Jumaat, 6 Mac 2020

Tak praktikal - ertinya tak masuq eah tuan? 9853


Pengalaman mahal bekerja dengan 'menteri muda, mentah dan naif'
Steven Sim

Semalam saya menghadiri majlis perpisahan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Selepas 20 bulan menjawat jawatan menteri dan timbalan menteri, kami berdua kini terpaksa meninggalkan KBS. Ramai yang bertanya kepada saya, macam mana rasanya bekerja dengan seorang menteri yang 10 tahun lebih muda daripada saya?

Saya perhatikan sepanjang perkhidmatan kami, menteri muda, mentah dan didakwa naif itulah yang akan selalu menjadi orang pertama membangkitkan isu kebajikan atlet, orang kuang upaya (OKU), mat motor, banduan, wanita, orang susah, orang terpinggir, dan - secara amnya - golongan yang kurang dipandang masyarakat.

Itulah sebabnya, kini bekas atlet negara diberikan perkhidmatan rawatan kesihatan percuma sepanjang hayat mereka, jumlah peruntukan untuk sukan dan sukan para ditambah. Di KBS ada program Reben Kuning. Saya sendiri pernah masuk ke penjara wanita di Kajang untuk program kementerian. Peruntukan khas disediakan untuk atlet wanita, program #MalaysiaKerja untuk membantu anak muda yang mengganggur dan sebagainya.

Menteri muda, mentah dan dikatakan naif itulah yang memberi arahan agar semua tawaran pelaksanaan projek KBS dibuat secara tender terbuka. Ada juga pegawai kanan yang bertanya kepada saya (mungkin mereka menganggap saya lebih berpengalaman dan kurang naif?): "Macam mana semua nak buat open tender, tak praktikal." Kakitangan KBS bukti kemampuan. Saya jawab, apabila menteri sudah memberi arahan begitu - suka atau tidak - apa yang perlu dibuat adalah melakukannya. Kerana melalui open tender jugalah, salah satu program sukan besar kendalian KBS, Le Tour De Langkawi, dapat dijayakan dengan penjimatan lebih 30 peratus.

Kualiti pertandingan itu tetap sama, malah tahun ini, buat kali pertama dalam sejarah 25 tahun Le Tour de Langkawi, pasukan Malaysia berjaya menjadi juara dan pelumba negara, Nur Aiman Md Zariff, mencipta sejarah sebagai pemenang kategori raja bukit. Menteri muda, mentah dan dikatakan naif itulah yang memberi banyak peluang kepada kami semua untuk menonjolkan pemikiran dan kebolehan masing-masing. 

Saya diberi peluang untuk mengepalai beberapa projek KBS, antaranya, penubuhan pusat atlet, dasar perkhidmatan kesihatan percuma untuk bekas atlet negara, Fit Malaysia, program TRACK untuk menempatkan atlet dalam kerjaya kedua mereka, program Inspirasi Anak Muda (untuk pengupayaan belia berisiko), program Sekolah Rukun Negara sebagai platform memupuk perpaduan dan patriotisme anak muda dan sebagainya. Saya ingat lagi, semasa merancang Fit Malaysia, saya membuat keputusan untuk menggunakan tenaga kerja penjawat awam KBS dalam penganjurannya.

Dalam kata lain, kita buat "in-house" dan bukan diserahkan kepada kontraktor lain seperti sebelum ini. Ada juga suara-suara menyatakan kebimbangan: "Lebih baik kita lantik saja penganjur acara, nanti program tak cantik, menteri kena marah lagi." 

Saya pun berbincanglah dengan menteri muda, mentah dan dikatakan naif itu. Lalu dia berkata: "Let us trust our own civil service". Jalan terus. Hasilnya, kami berjaya menganjurkan program Fit Malaysia dengan kos RM300,000 sahaja di setiap negeri berbanding RM1.3 juta dahulu. Ia adalah penjimatan hampir 80 peratus.

Banyak boleh dijimatkan.

Kualiti yang sama, penyertaan yang sama (25,000 peserta di Pulau Pinang, contohnya) dan yang paling best, penjawat awam kita terbukti memang hebat dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia. KBS juga berjaya menghapuskan persekitaran toksik yang menyelubungi perkhidmatan awam dahulu apabila mereka jarang mendapat kepercayaan bos-bos politik untuk melaksanakan sesuatu kerja besar 100 peratus secara in-house.

Malah, apabila penganjuran Le Tour De Langkawi dibuat secara tender terbuka dan membawa penjimatan 30 peratus, ada seorang pegawai kanan KBS yang berbisik kepada saya: "Kalau buat in-house kita boleh jimat sehingga 50 peratus." Jelas, prinsip "penjawat awam boleh" sudahpun dibudayakan dalam KBS. Saya berasa begitu terharu, rupa-rupanya sebelum PRU ke-14, persekitaran toksik menghalang penjawat awam daripada melaksanakan tugasan dan ia secara tidak langsung telah memburukkan tanggapan orang ramai terhadap mereka.

Apabila menteri-menteri baru memberikan kepercayaan semula kepada penjawat awam, maka mereka itu bangkit untuk menunaikan amanah dengan cemerlang. Syed Saddiq - menteri muda, mentah dan dikatakan naif itu - juga bertekad melaksanakan pembaharuan dalam pengurusan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang bertanggungjawab, antara lain, menguruskan Stadium Nasional Bukit Jalil. Dari 2014 hingga 2017 - walaupun dengan suntikan dana kerajaan RM130 juta - PSM mencatat kerugian sejumlah RM37 juta. Pada 2017 sahaja - dengan dana kerajaan sebanyak RM43 juta - PSM kerugian RM25 juta.

Selepas PRU ke-14, pada 2018, dengan dana kerajaan sebanyak RM18 juta, PSM berjaya mencatat keuntungan RM3 juta. Pada 2019, kerajaan memberikan dana sebanyak RM20 juta dan PSM mencatat keuntungan RM11.8 juta. PSM diberi mandat untuk membersihkan pengurusan stadium agar aset-aset awam boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk membawa pulangan positif kepada rakyat. Kepemimpinan Bro Syed Saddiq membuka peluang kepada semua warga KBS - terutamanya penjawat awam - untuk menebus kembali profesionalisme mereka dan membuktikan keupayaan masing-masing dengan cemerlang.

Kami telah berkata pada awal perkhidmatan kami dulu, kami bukan pakar. Justeru, kerja kami ialah untuk memastikan ekosistem yang sesuai agar pakar-pakar sektor belia dan sukan boleh menjalankan kerja mereka. Saya dengan bangganya boleh berkata bahawa, kerana kepemimpinan Syed Saddiqlah, kami meninggalkan KBS dengan tangan yang bersih dan nurani yang tulus serta puas. Semoga nilai-nilai urus tadbir baik yang telah disemai akan senantiasa dihayati di KBS tak kira siapa jua yang menerajuinya.

STEVEN SIM ialah ahli parlimen Bukit Mertajam dan bekas timbalan menteri belia dan sukan.
at 3/05/2020 08:32:00 PTG
Sumber:
https://gigitankerengga.blogspot.com/2020/03/pengalaman-mahal-bekerja-dengan-menteri.html

Media British jahil tuduh berlaku ‘royal coup’ gulingkan PH
Institusi Diraja jadi penyelamat kemelut politik negara: Penganalisis
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin, Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb -
BANGI, 10 Rejab 1441H, Khamis – Kejahilan media British, The Guardian berkenaan realiti politik dan pentabiran Malaysia terserlah apabila menerbitkan artikel mendakwa Yang di-Pertuan Agong merancang ‘rampasan kuasa Diraja’ untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Felo Penyelidik Undang-Undang dan Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof menegaskan, kemelut politik yang berlaku minggu lalu bukan rampasan kuasa kerana keputusan yang diputuskan adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Bahkan, mengikut kronologi, krisis politik bermula dengan konflik dalaman PH yang berkait rapat dengan penentuan peralihan kuasa perdana menteri, serta rentetan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sepatutnya Agong atau institusi Diraja tidak dipersalahkan kerana hakikatnya, institusi Diraja inilah yang menjadi penyelamat kepada kemelut politik negara baru-baru ini. “Kalau kita perhatikan, artikel itu menandakan sikap media berkenaan tidak menghormati sistem negara lain. “Walhal, kita memandang tinggi kepada sistem beraja, yang berdiri seiring dengan sistem demokrasi kerana kita mengamalkan dua konsep secara bersama iaitu konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini. 

Dalam satu artikel bertajuk ‘The Guardian view on a royal coup: a king overturns a historic election’ yang disiarkan akhbar British itu kelmarin, seolah-olah menggambarkan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri kelapan sebagai ‘royal coup’. “Seorang raja telah menggulingkan keputusan pilihan raya demokratik yang menentang pentadbiran lama yang rasuah. Ini salah dan dunia patut menegurnya,” kata editorial akhbar itu. Katanya lagi, malang sekali apabila UMNO, antara parti yang menyokong blok Muhyiddin dalam gabungan Perikatan Nasional, akan kembali berkuasa kerana ‘rampasan kuasa Diraja’ yang berlaku ekoran megah diri dan perbalahan. Kesal dengan perkara itu, penganalisis politik itu berkata, tindakan media berkenaan yang cuba untuk merendahkan sistem beraja di negara ini mengguris hati dan perasaan rakyat. 

Rakyat Malaysia, tegasnya, memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada institusi diraja bahkan Agong merupakan pemimpin yang dikasihi oleh rakyat. “Baginda menunjukkan contoh yang sangat mulia di dalam memandu dan memimpin rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum sebenarnya menghormati dan taat kepada Agong. “Sebab itu kita hairan bagaimana media asing tiba-tiba cuba untuk memberikan gambaran yang jauh berbeza dengan realiti di dalam negara,” katanya. Pada masa sama, Dr Fathi menegaskan sistem beraja langsung tidak menjejaskan demokrasi bahkan ia menjadikan sistem demokrasi itu lebih mapan dan dapat bertahan. “Ini terbukti melalui apa yang berlaku apabila PM letak jawatan, sistem pentadbiran negara dapat terus berjalan dengan lancar tanpa terjejas walau sedikit pun. 

“Jadi kita rasa sedih dengan kenyataan yang cuba menggambarkan tindakan Agong itu bersifat autoritarian, kuku besi, mencengkam kebebasan dan bertentangan dengan demokrasi. “Ia tak menepati realiti yang berlaku, ini satu cubaan untuk memburukkan negara Malaysia. Seluruh rakyat patut menyatakan rasa sedih dan membantah artikel yang amat tidak tepat itu,” katanya.

Sumber: 
https://www.ismaweb.net/2020/03/05/media-british-jahil-tuduh-berlaku-royal-coup-gulingkan-ph/



(Video) Antara Pelajar Cemerlang, Remaja Pakai Baju ‘Shell’ Naik Pentas Ambil Slip Keputusan SPM
Posted on 

Lain dari yang lain, seorang remaja dengan bersahaja memakai baju berlogo ‘Shell’ ketika mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolahnya.


Dalam video yang tular di Twitter, pelajar berkenaan tampil ke pentas dengan sorakan rakan-rakan sebaik sahaja nama dan keputusan peperiksaannya diumumkan.



Video tersebut telah menarik perhatian orang ramai dan memperoleh lebih 155k tontonan dengan 16.5k tanda suka.

“Saya nak tuntut biasiswa @Shell”

14.9K people are talking about this
https://twitter.com/i/status/1235425373568958470
Capai 5 A
Amir turut menyertakan slip keputusan SPM miliknya.
Di kesempatan itu, ramai netizen mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepadanya.
Dahlah bijak, kelakar pulak
“Bagus orangnya, dari dulu lagi kerja Shell”
“Janji ditepati, kacak dan pandai” Sebelum ini, Amir mendapat perhatian ramai apabila mencabar untuk memakai baju rasmi Shell sekiranya mendapat 6 ribu ulangkicau.
cara mengetahui keputusan spm

Semakan keputusan online spm

pay slip gaji

Permohonan biasiswa lepasan spm 2019

Sumber: Amirfufu
(Video) Antara Pelajar Cemerlang, Remaja Pakai Baju ‘Shell’ Naik Pentas Ambil Slip Keputusan SPM | Suara Viral Malaysia

Viral! Gara-gara Sibuk Balas Ucapan Selamat Lulus Ujian SIM, Remaja Ini Panik dan Tercebur di Sungai
Tribunnews.com - 14 minutes ago
Video viral! baru dapat SIM 10 menit lalu, remaja ini nyebur bersama mobil barunya setelah asyik balas pesan ucapan selamat dari temannya.
Inilah Warung Jahe Rempah Semarang yang Ramai Diserbu Pengunjung
Tribunnews.com - 14 minutes ago
Warung Jahe Rempah Mbah Jo makin ramai pengunjung. Bahkan pembeli harus rela antre hampir satu jam.
Inilah Warung Jahe Rempah Semarang yang Ramai Diserbu Pengunjung
Tribunnews.com - 14 minutes ago
Warung Jahe Rempah Mbah Jo makin ramai pengunjung. Bahkan pembeli harus rela antre hampir satu jam.
Gampang, Ini Cara Mengolah Jahe, Kunyit dan Temulawak untuk Cegah Tertular Virus Corona
Tribunnews.com - 14 minutes ago
Berbagai macam rempah-rempah yang sering dan banyak ditemukan di Indonesia diklaim bisa meningkatkan imunitas tubuh untuk menangkal tertular corona.
SPRM siasat kekayaan ‘luar biasa’ pemimpin UMNO
Roketkini, roketkini.com - 49 minutes ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan akan menyiasat Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung kekayaan “luar biasa” yang dimiliki Setiausaha …
Prosiding Komital Lokman Ditangguh, Tunggu Rayuan Selesai
Rifqi Ilman, MYNEWSHUB - 52 minutes ago
PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan prosiding komital bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Noor Adam yang... The post Prosiding Komital Lokman Ditangguh, Tunggu Rayuan Selesai appeared first on MYNEWSHUB.
“Saya Jual Syarikat Kerana Nak Bebas Hutang” – Ku Nan
Rifqi Ilman, MYNEWSHUB - 52 minutes ago
KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, mengakui mempunyai banyak syarikat sebelum menjual beberapa... The post “Saya Jual Syarikat Kerana Nak Bebas Hutang” – Ku Nan appeared first on MYNEWSHUB.
15 ADUN Jumpa Tun Khalil, Serah SD Baharu
Rifqi Ilman, MYNEWSHUB - 52 minutes ago
SEMUA 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Perikatan Nasional (PN) mengadakan pertemuan khas dengan Yang di-Pertua Negeri Melaka,... The post 15 ADUN Jumpa Tun Khalil, Serah SD Baharu appeared first on MYNEWSHUB.
PH Selangor Singkir Ahli Bersatu Dalam Jawatan Kerajaan
Rifqi Ilman, MYNEWSHUB - 52 minutes ago
SHAH ALAM – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukan... The post PH Selangor Singkir Ahli Bersatu Dalam Jawatan Kerajaan appeared first on MYNEWSHUB.
Kemelut Politik Tak Jejas Kes Profil Tinggi
Rifqi Ilman, MYNEWSHUB - 52 minutes ago
PELABUHAN KLANG – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata kemelut politik yang berlaku pada masa ini tidak... The post Kemelut Politik Tak Jejas Kes Profil Tinggi appeared first on MYNEWSHUB.
Wayang Belum Habis Ke Guan Eng? – Najib
Rifqi Ilman, MYNEWSHUB - 52 minutes ago
KUALA LUMPUR – “Apa yang tak sempat?” soal Datuk Seri Najib Razak kepada Lim Guan Eng. Soalan itu dilontar kepada... The post Wayang Belum Habis Ke Guan Eng? – Najib appeared first on MYNEWSHUB .
SPM Guna Format Baharu Tahun Depan
Rifqi Ilman, MYNEWSHUB - 52 minutes ago
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan format baharu bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 sejajar dengan pengenalan pakej... The post SPM Guna Format Baharu Tahun Depan appeared first on MYNEWSHUB.
Pelantikan Kabinet Hak Mutlak PM – MCA
Rifqi Ilman, MYNEWSHUB - 52 minutes ago
MCA tidak meletakkan sebarang permintaan khusus untuk jawatan Kabinet sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pertimbangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.... The post Pelantikan Kabinet Hak Mutlak PM – MCA appeared first on MYNEWSHUB.
Kerusi TPM tetap penting meskipun tiada dalam Perlembagaan
Executive Editor, Minda Rakyat - 59 minutes ago
*SHAH ALAM - *Kerusi Timbalan Perdana Menteri (TPM) tetap dianggap penting, besar dan berkuasa walaupun kerusi jawatan itu hanya wujud atas dasar konvensyen dan bukan termaktub di bawah undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan. Dalam satu artikel disiarkan portal berita MStar hari ini, pengarang eksekutifnya, Rozaid A Rahman mendedahkan sehingga kini seorang dilantik sebagai TPM sering dirujuk sebagai orang 'ditunjuk' sebagai bakal Perdana Menteri pada masa hadapan. Bagaimanapun, beliau mengakui hakikat ramai juga yang berjaya menyandang jawatan itu tetapi gagal sampai ke p...


Tiada ulasan: