Sabtu, 11 April 2020

Keroncong sepi anak. 10173


Muhasabah diri kerana Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎‎ (Subḥānahu Wa Taʿālā), 
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ, 

Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎‎ berfirman: 
وَمَا نُرْسِلُ بِالآيَاتِ إِلا تَخْوِيفًا
Maksudnya: “Dan tidaklah Kami memberi tanda-tanda itu melainkan untuk menakut-nakuti.”(QS. Al-Isra : 59)


Firman Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎‎
وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
Maksudnya: “Dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.” (QS. al-Isra : 85)

Tanda akhir zaman: 

Baginda Rasulullah ﷺ mengkhabarkan mengenai peristiwa akhir zaman yang mana akan berlaku penyebaran wabak. 

Dari 'Auf bin Malik RA berkata: Aku pernah menemui Nabi ﷺ ketika terjadi Perang Tabuk dan Rasulullah ﷺ sedang berada di dalam sebuah khemah yang terbuat dari kulit. Lalu Nabi ﷺ bersabda: Hitunglah enam perkara yang akan terjadi menjelang hari kiamat iaitu: 1. Kematianku. 2. Pembebasan Baitulmaqdis (dalam riwayat lain: pemakmuran Baitulmaqdis) 3. Kematian yang menyerang kamu sekalian bagaikan penyakit yang menyerang kambing sehingga mati tiba-tiba. 4. Melimpahnya harta benda sehingga ada lelaki yang diberi seratus dinar namun masih marah (kerana merasa kurang) 5. Timbulnya fitnah sehingga tidak ada satu pun rumah orang Arab (dalam riwayat lain: rumah orang Islam) melainkan ia akan memasukinya. 6. Akhir sekali perjanjian yang akan berlaku antara kamu sekalian dan bangsa kulit kuning (Bani al-Asfar iaitu Rom), lalu mereka akan mengkhianati perjanjian tersebut dan mereka akan datang menghadapi kalian di bawah lapan puluh (80) panji-panji perang, di bawah setiap panji pula terdiri daripada dua belas ribu (12,000) tentera.” (HR al-Bukhari 2940.)

Friday, April 10, 2020
Rakyat Indonesia mencemburui rakyat Malaysia, kita bagaimana? Syukur atau Kufur #Covid19

KEBANYAKAN rakyat Indonesia mencemburui keperihatinan Kerajaan Malaysia membantu rakyatnya ‘berperang’ bersama Covid-19 dan dikatakan antara negara terbaik di dunia  menguruskannya.

Malah, kebanyakan mereka terkejut dengan situasi terkini di Malaysia dengan langkah-langkah yang diambil kerajaan menyebabkan rakyat Malaysia tidak panik dan kelam kabut menghadapi bencana sebegini besar.

Macan Idealis yang menemuramah Prof. Dr. Irwandi Jaswir, mengenai kondisi terkini di Malaysia ternyata terkejut malah menyatakan keadaan ini menyebabkan walaupun sebelumnya berlaku pelbagai masalah politik di Malaysia, kecekapan serta keperihatinan kerajaan menyebabkan rakyat berdiri di belakang pemerintah, malah sekiranya pembangkang melakukan tindakan sebaliknya pasti akan dikritik oleh rakyat.

Irwandi menyatakan keadaan di Malaysia membuktikan pemerintahnya sememangnya bersedia dan bijak menguruskan situasi bencana seperti Covid-19 ini.

4 Kebijakan pemerintah Malaysia yang dikagumi dan perlu dicontohi...

Pertama, semua maklumat dari satu sumber tiada percanggahan dari negeri atau daerah. Setiap hari rakyat dapat mendengar perkembangan terkini dari Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan dan pihak pemerintah tanpa ada percanggahan.

Kedua, jujur dan transperan, angka-angka statistik dapat diikuti dengan lengkap dan dari maklumat sahih, dapat dikesan pesakit dari kes demi kes ini memudahkan rakyat mengetahui dan memahami.

Ketiga, adanya jaminan dan keperluan asas dari kerajaan, hampir tidak ada mendengar orang kekurangan makanan, bahkan mahasiswa di universiti dan kolej mendapat makanan secara percuma dari pemerintah. Kekurangan bahan asas tidak ada di Malaysia, mereka berbelanja seperti biasa dan adanya jaminan kerajaan mengenai keperluan yang mencukupi.

Keempat, Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin membantu rakyat, meliputi semua golongan, menyediakan keperluan mencukupi di hospital bagi menangani pandemik Covid-19.

Pengumuman bantuan kepada rakyat seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin menyebabkan rakyatnya tidak panik dan patuh kepada arahan kerajaan sehingga kepatuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) begitu tinggi.

Malah, komen-komen di ruangan youtube berkenaan lebih mengejutkan apabila ada rakyat terus-menerus memuji kerajaan Malaysia dan mengharapkan kerajaannya menuruti langkah-langkah yang diambil.

“Waktu yang paling tepat Perdana Menteri Malaysia ambil alih pmerintahan... Cara dia berucap menyampaikan kepada rakyatnya seperti seorang ayah kepada anaknya, terserlah rasa sayangnya kepada rakyat, semoga Allah panjangkan umurnya dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, aamiin. Semoga Presiden Indonesia bisa mengikuti jejak langkah yang sama, aamiin,” kata Awang Adeng menerusi ruang komen berkenaan.

Lebih mengejutkan ada komentar yang menyatakan mengapa Sumatera tidak bergabung dengan Malaysia dahulu?...
“ENAK BANGET JADI ORANG MALAYSIA YA... Kenapa orang Sumatera dulu milih gabung Indonesia…?? padahal mayoritas etnis Sumatera sama sama melayu padahal,” luah Prabu Ranga Susana.
“Bener banget yang di bilang sama prof karena saya sendiri juga masih di Malaysia... Andai saja di Indonesia dapat kebijakan seperti di Malaysia …tapi itu cuma mimpi !!.
“Saya bangga dengan segala keanekaragaman Indonesia, tapi jadi iri, kalau lihat negara lain yang lebih baik membimbing dan mencintai rakyatnya,” kata seorang lagi komentar.
“Malaysia negara yang memikirkan keberadaannya rakyatnya…. menghargai dan menghormati rakyatnya…. beda sama sekali negara kita banyak koruptor selalu menjual rakyat yang kurang mampu…. lihat Malaysia bangga mereka menjadi rakyatnya… kondisi dunia yang dilanda musibah, disinilah keberadaan pemerintah yang perlu diharapkan anak negeri,” Raja Zibran Zibran Fahlefi.
“Malaysia sering membingungkan Indonesia. Makin diketahui makin aneh. Seperti apa malaysia ya? Biar sering dijelik2 dihina.malah jalan terus,” kata Norasrianuar Asrianuar.
Sumber:  thevoice.com.my

KL CHRONICLE: Rakyat Indonesia mencemburui rakyat Malaysia, kita bagaimana? Syukur atau Kufur #Covid19

Isi di atas hal baik Malaysia di mata orang luar. Tetapi ada sahaja pencacat warga tempatan... contoh:
Anonymous said...
Kera jaan PHancing hanya PENIPU BESAR. Syukur mereka tumbang di saat kita sdg bermati-matian mencegah wabak ini dari menular. Malaysia terbaik dlm menangani covid 19 ini. Beruntung jadi rakyat Malaysia. Jgn lagi kita percaya pada tohmahan & adu domba puak2 PHancing itu.. 💪💪
Bla Bla Bla hujungnya merosak hal yang baik... contoh:
Anonymous said...
Covit19 Kamu bukan penjenayah. Kamu langsung tak bersalah - Najib

Kamu akan dilayan baik.

Diberi saringan percuma oleh KKM jika memenuhi syarat.

Diberi rawatan rapi percuma yang sepatutnya, warded jika perlu. (makan 6 kali sehari.. mcm duduk asrama..!!)

Diberi tempat khusus untuk menginap dan makanan percuma selama 14 hari jika diperlukan untuk kuarantin diri. (WiFi percuma beb..!!)

Dan jika kamu menjalankan kuarantin diri dengan baik kamu telah menjalankan tanggungjawab kamu untuk melawan wabak Covid.

Kamu antara mereka yang akan menyelamatkan negara.

Berhubunglah dengan KKM melalui hotline mereka dengan segera jika risau kamu ada kemungkinan telah dijangkit Covid.

Duduk dan tunggu di rumah untuk KKM datang.

Berilah kerjasama penuh kepada mereka.

Mereka akan layan kamu dengan sebaik-baiknya.

-Malaysia Gazzette-

Hotline Covid KKM:
03-8881 0200
03-8881 0600
03-8881 0700

“Setakat Gebang Kencang Tidak Boleh Menyumbang, Lebih Baik Ko Diam Bangang!!”
#kitajagakita
Sumber : Najib Razak
April 10, 2020 at 7:41 PM

Muslim Doctor Shaves Beard To Treat Coronavirus Patients
Staff Desk, The Islamic Information - 2 hours ago
The Islamic Information Muslim Doctor Shaves Beard To Treat Coronavirus Patients Dr. Faraz, a Muslim Doctor shaves beard which he was keeping for last 15 years following the sunnah of Prophet Muhammad PBUH. Because of the pandemic of COVID-19, doctors who are dependent on the Hippocratic Oath are serving by standing on the frontline. They are trying to deliver their best in order to protect us. [...] Muslim Doctor Shaves Beard To Treat Coronavirus Patients Staff Desk.

PENYELESAIAN DAN MASAALAH PELAJAR : Ismail Sabri Yaakob: KKM Melihat Kesihatan Bukan Sahaja Pelajar Tetapi Penduduk Di Kawasan Pulang
AMIR Wartawan Rasmi LR, WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 1 hour ago

Manhajus Salikin: Pembatal Shalat
Muhammad Abduh Tuasikal, MSc, Rumaysho.Com - 1 hour ago
Apa saja pembatal shalat yang dibahas dalam kitab Manhajus Salikin karya Syaikh As-Sa’di. # Fikih Manhajus Salikin karya Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di Kitab Shalat Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullah berkata dalam kitabnya Manhajus Salikin, تَبْطُلُ الصَّلاَةُ : -1بِتَرْكِ رُكْنٍ أَوْشَرْطٍ وَهُوَ يَقْدِرُ عَلَيْهِ عَمْدًا أَوْسَهْوًا أَوْجَهْلاً -2وَبِتَرْكِ وَاجِبٍ عَمْدًا -3وَبِالكَلاَمِ عَمْدًا -4وَبِالقَهْقَهَةِ […] Posting Manhajus Salikin: Pembatal Shalat ditampilkan lebih awal di Rumaysho.Com.

Ramadhan Saat Wabah Covid-19, Habib Zen: Sambut dengan Iman
sukarja, Check Porsi Haji App. - 3 hours ago
Menyambut Ramadhan di saat wabah Covid-19 bisa dengan segenap iman. Ketua Umum Rabithah Alawiyah, Habib Zein bin Umar Smith, mengatakan selama ini umat Islam selalu menyambut datangnya Ramadhan dengan gembira untuk beribadah. Baca Juga Menurut dia, biasanya umat Islam mengekspresikannya dengan melakukan persiapan yang sifatnya lahir atau tampak, seperti menyiapkan kebutuhan makanan. Namun, di tengah situasi virus Covid-19 … Continue reading Ramadhan Saat Wabah Covid-19, Habib Zen: Sambut dengan Iman

Ketua Pengarah Kesihatan: Pertambahan Kes Baharu Di Daerah Dibawah Enhanced MCO 11/04/2020
AMIR Wartawan Rasmi LR, WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 1 hour ago

Saturday, April 11, 2020

Tulahan : Kerana Perikatan Nasional, Umno dan Pas kehilangan undi MelayuTahun pertama 'ujian' buat Perikatan Nasional bertahan, kata ...

Penulis akan membuat sedikit analisa sokongan pengundi Melayu kepada PH , Umno dan Pas selepas kejatuhan kerajaan PH. Sebelum PRU 14, banyak analisa yang penulis buat menetapi jangkaan yang dibuat berdasarkan suasana yang berlaku pada masa berkenaan.


Semasa pemerintahan PH, serangan terhadap PH menggunakan sentimen kaum dan agama sangat berjaya digunakan pembangkang pada masa itu. Mengapa berjaya? Kerana sememangnya , pembangkang terutama Umno dan Pas mewakili majoriti pengundi Melayu. Manakala PH memenangi PRU 14 berbekal undi Melayu sekitar 30 peratus sahaja. 


Justeru itu, adakah benar PH tidak mendapat sokongan orang Melayu semasa memerintah? Bukan hanya semasa memerintah , sebelum memerintah pun sokongan Melayu  kepada PH adalah sekitar 30 peratus.


Pada PRU 14, PH mendapat hanya 15 ke 25 peratus undi Melayu di kawasan luar bandar. Manakala undi Melayu PH di kawasan bandar adalah 25 hingga 35 peratus sahaja. Kemenangan PH pada PRU 14 adalah disebabkan sokongan pengundi Cina adalah 85 peratus dan sokongan pengundi India sebanyak 70 peratus.


Oleh kerana itu, PH memenangi banyak kerusi majoriti Cina dan kerusi campuran. PH telah memenangi sebanyak 113 kerusi berbanding BN sebanyak 79 kerusi selebihnya dimenangi PAS, Warisan dan Bebas. PH membentuk kerajaan dengan sokongan Warisan.


Sokongan pengundi Cina kepada PH sebenarnya kekal selepas PRU 14 , walaupun pada PRK Cameron Highlands dan Tanjung Piai mereka mengundi BN. Pengundi Cina boleh bertukar semasa PRK tetapi pada PRU undi ini kembali kepada PH.


Sebab itulah,  selepas PH ditumbangkan berikutan krisis dalaman dalam PPBM dan PKR kemudian Tun M meletak jawatan . Pengundi Cina kembali menyokong PH sama seperti PRU 14 malah semakin besar kerana mereka tidak berpuas hati dengan cara kerajaan PH dijatuhkan.


Begitu juga, pengundi Melayu asal PH yang agak termakan dengan serangan isu kaum dan agama yang dimainkan oleh Umno dan Pas. Namun, apabila jatuhnya PH, mereka kembali menyokong PH kerana kecewa mandat yang diberikan oleh mereka dicuri.


Sebenarnya, kekuatan Umno dan Pas nampak terjalin rapi melalui Maufakat Nasional. Kedua-dua parti ini sudah berkira akan menang besar pada PRU 15. Umno dan Pas sudah berangan-angan menang banyak kerusi kerana apabila dicampur undi BN dan Pas berjaya mengatasi undi PH di banyak kerusi yang dimenangi PH.


Sebanyak 29 kerusi PH di Semenanjung yang akan jatuh ke tangan Maufakat Nasional jika berlaku PRU 15.  Namun, keseronokan Umno dan Pas tersentak setelah Pas dan Umno memberi sokongan kepada pembetukan kerajaan Perikatan Nasional.


Pengundi Cina dan India yang sudah ada riak menyokong BN dan Pas sudah menarik kembali sokongan. Manakala, pengundi Melayu terutama di kawasan bandar juga sudah mula mengalih sokongan kepada PH  kerana tidak bersetuju kerajaan PH dijatuhkan.


Betulkah begitu, bukankah kita lihat di komen-komen facebook ramai orang Melayu yang menyokong kerajaan PN. Seperti yang dinyatakan tadi, sokongan kepada Umno dan Pas memang besar sebelum PRU 14 lagi. Jadi , tidak hairanlah sokongan kelihatan di komen-komen facebook.


Namun sebenarnya, sokongan Umno dan Pas telah mula berkurangan kepada 60 peratus sahaja. Kenapa berkurang? Sokongan pengundi Melayu kepada PH bertambah sekitar 5 peratus berikutan parti-parti dalam PH menambah ahli dan cawangan parti semasa memerintah.


Semasa pemerintahan kerajaan PH, ramai yang sebelum ini tidak menyertai parti-parti dalam PH telah menyertainya dan terlibat sebagai dalam jentera kerajaan seperti MPKK dan sebagainya. Kebanyakan mereka sebelum ini adalah ahli dan penyokong Umno dan Pas.


Semasa PRU 14, PH masuk pilihanraya dengan bantuan petugas pilihanraya dari sukarelawan , Invoke dan NGO. Namun percayalah pada PRU 15, parti-parti dalam PH terutama Amanah dan PKR akan menggunakan petugas pilihanraya parti sendiri berikutan penubuhan cawangan parti semasa memerintah.


Perlu diketahui bahawa tidak semua ahli dan penyokong Pas yang bersetuju dengan kerjasama dengan Umno. Terdapat 5 peratus yang menentang kerjasama dengan Umno tapi tetap mengundi Pas semasa PRU 14 kerana Pas bertanding bersendirian. Pada PRU 15, 5 peratus ahli dan penyokong Pas ini akan mengalih sokongan kepada parti yang menentang Umno kerana Pas sudah bekerjasama dengan Umno.


Adakah sokongan kepada Umno dan Pas akan mengurang lagi? Ya, selagi Umno dan Pas berada dalam kerajaan Perikatan Nasional. Pas terutamanya akan menghadapi kehilangan sokongan ketara kerana tidak mampu mempertahankan prinsip perjuangan apabila berada dalam kerajaan.


Pengundi Melayu yang memberi sokongan kepada Pas kerana Pas sebelum ini konsisten memperjuangkan dasar Islam. Namun, baru beberapa bulan menjadi kerajaan semasa PKP Covid 19, Pas diserang kerana gagal membawa dasar Islam yang diperjuangkan. Menteri dan Timbalan Menteri Pas setakat ini tidak berani bersuara menentang suara Menteri MCA dan MIC dalam kerajaan.


Ketara sekali apabila, Menteri MCA berani meminta kerajaan Perikatan Nasional tidak dipanggil kerajaan Melayu Islam, Pas tidak membantah. Wanita MCA berani membantah perkahwinan bawah umur yang disokong oleh Pas, Pas tidak membantah. Ada beberapa isu lagi, yang pengundi Melayu boleh lihat Pas tidak mampu bersuara seperti sebelum menjadi kerajaan. Malah, Netizen yang menyerang Menteri dan Timbalan Menteri Pas adalah dahulunya pengundi Pas.


Itu baru beberapa bulan, sanggupkah Pas berhadapan dengan pelbagai isu selepas PKP yang pastinya memerlukan Pas bertindak mempertahankan dasar Islam. Jika gagal, sokongan kepada Pas semakin hari semakin mengurang. Perlu diingat, terdapat hanya 30 peratus pengundi yang mengundi Pas adalah pengundi tegar. Selebihnya, adalah pengundi yang mengundi Pas kerana pringsip Islam yang diperjuangkan.


Sudah ada pemerhati politik yang meminta Pas kembali bergerak secara bersendirian supaya sokongan pengundi Melayu kepada Pas akan kekal. Penglibatan Pas dalam kerajaan Perikatan Nasional tidak membawa manfaat yang besar kepada Pas.


Apa guna menjadi Menteri , Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC jika Pas gagal membawa dasar Islam yang diperjuangkan. Lebih lama berada dalam kerajaan, Pas akan berhadapan dengan krisis kepercayaan pengundi Melayu kepada Pas.


Peratus kehilangan sokongan pengundi Melayu kepada Pas akan dapat dilihat secara jelas selepas setahun Pas bersama kerajaan Perikatan Nasional. Walaupun begitu, riak-riaknya sudah mula dapat dilihat walaupun baru beberapa bulan Pas berada dalam kerajaan Perikatan Nasional.


Semasa PRU 14, undi Melayu kepada Umno adalah rendah berbanding Pas. Sokongan undi Melayu kepada Umno ini pula sekarang ini sedang direbut oleh PPBM . PPBM yang mengetuai kerajaan Perikatan Nasional telah mendominasi jawatan utama Menteri dan GLC . PPBM juga pastinya , meletakkan semua pemimpin PPBM menjadi Penyelaras Parlimen di kerusi Melayu dan campuran yang dimenangi PH dalam masa yang sama kerusi PPBM sudah bertambah kerana Ahli Parlimen Umno yang melompat ke PPBM.


Umno juga tidak boleh bergantung kepada undi Melayu yang ada pada Pas kerana Pas juga berhadapan dengan potensi kehilangan sokongan pengundi Melayu. Sudah kedengaran penyesalan pemimpin Umno kerana berada dalam kerajaan Perikatan Nasional. Umno yang sebelum ini boleh bergantung kepada Pas kini terpaksa bergelut sendiri menghadapi ancaman PPBM.


Jadual di bawah menunjukkan 29 kerusi PH di Semenanjung yang akan diatasi jumlah undi BN dan Pas.

PARLIMEN
M
C
% I+L
PH
BN/PAS
PH
BN/PAS
MAJ
SRI GADING
65
33.2
1.8
21 511
22 771
48.6
51.4
1 260
TANJUNG PIAI
56.8
41.6
1.6
21 255
23 693
47.3
52.7
2 438
KUALA PILAH
77
15.9
7.1
18 045
22 192
44.8
55.2
4 147
TAMPIN
62.8
23.6
13.6
22 435
26 031
46.3
53.7
3 596
TANGGA BATU
71
22.1
6.9
32 420
36 722
46.9
53.1
4 302
RAUB
52.1
38.1
9.8
20 659
25 366
44.9
55.1
4 707
INDERA MAHKOTA
66.6
26.9
6.5
28 578
35 143
44.8
55.2
6 565
KUANTAN
66.4
29.6
4
22 807
28 363
44.6
55.4
5 556
TEMERLOH
66.5
22.5
11
23 998
36 828
39.5
60.5
12 830
BENTONG
46.5
41.7
11.8
25 716
29 350
46.7
53.3
3 634
PARIT BUNTAR
69.4
25.7
4.9
16 753
25 967
39.2
60.8
9 214
TAMBUN
66.3
20.2
13.5
38 661
48 289
44.5
55.5
9 628
LUMUT
72
15
13
21 955
31 690
40.9
59.1
9 735
TANJUNG MALIM
55.6
25.6
18.8
24 672
29 625
45.4
54.6
4 953
JERLUN
91.2
6.9
1.9
18 695
25 242
42.5
57.5
6 547
KUBANG PASU
86.5
8.5
5
29 984
30 350
49.7
50.3
366
POKOK SENA
81.5
15.5
3
28 959
41 791
40.9
59.1
12 832
KUALA KEDAH
78.3
20.3
1.4
36 624
42 543
46.3
53.7
5 919
MERBOK
68.6
15.1
16.3
30 902
40 448
43.3
56.7
9 546
SUNGAI PETANI
60.7
26.8
12.5
45 532
46 723
49.4
50.6
1 191
PADANG SERAI
59.1
19.8
21.1
31 724
38 360
45.3
54.7
6 636
KULIM
69.2
17.7
13.1
23 159
31 184
42.6
57.4
8 025
KANGAR
81.7
15.2
3.1
20 909
23 771
46.8
53.2
2 862
SUNGAI BESAR
68.7
28.8
2.5
17 350
23 856
42.1
57.9
6 506
HULU SELANGOR
60.4
20.8
18.8
40 783
44 012
48.1
51.9
3 229
KUALA SELANGOR
65.4
12.9
21.7
29 842
29 879
49.9
50.1
37
KAPAR
70.7
14.8
14.5
47 731
57 837
45.2
54.8
10 106
KUALA LANGAT
57.2
24
18.8
43 239
44 858
49.1
50.9
1 619
TITIWANGSA
70.5
17.3
12.2
23 840
26 546
47.3
52.7
2 706
Kesemua kerusi yang bertanda kuning adalah kerusi yang akan dimenangi oleh PH berikutan pertambahan 10 peratus undi Melayu. Manakala, pertambahan lagi 5 peratus undi Melayu akan memberi kemenangan kepada PH di kerusi yang bertanda ungu

Jadual di bawah menunjukkan 8 kerusi yang dimenangi BN semasa PRU 14. Kerusi Pontian akan dimenangi PH bila berlaku pertambahan 10 peratus undi Melayu kepada PH , manakala 7 kerusi lagi akan jatuh kepada PH jika berlaku pertambahan 5 peratus lagi undi Melayu kepada PH.
PARLIMEN
% M
C
% I+L
PH
BN/PAS
% PH
% BN/PAS
MAJ
AYER HITAM
57.7
38
4.3
16 773
22 051
43.2
56.8
5 278
PONTIAN
68.2
30.1
1.7
20 299
25 427
44.4
55.6
5 128
JASIN
73.5
16.2
10.3
26 341
35 420
42.6
57.4
9 079
JELEBU
65
24
11
17 017
21 940
43.8
56.2
4 923
JEMPOL
63.4
23.2
13.4
25 188
32 086
43.9
56.1
6 898
REMBAU
73.3
10.3
16.4
31 732
42 124
42.9
57.1
10 392
CAMERON HIGHLANDS
33.5
29.5
37
9 710
13 894
41.1
58.9
4 184
TAPAH
46.2
25.8
28
15 472
20 702
42.8
57.2
5 230
Berdasarkan analisa ini, jangkaan Umno dan Pas akan menang mudah melalui gabungan undi tidaklah semudah itu. Sokongan pengundi banyak bergantung kepada suasana politik yang berlaku dalam negara. Selepas menyertai Perikatan Nasional , jangkaan menang mudah kini akan bertukar sebaliknya sekiranya, Umno dan Pas tidak membuat keputusan yang betul demi kepentingan parti masing-masing.

Pada waktu ini, pemimpin Perikatan Nasional sendiri kurang yakin dengan pembentukan Kerajaan Melayu Islam Perikatan Nasional . Ini kerana, parti-parti dalam Perikatan Nasional kehilangan sokongan orang bukan Islam yang sangat besar lebih teruk daripada semasa PRU 14.

Malaysia adalah negara majmuk yang memerlukan gabungan pemerintahan yang memerlukan sokongan semua kaum. Sudah ada kedengaran, pemimpin Perikatan Nasional dari kumpulan Azmin akan menubuhkan sebuah parti baru yang sama macam PKR.

Tujuannya adalah untuk menarik kembali sokongan pengundi bukan Melayu kepada kerajaan Perikatan Nasional. Mereka juga tidak boleh mengharapkan MCA dan MIC juga untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu.

PPBM, BN, Pas dan Kumpulan Azmin yang memerintah bersama dalam kerajaan Perikatan Nasional sedang menghadapi suasana yang saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Masing-masing mempunyai agenda sendiri untuk dibawa dalam pemerintahan. Keadaan ini sebenarnya bukan sahaja tidak baik untuk sebuah pemerintahan malah, tidak baik untuk masa depan sesebuah parti.
Wassalam

Tulahan: Tulahan : Kerana Perikatan Nasional, Umno dan Pas kehilangan undi Melayu

COVID-19: 21 kematian dalam tempoh 24 jam di Indonesia
ADMIN ISMAWEB, Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - 1 hour ago
JAKARTA, 17 Syaaban 1441H, Sabtu – Jumlah kematian akibat COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 327 kes. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata sebanyak 21 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam. “Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 330 kes baharu, menjadikan jumlah kes kini sebanyak … The post COVID-19: 21 kematian dalam tempoh 24 jam di Indonesia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

COVID 19: Kembali dari luar negara enggan beri kerjasama boleh dipenjara
ADMIN ISMAWEB, Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - 2 hours ago
PUTRAJAYA, 17 Syaaban 1441H, Sabtu – Individu yang kembali dari luar negara dan enggan memberikan kerjasama kepada petugas barisan hadapan termasuk petugas kesihatan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk hukuman penjara dan denda kerana menghalang penjawat awam untuk melakukan tugas. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 186 … The post COVID 19: Kembali dari luar negara enggan beri kerjasama boleh dipenjara appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

COVID-19: 184 kes baharu dengan 3 kematian
ADMIN ISMAWEB, Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - 2 hours ago
PUTRAJAYA, 17 Syaaban 1441H, Sabtu – Sebanyak 184 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini meningkat kepada 4,530, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata terdapat pertambahan tiga lagi kes kematian akibat pandemik itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 … The post COVID-19: 184 kes baharu dengan 3 kematian appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Tangguh sekolah: Bukti kerajaan terbuka terima pandangan akar umbi
siti hafidah, Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - 2 hours ago
BANGI, 17 Syaaban 1441H, Sabtu – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyambut baik pengumuman kemungkinan sesi persekolahan akan ditangguhkan sehingga kerajaan benar-benar yakin penularan wabak COVID-19 kembali pulih. Presiden iGuru, Ustaz Mohamad Azizee Hasan berkata, makluman itu membuktikan pihak kerajaan terbuka untuk menerima pandangan akar umbi yang terdiri dari guru, ibu bapa, kesatuan dan pertubuhan … The post Tangguh sekolah: Bukti kerajaan terbuka terima pandangan akar umbi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

India Sulap 20 Ribu Gerbong Kereta Jadi Ruag Isolasi Pasien Covid-19
Eneng Susanti, Islampos - 3 hours ago
Pemerintah India menyulap 20 ribu gerbong kereta api lama menjadi ruang isolasi pasien Covid-19 The post India Sulap 20 Ribu Gerbong Kereta Jadi Ruag Isolasi Pasien Covid-19 appeared first on Islampos.

PKP: Kerajaan disaran bantu mahasiswa pulang ke kampung
siti hafidah, Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - 3 hours ago
BANGI, 17 Syaaban 1441H, Sabtu – Rentetan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga, kerajaan disaran menyediakan pengangkutan bagi menghantar pulang mahasiswa dan mahasiswi yang terkandas di institusi pendidikan tinggi (IPT) seluruh negara ke kampung halaman masing-masing. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun, saringan perlu dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan mereka … The post PKP: Kerajaan disaran bantu mahasiswa pulang ke kampung appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Lahir dari Ibu Positif Corona, Bayi di Madinah Ini Diberi Nama Umar
Sodikin, Islampos - 4 hours ago
Peristiwa ini dianggap sebagai kasus pertama di Arab Saudi untuk bayi yang dilahirkan dari ibu yang terinfeksi Covid-19. The post Lahir dari Ibu Positif Corona, Bayi di Madinah Ini Diberi Nama Umar appeared first on Islampos.

Mencabar Allah, Akhirnya Pesta Gay Ini 15,000 Positif COVID-19
Ibnu Hasyim, Ibnu Hasyim - 2 hours ago
by* Phic Arman **2 hari ago* PESTA yang dihadiri oleh orang muda di pantai Miami ini kelihatannya mereka mencabar kematian. Parti yang telah disertai ribuan orang oleh sekumpulan LGBTQ di Amerika Syarikat itu bertujuan untuk mengumpul dana. Dalam sebuah video wawancara di Reuters, peserta parti gay bernama Brady Sluder mendakwa tidak takut dan bimbang walaupun pada masa itu beberapa kes positif Covid-19 telah dikesan di Florida. Tidak tahu apa di dalam fikiran Brady Sluder tatkala di seluruh dunia tetap duduk di rumah untuk mengelakkan wabak virus Covid-19 , namun dia mencabarn...

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)

Tiada ulasan: