Rabu, 5 September 2018

Mengajak manusia melakukan kebaikan, mencegah daripada kemungkaran. 8148.


Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani telah bersiaran langsung.
BAB22 : Nasihat atau memberi peringatan, dari kitab Riyadhus Solihin
BAB23 : Mengajak manusia melakukan kebaikan, mencgah daripada kemungkaran
Sebarang Sumbangan wakaf untuk Maahad Tahfiz boleh disalurkan Diatas Nama "Matan Centre"
Maybank 562106669048
CIMB 8602618497
Bimb 12038010119044
www.matancentre.com/derma
Firman Allah: 
اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ
Maksudnya: 
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. (QS. Al-Fatihah:5)

The secret weapon of the Muslims, Prayer is the weapon of all Muslims. The effort without prayer is arrogant and prayer without usha is a lie 

The secret weapon of the Muslims: 
Prayer is the weapon of all Muslims. 
The effort without prayer is arrogant 
and 
prayer without usha (endeavor) is a lie 

Senjata rahsia orang Islam:
Doa adalah senjata kepada semua umat Islam.
Upaya tanpa doa adalah sombong
dan
doa tanpa usha (ikhtiar) adalah dusta

Yang baik bukan hal untuk diwar-warkan.  

If dah xngam, semua serba xkena. Itulah antara tanda jiwa itu punya penyakit hasad dengki, iri dan khianat. Ialah bila dah xsuka, dah xgeng, dah xseGrup, xada dah kata sepakat... Walau pun dulu-dulu pernah sepentas, sealiran perasaan dan harapan.

Semua ini terjadi bila pemimpin yang disegani sudah berpindah ke alam barzah. Nasihat dan pesan-pesan semasa hayat Allahyarham sudah tidak dijadikan penentu kepada hala tuju sesebuah kumpulan, sesebuah gagasan, sesebuah gabungan dan sebagainya. Titik persamaan turut meninggal bila pemimpin penyatuan sudah Allah jemput kembali pada Nya. 


Sebenarnya Pemimpin Melayu kaki songlap, baru ada rasa segan dengan anak buah, bila Pemimpin Malaysia berbangsa China yang bukan beragama Islam membongkar pekong mereka. 

Al maklum selama ini kejahatan dapat ditutupi, tetapi Kuasa Allah lebih besar dari kuasa manusia menutup aib diri. Kalah bererti Allah telah tidak melindungi aib seseorang yang telah mengkhianati perintah dan larangan Allah. 

Akhirnya pekong anak-anak buah, pekong kaki ampu, pekong pembodek, pekong penyokong kaki jelap Ringgit Malaysia pun turut terbongkar sama. Dapatlah title Pemimpin Melayu Bangsawan tetapi kleptokrasi sebab sombong, tamak haloba, lupakan Allah Subhanahuwatalla dan Nabi Muhammad Sallahualaihiwassalam Pesuruh Nya. Astaghfirullahalazim. Nauzubillahminzalik. 

Pemimpin yang bersih tidak akan tunjuk dirinya bersih, pemimpin buruk akan fitnah orang lain berbuat jahat, untuk tutup keburukannya. Pemimpin yang bagus tidak akan mengangkat dirinya Ulama, title Ulama akan muncul dengan sendirinya kerana takwa dan iman seseorang. Title ulama bukan parti yang bagi tetapi Allah Subhanahuwatalla yang kurniakan.

Ulama sebenarnya seorang yang amat pemalu dengan Allah Subhanahuwatalla. 

Aku doakan Datuk Seri Mohamad Hassan dari Barisan Nasional yang memenangi kerusi DUN itu tanpa bertanding. Hilang kerusi dan hilang kelayakan bertanding semula dan hilang kerusi Parlimen bila ada pihak berjaya buktikan salah lakunya di mahkamah. In Syaa Allah. Aamiin. pcQ


PAS kongsi pentas kempen MCA untuk Balakong
Liow Sze Xian

Sejarah tercipta malam tadi selepas Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan membuat penampilan di majlis MCA untuk menyokong calon mereka Tan Chee Teong.

Ini berlaku walaupun sejarah panjang MCA menolak cita-cita PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negara teokratik.

Takiyuddin muncul di pentas MCA di kawasan kejiranan Melayu di Taman Tun Perak, di mana beliau bercakap tentang keperluan untuk semakan dan imbangan.

"Negara kita telah menghadapi tsunami politik, dan membawa perubahan kerajaan, dari peringkat persekutuan ke negeri-negeri. Kami menukarnya dari BN kepaa Pakatan Harapan.

"Ramai berpendapat Pakatan Harapan akan menjadi kerajaan yang baik, kerajaan yang boleh dipercayai dan kerajaan yang membawa harapan. Tetapi, ia sebenarnya kerajaan yang tidak mempunyai harapan dan menghancurkan harapan rakyat," kata Takiyuddin kepada hadirin.

Oleh itu, beliau menekankan konsep "semak dan imbang" yang dipromosikan oleh MCA, dan menggesa rakyat, bukan sahaja ahli dan penyokong PAS, tetapi semua rakyat dari Balakong untuk menyokong Chee Teong.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Takiyuddin berkata PAS menyokong MCA untuk pilihan raya kecil Balakong dalam semangat perpaduan pembangkang, yang disokong oleh presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata PAS telah mendedikasikan sumbernya untuk membantu calonnya untuk pilihan raya kecil Seri Setia dan hanya dapat membantu MCA sekarang.

Takiyuddin kelihatan berbual dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Senator Ti Lian Ker - kedua-duanya adalah pengkritik vokal terhadap PAS vokal di masa lalu - sebelum dan selepas acara itu.

Apabila ditemui kemudian, timbalan presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata Takiyuddin muncul di acara itu tanpa diundang.

at 9/05/2018 08:30:00 PG
KERENGGA: PAS kongsi pentas kempen MCA untuk Balakong
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/pas-kongsi-pentas-kempen-mca-untuk.html

Tiada ulasan: