Muka tembuk.
Dengan lain perkataan perompak, penyamun dan gerombolan kleptokrasi memang tidak menghormati peradaban kehidupan. Mereka sewenang-wenangnya bersuara menegakan benang basah untuk konon kata merekalah terjujur di antara sekelian banyak manusia. Apa lagi era facebook dan media massa.
Bila perompak, penyamun dan kleptokrasi berkuasa, semua hal mereka disucikan dengan mudah. Ditambah pula dengan akta penyelamat iaitu "Akta berita tidak benar" dan "Akta rahsia" Bila hal diaktakan menjadi rahsia kerajaan waktu itu, maka tidak menjadi hak untuk umum mengetahui hal sebenar, walau pun di Dewan Parlimen. Itulah kehidupan ibarat putara roda. Bila hilang kuasa si penyangak akan terbongkar rahsianya. Tanpa segan silu bersuara seolah-olah mereka cukup bagus semasa sebagai penguasa.
Kalau tiada angin masakan pohon bergoyang.
Kalau bagus? mengapa Allah takdirkan dan tentukan mereka kecundang di tangan rakyat? Rakyat salah tidak memberi mereka menang? Sampai bila menganggap rakyat tidak celek memilih.
Cuba dulu semasa berkuasa rajin bermuhasabah diri. Ini tidak, suara yang menegur pemimpin dikatanya menentang kerajaan, mahu jatuhkan kerajaan. Kata tu doa. Memang dah jatuh pun umno dari tampuk kuasa, yang membuat sebahagian pemimpin dan pendokong jadi xsedar diri. Konon parti keramat yang tak kan pernah kalah. Kalau sempat bermuhasabah diri waktu itu, ertinya mereka ingat Allah Subhanahu Wa ta'ala. Belajarlah carikan sarung keris itu, xlah bertelanjang sepanjang masa. Adat Melayu Keris sentiasa bersarung wey. Membuktikan keris bukan sembarangan untuk disalah guna. Sebab keris telanjang itulah maka, kuasa yang ada sering disalah guna dan fitnah jadi perkara benar. Nauzubillahminzalik.
Sejak umno kalah ramai pejuang atau mereka buka medan perjuangan baru yang menyentuh Institusi Diraja, Islam, hak keistimewaan Melayu dan bahasa kebangsaan. Mereka mula rasa hal itu terancam oleh tindak tanduk Kerajaan Persekutuan hari ini. Zaman mereka berkuasa Utusan Melayu (edisi Jawi) pun pupus dan menjadikan Utusan Malaysia sebagai wadah tidak benar, sebagai media yang menjadi YES kepada kerajaan waktu itu. Termasuklah TV3 yang sempat dirakam sebagai media 3 suku. (x cukup persen/x cukup wayar)
Alhamdulillah sejak kalah, mereka sedar tentang Islam, Perlembagaan, Melayu dan jadikan canangan, untuk pulih buang sakit dan muntahkan kekalahan ke longkang. Berbeza era mereka berkuasa banyak tanah Melayu tergadai. Murtad pun xdihirau waktu itu. Ialah Perlembagaan.
Itu sebab bila ada yang bukan orang Islam kata Melayu ada yang minum arak. Yes aku iakan. If ISLAM xmacam tuuu. Tu antara bezanya Melayu dengan ISLAM. ISLAM haramkan meminum arak tetapi ada Melayu yang membolehkan tanpa mengira usia dan darjat dunia yang mereka ada. Nauzubillahminzalik. Muga Allah berikan time untuk mereka insaf dan bertaubat (if mereka ISLAM) dan Allah bukakan pintu petunjuk, taufik dan hidayah Nya, untuk sesiapa pun hamba-hamba Nya. Aamiin.
Menyakitkan. Sakit hati. Membenci tidak sebab Allah pinta kita doakan yang baik-baik.
Kalau bagus Pulau Batu Putih tidak akan jadi penafi lagu Warisan yang sering digahkan. Kononnya kalau lalai tanah dipijak milik orang. Rupa-rupanya yang diberi amanah lebih teruk dari cerita 6 jahanam. KTMB di Singapura pun kena jual. Genting Highland jadi pusat judi pun atas kerjasama pemimpin Melayu juga. Sebab duit? Jawablah di alam kubur. Sadis Melayu diberi amanah jadi xjujur. Tanah Rezab Melayu pun semakin mengecil. Itukah pemimpin atau insan terpilih? Memang keturunan penggadai maruah Islam dan Melayu? Bapa borek anak rintik. Tak pasal-pasal Singapura jatuh ke tangan yang asalinya kaum pendatang. China pun pandai tahun 1999 Hong Kong kembali jadi Wilayah berdaulat China dari tangan British dengan pajakan 99 tahun. Tetapi Melayu boleh beri hak milik/pegangan kekal sebagai pergunungan perjudian sampai kiamat. Nauzubillahminzalik.
Tektik pecah perintah, membelah pengundi kepada lebal perkauman, meracik Islam kepada label-label, semua itu adalah dakyah dan tektik yang selari dengan doktrin yahudi laknatullah.
Belum tentu anak bangsawan berdarah jujur. Jujur bila jadi pemimpin. Sedih bila mati pun Allah buka aib seseorang. Nauzubillahminzalik.
Rumus:
Orang politik baik belah mana sekali pun, cakap boleh dengar - x nak dengar pun dorang xpaksa... Yang utama jangan cepat percaya atau mudah percaya. Nak-nak hal janji. Jadi pemimpin bukan mudah woo. Nak berjawab dengan Allah tuu camner nanti. Bacalah p3C3q™: Pemimpin tidak hanya bertanggung jawab kepada rakyatnya, tapi diminta pertanggungjawaban di hadapan Allah Subhanahu Wa ta'ala. 8478. [https://peceq.blogspot.com/2018/10/pemimpin-tidak-hanya-bertanggung-jawab.html] dan hadamkan kisah Nabi Rasulullah ﷺ tentang pemimpin dan kepimpinan. Baru leh jadi penguasa selaras dengan kehendak Allah Subhanahu Wa ta'alla. Aamiin.
Meja:
https://peceq.blogspot.com
Pemimpin tidak hanya bertanggung jawab kepada rakyatnya, tapi diminta pertanggungjawaban di hadapan Allah Subhanahu Wa ta'ala. 8478.
Dosa pemimpin
Suatu hari sahabat Abu Dzar al-Ghiffari memohon kepada Rasulullah ﷺ untuk mengabdikan diri sebagai pemimpin di kawasan-kawasan seperti sahabat yang lain. Abu Dzar berkata, "Wahai Rasulullah ﷺ, tidakkah engkau hendak menggunakan (perkhidmatan)-ku?"
Namun, Rasulullah ﷺ yang mengetahui karakter para sahabatnya mengetahui bahawa Abu Dzar tidak sesuai untuk menjadi seorang pemimpin. "Wahai Abu Dzar, engkau itu lemah (dalam kepemimpinan), dan kepimpinan itu ialah amanah dan akan menjadi kehinaan serta penyesalan pada Hari Kiamat."
Sungguh, Rasulullah ﷺ tidak meragukan kesalehan dan ketakwaan Abu Dzar al-Ghiffari, tetapi ia hendak mengingatkan akan bahaya menjadi pemimpin tanpa mampu menjalankan amanah yang dipikulnya. Kerana, pemimpin tidak hanya bertanggung jawab kepada rakyatnya, tapi diminta pertanggungjawaban di hadapan Allah Subhanahu Wa ta'ala.
Jika seorang pemimpin mampu menunaikan amanah dengan baik, memberikan hak-hak bagi orang yang dipimpinnya, dan berbuat adil kepada diri, keluarga, dan rakyatnya, ia termasuk orang yang paling dicintai Allah dan mendapat naungan dari sisi-Nya pada Hari Kiamat. "Sehari menjadi pemimpin yang adil, lebih baik daripada beribadah selama 60 tahun." (HR Ahmad).
Sebaliknya, jika seorang pemimpin tidak adil, mengabaikan tanggung jawabnya terhadap rakyat, dan hanya berpihak kepada diri, keluarga, dan kelompoknya, ia akan menyesalinya pada Hari Kiamat. "Barang siapa yang menjadi pemimpin (hanya) bagi 10 orang atau lebih, Allah akan mendatangkannya dengan tangan terbelenggu pada lehernya pada Hari Kiamat, ia akan dibebaskan oleh kebaikannya atau dikencangkan dosanya, awalannya ialah kesalahan, pertengahannya penyesalan, dan akhirannya kehinaan pada Hari Kiamat. "(HR Ahmad).
Dosa seorang pemimpin tidak boleh disamakan dengan dosa manusia biasa kerana dosa pemimpin kesan luas dan merugikan orang-orang yang dipimpinnya. Pemimpin yang menyalahgunakan kuasa, membiarkan kezaliman, dan menelantarkan orang-orang yang tidak mampu, akan dibalas oleh Allah dengan kehinaan dan azab yang pedih. Oleh kerana itu, para pemimpin umat Islam terdahulu selalu memikirkan tentang penderitaan rakyatnya kerana merasa takut akan perbuatan dosa yang nanti akan dipertanggungjawabkan di sisi Allah.
Oleh itu, sungguh sangat menghairankan jika seorang pemimpin hanya membimbangkan keselamatan diri dan keluarganya dari rongrongan rakyat atau lawan-lawan politiknya, sementara ia melalaikan rakyatnya dalam jeratan kemiskinan.
Umar bin Khattab RA pernah merinding ketakutan akan kedudukannya pada Hari Kiamat hanya kerana membimbangkan seekor keldai yang tak boleh makan. "Andaikan seekor keldai terjerembap di daerah Iraq, nescaya Allah kelak akan bertanya pertanggungjawabanku, mengapa engkau tidak meratakan jalannya?"
Seandainya setiap pemimpin lebih membimbangkan kedudukannya di sisi Allah dibanding jabatan dan kekuasaannya saat ini, ia akan sentiasa mendengar dan memperhatikan keperluan rakyatnya. Sekecil apa pun kesalahan pemimpin terhadap rakyatnya, akan menjadi penyesalan, kehinaan, dan azab baginya pada Hari Kiamat.
Wallahu 'alam.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1272880679521630&set=a.521244958018543&type=3&theater
Beginilah Pemimpinnya dan Beginilah Penegak Hukum Nya
Abdurahman an-Nashir, Khalifah Andalus tahun 300H-350H. Hari itu, dia mengumpulkan seluruh jajaran pejabat negeri. Dalam rangka grand opening istana yang baru selesai dibina. Istana Dar ar-Raudhah. Bukan saja besar tetapi teramat megah. Cukuplah disebutkan di sini, bahawa istana itu berlapis emas dan perak hingga atapnya. Soalan khalifah tentang istananya, membuka acara tersebut. Semua pegawai yang bicara memuji sang khalifah.
Hingga sampailan soalan itu kepada Penguatkuasa Undang-undang di negeri itu, al-Mundzir bin Said al-Baluthi. Al-Mundzir yang ditanya malah menangis. Air mata mengalir membasahi janggutnya. Inilah kenyataan sang penguatkuasa undang-undang.
"Demi Allah wahai Amirul Mukminin, saya tidak menyangka bahawa syaitan telah menyesatkanmu hingga setakat ini. Dengan semua yang Allah berikan kepadamu berupa nikmat, syaitan telah menempatkanmu di rumah orang kafir."
Bak petir di siang hari. Khalifah marah, "Bagaimana kamu tempatkan saya sejajar dengan orang kafir?"
Al-Mundzir menjawab, "Bukankah Allah telah berfirman: Dan sekiranya bukan karena hendak menghindari manusia menjadi umat yang satu (dalam kekafiran), tentulah kami buatkan bagi orang-orang yang kafir kepada Tuhan Yang Maha Pemurah loteng-loteng perak bagi rumah mereka dan ( juga) tangga-tangga (perak) yang mereka menaikinya ..... "(Qs az-Zukhruf: 33)
Khalifah Abdurahman an-Nashir yang tadi marah, kini tertunduk sambil menangis teresak-esak. Kemudian berkata, "Semoga Allah memberimu pahala yang paling agung atas jasamu terhadap kami, dirimu, dan muslimin dan Islam ini. Semoga Allah memperbanyak orang seperti anda. Apa yang anda katakan itu benar."
Kemudian sang pemimpin tertinggi negeri yang telah merasa bersalah itu memerintahkan agar semua lapisan emas dan perak pada bangunan istananya dihilangkan. (Lihat: al-Andalus al-Tarikh al-Mushawwar, DR. Thariq al-Suwaidan, h. 165)
Begitulah, Andalus mencapai puncak kejayaannya di tangan pemimpin tertinggi yang sangat siap meminta maaf dan memperbaiki kesalahan dan didampingi oleh penguatkuasa undang-undang yang adil dan tidak takut menyampaikan kebenaran di hadapan sesiapa.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1269794839830214&set=a.521244958018543&type=3&theater
Jemaah Penasihat UMNO akan bincang isu Zahid
Ku Li cadang presiden parti bercuti atau letak jawatan
tyrazalhe 20/10/2018 0 198 tempoh bacaan kurang dari 1 minit
KUALA LUMPUR, 11 Safar 1440H, Sabtu – Jemaah Penasihat UMNO akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat untuk membincangkan soal parti dan kedudukan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden parti.
“Berdasarkan apa yang berlaku baru-baru ini (pendakwaan ke atas Ahmad Zahid)… sudah pasti Jemaah Penasihat UMNO akan mengadakan mesyuarat kerana ia memberi kesan (kepada parti),” katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran buku ‘The End Of UMNO? Post GE-14: Where is UMNO headed after GE14?’ oleh Bridget Welsh, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan undang-undang yang sedang dihadapi Ahmad Zahid.
Semalam, bekas timbalan perdana menteri itu didakwa dengan 45 pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini.
Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh yang juga Anggota Parlimen Gua Musang berkata, UMNO perlu mengadakan pemilihan semula bagi jawatan presiden sekiranya Ahmad Zahid terpaksa melepaskan jawatannya.
“Saya membaca berita di akhbar dan blog yang meminta Ahmad Zahid bercuti dan ada juga yang mahu beliau melepaskan jawatan presiden namun desakan itu bukanlah daripada anggota akar umbi parti. UMNO masih teguh kerana ia memiliki 49 kerusi di Parlimen,” katanya.
Tengku Razaleigh berkata, pada pandangannya jalan terbaik bagi Ahmad Zahid dalam kes ini ialah bercuti atau meletak jawatan kerana sebelum ini ada pemimpin tertinggi UMNO berbuat demikian apabila terlibat dengan pertuduhan di mahkamah.
Pada masa sama, pemimpin veteran berusia 82 tahun itu menyatakan hasrat untuk berundur selepas penggal ini tamat.- Bernama
Jemaah Penasihat UMNO akan bincang isu Zahid - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
https://www.ismaweb.net/2018/10/20/jemaah-penasihat-umno-akan-bincang-isu-zahid/
Pemuda AMANAH Selangor beri amaran keras
Malaysia Dateline - Nasuha Rahman
Pemuda AMANAH Selangor berjanji akan meraikan sesiapa sahaja yang mahu bersama mereka tetapi amaran keras akan diberikan kepada sesiapa yang mahu bersama-sama parti itu di atas niat kepentingan peribadi.
Ketuanya Abbas Salimi Adzmi berkata, AMANAH adalah sebuah parti yang menjunjung perjuangan memartabatkan rayat bukannya mewarisi Umno yang kini dilabelkan sebagai pencuri duit rakyat.
“Ya kita parti yang sifatnya inklusif. Namun amaran keras kita berikan pada sesiapa yang mahu bersama diatas niat kepentingan peribadi. AMANAH bukan mewarisi Umno si kleptokrat pencuri duit rakyat!” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Pemuda AMANAH Selangor yang berlansung hari ini.
Beliau turut mengimbau diawal penubuhan AMANAH pada 3 tahun lalu bagaimana mereka merayu simpati untuk meminta rakyat setempat bersama-sama menjadi ahli AMANAH.
“Ada yang dimaki, diperli bahkan diherdik dek kerana merayu untuk bersama sebagai ahli.
“Kini, semuanya berubah. Borang AMANAH umpama goreng pisang panas. Ada sahaja yang mahu bersama kita. Maka berbondong-bondonglah sama ada mereka yang sebelum ini penyokong HARAPAN atau atas pagar mahu bersama kita.
“Yang seronoknya mereka yang dahulunya cukup akrab bermanja manja dengan si kleptokrat pun sudah jinak jinak bersama kita. Dulunya nak sebut AMANAH pun tidak mahu tetapi kini berswafoto disana sini bersama pimpinan AMANAH,”ujarnya.
Justeru katanya, biro keahlian khususnya akan diperkasa dengan meneruskan aktiviti kearah menambahkan keahlian diseluruh negeri Selangor.
Sasaran yang diletakkan dari november 2018 sehingga April 2019 adalah 6000 ahli pemuda dengan bajet yang dikhususkan kepada biro keahlian ini ialah RM3500 sepanjang tempoh itu.
Dalam pada itu, beliau begitu berbangga apabila pemuda AMANAH turut diketengahkan di dalam pentadbiran negeri Selangor.
“Kini, kita diberi peluang menimba pengalaman di dalam kerajaan negeri mahupun pusat 9 orang pemuda dilantik sebagai ahli majlis, 5 orang ketua kampung, 3 orang berkhidmat di pejabat exco dan 2 orang berkhidmat di kementerian.
“Jangan sia siakan peluang ini untuk memberi khidmat kepada rakyat semaksimanya. Namun begitu janganlah dilupa akan sahabat sahabat yang telah bersama dengan kita selama ini. Libatkanlah sahabat sahabat kita disemua program dan bantulah mereka apabila mereka memerlukan,”katanya.
Bahkan beliau turut memberi peringatan kepada pemuda bahawa mereka tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana yang menyalahguna kuasa dan terlibat dengan rasuah dan tidak berintegriti.
“Jangan ada yang menjadi kleptokrat baru di dalam pemuda Amanah Selangor ini. Setiausaha pemuda negeri diminta untuk mengadakan skretariat perjawatan kerajaan pemuda AMANAH Selangor khusus untuk memperkasa mereka ini,”kata beliau.
at 10/20/2018 10:31:00 PTG
KERENGGA: Pemuda AMANAH Selangor beri amaran keras
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/10/pemuda-amanah-selangor-beri-amaran-keras.html
Laporan polis terhadap Ahli Parlimen Batu Kawan Isnin
Perkasa ambil pendekatan 'bunuh dua burung dengan satu batu'
RZ 20/10/2018 0 1,504 1 minit anggaran tempoh bacaan
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar
Laporan polis yang akan dibuat esok atau Isnin ini adalah strategi ‘membunuh dua burung dengan satu batu’, kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, hari ini.
Beliau berkata, Perkasa juga tidak akan teragak-agak untuk mencabar keputusan Kabinet yang menggantung sementara Akta Hasutan 1948, sekiranya tiada tindakan mengikut akta diambil terhadap Ahli Parlimen DAP itu.
“Kita mahu menguji sama ada betul atau tidak kenyataan Gobind Singh (Menteri Komunikasi dan Multimedia) bahawa Kabinet gantung sementara tindakan mengikut Akta Hasutan.
“Sekiranya betul dan tiada siasatan terhadap Kasthuriraani, kita akan bawa ke mahkamah keputusan moratorium itu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Tergempar Kekalkan Akta Hasutan anjuran Biro Undang-undang dan Perlembagaan Perkasa di sini, hari ini.Sebelum ini, Kabinet memutuskan untuk menggantungkan sementara tindakan mengikut Akta Hasutan 1948.
11 Oktober lalu, Gobin berkata, Kabinet memutuskan untuk menggantung sementara tindakan mengikut Akta Hasutan 1948, kerana ia akan dimansuhkan.
“Keputusan Kabinet itu akan disampaikan kepada Peguam Negara dan terpulang kepada beliau untuk mengambil langkah susulan,” kata Gobin.
Sementara, Kasthuriraani pula ketika perbahasan di Dewan Rakyat 15 Oktober lalu, mendesak kerajaan meratifikasi United Nations Declaration on the Elimination of All Forms of Intolerance and of Discrimination Based on Religion or Belief, yang di dalamnya terkandung prinsip untuk membenarkan murtad.
Beliau juga mendesak semua ajaran sesat, bebas diamalkan, selari dengan deklarasi itu yang menegaskan semua ‘agama dan kepercayaan’ bebas diamalkan, dengan mengatakan “Another recommendation is the need to stop the arrests of individuals who practise Shia, Ahmadiyah and Baha’i (beliefs)”.
https://www.ismaweb.net/2018/10/20/laporan-polis-terhadap-ahli-parlimen-batu-kawan-isnin/
Mansuh Akta Hasutan agenda PH hapus institusi diraja
Islam, hak keistimewaan Melayu, bahasa kebangsaan akan terancam
tyrazalhe 20/10/2018 0 978 1 minit anggaran tempoh bacaan
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar
Beliau berkata, antara lain agenda liberalisasi ini juga ialah mahu menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu; menyamaratakan agama Islam dengan agama lain; serta tidak selesa dengan bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
“Sekarang ini, mereka tidak boleh mempersoalkan perkara dalam Perlembagaan kerana Akta Hasutan masih ada. Oleh kerana mereka telah mengambil alih kerajaan, maka mereka ada beberapa langkah lagi untuk menghapuskan akta ini supaya agenda liberalisasi, kesaksamarataan dan sebagainya dapat dilakukan tanpa sebarang halangan.
“Mereka berhujah menyatakan negara-negara maju tidak mempunyai Akta Hasutan mengapa Malaysia perlu ada. Mereka lupa beza negara kita dengan negara-negara lain, kerana kita mempunyai pelbagai bangsa, agama dan bahasa pertuturan. Maka sebab perbezaan itulah, kerajaan kita sebelum merdeka sehingga kini ada Akta Hasutan.
“Ini kerana hasutan boleh membawa kacau-bilau dalam negara,” katanya pada Forum Tergempar Kekalkan Akta Hasutan anjuran Biro Undang-undang dan Perlembagaan Perkasa di sini, hari ini.
Khairul Azam berkata, siri jelajah di seluruh negara akan diadakan dengan memanggil beberapa lagi tokoh untuk bercakap mengenai kepentingan mempertahankan Akta Hasutan, di samping mengumpul tanda tangan sebagai sokongan untuk mengekalkan akta ini dan diserahkan kepada Majlis Raja-Raja.
Katanya, sokongan diperlukan bagi mempertahankan Akta Hasutan ini bagi menjaga keamanan negara.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menyatakan, Kabinet memutuskan untuk menggantung sementara tindakan mengikut Akta Hasutan 1948.
Keputusan tersebut selari dengan ikrar PH sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei lalu iaitu untuk menghapuskan úndang-undang yang menindas.
Mansuh Akta Hasutan agenda PH hapus institusi diraja - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
https://www.ismaweb.net/2018/10/20/mansuh-akta-hasutan-agenda-ph-hapus-institusi-diraja/
Hindu Who Demolished Babri Masjid, Converts To Islam
Babri Masjid was situated in Ayodhya, India which was ordered to be demolished, and this person who took part in destroying that mosque, end up converting to Islam.
Ever since his transformation, Mohammad Amir, previously called Balbir Singh, has constructed more than 90 mosques as a means of apologizing for his sin.
Moreover, Amir also gives facilities as a Islamic preacher.
The excursion of Amir, from an ex-kar sevak, who united with thousand others coming from across India to thrash the Babri Masjid to a devoted Muslim, is an inspirational one.
In an talk with India Today, Amir discovered how he was the first person to climb the mid dome of Babri Mosque.READ ‘They have the dollar, we have Allah’ Says Tayyip Erdogan
Once a loyal saffron association warrior, Mohammad Amir, told, “I was so expended with remorse soon after the destruction of that mosque and that’s the time when I decided to accept Islam.”
Muhammad Amir is also wedded to a Muslim lady and runs a school in India to spread the wisdoms of Islam.
Hindu Who Demolished Babri Masjid, Converts To Islam
https://theislamicinformation.com/demolished-babri-masjid-converts-islam/
Dakyah hutang RM1 trilion hanya alasan PH, kata Najib
Dakwaan hutang negara alasan untuk hapus program rakyat
tyrazalhe 20/10/2018 0 494 tempoh bacaan kurang dari 1 minit
Oleh Athirah Huda Zalhe
Beliau berkata, ia juga adalah alasan kerajaan sekarang untuk menjual aset-aset negara, dan tidak memenuhi janji manifesto yang dilaungkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.
“Dakwaan hutang itu juga adalah alasan mereka untuk mengurangkan dan menghapuskan program pemberian serta kebajikan rakyat.
“Selain itu, ia alasan untuk PH membatalkan projek-projek dan beri peluang kepada pihak tertentu, serta menaikkan cuka sedia ada atau memperkenalkan cukai baharu termasuk meminta rakyat berkorban,” katanya.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, perkataan ‘trilion’ akan terus digunakan kerana ia mudah difahami orang ramai walaupun pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) termasuk badan-badan asing seperti Bank Dunia tidak menyatakan hutang negara sebanyak jumlah berkenaan.
“Rakyat perlu tahu Bank Dunia baru-baru ini, mengeluarkan kenyataan bahawa hutang Malaysia bukan ada ditahap yang luar biasa tinggi.
“…..manakala laporan rasmi RMK11 minggu lepas dari Unit Perancang Ekonomi merumuskan, Malaysia masih diberi penarafan yang menggalakkan dengan prospek stabil oleh agensi penarafan antarabangsa yang utama berdasarkan asas ekonomi negara yang kukuh,” katanya.
.
Dakyah hutang RM1 trilion hanya alasan PH, kata Najib - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
https://www.ismaweb.net/2018/10/20/dakyah-hutang-rm1-trilion-hanya-alasan-ph-kata-najib/
PH gagal pegang janji pertahan Perlembagaan Negara
‘Melayu bukan kaki gaduh, tapi kalau ajak gaduh, kita gaduh!’
tyrazalhe 20/10/2018 0 2,607 1 minit anggaran tempoh bacaan
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar
Bekas Timbalan Menteri Penerangan, Tan Sri Khalid Yunus berkata, sebelum ini empat parti komponen PH – PKR, DAP, PPBM dan PAN – kononnya mahu mempertahankan Perlembagaan, sebaliknya apa yang berlaku sekarang ini bertentangan dengan janji mereka.
“Saya pegang satu kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan yang ada pada hari ini bersetuju untuk mempertahankan Perlembagaan Negara. Tetapi apa berlaku sekarang, Kabinet bersetuju menggantung sementara Akta Hasutan 1948.
“Dahulu kita bagi pandangan jangan mansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), tetapi dimansuhkan juga. Sekarang ini pandangan kita berbeza.
“Jika berani cubalah buat (mansuhkan Akta Hasutan) dan tengok apa yang akan berlaku,” katanya dalam ucapan Forum Tergempar Kekalkan Akta Hasutan anjuran Biro Undang-undang dan Perlembagaan Perkasa di sini, hari ini.
Akta Hasutan 1948 adalah undang-undang di Malaysia yang digubal untuk menghalang perbincangan isu-isu sensitif yang dikatakan sebagai menghasut.
Akta ini menjadikan ucapan yang ‘mempunyai kecenderungan menghasut’ sebagai suatu kesalahan jenayah.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, Kabinet memutuskan untuk menggantung sementara tindakan mengikut Akta Hasutan 1948.
Beliau berkata, keputusan Kabinet itu akan disampaikan kepada Peguam Negara dan terpulang kepada beliau untuk mengambil langkah susulan.
Dalam pada itu, Khalid berkata, sekiranya kerajaan sekarang ini tahu akan latar belakang Tanah Melayu, perkara seperti ini tidak patut berlaku.
PH gagal pegang janji pertahan Perlembagaan Negara - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
https://www.ismaweb.net/2018/10/20/ph-gagal-pegang-janji-pertahan-perlembagaan-negara/
SABTU, 20 OKTOBER 2018
Najib senaraikan 8 objektif termasuk 7 alasan kerajaan PH
Nor Ainna Hamzah
Najib Razak
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa dakyah hutang RM1 trilion yang direkacipta sendiri oleh kerajaan PH hanyalah bagi mencapai pelbagai objektif untuk kepentingan politik PH sendiri.Najib menerusi perkongsian di laman sosial Facebooknya menyenaraikan terdapat lapan objektif dakyah hutang RM1 trilion itu di mana yang pertamanya adalah untuk memburukkan kerajaan BN sebelum ini dan selebihnya merupakan alasan kerajaan PH.
Menurutnya, objektif kedua pula ialah merupakan alasan untuk menjual aset-aset negara dan objektif ketiga pula adalah alasan untuk tidak memenuhi janji-janji manifesto.
“Keempat, alasan untuk mengurang atau menghapuskan program pemberian dan kebajikan untuk rakyat. Kelima, alasan untuk mereka membatalkan projek-projek kepada kawasan-kawasan parlimen yang bukan di bawah PH.
”Keenam, alasan untuk membuka tender semula projek-projek dan beri peluang kepada pihak-pihak tertentu. Ketujuh, alasan untuk menaikkan cukai sedia ada atau memperkenalkan cukai-cukai baru serta meminta rakyat berkorban,” katanya hari ini.
Najib berkata, dakyah hutang berkenaan juga adalah alasan untuk menuding jari kepada kerajaan BN apabila keadaan ekonomi di bawah mereka merosot.
“Oleh itu, kerajaan PH akan terus menggunakan ayat "trilion" kerana ia amat mudah difahami oleh orang ramai walaupun pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Kewangan, EPU (Unit Perancang Ekonomi) dan BNM (Bank Negara Malaysia) serta badan-badan asing seperti Bank Dunia dan semua agensi penarafan antarabangsa tidak menyatakan hutang negara sebagai RM1 trilion.
“Rakyat perlu tahu Bank Dunia baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa hutang Malaysia bukan ada ditahap yang luar-biasa tinggi manakala laporan rasmi Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) minggu lepas dari Unit Perancang Ekonomi merumuskan, Malaysia masih diberi penarafan yang menggalakkan dengan prospek stabil oleh agensi penarafan antarabangsa yang utama berdasarkan asas ekonomi negara yang kukuh,” tegasnya.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Sah, hutang negara lebih RM1 trilion ]
Pada 22 Mei lalu, Kementerian Kewangan mengesahkan hutang negara kini sudah mencecah angka lebih RM1 trilion seperti diumumkan Dr Mahathir.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengakui bahawa hutang negara kini sudah melebihi RM1 trilion dan ia dalam proses kajian semula, memandangkan angka-angka tertentu masih belum dapat disatukan kerana terdapat beberapa akaun dan fail tertentu tidak dapat diakses.
Dicatat oleh ELBI RISALAH di 10/20/2018 07:13:00 PTG
DIALOG RAKYAT: Najib senaraikan 8 objektif termasuk 7 alasan kerajaan PH
http://dialograkyat.blogspot.com/2018/10/ajib-senaraikan-8-objektif-termasuk-7.html
SABTU, 20 OKTOBER 2018
Zahid mengaku tidak bersalah atas 45 tuduhan libatkan jumlah RM114 juta
THE MALAYSIAN TIMES
Zahid, 65, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azura Alwi selepas pertuduhan dibacakan satu persatu kepadanya.
Mahkamah membenarkan anggota Parlimen Bagan Datuk itu dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta dengan seorang penjamin dan memerintahkannya menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah memerintahkan Zahid membayar jaminan sebanyak RM1 juta hari ini manakala bakinya sebelum atau pada 26 Okt dan menetapkan 14 Dis untuk sebutan semula kes.
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan mengetuai barisan pendakwaan yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustafa P. Kunyalam, T. Deepa Nair dan Nadia Mohd Izhar.
Zahid, bekas Timbalan Perdana Menteri itu diwakili 12 peguam diketuai Hisyam Teh Poh Teik dan dibantu antaranya Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Kitson Foong.
Bagi 10 tuduhan pecah amanah Zahid didakwa sebagai seorang ejen iaitu pemegang amanah Yayasan Akalbudi yang telah diamanahkan wang berjumlah RM20,833,132.99 milik yayasan tersebut telah melakukan pecah amanah jenayah wang tersebut.
Zahid dituduh melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Jalan Bunus, No. 133, Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India, di sini antara 13 Jan 2014 dan 11 Jan 2016 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih 20 tahun, dan sebatan dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Bagi lapan kes rasuah, mengikut tuduhan ke- 11, Zahid didakwa menerima suapan daripada syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services iaitu sekeping cek Public Islamic Bank Berhad bernombor 109144 bernilai RM250,000 milik syarikat Jogabonito Jewellery & Diamonds melalui Junaith Asharab bin Md Shariff menggunakan akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.
Bagi tuduhan ke-12, beliau didakwa menerima suatu suapan daripada syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services, iaitu 13 keping cek RHB Islamic Bank Berhad bernombor 000016, 000017, 000018, 000019, 000020, 000022, 000023, 000026, 000027, 000028, 000029, 000030 dan 000031 bernilai RM8,000,000 milik syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services melalui Junaith Asharab bin Md Shariff menggunakan akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286
Bagi tuduhan ke-13, Zahid didakwa menerima suatu suapan daripada syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services iaitu 10 keping cek RHB Islamic Bank Berhad bernombor 000072, 000073, 000074, 000075, 000076, 000077, 000078, 000079, 000080 dan 000082 bernilai RM5,000,000 milik Berani & Jujur Trading melalui Junaith Asharab bin Md Shariff menggunakan akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.
Zahid didakwa melakukan ketiga-tiga pertuduhan itu sebagai dorongan bagi melakukan suatu transaksi yang dicadangkan berlaku, iaitu membantu syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services untuk mendapatkan projek-projek MyEG di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri Malaysia.
Selain itu, bagi pertuduhan ke-14, presiden UMNO itu dituduh menerima suatu suapan daripada Chew Ben Ben yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Data Sonic Group Berhad, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 804122 berjumlah RM5,000,000 milik syarikat Sarana Kencana Sdn Bhd melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.
Bagi pertuduhan ke-15, Zahid didakwa menerima suatu suapan daripada Chew Ben Ben yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Data Sonic Group Berhad, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 804121 berjumlah RM1,000,000 milik syarikat Sarana Kencana Sdn Bhd melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.
Kedua-dua tuduhan itu dilakukan sebagai upah untuk Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri, melakukan apa-apa transaksi yang sebenarnya dengan badan awam itu, iaitu syarikat Data Sonic Technologies Sdn Bhd telah dilantik bagi melaksanakan prolehan Penambahan Pembekalan Cip Pasport Selama 5 Tahun Atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman Biodata Polycarbonate Pasport Malaysia untuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) secara rundingan terus di Kementerian Dalam Negeri Malaysia kepada syarikat Data Sonic Technologies Sdn Bhd.
Sementara itu bagi pertuduhan ke-16, dia didakwa menerima suatu suapan daripada Azlan Shah Affril yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Profound Radiance Sdn Bhd, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 105749 berjumlah RM300,000 milik Syarikat Profound Radiance Sdn Bhd melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.
Pertuduhan ke-17, Zahid didakwa menerima suatu suapan daripada Azlan Shah yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Profound Radiance Sdn Bhd, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 105773 berjumlah RM1,000,000 milik syarikat Profound Radiance Sdn Bhd melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.
Bagi pertuduhan ke-18, dia dituduh menerima suatu suapan daripada Azlan Shah yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Profound Radiance Sdn Bhd, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 105792 berjumlah RM700,000 milik syarikat Profound Radiance Sdn Bhd melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.
Zahid didakwa melakukan ketiga-tiga pertuduhan itu sebagai upah untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri melakukan apa-apa transaksi yang sebenarnya dengan badan awam itu, iaitu melantik syarikat Profound Radiance Sdn Bhd, sebagai Pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di Negara Pakistan dan Nepal di Kementerian Dalam Negeri Malaysia.
Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Malayan Banking Berhad, Cawangan Dataran Maybank, Aras 1, Tower A, Dataran Maybank, No. 1, Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016 dan 15 Mac 2018, mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Dicatat oleh ELBI RISALAH di 10/20/2018 07:04:00 PTG
DIALOG RAKYAT: Zahid mengaku tidak bersalah atas 45 tuduhan libatkan jumlah RM114 juta
http://dialograkyat.blogspot.com/2018/10/zahid-mengaku-tidak-bersalah-atas-45.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan