga, beliau boleh memberi khidmat nasihat dalam pembangunan UIA ke arah mewujudkan satu taman ilmu yang dihormati oleh masyarakat dalam negara dan antarabangsa,” katanya.

Pelantikan Maszlee mendapat kritikan banyak pihak antaranya Adun Kampung Tunku Lim Yi Wei, bekas menteri pendidikan Datuk Mahdzir Khalid dan bekas menteri belia dan sukan Khairy Jamaluddin.

Bekas presiden UIA Tan Sri Rais Yatim berkata seorang presiden UIA mempunyai banyak kuasa dan menjadi perantara antara universiti dan kerajaan.

“Jadi kalau dia ambil satu universiti sebagai presiden, universiti lain macam mana?” katanya.

Maszlee dilantik menggantikan Rais sebagai presiden ke-8 UIA. Kerusi itu kosong sejak tempoh perkhidmatan 5 tahun Rais tamat Jun lalu. - free malaysia today

http://www.addindeen.com/2018/09/patutlah-dr-maszlee-malik-di-lantik.html

Siapa budak ini?
Imej seorang budak dirakam sewaktu kemalangan maut di Kilometer 21, Jalan Gua Musang - Kuala Krai, kelmarin

GUA MUSANG - Kemalangan maut yang berlaku kelmarin, di Kilometer 21, Jalan Gua Musang - Kuala Krai, berdekatan Gua Sejuk, turut terselit imej misteri.

Ketika bomba berusaha mengeluarkan mangsa, Mohd Salimi Mohd Razali, 34, yang tersepit dalam kenderaan, foto seorang budak dirakam dalam kenderaan terbabit.

Dalam foto berkenaan, imej budak berambut pendek itu dilihat pada cermin sisi kenderaan dengan jelas.
-sinarharian
at 9/06/2018 03:30:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/siapa-budak-ini.html

WAWANCARA
Sulitnya tugas Asyraf kemudi pemuda Umno
Anne Muhammad  |  Diterbitkan 6 Sep 2018, 8:20 pagi  |  Dikemaskini 6 Sep 2018, 10:44 pagi

WAWANCARA | Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kini berdepan tugas cukup berat iaitu mengemudi Pergerakan Umno di era parti itu tidak lagi di tampuk kuasa.

Beliau sendiri pada mulanya merasakan cukup sulit untuk melakukannya, tetapi kemudian menyedari keadaan itu membawa hikmah tersendiri.

Hikmah itu, menurutnya, ialah tiada lagi perebutan kuasa, jawatan dan kontrak yang menjadi faktor rakyat serta akar umbi sendiri menolak parti Melayu itu.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini minggu lalu, Asyraf berkata beliau kini bertekad menyusun semula gerakan pemuda bagi menyiapkan diri sebagai pembangkang.

"Apabila kita jatuh, tiada lagi kuasa yang boleh menjadi punca untuk ahli bersengketa, tiada lagi projek yang membawa perbalahan dalaman, tak ada jawatan yang menyebabkan persaingan sengit yang melumpuhkan jentera dan semua peringkat parti.

"Dulu saya ingat sukar jadi ketua pemuda sebab perlu sediakan insentif kepada ahli untuk mereka berbuat sesuatu, seperti nak pasang bendera, sertai konvoi dan datang program.

"Tetapi kini mereka (akar umbi) mula sedar bahawa ia perlu diubah," katanya yang dahulu menjadi timbalan menteri di jabatan perdana menteri.
Asyraf sendiri kini tiada apa-apa jawatan - melainkan ketua pemuda - selepas tewas di kerusi Parlimen Pasir Puteh kepada calon PAS Nik Zawawi Salleh dengan perbezaan 1,306 undi.

Tiga bulan selepas kekalahan itu, katanya, beliau merasakan perlu untuk mendidik anggota Umno untuk tidak lagi menjadi "pekerja" parti - yang mendapat imbuhan - sebaliknya sebagai pejuang.

Beliau berkata kini tiada lagi program di hotel mewah - kini rumah ketua bahagian menjadi lokasi utama - serta wang saku dan duit minyak untuk ke program parti.

Ini bagi menerapkan nilai kesukarelawanan dalam diri anggota, katanya lagi, sambil mengaku ia tugas sukar dan menjadi sebab beliau menawarkan diri untuk mengemudi sayap pemuda.

Pada pemilihan Umno Jun lalu, Asyraf memenangi jawatan ketua pemuda bagi penggal 2018-2021 selepas memperolehi 75 undi berbanding pesaing terdekatnya Datuk Mohd Shahar Abdullah dengan 59 undi.

Dua lagi calon adalah Khairul Azwan Harun (56 undi) dan Datuk Seri Jamal Md Yunos (2 undi).

Ketua sebelumnya Khairy Jamaluddin. Sepanjang memegang jawatan itu, Khairy sangat menonjol sebagai pemimpin nasional, ditambah dengan kedudukannya sebagai menteri kabinet.

Bukan 'Dr Asyraf' seorang saja

Ketika ditanya tentang dirinya yang dilihat kurang menyerlah, Asyraf berkata masih terlalu awal untuk menilai pencapaiannya.

Asyraf berkata, situasi mereka berdua berbeza - Khairy memegangnya selama dua penggal dan ketika Umno menjadi kerajaan.
"Tambahan pula saya baru tiga bulan sebagai ketua pemuda.

"Fokus saya bukan populariti, saya tak mahu 'lahirkan' seorang Dr Asyraf tetapi ratusan atau ribuan pemimpin pemuda yang wibawanya tidak dipersoal masyarakat," katanya yang dulu pernah menjadi pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Namun beliau berkata dalam tempoh tiga bulan sudah dapat dilihat perbezaan pemuda dulu dan kini - bukan ketua seorang yang menonjol tetapi pemimpin di bawahnya.

"Saya buat budaya baru iaitu minta barisan exco dan ketua di negeri untuk bersuara. Jika anda perasan, hampir setiap hari dan minggu pemimpin pemuda di pelbagai peringkat mengeluarkan kenyataan dan anjur program.

"Dulu kita lihat kenyataan pemuda dari ketuanya saja, kali ini tidak," katanya lagi.

Zool Balakong
u are just a bunch of crooks who has lost power..what the hell are u fighting for ? the ONLY way for yr arrogant party to rise again is if ALL yr currect warload and leaders resign and replace by new smart leaders.. BUT this is impossible as currently NO smart person inside DUMBNO
Anatta Zen
"..mendidik anggota Umno untuk tidak lagi menjadi "pekerja" parti - yang mendapat imbuhan - sebaliknya sebagai pejuang"
Yg jadi masalah, apa yg nak diperjuangkan?? Selama ni walaupun dilaungkan berjuang utk bangsa melayu, hakikatnya ialah umno berjuang utk tembolok sendiri. Berjuang utk bangsa hanyalah tipu daya je utk dapatkan undi.
Jadi sekarang ni nak berjuang utk apa?
Orang melayu? Orang melayu kena tindas ke?
Islam? Orang Islam kena tindas ke?
Raja2? Raja2 kena tindas ke?
Abng Ediin
hmm sabenarnya tak lain tak bukan berjuang untuk merampas kembali kuasa untuk menjadi kerajaan, dengan itu dapat lah tembolok dipenuhi seperti yang sudah sudah istilah berjuang untuk rakyat adalah sebagai pemanis mulut sahaja. Kebanyakan ahli politik berjuang untuk diri sendiri hanya sedikit sedikit yang benar benar berjuang untuk bangsa, negara dan agama.Tengoklah kes rasuah sejak 10 tahun kebelakang ini graf naik melonjak membukit.
Izwan Sahari
persoalan yg sama sejak dulu ... dari Presiden sampai lah ke Ketua Pemuda Cawangan ... Perjuangan Perjuangan Perjuangan .... siap ada yang kata ... Perjuangan mempertahan kan negara .... Malaysia kena serang ke ? ... itu aje lah modal mereka ....
Paulsen Lau
Ha hahahaha.....perlu sediakan insentif utk budak-budak bawahan? Kuatnya makan, sebab itulah rakyat bungkus umno dlm tong taik.
Wafi Wafa
Pemuda Umno dah perangai macam beruk.......beri aje upah pisang, pokok kelapa orang lain pun dipanjatnya. Sekarang pisang pun dah takde.......beruk buat bodoh aje lepak bawah pokok.......tuannya yg panjat..... hehehe
Jamil Con
Ibarat masuk dlm kandang itik waktu pagi... Dengar riuh memang semangat....tapi nko suruh apa pun x guna...depa cuma tau ngangga...dan ngangga
John Wu
Wafi Wafa .Sekarang beruk2 kena U scratch my back, I scratch yr back cari kutu makan.
Muslim MI
Apalah sulitnya.... katakan saja Melayu Islam sedang diancam. Tak payah ada apa-apa isu. Beri sebungkus nasi lemak, duit poket sikit, maka keluarlah 'pejuang-pejuang' bangsa dan agama. Nak hebat lagi, ajak anak2 buah parti pak lebai.
Ali Kamal
Ooo selama ni bukan berjuang untuk agama bangsa negara.. sekadar laungan je.. hahaha.. tipu je la eh selama ni... hahaah
Korang mcm sial la
Ali Kamal
Bukan mcm sial.. memang sial haha
Sumilau Parai
Tugas perompak rasis perkauman pemfitnah penghasut wajar di hapuskan..kerana hanya bertopengkan ketuanan melayu dan nama Allah untuk kepentingan peribadi Dedak😎
Tj Tp
Pemuda perlu menyediakan pelapis calon MP dan Adun yg humble rajin berkerja dan berpengaruh peringkat akar umbi utk kegemilangan UMNO semula pada pru ke 15. 

Pemimpin sedia ada dah tua tua mengundur kan diri secara terhormat dan tidak memecah belahkan penyatuan semua peringkat.Kalau tidak ada perubahan drastik UMNO hanya tinggal nama kerana sedikit demi sedikit hakisan ahli berlaku krn kekuatan sebagai memerintah telah tiada
Ibrahim Talib
ustaz asyraf wajdi mesti faham dan selidik betoi2, tanpa duit dan kuasa, pemuda umno layu dan terus longlai.kalau tak percaya cuba test kat perhimpunan agung umno nanti, berapa ramai yg sanggup mai mesyuarat kalau hotel dan makanan tak disediakan
Sha Sali
Bila untuk diri sendiri 3 bulan dikatakan masih terlalu awal untuk menilai sedangkan pada orang lain baru 100 hari dah macam macam kata itu gagal ini gagal. Inilah politik namanya ye tak? kita saja yang betul pihak satu lagi buat apa pun salah...
Ab Rahman Abu Bakar
UMNO jadi rosak sbb duit dn projek.Sikit sangat yg iklas berjuang rata2 nk projek supaya cepat kaya.
Md Radzi Othman
Untuk pengetahuan tuan2 semua ahli2 UMNO lagi 10 tahun UMNO tak dapat lagi memerentah selagi pemimpin otodok ada.
Bung Bahtiar
Budaya dan persepsi dedak yg kuat dalam armnow sukar dibuang dalam minda.dalam armno ada kasta brahmin dan pariah jer. YANG pariah ni ko jamu dengan hiburan cth jom heboh,otai masih berbisa,piraMli dan saloma, dan macam2 lagi hiburan.Yg Brahmin ko faraid hasil mahsul yg ada.ko dah kaya raya.
Dah sekarang yg pariah ko nak tukar status atau tukar baju sebagai pejuang. Mereka pariah kata no money dont talk.
Azmi Azmi
UMNO lebih mantab lgi sekiranya kaki2 perasuah tidak ada lgi dlm umno.. Mungkin juga Dato Zaharin md yasin blh memberikan khidmatnya pada umno.. Seperti yg kita tahu perisiden umno sekarang dia cukup kaya raya hasil dri menjadi org kuat Anuar Ibrahim di tambah lgi menjadi pelindung najib semasa najib mencuri harta rakyat..
Aremeen Azmin
dont wory bro..5 tahun jew x lama...lepas tu kita berkuasa semula demi ABATA
Gadgetsmurah
Kepala bapak ko nk berkuasa lagi
Mohd Saiful Tunsaiful
Ahli umno pun ramai mengundi pH pru dulu...so turning point utk umno muhasabah diri....rakyat punya kuasa...time skrg pembangkang JD kerajaan..kerajaan dulu JD pembangkang...mana kerajaan buat taik....padah jawabnya...sesuatu yg perlu diingati kerajaan skrg....
Saidon Din
Yke. Skrg umno dah susah Papa kedana. Xda lg duit nak songlap.rasa la kau skrg
Raziah Adawiyah
betullah..sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jika mampu sedar akan kesalahan selama ini maka inilah kesempatan untuk mengubahnya, mungkin ini cara Allah nak selamatkan dr terus-terusan melakukan kesalahan.. tapi sayang pula kepada yang dh dapat apa yang diingini mereka jadi terlalu angkuh hingga tidak nampak salah sendiri..
Pak Lah
Dah terang lg bersuloh, mmg benarla hmpir semua agli umno bkerja demi imbuhan
Nazarudin Zainal
dulu org kata retorik tak nak ngaku...tu lah AMENO....perjuangan untuk tembolok ameno n the gang.
Dahri Sein
"Tambahan pula saya baru tiga bulan sebagai pemuda.

Sebelum ini dia pemudi 😂😂😂
Siva Sanmugam
Nampaknya office tu mcm library buku banyak banyak tapi otak udang baca lagi la buku kisah cara rompak dui rakyat ok
Rozai Ady
Belajarlah menjadi pihak pembangkan.. tiada lagi kemewahan dan timbunan harta. Yang tinggal hanyalah keikhlasan.. berapa ramai pemuda umno yang iklas... yang tiada keikhlasan akan lari ketempat yg ada harta berjuta
Chua Ch
Kalo nok keluarkan kenyataan rasis cam di Pasir salak tu, tak payah fikir dengan otak pon boleh buat. Ikut teladan Guru Jamal jamban jer.
Husin Desa
Nk didik pun kene jolok jugak ...kalu x jolok x jalan lh ...same je lh duk pusing2 tang tu jugak ...kehkehkeh
Adi Masta
usah dikemudi kapal yg dah nak karam...,hebat macamana pun,kapal itu pasti tenggelam....,lompat je kapal lain, yg kukuh yg sedang dlm pelayaran menuju kadistinasinya...
Jinger Satuh
Semoga maju jaya dan semuanya berusaha untuk kebaikan bersama.
Kita buat penilaian semula selepas 1 tahun yer...masa tu kes DSN dah naik mahkahmah.
Idris Hazis Idris
Saya rasa Asyraf bawa org umno pasir puteh masuk ppbm atau amanah atau pkr di mana sesuai. Tinggalkan umno atau tinggalkan terus politik dan jd pensyarah di uiam semula...demi masa depan yg lebih baik...
Ali Ahmad
Asraf sdang mendidik ahli2 umno menjadi memerang yg habitatnya makan ikan mentah dan bkan lagi makan ikan yg telah d rebus oleh tuan peliharaannya. Maka kembalilah ke asalnya ke akarnya kata Tun M... Baru kau sedar kut asraf bgaimna umno tlh selewengkan perjuangan dri sifat iklas kepada sifat haloba yg blh susun bebrapa buah kereta bila mmgang ssuatu jawatan
Zainie DinSpoon
Taniah menang Ketua Pemuda Umno dan Takziah kalah dlm pru14 dan kini jd pembangkang di luar pagar Parlimen dan Adun malang skali tiada siapa yg akan mendengar sebab kau bukan terpilih membela orang Melayu dan Islam hanya untuk orang umno saja yg nak karam dan tengelam insyallah tak lama lg berserta dgn Pas yg menunggang Agama dan menjaja ayat suci bukan untuk perjuagan Islam khasnya
Alimin Mohd Hussin
Hidup pemuda UMNO, Lakukan yang terbaik.Buang sikap sebelum ini.DUIT. DUIT. DUIT.
Hendri Dwisatrya
KJ pun nak melompat, hebat sgt ke dia tanpa kuasa, sudahlah tiada prinsip, tanda2 jiwa pejuang zero... kalau ketua anak muda pun tenggelam, pewaris pasti berdepan cabaran paling getir...
Lumpiswongolinunukara Lumpis
Takkan dah habis. Ada beratus guni wang ringgit yg disorok Pah kerajaan tak jumpa. Yg dirampas baru beratus just saja...
Sarah Ali
Beliau sendiri pada mulanya merasakan cukup sulit untuk melakukannya, tetapi kemudian menyedari keadaan itu membawa hikmah tersendiri.Hikmah itu, menurutnya, ialah tiada lagi perebutan kuasa, jawatan dan kontrak yang menjadi faktor rakyat serta akar umbi sendiri menolak parti Melayu itu..
Zee Lok
apabila isi tembolok makin kecil, perjuangan mendapatkan kuasa semula menjadi agenda utama, kerana usaha ke arah itu nak dipercepatkan maka perjuangan karut marut mula dilakukan. Agenda Melayu diutarakan yang sesunggunya telah dirosakkan oleh UMNO sendiri. Mereka tak sedar berapa banyak hak Melayu dihapuskan. Melayu yang terpilih di kalangan mereka sahaja diutamakan. pigi dah dengan perjuangan yang ada. baik bantu idea bagaimana nak memajukan orang Melayu.
Mohd Nasron Bin Nasron
Umno & pas @ mane2 parti pembangkang..pastikan Jadi pembangkang yg berwibawa yg mampu menegur & member cadangan yg baik utk kenbaikkan bersama
Yassin Ismail
Kesadaran dan pengeratian Ketua Pemuda UMNO yg baru Ashraf, membawa kembali kepada pemimpin pemimpin UMNO yang telah menjadi dalam menjangkau usia Emas bahawa itulah rasanya mula mulanya perjuang UMNO pada sebelum dan selapas kemerdekaan ,Mereka yg memimpin UMNO dulu mengunakan Wang dan tenaga sendiri bagi mehidupkan UMNO,Mereka berjuang dengan telus bagi kepenting Bangsa Agama dan Negara.Jangan lupa perbelanjaan Angguta TAR ke London untuk menuntut kemerdekaan IBu IBu sanggup menjual dan menerahkan emas pusaka mereka bagi tejuan tersebut, Malangnya azimat tersebut hilang dimakan zaman mewah dan rasuah,kepada kekayaan diri dan keluarga ,Mereka hilangkan ROH melayu dan agama.bertambah tambah diakhir kejatuhan empire NAJIB. Pemimpin Melayu berlagak Sombong,angkuh,rasuah,berabut rebut membuat fitnah sesama mdereka angkara Jawatan dan Pangkat serta kedudukan dan kekayaan, Maka segala ketaksupan mereka Pemimpin dan Ahli maka berlaku;lah,Aera kejatuhan yang amat sakit ,sehinggakan tertangkapnya penyangak dan penyamun Mencuri wang rakyat.hanya berberapa pemimpin UMNO yang sadar dan Insaf.tetapi lebeh malang masih lagi tidak insaf bahawa kerusakaan yang dibawanya telah dihukum oleh Allah.swt. Sukurlah jika Ketua Pemuda Baru UMNO yg dari pendidikan Agama dan latarbelakang yang baik maka , itu akan menjalin kepada kebenaran menkembalikan ROH dan kehormatan Orang Melayu yang tercemar.Tetapi ianya perlu mencekar dinding memanjat dari bawah untuk kembali kekemuncaknya.Kalau dulu UMNO memanjat selama 60 tahu untuk sampai kemuncaknya dan terhumban kepada kejatuhan yang sangat memalukan ,maka untuk UMNO kambali kemuncak akan makan masa lebeh dari yg lalu.Asraf terpaksa membuang semua pemimpin yang ada kepada darah baru.Azam baru.wajah baru.perangai dan semangat baru.Banda yang kotor tidak boleh disucikan lagi walaupun mencuci 7 kali ayer tanah sekalipun.Mereka yang kotor terlalu kotor.dan busuk sehingga kalau neseleseh pun terhidu bahu busuknya kpd rakyat.
Jaafar Hussin
Kami ahli pas dh lama menjadi pejuang tanpa imbuhan malahan menghulur sumbangan pd parti. Di harap ahli umno sekarang sedar dan menerima realiti sekarang dan menjadi pejuang sebenar dlm islam
Liridon King Krasniqi
Itulah orang UMno ang baru nak nampk ka? Hat yg kuat makan duit rakyat dan hat yg utk kepentingan diri sendiri ramai masuk bersatu. Ang jgn risau esok bersatu plak yg jadi sama mcm UMNO. selagi nama melayu selagi tu la nak sapu duit orang n nak cepat untung..
Jon Don
Perjuangan umno sendiri dh x boleh pakai......kalau zaman penjajah dulu boleh lagi.....ni zaman melayu yg memerintah....xkn nk lawan sesama melayu.....
Md Yusri Cop
Koo cakap jee tapi realitynya tidak.... tiada rm koo buat sendiri laa...
Man Man
ko yg nak sgt..sampai guling2 ..sampai mengata org lain..ko hadaplah biol
Mohammad Jais Atan
Semoga dr.Asyraf Wajdi istoqamah dalam perjuangan
Wan Chan
Sulit lagi DSAI terkena kencing TunMadeyKuty ye?haaa👏👏👏👏👏
Yassin Ismail
saudara ini masih tak sadar ,masihsuka melaga laga kan pemimpin melayu.ingatlah yg tua dihormati yg muda disayangi .itu kaya nanek moyang kita .
Fazli Mohd Fazli Hasan
Wan Chan bacul...
Omar Husin
Kah kah kah meroyan lagi Mat Kelantan ni mo baca komen kat bawah supaya ada akal.
Gendut Sabah
sabarlah dr....
EjaYus Yusuf
sulit lai nak perbaiki masalah yg ditinggalkan..
Ridzuan Hakim
Sabar...semua akan Ok bila KJ jadi pm selepas pru ke15 nanti.
Noni Shamsuri
Dok diam diam. Jgn byk mulut.
Tera Jana Jana
hahahaha...... bru tau betapa sulit dn sush nya nya jdi pembangkang
Zaki Zack
baru ku tahu 22265 hari memerintah...kojanya mintak dedak..mengonggggg

Sulitnya tugas Asyraf kemudi pemuda Umno
https://www.malaysiakini.com/news/441879

Tiada ulasan: