Isnin, 9 Mac 2020

Januari, Februari, April dan Oktober. 9891


Tentang kita - berwaspada dan berjaga-jagalah serta berhati-hati dalam bertindak atau membuat keputusan.mp4

Kenapa Sambutan Valentine's Day Dilarang


Fenomena sebahagian remaja menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan. Ia sebenarnya merupakan satu fenomena ajaib dan aneh kerana perayaan ini tidak pernah disisipkan secara rasmi di mana-mana kalender. Akan tetapi ia terus diingati dan diraikan saban tahun.

To be my Valentine?

Bagi mereka yang meraikan sambutan Valentine’s Day ungkapan ‘To be my Valentine’ sering bermain di bibir. Kebiasaannya ia diungkapkan oleh teruna kepada si dara dalam menzahirkan kecintaannya. Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi.
Sedar atau tidak, menurut Sweiger, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah dan dimurkai Allah. Ini karena ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.

Mengapa Mawar Merah?

Selain ucapan ‘To be my Valentine’ pemberian jambangan mawar merah oleh si teruna kepada si dara juga sering menjadi amalan pada Valentine’s Day. Ia dianggap satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang ‘hakiki’. Sebenarnya perbuatan ini merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan diselitkan kepercayaan aneh dan karut. Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah merupakan bunga kegemaran Venus, si dewi cinta. Dewi itu amat sinonim dengan memperingati kekasih. Ia langsung tiada kaitan dengan Islam dan hanya mitos karut. Amalan memberi bunga mawar merah ini sebenarnya mula dipopularkan pada tahun 1970an. Ia berlaku selepas Raja Charles II mengarang buku yang bertajuk ‘The Language of Flowers, yang menguraikan tentang amalan kebiasaan bangsa Persia yang mengungkapkan perasaan melalui bunga. Sejak itu pemberian mawar merah terutama pada saat Valentine’s Day amat popular. Tanpa mengetahui sebabnya ia terus menjadi amalan.

Sambutan Valentine’s Day Dilarang Kerana Hukumnya HARAM

Sebenarnya, majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah HARAM dan bertentangan dengan ajaran Islam.” Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam. Pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan atau dengki di atas aktiviti trend baru zaman moden ini. Tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi panduan seantero umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan diakhirat.

Sejarah Valentine’s Day

Menurut Rizki Ridyasmara di dalam bukunya, Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Hallowen: So What?, para sejarawan masih tidak mempunyai kata sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus diperingat. Tetapi daripada beberapa sumber sejarah terdapat beberapa versi pendapat yang amat popular berkaitan dengannya.
Pendapat pertama mengaitkan Sambutan Hari Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta (Queen of Feverish Love) bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.
Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari itu mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.
Pendapat Kedua pula mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II.
Pendapat Ketiga: Ia dirayakan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol dimana St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam itu. Disebabkan sumbangan itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Yang terakhir, pendapat keempat adalah berdasarkan apa yang dinukilkan oleh Geoffrey Chaucer, seorang penyair Inggris di dalam puisinya.  Sambutan Hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya pada 14 Februari.
Berdasarkan kepada versi-versi tersebut, ianya amat jelas tiada hubungan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan budaya kita mahupun agama bagi umat Islam. Malahan ianya amat terang lagi tersuluh mempunyai kaitan dalam memperlekehkan aqidah Islam dan orang Islam sendiri.

Kebejatan Acara Valentine’s Day

Sebenarnya bukan sekadar apa yang tersirat di sebalik amalan dan kepercayaan berkenaan Sambutan Hari Valentine ini sahaja amat keji dan perlu dihindari. Tetapi acara-acara jelek dan tidak boleh diterima oleh budaya manusia bertamadun, menjadikan ianya perlu ditolak dan dipadamkan dari takwim perayaan manusia madani dan memiliki pegangan aqidah yang suci. Lihatlah bagaimana saban tahun kebelakangan ini, media-media mendedahkan pelbagai acara dianjurkan bagi mengamatkan Sambutan Hari Valentine, khususnya kepada kalangan muda mudi. Ianya dicatur berpaksikan kepada menzahirkan perasaan kasih dan sayang kepada pasangan masing-masing. Amat jijik dan jelek sekiranya difikirkan dengan akal pemikiran yang waras. Bagaimanakah seorang kekasih boleh menyerahkan dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya tanpa ada sebarang ikatan demi membuktikan perjanjian cinta? Akan tetapi, apa yang amat mendukacitakan, acara tidak bertamadun dan tidak bermata dalam menilai kehormatan sesama insan itu tetap mendapat sambutan. Ia sukar dibendung. Jauh sekali untuk dibersihkan sepenuhnya. Kesedaran pemikiran yang waras tercabut dengan hayalan dan dongengan dek janji indahnya kasih sayang tanpa ada suluhan kebenaran yang hak.
Berdasarkan kepada apa yang telah terjadi, sebenarnya Hari yang bertemakan kepada menyanjungi dan mengagungi kasih sayang di kalangan para kekasih menjadi hari permulaan bermulanya bencana dan kehancuran. Sememangnya pada Valentine's Day akan muncul si Romeo dan si Juliet yang mampu mengungkapkan bait-bait puisi seindah puisi William Shakespeare. Tidak kurang pula juga mereka yang sehebat si Laila dan si Majnun dalam bergelumang memperjuangkan kesetiaan cinta dengan bibir mengalunkan kata-kata puitis seindah puisi Jamaludin Rumi. Itu semua hanya seketika dek karamnya mereka di dalam bahtera gelojak nafsu tanpa nakhoda keimanan. Keindahan detik ‘syurga’ ciptaan penuh tipu daya hanya wujud pada hari itu sahaja. Ia akan ghaib entah ke mana setelah berakhirnya Valentine’s Day. Penderitaan, kekecewaan dan penyesalan akan menyelusuri. Ia akan menggantikan nikmat yang tidak seberapa. Si Romeo yang menjanjikan seribu kesetiaan menjadi halimunan bersama janjinya. Si Majnun yang menaburkan selangit pengorbanan demi kasih, cinta dan setia bisu dan ghaib entah kemana. Ia sudah terlambat untuk diatasi. Nasi sudah menjadi bubur. Cempedak sudah menjadi nangka. Kekesalan sudah tiada gunanya.

Zahirkan Cinta Ikut Acuan Islam

Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama kekasih. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab Al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah s.a.w. bongkarlah khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w itu bagi mencarinya. Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi. Ikatan itu dinamakan sebagai perkahwinan. Ia bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia. Akan tetapi, ia hanya bermatlamatkan menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun.

Penutup

Bagi menyelamatkan agama dan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah sempena Valentine’s Day ini perlulah disemaikan dalam setiap minda kita agar mewar-warkan larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di negara ini. Marilah kita umat Islam mengelakkan diri dari terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia ini.
Sumber:
Kenapa Sambutan Valentine's Day Dilarang

Februari 14, 2012
RAHSIA DI SEBALIK 14 FEBRUARI – VALENTINE’S DAY
Pendahuluan
Katakan tidak kepada Valentine’s Day

Hari Saint Valentine, atau lebih dikenali sebagai Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih, ialah satu sambutan tahunan yang diadakan pada 14 Februari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih. Sambutan ini dinamai sempena seorang “Christian Martyr” purba yang bernama Saint Valentine. Ia diasaskan oleh Pope Gelasius I pada tahun 496 M, tetapi digugurkan daripada Takwin Saint Rom oleh Pope Paul VI pada tahun 1969. Menurut tradisi, Hari Valentine merupakan hari bagi para kekasih untuk meluahkan rasa kasih sayang kepada satu sama lain dengan menghadiahkan bunga, menawarkan manis-manisan, dan mengirim kad ucapan.

Antara lambang-lambang Hari Valentine moden ialah bentuk hati, burung merbuk, dan dewa Cupid yang bersayap. Semenjak abad ke-19, surat cinta Valentine yang bertulisan tangan membuka laluan kepad kad ucapan yang dikeluarkan secara besar-besaran.
Valentine Day wajar dikawal agar ianya tidak mempengaruhi umat Islam

Perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang romantik, yang mana setiap pasangan memberikan hadiah berupa bungkusan coklat atau bunga yang bertuliskan perkataan ‘I wish you will be my valentine’ kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Ini tidak menghairankan kerana budaya ini sememangnya diimport dari budaya barat yang bersifat serba boleh dan hedonisme (menurut hawa nafsu).Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut. Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun media elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai atau dikasihi.
Bunga mawar menjadi simbolik kepada sambutan Valentine’s Day

Mengapa Mawar MerahFenomena sebahagian remaja menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan. Ia sebenarnya merupakan satu fenomena ajaib dan aneh kerana perayaan ini tidak pernah disisipkan secara rasmi di mana-mana kalender. Akan tetapi ia terus diingati dan diraikan saban tahun. Bagi mereka yang meraikan sambutan Valentine’s Day ungkapan ‘To be my Valentine’ sering bermain di bibir. Kebiasaannya ia diungkapkan oleh teruna kepada si dara dalam menzahirkan kecintaannya.

Selain ucapan ‘To be my Valentine’ pemberian jambangan mawar merah oleh si teruna kepada si dara juga sering menjadi amalan pada Valentine’s Day. Ia dianggap satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang ‘hakiki’. Sebenarnya perbuatan ini merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan diselitkan kepercayaan aneh dan karut. Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah merupakan bunga kegemaran Venus (dewi cinta). Dewi itu amat sinonim dengan memperingati kekasih. Ia tidak ada kaitan dengan Islam dan hanya mengikut ‘teladan’ mitos karut.
Perayaan ini sangat popular di kalangan pasangan muda-mudi dan remaja yang sedang mabuk dibuai cinta

Amalan memberi bunga mawar merah ini sebenarnya mula dipopularkan pada tahun 1970an. Ia berlaku selepas Raja Charles II mengarang buku yang bertajuk “The Languange of Flowers”, yang menguraikan tentang amalan kebiasaan bangsa Persia yang mengungkapkan perasaan melalui bunga. Sejak itu pemberian mawar merah terutama pada saat Valentine’s Day amat popular. Tanpa mengetahui sebabnya ia terus menjadi amalan.

Asal-Usul Valentine’s Day

Menurut Rizki Ridyasmara di dalam bukunya, Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Hallowen: So What?, para sejarawan masih tidak mempunyai kata sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus diperingat. Tetapi daripada beberapa sumber sejarah terdapat empat (4) versi pendapat yang amat popular berkaitan dengannya seperti berikut :
Juno merupakan dewi kewanitaan

  • Pendapat Pertama
    • Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno (ratu dewa-dewa dan dewi-dewi Rom). Juno adalah Ratu kepada tuhan-tuhan, isteri pelindung Negeri Rom. Beliau juga dikenali dengan nama Hera (Dewi Yunani) iaitu dewi perkahwinan dan kesejahteraan wanita. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
  • Pendapat Kedua
    • Ianya merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada 14 Februari 270 MasihiSt. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.
Ratu Isabella merupakan individu yang membantu kejatuhan Empayar Islam di Sepanyol

  • Pendapat Ketiga
    • Hari sambutan Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri. 
  • Pendapat Keempat
    • Berdasarkan apa yang dinukilkan oleh Geoffrey Chaucer (1343 – 25 Oktober 1400), seorang penyair Inggeris di dalam puisi klasiknya yang bertajuk “Parlement Foules” (1382) berkaitan Burung cinta Chaucer (Chaucer’s love birds) yang mengaitkan Hari Valentine dengan cinta asmara ialah :
      • “For this was on seynt Volantynys dayWhan euery bryd comyth there to chese his make. “
    • “Untuk ini adalah Hari Saint Valentine, apabila setiap datang burung di sana untuk memilih pasangannya.”
    Koleksi puisi Chaucer berkisar tentang budaya dan cara hidup barat yang cuba didoktrinkan kepada masyarakat
    Koleksi puisi Chaucer berkisar tentang budaya dan cara hidup barat yang cuba didoktrinkan kepada masyarakat
    Puisi ini telah ditulis oleh beliau untuk meraikan ulang tahun pertama pertunangan King Richard II dari England Anne di Bohemia. Perjanjian yang membenarkan perkahwinan mereka ditandatangani pada 2 Mei 1381. (Sewaktu mereka berkahwin lapan bulan kemudian, mereka berdua hanya berusia 15 tahun).
      • Tanpa ragu-ragu, para pembaca menganggap bahawa Chaucer memaksudkan 14 Februari sebagai Hari Valentine. Persepsi ini adalah salah dan tidak benar. ini kerana pada pertengahan bulan Februari adalah masa yang tidak mungkin sesuai bagi burung-burung untuk mengawan di England. Pendapat ini telah diketengahkan oleh Henry Ansgar Kelly (1986) dalam bukunya “Chaucer and the Cult of Saint Valentine” yang menegaskan bahawa mengikut “liturgical calendar”, 2 Mei ialah hari perayaan Saint Valentine dari Genoa. Ia merujuk kepada seorang biskop purba Genoa bernama St. Valentine yang meninggal dunia sekitar tahun 307 M. Ini bermakna Chaucer telah cuba mendoktrinkan satu tradisi di minda masyarakat yang menghubungkaitkan sambutan Hari Valentine merujuk kepada musim mengawan burung dengan mengambil asas kepada peristiwa memperingati Saint Valentine dari Genoa.
    Sorotan sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.
    Valentine’s Day Menurut Perspektif Islam
    Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama kekasih. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab Al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah S.A.W. bongkarlah khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W. itu bagi mencarinya. Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi. Ikatan itu dinamakan sebagai perkahwinan.
    Ia bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia. Akan tetapi, ia hanya bermatlamatkan menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun.
    Mesej ini perlu disebarkan secara istiqomah kepada umat Islam
    Fatwa Haram Menyambut Perayaan Valentine’s Day
    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
    Keterangan/Hujah :
    Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
    Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang. Islam MENOLAK konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
    Hukum Islam jelas dalam hal MELARANG umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. :
    من تشبه بقوم فهو منهم
    “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
    ( Riwayat Abu Daud)
    Rasulullah S.A.W. juga bersabda:
    من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
    “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
    Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang. Ia adalah berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang menfatwakan bahawa adalah HARAM kepada umat Islam menyambut Perayaan Valentine’s Day di atas sebab-sebab berikut :
    Vodpod videos no longer available.

    Sebab-Sebab Pengharaman Valentine’s Day
    1. Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.
    2. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.
    3. Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.
    4. “Hari Kekasih” yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku di kalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.
    5. Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.
    Kesimpulan
    Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang melibatkan aqidah Islam.
    Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. :
    “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
    (Surah al-Kafirun : Ayat 1-6)
    Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.;
    “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
    Sebarkanlah mesej Anti Valentine’s Day demi aqidah dan kesejahteraan umat Islam
    Bagi menyelamatkan agama dan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah sempena Valentine’s Day ini perlulah disemaikan dalam setiap minda kita mewar-warkan larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di Negara kita. Wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia.
    Pihak media massa perlulah PEKA dan SENSITIF terhadap FATWA yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dengan mengHARAMkan semua bentuk IKLAN, PROMOSI dan PUBLISITI berkaitan sambutan Perayaan Valentine’s Day di dalam semua siaran TV dan Telco. Manakala kita sebagai umat Islam mestilah menanam AZAM dan TEKAD untuk membuang semua amalan ini dari MINDA kita agar ianya mendapat KEBERKATAN daripada Allah S.W.T. Insya’Allah….. SEBARKAN MESEJ INI DI KALANGAN KELUARGA, SAHABAT DAN KENALAN……..
    Sumber Rujukan :
    Sumber: RAHSIA DI SEBALIK 14 FEBRUARI – VALENTINE’S DAY | ApanamaDotcom.....
    HARAM Sambut April Fool!
    1) Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
    2) Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
    3) Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
    4) Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
    Sumber:
    Bahagian Dakwah, Jakim - Siaran

    Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ

    3 perayaan dilarang Allah ﷻ tapi jadi trend kegilaan remaja
    Rabu, 21 November 2018 7:45 PM
    Perayaan Halloween, April Fool dan hari kekasih tetap disambut segelintir individu di negara ini biarpun ia sudah jelas haram di sisi Islam.(Gambar Hiasan)

    SEPANJANG tahun, ada beratus hari keraian dan pelbagai sambutan dibuat di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Tapi awas, dalam kita teruja meraikan hari tertentu, ingatlah bahawa ada sesetengah perayaan dilarang dalam Islam dan bersifat haram jika diraikannya.

    Persoalannya sekarang perayaan yang sudah terang-terangan ditegah namun ia tidak disambut sebahagian umat Islam malah selebriti-selebirti tempatan juga turut meraikannya. Sambutan perayaan hantu atau Halloween, hari kekasih (valentine day) dan April Fool misalnya biarpun sudah jelas haram hukumnya jika diraikan namun ia tidak diendahkan segelintir masyarkat.

    Rasulullah  sudah melarang umatnya daripada menyamai agama lain dengan bersabda yang maksudnya; Telah berkata Rasulullah SAW: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu” - [Riwayat Abu Daud].

    Menerusi segmen Ad-Din ini, mStar Online menyenaraikan tiga perayaan yang menjadi kegilaan sesetengah umat Islam untuk meraikannya.

    1. Halloween

    Suatu ketika dahulu, perayaan yang dikatakan bermula dari Irlandia ini diraikan sekitar 31 Oktober setiap tahun. Ia disambut sempena memperingati orang mati termasuk golongan orang suci (saints), wira-wira agama (martyrs) dan mereka yang beragama dalam kalangan orang Kristian.

    Perkataan Halloween berasal dari istilah All Hallow’s Eve (malam sebelum all hallow) yang merujuk kepada malam memperingati golongan suci yang telah mati.
    Sambutan perayaan ini turut dimeriahkan dengan pemakaian pelbagai kostum oleh mereka yang menyambutnya. 

    Mengikut tradisi, mereka yang meraikan sambutan itu biasanya akan memakai pelbagai kostum seram. Malah, golongan kanak-kanak pula akan berarak dari rumah ke rumah untuk meminta gula-gula menerusi aktiviti yang dinamakan trick or treatKebelakangan ini, perayaan itu semakin mendapat sambutan dan diraikan dengan sedikit twist oleh anak muda tempatan.

    Setiap kali tibanya Oktober, restoran, pusat beli-belah, taman-tema dan pusat hiburan di Malaysia turut melakukan promosi bersempena HalloweenApa yang membimbangkan, anak muda beragama Islam di negara ini turut meraikan sambutan itu dengan mengenakan mekap wajah seram dan pemakaian pelbagai kostum mengikut tema yang ditetapkan.

    Dalam al-Quran Allah berfirman yang maksudnya; Wahai manusia, makanlah apa-apa yang di bumi yang halal dan baik dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi mu  - [Al-Baqarah, ayat 168].

    Ayat di atas secara terang-terangan larangan Allah agar manusia menjauhi syaitan kerana makhluk itu adalah musuh bagi umat Islam tetapi perayaan meraikan hantu pula dilakukan. 

    Dalam bacaan penuh Bismillah pun ia sudah membawa makna yang Allah meminta umat manusia agar memohon perlindungan daripadaNya yang maksudnya; Sahaja aku berlindung dengan Allah akan kejahatan syaitan yang direjam, sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan penyayang.

    2. Hari Kekasih (Valentine)

    Satu lagi perayaan yang sering diraikan sebilangan umat Islam ialah Hari Kekasih. Sambutan yang jatuh pada 14 Februari setiap tahun ini diharamkan ke atas umat Islam. Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia Bagi Hal Ehwal Islam kali ke-71 pada 2005 memutuskan bahawa perayaan tersebut tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
    Pasangan bercinta juga pada kebiasaannya akan menikmati makan malam romantis pada hari kekasih.

    Malah, roh perayaan tersebut juga mempunyai unsur-unsur agama lain dan amalan yang bercampur maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Tidak perlu lihat jauh, cukuplah di sekeliling kita. Bermula di peringkat sekolah, ada pelajar dari usia belasan tahun yang meraikan sambutan itu dengan menghadiahkan bunga kepada buah hati mereka. Malah, ia seolah-olah menjadi kebiasaan dan tidak memberi sebarang kesan buruk pun kepada mereka yang meraikannya. 

    Berlakunya maksiat apabila pasangan yang bukan mahram berpeluk-pelukan, bersentuhan antara satu sama lain dan mungkin seterusnya menyebabkan mereka terjebak dengan zina. 

    Dalam surah Al-Israa ayat 32 Allah berfirman yang maksudnya; Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat.
    Paparan berita juga banyak memaparkan tangkapan khalwat pada malam hari kekasih.

    Seperti yang dilaporkan menerusi media massa, banyak tangkapan khalwat melibatkan anak muda di hotel-hotel bajet pada malam Hari Kekasih. Lebih teruk, keterlanjuran itu juga sering kali berakhir dengan kehamilan luar nikah seterusnya meningkatkan statistik kelahiran anak hasil zina di negara ini. Malah, ada yang bertindak di luar batasan apabila sanggup menggugurkan kandungan dan membuang bayi.

    3. April Fool

    Begitu juga dengan sambutan April Fool yang diraikan pada 1 April setiap tahun. Biasanya, rakan-rakan kita akan membuat prank pada hari April Fool. Malah, pelbagai prank akan dikenakan sehingga ada yang menyebabkan kecederaan dan mengundang fitnah.

    Menurut Bahagian Dakwah Jakim, sambutan April Fool dilarang kerana empat sebab. Yang pertama, larangan menipu (prank) sudah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah.

    Kedua, ia juga dilarang kerana mendatangkan kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan oleh penipuan/prank). Seterusnya, ia seolah-olah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh seseorang individu.

    Yang terakhir, April Fool juga dilarang kerana ia adalah amalan meniru budaya buruk yang bukan milik kita.

    Dalam al-Quran juga turut disentuh mengenai menipu dan Allah melarang keras perbuatan tersebut.

    Allah berfirman menerusi surah Ali-Imran [ayat 54] yang maksudnya; Dan mereka itu menipu Allah dan Allah itu menipu mereka pula (membalas tipuannya) dan Allah sebaik-baik (membalas) orang-orang yang menipu.

    Sumber:
    3 perayaan dilarang Allah tapi jadi trend kegilaan remaja - Ad-din | mStar

    Hukum Dan Fatwa Menyambut ‘April Fool’s Day’

    Posted 31/03/2013 by Shafi-Q 
    Masyarakat kita umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Apabila orang kafir menyambut ‘Valentines Day’ mereka pun nak sambut ‘Hari Valentine/Kekasih’ juga! Bila orang kafir sambut ‘April Fool’s Day’, mereka pun ikut ‘fool’ sama menyambut hari mengarut itu!

    Daripada Anas bin Malik, Rasulullah  pernah bersabda: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia itu termasuk di dalam kalangan mereka.” (Hadis Riwayat Imam Abu Daud r.a., Imam Ahmad Bin Hanbal dan Imam as-Suyuti)

    Pada 1 April setiap tahun, sebahagian masyarakat menyambut hari tersebut dengan mengadakan perbuatan menipu atau gurauan untuk mengenakan orang lain yang dikenali sebagai ‘April Fool’. Hari April fool ini sepertinya hari perayaan syaitan dan iblis kerana pada hari ini ramai manusia menghalalkan apa yang diharamkan iaitu Menipu dan Bergurau Melampaui Batas.

    Tidak dinafikan bergurau dalam konteks positif dan tiada unsur penipuan dan seumpamanya adalah tidak salah. Namun pada hari ‘April Fool’ ini, kita dapati pelbagai gurauan melampau dan keterlaluan malah ada yang hingga menjatuhkan maruah,  mendatangkan malu, keaiban, menimbulkan perasaan dendam dan sebagainya. Perkara inilah yang perlu umat Islam hindari dan  titik beratkan  serta diberi perhatian.

    Pendapat Para Ulama

    Agama Islam amat melarang ummatnya melakukan perbuatan mengaibkan dan menipu dengan sengaja, walau dalam bentuk apa sekalipun, samada dalam bentuk gurauan ataupun bukan. Mari kita lihat beberapa pendapat `ulama muktabar berkaitan isu ‘April Fool’ ini:

    1) Shaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi

    Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi Hafizahullah menyatakan: “Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu tanda kemunafikan.”

    Ini kerana Rasulullah  bersabda: “Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Rasulullah  memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda  bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e) 

    Rasulullah  juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran.”  (Hadis Riwayat Ahmad dan At-Thabrani).

    Sebahagian hadis Nabi  turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah  bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

    Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentuk pun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana 4 sebab:

    1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

    2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

    3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

    4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

    2)  Shaikh Atiyyah Saqr

    Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

    Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

    Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah  bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah  membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.”

    Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.

    Haram Meraikan ‘April Fool’ 

    Rasulullah  melarang kita menipu, Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita dapati bahawa budaya ‘April Fool’ jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur. Amalan menipu ini turut melanggar etika seorang manusia yang bermoral.  Tiada satu pun manusia yang normal fikirannya yang suka atau rela dia ditipu. Sewajarnya tradisi ‘April Fool’ ini dihentikan dan ditinggalkan oleh mereka yang selalu menyambutnya, walau untuk tujuan bergurau!

    Umat Islam adalah diharam meraikan sambutan ‘April Fool’ ini kerana ia jelas boleh menjatuhkan maruah, merendahkan martabat kemanusiaan dan menyesatkan akidah umatnya. Mudah-mudahan peringatan ini bisa membuka minda dan menyedarkan kita semua betapa Islam adalah agama yang sejahtera dan mensejahterakan. Larangan ini bagi menjaga hak setiap jiwa manusia agar tidak teraniaya.

    Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Semoga Allah سبحانه وتعالى terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.

    وَالسَّلاَمْ

    sign s






    Sumber:
    Hukum Dan Fatwa Menyambut ‘April Fool’s Day’ | Shafiqolbu

    Tiada ulasan: