Jumaat, 2 Ogos 2013

1158. KeranaMU aku berubah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

006. Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMAeaho

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 
FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 

BACA JUGA:

semoga kalimah terakhir kita adalah laailaahaillallah !! In Syaa Allah kalimah terakhir kita adalah Laiiilaahaillahllah.

17 May 2013.


RINDU INI.


Bismillahirrahmanirrahim…
Ada satu malam masa semester break hari tu,
Aku ada buka artikel I luv Islam yg aku copy.
Artikel tu bertajuk “wahai jiwaku yg tenang”
Aku baca satu persatu ayat yg tertulis dgn feeling yg terlebih sudaa..
Kerana apa? Kerana situasinya sama dgn ku..
“Kelelahan kerana rasa itu yang tunda menunda di dalam hati.”
“Hati yang sungguh berkecamuk dan diadun seribu satu rasa.”
Salahkah merindu?
Satu2nya persoalan yg bermain di minda.
Di penghujung cerita, aku temui jawapan.
Aku khilaf ya Allah,
Merindui yg bukan hak dan tdk halal utkku..
Saat ni aku sedar..
Sudah berkarat dan berlumutkah hati ini?
Ya Allah,
Bagaimanakah nanti di saat aku berhadapan dgnMu..
Masih sudikah Allah menerima hambaNya yg slalu melupakanNya ini?
Tetapi tanpa segan silu sudi merindui bukan diriNya..
Aku kealpaan dgn cinta dunia dan seisinya yg penuh kepura2an!
Astaghfirullah hal azim!

****************
"Assalamualaikum, erm.. enti dah solat?"
Ya Allah, hatinya tersentak. Itu memang suaranya! Seseorang yang dirindui seputar tiga empat hari ini. Dia seperti mahu menangis semula.
"Waalaikumusslam.. erm.. belum.."
Mardhiyyah menjawab dengan baki suara yang ada bercampur nada serak.
"Baguslah, boleh solat jemaah bersama, sebab muslimin lain tak ada.." balasnya.
"Erm..ya.." jawab Mardhiyyah ringkas.
Entah mimpi apa, aku solat jemaah dengannya pagi itu. Bukan tidak selalu aku solat diimamkan olehnya, namun hari ini kami berdua sahaja! Tanpa orang lain. Hatiku berbunga bahagia. Alangkah indahnya solat berjemaah dengan orang yang dicintai! Hanya berdua. Gambaran rumahtangga yang sakinah dan dirahmati terapung di mindaku.
****************
Selesai membaca keratan tersebut tetiba air mata ni mcm bermurah hati plak menitis.
Alahai, sah! Mmg terlebih feeling.
Andainya aku sbg Mardiyyah, entah bagaimana perasaan di hati.
Malam tu jgk ade tgk halaqah kat tv9.
Ustaz tu kata,
“Sebenarnya yg menjauhkan kita dari agama adalah krn kita slalu membsr2kan cinta makhluk”
Teringat akan kata2 ni, air mata aku tumpah lagi.

Pergilah awak,
Biarkan hati saya sendiri.
Saya minta maaf awak..
Saya tdk menyangka,
saya pernah senyum, menangis dan kegelisahan krn awak.
Maafkan aku wahai bakal rafiq hidupku.
Walau siapapun engkau,
dari mana pun engkau,
doakanlah aku di sini, untuk kuat menyimpan hati ini padamu.
Ya Allah, penuhkan cinta-Mu dalam qalbuku
Agar aku tidak lemas dalam cinta yang tidak halal untuk diriku.
Mulai sekarang, insyaAllah aku bukan aku yg dulu lagi.
Cinta dan rindu ini hanya utkMu ya Allah.
Ya Allah, lamarlah hatiku dgn cintaMu..
Wahai Allah yg membolak-balikkan hati,
sentuhanlah hatiku di saat aku jauh dariMu.
Peluklah hatiku dgn cintaMu di saat aku mencintai sesuatu melebihiMu.
Moga Allah redha..wallahu aklam…

08 December 2012


bismillahirrahmanirrahim..
lamanya x update blog..
tidak berkesempatan..
banyak perkara yang berlaku..
semoga ia mendidik hati ini supaya menjadi muslimah solehah..
aku tgk2 balik semua entri yg lama2.
aku perasan byk plak aku berceloteh pasal kapel..
di sini aku nak perbetolkan persepsi..
aku bknnya suka sgt nak cerita2 pasal benda maksiat tuh..
oleh kerana aku tahu tu maksiat la,
aku berkeinginan membuat blog..
seriously dgn namamu ya ALLAH aku bencikan perhubungan yg dipanggil kapel tu..
mcm mana aku nak buat org sedar bahawa kapel tu HARAM..
ini lah usahaku..
tdk byk pon,moga yg sedikit itu ALLAH berkati dan redha..
insan sekelilingku,sahabat2ku semuanya bergelomang maksiat..
aku sedih,sedih sgt..
kerana aku gagal dan tdk tegas membimbing mereka..
andainya aku mampu mengubah sekeping hati..
ya ALLAH aku sygkan mereka..
bagaimana caranya harusku perbuat??
aku GAGAL!
lazat sgtkah maksiat..
nauzubillah..
ya ALLAH kau dakaplah hatiku..
moga hanya cintaMU yg ada dihati..
melebihi cinta dunia seluruhnya...
ameen...

10 October 2012


ANTARA SOLAT DAN COUPLE


Bismillahirahmanirrahim.

Couple??
Huh,satu situasi yg mmg x asing lagi dlm kalangan remaja masa kini sama ada sedar atau pon x..
Budaya couple seakan tlh diangkat sbg 1 kewajipan berbndg SOLAT..
Mmg tdk dinafikan ade je antara mereka yg berkapel menunaikan solat 5 waktu shari semlm..
Namun pd hakikatnya sebahagian bsr drpnya masih lalai..tinggalkan yg WAJIB utk yg HARAM??

******************
Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku...
Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan diorang kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duaan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm... Islamik sket la pendek cerita!."
"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.
"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.
Erk... Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!
"Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya..." Amin cuba menyedapkan hati.
(ni keratan artikel iluvislam..renung2kan)
*********************

Persepsi remaja dah berubah..
Tanpa couple,seseorang tu dianggap tdk laku ataupon kolot sbb x tahu nak bersosial dan sbgnya..
(haish, aku ni x laku dan kolot la..thinking~)
For information, persepsi tu sama sekali SALAH!
Bukan aku membantah bahkan dlm Islam sendiri x de satu pon ayat al-Quran yg mengangkat budaya kapel sbg satu perkara WAJIB..
Ada pon munculnya golongan yg menyalahgunakan al-Quran utk kepentingan sendiri..

 “ Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasangan agar kamu mengingati (kebesaran Allah)”
 Surah Al-Dzariyat, ayat 49.
Emm, ayat ni sewenang2 diguna utk ‘manghalalkan’ tujuan ber’couple’..
Allah mmg jadikan berpasangan tp jgnlah disalah tafsir ayat plak..buruk padahnya!
Nak pesan sikit, MATLAMAT ITU TIDAK MENGHALALKAN CARA..
(penting kata2 ni, kalau aku berulang kali sebut jgn ada yg jemu plak)

Allah ciptakan berpasangan bkn utk tujuan berkenal-kenalan hingga terabai ikhtilat antara lelaki dan perempuan..al-hubb qabla az-zawaj?? X pernah wujud!!

SOLAT oh SOLAT.
Solat tu satu kewajipan bg sorg muslim..
malah rukun Islam kedua selepas mengucap 2 kalimah syahadah..
perkara kebaikan yg kte buat pon akan jadi sia2 kalu x menunaikan solat sbbnya solat tu NADI dan KUNCI bg stiap amalan kte..
dlm al-Quran, Allah x pernah jemu mengingatkan pasal solat nih..
tp peliknya kte plak yg jemu nak menunaikan..kenapa yer??
Padahal kalau difikirkan balik sume kebaikan kembali utk kte sendiri gak..x de rugi mana2 pon..
Alahai,kenapalah suka MEMBANTAH!
Aku ade gak la dgr ceramah2 ni (bknnya aku baik sgt pon)
Kalu x silap la kan,aku ni jenis pelupa sikit..
Ade hadis mengatakan,
“Sorang hamba yg solat diibaratkan sdg berbisik2 dgn Tuhannya”
Masya-Allah, hebatkan solat..
Ape celop, couple2 ni x main lah..

WALLAHU AKLAM..
moga ALLAH redha.. 

Sumber: KeranaMU aku berubah. (mujahadahfillah92.blogspot).

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: