Jumaat, 13 Mac 2020

Tuu jadi biadap kurang ajar. Ilmu ada - adab ke laut. Kulim cian orang Kedah. 9926


Hasil anak murid tak pernah kena pelempang? 
ALLAH JUA YANG MAHA MENGETAHUI KESEDIHAN KALIAN - Dari rakan sebelah 👇🏻

Malam tadi aku menghala ke KL dari Seremban. Tengah sedap layan lagu Keluhan Perantau dalam kereta, aku nampak ada orang tua tengah tolak motor. Pakai kopiah. Sorang lagi perempuan yang aku agak, umur dia dalam 50 tahun macam tu. Motor buruk je. Tepi highway plus ke arah KL. Basah lencun baju orang tua tu sebab peluh.

Macam biasalah, aku berhenti. Aku tanya pakcik tu. "Assalamualaikum pakcik, kenapa motor tu? Rosak apa? Pakcik nak ke mana?" "Takda apa lah, nak. Minyak habis. Dengan rantai motor putus. Pakcik tak perasan minyak dah nak habis. Meter rosak."

"Allahu. Habis tu pakcik tolak je lah ni dari tadi? Daripada nak ke mana?" "Pakcik dari Melaka nak balik Kedah. Saja bawa makcik ni jumpa anak. Rindu anak dia belajar dekat Lendu." [sian uItm simpan manusia camneh?]

"Anak tau tak motor pakcik problem ni? Pakcik dah ada call sesiapa ke?" "Takpalah, nak. Anak pakcik tadi pun taknak jumpa. Nak focus study katanya. Minggu ni exam. Lepas tu pakcik call pun dah tak berangkat dah. Malam semalam lagi pakcik dah sampai. Tunggu dengan makcik sampai maghrib tadi dekat depan UiTM tu, call anak pun tak dapat dah. Dia off hp. Mungkin dia bizi study. Tu pakcik ajak makcik balik dulu datang balik minggu depan. Tengah perjalanan, minyak habis. Rantai boleh putus sama."

Berdebar aku dengar jawapan pakcik ni. Sebak pun ada. Tak ingat apa dah masa tu. Dalam kepala otak aku satu je, kalau depan aku jadi benda alah ni. Memang makan pelempanglah jawabnya anak tu. Sedih. Makcik ni dengan kendong beg besar, agaknya bawa barang-barang nak bagi anak dia kot. Dalam bakul motor tu aku nampak adalah beberapa plastik berisi karipap yang macam tak berusik lagi.

"Pakcik nak ke mana je sekarang ni? Malam-malam macam ni. Pukul 9.00 malam dah pun. Bengkel semua tutup." "Takpa, nak. Pakcik tolak pelahan-lahan. Nanti sampai jugak." "Pakcik nak tolak ke mana?" "Kulim.."

Bertambah tercengang aku. Menitik beb air mata ni. Aku terus offer pakcik dengan makcik tu naik kereta aku. Aku cakap motor dia tinggal je situ dulu, aku dah call sorang kawan aku untuk uruskan motor pakcik ni. Awal tu banyak kali pakcik tu tolak dengan baik, lepas puas aku pujuk. Dia pun setuju nak naik sama. Aku perasan, yang si makcik tu air mata dah meleleh teruk dah.

Aku terus bawak pakcik ni ke Hentian Rehat Nilai. Makan-makan kejap, sambil rehat. Pakcik ni kata dia dah kenyang. Sama jugak dengan makcik tu. Aku jadi bosan sikit. Kenyang apanya. Tah berapa jauh dia dah tolak motor tu kan. Sampai aku tengok jalan pun dah terhincut-hincut.

"Pakcik tak lapar ke? Makanlah dulu. Pasal motor jangan risau. Kawan saya uruskan. Pakcik rileks je. Saya orang baiklah, pakcik. Mak saya ustazah!" "Takpa, nak. Dekat rumah nanti pakcik makan. Duit yang ada ni pakcik nak sediakan untuk repair motor tu nanti.. takut tak cukup nak repair, tak dapat nak datang semula minggu depan. Merajuk nanti anak tu."

Allah Akbar. Bertambah lagi sayu hati aku ni. Aku paksa jugak pakcik tu makan. Aku hulur RM50. Aku suruh dia pergi beli apa yang patut. Sekali lagi adegan sedih berlaku. Pakcik dengan makcik tu menangis. Tak habis ucap terima kasih. Aku ni memang nampak macam gagah, tapi bila kena kes macam ni. Rasa nak berguling menangis pun ada.

Selesai makan. Handphone si makcik tu berdering. Dia tengok handphone. Anak perempuan dia yang belajar dekat Lendu tu call. "Assalamualaikum, along. Mak rindu betul dengan along. Ayah dengan mak ada dekat nilai ni. Ayah cakap taknak kacau along nak belajar. Tu kami balik tu. Tengah jalan, rantai motosikal ni putus. Tapi along jangan risau. Kami okey je. Ada orang tolong tadi. Along sihat ke? Belajar semua okey tak?" "Laa. Macam mana boleh putus rantai motor tu? Along memang bizi betul mak. Sorry sangat, mak. Tak dapat nak jumpa mak. Mak, nanti bagitau ayah. Tolong transfer duit sikit boleh? Along nak pakai. Kalau boleh malam ni lagi baik. Sebab urgent nak guna."

"Ok along. Nanti mak bagitau ayah ya. Belajar rajin-rajin, nak. Minggu depan mak dengan ayah datang lagi ya? Nak cakap dengan ayah tak?" "Takpa mak, tak sempat rasanya. Jangan lupa bagitau ayah tau mak. Transfer duit tu." Ayah dia baru panggil nama anak dia, anak dia dah letak telefon masa tu.

Untuk pengetahuan korang, masa ni mak dia buat loudspeaker. Dengan aku sekali pun dengar. Excited gila masa anak dia call tu. Aku yang dengar ni rasa betul-betul sakit hati. Sedih gila. Tak sangka ada lagi anak spesis tak berhati perut dan tak rasa bersalah langsung buat ayah macam ni. "Nak, dekat mana boleh dapat mesin ATM dekat sini ya? Pakcik nak masukkan duit ni bagi ke anak pakcik tu. Kesian dia."

Aku nak cakap apapun dah tak berapa nak mampu. Bergenang beb air mata. Kasihnya ayah pada anak dia. Aku jawab, kejap lagi aku bawa diorang ke ATM. Pakcik ni awal tu berat nak setuju, tapi apakan daya dah takda pilihan. Selesai makan. Aku offer pakcik ni untuk balik rumah dia dulu, esok pagi aku janji motor akan sampai ke rumah dia. Aku bagi nombor handphone aku siap. Gambar ic pun aku bagi. Aku nak hantar ke Kulim memang tak lepas

Kebetulan ada dah janji dengan orang nak jumpa. Lama pakcik tu bincang dengan makcik, akhirnya dia setuju. Dan berkali-kali minta maaf dekat aku dan minta nak sambung tolak motor tu balik Kulim.

Gila tak?

Dalam kereta tu aku tanyalah pakcik ni kerja apa. Berapa orang anak. Pakcik ni cakap, dia kerja pengawal keselamatan. Tapi dah berhenti sebab dua bulan lepas, dia jatuh sakit. Dia ada 7 orang anak. Yang along ni paling tua. Sekarang ni duit belanja bulanan ada dapat sikit bantuan dari zakat dan makcik ni ada ambik upah buat kuih. Struggle beb. Anak dekat rumah biasanya bila dia turun ke Melaka, anak nombor dua akan jaga adik-adik tu semua sampai dia balik rumah.

Aku hantar pakcik dengan makcik ni ke Terminal Bersepadu Selatan. Aku ajar diorang naik bas. Sebelum aku nak gerak tu, aku peluk kuat-kuat pakcik tu. "Allah sayangkan pakcik. Semoga Allah muliakan pakcik dan berikan pakcik rezeki yang tak disangka-sangka. Sampai sini lagi, call je saya kalau perlukan apa-apa bantuan. InshaAllah selagi ada kudrat ni. "

"Terima kasih, nak. Pakcik tak tahu nak cakap macam mana. Nak bayar apapun pakcik tak mampu. Allah je yang mampu balas segala pertolongan anak ni." Makcik tu pun tak habis berterima kasih ke aku. Dok puji aku tak sudah cakap aku ni baik sangat. Katanya dah nak 5 kali dia turun Melaka, tak dapat-dapat jumpa anak dia. Dia sampai je mesti call anak dia tak dapat. Dia kata mungkin Line dekat Melaka tak okey.

Pehh.

Terbayang terus aku dekat anak-anak dekat rumah. Korang macam si along ni ke agak-agak dah besar nanti? Kalau macam ni perangai korang, kalau aku masih ada kudrat, memang aku penumbuk muka sorang-sorang. Entah apa dosa ibu ayah, sampai anak boleh sikitpun tak bersalah biar ibu ayah sestruggle tu. Aku belikan tiket siap-siap untuk pakcik dengan makcik ni. Tiket pukul 11.30malam. Habis salam-salam, peluk-peluk. Aku bagi pakcik ni RM500. Tinggallah baki dalam poket aku RM50 je. Tu duit yang aku baru dapat  sebelum tu. RM700.

"Ni saya ikhlas, pakcik. Buat repair motor nanti, buat belanja anak-anak, belanja rumah. Wajib ambik duit ni. Ada sebab kenapa Allah jentik hati saya untuk berhenti tadi." Aku betul-betul tak fikir apa dah. Ada sebab lah tu tiba-tiba tadi orang boleh bagi aku RM700. Gaji sebab aku bantu dia katanya. Kebetulan, aku terserempak pulak dengan pakcik yang tengah kesusahan. Aku anggap, ni semua percaturan Allah. Maknanya duit aku dapat tu memang ada bahagian pakcik tu kan. Habis semua, aku terus gerak ke KL. Sepanjang perjalanan, takda lah lain. Rindu membuak-buak dekat mak ayah aku. Dalam masa yang sama, aku rasa sedih yang teramat. Besar jiwa pakcik dengan makcik tu. 

Untuk along dia kalau baca, aku harap kau berjiwa besar macam ibu ayah kau. Jangan sesekali kau layan ibu ayah kau macam takda hati langsung. Kulim ke Melaka naik motor buruk, kau boleh off phone atas alasan belajar? Allah akbar! Ikutkan hati, nak je aku up muka ayah dengan mak kau sekali dekat sini. Biar orang tau macam mana perangai kau sebenarnya.

Ya Allah, kasihi semua ibu ayah di dunia ini yabg lelah mereka langsung tak dihargai anak-anak tercinta. Okey cantik, duit sewa rumah dah Shot RM500! Kah kah.

Aku yang menulis,
Tuan Amir Danau

P/s : Ujian kitakah atau ujian mereka? Maaf, aku tak dapat nak post muka pakcik dengan makcik ni. Motor pun aku terpaksa censored. Pakcik ni puas pujuk aku jangan up apa-apa, risau anak dia malu dan takut ganggu fokus anak dia nak belajar. Kesiankan pakcik dengan makcik ni? Kasih dia pada anak dah level power gila, dan akhirnya dia tengah menanggung kesan daripada kasih yang teramat sangat dia pada anak. Bayangkan kalau semua manusia Allah izinkan tengok masa depan, mesti hari ini kita sikitpun tak tergamak nak aniaya ibu ayah kita.
✅ Corona virus ni bersize besar. Lebih kurang 400-500 micro diameter.

✅ Virus ni tak berterbangan di udara, tapi dia mendap di permukaan. Coronavirus tidak berjangkit di udara.

✅ Corona virus, bila dia jatuh ke permukaan besi, dia bertahan 12 jam, so basuh tangan dengan air dan sabun pun dah cukup. 🧽🧼

✅Corona virus bila jatuh ke kain, akan bertahan 9 jam. So basuh baju dan biarkan baju kena cahaya matahari utk 2 jam dah cukup untuk membunuh virus. (so rajin2lah berjemur 🌞😎) 

✅ Virus ni hidup di tangan selama 10 minit. Jadi amalkan bubuh hand sanitizer di poket. Guna selalu.. Bukan sebagai hiasan. 

✅ Kalau virus tu terdedah pada suhu 26-27°C, ia akan mati, dia tak boleh  hidup dikawasan panas. Jadi minum air panas dan terdedah pada matahari dah cukup baik. Jauhi diri dari makan ais krim dan makanan2 sejuk. 🍦🍧🍨

✅ Berkumur dengan air suam bercampur garam membunuh kuman tonsils dan menghalangnya dari masuk ke paru2. 

✅ Mematuhi arahan ini dah cukup untuk menghalang dari penyebaran virus ini. 

Semoga bermanfaat.. 😁

UNICEF





















Tiada ulasan: