Isnin, 7 Januari 2019

En-daS. 9010



Foto Kembara Mencari Redha.
RAHSIA DISEBALIK 7 HARI - Karangan As-Syeikh Abi Nasir Muhammad bin Abdul Rahman Al-Hamdani..

PERISTIWA HARI SABTU:

- Tipu daya Kaum Nabi Nuh a.s
- Tipu daya Kaum Nabi Salleh a.s
- Tipu daya saudara-saudara Yusuf terhadap dirinya.
- Tipu daya orang Yahudi terhadap Nabi Isa a.s
- Tipu daya orang-orang Quraisy terhadap Nabi Muhammad s.a.w pada Perjanjian Darun Nadwah.
- Tipu daya orang-orang Yahudi atas larangan Allah.

PERISTIWA HARI AHAD:

- Allah menciptakan langit sebagai tempat putaran bulan dan bintang.
- Allah menciptakan bintang-bintang yang sentiasa beredar.
- Allah menciptakan Neraka.
- Allah menciptakan tujuh lapis bumi.
- Allah menciptakan tujuh lautan.
- Allah menciptakan anggota tubuh manusia.
- Allah menciptakan masa dan angin puting beliung.

PERISTIWA HARI ISNIN:

- Nabi Musa bermusafir menuju Bukit Tursina.
- Turunnya dalil yang menunjukkan keEsaan Allah.
- Kali pertama malaikat Jibril turun bertemu Nabi s.a.w
- Diperlihatkan segala amalan umat kepada roh baginda Nabi s.a.w
- Wafatnya baginda Nabi s.a.w

PERISTIWA PADA HARI SELASA:

- Pembunuhan Nabi Jurjis a.s
- Pembunuhan Nabi Yahaya a.s
- Pembunuhan Nabi Zakariya a.s
- Pembunuhan tukang-tukang sihir Firaun
- Pembunuhan Asiah binti Mazahim -Isteri Firaun.
- Penyembelihan lembu kaum Bani Israil
- Pembunuhan Habil bin Adam a.s

PERISTIWA PADA HARI RABU:

- 'Auj bin Unuq dibinasakan dengan burung hud-hud.
- Qarun dibinasakan oleh bumi.
- Firaun dan tentera-tenteranya dibinasakan dengan ditenggelamkan ke dalam laut.
- Namrud dibinasakan dengan binatang
- Kaum Nabi Luth a.s dibinasakan dengan teriakan suara malaikat Jibril.
- Kaum nabi 'Ad a.s dibinasakan dengan angin.

PERISTIWA PADA HARI KHAMIS:

- Hajat Nabi Ibrahim ditunaikan raja Mesir dan diberikan seorang perempuan bernama Siti Hajar.
- Pemerah minuman raja masuk ke dalam penjara bermulanya pertemuan dengan Nabi Yusuf a.s
- Bunyamin dipertemukan dengan saudara kandungnya, Nabi Yusuf a.s di Mesir
- Nabi Ya'kub a.s masuk ke Mesir bertemu Yusuf a.s
- Nabi Musa a.s masuk ke Mesir bertemu suku Qibti
- Rasulullah s.a.w masuk ke Kota Makkah dan mendapat kemenangan.

PERISTIWA PADA HARI JUMAAT:

- Pernikahan Nabi Adam a.s dengan Hawa
- Pernikahan Nabi Yusuf a.s dengan Zulaikha
- Pernikahan Nabi Musa a.s dengan Shafuro'
- Pernikahan Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis
- Pernikahan Nabi Muhammad s.a.w dengan Khadijah r.a
- Pernikahan Ali bin Abi Talib dengan Fatimah Az-Zahra


Kembara Mencari Redha - Siaran

Ceramah Terbaru Ustadz Abdul Somad Lc, MA - Masjid Al-Jihad , Jalan Lobak
https://www.youtube.com/watch?v=1cIh30BcdG8

Diterbitkan pada 2 Jan 2019


Ceramah Ustadz Abdul Somad Lc MA, Bada Isya (2 Januari 2019) di Masjid Al-Jihad, Jalan Lobak, Pekanbaru Riau dalam rangka "Memperigati Maulid Nabi Muammad SAW" PERHATIAN - Silahkan Share Video-video FSRMM TV dengan catatan : * Mencantumkan Sumber dan Link video. * Tidak mengedit atau memotong video yang bisa menimbulkan kesalah pahaman. * Tidak memberi judul/thumbnail/caption yang provokatif dan berlebih lebihan. * Tidak dimonetize. Tidak diperkenankan meng-upload ulang video Kajian ini di Youtube / memotong / meng-edit sebagian atau seluruhnya / dan memanfaatkannya untuk keperluan komersil. Silakan disebarluaskan dengan tetap mencantumkan link sumber. Jazakumullah khayran. Media Sosial FSRMM Facebook : https://www.facebook.com/fsrmmriau/ Instagram : https://www.instagram.com/fsrmmriau/ Ceramah yang lain : https://www.youtube.com/Fsrmmtv
Foto Kembara Mencari Redha.
Selawat al-Azimiyyah

Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat: Seorang anak murid asy-Syaikh Ahmad ibn Idris telah meninggal dunia di Makkah al-Mukarramah dan telah dikebumikan di perkuburan al-Ma‘la (yang juga disebut sebagai al-Mu‘alla). Seorang ahli kasyaf daripada kalangan sahabat-sahabat si mati berada di situ sewaktu si mati sedang dikebumikan, dan telah memerhatikan beberapa perkara yang sedang berlaku di alam ghaib. Dia telah melihat seorang malaikat turun ke bumi membawa satu hamparan indah dari syurga dan satu lampu yang sangat terang benderang. 

Kubur si mati itu telah diluaskan sejauh mata memandang dan hamparan itu telah diberikan kepada si mati dan lampu yang terang benderang itu pula telah didirikan di sisinya. Maka si ahli kasyaf itu telah berkata-kata kepada dirinya sendiri, “Apakah sebabnya si mati ini mendapat penghormatan yang sebegitu besar sehingga disuruh malaikat ini turun?” Maka telah dikatakan kepada si ahli kasyaf itu, “Sesiapapun di antara engkau sekelian boleh menerima penghormatan seperti ini dengan mengamalkan selawat (as-Salah) al-‘Azimiyyah, yang telah diajarkan oleh asy-Syaikh Ahmad ibn Idris.”

Telah berkata asy-Syaikh Muhammad ibn Ahmad ad-Dandarawi mengenai kelebihan selawat ini: Hendaklah engkau sekelian menghafalkan selawat yang mulia ini sebagaimana engkau sekelian menghafalkan Surah al-Fatihah. Sesungguhnya, bagi sesiapa yang menghafalkannya, apabila dia mati, akan diluaskan kuburnya seluas jarak di antara langit dan bumi (sejauh perjalanan) lima ratus tahun. Dan akan dibentangkan di sisinya permaidani-permaidani dari syurga, dan diterangkan kuburnya hingga ke Hari Kiamat.

Telah berkata pula asy-Syaikh Muhammad Thahir ar-Rasyidi al-Ahmadi: Kelebihan selawat al-‘Azimiyyah yang telah diajarkan oleh asy-Syaikh Ahmad ibn Idris ialah, jika ia dibaca sebanyak dua belas kali dan dihadiahkan pahalanya kepada mayat yang telah berlebih-lebihan ke atas dirinya, nescaya dia akan dipindahkan oleh Allah ke dalam golongan orang-orang yang menerima nikmat daripada Allah, yakni golongan al-anbiya, as-siddiqin, asy-syuhada dan as-salihin, dan mereka adalah sebaik-baik teman, kerana berkat ketinggian mertabat selawat ini Kesahihannya telah pun dibuktikan oleh mereka daripada golongan ahli kasyaf dan ahlullah, dengan penyaksian dan penglihatan rohani.

Pahala dan ganjaran selawat al-Azimiyyah akan sentiasa berkekalan di dunia dan di akhirat. Tiadalah akan putus pahalanya, dan andaikata seseorang itu sudah masuk ke dalam syurga sekalipun.


Bahkan pahalanya digandakan dengan penggandaan tanpa hisab, kerana kata-kata di dalam selawat itu, “dengan selawat yang berkekalan dengan kekekalan Allah Yang Maha Agung”. Dan sesungguhnya, kekekalan Allah Yang Maha Agung itu tiadalah ia mempunyai akhirnya. Maka selawat ini pun kekal selama-lamanya. Maka penggandaan pahala bagi selawat ini diberikan di dunia, di alam barzakh, di padang mahsyar, dan juga di dalam syurga. Dan ia tidak akan sekali-kali hilang.

Telah berkata lagi asy-Syaikh Muhammad ibn Ahmad ad-Dandarawi mengenai kelebihan selawat ini: Kelebihan selawat ini bagi sesiapa yang banyak membacanya ialah ia membolehkan si pembaca berjumpa dan berkumpul dengan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam (di kala mimpi dan jaga).


Kembara Mencari Redha - Siaran





Tiada ulasan: