Ahad, 8 Mac 2020

I n d o n e s i a. 9890


ريڤوبليق إندونيسيا

Republik Indonesia ريڤوبليق إندونيسيا

Republik Indonesia ialah sebuah negara kepulauan yang juga disebut sebagai Nusantara yang terletak di antara tanah besar Asia Tenggara dan Australia dan antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Indonesia bersempadankan Malaysia di Pulau Borneo, Papua New Guinea di Pulau Papua, dan Timor Leste di Pulau Timor. Wikipedia

Bahasa rasmiBahasa Indonesia Sohor kini
Ibu negaraJakarta
Kod dail+62
Mata wangRupiah Indonesia
Ibu negara dan bandar terbesarJakarta; 6°10′30″S 106°49′40″E / 6.17500°S 106.82778°E
PresidenJoko Widodo
 

Bahasa Indonesia
Bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, Bahasa Indonesia ... Dengan 17,508 pulau, Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar di dunia. Dengan jumlah ...
Bandar terbesar‎: ‎capital
Ibu kota‎: ‎Jakarta‎; 6°10.5′S 106°49.7′E / 6.1...
Agama‎: ‎87.2% Muslim; 9.9% Kristian; 1.7% Hi...
Bahagian memandu‎: ‎Kiri

Bentuk Bahasa Melayu yang dipakai sebagai dasar bahasa Indonesia baku adalah ... kedua dan untuk taraf rasmi bahasa Indonesia adalah bahasa pertama.
Dikawal oleh‎: ‎Pusat Bahasa
Wilayah‎: ‎Asia Tenggara
Penutur asli‎: ‎200 juta+ jumlah (tiada tarikh)
Keluarga bahasa‎: ‎Bahasa Austronesian > Ru...

Kebanyakan bahasa ini merupakan ahli keluarga bahasa Austronesia dengan beberapa bahasa Papua juga dituturkan. Bahasa rasmi Indonesia ialah Bahasa ...

Republik Indonesia ialah sebuah negara kepulauan yang juga disebut sebagai Nusantara (Kepulauan Antara)[7] yang terletak di antara tanah besar Asia Tenggara dan Australia dan antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Indonesia bersempadankan Malaysia di Pulau BorneoPapua New Guinea di Pulau Papua, dan Timor Leste di Pulau Timor. Negara jiran lain termasuklah SingapuraFilipina, Australia dan wilayah India Kepulauan Andaman dan Nicobar. Ibu negara dan pusat pentadbiran Indonesia ialah Jakarta.

Dengan 17,508 pulau, Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar di dunia. Dengan jumlah penduduk seramai 265 juta orang pada 2018,[8] ia merupakan negara keempat paling banyak penduduk dan negara berpenduduk Muslim yang terbesar di dunia. Indonesia merupakan sebuah republik, dengan parlimen dan presiden yang dipilih secara langsung.

Geografi
 Geografi Indonesia
Indonesia ialah sebuah negara yang mengandungi banyak pulau gunung berapi. Pulau Sangeang Api merupakan satu contoh.

Negara Indonesia terletak di antara: Latitud 6º U – 11º S dan Longitud 95º T - 141º T - Lautan Pasifik dengan Lautan Hindi - Benua Asia dengan benua Australia

Indonesia mempunyai 18,018 buah pulau yang tersebar di sekitar garisan khatulistiwa dan beriklim tropika. Hanya sekitar 7,000 buah pulau berpenghuni. Lima pulau yang terbesar ialah Pulau JawaSumatraKalimantanSulawesi, dan Papua, dengan Pulau Jawa mempunyai setengah daripada jumlah penduduk Indonesia yang merupakan pulau yang terpadat.

Indonesia juga terletak di atas plat tektonik. Ini bermakna bahawa Indonesia sering mengalami gempa bumi dan tsunami. Kedudukan ini juga menyebabkan Indonesia memiliki sekurang-kurang 66 buah gunung berapi, termasuk Gunung Krakatau, sebuah gunung berapi yang paling terkenal di antara Sumatera dan Jawa, tetapi kini sudah hapus.

Flora dan fauna di Indonesia amat berbeza di antara Kalimantan, Bali dan pulau-pulau barat di satu bahagian serta Sulawesi, Lombok, dan pulau-pulau yang lebih timur di bahagian yang lain. Sempadan ekologi ini digelarkan Garis Wallace, sempena nama penemunya. Garis ini sering digunakan sebagai sempadan antara Asia dan Australasia dan oleh itu Indonesia merupakan sebuah negara dwibenua.

Sejarah Indonesia
Sejarah Indonesia merangkumi sebuah tempoh yang amat panjang yang bermula sejak dari zaman prasejarah lagi oleh "Manusia Jawa" pada sekitar 500,000 tahun dahulu. Tempoh dalam sejarah Indonesia dapat dibahagikan kepada lima era:
  1. era sebelum penjajahan, dengan munculnya kerajaan-kerajaan Hindu-Buddha serta Islam di Jawa dan Sumatera yang terutamanya mengukuhkan perdagangan;
  2. era penjajahan, dengan masuknya orang-orang Eropah (terutamanya Belanda) yang menginginkan rempah-rempah dan mengakibatkan Indonesia dijajah oleh Belanda selama sekitar 350 tahun antara awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-20;
  3. era kemerdekaan, selepas Pengisytiharan Kemerdekaan Republik Indonesia (1945) sehingga jatuhnya Sukarno (1966);
  4. era Orde Baru di bawah pemerintahan Suharto selama 32 tahun (19661998); dan
  5. era reformasi yang berlangsung sehingga sekarang.

Indonesia: Era prasejarah

Secara geologi, wilayah Indonesia moden muncul kira-kira sekitar Zaman Pleistocene ketika wilayah itu masih berhubung dengan Asia Daratan. Pemukim pertama wilayah tersebut yang diketahui adalah manusia Jawa pada masa sekitar 500,000 tahun yang lalu. Kepulauan Indonesia seperti yang ada saat ini terbentuk pada saat melelehnya ais setelah berakhirnya Zaman Ais.

Era sebelum penjajahan
Sejarah awal

Para cendekiawan India telah menulis tentang Dwipantara atau Kerajaan Jawa Dwipa Hindu di pulau Jawa dan Sumatera pada sekitar 200 SM. Kerajaan Taruma menguasai Jawa Barat pada sekitar tahun 400, dengan agama Buddha tiba di wilayah tersebut pada tahun 425.

Pada Zaman Pembaharuan Eropah, Jawa dan Sumatera telah mempunyai warisan peradaban yang berusia ribuan tahun dan sepanjang dua buah kerajaan besar. [Lihat juga: Sejarah Nusantara.]

Kerajaan Hindu-Buddha
Indonesia: Era kerajaan Hindu-Buddha

Berawal dari abad ke-4 di Kerajaan Kutai tepatnya di Kalimantan Timur merupakan Kerajaan Hindu pertama di Nusantara. kemudian perkembangan berlanjut antara abad ke-7 hingga abad ke-14, kerajaan Buddhisme Sriwijaya berkembang pesat di Sumatera. I Ching, penjelajah China, mengunjungi ibu kotanya di Palembang pada sekitar tahun 670. Pada puncak kejayaannya, Sriwijaya menguasai daerah sejauh Jawa Barat dan Semenanjung Tanah MelayuAbad ke-14 juga memperlihatkan kebangkitan sebuah kerajaan Hindu di Jawa TimurMajapahit. Antara tahun 1331 hingga tahun 1364Gadjah Mada, patih Majapahit, berhasil menguasai wilayah yang kini merupakan sebahagian besarnya Indonesia bersama-sama hampir seluruh Semenanjung Melayu. Warisan dari zaman Gadjah Mada termasuk pengekodan undang-undang dan kebudayaan Jawa, seperti yang terlihat dalam roman kesateriaan Ramayana.

Kerajaan Islam
Kerajaan Islam di Indonesia

Islam tiba di Indonesia pada sekitar abad ke-12 dan melalui bercampur bebas, menggantikan agama Hindu sebagai agama yang terutama pada akhir abad ke-16 di Jawa dan Sumatera; hanya Bali yang tetap mempertahankan majoriti penganut Hindunya. Di kepulauan-kepulauan di timur, paderi-paderi Kristian dan ulamak-ulamak Islam diketahui sudah aktif pada abad ke-16 dan 17 dan pada saat ini, adanya sebahagian yang besar penganut kedua-dua agama ini di kepulauan-kepulauan tersebut. Penyebaran Islam didorong oleh hubungan perdagangan di luar Nusantara; umumnya para pedagang dan ahli kerajaanlah yang pertama menganuti agama baru tersebut. Kerajaan-kerajaan yang penting termasuk Mataram di Jawa Tengah, serta juga Kesultanan Ternate dan Kesultanan Tidore di Maluku di timur.

Era penjajahan

Penjajahan Portugis
Indonesia: Era Portugis

Penjajahan Syarikat Hindia Timur Belanda
Indonesia: Era Syarikat Hindia Timur Belanda
Logo Syarikat Hindia Timur Belanda.

Mulai tahun 1602Belanda memanfaatkan diri dengan perpecahan antara kerajaan-kerajaan kecil yang telah menggantikan Majapahit, dan beransur-ansur menjadi penguasa wilayah yang kini merupakan Indonesia. Satu-satunya yang tidak terpengaruh adalah Timor Portugis yang tetap dikuasai oleh Portugal sehingga tahun 1975 ketika ia bergabung dengan Indonesia untuk dijadikan salah sebuah provinsi dengan nama Timor Timur. Belanda menguasai Indonesia selama hampir 350 tahun kecuali dua tempoh yang singkat, yakni ketika sebahagian kecil daripada Indonesia dikuasai oleh Britain selepas Perang Jawa Britain-Belanda, serta semasa penjajahan Jepun pada masa Perang Dunia II. Sewaktu menjajah Indonesia, Belanda mengembangkan Hindia-Belanda menjadi salah satu kuasa penjajah yang terkaya di dunia. Bagi sesetengah orang, penjajahan Belanda selama 350 tahun adalah mitos belaka kerana wilayah Aceh baru ditaklukkan kemudian selepas Belanda mendekati kemuflisan.

Pada abad ke-17 dan abad ke-18, Hindia-Belanda tidak dikuasai secara langsung oleh pemerintah Belanda namun oleh syarikat perdagangan yang bernama Syarikat Hindia Timur Belanda (bahasa BelandaVerenigde Oostindische Compagnie atau VOC ). VOC telah diberikan hak monopoli terhadap perdagangan dan kegiatan penjajah di wilayah tersebut oleh Parlimen Belanda pada tahun 1602, dengan ibu pejabatnya di Batavia yang kini dinamai Jakarta.

Tujuan utama Syarikat Hindia Timur Belanda adalah untuk mempertahankan monopolinya terhadap perdagangan rempahnya di Nusantara. Hal ini dilakukan melalui penggunaan ancaman kekerasan terhadap para penduduk di kepulauan-kepulauan penanaman rempah, dan terhadap orang-orang bukan Belanda yang mencuba berdagang dengan para penduduk tersebut. Contohnya, ketika penduduk Kepulauan Banda terus menjual buah pala kepada pedagang Inggeris, angkatan tentera Belanda membunuh atau mengusir hampir seluruh penduduknya, dengan pembantu-pembantu atau budak-budak yang bekerja di perkebunan pala kemudian dihantar untuk tinggal di pulau-pulau tersebut sebagai ganti.

Syarikat Hindia Timur Belanda menjadi terlibat dalam politik dalaman Jawa pada masa ini, dan bertempur dalam beberapa peperangan yang melibatkan pemimpin Mataram dan Banten.

Penjajahan Belanda
Indonesia: Era Belanda

Selepas Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB) menjadi muflis pada akhir abad ke-18 dan selepas penguasaan United Kingdom yang singkat di bawah Thomas Stamford Raffles, pemerintah Belanda mengambil alih pemilikan SHTB pada tahun 1816. Belanda berjaya menumpaskan sebuah pemberontakan di Jawa dalam Perang Diponegoro pada tahun 1825-1830. Selepas tahun 1830, sistem tanam paksa yang dikenali sebagai cultuurstelsel dalam bahasa Belanda mula diamalkan. Dalam sistem ini, para penduduk dipaksa menanam hasil-hasil perkebunan yang menjadi permintaan pasaran dunia pada saat itu, seperti tehkopi dan sebagainya. Hasil-hasil tanaman itu kemudian dieksport ke luar negara. Sistem ini memberikan kekayaan yang besar kepada para pelaksananya - baik orang Belanda mahupun orang Indonesia. Sistem tanam paksa ini yang merupakan monopoli pemerintah dihapuskan pada masa yang lebih bebas selepas tahun 1870.

Pada tahun 1901, pihak Belanda mengamalkan apa yang dipanggil mereka sebagai Politik Beretika (bahasa BelandaEthische Politiek) yang termasuk perbelanjaan yang lebih besar untuk mendidik orang-orang pribumi serta sedikit perubahan politik. Di bawah Gabenor Jeneral J.B. van Heutsz, pemerintah Hindia-Belanda memperpanjang tempoh penjajahan mereka secara langsung di seluruh Hindia-Belanda, dan dengan itu mendirikan asas untuk negara Indonesia pada saat ini.

Gerakan nasionalisme

Pada tahun 1908Budi Utomo, gerakan nasionalis yang pertama, ditubuhkan, diikuti pada tahun 1912 oleh gerakan nasionalis besar-besaran yang pertama, Sarekat Islam. Belanda membalas dengan langkah-langkah yang menindas selepas Perang Dunia I. Para pemimpin nasionalis berasal daripada sekumpulan kecil yang terdiri daripada para profesional muda dan pelajar, dengan sebilangan mereka itu dididik di Belanda. Banyak daripada mereka yang dipenjarakan kerana kegiatan politik mereka, termasuk juga Sukarnopresiden Indonesia yang pertama.

Perang Dunia II

Pada awal Perang Dunia II dalam bulan Mei 1940, Belanda diduduki oleh Nazi Jerman, dan Hindia-Belanda mengumumkan keadaan berjaga-jaga dan persediaan. Pada bulan Julai, Hindia-Belanda mengalihkan eksport untuk Jepun ke Amerika Syarikat dan Britain. Perundingan-perundingan dengan Jepun tentang pembekalan bahan api kapal terbang gagal pada bulan Jun 1941, dan Jepun memulakan penaklukan Asia Tenggara pada bulan Disember tahun tersebut. Pada bulan yang sama, sebuah puak daripada Sumatera menerima bantuan Jepun untuk memulakan pemberontakan terhadap pemerintahan Belanda. Angkatan tentera Belanda yang terakhir dikalahkan oleh Jepun pada bulan Mac 1942.

Pendudukan Jepun
Indonesia: Era Jepun

Pada bulan Julai 1942Sukarno menerima tawaran Jepun untuk mengadakan kempen awam supaya membentuk pemerintahan yang juga dapat memberikan jawapan kepada keperluan-keperluan tentera Jepun. Sukarno, Mohammad Hatta, dan Ki Bagus Hadikusumo dikurniakan pingat oleh maharaja Jepun pada tahun 1943. Tetapi pengalaman Indonesia daripada penguasaan Jepun amat berbeza-beza, bergantung kepada tempat duduk seseorang serta status sosialnya. Bagi mereka yang tinggal di daerah yang dianggap penting dalam peperangan, mereka mengalami seksaanpenganiayaan seks kanak-kanak, penahanan sembarangan dan hukuman mati, serta kejahatan-kejahatan perang yang lain. Orang Belanda dan orang kacukan Indonesia-Belanda merupakan sasaran yang utama untuk kezaliman pada zaman penguasaan Jepun di Indonesia.

Pada bulan Mac 1945, Jepun membentuk Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan (BPUPK). Dalam mesyuarat pertamanya pada bulan Mei, Soepomo mencadangkan persepaduan negara dan membantah individualisme; sementara itu, Muhammad Yamin mengusulkan bahawa negara baru tersebut juga sekaligus menuntut SarawakSabahTanah MelayuPortugis Timur, dan seluruh wilayah Hindia-Belanda sebelum perang.

Pada 9 Ogos 1945, Sukarno, Hatta dan Radjiman Widjodiningrat terbang ke Vietnam untuk bertemu dengan Marsyal Terauchi. Akan tetapi mereka diberitahu bahawa angkatan tentera Jepun sedang menuju ke arah kehancuran. Walaupun demikian, Jepun beringinkan kemerdekaan Indonesia pada 24 Ogos.

Pengisytiharan kemerdekaan
Pengisytiharan Kemerdekaan Republik Indonesia
Tugu pejuang Indonesia di Padang

Mendengar khabar bahawa Jepun tidak lagi mempunyai kekuatan untuk membuat keputusan seperti di atas, Sukarno membaca "Perisytiharan Kemerdekaan Republik Indonesia" pada hari berikutnya, iaitu 17 Ogos 1945. Berita tentang perisytiharaan kemerdekaan disebarkan melalui radio dan risalah, sementara angkatan tentera Indonesia, Pasukan Pembela Tanah Air (PETA), serta para pemuda dan lain-lainnya berangkat untuk mempertahankan kediaman Sukarno.

Pada 29 Ogos 1945, kumpulan tersebut melantik Sukarno sebagai Presiden Indonesia, dengan Mohammad Hatta sebagai timbalannya, melalui perlembagaan yang dirancang beberapa hari sebelumnya. Kemudian dibentuk Jawatankuasa Nasional Indonesia Pusat (KNIP) sebagai parlimen sementara sehingga pilihan raya umum dapat dijalankan. Kumpulan tersebut mengisytiharkan pemerintahan baru pada 31 Ogos, dengan Republik Indonesia terdiri daripada 8 buah provinsi, iaitu:


  • Sumatera
  • Kalimantan (tidak termasuk wilayah SabahSarawak, dan Brunei)
  • Pulau Jawa, iaitu Jawa Barat Jawa Tengah, dan Jawa Timur
  • Sulawesi
  • Maluku (termasuk Irian Barat/Papua)
  • Nusa Tenggara.

  • Perang kemerdekaan
    Indonesia: Era 1945-1949
    Antara tahun 1945 hingga tahun 1949, persatuan laut Australia yang bersimpati dengan usaha kemerdekaan Indonesia melarang segala pelayaran Belanda pada sepanjang konflik ini agar Belanda tidak mempunyai sebarang dukungan logistik mahupun bekalan yang diperlukan untuk memulihkan kekuasaan penjajahannya di Indonesia.

    Usaha-usaha Belanda untuk kembali berkuasa menghadapi pertentangan yang hebat. Selepas kembali ke Jawa, angkatan tentera Belanda segera merebut kembali ibu kota Batavia, dengan akibat bahawa para nasionalis menjadikan Yogyakarta sebagai ibu negara mereka. Pada 27 Disember 1949, setelah empat tahun peperangan dan perundingan, Ratu Juliana dari Belanda memindahkan kedaulatan kepada pemerintah Persekutuan Indonesia. Pada tahun 1950, Indonesia menjadi ahli ke-60 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

    Lihat juga Revolusi Nasional, 1945-50 untuk keterangan yang lebih lanjut (dalam bahasa Inggeris).

    Sejarah : Sejarah Indonesia
    Soekarno, ialah Presiden pertama dan bapa pendiri Indonesia

    Di bawah pengaruh agama Hindu dan Buddha, beberapa kerajaan terbentuk di pulau Sumatera dan Jawa pernah mencapai kejayaannya dengan wilayah meliputi negara Malaysia dan pulau Mindanao semasa Majapahit sejak abad ke-7 hingga abad ke-14. Kedatangan pedagang-pedagang Arab dari GujaratIndia kemudian membawa agama Islam yang akhirnya menjadi agama terbesar.

    Ketika orang-orang Eropah datang pada awal abad ke-16, mereka telah menemui beberapa negara kecil. Negara-negara kecil ini dengan mudah dikuasai oleh mereka yang ingin menguasai perdagangan rempah. Pada abad ke-17Belanda muncul sebagai kuasa yang terkuat di antara negara-negara Eropah, mengalahkan British dan Portugis (kecuali untuk tanah jajahan mereka di Timor Timur). Belanda menguasai Indonesia sebagai tanah jajahan hingga Perang Dunia II, awalnya melalui Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), dan kemudiannya dijajah secara langsung oleh pihak Belanda sejak awal abad ke-19.

    Semasa Perang Dunia II, Belanda dijajah oleh Jerman, manakala Jepun menguasai Indonesia. Setelah menawan Indonesia pada tahun 1942, pihak Jepun mendapati bahawa para pejuang Indonesia merupakan rakan perdagangan yang sudi bekerjasama dan bersedia mengerahkan pahlawan bila diperlukan. SoekarnoMohammad HattaKH Mas Mansur, dan Ki Hajar Dewantara kemudiannya diberikan penghargaan oleh Maharaja Jepun pada tahun 1943.

    Pada Mac 1945, pihak Jepun membentuk sebuah jawatan kuasa untuk kemerdekaan Indonesia; di bawah tekanan pertubuhan-pertubuhan pemuda, kelompok pimpinan Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia selepas perang Pasifik berakhir pada tahun 1945 Soekarno menjadi Presiden pertama Indonesia dengan Mohammad Hatta sebagai naib presiden. Dalam usaha untuk menguasai kembali Indonesia, Belanda menurunkan angkatan tentera mereka. Usaha-usaha berdarah untuk membendung pergerakan kemerdekaan ini kemudian dikenali sebagai 'tindakan polis' (Actie Politioneel). Di bawah tekanan perlawanan rakyat dan tentera Indonesia, Belanda akhirnya menarik tenteranya pada 27 Disember 1949.

    Pada tahun 1950-an dan 1960-an, Presiden Soekarno mengikuti gerakan berkecuali pada awalnya dan kemudian dengan blok sosialis, misalnya Republik Rakyat China dan Yugoslavia. Pada masa itu kekuatan ketenteraan Indonesia menjadi terbesar di Asia setelah Republik Rakyat China. Tahun 1960-an menyaksikan konfrontasi tentera terhadap Malaysia, negara jirannya yang dianggap sebagai negara bentukan Britain.

    Jeneral Soeharto menjadi presiden pada tahun 1967 dengan alasan untuk mengamankan negara daripada ancaman komunisme terhadap Soekarno yang kini semakin lemah. Setelah Soeharto berkuasa, beratus-ratus ribu warganegara Indonesia yang disyaki memihak kepada komunis telah dibunuh. Tempoh pemerintahan Soeharto selama 32 tahun dinamakan Order Baru, dibandingkan dengan masa pemerintahan Soekarno yang disebut Order Lama.

    Soeharto berjaya mendapatkan pelaburan luar negeri yang besar untuk Indonesia, dan menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, meskipun tidak merata, di Indonesia. Pada awal regim Order Baru, strategi ekonomi negara telah dibuat oleh sekelompok ahli ekonomi lulusan Fakulti Ekonomi Universiti California, Berkeley yang digelarkan "Kelompok Berkeley". Namun, Soeharto menambah kekayaan diri serta keluarganya melalui amalan rasuah yang meluas dan beliau akhirnya dipaksa melepaskan jawatannya setelah tercetusnya tunjuk perasaan secara besar-besaran dan keadaan ekonomi negara yang semakin memburuk pada tahun 1998.

    Dari 1998 hingga 2010, Indonesia mempunyai 4 presiden: Baharuddin Jusuf HabibieAbdurrahman WahidMegawati Soekarnoputri dan Susilo Bambang Yudhoyono. Pada tahun 2014Joko Widodo menjadi presiden Indonesia yang terkini.

    Demokrasi berparlimen

    Tidak lama setelah itu, Indonesia meluluskan undang-undang baru yang mencipta sebuah sistem demokrasi berparlimen yang dewan eksekutifnya dipilih oleh parlimen atau MPR dan bertanggungjawab kepadanya. MPR pada mula-mulanya terdiri daripada parti-parti politik sebelum dan selepas pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955 sehingga kerajaan campuran yang stabil tercapai.

    Peranan Islam di Indonesia menjadi perkara yang rumit, dengan Sukarno cenderung memilih sebuah sistem pemerintahan sekular yang berdasarkan Pancasila sementara beberapa kelompok Muslim lebih mengingini negara Islam atau undang-undang yang terdiri sebahagiannya daripada syariat Islam.

    Demokrasi Terpimpin
    Indonesia: Era Demokrasi Terpimpin

    Pemberontakan di SumateraSulawesiJawa Barat dan pulau-pulau yang lain yang dimulakan sejak tahun 1958, ditambah kegagalan MPR untuk mengembangkan sebuah perlembagaan yang baru, melemahkan sistem parlimen Indonesia. Akibatnya pada tahun 1959, ketika Presiden Sukarno pada dirinya sendiri mengembalikan perlembagaan 1945 yang bersifat sementara dan yang memberikan kuasa presiden yang besar kepadanya, beliau tidak menghadapi sebarang pertentangan.

    Antara tahun 1959 hingga tahun 1965, Presiden Sukarno memerintah melalui sebuah rejim yang autoritarian di bawah label "Demokrasi Terpimpin". Beliau juga mengejar dasar luar negeri yang berkecuali, suatu langkah yang disokong oleh para pemimpin yang utama di negara-negara bekas jajahan yang juga menolak perikatan yang rasmi dengan Blok Barat mahupun Blok Kesatuan Soviet. Para pemimpin tersebut mengadakan Persidangan Kemuncak Asia-Afrika di BandungJawa Barat pada tahun 1955 untuk mendirikan asas yang kelak menjadi Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).

    Pada akhir dekad 1950-an dan awal dekad 1960-an, Sukarno bergerak lebih rapat kepada negara-negara komunis Asia dan kepada Parti Komunis Indonesia (PKI) di dalam negeri. Meskipun PKI merupakan parti komunis yang terbesar di dunia di luar Kesatuan Soviet dan China, orang ramai tidak menunjukkan sokongan kepada ideologi komunis seperti di negara-negara lainnya.

    Konfrontasi Indonesia-Malaysia
    Konfrontasi Indonesia-Malaysia

    Sukarno menentang pembentukan Persekutuan Malaysia kerana mengikut beliau, ini merupakan sebuah "rancangan neo-kolonialisme" yang bertujuan untuk melanjutkan idaman perdagangan pihak Inggeris di wilayah tersebut. Perkara ini kemudian mengakibatkan pertempuran antara Indonesia dengan Malaysia dan United Kingdom.

    Irian Barat

    Pada saat kemerdekaan, pemerintah Belanda mempertahankan kekuasaannya terhadap bahagian barat pulau Nugini (Irian), dan mengizinkan langkah-langkah yang menuju ke arah pemerintahan sendiri serta pengisytiharan kemerdekaan pada 1 Disember 1961.

    Perundingan-perundingan dengan Belanda terhadap penggabungan wilayah tersebut dengan Indonesia gagal, dengan pasukan-pasukan askar payung terjun Indonesia mendarat di Irian pada 18 Disember sebelum kemudian terjadi pertempuran antara angkatan-angkatan tentera Indonesia dan Belanda pada tahun 1961 sehingga tahun 1962. Pada tahun 1962, Amerika Syarikat menekan Belanda agar bersetuju dengan perbincangan-perbincangan rahsia dengan Indonesia yang menghasilkan Perjanjian New York pada Ogos 1962, dengan Indonesia mengambil alih kekuasaan terhadap Irian Jaya pada 1 Mei 1963.

    Gerakan 30 September
    Gerakan 30 September

    Sehingga tahun 1965, PKI telah menguasai banyak pertubuhan besar-besaran yang dibentuk oleh Sukarno untuk memperkuat dukungan terhadap rejimnya. Dengan persetujuan daripada Sukarno, pertubuhan-pertubuhan tersebut memulakan kempen untuk membentuk "Angkatan Kelima", dengan para pendukungnya dipersenjatai. Pihak tertinggi dalam angkatan tentera Indonesia menentang perkara ini.

    Pada 30 September 1965, enam orang jeneral kanan dan beberapa orang yang lain dibunuh dalam sebuah percubaan rampasan kuasa yang disalahkan kepada para pengawal istana yang taat setia kepada PKI. Panglima Komando Strategi Angkatan Darat saat itu, Mejar Jeneral Suharto, menumpaskan kudeta tersebut dan berbalik melawan PKI. Suharto kemudian mempergunakan keadaan ini untuk mengambil alih kekuasaan. Lebih daripada puluhan ribu orang yang dituduh sebagai komunis kemudian dibunuh. Jumlah korban pada tahun 1966 mencapai setidaknya 500,000, dengan pengorbanan yang paling parah terjadi di Jawa dan Bali.

    Era Orde Baru
    Gerakan 30 September

    Sehingga tahun 1965, PKI telah menguasai banyak pertubuhan besar-besaran yang dibentuk oleh Sukarno untuk memperkuat dukungan terhadap rejimnya. Dengan persetujuan daripada Sukarno, pertubuhan-pertubuhan tersebut memulakan kempen untuk membentuk "Angkatan Kelima", dengan para pendukungnya dipersenjatai. Pihak tertinggi dalam angkatan tentera Indonesia menentang perkara ini.

    Pada 30 September 1965, enam orang jeneral kanan dan beberapa orang yang lain dibunuh dalam sebuah percubaan rampasan kuasa yang disalahkan kepada para pengawal istana yang taat setia kepada PKI. Panglima Komando Strategi Angkatan Darat saat itu, Mejar Jeneral Suharto, menumpaskan kudeta tersebut dan berbalik melawan PKI. Suharto kemudian mempergunakan keadaan ini untuk mengambil alih kekuasaan. Lebih daripada puluhan ribu orang yang dituduh sebagai komunis kemudian dibunuh. Jumlah korban pada tahun 1966 mencapai setidaknya 500,000, dengan pengorbanan yang paling parah terjadi di Jawa dan Bali.

    Era Orde Baru
    Indonesia: Era Orde Baru

    Pada tahun 1968, MPR secara rasmi melantik Suharto untuk tempoh lima tahun sebagai presiden Indonesia. Beliau kemudian dilantik kembali secara berturut-turut pada tahun 19731978198319881993, dan 1998.

    Presiden Suharto memulakan "Orde Baru" dalam dunia politik Indonesia dan secara dramatik mengubah dasar-dasar luar negeri dan dalam negeri daripada jalan yang diikuti oleh Sukarno pada akhir kepresidenannya. Orde Baru memilih perbaikan dan perkembangan ekonomi sebagai tujuan utamanya dan membubarkan struktur pentadbiran yang dikuasai oleh tentera atas nasihat daripada ahli-ahli ekonomi didikan Barat. Selama tempoh pemerintahannya, dasar-dasar ini dan eksploitasi sumber alam secara besar-besaran menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang pesat namun tidak merata di Indonesia. Contohnya, jumlah orang yang kelaparan amat dikurangkan pada dekad-dekad 1970-an dan 1980-an. Bagaimanapun, beliau juga memperkaya diri, keluarga, dan rakan-rakan rapatnya melalui amalan rasuah yang menular.

    Irian Jaya

    Setelah menolak pengawasan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pemerintah Indonesia menjalankan "Tindakan Pilihan Bebas " (Act of Free Choice ) di Irian Jaya pada tahun 1969 yang memilih 1,025 orang ketua daerah Irian untuk dilatih dalam bahasa Indonesia. Mereka akhirnya memilih untuk bergabung dengan Indonesia secara sepersetujuan. Sebuah ketetapan Perhimpunan Agung PBB kemudian mengesahkan perpindahan kekuasaan kepada Indonesia. Penolakan terhadap pemerintahan Indonesia menimbulkan aktiviti-aktiviti gerila berskala kecil pada tahun-tahun berikutnya selepas perpindahan kekuasaan tersebut. Dalam suasana yang lebih terbuka selepas tahun 1998, pernyataan-pernyataan yang lebih eksplisit yang beringinkan kemerdekaan daripada Indonesia telah muncul.

    Timor Timur
     Penjajahan Indonesia di Timor Timur

    Sejak dari tahun 1596 sehingga tahun 1975, Timor Timur adalah sebuah jajahan Portugis di pulau Timor yang dikenali sebagai Timor Portugis dan dipisahkan dari pesisir utara Australia oleh Laut Timor. Akibat Revolusi Anyelir di Portugal, penjabat Portugal secara mendadak berundur dari Timor Timur pada 1975. Dalam pilihan raya tempatan pada tahun tersebut, Parti Fretilin, sebuah parti yang dipimpin sebahagiannya oleh orang-orang yang menyokong faham Marxisme, bersama-sama UDT, menjadi parti-parti yang terbesar, selepas sebelumnya membentuk perikatan untuk berkempen agar memperolehi kemerdekaan daripada Portugal.

    Pada 7 Disember 1975, angkatan tentera Indonesia masuk ke Timor Timur. Indonesia yang mempunyai dukungan kebendaan dan diplomatik, dibantu peralatan persenjataan yang disediakan oleh Amerika Syarikat dan Australia, berharap bahawa dengan memiliki Timor Timur, mereka akan memperoleh tambahan sumber minyak dan gas asli serta lokasi yang strategik.

    Pada peringkat awal, angkatan tentera Indonesia (ABRI) membunuh hampir 200,000 orang penduduk Timor Timur melalui pembunuhan langsung, pemaksaan kelaparan dan lain-lain. Banyak pelanggaran HAM yang terjadi semasa Timor Timur berada dalam wilayah Indonesia.

    Pada 30 Ogos 1999, rakyat Timor Timur memilih untuk memisahkan diri dari Indonesia dalam sebuah pungutan suara yang dijalankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sekitar 99% penduduk yang berhak memilih turut serta; 75% memilih untuk merdeka. Setelah keputusan pungutan suara diumumkan, angkatan tentera Indonesia dengan segeranya melanjutkan pemusnahan di Timor Timur, umpamanya pemusnahan infrastruktur di daerah tersebut.

    Pada Oktober 1999, MPR membatalkan dekri 1976 yang menggabungkan Timor Timur ke dalam wilayah Indonesia, dan Pentadbiran Peralihan PBB (UNTAET) mengambil alih tanggungjawab untuk memerintah Timor Timur sehingga kemerdekaan penuh dicapai pada Mei 2002.

    Krisis ekonomi

    Pada pertengahan tahun 1997, Indonesia dilanda oleh krisis kewangan dan ekonomi Asia (sila lihat: Krisis Kewangan Asia), disertai kemarau yang terburuk dalam tempoh 50 tahun terakhir dan harga-harga minyak, gas asli dan komoditi-komoditi eksport yang lain yang semakin jatuh. Nilai rupiah jatuh, inflasi meningkat dengan ketara, dan perpindahan modal dipercepat. Tunjuk-tunjuk perasaan yang awal yang dipimpin oleh para mahasiswa mendesak peletakan jawatan Suharto. Di tengah-tengah pengacuman yang meluas, Suharto meletakkan jawatan sebagai presiden Indonesia pada 21 Mei 1998, tiga bulan setelah MPR melantiknya untuk penggal ketujuh. Suharto kemudian memilih timbalannya, B. J. Habibie, untuk menjadi presiden ketiga Indonesia.

    Era Reformasi
    Indonesia: Era Reformasi

    Pemerintahan Habibie

    Presiden Habibie dengan segeranya membentuk sebuah kabinet, dengan salah satu tugas yang utamanya merupakan pemerolehan dukungan daripada Tabung Kewangan Antarbangsa dan komuniti negara-negara penderma untuk rancangan pemulihan ekonominya. Beliau juga membebaskan para tahanan politik dan melonggarkan kawalan terhadap kebebasan bercakap dan kegiatan pertubuhan.

    Pemerintahan Wahid

    Pilihan raya umum untuk MPR, DPR, dan DPRD diadakan pada 7 Jun 1999, dengan Parti PDI Perjuangan yang dipimpin oleh Megawati Sukarnoputri, anak perempuan Sukarno, muncul sebagai pemenang dalam pilihan raya parlimen dengan mendapatkan 34% daripada seluruh undi; Golkar (parti Suharto yang sebelumnya selalu merupakan pemenang dalam pilihan-pilihan raya) memperoleh 22%; Parti Persatuan Pembangunan pimpinan Hamzah Haz 12%; Parti Kebangkitan Bangsa pimpinan Abdurrahman Wahid (Gus Dur) 10%. Pada Oktober 1999, MPR melantik Abdurrahman Wahid sebagai presiden dan Megawati sebagai Naib Presiden untuk tempoh lima tahun. Wahid membentuk kabinet pertamanya, Kabinet Persatuan Nasional pada awal November 1999 dan melakukan rombakan kabinetnya pada Ogos 2000.

    Pemerintahan Presiden Wahid meneruskan proses pendemokrasian dan perkembangan ekonomi di bawah keadaan-keadaan yang menentang. Di samping ketidakpastian ekonomi yang terus berlanjut, pemerintahannya juga menghadapi konflik antara kelompok-kelompok etnik dan antara agama-agama, khususnya di AcehMaluku, dan Papua. Di Timor Barat, masalah yang ditimbulkan oleh rakyat Timor Timur yang tidak mempunyai tempat tinggal dan kekacauan yang diakibatkan oleh para orang militan Timor Timur pro-Indonesia menimbulkan masalah-masalah kemanusiaan dan sosial yang besar. MPR yang semakin menentang dasar-dasar Presiden Wahid menyebabkan perdebatan politik yang meluap-luap.

    Pemerintahan Megawati

    Dalam Perhimpunan Agung MPR pertama pada bulan Ogos 2000, Presiden Wahid memberikan laporan pertanggungjawabannya. Pada 29 Januari 2001, ribuan penunjuk perasaan menyerbu MPR dan mendesaknya agar meletakkan jawatan atas alasan keterlibatannya dalam skandal rasuah. Di bawah tekanan daripada MPR untuk memperbaiki pentadbiran dan penyelerasan dalam pemerintahannya, beliau mengumumkan keputusan yang memberikan kekuasaan negara sehari-hari kepada Megawati, naib presidennya. Megawati mengambil alih jawatan presiden tidak lama kemudian.

    Pemerintahan Yudhoyono

    Pada tahun 2004, pilihan raya sehari yang terbesar di dunia diadakan, dengan Susilo Bambang Yudhoyono tampil sebagai presiden baru Indonesia. Pemerintah baru ini pada awal penggalnya menghadapi pengalaman yang pahit seperti gempa bumi besar di Aceh dan Nias pada Disember 2004 yang membinasakan sebahagian Aceh serta gempa bumi di Sumatera pada bulan Mac 2005.

    Pada 17 Julai 2005, sebuah kesepakatan bersejarah berhasil dicapai antara pemerintah Indonesia dengan Gerakan Aceh Merdeka yang bertujuan untuk mengakhiri konflik yang berpanjangan selama 30 tahun di wilayah Aceh.

    Lihat juga: Sejarah nama Indonesia

    Rujukan dan bacaan tambahan
    1. (Inggeris) Ricklefs, M.C. 2001. A history of modern Indonesia since c. 1200. Stanford: Percetakan Universiti Stanford. ISBN 0-8047-4480-7
    2. (Inggeris) Taylor, Jean Gelman. 2003. Indonesia: Peoples and histories. New Haven: Percetakan Universiti Yale. ISBN 0-300-09709-3
    3. (Inggeris) Schwarz, Adam. 1994. A Nation in Waiting: Indonesia's Search for Stability. Edisi ke-2. St Leonards, NSW : Allen & Unwin.
    4. (Inggeris) Sebahagian isi kandungan rencana ini berasal daripada Perpustakaan Kongres.

    Pautan luar

    (Inggeris) Sejarah Indonesia — garis masa dalam sejarah indonesia

    Rujukan Sejarah Indonesia:
    1. Indonesia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
    2. Sejarah Indonesia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

    Negeri dan bandar besar

    Provinsi:  Senarai Provinsi Indonesia
    Indonesia ialah negara yang terluas di Asia Tenggara. Untuk memudahkan pentadbiran, negara ini dibahagikan kepada 33 provinsi (satu Daerah Istimewa (DI), iaitu Daerah Istimewa Yogyakarta, dan dua daerah dengan autonomi khusus iaitu Nanggroe Aceh Darussalam dan Papua serta satu Daerah Khusus Ibu kota (DKI), iaitu Daerah Khusus Ibukota Jakarta Raya. Sebelum era Reformasi, Indonesia hanya memiliki 27 provinsi, dengan Timor Timur merupakan provinsi ke-27 pada Julai 1976

    Bagaimanapun, Timor Leste telah pun memisahkan diri melalui pungutan suara menjadi negara Timor Leste pada 20 Mei 2002.

    Indonesia sedang menjalankan autonomi untuk setiap negerinya dengan tujuan memberikan peluang pembangunan yang sama rata di seluruh negara. Selain autonomi, pemerintah Indonesia kini sedang menjalankan prinsip pengagihan kuasa pusat untuk negeri-negerinya.

    Yang berikut adalah senarai negeri di Indonesia: 

    Pulau Sumatera


      Pulau Jawa 

      Pulau Kalimantan

      Pulau Sulawesi

      Bandar terbesar
      Skyline: Jakarta. 
      Jakarta, ialah Ibu Negera dan Bandar Terbesar Indonesia.
      Sepuluh bandar terbesar di Indonesia mengikut susunan, adalah seperti berikut :

      Demografi Demografi Indonesia
      Islamic Center. Sebahagian besar penduduk Indonesia menganut agama Islam.

      Agama di Indonesia
      AgamaPeratus
      Islam
        
      87.2%
      Kristian
        
      9.9%
      Hinduism
        
      1.7%
      Buddha
        
      0.7%
      Lain
        
      0.5%
      (Bancian tahun 2010)

      Jumlah penduduk Indonesia mengikut bancian tahun 2018 ialah 265.764.970 juta orang,[9] dan Biro Statistik Pusat Indonesia dan Statistik Indonesia mengganggarkan populasi sebanyak 265.764.970 juta pada 2018.[8] Pembahagian penduduk Indonesia ada dalam dua kelompok. Belahan barat Indonesia sebahagian besar beretnik Melayu dan bahagian timur Indonesia beretnik Papua. Selain itu ada juga penduduk pendatang yang jumlahnya kecil iaitu etnik Cina, India, dan Arab. Sebahagian besar penduduk Indonesia menganut agama Islam (87.2% mengikut banci 2010)[10] dan sisanya penganut agama Kristian (9.9%), Hindu (1.7%), Buddha (0.7%), dan sebagainya.

      Taburan penduduk Indonesia tidak serata. Pulau Jawa yang merupakan pusat pemerintahan ialah pulau yang terpadat, dengan setengah daripada jumlah penduduknya. Kenaikan kadar pertumbuhan penduduk Indonesia cukup tinggi. Penduduk Indonesia yang mendiami pulau-pulau di sebelah utara sangat sedikit, berbanding dengan negara-negara berjiran yang besar seperti JepunChina dan India. Dengan demikian, daerah-daerah Indonesia yang agak kosong beserta kekayaan alamnya berpotensi menjadi sasaran untuk dasar-dasar lebensraum (dasar peluasan kuasa) oleh kuasa-kuasa di sebelah utara tersebut.

      Republik Indonesia
      ريڤوبليق إندونيسيا
      Bendera Indonesia
      {{{coat_alt}}}
      BenderaLambang negara
      Cogan kata: Bhinneka Tunggal Ika  (Jawa Kuno)
      (“Bersatu dalam kepelbagaian”)

      IdeologiPancasila
      Lagu kebangsaan: Indonesia Raya
      MENU
      0:00
      Location of Indonesia
      Ibu kotaJakarta
      6°10.5′S 106°49.7′E
      Bandar terbesarcapital
      Bahasa rasmi
      dan bahasa kebangsaan
      Bahasa Indonesia
      Bahasa-bahasa daerah yang diiktirafBahasa Jawa
      Bahasa Sunda dan
      743 Bahasa lain
      Kumpulan etnik 
      (2010)
      40.22% Suku Jawa
      15.5% Suku Sunda
      44.28% Lain-lain
      Agama
      87.2% Muslim
      9.9% Kristian
      1.7% Hindu
      0.7% Buddha
      0.2% Lain-lain
      DemonimIndonesia
      PemerintahanRepublik kesatuan
      • Presiden
      Joko Widodo (PDIP)
      Ma'ruf Amin
      PerundanganMajlis Musyawarah Rakyat (MPR)
      Dewan Perwakilan Daerah (DPD)
      Dewan Perwakilan Rakyat (DPR)
      Pengasasan
      17 Ogos 1945
      27 Disember 1949
      • (RIS) dibubarkan
      17 Ogos 1950
      Keluasan
      • Jumlah
      1,904,569[1] km2 (735,358 bt2) (ke-14)
      • Air (%)
      4.85
      Populasi
      • Anggaran 2018 2016
      265.875.970 261,115,456[2]
      • Bancian 2010
      237,641,326[3] (ke-4)
      • Kepadatan
      138/km2 (357.4/sq mi) (ke-88)
      KDNK (PPP)Anggaran 2018 
      • Total
      $3.481 trillion[4] (ke-7)
      • Per kapita
      $13,120[4] (ke-96)
      KDNK (nominal)Anggaran 2018 
      • Jumlah
      $1.074 trillion[4] (ke-16)
      • Per kapita
      $4,116[4] (ke-114)
      Gini (2016)positive decrease 39.0[5]
      rendah
      HDI (2018) 0.701[6]
      tinggi · ke-113
      Mata wangRupiah Indonesia (Rp) (IDR)
      Zon masaUTC+7 to +9 (pelbagai)
      Format tarikhdd/mm/yyyy
      Bahagian memanduKiri
      Kod panggilan+62
      Kod ISO 3166ID
      Internet TLD.id

      Politik
      Politik Indonesia
      Gedung Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) dan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) di Jakarta ialah gedung parlimen di Indonesia
      Garuda Pancasila adalah falsafah dasar negara Indonesia yang berasal daripada dua kata Sanskrit, "panca" yang bererti 'lima', dan "sila" yang bererti 'dasar'. Pancasila terdiri atas kelima-lima dasar yang amat berkait dan yang tidak dapat dipisahkan:
      • Kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa
      • Kemanusiaan yang Adil dan Beradab
      • Perpaduan Indonesia
      • Demokrasi yang dibimbing oleh Kebijaksanaan yang berasal daripada Musyawarah/Perwakilan
      • Keadilan Sosial bagi Seluruh Rakyat Indonesia
      Indonesia mengamalkan sistem demokrasi yang diketuai oleh seorang presiden, dan Pancasila ini merupakan jiwa demokrasi. Demokrasi yang didasarkan atas lima dasar tersebut dinamakan Demokrasi Pancasila.
      Presiden Indonesia saat ini adalah Joko Widodo, yang disokong oleh Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP). Majlis Musyawarah Rakyat (MPR) adalah lembaga dwidewan yang terdiri daripada 560 anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) iaitu wakil rakyat yang dipilih melalui parti politik, ditambah 132 anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD) iaitu wakil provinsi yang dipilih melalui pemilihan wilayah.[11] Anggota DPR dan DPD dipilih melalui pilihan raya dan dilantik untuk masa jabatan selama lima tahun. Saat ini MPR diketuai oleh Bambang Soesatyo, DPR oleh Puan Maharani, sedangkan DPD oleh La Nyalla Mattalitti.

      Ekonomi
      Ekonomi Indonesia
       
      Industri Pertamina

      Ekonomi Indonesia mengalami kemerosotan pada akhir dekad 1990-an, akibat Krisis Kewangan Asia yang melanda sebahagian besar Asia pada saat itu. Ekonominya kini telah pulih. Indonesia mempunyai sumber semula jadi yang besar di luar Jawa, termasuk minyak mentah, gas asli, timah, tembaga, dan emas. Negara ini ialah pengeksport gas asli yang kedua terbesar di dunia tetapi akhir-akhir ini, Indonesia telah bermula menjadi pengimport bersih minyak mentah. Hasil pertanian yang utama termasuk beras, teh, kopi, rempah, dan lobak. Rakan-rakan perdagangan Indonesia yang terbesar ialah Jepun, dan Amerika Syarikat, serta negara-negara berjiran, iaitu Malaysia, Singapura, dan Australia. Indonesia merupakan negara yang amat kaya akaan sumber daya alam dan manusia, namun begitu masih terdapat sedikit masalah kemiskinan yang disebabkan kurang tepatnya pengelolaan oleh kerajaan.
      Bank pusat Indonesia ialah Bank Indonesia.

      Sumber alam

      Sawah daripada Pulau Bali

      Getah yang pernah dikenali sebagai "emas hitam" di Indonesia merupakan hasil utama pertukaran asing pada masa dahulu, dan kini merupakan pengeluar kedua terbesar selepas MalaysiaKelapa sawit: Kawasan perladangan kelapa sawit di Indonesia telah diperluas dengan pesat. Produk utama yang dieksport ialah minyak serta isirong sawit. Tembakau: Kawasan perkebunan tembakau seluas 198,000 hektar pada tahun 1979, dengan 92% daripadanya ditanam oleh pekebun kecil ketika itu. LogamEmas dan perak dihasilkan oleh PT Aneka Tambang di daerah Banten Selatan, dan tembaga di PapuaAsfaltPerlombongan asfalt dilaksanakan di Sulawesi Tenggara. Terdapat 19 buah lombong, termasuk besar dan kecil, yang ditaksirkan berjumlah 28.5 juta tan.

      Pokok kelapa sawit

      Seni budaya 
      Kebudayaan Indonesia

      Gadis Palembang berkain songket.
      Indonesia terdiri daripada beratus-ratus suku kaum, dengan agama dan kepercayaan yang berbeza. Antara suku kaumnya termasuk Aceh (Melayu Tamiang dan Gayo), Batak (KaroTobaMandailingPak-Pak, dan Simalungun), MinangkabauMelayu (termasuk Melayu Deli, Melayu Palembang, Melayu Jambi, Melayu Pontianak, Melayu Bengkulu, Melayu Bangka Belitung, dan lain-lain), RejangLampungBaduiJawaSundaBanjarBugisTorajaBaliAmbonMaduraMinahasaDayakBetawiPapua dan lain-lain. Islam merupakan ugama majoriti di Indonesia terutama diwilayah Indonesia Barat (kecuali Batak), dan Indonesia Tengah (kecuali Pulau Bali yang umumnya beragama Hindu dan Sulawesi Utara yang umumnya beragama Kristian). Indonesia Timur (FloresAmbon, dan Papua) secara majoriti beragama Kristian dan KatolikPulau Bali ialah satu-satunya provinsi yang secara majoriti beragama Hindu. Agama-agama yang lain seperti Buddha dan Konfusianisme umumnya dipeluk oleh kaum keturunan Cina. Secara undang-undang, agama di Indonesia diakui berjumlah lima (5) oleh pemerintah, iaitu:
      Agama tradisional yang telah ada sejak masa nenek moyang di Nusantara seperti agama Parmalim daripada suku BatakKejawen daripada suku Jawa, dan lain-lain yang masih mempunyai unsur animisme, juga ada di Indonesia dan dianut secara minoriti oleh kaum-kaum pedalaman.
      Seni budaya di Indonesia sangatlah beragam dan berbeza-beza, budaya Melayu merupakan salah satu budaya yang banyak dijalankan dikawasan-kawasan Melayu seperti diwilayah pesisir timur Sumatra dan pesisir Kalimantan. Tiap-tiap provinsi di Indonesia mempunyai bahasa dan budaya sendiri walaupun yang berdekatan saling mempunyai persamaan.
      Dari segi pakaian, warisan budaya yang paling terkenal di seluruh dunia ialah batik. Tiap-tiap suku dan wilayah (provinsi) di Indonesia mempunyai pakaian adat masing-masing, dan memiliki hal-hal unik yang mewakili daerah yang dimaksud. Daerah-daerah yang terkenal untuk industri batik termasuk YogyakartaSolo, dan Pekalongan. Pakaian-pakaian asli Indonesia dapat dikenali daripada ciri-cirinya yang berbeza-beza:
      Sarung dan Songkok umum dipakai oleh kaum lelaki di Indonesia terutama bagi mereka yang berugama IslamSongkok merupakan pakaian kepala rasmi pemerintah di Indonesia yang digunakan oleh kaum lelaki. Kebaya merupakan pakaian adat yang umum dipakai oleh kaum wanita di Indonesia yang digunakan pada saat acara-acara tradisional, sementara kaum lelaki mengenakan baju Batik sebagai baju identiti Nusantara.
      Seni pantungurindam, dan sebagainya kerap kali dipersembahkan dalam acara-acara seperti majlis kenduri perkahwinan, dan panggung seni. Silat adalah seni bela diri yang kekadang ditampilkan dalam acara-acara pertunjukkan dan biasanya diiringi oleh muzik tradisional gamelan dan lain-lain, sesuai dengan daerah asalnya.
      Para pemain muzik Melayu di Indonesia
      Kesenian Indonesia banyak dipengaruhi oleh beberapa budaya. Terdapat beberapa candi Hindu dan Buddha dari abad-abad yang telah lampau di Jawa. Tarian Jawa dan Bali yang terkenal, misalnya, mengandungi aspek-aspek kebudayaan dan mitos Hindu. Seni tarian yang tidak mengandungi nilai-nilai Islam umpamanya seperti Reog Ponorogo (Jawa Timur) dan Tari Kecak (Bali). Sedangkan seni tarian yang mengandungi nilai-nilai Islam, antaranya Tarian Saman dan Tarian Seudati di Nanggroe Aceh Darussalam. Selain itu, yang juga terkenal di dunia ialah wayang kulit, yang menampilkan kisah-kisah mitologi.
      Terdapat banyak jenis muzik Indonesia, baik tradisional mahupun moden. Muzik tradisional Indonesia termasuklah keroncong Jawa dikenal oleh semua rakyat Indonesia dan sampai ke luar negara. Banyak alat-alat muzik tradisional Indonesia yang terkenal di dunia, misalnya Angklung yang berasal dari Jawa Barat. Ada juga muzik popular di Indonesia yang dikenali sebagai dangdut.
      Dangdut merupakan gabungan muzik MelayuIndia, dan muzik tradisional lain Indonesia. Muzik ini dipanggil "dangdut" kerana muziknya bergema dengan bunyi 'dang' dan 'dut' serta kerana muzik dangdut lebih dikuasai oleh bunyi gendang dan seruling. Lagu-lagu dangdut biasanya didendangkan oleh pedangdut dengan goyangannya yang seronok dan lemah gemalai sesuai dengan kecepatan lagu. Ada pelbagai macam corak muzik dangdut, antaranya: Dangdut Melayu, Dangdut Moden (dangdut masa kini yang alat muzik telah ditambah dengan alat muzik moden), Dangdut Pesisir (lagu dangdut bercampur muzik tradisional Jawa, Sunda), dan lain-lain. Pada tahun 70-an, dangdut lebih dikenali sebagai genre muzik orkestra Melayu, dan semakin menjadi popular mulai daripada dekad 80-an. Muzik dangdut juga digemari oleh orang-orang Jepun dengan pedangdut-pedangdut seperti Camelia Malik dan Elvy Sukaesih dijemput menyanyi dangdut di Jepun.

      Ketenteraan dan Polis
      Tentera

      Polis


      Islam

      Lihat juga

      Topik Indonesia
      Sejarah Republik IndonesiaProklamasi | Orde Lama | Orde Baru | Reformasi
      GeografiPulau | Gunung | Bandar
      KetenteraanTentera | TNI-AD | TNI-AU | TNI-AL | Sejarah Pertahanan
      PolitikParti Politik | Presiden
      EkonomiPertamina | Mata Wang | Pengangkutan | Penerbangan Nasional
      DemografiBudaya | Bahasa | Islam
      LainnyaLapangan Terbang | Muzik | Filem | Pelancongan

      Rujukan

      Nota kaki

      1. ^ "UN Statistics" (PDF). United Nations. 2005. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 31 Oktober 2007. Dicapai pada 31 Oktober 2007. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
      2. ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision"ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.
      3. ^ "Jumlah dan Distribusi Penduduk". Badan Pusat Statistik. Mei 2010. Dicapai pada 13 April 2018.
      4. Panjat ke:a b c d "Report for Selected Countries and Subjects - Indonesia"www.imf.orgInternational Monetary Fund. Dicapai pada 11 January 2018.
      5. ^ "GINI Ratio Indonesia Declines: Economic Inequality Narrows". Indonesia Investments. 20 Ogos 2016. Diarkib daripada yang asal pada 27 Jun 2017. Dicapai pada 27 Jun 2017.Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
      6. ^ "Human Development Report 2016: Human Development for Everyone" (PDF). United Nations Development Programme. 21 March 2017. Dicapai pada 18 July 2017.
      7. ^ Justus M. van der Kroef (1951). "The Term Indonesia: Its Origin and Usage"Journal of the American Oriental Society71 (3): 166–171. doi:10.2307/595186.
      8. Panjat ke:a b "Tingkat Kemiskinan di Indonesia Tahun 2005–2006" (PDF) (Berita) (dalam bahasa b. Indonesia). Indonesian Central Statistics Bureau. 1 September 2006. Dicapai pada 2006-09-26.
      9. ^ "2000 Population Statistics" (Berita). Indonesian Central Statistics Bureau. 30 Jun 2000. Dicapai pada 2006-10-05.
      10. ^ "Indonesia - The World Factbook". CIA.
      11. ^ Amandemen Ketiga Undang-Undang Dasar 1945 (PDF). 2006-12-13.

      Pautan luar


      Indonesia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

      Tiada ulasan: