Sabtu, 29 Mac 2014

4162. MH370 - Lebih kepada pandangan peribadi.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 
Rangkaian: http://ijoks2009.blogspot.com/2014/03/sesekali-papan-kekunci-dipagut.html
Apakah musibah ini ada unsur sabotaj yang bertunjangkan ugutan dan rasuah sebagai puncanya. 
Photo: Kenapa Kehilangan Pesawat MH370 Dianggap MISTERI Terbesar Sejarah Penerbangan Dunia?

KINI sudah hampir sebulan operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam usaha untuk menemukan pesawat MAS MH370 model Boeing 777 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu yang lalu.Misteri kehilangan pesawat malang itu sehingga kini masih lagi belum terjawab sejak MH370 hilang dari radar pada jam 1.30 pagi.

Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi dan sepatutnya mendarat di Beijing,China pada hari yang sama.Nasib 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 anak kapal kini menjadi tanda tanya di kalangan masyarakat seluruh dunia.

Yang menjadi persoalannya di sini kenapa tiada sebarang distress call atau isyarat kecemasan yang dihantar kapten mahupun juruterbang sekiranya berlaku sebarang kecemasan pada waktu itu?.Sebaliknya,MH370 secara tiba-tiba tidak dapat dikesan oleh radar penerbangan selepas 40 minit berlepas.Ketika itu,kapal berkenaan sudah pun mencapai terbang pada peringkat ‘steady altitude‘.

Perlepasan dan pendaratan adalah aspek paling merbahaya dalam dunia penerbangan dan kemalangan jarang berlaku bila ia mencapai tahap steady altitude melainkan ada serangan pengganas.Turut menimbulkan persoalan ialah mengapa sudah hampir sebulan,sebuah besi atau objek berkaitan kapal itu gagal ditemui walaupun puluhan kapal laut dan ratusan anggota mencari dan menyelamat mengeledah setiap inci laluan MH370.

Situasi pelik itu menyebabkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA),Datuk Azharuddin Abdul Rahman sendiri pada sidang media memberitahu apa yang berlaku kini adalah misteri industri penerbangan dunia.Beliau sehingga terpaksa mengatakan bahawa ada kemungkinan pesawat itu telah dirampas pengganas.

Pesawat yang dikemudi oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah itu dibantu oleh juruterbang Fariq Abdul Hamid menerbangkan 227 penumpang dan 12 anak kapal.Dari 227 penumpang termasuk dua bayi itu terdiri daripada 14 kerakyatan berbeza antaranya China,Malaysia,Indonesia,India,Amerika Syarikat,Australia,Rusia,Perancis,Ukraine,Itali,Austria,Kanada,Taiwan dan Belanda.

Serentak dengan kehilangan pesawat itu,pasukan gerakan mencari dan menyelamat telah dikerahkan ke kawasan terakhir pesawat itu dikesan radar iaitu di kepulauan Laut China Selatan berhampiran Vietnam.Menurut kenyataan rasmi MAS,kedudukan terakhir pesawat MH370 sebelum hilang dari radar ialah pada 065515 Utara (longitud) dan 1033443 Timur (latitud).Sehingga ke hari ini tiada sebarang klue positif yang ditemui walaupun mengenai kehilangan ‘misteri’ ini.

Selain itu,sisa tompokan minyak yang dikesan di kepulauan Vietnam itu dan dikatakan milik MH370 dikaji oleh APMM di makmalnya yang terletak di Petaling Jaya dan keputusan ujian tersebut khabarnya bukan kepunyaan pesawat itu.

Jika kita melihat kembali insiden malang yang berlaku kepada penerbangan Air France pada 2009,yang terhempas di kepulauan Atlantik hanya selepas enam hari nahas berlaku,pencarian pihak mencari dan menyelamat berjaya menjumpai dua mayat penumpang lelaki pesawat AF447 itu.Kemalangan tragik itu telah mengorbankan 228 nyawa termasuk 12 krew kapal namun hanya 50 mayat sahaja yang berjaya dijejaki pihak penyelamat.

Kes itu sahaja mengambil masa selama dua tahun untuk diselesaikan termasuk membawa keluar bangkai pesawat AF447 itu.Daripada hasil laporan penuh penyiasatan,nahas itu berlaku disebabkan masalah teknikal dan kecuaian juruterbangnya sehingga mengorbankan ratusan nyawa penumpang dari Rio De Janeiro ke Paris itu.

Namun,apabila bercakap mengenai pesawat MH370 sehingga ke hari ini kita tidak mendapat sebarang petunjuk mengenai misteri kehilangan pesawat tersebut.Tidak ada sebarang serpihan pesawat yang ditemui di sepanjang kawasan terakhir pengangkutan udara itu dikesan oleh radar penerbangan.Kalau mengikut logik,Boeing 777 itu hanya diisi dengan muatan minyak selama tujuh jam perjalanan dan kini sudah hampir 72 jam masa berlalu.

Di manakah kapal terbang itu berada sekarang?.Persoalan itu bukan sahaja bermain di minda 30 juta rakyat Malaysia sebaliknya turut sama dirasakan oleh penduduk seluruh dunia yang mengikuti insident tersebut yang mendapat liputan meluas daripada media antarabangsa.Bercakap secara umumnya,kehilangan sesebuah pesawat daripada paparan radar semasa penerbangan tanpa dapat dikesan juga boleh berlaku sekiranya pesawat terbabit meletup di udara sehingga menyebabkan juruterbangnya tidak sempat menghantar apa-apa isyarat kecemasan.

Menurut kata pakar lagi,perkara itu amatlah mustahil bagi juruterbang mahupun krew penerbangan untuk menghantar isyarat kecemasan kerana letupan akibat dibom berlaku terlalu pantas dalam masa beberapa saat sahaja.Apa-apa pun marilah kita terus berdoa agar pesawat MH370 ditemui.
Mensabitkan juga lebih kepada perancangan doktrin penjenayah antarabangsa. 

Adalah menjadi harapan banyak orang, bahawa semua krew penerbangan dan para penumpang masih hidup. Kekuatan orang Islam ialah disamping berusaha mereka tidak putus-putus berdoa serta bersolat hajat kepada Allah SWT. Orang Islam penuh yakin mempercayai Pencipta Alam dan Pemilik Alam Serta Sekelian Isinya adalah dibawah Kerajaan Allah SWT. Manusia, Malaikat dan Jin adalah hambaNya. 

Umat Islam juga yakin mempercayai dunia ini adalah fitnah dan penuh dengan tipu daya dusta. Itu sebabnya adalah menjadi kewajipan setiap Umat Muhammad SAW., pada satu tahap peri pentingnya pasrah dan penyerahan diri kepada Allah SWT setelah yakin berusaha pun kerana Allah SWT. 
Penerbangan. 
Mengimbas kembali penerbangan tersebut dengan Boeing 777-200ER, berlepas dari KLIA jam 00.41 Sabtu 8 Mac 2014 dan mengikut perancangan mendarat di Beijing, China pada hari yang sama. Pesawat yang dikemudi oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah itu dibantu oleh juruterbang Fariq Abdul Hamid menerbangkan 227 penumpang dan 12 anak kapal. Dari 227 penumpang termasuk dua bayi itu terdiri daripada 14 kerakyatan berbeza antaranya China, Malaysia, Indonesia, India, Amerika Syarikat, Australia, Rusia, Perancis, Ukraine, Itali, Austria,Kanada, Taiwan dan Belanda.

Malangnya setelah 40 minit (jam 01.30) dalam penerbangan, pesawat tersebut hilang dari pemantauan radar sehingga sekarang. Kehilangan ini telah mencetuskan segala bagai persoalan yang turut merangkumi soal emosi. Membabitkan juga soal kerjasama kemanusiaan antarabangsa, kepakaran, peralatan tercanggih, maruah bangsa dan maruah negara. Menurut kenyataan rasmi MAS,kedudukan terakhir pesawat MH370 sebelum hilang dari radar ialah pada 065515 Utara (longitud) dan 1033443 Timur (latitud).Sehingga ke hari ini tiada sebarang klue positif yang ditemui walaupun mengenai kehilangan ‘misteri’ ini.
Gambar Hiasan.
Nyawa manusia seramai 227 orang penumpang termasuk 2 bayi dan 12 anak kapal, tetap menjadi harapan kebanyakkan orang, adalah masih hidup dan menjadi tanda-tanya di mana mereka semua. Berita mutakhir, Syarikat Satelit yang berpangkalan di Britain, Inmarsat, berkata pihaknya memperakui tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi" sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan merujuk Analisis Data Satelit Inmarsat, dalam sidang akhbar bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi" pada malam 24 Mac lalu. 

Penerbangan merangkumi tiga aspek utama iaitu perlepasan, steady altitude dan ketibaan (pendaratan). Dari sudut teknikalnya sesebuah kapalterbang adalah dalam keadaan selamat setelah mencapai peringkat steady altitude dalam penerbangannnya. 

Siapa yang diugut dan siapa pengugutnya, serta siapa pemberi dan penerima rasuah dalam kes hilangnya MH370 dari pandangan mata kasar manusia banyak?. Apakah ugutan dan rasuah ini melibatkan pihak tertinggi dengan membenarkan terjadinya unsur-unsur sabotaj dalam bentuk keupayaan ketenteraan serta keselamatan sesebuah negara. 

Disatu sudut, musibah ini telah menenggelamkan hukuman pemenjaraan beberapa jam sebelumnya, terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Apakah ada kalangan yang menjadi pendusta untuk mengkaburi perbuatan jahatnya mensabotaj penerbangan tersebut. In Syaa Allah berkat usaha dan doa Umat Muhammad SAW yang berterusan tanpa henti, hal kejahatan sedemikian yang dilakukan segerombolan manusia tamak haloba yang tidak terjangkau oleh kotak fikir manusia banyak, akan terserlah jua. 

Amin Ya Rob. 
Nampak macam dapat tetapi tidak. 

Entry terawal. 001 hingga 031. 

Korang bersaralah....bikin malu 1Malaysia!

alhusseyn at al-Husseyn - 21 minutes ago
Boleh tak sesiapa tolong bagi tahu menteri-menteri kita yang dua orang ni, bahawa senarai 40.2 juta tu, bukan seperti senarai nama dalam buku hutang cheti atau along yang pakai buku kecik 555 tu... Tolonglah bagi tau depa tu...bukan! bukan! bukan! Kemudahan internet telah menjadikan dunia ini seolah-olah berada dihujung jari sahaja... Takkanlah begitu naif dua orang menteri kita ini? Pihak Interpol, yang berpangkalan di Lyon, Perancis telah menempelak kenyataan menteri Zahid Komedi yang mendakwa proses itu terlalu perlahan kerana menurutnya, pangkalan data Interpol yang mengandung... more »

BENDA INI YANG BUAT NAJIB PENING KEPALA SEKARANG (GAMBAR)

Na'im Nikmat at Na'im Nikmat @blog - 44 seconds ago
Syarikat satelit yang berpangkalan di Britain, Inmarsat, berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi". Pada malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi" dengan memetik analisis data satelit Inmarsat. Bagaimanapun, pengumuman telah membangkitkan kemarahan di kalangan keluarga penumpang China, yang enggan menerima kesimpulan itu sehinggalah pesawat tersebut ditemui. Jurucakap Inmarsat Jonathan Sinnatt be... more »

Kemalangan bikers..Rider GS 1200.. Kemalangan di Terengganu

Abu Luqman at Media Orang Kampung - 4 minutes ago
Rider Gs1200 dari Kelantan kemalangan dalam perjalanan ke Kuala Trengganu Bike Week..kecederaan belum dapat info..doakan semuga selamat dan dipermudahkan urusannya.. kepada bikers2 yang lain minta lebihkan perhatian dan hati2. like this. 15 shares View 32 more comments Alongziela Sumayyah gws 22 minutes ago · Like Aziz

VIDEO - Dalang sebenar Mei 13 dibongkar oleh Dato' Mohd Tamrin Ghafar

atsixty at ZAKRI ALI - 4 minutes ago

Teguran keras kepada Ustaz yang dok kutuk "Ya Hanana" LIVE Sekarang! Forum Perdana Bersama Syeikh Zainul Asri, Ustaz Shahul Hamid ...

canang at Cananglahnie - 14 minutes ago

PANAS - Penumpang MH370 Hantar Mesej Minta Tolong Dari Diego Garcia?

atsixty at ZAKRI ALI - 34 minutes ago
*Saya terbaca satu artikel berkenaan dengan masej oleh Philip Wood seorang warga US yang dalam perjalanan ke Beijing menggunakan MH370. Saya tak pasti kesahihan maklumat dan artikel ini, tetapi rasa dalam keadaan kita misteri dengan kehilangan MH370 dengan pelbagai teori ada baiknya artikel ini dikongsikan bersama.Antaranya masej berbunyi"I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and... more »

Kenapa Kehilangan Pesawat MH370 Dianggap MISTERI Terbesar Sejarah Penerbangan Dunia?

atsixty at ZAKRI ALI - 25 minutes ago
Muhammad Hakimi [image: Photo: Kenapa Kehilangan Pesawat MH370 Dianggap MISTERI Terbesar Sejarah Penerbangan Dunia? KINI sudah hampir sebulan operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam usaha untuk menemukan pesawat MAS MH370 model Boeing 777 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu yang lalu.Misteri kehilangan pesawat malang itu sehingga kini masih lagi belum terjawab sejak MH370 hilang dari radar pada jam 1.30 pagi. Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi dan sepatutnya mendarat di Beijing,China pada hari yang sama.Nas... more »

Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: